Saturday, July 7, 2012

ADAKAH KITA SELAMAT....ZINA MENJADI2....HUDUD MASIH DIRAGUI ATAU DITOLAK....

Onar keluarga 69

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips 
di Kangar, selepas diambil keterangan.
SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips di Kangar, selepas diambil keterangan.
KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

‘Cikaro kerana ibu’

Oleh Muhd Izawan Baharin, Elrafaei Sapi dan dan Kalidevi Mogan Kumarappa
am@hmetro.com.my

FIZA...dipukul ibu bila kalah judi
FIZA...dipukul ibu bila kalah judi
LIN...pernah jadi bohsia
LIN...pernah jadi bohsia
KUALA LUMPUR: “Kalau ibu pulang ke rumah dengan muka masam, saya tahu dia kalah judi dan dia akan mencari sebab remeh-temeh untuk marah atau pukul saya sebagai tempat lepaskan geram,” kata remaja perempuan hanya dikenali sebagai Fiza yang terjebak kancah gejala sosial seawal usia 14 tahun.
Fiza kini berusia 17 tahun mengaku walaupun digelar cikaro dan sering mendampingi Mat Rempit, hidupnya sangat gembira berbanding dikongkong ibu dan bapa.
“Ibu kalau tidak berjudi, dia mabuk. Bapa tiri pun sama, tetapi dia langsung tidak pedulikan saya, cuma ibu kerap memukul saya disebabkan perkara kecil seperti rumah tidak berkemas.

“Disebabkan tidak tahan dilayan sebegitu, saya mula mengikut kumpulan Mat Rempit ketika berada di tingkatan dua dan setahun selepas itu, saya dibuang sekolah kerana kerap ponteng, tetapi itu bukan halangan untuk saya berseronok dengan kawan-kawan,” katanya yang ditemui di ibu kota, malam kelmarin.

Jari tersepit eskalator



INSIDEN...Mohd Nasrullah  menahan sakit jari telunjuk tersepit pada eskalator pusat beli-belah  Plaza Angsana, kelmarin.
INSIDEN...Mohd Nasrullah menahan sakit jari telunjuk tersepit pada eskalator pusat beli-belah Plaza Angsana, kelmarin.
pix_topright
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Mohd Nasrullah Mohd Adham hanya mampu menahan kesakitan selepas jari telunjuknya tersepit pada eskalator sebuah pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini dalam kejadian jam 9 malam kelmarin.
Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan kejadian memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli-belah berkenaan sebelum eskalator berkenaan dihentikan.

Ibu mangsa, Lailatul Kartini Hashim, 32, berkata, dia ke pusat beli-belah itu untuk membeli barangan keperluan rumah.
“Kami singgah di sebuah kedai untuk melihat baju, bagaimanapun Nasrullah tiba-tiba hilang daripada pandangan menyebabkan saya panik.

“Selepas mencari, saya terkejut mendapati Nasrullah terduduk di sebelah eskalator dengan sebahagian tangannya tersepit, saya bimbang keseluruhan tangan anak termasuk ke dalam eskalator itu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Kartini, pengurusan pusat beli-belah berkenaan bertindak pantas dengan menghentikan eskalator itu.

Katanya, tangan Nasrullah berjaya dikeluarkan orang ramai sejurus eskalator berkenaan dihentikan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Saya bersyukur kerana Nasrullah hanya cedera ringan pada jari telunjuk,” katanya.
Difahamkan, Nasrullah menjalani pembedahan kecil semalam untuk membersihkan bahagian kuku yang cedera dan dijangka dibenarkan keluar wad dalam masa terdekat. Kartini berkata, dia tidak menyangka insiden itu akan menimpa anaknya kerana dia cukup berhati-hati terutama ketika menggunakan eskalator.

“Kami sekeluarga berharap Nasrullah segera sembuh dan saya akan pastikan dia sentiasa di bawah pengawasan,” katanya.

Isteri lari seminggu lepas nikah

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

JEMPOL: Inai masih di jari, tetapi isteri sudah melarikan diri. Itulah keadaan yang perlu ditanggung seorang lelaki yang mendakwa hanya sempat seminggu melayari bahtera rumah tangga sebelum isteri yang dinikahi 15 Jun lalu menghilangkan diri.
Peneroka Felda Serting Hilir, Mohd Isa Mohd Said, 51, buntu memikirkan kehilangan isterinya, Siti Azlina Sulaiman, 31, selepas menghantar wanita itu pulang ke rumah keluarga di Krubung, Melaka, 21 Jun lalu.

“Ketika menghantar isteri, ibu mentua, Maimon, 60-an turut serta dan saya tidak melihat sebarang perubahan pelik atau tanda dia mahu meninggalkan saya.

“Namun, sebaik pulang ke rumah selepas menghantar mereka ke Krubung, saya menghantar SMS kepada isteri, namun tiada balasan menyebabkan saya pelik.


“Saya cuba menghubunginya serta menghantar beberapa SMS lagi, namun masih tiada sebarang reaksi menyebabkan saya bimbangkan keselamatannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Kekasih terjun ikut tingkap

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Gara-gara takut dicekup, seorang lelaki tergamak meninggalkan teman wanitanya dengan melompat keluar melalui tingkap dibiliknya ketika diketuk anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam serbuan di sebuah rumah pekerja di bengkel Jalan Inanam, dekat sini, awal pagi semalam.
Tindakan lelaki yang bekerja sebagai mekanik dipercayai berusia 27 tahun itu menyebabkan teman wanitanya yang berusia 23 tahun terpaksa dibawa ke Balai Polis Inanam dekat sini, untuk tindakan lanjut kira-kira jam 1 pagi semalam.

Difahamkan, ketika serbuan, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu, selang beberapa minit kemudian kedengaran hentakan kuat dipercayai lelaki terbabit bertindak memecahkan tingkap sebelum melompat keluar dan melarikan diri.

Anggota penguat kuasa JHEAINS dibantu dua anggota polis cuba mengejarnya, namun gagal kerana keadaan kawasan bengkel agak gelap menyukarkan untuk mengesan lelaki terbabit. Selepas itu, pintu bilik kemudian dibuka oleh seorang wanita yang hanya berkemban.

‘Pemburu hantu’ positif dadah



JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan pengendali laman blog uncleseekers.blogspot, Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein, 46, positif dadah jenis morfin berdasarkan ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya, semalam.
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya memaklumkan, ujian saringan air kencing itu dijalankan pada jam 1.25 tengah hari.

“Ujian air kencing dibuat terhadap suspek yang ditangkap iaitu Syed Abdullah Syed Hussein (Uncle Seekers) di IPD Nusajaya.

“Hasil ujian terbabit didapati positif morfin. Laporan sudah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kelmarin, Syed Abdullah yang juga pengamal paranormal ditahan sebelum direman bagi membantu siasatan kes berkaitan kenyataannya yang didakwa memfitnah dan memburukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan pada jam 9.45 malam bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Jadi bohsia lepas emak kahwin lain



KUALA LUMPUR: Tertekan kerana tidak dapat menerima kehadiran lelaki lain sebagai bapa menjadi titik hitam dalam hidup seorang remaja perempuan apabila dia terjebak sebagai bohsia dan ditiduri ramai Mat Rempit.
Lina, 15, berkata, ibunya berkahwin lain manakala bapa tiri tidak pernah memberi kasih sayang kepadanya menyebabkannya mencari teman lelaki bagi menghilangkan kebosanan.

“Sejak ibu bercerai dengan bapa ketika saya berusia 12 tahun, hubungan kami renggang dan sering bergaduh sehingga beberapa kali saya dipukul.
“Saya rapat dengan kakak yang dua tahun lebih tua daripada saya dan sering menemaninya setiap malam mencari teman lelaki di Taman Tasik Titiwangsa bagi menghilangkan kebosanan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan perangai itu, dia mendakwa pernah dirogol bergilir-gilir beberapa Mat Rempit di sebuah kawasan rekreasi di Rawang selepas cuba menghalang kakaknya daripada menjadi mangsa nafsu kumpulan lelaki itu.

“Namun kejadian itu tidak menjadi pengajaran kepada saya sebaliknya saya semakin ligat bertukar pasangan asalkan saya suka pada dia,” katanya.

Lina juga mendakwa, seorang rakan perempuannya pernah ‘menjual’ dia kepada sekumpulan Mat Rempit di Cheras untuk mendapatkan bekalan dadah hujung tahun lalu.

“Selepas kejadian itu, saya cuba mengasingkan diri daripada rakan namun disebabkan hanya berpendidikan setakat darjah enam dan masih di bawah umur, saya sukar mendapatkan pekerjaan,” katanya.
Menurutnya, dia kini menumpang di rumah datuk dan nenek selepas tidak lagi dipedulikan ibu atau bapa tirinya.

Lelaki kaya hutang

Oleh Muhd Izawan Baharin

APABILA seseorang menerima gajinya yang pertama, sudah tentu dia akan berfikir apa yang mahu dibeli dengan wang yang bukan lagi pemberian ibu atau bapa.
Mungkin mencongak mahu membeli kereta, telefon bimbit, tablet atau mungkin juga ada yang bercadang mahu meminang gadis impian.

Dengan gaji pertama, terlalu banyak difikirkan bagaimana mahu membelanjakannya, mengenai simpanan masa depan, ada yang berkata tidak perlu dirisaukan kerana caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyara kehidupan persaraan nanti.

Namun, tanpa pengetahuan asas mengenai pengurusan kewangan, tidak mustahil seseorang terutama kumpulan pekerja muda akan berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka yang bakal membuatkan mereka terjebak ke dalam masalah hutang serius.


Istilah muflis atau bankrap memang biasa didengar, tetapi apabila dirasai ia pengalaman yang sangat menyukarkan apatah lagi di usia muda.

Berdasarkan kajian Jabatan Insolvensi, setiap hari seramai 41 rakyat Malaysia diisytiharkan muflis dengan majoriti daripada mereka berusia di bawah 44 tahun. Antara sebabnya, tidak mampu menjelaskan pinjaman kereta, gagal mengawal penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi yang besar sehingga tidak mampu dibayar.

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pula lebih 50 peratus di kalangan mereka yang datang mendapat khidmat nasihat adalah berusia di bawah 40 tahun. Sebab utama mendapatkan kaunseling ialah perbelanjaan perubatan yang tinggi, lemah pengurusan kewangan dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit.

Melalui data yang dikumpul menerusi kaji selidik menerusi Internet oleh Citibank yang membabitkan 500 responden mendapati 37 peratus daripada mereka bimbang mengenai masa depan kewangan, 49 peratus menjelaskan penuh hutang kad kredit bulanan manakala 15 peratus lain membayar jumlah minimum.

Kaji selidik itu juga mendapati 72 peratus responden tidak mempunyai perancangan persaraan rasmi dan secara umumnya, rakyat Malaysia hanya mempunyai wang simpanan yang bertahan selama 11 minggu jika diberhentikan kerja.

Kajian yang dilakukan agensi kerajaan seperti Jabatan Insolvensi dan AKPK hanya merangkumi responden yang sudah dibelenggu hutang, tetapi bagaimana pula dengan golongan belia berkerjaya di kawasan bandar yang belum merasai keperitan hutang keliling pinggang.

Baru-baru ini, satu kaji selidik dijalankan Pusat Kajian dan Sumber Pengguna (CRRC) mengenai Perilaku dan Sikap Pekerja Muda bagi mengenal pasti tabiat, sikap dan pengetahuan pekerja muda bagaimana menguruskan kewangan.

Kaji selidik itu ialah inisiatif Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan ditaja Citi Foundation manakala pelaksanaannya dijalankan CRRC.

Ia membabitkan 1,000 responden berusia 18 hingga 35 tahun di kawasan bandar dan hasil kajian itu agak mengejutkan menyebabkan satu usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan golongan pekerja muda tidak terjerumus ke dalam masalah hutang yang serius, sekali gus membawa kepada risiko muflis.

Berdasarkan kaji selidik itu, 47 peratus daripada golongan berkenaan mengalami masalah hutang serius iaitu menggunakan 30 peratus atau lebih daripada pendapatan gaji kasar untuk melangsaikan hutang.

Selain itu, kajian sama turut mendapati 37 peratus golongan pekerja muda mengaku berbelanja di luar kemampuan, malah pekerja berusia antara 24 dan 29 tahun menjadi kumpulan paling berisiko terjebak dalam masalah hutang.

Pengarah CRRC, Datuk Paul Selva Raj berkata, golongan lelaki terdedah kepada hutang yang serius berbanding wanita manakala kumpulan yang mendapat gaji antara RM2,001 dan RM3,000 mudah terjebak dalam apa yang diistilahkan hutang keliling pinggang.

“Ada kemungkinan pada tahap pendapatan itu, mereka membeli aset baru seperti rumah, berkahwin atau membeli insurans, sekali gus meningkatkan keperluan membayar pinjaman.

“Kajian juga mendapati individu belum berkahwin lebih berpotensi menanggung hutang serius berbanding responden yang sudah berkahwin. Kemungkinan besar, selepas perkahwinan, pengguna menjadi lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan atau pasangan membantu menyumbang,” katanya.

Kajian itu turut meliputi tahap pendidikan mempengaruhi gaya berbelanja seseorang. Berdasarkan kajian itu, peratusan mereka yang mempunyai ijazah mempunyai hutang tinggi iaitu 53.8 peratus diikuti diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (24.9 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/sijil (13.1 peratus), ijazah sarjana/doktor falsafah (PhD) (6.7 peratus), Penilaian Menengah Rendah (PMR) (0.9 peratus) dan pendidikan rendah/menengah (0.7 peratus).

Mengulas perkara itu, Paul berkata, peratus tinggi hutang oleh pemegang ijazah mungkin menggambarkan keinginan kumpulan itu memiliki aset berbanding kumpulan lain.

Mengenai corak perbelanjaan pula, lelaki lebih banyak menghabiskan duit untuk mendapat gajet teknologi maklumat iaitu sebanyak 60 peratus manakala wanita berbelanja besar untuk perubatan dan kesihatan iaitu 58.1 peratus.

Paul berkata, responden yang ditanya mengapa mereka menggunakan kad kredit untuk berbelanja mendapati 43.7 peratus memilikinya disebabkan mudah membayar bil manakala 29.1 peratus disebabkan promosi daripada pihak bank.

“Penemuan penting lain juga mendapati 15 peratus pekerja muda tidak mempunyai simpanan langsung manakala bagi yang mempunyai simpanan dan sekiranya berhenti bekerja atas sebab tertentu, secara purata hanya mencukupi menampung keperluan selama empat bulan saja.

“Secara purata, pembelian menggunakan kad kredit adalah RM702 sebulan manakala 37 peratus pekerja muda didapati tidak pernah terfikir mengenai persediaan untuk persaraan,” katanya.

Menurutnya, bagi mereka yang pernah memikirkan mengenai persaraan, 60 peratus responden tidak begitu berpuas hati dengan persediaan mereka.

“Berhubung pengetahuan pekerja muda mengenai kewangan, 43 peratus daripada mereka mengaku kurang mempunyai pengetahuan.

“Secara amnya juga, pekerja muda memberikan skor yang rendah untuk tahap pengurusan kewangan diri mereka sendiri,” katanya.

Paul berkata, untuk menangani isu pengurusan kewangan yang lemah di kalangan pekerja muda, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sudah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan Kewangan untuk menyelaras dan mengintegrasi pendidikan kewangan kepada semua sektor termasuk sekolah, belia, komuniti dan keluarga.

“Cadangan ini sudah dikemukakan kepada pihak kerajaan tahun lalu dan kita berharap tindakan dapat diambil bagi meningkatkan kesedaran golongan muda terhadap pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini memang ada pelbagai agensi diwujudkan, tetapi kebanyakannya berasingan dan beroperasi secara adhoc, membuatkan usaha mengintegrasikan perlu dilakukan bagi memberi kesan lebih besar.

Antara tanggungjawab Suruhanjaya Pendidikan Kewangan membangunkan strategi untuk mempromosikan kesedaran dan pendidikan kewangan di kalangan rakyat Malaysia, membangunkan laman web yang menyediakan maklumat berkaitan kesedaran kewangan, pendidikan, kaunseling dan program sokongan yang disediakan kerajaan serta agensi berkaitan.

“Ia akan menyediakan talian hotline kepada orang ramai yang memerlukan maklumat berkaitan kesedaran dan pendidikan kewangan.

“Suruhanjaya ini memainkan peranan secara sistematik dan progresif bagi membentuk generasi pengguna yang berhemah, bertanggungjawab, berilmu dan bijak menilai dari segi kewangan sesuatu produk dan perkhidmatan selain membuat keputusan tepat bagi meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka,” katanya.


Penulis wartawan Harian Metro

Leher dirodok penyamun

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

STABIL...keadaan mangsa stabil selepas menjalani rawatan.
STABIL...keadaan mangsa stabil selepas menjalani rawatan.
AMPANG: Seorang wanita kini bertarung nyawa namun stabil selepas menjalani pembedahan pada paru-para kanan lebih tujuh jam ekoran tragedi hitam yang menimpanya apabila hampir disamun dan diculik seorang lelaki di sebuah pasar raya besar di Ampang, di sini.
Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang Selasa lalu itu, mangsa berusia 30-an bersendirian membeli beberapa barangan di pasar raya berkenaan sebelum dihampiri seorang lelaki ketika mahu masuk dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan pasar raya itu.

Lelaki itu meletakkan pisau di leher mangsa. Ketika mangsa meronta mahu melepaskan diri, lelaki terbabit merodok lehernya hingga mencederakan paru-paru kanannya.
Kejadian itu tersebar melalui laman sosial facebook mangsa yang dikenali sebagai Nooralida M Noor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa menerima rawatan lanjut di Hospital Gleneagles, di sini.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek.

Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan memberitahu mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kritikal pada leher dan paru-paru kanan akibat dirodok dengan pisau dan menjalani pembedahan jam 8 malam kelmarin sebelum dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini dilaporkan stabil namun masih di bawah pemantauan pihak hospital.

Dalam laman facebook, Nooralida berkata, dia diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika mahu masuk dalam keretanya.
Katanya, lelaki itu meletakkan pisau pada lehernya dan memegang tangannya dipercayai bagi mengelakkannya melawan.

Menurutnya, dia melawan tindakan lelaki itu menyebabkan lelaki terbabit merodok lehernya hingga berlaku pendarahan serius.

“Saya membunyikan hon menyebabkan seorang wanita bersama anak lelakinya berusia 20-an hairan dan mengesyaki sesuatu berlaku.

“Lelaki itu yang menyedari kehadiran mereka melarikan diri sebelum saya menahan kesakitan dan memandu kereta ke balai polis berhampiran membuat laporan,” katanya.

Katanya, polis menghantar mangsa ke hospital dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati paru-paru kanannya mengalami kecederaan serius akibat terkena tikaman.

Bagaimanapun, mangsa sudah menjalani pembedahan dan kini dimasukkan ke ICU selain dilaporkan stabil.

Usaha Harian Metro semalam untuk menemui keluarganya gagal apabila enggan ditemu bual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian menimpa mangsa.

No comments:

Post a Comment