Tuesday, May 8, 2012

ALLAH JUA TEMPAT MENGADU...JANGAN KITA DAH TERSEPIT BARU INGATKAN ALLAH...HENDAKLAH KETIKA SIHAT DAN SAKIT...KITA SENANG DAN MISKIN...DAN APA JUGA KEADAAN HENDAKLAH KITA INGATKAN ALLAH...

Gigit leher

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

PILU...ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat mangsa dibungkus anggota polis. Gambar kecil, Yip.
PILU...ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat mangsa dibungkus anggota polis. Gambar kecil, Yip.
SUBANG JAYA: “Saya tumbuk anjing itu tiga kali, tapi ia tidak melepaskan gigitan di leher mangsa,” kata lelaki dikenali sebagai Eddy yang juga saksi seorang warga emas mati akibat dibaham seekor anjing ketika berjoging di kawasan rumahnya di SS19/5B, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa, Yip Sin Hua, 74, mati di tempat kejadian selepas parah di leher manakala telinganya hancur akibat gigitan anjing jenis Miniature Bull Terrier Cross yang terlepas keluar melalui tempat membuang sampah rumah pemiliknya di kawasan perumahan sama.
Yip gemar berjoging di kawasan perumahan itu sejak lebih 20 tahun lalu dan semalam, ketika melalui jalan di tempat kejadian yang hampir dengan rumahnya di SS19/5E, dia diserang seekor anjing.

Eddy, 44, berkata, dia melalui jalan berkenaan dengan menaiki kereta dan terkejut apabila melihat seorang warga emas bergelut dengan seekor anjing.


“Saya memberhentikan kereta dan turun untuk membantu. Selepas usaha saya menumbuk haiwan itu tiga kali gagal, saya kembali ke kereta untuk mengambil kayu. Ketika itu datang seorang wanita dan dia memukul anjing itu beberapa kali dengan meja kayu.

Buruh Bangladesh maut ditetak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

Anggota polis memeriksa mayat Bangladesh yang maut di lokasi kejadian.
Anggota polis memeriksa mayat Bangladesh yang maut di lokasi kejadian.
Anggota polis menggunakan beg plastik bagi menutup mayat mangsa yang terbunuh di lokasi kejadian.
Anggota polis menggunakan beg plastik bagi menutup mayat mangsa yang terbunuh di lokasi kejadian.
KUALA LUMPUR: Dua buruh warga Bangladesh maut selepas diserang dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan parang dan sabit dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Imbi di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, dua mangsa berusia lingkungan 30-an itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah berhampiran kawasan berkenaan bersama 18 lagi rakan senegara mereka apabila diserang dua suspek.
Seorang daripada mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian leher maut di tempat kejadian manakala rakannya maut selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kira-kira 20 minit kemudian.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia melihat mangsa rebah selepas ditetak berulang kali di bahagian leher seorang daripada suspek.


“Manakala, rakannya yang cedera di perut berjaya melarikan diri sejauh 50 meter dari tempat kejadian ke stesen minyak berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa sempat meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum rebah,” katanya memberitahu 18 lagi rakan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas diserang dua lelaki terbabit.

Menurutnya, pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian sebelum membawa mangsa yang tercedera ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Katanya, motif sebenar serangan itu masih disiasat namun pihaknya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan masalah di tempat kerja.

Tambahnya, mayat mangsa di hantar ke HKL untuk bedah siasat dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

‘Kau rapat aku terjun’

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

PUJUK...anggota polis menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, petang semalam.
PUJUK...anggota polis menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, petang semalam.
GEORGETOWN: “Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun.
“Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.”
Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta.


Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan.

Mayat dalam kolam takungan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang sudah reput dan dalam keadaan bogel ditemui terapung di sebuah kolam takungan banjir berdekatan Jalan Ipoh, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, pengawal keselamatan bertugas di kolam takungan berkenaan yang membuat rondaan terkejut selepas menemui mayat lelaki terapung.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, sebaik menemui mayat itu, pengawal keselamatan berkenaan menghubungi balai polis terdekat untuk memberi maklumat sebelum pasukan forensik dihantar ke tempat kejadian.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan yang dalam keadaan berbogel dan dianggarkan berusia 50-an sudah reput lebih 50 peratus.

“Kami belum menemui sebarang tanda kecederaan pada mayat itu berikutan keadaan kulitnya yang sudah reput.

“Kami juga belum menemui identiti mangsa dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menunggu laporan bedah siasat untuk petunjuk seterusnya.

Bayi dibuang diseret anjing



IPOH: Seorang bayi lelaki yang dicampak berhampiran kawasan perumahan Anjung Bercham Indah, di sini, terselamat daripada menjadi ‘hidangan’ sekumpulan anjing liar yang menggigit dan menyeretnya, tengah malam semalam.
Dalam kejadian jam 12 pagi itu, mangsa yang baru dilahirkan kurang seminggu terselamat apabila tangisannya didengari penduduk kawasan perumahan itu yang segera menyelamatkannya.

Ketika ditemui, bayi seberat 2.4 kilogram itu dibalut dengan kain putih sebelum diletakkan dalam plastik oleh individu yang dipercayai berniat mahu membunuhnya. Saksi kejadian, Tan Swee Kong, 50-an, yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Bercham berkata, dia mulanya terserempak seekor anjing dewasa menyeret plastik.
Bagaimanapun, katanya, dia yang menyangka plastik itu berisi sampah terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum menghalau anjing liar berkenaan.

“Saya membuka plastik itu sebelum menemui seorang bayi lelaki yang hanya dibalut kain putih.

“Saya yakin beberapa anjing liar sudah menyeret bungkusan berisi bayi itu dari lokasi lain sebelum ia sampai di hadapan rumah saya berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Turut sama melawat bayi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

“Orang yang membuang bayi ini lebih hina daripada binatang dan perbuatan ini amat tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Sementara itu, Dr Mah berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kesan luka dan sudah menerima rawatan pakar kanak-kanak HRPB.

Dibelasah selepas nahas

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

KUCHING: Kematian seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan apabila merempuh seorang pejalan kaki, di Batu 13, Jalan Penrinssen, di sini menimbulkan tanda tanya sama ada disebabkan kemalangan atau akibat dibelasah.
Ini kerana Mathew Roker anak John Wayne, 18, dari Kampung Pingiran, Batu 14, di sini ditemui dengan mukanya bengkak selain kesan luka pada badan, dipercayai akibat dibelasah individu tidak dikenali selepas merempuh seorang pejalan kaki kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Mathew meninggal dunia selepas enam jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS), selepas dipercayai dipukul orang ramai.

Bapa saudara mangsa, Bobby anak Jaii 45, berkata, Mathew menunggang berseorangan dikatakan merempuh seorang pejalan kaki ketika dalam perjalanan ke rumah gurunya di Batu 11.


“Saya hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan mengatakan anak saudara saya terbabit dalam kemalangan. Tanpa membuang masa, saya terus ke tempat kejadian dan terkejut apabila melihat wajah Mathew yang seperti dibelasah.

Beego nafi berkhalwat



KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi membabitkan rumah tangganya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah, Februari tahun lalu.
Selain Beego, 32, dua pekerja swasta, Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, masing-masing berusia akhir 20-an turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal ketika dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan menjelaskan mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pada prosiding yang sama, dua kenalan, Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia awal 30-an mengaku bersalah terhadap pertuduhan sama dan didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara. Mereka membayar denda itu. Berdasarkan fakta kes, kelima-lima tertuduh ditahan sekumpulan Pegawai Penguat kuasa Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini, jam 6 pagi, pada 23 Februari 2011.

Kelima-lima tertuduh hadir ke mahkamah semalam selepas mereka gagal berbuat demikian ketika sebutan kali pertama pada 10 April lalu sehingga mahkamah mengeluarkan waran tangkap. Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya itu.

Beego sebelum ini menarik perhatian masyarakat apabila hanya 10 hari bergelar suami kepada Intan Shahira Mohd Shahru Bahari.

Hati luluh selepas rujuk

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Seorang suami mengalami tekanan perasaan melampau apabila mendapat tahu isterinya pernah dijadikan ‘hamba seks’ kumpulan samseng yang memaksanya menjadi pelacur di hotel murahan.
Lebih teruk apabila wanita mempunyai empat anak itu turut dipaksa memuaskan nafsu setiap anggota kumpulan samseng berkenaan tanpa pengetahuan suaminya sendiri sejak setahun lalu.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Mogan, 40, berkata, kesengsaraan dialami isterinya berusia 30-an berlaku selepas dia bercerai dengan isterinya awal tahun lalu sebelum mereka rujuk semula dua bulan lalu.

Menurutnya, dalam tempoh perceraian itu, isterinya terjebak dengan jerat kumpulan samseng itu yang memperdaya mangsa yang ketika itu hidup dalam kesusahan.


“Mungkin salah saya menyebabkan dia terhutang budi dengan kumpulan samseng itu hingga dia akhirnya dipaksa menjadi pelacur

‘Saya berdoa ada orang nampak kami’



DUNGUN: “Saya berdoa agar ada orang nampak kenderaan kami yang terbabas kerana kawasan itu gelap dan jarang dilalui kenderaan,” kata Hasnah Mamat, 55, menceritakan detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Papan, kelmarin.
Hasnah berkata, ketika kejadian dia bersama anaknya, Mohd Faizul Hadi Mohd Bustaman, 32, dalam perjalanan dari Dungun ke rumahnya di Kampung Minda, di sini, pada jam 7 malam.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, dia terkejut mendapati jalan di situ sedang diperbaiki menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter.
Hasnah berkata, setengah jam kemudian dia terdengar suara beberapa lelaki yang menjerit bertanyakan keadaannya sebelum mereka diselamatkan. “Saya bersyukur kerana selamat dan nasib baik salah seorang lelaki yang melalui kawasan itu ternampak kami lalu membantu mengeluarkan kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment