Sunday, May 6, 2012

ALLAH DAH AJAR SERTA TUNJUK....BENDUNG GEJALA SOSIAL...LAKSANAKAN HUKUM HUDUD...NAPE TAKUTKE...KITA WAJIB TAAT...

Budak maut digilis traktor

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

INI DIA...jentera pembajak yang menyebabkan kematian Fariz.
INI DIA...jentera pembajak yang menyebabkan kematian Fariz.
KUALA NERANG: “Pada Khamis lalu, dia berlawak dengan rakan sekolah memakai lilitan di kepala seolah-olah jenazah dikafankan,” kata Yusof Awang, 59, datuk saudara kepada Muhammad Fariz Najmi Norizan, 9, yang maut selepas digilis traktor pembajak sawah di Kampung Kubang Palas, di sini, kelmarin.
Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Muhammad Fariz mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 30-an, yang memandu jentera itu untuk membajak sawah berhampiran rumahnya dan dia dikatakan duduk di sebelah tempat duduk pemandu.
Selepas membajak tidak sampai 30 meter, Habibullah tersedar arwah tiada di sebelah.

Apabila dia memandang ke belakang arwah dilihat sudah terbaring dengan badannya disaluti lumpur serta berlumuran darah.

‘Saya tak maaf’

Oleh Asmah Rusman dan Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my

SEDIH...Ibu Nur Suhaida, Zarina tidak dapat menahan sebak.
SEDIH...Ibu Nur Suhaida, Zarina tidak dapat menahan sebak.
KUALA LUMPUR: “Pemandu kereta yang melanggar anak saya itu kejam. Jika dia tak melarikan diri, tapi membawa anak saya ke hospital, mungkin nyawanya boleh diselamatkan.
“Saya tak akan maafkan perbuatan pemandu kereta itu,” kata Zarina Ahmad, 34, ibu kepada Nur Suhaida Arman, 18, yang terbunuh dalam kejadian langgar lari di Kilometer 50.1 Lebuh raya Kesas dari arah Sungai Besi ke Petaling Jaya, jam 1 pagi semalam.

Nur Suhaida yang membonceng motosikal dan rakannya, Ana Najwa Mohd Noor, 18, menunggang terbunuh apabila dirempuh dari belakang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari rumah rakan di Ampang ke rumah masing-masing di Klang.
Nur Suhaida maut di tempat kejadian manakala Ana Najwa meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 5.30 petang semalam.

Menurut Zarina, sebelum kejadian itu, Nur Suhaida sempat makan malam bersamanya sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian sebaik pulang sebelum ini.

“Arwah ada memberitahu dia sudah memohon pengajian diploma dalam jurusan Komunikasi Massa kerana mahu menjadi pembaca berita kelak.

“Rakan sekerja anak kedua saya itu memberitahu arwah turut menunjukkan petanda pelik di tempat kerja dengan meminta maaf kepada semua rakan,” katanya.

Nur Suhaida dan Ana Najwa rakan karib sejak di sekolah rendah lagi dan mereka juga tinggal berjiran di Port Garden, Klang, Selangor.
Mohd Fariez Mohd Nor, 20, abang kepada Ana Najwa berkata, adiknya yang dipanggil Najwa tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya meminta izin ibunya untuk ke Ampang untuk bertemu rakan.

“Selepas kemalangan itu, adik saya koma, tapi doktor maklumkan harapan untuk dia hidup hanya 10 peratus kerana kecederaan parah di kepala. Pada jam 5. 30 petang, doktor memberitahu arwah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, Najwa bercita-cita menjadi pegawai polis dan malah sejak di bangku sekolah, dia menyertai pasukan Kadet Polis, termasuk menyertai pelbagai perkhemahan polis.

“Saya sedih dan terkilan kerana cita-citanya tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kedua-dua mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftaran dan jenis.

Akma pilih eksekutif Petronas



IKATAN...Akma dan Farih bersama anggota  keluarga pihak lelaki ketika majlis pertunangan di Taman Buana Perdana.
IKATAN...Akma dan Farih bersama anggota keluarga pihak lelaki ketika majlis pertunangan di Taman Buana Perdana.
PETALING JAYA: Hanya berhubung jarak jauh menerusi pesanan BlackBerry Messenger (BBM), bukan halangan buat penyanyi Asiahtunakma Abdullah atau Akma mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Farih Hamshi Muhamad Fatmi, semalam.
Akma, 27, yang juga bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga bertunang selepas setahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh ketika Farih masih menuntut di Melbourne, Australia.

Akma berkata, perkenalan mereka menerusi rakan berlaku ketika dia mengadakan persembahan dalam satu acara pada 2007.
“Saya menyukainya kerana dia matang, hidup berkeluarga dan berkesungguhan menyayangi saya.

“Jika segalanya berjalan lancar, kami bercadang melangsungkan perkahwinan pada 30 Jun ini,” katanya.

Pada majlis pertunangan itu, Akma menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan.

Farih yang berkhidmat sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan Petronas hadir bersama 150 anggota rombongan dari Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan ini bercadang berbulan madu di Bali, Indonesia selepas berkahwin.

“Kedua-dua mangsa terjatuh dari motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang selepas dirempuh dengan kuat dari arah belakang sebelum pemandu kenderaan itu melarikan diri,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dibelasah suami balik bawa kekasih gelap



KUALA LUMPUR: Dayus dan kejam. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang mencekik, menendang dan memijak perut isterinya selepas mangsa tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah bersama kekasih gelapnya, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam di rumah pasangan itu di Pantai Dalam, di sini dan mangsa yang mahu dikenali sebagai Tasya, 42, berkata suaminya pulang ke rumah ketika dia lena tidur.

Menurutnya, suaminya yang berusia 50-an mengetuk pintu dengan kuat sebelum menendangnya hingga pecah.
“Saya lewat buka pintu kerana saya sedang tidur. Sebaik tersedar selepas terdengar bunyi bising pintu rumah ditendang hingga pecah, saya terkejut kerana suami balik ke rumah dengan seorang wanita berusia 20-an,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Tasya berkata, apabila saya menyoal, dia menyatakan wanita itu adalah teman wanitanya dan menyuruh dia keluar dari rumah bagi membolehkan mereka bermadu kasih di dalam rumah.

“Apabila saya enggan menuruti arahannya, dia mencekik saya, menolak saya ke bawah sebelum mula menendang dan memijak perut saya,” katanya.

Tasya cuba mempertahankan dirinya namun dengan pertolongan teman wanitanya itu, suami membelasahnya dengan teruk sebelum mengambil pisau untuk membunuhnya, namun, dia berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Isteri kedua dibelasah separuh bogel



KUALA LUMPUR: Seorang isteri kedua dibelasah dalam keadaan separuh bogel dan rambutnya turut digunting hingga pendek oleh suaminya selepas dia meminta suaminya menunjukkan bukti perceraian dengan isteri pertama.
Akibat kejadian itu yang berlaku di rumah sewa pasangan berkenaan di Pantai Dalam, di sini pada jam 8 malam Ahad lalu, mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai kerani melarikan diri ke kampungnya di Sabah.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu di selatan Thailand sebagai isteri kedua selepas dia berjanji menceraikan isteri pertamanya.
Katanya, suaminya mendakwa menceraikan isteri pertama pada November tahun lalu.

“Namun, dia enggan me mendaftarkan perkahwinan kami dalam negara sehingga sekarang menyebabkan saya syak dia belum ceraikan isteri pertama.

“Saya desak dia tunjukkan surat cerai isteri pertama, namun menolak saya ke dinding sebelum sebelum membelasah saya sehingga kepala bengkak,” katanya.

Katanya, suaminya turut memotong rambut dan pakaiannya sehingga dia separuh bogel.

28 jahitan rebut kekasih

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Akibat perselisihan faham kerana dipercayai berebut teman wanita, dua lelaki bergaduh hingga seorang daripadanya terpaksa menerima 28 jahitan selepas dikelar dengan pisau dan dipukul dengan kayu golf dalam satu kejadian di Jalan Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Lepas, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun dipukul tanpa belas kasihan selepas suspek mendakwa dia cuba merampas teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, siasatan awal mendapati pertelingkahan di antara dua lelaki itu dipercayai berpunca suspek menuduh mangsa mahu merampas teman wanitanya.

“Ketika itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum beberapa rakan suspek cuba campur tangan.


“Pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan sebelum mangsa diserang suspek serta rakannya yang bersenjatakan pisau dan kayu golf,” katanya.

Tetamu tidak diundang di katil

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri yang lena dibuai mimpi terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diundang yang tidur sekatil dengan mereka dalam kejadian di Flat Awam Jalan Hiliran, di sini, semalam.
Kehadiran suspek warga Nepal itu hanya disedari mangsa yang juga anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 4.15 pagi selepas anak mangsa berusia dua tahun menangis kerana dihimpit suspek yang tidur sekatil bersama keluarga berkenaan.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila suspek berusia 31 tahun yang mabuk menceroboh rumah mangsa sebelum tidur sekatil bersama keluarga berkenaan.
“Sebelum kejadian, anggota polis terbabit tidur pada jam 1.20 pagi sebelum terjaga apabila mendengar tangisan anaknya yang tidak selesa akibat dihimpit.

“Mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek tidur di katilnya terus menahan lelaki terbabit.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga dengan bantuan anggota Rakan Cegah Jenayah Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi semalam berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual pasar raya raya ini dipercayai tersilap masuk ke kediaman mangsa akibat mabuk.

Katanya, suspek dipercayai masuk melalui pintu utama.

Noda di tangga sekolah

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.
Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.
“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.

“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.

“Pada kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu, berlaku sekali lagi kejadian sama ketika waktu rehat apabila mangsa seorang diri datangi remaja terbabit.

“Remaja itu didakwa sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk di tangga sekolah dan memberi amaran supaya mangsa merahsiakan perkara berkenaan,” katanya yang memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak keluar rehat sebaliknya berada di sekitar kawasan sekolah berkenaan seorang diri.
Kata sumber itu, mangsa yang takut hanya berdiam diri kerana bimbang dicederakannya sebelum remaja terbabit berlalu selepas melakukan perbuatan itu. “Keesokan paginya (Khamis), kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa sekali lagi mendakwa menjadi habuan nafsu remaja terbabit dan kali ini senjata tajam diacukan di leher mangsa ketika berseorangan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diugut bunuh jika perlakuan sumbang itu diketahui orang, namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian melaporkan kepada pengurusan sekolah.

“Pihak sekolah yang terkejut selepas diberitahu perkara itu segera menyiasat sebelum memanggil ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa anaknya,” katanya.

“Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sendiri datang ke sekolah kira-kira jam 3 petang sebelum bertindak melaporkannya kepada polis,” katanya .

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan, polis ada menerima laporan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dan sudah mengenal pasti suspek seorang remaja lelaki dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ganding bahu bendung gejala sosial

KUALA LUMPUR: “Tiada siapa boleh dipersalahkan, sebaliknya semua pihak harus memainkan peranan bagi membendung masalah sosial ini daripada terus menular.
“Kita perlu mencegah lebih ramai remaja rosak dan disebabkan itu ibu bapa serta masyarakat perlu memainkan peranan,” kata pendakwah, Dr Wan Akashah Abdul Hamid.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai kebimbangan terhadap remaja perempuan yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun.
Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas serta samseng jalanan dan bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.

 





No comments:

Post a Comment