Monday, May 7, 2012

CANTIK DAN KACAK NAK BUAT APA KALAU KAKI MAKSIAT....BIAR BIASA..MUNGKIN TAK CANTIK@TAK KACAK TAPI TAKWA...ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...MULUT KENA JAGA...JANGAN LAWAN ALLAH..JANGAN HINA ISLAM...JANGAN RAGU2 PADA ISLAM....JANGAN HINA HUKUM2 ALLAH...JANGAN KUTUK ULAMAK2 YANG BENAR@HAQ...TAATLAH PADA ALLAH...HARAPKANLAH KEREDAAN ALLAH...BUKAN KEREDAAN MANUSIA...MANUSIA TU PUN TAK TENTU MASUK SYURGA ATAU NERAKA....JANGAN JADI BODOH...HANYA NAMPAK DUNIA...BUTA PADA AKHIRAT...MEREKA TAK TAKUT BERZINA SEBAB HUKUM ALLAH TIADA SERTA DINAFIKAN...SEBAB BANYAK ULAMAK2 KAKI BODEK DAN KEJAR DUNIA...DAN TAK INGAT MATI...

‘Pi lah ada aku kisah’

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

TAK SEHALUAN...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.
TAK SEHALUAN...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandung anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy.
Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.
Pelakon itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.

Bagaimanapun, Jimmy memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.


Terdahulu, Jimmy memberitahu mahkamah pada 24 Januari tahun lalu, dia pergi ke rumah ibu mentuanya selepas dipelawa wanita itu.

Bapa baran tetak dua anak

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

KANGAR: Seorang bapa sanggup menetak dan melibas dua anak lelakinya berusia dua dan empat tahun sehingga parah menggunakan pisau dan getah paip semata-mata mahu melepaskan geram selepas bertengkar dan membelasah isterinya di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini.
Dalam kejadian jam 2 petang, Khamis lalu, lelaki terbabit yang berusia 40-an pada mulanya bertengkar dengan isterinya yang berusia 39 tahun sebelum dia hilang pertimbangan lalu membelasah wanita itu.
Difahamkan, isteri terbabit dan dua anaknya banyak kali menjadi mangsa belasahan suspek yang panas baran, namun dalam kejadian Khamis lalu, sikap barannya itu keterlaluan apabila tergamak menetak dua anaknya menggunakan belakang pisau serta melibas mereka dengan getah paip sehingga parah.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, selepas memukul isterinya, suspek mencapai pisau di dapur rumahnya lalu menetak kedua-dua anaknya pula menggunakan belakang senjata itu.

Bayi ‘terbang’ atas jalan

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

MAUT...bomba mengeluarkan mayat mangsa yang  tersepit dalam kenderaan. Gambar kecil, Ahmad Hakimi.
MAUT...bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan. Gambar kecil, Ahmad Hakimi.
KUANTAN: “Menggeletar badan saya apabila melihat bayi lelaki itu menangis atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah selepas tercampak keluar daripada kereta,” kata Bakhtiar Md Dom, 33, saksi kemalangan maut di Kilometer 205.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.

Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan mendapati keadaan di laluan itu kelam-kabut sebelum tergamam apabila melihat kereta mangsa ‘terbang’ ke laluan bertentangan.

“Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.

“Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, dia mahu mengalih bayi ke tepi jalan tetapi membatalkan hasrat itu selepas mendapatinya mengalami kecederaan parah di kepala.

“Saya kemudian meminta bantuan orang awam untuk mengangkat bayi itu ke HTAA,” katanya.
Sementara itu, rakan sekerja Siti Rohani dikenali sebagai Yati, 30, berkata, mereka berkonvoi selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas di Kerteh, Terengganu, tetapi rakan bersama suaminya bertolak pulang lebih awal.

“Arwah dan suaminya sempat belanja saya makan ikan bakar dan mereka ceria langsung tidak nampak perubahan pelik,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Hakimi terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang di tengah jalan sebelum terhumban ke laluan bertentangan.

“Ahmad Uzair dipangku ibunya tercampak keluar dan terjatuh atas jalan manakala mayat ibu dan ayahnya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.

Naik bumbung

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

LIPAT...pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu membersihkan Masjid As-Sajidin, Batang Kali, semalam.
LIPAT...pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu membersihkan Masjid As-Sajidin, Batang Kali, semalam.
SELAMAT...Paterpar Singh (depan) dan rakannya menyelamatkan kambing mereka daripada terperangkap dalam banjir, semalam.
SELAMAT...Paterpar Singh (depan) dan rakannya menyelamatkan kambing mereka daripada terperangkap dalam banjir, semalam.
BATANG KALI: “Air deras merempuh rumah saya menyebabkan dinding roboh. Saya, anak dan cucu terkejut melihat air naik tinggi segera ke dapur lalu memanjat tangga besi untuk naik ke bumbung.
“Bimbang keselamatan dua cucu perempuan, saya menjerit meminta tolong sebelum saudara dan pasukan bomba memasang tali untuk menyelamatkan kami,” kata Nuriah Mohamad, 59, mangsa banjir lumpur yang menyebabkan 14 kampung di sini, terjejas teruk.

Difahamkan, hujan lebat tanpa henti bermula jam 1 pagi semalam menyebabkan air Sungai Batang Kali melimpah sehingga menyebabkan lebih 150 keluarga dipindahkan.
Nuriah yang tinggal di Kampung Genting Malik bersama lima anak serta dua cucu perempuan berusia lapan dan 12 tahun mendakwa mengalami kerugian besar selain tinggal sehelai sepinggang selepas rumah peninggalan arwah moyangnya itu rosak teruk akibat banjir sedalam dua meter.

“Saya dikejutkan jiran yang datang ke rumah jam 5 pagi memberitahu banjir dan minta menyelamatkan barangan sebelum dihanyutkan.

“Namun, ketika kami mahu mengangkat barang berharga, saya dengar dentuman kuat. Rupa-rupanya dinding rumah roboh dan air mula naik tinggi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul yang ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.55 pagi sebelum jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Batu Arang bergegas ke tempat kejadian.

“Selain itu, kami mendapat bantuan daripada bomba sukarela, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Seramai 109 anggota terbabit bertugas bagi kerja menyelamat dan menghulurkan bantuan kepada lebih 150 keluarga di 14 kampung yang dilanda banjir,” katanya.

Atap rumah diterbang ribut



KLANG: Angin kencang dan hujan lebat tiga jam bermula jam 2.30 pagi semalam, menyebabkan bumbung rumah dan lebih 15 pokok di bandar ini dan beberapa kawasan di Bandaraya Shah Alam diterbangkan angin dan tumbang.
Beberapa rumah di pinggir Sungai Klang terutama di Bukit Badak, di sini, terjejas teruk apabila ada antara bumbung rumah diterbangkan sejauh 20 meter manakala banjir kilat turut berlaku membabitkan Taman Desa Kemuning di Shah Alam menyebabkan pelajar gagal ke sekolah apabila laluan utama ditenggelami air.

Seorang mangsa di Bukit Badak, Ahmad Shahrin Mad Arus, 43, berkata, bumbung rumahnya diterbangkan angin kira-kira 20 meter dalam kejadian jam 3.15 pagi, semalam.
“Kejadian berlaku ketika kami sekeluarga tidur nyenyak, tetapi apabila terdengar bunyi kuat sebelum menyedari sebahagian bumbung rumah kami diterbangkan angin.

“Sebahagian ruang dapur dimasuki air kerana hujan lebat. Namun, kami bersyukur tidak cedera dalam bencana ini,” katanya.

Ahmad Sahrin berkata, kejadian ribut itu paling teruk pernah dialami keluarganya sejak mendiami kawasan itu lebih 20 tahun lalu.

Aib angkara anak

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Akibat gelap mata dengan limpahan wang ringgit, seorang gadis sanggup membiarkan tubuh gebunya menjadi santapan lelaki mata keranjang saban hari.
Malah, berdasarkan gaya penampilannya, gadis yang kini berusia 20-an itu mampu hidup mewah dengan hasil kegiatan terkutuk itu.

Namun, ketika gadis yang baru mengenal dunia itu galak menikmati kemewahan hidup hasil duit hanyir itu, ibu dan ahli keluarganya terpaksa menanggung malu apabila masyarakat sekeliling mengetahui perlakuan sumbangnya.

Lebih malang apabila gadis itu sanggup menengking ibu dan ahli keluarga yang cuba menegur dan menasihatkannya kembali ke pangkal jalan.


Malah, gadis itu dikatakan suka mendampingi lelaki yang bekerja sebagai anggota pasukan keselamatan dan memujuk mereka supaya membuat pinjaman melalui skim potongan gaji sebelum lari selepas memperoleh apa dihajati dan mendapatkan ‘teman’ seterusnya.

Perkara itu didedahkan ibu mangsa sendiri yang tidak tahan dengan perbuatan anaknya yang sanggup menconteng arang di muka keluarga sejak sekian lama.

Babit anak VIP

Oleh Mary Victoria Dass dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, dikatakan diserang sekumpulan lelaki termasuk seorang dipercayai anak orang kenamaan (VIP) menyebabkan mangsa tidak mampu mempertahankan diri dalam kejadian di Taman Molek di sini, kelmarin.
Susulan kejadian itu, lima lelaki dikenal pasti terbabit dalam serangan jam 5 pagi itu termasuk anak VIP berkenaan yang turut berada di lokasi. Namun, pembabitannya masih dalam siasatan.

Serangan beramai-ramai itu menyebabkan mangsa yang bersendirian tidak mampu mempertahankan diri dan patah rahang serta masih menerima rawatan di Hospital Pakar Puteri di sini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, polis sudah mengenal pasti lima suspek yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan yakin mampu memberkas mereka dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, semua suspek berusia lingkungan 20-an dan mereka akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

“Polis akan terus menjalankan siasatan biarpun kes itu agak rumit kerana membabitkan anak VIP berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan dan penghargaan Pergerakan Puteri Umno, MCA dan MIC di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam dekat sini, semalam.

Roslan berkata, akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk patah rahang dan masih menerima rawatan lanjut.

Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan pihaknya masih menunggu kebenaran pengurusan hospital untuk bertemu dan mengambil keterangan mengenai kejadian itu bagi melengkapkan siasatan.
Katanya, sehingga kini punca serangan masih belum diketahui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 dan 149 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan cubaan membunuh.

Sementara itu, Muhamad Farkhan turut menerima kunjungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim kira-kira jam 1 tengah hari di hospital itu, semalam.

‘Mandi’ air panas

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

SARIKEI: Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.
“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.

“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.

“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.

“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.

‘Tak pernah sekuat ni’

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

KLANG: “Saya tidak pernah mengalami kejadian ribut sekuat ini dalam hidup saya. Angin kuat meluru sebelum beberapa khemah terpelanting dan melanggar tepi kedai,” kata Rosman Husin, 43, selepas kedai menjual pakaian terpakai di tempat dia bekerja di Jalan Pasar, dilanda ribut awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda hujan lebat disusuli angin kencang menyebabkan beberapa khemah peniaga rosak teruk.

Rosman berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam kedai menjual pakaian terpakai di kawasan berdekatan sebelum terdengar deruman angin yang kuat disertai hujan lebat.
Menurutnya, dia dan seorang lagi rakannya tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan angin terlalu kuat dan hanya mampu melihat tiga daripada enam khemah diterbangkan angin sebelum salah satu daripadanya menghempap kereta yang diletakkan berdekatan khemah.

“Kejadian itu berlaku terlalu pantas termasuk hujan lebat secara tiba-tiba dalam tempoh dua jam. Selain angin kuat dan hujan lebat, kilat juga sabung-menyabung.

“Keadaan yang berlaku pagi tadi (semalam) luar biasa kerana saya tidak pernah lihat ribut sebegini sepanjang hidup.

“Lebih menyedihkan melihat khemah patah diterbangkan angin, selain pakaian terpakai yang digantung di bawah khemah turut rosak,” katanya, semalam.

Menurut beliau, ketika kejadian ribut itu berlaku, dia dan rakan sekerja yang berada di dalam kedai turut dihimpit kabinet kedai serta mesin jahit yang dilanda angin kuat.
“Kami hanya mampu berdoa kepada Tuhan kerana tidak dapat berbuat apa-apa.

“Mujurlah saya nampak pintu di bahagian belakang kedai terbuka dan kami keluar melalui pintu itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik kedai, Saifuddin Talib, 48 berkata, akibat kejadian itu dia kerugian hampir RM100,000.

Dia yang menjalankan perniagaan kereta terpakai bersama rakan berkata, dia dihubungi pekerjanya memaklumkan mengenai ribut itu.

“Saya tidak sempat menjenguk keadaan kedai kerana bekerja,” katanya.

Tapi mengikut apa yang diberitahu pekerja, kami terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

“Saya terpaksa menanggung kerugian banyak kerana khemah itu kami sewa, selain kereta terpakai yang diletakkan berdekatan turut rosak selepas dihempap khemah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro semalam mendapati, beberapa khemah rosak teruk dan patah, selain baju-baju terpakai yang berselerakan di lantai dipenuhi pasir dan lumpur akibat kejadian ribut berkenaan.

‘Saya tak malu’

Oleh Norainon Othman
norainon@hmetro.com.my

SEREMBAN: Ramai wanita menyimpan impian memiliki lelaki yang bertubuh tegap dan tinggi seperti aktor Aaron Aziz. Namun, bukan semua wanita memandang paras rupa atau fizikal. Ada wanita ikhlas menerima kekurangan pada lelaki kerdil kerana lebih tertarik kepada hati budi.
Maskor Ros, 47, dari Senai, Johor, misalnya bertemu jodoh dengan wanita normal, Nor Inshah Hasan, 43. Perkahwinannya dengan pembantu am di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai itu cukup bahagia dan kini memasuki tahun ke-24. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Norafiqah, 23, yang normal manakala dua lagi kerdil, Muhammad Jailani, 20 dan Muhammad Azim, 17.

Melihat wajah Nor Inshah yang agak serius, penulis mengandaikan dia bukan seorang yang mudah didekati dan kemungkinan enggan bekerjasama untuk ditemu bual. Bagaimanapun, raut wajahnya yang serius tidak menggambarkan dirinya sebenar.
Wanita berkenaan yang lemah-lembut dan tenang, menjawab semua soalan dengan baik, sekali gus terpancar keluhuran hati budinya. Bagi Nor Inshah, pada awalnya sukar untuk dia menerima Maskor sebagai suami. Bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan takdir dan yakin lelaki berkenaan jodohnya yang ditentukan Allah.

“Saya berkahwin dengannya sebab jodoh. Walaupun pada mulanya sukar untuk saya menerimanya, tetapi saya sentiasa berfikiran positif kerana cuma keadaan fizikalnya berbeza. Suami seorang yang penyayang dan bertanggungjawab,” katanya. Ditanya sama ada terbit kebimbangan sekiranya berkahwin dengan lelaki kerdil, dia akan mempunyai anak kerdil, Nor Inshah berkata, dia menyerahkan semua ketentuan kepada Allah.

“Masa depan Allah yang tentukan. Kalau anak yang dilahirkan normal, Alhamdulillah...kalau kerdil, saya terima dengan reda kerana ia ketentuan Allah. Saya tidak fikir apa pandangan orang mengenai saya. Jiwa perlu kental. Apa hendak dimalukan, malah saya tidak pernah menyesal berkahwin dengannya.

“Tidak banyak masalah saya hadapi sepanjang perkahwinan kami. Apabila reda, semuanya dipermudahkan Allah. Penerimaan keluarga saya juga baik, malah dia sering menjadi pakar rujuk dalam keluarga,” katanya.

Maskor turut menganggap berkahwin dengan orang normal sebagai jodoh yang ditentukan Allah.
Katanya, tidak dapat dinafikan, pada mulanya timbul perasaan rendah diri kerana fizikalnya yang kerdil apatah lagi keadaan itu sering menjadikan dirinya buah mulut orang, bagaimanapun lama kelamaan perasaan rendah diri dapat dikikis.

“Ketika bersekolah, guru pendidikan jasmani sering menjadikan saya contoh terbaik untuk memberi semangat kepada rakan lain yang normal iaitu jika saya boleh lakukan, mereka tiada alasan tidak boleh lakukan. Saya juga aktif bermain bola sepak. Ketika di tingkatan lima, walaupun tidak terpilih untuk mewakili sekolah, tetapi dalam pemilihan biasa, saya ada di situ,” katanya.

Diburu hingga 3 negeri

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki gila talak apabila sanggup mengugut dan memaksa isterinya yang diceraikan dengan talak tiga supaya kembali kepadanya.
Lebih membimbangkan apabila suspek berusia awal 40-an itu mendakwa mahu menculik anak lelaki mereka berusia dua tahun sekiranya bekas isterinya itu enggan berbuat demikian.

Difahamkan, sejak diceraikan suspek, si isteri berusia lewat 30-an itu mendakwa sudah berpindah ke lebih tiga negeri kerana tidak tahan selepas diburu bekas suaminya itu yang mengganggunya di tempat kerja serta kediaman mangsa.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa yang menetap di Setapak mendakwa bekas suaminya sekali lagi memaksanya untuk kembali kepadanya.

Tidak tahan dengan ugutan dan gangguan lelaki itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Rosmah, 38, berkata dia dan suaminya berpisah pada pertengahan tahun lalu kerana lelaki terbabit menceraikannya dengan talak tiga selepas terbabit dalam pertengkaran.

“Dua bulan kemudian, bekas suami kembali ke rumah dan memaksa saya untuk kembali kepadanya. Saya yang enggan berbuat demikian dipukul,” katanya memberitahu ketika itu dia menetap di Terengganu.

Menyedari dia tidak boleh kembali kepada bekas suaminya itu, Rosmah berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah.
“Biarpun sudah berpindah dari Terengganu ke Perak, Pahang, dan kini Setapak, bekas suami masih mencari dan mengganggu saya.

“Bekas suami memaksa saya kembali kepadanya biarpun sudah diceraikan dengan talak tiga,” katanya yang enggan menerima suaminya semula kerana suspek memaksanya menggunakan khidmat ‘Cina Buta’.

Mengulas kejadian terbaru pada Khamis lalu, Rosmah mendakwa dihubungi bekas suaminya itu sebelum suspek memujuknya untuk kembali.

“Keengganan saya berbuat demikian menyebabkan dia mengugut mahu memukul saya.

“Bekas suami turut mengugut untuk menculik anak kami sekiranya saya masih berkeras,” katanya memberitahu, bekas suaminya turut mengganggunya di rumah dan tempat kerja.

Katanya, laporan polis dibuat kerana bimbang keselamatan diri dan anaknya.

Menurutnya lagi, dia tidak akan kembali kepada suaminya kerana mendakwa sering dipukul dan diabaikan lelaki terbabit.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan perlindungan kepada saya supaya dapat menjalankan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Bekas suaminya yang mahu dikenali sebagai Roy, 42, ketika dihubungi berkata, dia masih menyayangi bekas isterinya itu dan sanggup menggunakan apa jua cara bagi menyatukan semula keluarganya itu.

“Saya bukan nak cederakan sesiapa...cuma mahu dia (bekas isteri) kembali kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

No comments:

Post a Comment