Sunday, May 6, 2012

NI SECEBIS KISAH...MAKNA BANYAK LAGI...DAH MACAM NI GAWAT KES ZINA..ROGOL...PUN MASIH BERDALIH2 UNTUK LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...MAKA BERJAYALAH SYAITAN SERTA MUSUH ISLAM MENYESATKAN KITA...HINGGA RAGU2 DENGAN HUKUM ALLAH...SEOLAH2 ALLAH ITU TIDAK MAHA MENGETAHUI...TIDAK MAHA BERILMU....

Bangga diri serah tubuh

Oleh KASDI ALI dan MOHD AZAM SHAH YAACOB
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.
Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.
Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.


Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.

Kain ihram kafan anak

Oleh MOHD NOR ASRI YAACOB
am@hmetro.com.my

pix_middle
KOTA BHARU: “Seminggu sebelum kejadian, saya tidak sedap hati, seolah-olah seperti akan kehilangan ahli keluarga. Saya juga tiba-tiba tergerak membasuh kain ihram yang tersimpan sejak dua tahun lalu untuk digunakan sebagai kain kafan jika berlaku kematian di kalangan ahli keluarga.
“Perasaan tidak sedap hati itu menjadi kenyataan apabila anak saya lemas dan kain ihram yang dibasuh itu digunakan sebahagiannya untuk kain kafan anak saya,” kata Sabariah Jaafar, 46, ibu kepada Abu Hamid Fadzir, 14, yang ditemui lemas di Sungai Machang, Pasir Tumboh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, rakan Abu Hamid, Wan Mohd Nazri Wan Mahmud, 15, turut lemas selepas mandi di sungai bersama tiga lagi rakan lain.
Mayat Wan Mohd Nazri ditemui jam 6.51 petang, manakala mayat Abu Hamid ditemui jam 8.15 malam di dasar sungai tidak jauh antara satu sama lain oleh sepasukan anggota bomba yang melakukan kerja mencari dan menyelamat bersama penduduk kampung.

Abu Hamid dan Wan Mohd Nazri adalah pelajar Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, di sini, dan masing-masing berasal dari Kota Bharu dan Pasir Puteh. Jenazah kedua-dua pelajar itu dikebumikan pagi semalam.

Jelas Sabariah, Abu Hamid keluar rumah jam 4 petang bersama empat rakannya dengan menaiki basikal untuk belajar silat, namun tidak menyangka anaknya mandi sungai sehingga lemas.

Katanya, pada jam 6 petang, rakan anaknya datang ke rumah dan dia terkejut selepas dimaklumkan anaknya lemas di sungai yang terletak lima kilometer dari rumahnya.

“Pada mulanya, saya tidak membenarkannya keluar kerana cuaca mendung, namun dia berkeras untuk keluar sebelum saya dikejutkan dengan berita kematiannya.
“Menurut rakannya, mereka memang keluar untuk belajar silat namun kerana tok guru tiada di rumah, mereka ke sungai untuk mandi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Paduka, Kubang Kerian, di sini, semalam.

Sabariah berkata, anaknya turut menunjukkan sikap manja ketika dikejutkan untuk solat Subuh pada hari kejadian.

“Saya pukul dia untuk bangun solat Subuh, tapi dia tidak mengendahkannya, sebaliknya memegang dan mencium tangan saya sebelum dia bangun untuk solat,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk kampung, Mohd Yusof Mohd Yunus, 60, berkata, ketika kejadian dia menjala ikan berhampiran tempat kejadian sebelum rakan mangsa datang meminta tolong.

Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian, namun kedua-dua mangsa sudah tenggelam sebelum dia meminta pertolongan penduduk dan menghubungi bomba.

“Kejadian berlaku pantas dan saya tidak sempat menyelamatkan mangsa, malah hujan lebat selepas kejadian menyebabkan penduduk sukar memberi pertolongan dan terpaksa menunggu bomba,” katanya.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Shukri Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan dengan 15 anggota.

“Kita menemui mayat pertama (Wan Mohd Nazri) di dasar sungai, jam 6.51 petang. Selepas itu kita terpaksa menghentikan selama sejam berikutan hujan lebat namun selepas cuaca baik, kita meneruskan semula operasi dan mayat kedua (Abu Hamid) ditemui jam 8.15 malam.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke rumah keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assisten Komisioner, Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Gali gua bawah reban

Oleh MUHAAMAD HAFIS NAWAWI
mhafis@hmetro.com.my

SEMBUNYI... seorang wanita yang tidak mempunyai dokumen perjalanan ditahan ketika cuba menyorok.
SEMBUNYI... seorang wanita yang tidak mempunyai dokumen perjalanan ditahan ketika cuba menyorok.
KUALA LUMPUR: Pendatang tanpa izin Indonesia sanggup melakukan apa saja untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa, termasuk menggali gua di bawah reban ayam bagi dijadikan tempat persembunyian.
Perbuatan itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Imigresen berjaya menahan seorang wanita Indonesia yang menyorok ketika serbuan di rumah kongsi di Flora Damansara, dekat sini, malam kelmarin.

Wanita yang seakan-akan hilang pertimbangan apabila meronta, menangis dan meraung meminta dilepaskan, antara 92 warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan 32 anggota Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan dan dibantu 25 anggota Rela dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), jam 11 malam.
Dalam serbuan itu, taktik menggali lubang sebagai tempat persembunyian turut dikesan di bawah rumah kongsi dengan penghuninya berdiam diri dalam gelap jika kediaman mereka diserbu pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Musa Singa berkata, pihaknya melakukan intipan selama seminggu di kawasan terbabit selepas menerima aduan orang ramai.

“Pemeriksaan membabitkan 216 orang iaitu 186 lelaki, 54 wanita dan 21 pemastautin tetap sebelum menahan 92 orang yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Mereka yang ditahan ialah 34 lelaki dan 13 wanita Indonesia, 40 Bangladesh dan lima Myanmar,” katanya.

James berkata, tapak rumah kongsi terbabit mempunyai lima blok kontena dua tingkat dan empat rumah kongsi kayu dengan keseluruhan 50 bilik.
“Kebanyakan mereka yang ditahan tiada permit kerja dan dibawa ke Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

“Kami akan berusaha menemui majikan mereka dengan mengenal pasti pemilik tapak rumah kongsi ini. Lokasi ini hanya menjadi tempat tinggal warga asing dan mereka bekerja di tapak pembinaan di sekitar Damansara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan Akta Pemerdagangan Orang (Atip),” katanya.

Beliau berkata, hasil serbuan turut mendapati ramai tidak mendaftarkan diri Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) walaupun tempoh diberikan panjang.

Dua peragut remaja maut, parah



KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau. Dua remaja lelaki yang dipercayai baru melakukan jenayah ragut terbabit dalam nahas kemalangan, menyebabkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah.
Difahamkan, kedua-dua remaja terbabit menunggang sebuah motosikal sebelum meragut beg tangan seorang wanita warga Singapura di Jalan Batu 3, Cheras, di sini, jam 1 pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, dua suspek berusia 18 dan 19 tahun dikatakan memerhatikan wanita terbabit yang makan di sebuah restoran sebelum seorang daripada mereka menghampirinya dan meragut beg tangan wanita itu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek dipercayai melarikan diri sebaik melakukan jenayah ragut bersama rakannya yang menunggu dengan motosikal di luar premis.

“Bagaimanapun, jeritan wanita terbabit menyebabkan seorang pemandu kereta yang kebetulan menyaksikan kejadian itu mengejar motosikal ditunggang suspek,” kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh.

Katanya: “Ketika kedua-dua suspek melarikan diri, motosikal mereka dirempuh kereta berkenaan tidak jauh daripada lokasi kejadian.”

Hilang dara tahun lima



KUALA LUMPUR: Rupa dan fizikalnya seperti remaja awal 20-an, tetapi hakikatnya usia gadis montok berkulit gebu ini baru menjangkau 14 tahun dan masih bersekolah.
Lebih mengejutkan, pada usia itu remaja bertudung ini menjadi antara cikaro rebutan dan terkenal di beberapa lokasi ‘panas’ tumpuan samseng jalanan sekitar ibu kota.

Dibesarkan dalam keluarga berantakan dan terbiar tanpa belaian kasih sayang ibu bapa menjadi alasan Nina untuk hidup bebas tanpa batasan agama.

Namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap berkongsi impian sama dengan rakan sebaya lain iaitu menjalani hidup bahagia dan tidak mahu terus selama-lamanya hidup bergelumang dosa.

Kerap tukar pasangan



KUALA LUMPUR: “Pengalaman pertama saya ‘bersama’ lelaki ialah ketika berusia 12 tahun. Memang takut pada mulanya tapi lepas beberapa kali dipujuk, saya akhirnya mengalah,” kata Gee, 17, yang mula terbabit dengan kegiatan cikaro ketika belajar di tahun enam lagi.
Menurut Gee, sejak itu dia mula ketagih melakukannya dan bagi memuaskan diri dan mencari pengalaman baru, dia melakukannya dengan pasangan berlainan.

“Daripada situ, saya mula keluar setiap hujung minggu untuk lepak di lokasi tumpuan sekitar ibu kota sebelum menjadi cikaro dengan bergaul bersama kumpulan mat rempit,” katanya.

Gee, anak bongsu daripada tiga beradik, mengakui kehidupannya berubah apabila ayahnya meninggal ketika dia berusia 10 tahun. Oleh kerana ibunya sibuk menyara keluarga, tiada sesiapa memantau dirinya.

Terlalu percaya kata-kata anak



KUALA LUMPUR: “Kurang pemantauan ibu bapa, selain terlalu percaya kata-kata anak, menjadi sebab ramai remaja kini terjebak dengan masalah sosial,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.
Noh berkata, satu sebab remaja mudah terjebak dengan perkara negatif kerana keluarga sebagai orang paling dekat tidak menghalang mereka, sekali gus menyebabkan mereka tidak menghiraukan pandangan masyarakat.

“Bagaimana seseorang itu dapat menerima teguran atau pandangan masyarakat jika ahli keluarga sendiri tidak menegur perbuatan mereka.
“Itu antara sebab mengapa remaja sekarang tidak takut serta tidak malu melakukan perbuatan terlarang di depan masyarakat.

“Kerana alasannya keluarga tidak melarang, siapa pula masyarakat untuk menegur mereka,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas kehidupan Gee dan Nina yang terjebak dengan gejala sosial serta maksiat, Noh berkata, setiap keluarga perlu sedar perkara ini kerana sudah banyak kali dilaporkan ramai gadis, khususnya di bawah umur, terbabit dalam gejala tidak bermoral berikutan kurang perhatian keluarga.

“Ini bukan saja berkait dengan remaja yang ada masalah dalam keluarga, malah terhadap mana-mana remaja yang dibiarkan terlalu bebas bergaul dengan rakan,” katanya.

Hanya secebis kisah gejala moral dalam masyarakat

KUALA LUMPUR: Masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja seperti kehidupan liar dilalui dua gadis yang didedahkan Metro Ahad hanya secebis daripada gambaran keseluruhan gejala moral berlaku di negara ini.
Kisah hidup Nina, 14, dan Gee, 17, yang mula terjebak dalam aktiviti tidak bermoral dan hilang kesucian diri pada usia begitu muda, adalah bukti perkembangan ini membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak kerana bakal memberi kesan negatif untuk jangka panjang.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Teratak Shifa Kuala Lumpur dan Selangor (Praktis), Thom @ Che Tom Ujang berkata, selain menjejaskan nilai murni kehidupan insan umat Islam, ia boleh memberi kesan buruk terhadap keharmonian masyarakat di negara ini.
Beliau yang juga pengasas Praktis iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menaungi Rumah Shifa’ untuk anak yatim, miskin dan terbiar di Setapak berkata, antara punca meningkatnya masalah itu adalah sikap masyarakat.

“Saya akui masalah keruntuhan akhlak remaja, terutama membabitkan gadis berusia belasan tahun, semakin meningkat dan membimbangkan.

“Ia berikutan semakin ramai golongan ini dihantar ke rumah kebajikan, terutama milik NGO, sebagai jalan akhir mengawal kebebasan diri dan membentuk kembali sahsiah diri mereka,” katanya.

Menurutnya, purata umur dan latar belakang keluarga penghuni yang dihantar ke rumah kebajikan miliknya menunjukkan angka membimbangkan.

Bagaimanapun, atas beberapa faktor seperti menjaga hak privasi penghuni dan keluarga serta mengelak kehadiran pihak luar campur tangan dalam urusan pentadbiran rumah kebajikan, dia tidak boleh mendedahkan statistik terbabit.
“Ada keluarga yang menghantar anak atau saudara mereka ke rumah kebajikan meminta pihak pentadbiran merahsiakan perkara itu daripada orang ramai, termasuk ahli keluarga terdekat, demi keselamatan penghuni.

“Justeru, kisah Nina dan Gee yang hidup bebas sehingga hilang maruah diri pada usia sebegitu muda tidak mengejutkan saya. Saya pernah berdepan kisah lebih mengejutkan dan tragik daripada mereka,” katanya.

Thom berkata, sebagai umat Islam, perlu berfikiran terbuka dan bersatu menangani masalah ini serta tidak bersikap tuduh menuduh sesama sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata, cara terbaik ialah bersama-sama mencari jalan bagaimana mendidik remaja bermasalah di kalangan umat Islam ini supaya sedar dan kembali pada agama.

Mengulas mengenai Nina dan Gee, katanya, keluarga gadis itu perlu menggunakan pendekatan secara halus untuk kembali mendekati jiwa mereka.

Katanya, jika berdepan kesulitan daripada aspek kewangan atau beban tanggungjawab, ahli keluarga boleh menghantar mereka ke rumah kebajikannya untuk dibimbing supaya kembali ke landasan hidup yang benar serta diredai-Nya.

No comments:

Post a Comment