Tuesday, July 10, 2012

SEDARLAH JODOH PERTEMUAN KETENTUAN ALLAH...REDALAH JIKA TIADA JODOH LAGI...ADALAH HIKMAH NYA....

Kurang ajar

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

ROSAK...bilik guru disiplin disimbah cat merah.
ROSAK...bilik guru disiplin disimbah cat merah.
CONTENG...pelajar terbabit turut menconteng dinding kawasan sekolah.
CONTENG...pelajar terbabit turut menconteng dinding kawasan sekolah.
KUALA LUMPUR: Samseng junior. Itulah gelaran buat tiga pelajar lelaki apabila bukan saja memecah masuk bilik guru disiplin sebaliknya turut menyimbah cat merah di pagar sekolah mereka dalam kejadian di Subang Jaya, dekat sini.
Lebih berani apabila seorang pelajar berusia 17 tahun bersama dua lagi rakannya berusia 15 tahun itu turut menconteng bangunan sekolah berkenaan dengan pelbagai perkataan berbaur ugutan, selain nombor atau simbol dipercayai berkaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Dalam kejadian jam 10 malam Sabtu lalu, semua pelajar itu dikatakan mahu menunjukkan tanda protes kepada guru disiplin selain bertujuan menakutkan pelajar lain.
Bagaimanapun, keberanian mereka itu mengundang padah apabila mereka yang diburu sejak dua hari lalu dicekup polis kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Sumber polis berkata, laporan kejadian itu dibuat pengawal keselamatan sekolah berkenaan di Balai Polis USJ 8, di sini, selepas mendapati tiga pelajar terbabit menceroboh bilik guru, menyimbah cat merah dan menconteng bangunan.

Beliau berkata, ketika kejadian, pengawal keselamatan terbabit sedang melakukan rondaan rutin.

“Pengawal keselamatan itu terkejut apabila mendapati bilik guru disiplin di sekolah berkenaan berselerak akibat diselongkar,” katanya.

Sumber berkata, dia kemudian meneruskan pemeriksaan di kawasan sekolah sebelum menemui kesan conteng yang mempunyai pelbagai perkataan berbaur ugutan, simbol dan nombor dipercayai menjurus kepada kumpulan kongsi gelap.
“Ketika meneruskan pemeriksaan, pengawal itu terserempak dengan kumpulan pelajar terbabit sebelum cuba menahan mereka, namun gagal,” katanya.

“Walaupun berlaku pergelutan, namun pelajar berkenaan sempat melarikan diri,” katanya.

Katanya, ketika melalui pagar belakang sekolah, kumpulan pelajar terbabit sekali lagi menyimbah cat merah di kawasan berkenaan sebelum melarikan diri.

“Pengawal keselamatan itu kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, sepasukan anggota polis melancarkan usaha memburu kumpulan pelajar terbabit sebelum ditahan semalam di kawasan berhampiran sekolah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga pelajar terbabit.

“Semua mereka ditahan di kawasan berhampiran sekolah berkenaan (hari ini) semalam,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah merakam percakapan tiga pelajar itu dan siasatan awal mendapati kumpulan itu mahu menunjukkan tanda protes mereka kepada pihak sekolah selain menakutkan pelajar lain.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan 427 KK,” katanya yang turut mengakui pihaknya sedang menyiasat kemungkinan tiga pelajar terbabit dipergunakan mahupun menganggotai kumpulan kongsi gelap.

Katanya, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan yang ditemui di pejabat sekolah itu enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan kerana bimbang menganggu siasatan.

Cuba lagi bunuh janda

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

SOM...suspek diburu
SOM...suspek diburu
TAPAH: Selepas empat tahun, sekali lagi seorang guru wanita nyaris maut diletupkan bekas suaminya apabila lelaki itu didakwa sengaja meletakkan bom di bawah kereta wanita berkenaan yang diparkir di pekarangan Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, di sini.
Dalam kejadian jam 9.40 malam Selasa minggu lalu, guru berusia 50-an itu, bagaimanapun terselamat selepas menemui alat yang mencurigakan dipasang berhampiran tangki minyak dan ekzos Proton Saga miliknya.
Mangsa yang mengesyaki alat berkenaan bom dan bimbang kereta meletup apabila enjin dihidupkan, bergegas membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, sejurus menerima laporan, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa kereta berkenaan sebelum menemui satu alat yang disyaki bom.


Bagaimanapun, ketika itu, alat berkenaan sudah dialihkan dari bawah kereta mangsa oleh pengawal keselamatan sekolah dan meletakkannya di kawasan terbuka kerana bimbang ia meletup.

Segelas air pengikat cinta

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

BAHAGIA...Idris dan Rohani diarak dengan beca ke majlis persandingan, semalam.
BAHAGIA...Idris dan Rohani diarak dengan beca ke majlis persandingan, semalam.
KOTA BHARU: “Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin).
“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK.
Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.


Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.

Jakim diarah kesan kumpulan dianggotai suspek amuk di Putrajaya



KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah mengesan kumpulan yang dianggotai seorang lelaki dan seorang wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim juga diminta meneliti sama ada kumpulan itu berkaitan dengan agama atau ajaran lain.

"Saya akan periksa dengan Jakim. Adakah kumpulan itu bersifat keagamaan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sambutan 20 Tahun Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kompleks IKIM di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian amuk oleh Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan seorang wanita berusia 28 tahun.


"Jakim akan mengambil perhatian perkara ini. Ini bukan hanya soal Imam Mahadi sahaja, tapi ini soal keselamatan JPM," katanya.

Jamil Khir juga berkata semua jabatan kerajaan perlu meningkatkan tahap keselamatan masing-masing supaya keselamatan pekerja dan pelawat terjamin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis akan menyiasat sama ada dua suspek itu menganggotai kumpulan ajaran sesat.

Khalil Afandi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita itu terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - Bernama

Bapa suspek wanita mengamuk tidak sangka anak bertindak begitu



PUTRAJAYA: Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lepas.
Bapa suspek seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.


"Saya kesal dengan apa yang dia buat," katanya sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, suspek, berusia lewat dua puluhan, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditembak di paha kanan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya, manakala lelaki bersamanya Khalil Afandi, 47, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sama

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ibu suspek berusia 55 tahun ketika ditemui di perkarangan hospital itu berkata: "Makcik terkejut. Makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik sedih sangat".

Beliau berkata suspek tinggal di Klang.

Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati suspek yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.

Sementara itu suami suspek yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi. - Bernama


Pelajar Maahad Tahfiz Pahang yang dilaporkan hilang dijumpai selamat



KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Maahad Tahfiz Pahang di Tanjung Lumpur yang dilaporkan hilang semalam ditemui polis di Gombak, Kuala Lumpur hari ini.
Zuhairatul Jannah Md Zulkifli, 14, dari Tanah Putih, Pekan yang juga anak pegawai kanan Jabatan Pelajaran negeri, ditemui dalam keadaan selamat kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pelajar terbabit dikatakan menumpang tidur di sebuah rumah orang awam di Gombak, malam tadi.

Beliau berkata polis yang dimaklumkan mengenai penemuan pelajar itu segera

bergegas ke Gombak dan Zuhairatul Jannah kini dalam perjalanan pulang ke Kuantan bersama anggota polis.

Ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata ibu bapa pelajar itu juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu dan buat masa sekarang, polis akan berbincang dengan ibu bapa pelajar terbabit serta cuba mendapatkan khidmat kaunseling.

"Kita belum mengambil keterangan daripada pelajar itu. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tidak berlaku sebarang unsur jenayah," katanya.

Kehilangan Zuhairatul Jannah disedari rakan sebiliknya kira-kira 6.30 pagi semalam, selepas dia dikatakan selesai menunaikan solat Subuh di Maahad Tahfiz, dekat Tanjung Lumpur. - Bernama

No comments:

Post a Comment