Sunday, May 6, 2012

ALLAH BOLEH BAGI LEBIH DAHSYAT...JIKA TERUS2 BUAT MUNGKAR...MELAWAN HUKUM ALLAH...MASIH TAK TAAT PADA ALLAH...DENGAN JADI ORANG2 MUNAFIK

500 rumah di Terengganu rosak dipukul ribut


ZAKARIA (atas, kiri) dibantu jirannya mengalihkan atap rumahnya yang rosak selepas ditimpa pokok kelapa dalam kejadian ribut di Kampung Undang, Marang semalam.


MARANG - Lebih 500 buah rumah di tiga buah daerah di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 3 petang kelmarin.
Tiga buah daerah terlibat ialah Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.
Dalam kejadian itu, kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar berkata, beliau difahamkan tidak terdapat mangsa tercedera dalam kejadian ribut itu.
"Kita sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang kerosakan rumah daripada pihak berkenaan di kampung-kampung yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat rumah mangsa kejadian di Kampung Undang di sini semalam.
Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Zaidi Muda memberitahu, sebanyak 208 buah rumah di Bukit Payung terjejas akibat kejadian ribut tersebut.

Siswa ganas menyerah diri

BEGINILAH kelakuan ganas peserta yang menterbalikkan kereta polis pada perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur pada 28 April lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang merupakan antara 91 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung rusuhan pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu ditahan polis semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Khalid Mohd. Ismath, 22, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi ketika datang bersama ibu bapanya, Junaidah Mohd. dan Mohd. Ismath Habib Mohamad serta peguamnya, Nasar Khan.
Junaidah dan Mohd. Ismath merupakan pesara kakitangan awam.
"Pelajar terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut dan perintah tahanan reman akan diambil jika siasatan belum selesai," katanya.
Jelas Mohmad, pelajar jurusan undang-undang itu diminta datang memberi keterangan kerana membuat ugutan terhadap anggota polis menerusi laman Facebook dan menyerang seorang anggota polis trafik pada hari perhimpunan haram Bersih tersebut.
Dalam kejadian itu, pelajar terbabit dirakam menendang anggota polis trafik yang terjatuh daripada motosikalnya ketika bertugas dalam Ops Aman yang dihadiri kira-kira 25,000 orang.

Elak naik harga kerana gaji RM900


ISMAIL SABRI tertarik melihat fesyen pakaian kitar semula daripada plastik dan kertas ciptaan Pauzeah Abd. Rahman (tengah) yang diumum sebagai johan sempena pelancaran Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum menerima laporan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan berikutan pengumuman gaji minimum pekerja swasta sebanyak RM900 baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman gaji minimum itu tidak wajar diikuti dengan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan.
"Kalau nak naik harga barang peniaga perlu beri alasan yang boleh diterima seperti tanaman rosak akibat cuaca dan faktor lain yang lebih munasabah," tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam selepas melancarkan Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 di kompleks Berjaya Times Square di sini.
Sambutan program itu selama sebulan di seluruh negara akan berakhir pada 3 Jun di pasar raya Tesco Semenyih, Selangor.

Ibu minta Azmin Ali bersumpah jika dianiaya


CHE TOM (kanan) menjawab soalan wartawan mengenai kes gambar seks yang didakwa melibatkan anaknya Azmin sambil ditemani Ummi Hafilda pada sidang akhbar di Hulu Klang dekat Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meminta anak lelaki sulungnya itu bersumpah bagi membersihkan namanya jika gambar-gambar aksi seks yang dikatakan mirip dirinya adalah tidak benar.
Che Tom Yahaya, 74, berkata, langkah tersebut merupakan tindakan terbaik selain menyaman individu yang bertanggungjawab jika terbukti ia adalah satu fitnah.
"Bagi saya mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya," katanya pada sidang akhbar di Hulu Klang dekat sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar-gambar aksi seks seorang lelaki yang dikatakan mirip Azmin bersama seorang wanita yang disiarkan oleh beberapa laman blog.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah seorang lagi anaknya, Ummi Hafilda.

Dua pelajar mati lemas di sungai

KOTA BHARU - "Entah kenapa sejak beberapa hari lalu saya tergerak hati untuk membasuh dan menyimpan sehelai kain ihram milik arwah bapa saya kerana merasakan kain tersebut akan digunakan. Tak sangka ia akan digunakan untuk urusan pengebumian anak saya."
Demikian kata Sabariah Jaafar, 46, ibu kepada Abu Hamid Fadzir, 14, yang ditemui lemas di Sungai Machang, Pasir Tumboh dekat sini selepas dikatakan cuba menyelamatkan rakannya yang lemas ketika mandi di sungai berkenaan petang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, rakan mangsa, Wan Muhamad Nazri Wan Mahmod, 15, turut menemui ajal selepas dipercayai terperangkap dalam pusaran air di sungai berkenaan sebelum lemas.
Menurut Sabariah, anak keenam daripada 14 beradik itu keluar dari rumah pada pukul 3.30 petang bersama empat rakannya untuk belajar seni silat di rumah seorang guru silat berhampiran sungai berkenaan.
"Bagaimanapun, guru silat tersebut tiada di rumah lalu mereka menukar rancangan untuk mandi di sungai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Paduka dekat sini semalam.

McNear cinta pertama Obama

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Alex McNear (bulatan) bergambar bersama beberapa pekerja syarikatnya, GreenLogic.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Wanita pertama yang berjaya menambat hati Presiden AS, Barack Obama ternyata bukan isterinya, Michelle Obama.
Dalam pendedahan tentang kisah cinta pemimpin negara paling berkuasa di dunia itu semalam akhbar dalam talian MailOnline melaporkan wanita pertama yang dicintai Obama adalah seorang gadis kulit putih, Alex McNear.
Kini mengendalikan sebuah syarikat pembekal tenaga mesra alam, McNear tinggal di sebuah banglo berharga AS$2 juta (RM6 juta) di New York.
Ibu tunggal beranak satu itu dilaporkan mengundi Obama dalam pilihan raya Presiden pada 2008.
Akhbar berkenaan tidak mendedahkan punca hubungan mereka terputus di tengah jalan tetapi McNear akhirnya mengahwini seorang peninju Serbia, Bob Bozic.
Bozic pernah menentang peninju legenda, Larry Holmes pada 1973 tetapi kecundang.
Mereka berkahwin pada 1987 dan hidup bersama selama tujuh tahun sebelum memilih untuk bercerai.
Bozic, 61, kini berkerja sebagai pelayan bar manakala McNear, 51, pula menguruskan syarikat tenaga boleh diperbaharui, GreenLogic, di New York.
Setelah berpisah dengan McNear, Obama bercinta dengan seorang lagi wanita kulit putih, Genevieve Cook sebelum berkenalan dan mengahwini Michelle Obama.
Kisah cinta Obama didedahkan pada minggu ini dalam sebuah buku biografi mengenai presiden berkenaan oleh penulis AS, David Maraniss.
Ketika ditanya berhubung pendedahan tersebut, McNear memberitahu akhbar MailOnline: "Saya tidak mahu diwawancara."
"Saya cuma memberikan satu temu bual kepada Maraniss dan tiada apa lagi yang saya ingin katakan," tambahnya.
Ditanya sama ada dia akan keluar temu janji bersama Obama jika Presiden AS berkenaan kembali mendambakannya, McNear berkata, "selamat tinggal" dan memutuskan talian.
Dalam wawancara bersama Maraniss, wanita itu berkata, mereka berkenalan ketika belajar di Kolej Occindental di California.
Perkenalan tersebut membawa kepada hubungan cinta musim panas di New York ketika kedua-duanya berusia 20 tahun pada 1981.
Ketika itu, Obama berpindah ke Universiti Columbia di New York untuk menamatkan pengajiannya. - Agensi

9 mayat ditemui tergantung, 14 tanpa kepala


MAYAT sembilan individu tidak dikenali tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan.
Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.
Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat.
Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini.
Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.
Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.
Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan.
Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. - Agensi

Bulan paling besar semalam


GAMBAR pada 3 Mei lalu menunjukkan bulan mengambang penuh di langit Huntsville, dalam negeri Alabama, Amerika Syarikat.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk Bumi dapat melihat imej bulan yang paling besar sepanjang tahun ini semalam.
Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer.
Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan.
Saintis Balai Cerap Tentera Laut AS, Geoff Chester berkata, pada kedudukan tersebut, bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar daripada biasa.
"Namun, anda sukar mengesan perbezaan ini dengan menggunakan mata kasar," kata Chester.
Menurutnya, fenomena itu yang dinamakan adibulan, akan menyebabkan kejadian air pasang besar ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat.
Namun, beliau menolak mitos Barat yang mengaitkan fenomena adibulan dengan peristiwa luar biasa termasuk ramai orang akan menjadi kurang siuman dan bencana alam akan meningkat. - Agensi

No comments:

Post a Comment