Sunday, May 6, 2012

ALLAHUAKBAR..ALHAMDULLILLAH...SUBHANALLAH...ALLAH LAH TUHAN YANG MESTI MANUSIA SEMBAH@TAAT...DAN PATUH SEMUA AJARANNYA YANG TERMAKTUB DALAM ALQURAN....

Kepala hancur dikisar pembajak



YUSOF menunjukkan tempat Fariz ditemui terjatuh dan mati akibat dikisar bilah pembajak di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang kelmarin.



KUALA NERANG - Keseronokan seorang budak lelaki menaiki jentera pembajak bersama bapa saudaranya berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut apabila kepalanya hancur dikisar bilah pembajak selepas terjatuh dari jentera itu di Kampung Kubang Palas di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa Muhammad Fariz Najmi Nurizan, 9, sangat gembira untuk mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 27, membajak tanah sawah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.
Sebaik naik ke atas jentera jenis Ford 6600 dipandu Habibullah, Fariz memilih untuk duduk di bahagian kiri di tepi jentera pembajak tersebut.
Bagaimanapun, tidak sampai lima minit jentera pembajak itu bergerak, Fariz dipercayai terjatuh tanpa disedari bapa saudaranya.
Habibullah hanya menyedari Fariz hilang dari atas jentera pembajak selepas memandu kira-kira 30 meter.

Petinju negara diserang



Muhamad farkhan


JOHOR BAHRU - Petinju negara yang pernah menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Laos 2009, Muhamad Farkhan Mohd. Haron, 24, mengalami beberapa kecederaan di badan selepas diserang sekumpulan lelaki di Taman Molek di sini semalam.
Akibat kecederaan itu, atlet kelahiran Johor yang turut dicalonkan sebagai Olahragawan Kebangsaan bagi Anugerah Sukan Negara Majlis Sukan Negara (MSN) 2011 baru-baru ini dirawat di Hospital Pakar Puteri di sini.
Difahamkan kejadian yang menimpa Muhamad Farkhan berlaku pada pukul 5 pagi semasa atlet itu dan rakan-rakannya menonton perlawanan final Piala FA antara Chelsea dan Liverpool di sebuah restoran.
Perlawanan itu menyaksikan pasukan The Blues menewaskan The Reds 2-1.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan Muhamad Farkhan masih dirawat di sebuah hospital di sini.
"Punca kejadian dan apa sebenarnya berlaku saya tidak pasti kerana belum mendapat laporan penuh," kata beliau.

Pengurus terkejut terima bil elektrik RM8,000



DAVID menunjukkan bil elektrik rumahnya yang berjumlah RM8,241.55 di Kuala Lumpur baru-baru ini.



KUALA LUMPUR – Seorang penduduk di Pandan Indah di sini meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat kiraan semula terhadap bil elektrik rumahnya bagi bulan Mac lalu yang mencecah jumlah RM8,241.55.
Penduduk berkenaan, David Chan, 51, mendakwa, pada 17 Januari lalu, dia menerima bil elektrik termasuk tunggakan yang berjumlah RM2,226.25.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila jumlah tersebut meningkat sehingga mencecah RM8,241.55 apabila menerima satu lagi bil kira-kira dua bulan kemudian.
“Mustahil bil elektrik tersebut bertambah lebih daripada RM6,000 dalam tempoh dua bulan sahaja.
“Tambahan pula saya hanya tinggal di rumah biasa bukannya kedai dan tidak mungkin kadar elektrik saya melambung tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Puting beliung landa bandar Jepun


SEJUMLAH bangunan rosak akibat puting beliung.



TOKYO - Seorang terbunuh apabila puting beliung melanda bandar Tsukuba di timur laut Jepun semalam manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.
Sejumlah bangunan dan rumah musnah dalam kejadian itu yang berlaku 60 kilometer dari Tokyo.
Bandar Tsukuba itu merupakan sebuah pusat sains yang menempatkan beberapa institut akademik dan penyelidikan.
Bagaimanapun, puting beliung itu melanda di kawasan kediaman penduduk.
Mangsa yang terbunuh itu merupakan seorang remaja yang berusia 14 tahun.
Menurut Pusat Perubatan Tsukuba, dia mati selepas mengalami kecederaan.
Lebih 30 orang cedera dengan sepuluh daripadanya dirawat di hospital, kata beberapa pegawai bomba.
Stesen televisyen NHK menunjukkan imej sejumlah rumah tidak mempunyai bumbung.
Kira-kira 200 buah rumah dilaporkan rosak.
Kira-kira 24,000 kediaman tidak mendapat bekalan elektrik.
Kejadian puting beliung jarang berlaku di kawasan Tokyo. - Agensi

Gambar fenomena bulan besar



SEORANG lelaki berjoging ketika bulan penuh terbentuk di Taman Papago, Phoenix, Amerika Syarikat kelmarin.



NEW YORK - Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. - Agensi

 ADAKAH KITA TAK MAHU BERFIKIR
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٣)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (13)..SURAH AR RAHMAN

No comments:

Post a Comment