Wednesday, November 3, 2010

DUNIA BERTAMBAH MAJU....MANUSIA DAH TAK BERMORAL DAN ALLAH MENURUN BALA2 SEBAGAI PERINGATAN KEPADA MANUSIA...

DUNIA


Letusan terkuat Merapi


GAMBAR menunjukkan muntahan lahar dari kawah Gunung Merapi yang dirakamkan dari daerah Klaten di tengah Pulau Jawa semalam.



GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi semalam menghamburkan lahar dan asap dengan mengeluarkan letusan terkuat.
Debu dari gunung itu berterbangan sehingga beberapa kilometer manakala askar-askar bertungkus-lumus memindahkan penduduk di kawasan sekitarnya.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kematian dilaporkan manakala wanita menjerit dan kanak-kanak menangis semasa mereka dipindahkan dengan menaiki trak.
Beberapa buah rumah terbakar dan sejumlah bangkai lembu yang melecur bergelimpangan di cerun gunung itu.
"Ia merupakan letusan yang luar biasa tiga kali lebih kuat daripada letusan pertama pada 26 Oktober lalu," kata seorang ahli vulkanologi pemerintah, Surono.
Lebih 70,000 penduduk kampung sudah dipindahkan dari gunung tersebut.
Kawasan zon larangan diperluaskan 10 kilometer dari kawah gunung itu kepada 15 kilometer.
Letusan pertama Merapi terjadi kurang 24 jam selepas berlakunya tsunami di Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera.
Dalam kedua-dua kes, operasi menyelamat dijangka mengambil masa selama beberapa minggu kemungkinan berbulan-bulan.
Di Kepulauan Mentawai, 1,300 kilometer dari Gunung Merapi, helikopter-helikopter dan bot menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami.
Bencana tsunami dan gunung berapi itu setakat ini telah meragut nyawa 470 orang. - Agensi


DUNIA


Banjir di Thailand mulai surut


GAMBAR menunjukkan banjir melanda daerah Hat Yai di selatan Thailand semalam.



BANGKOK - Banjir besar yang melanda bahagian selatan Thailand mulai surut sejak petang semalam namun pasukan penyelamat terus menghantar bantuan ke kawasan yang paras airnya telah mencecah bumbung rumah.
Lapan wilayah di selatan Thailand terjejas akibat banjir itu.
Kemusnahan paling ketara berlaku di bandar Hat Yai yang menyaksikan sistem jalan rayanya tidak dapat dilalui oleh kenderaan.
Bekalan elektrik dan komunikasi terputus di beberapa kawasan manakala laluan kereta api ke kawasan itu turut dibatalkan.
Menurut seorang pegawai pengairan wilayah Songkhla, Danaivit Saibandith, banjir sudah semakin surut dan hanya sepuluh peratus bandar itu yang masih ditenggelami air.
Paras air tertinggi pada petang semalam ialah sekitar 30 sentimeter surut berbanding setinggi tiga meter dua hari sebelumnya.
Hujan berterusan pada Ahad dan Isnin lalu juga menyebabkan sebuah lapangan terbang di Pulau Samui ditutup semalam.
Namun, sebuah lapangan kecil dibuka semula yang membolehkan syarikat penerbangan Thai Airways dan Bangkok Airways kembali beroperasi.
Jabatan Meteorologi Thailand menyatakan, ribut kini bergerak ke arah barat dan mula meninggalkan Thailand. Bagaimanapun, ia memberi amaran tentang kewujudan ombak setinggi empat meter di beberapa kawasan pantai selain kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang mungkin berlaku di kawasan rendah.
"Saya yakin keadaan kembali pulih, walaupun terdapat beberapa kawasan yang tidak dapat dilalui," kata Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva ketika ditanya mengenai laporan bahawa dianggarkan seramai 100,000 orang terperangkap akibat banjir di Hat Yai.
Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwan memberitahu ribuan askar dikerahkan bagi membantu usaha menyelamat.
Banjir di Thailand telah meragut 107 nyawa dan menjejaskan kehidupan hampir enam juta penduduk di 38 buah wilayah di Thailand. - AP


DUNIA


PM Itali langgan pelacur kelas atasan


NADIA MACRI


ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas.
Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi.
Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi.
Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu.
Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi.
Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu.
Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.
"Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi," katanya.
Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali.
Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. - Agensi


DUNIA


Katak Afrika makan tikus tanah


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor katak Afrika memakan seekor tikus.



LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.
Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.
Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.
Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu.
"Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.
Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.
Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.
Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.
Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.
Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. - Agensi


DUNIA


Lukisan bogel dilelong RM213 juta


LUKISAN seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani di New York kelmarin.



NEW YORK - Satu lukisan seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani dilelong di sini pada harga AS$68.9 juta (RM213 juta) kelmarin.
Rumah Lelongan Sotheby's menyatakan lima pembida bersaing untuk membeli lukisan yang berjudul La Belle Romaine itu.
Lukisan itu pada awalnya dilelong pada harga AS$40 juta (RM123 juta).
Pembeli lukisan baru itu tidak didedahkan.
Pelukis lukisan itu hidup di antara 1884 hingga 1920.
Pada mulanya, pelukis itu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja mengukir tetapi mengubah untuk melukis kerana masalah kesihatan. - Agensi


DUNIA


Remaja 16 tahun dituduh bunuh bapa


CLARISSA SANCHEZ


TUCSON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja, Clarissa Sanchez berusia 16 tahun didakwa atas tuduhan membunuh bapanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Tuduhan membunuh itu turut dikenakan terhadap kekasih remaja tersebut, Larry Coronado berusia 19 tahun.
Kedua-dua remaja itu dituduh selepas mayat bapa Clarissa, Andres Sanchez ditemui di gurun Tucson, Arizona selepas dilaporkan hilang selama 10 hari sejak 20 Oktober lalu.
Keluarga dan rakan-rakan pada mulanya menganggap Andres yang berusia 40 tahun meninggalkan rumahnya atas kemahuan sendiri.
Namun, pada akhirnya, polis diminta menyiasat kehilangan Andres.
Anggota-anggota polis pergi ke rumah Andres dan mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kehilangannya.
Clarissa dan teman lelakinya kemudian dibawa ke sebuah ibu pejabat polis untuk disoal siasat.
Para detektif mendapati kedua-dua remaja itu bertanggungjawab terhadap kehilangan Andres.
Detektif-detektif yang melakukan siasatan itu turut meminta bantuan para pegawai peronda basikal untuk mencari Andres.
Selepas soal siasat itu, polis menemui mayat Andres yang reput di sebuah kawasan gurun terpencil.
Polis memberitahu, Andres dibunuh di rumah dan mayatnya dibuang ke gurun itu.Motif pembunuhan masih disiasat polis. Buat masa kini, kedua-dua remaja itu ditahan di penjara Pima County. - Agensi


DUNIA


Mesin automatik keluarkan ketam hidup


GAMBAR menunjukkan mesin pengeluaran ketam hidup.



BEIJING - Sebuah mesin pengeluaran ketam hidup diletakkan di stesen tren bawah tanah di Nanjing, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Pengurus Besar Syarikat Twin Lake Crab, Wu Zhendi, sebanyak 100 ekor ketam hidup dijual dalam tempoh sehari.
"Pada mulannya, para pelanggan berasa ragu-ragu kerana mereka bimbang jika ketam itu masih hidup atau tidak," katanya.
Dia berkata, orang ramai kini kembali semula membeli ketam itu selepas mereka melihatnya masih hidup.
"Kami menjual ratusan ketam pada setiap hari dan lebih 100 ekor ketam pada hujung minggu," katanya.
Ketam yang dijual itu dikenali sebagai Dazha di China dan merupakan makanan popular di Nanjing.
Ia mempunyai tiga saiz, kecil, sederhana dan besar dijual pada harga di antara 16.15 yuan (RM7.46) hingga 53 yuan (RM24.48) serta diletakkan di dalam bungkusan plastik.
Idea ganjil itu dikemukakan oleh seorang kakitangan syarikat Twin Lakes Crab Co., Tuanjie Shi.
"Saya pernah melihat banyak mesin pengeluaran automatik yang menjual minuman Coke dan snek dan menyebabkan saya menganggap ketam sepatutnya dijual menerusi mesin pengeluaran kerana ia kini menjadi produk yang standard," katanya. - Agensi



HIBURAN


ADAKAH MEREKA TAK TAHU MENDEDAH RAMBUT ITU HARAM...ATAU PENDULI PASAL HARAM...SERTA BERCAMPUR GAUL DALAM FILEM ITU JUGA HARAM.....BILA MANUSIA TIDAK PENDULI HUKUM ALLAH....NI LAH JADINYA

Cabaran tiga aktres Natrah




TRAGEDI tragis Natrah serta liku-liku kehidupan gadis Belanda ini bukan lagi perkara baru bagi masyarakat Malaysia. Kisah hidup Natrah atau Huberdina Maria Hertogh ini telah dipentaskan di Istana Budaya di bawah arahan Erma Fatima untuk tatapan masyarakat.
Jika menerusi versi teater, watak itu dilakonkan oleh Maya Karin, kini drama bersirinya pula diterajui oleh gadis manis berwajah kacukan Inggeris-Melayu, Juliana Evans.
Selain Juliana, dua lagi aktres yang turut ditampilkan menerusi drama yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra menerusi slot Suatu Ketika itu ialah Sherie Merlis dan Natasha Hudson.
Sherie menggalas tanggungjawab untuk menghidupakn watak ibu angkat Natrah, Che Aminah, manakala karakter ibu kandung Natrah, Adeline Hertogh diserahkan kepada Natasha Hudson.
Drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang dijadualkan untuk tayangan menjelang Januari tahun depan itu turut dibintangi Fikree Bakar sebagai suami Natrah, Mansor Adabi.
Memikul tanggungjawab paling berat sudah tentulah pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans.
Sebagai pelakon yang diberi kepercayaan melakonkan watak teraju drama bersiri itu, Juliana mengakui karakter Natrah adalah cabaran terbesar yang pernah dibawanya berbanding lakonan sebelumnya.
Ia juga dianggap Juliana sebagai watak yang sangat berat untuk dipikulnya sebagai pelakon yang masih setahun jagung dalam industri hiburan tempatan.

NATRAH versi layar kaca menampilkan gandingan Juliana Evans bersama Fikree Bakar.


"Walaupun diberi tanggungjawab yang berat untuk melakonkan watak Natrah, pada masa yang sama saya berasa gembira menerima tawaran oleh Wan Haslilza kepada saya," ujar aktres yang pernah popular menerusi drama bersiri Kami itu.
Sepanjang menceburi bidang lakonan, sehingga kini, jelitawan berumur 21 tahun itu mengakui watak Natrah adalah karakter yang pertama kalinya menguji kewibawaannya sebagai pelakon sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bidang ini.
"Watak ini memerlukan saya menangis dan menjadi seorang gadis berumur 13 tahun sedangkan pada hakikatnya saya sudah berusia 26 yahun. Ia memang berbeza daripada apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini, kerana ia bukan di dalam situasi moden," jelasnya lagi.
Selain itu, babak yang sedikit mencabar dirinya adalah semasa penggambaran yang mana Natrah dihadapkan ke mahkamah dan dipisahkan daripada ibu angkatnya Che Aminah serta semasa rusuhan berlaku.
Penghayatan Juliana bagi watak tersebut dimulakan dengan penyelidikan melalui buku mengenai Natrah untuk mengkaji tentang kisah hidupnya. Melalui pengkajian itu telah mendorong Juliana untuk lakonkan watak ini dengan lebih berkesan.
Antara cabaran Juliana dalam memegang watak Natrah ialah mengharuskan dia mahir dialek Terengganu dan berbahasa Indonesia. "Bertutur bahasa Indonesia tidak sukar bagi saya kerana ia hampir sama dengan bahasa Melayu," ucapnya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu menyatakan hasratnya ingin menceburkan diri ke dalam bidang teater jika diberi peluang oleh mana-mana pihak. "Saya tidak menafikan lakonan teater memerlukan penghayatan yang lebih mendalam berbanding lakonan di dalam drama mahupun filem."

KOLABORASI. Barisan tenaga lakonan utama drama bersiri empat episod, Natrah (dari kiri), Natasha, Juliana, Sherie dan Fikree.


Nama Sherie Merlis seakan semakin sepi di dalam dunia hiburan tanah air sejak kebelakangan ini. Namun, setelah beberapa lama menyepi, kemunculannya menerusi Natrah itu mengembalikan semula dirinya dalam dunia lakonan tempatan.
Sherie bertutur empat bahasa.
Wanita yang masih lagi menawan walaupun sudah berumur 39 tahun itu mengakui bahawa mempelajari empat dialek dan bahasa tidaklah terlalu sukar. Namun, bagi mengaplikasikan kesemuanya dalam satu babak agak mencabar.
Tambahnya, watak Che Aminah yang dipikulnya ialah seorang penterjemah bahasa. Jadi dia secara tidak langsung Sherie harus mempelajari dialek dan bahasa tersebut. Ia termasuk bahasa Melayu dialek dahulu kala, bahasa Indonesia, dialek Terengganu dan juga bahasa Inggeris.
Berbicara mengenai watak Che Aminah yang dilakonkannya, aktres kecil molek ini berkata bahawa kejayaan membawa watak ini dianggap satu pencapaian besar dalam kariernya sebagai pelakon selama ini. Memandangkan ini adalah watak yang agak mencabar dirinya sebagai pelakon yang telah lama menapak di industri seni tanah air.
"Untuk bercakap di dalam empat bahasa di dalam satu babak, adalah perkara yang agak sukar bagi saya kerana jika gagal, lakonan akan kelihatan kaku," katanya serius tatkala bersuara mengenai lakonannya dalam drama Natrah.
Sambil melemparkan senyuman manis di bibir, Sherie menjelaskan banyak lakonan yang diterima adalah berdasarkan kesesuaian dengan dirinya sendiri. Watak yang dipilihnya juga akan diteliti kerana ingin membawa kelainan di dalam lakonannya.
"Adakalanya saya akan memilih watak yang belum pernah dibawa oleh saya dalam mana-mana lakonan. Jika dua tiga bulan saya melakonkan watak yang hampir sama, kebiasaannya saya akan menolak dan berikan diri saya masa untuk berehat," jelasnya sambil ketawa kecil.
Walau bagaimanapun, watak Che Aminah adalah satu watak yang dinantikan olehnya kerana watak Che Aminah adalah seperti menjadi kayu ukur kejayaannya sebagai seorang aktres wanita yang telah lama berkecimpung di dalam bidang seni tanah air.
Sebagai Che Aminah, aktres bertubuh kecil molek itu terpaksa membuat penyelidikan mengenai latar belakang karakter lakonannya memandangkan ia merupakan figura seorang wanita Melayu zaman silam yang bijaksana.

WAN HASLIZA (tengah) di set penggambaran drama, Natrah di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Selain bahan ilmiah dan laman web, latihan juga menjadi sebahagian rutin Sherie sebelum melakonkan watak tersebut.
"Selain membuat penyelidikan mengenai Che Aminah menerusi buku-buku dan juga Internet, saya juga membuat latihan bersama pelakon lain selama tiga minggu sebelum penggambaran Natrah ini bermula," ujarnya.
Sherie menjelaskan sebagai pelakon, apa sahaja watak yang diberi harus dihayati dan perlu juga setiap pembawa watak tersebut menganggap dirinya berada dalam situasi karakter yang dimainkan.
Menurutnya lagi, ada juga babak yang dilakonkan dalam drama ini, pernah dialaminya sendiri, justeru itu membuatkan dia lebih menghayati dan menghampirkan dirinya kepada realiti wanita bernama Che Aminah itu.
Menyentuh mengenai aktiviti lain, Sherie berkata: "Saya baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul, Tujuh Lagu arahan Khabir Bhatia yang juga akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada Januari depan."


HIBURAN


Mislina dan kepala botaknya


MISLINA raih banyak tawaran berlakon selepas muncul dengan imej botak.


BARU-BARU ini Marilyn terserempak dengan pelakon hebat, Mislina Mustaffa. Senyum panjang Marilyn melihat imej barunya itu. Rambut di kepalanya begitu pendek dan boleh dikatakan dia kini berimej botak.
Semuanya gara-gara filem Zaiton Ceritaku yang diambil daripada kisah hidup penyanyi Zaiton Sameon yang mana Mislina diperlukan untuk membotakkan kepalanya untuk adegan pembedahan selepas mengalami kemalangan jalan raya.
Apa yang menarik hati Marilyn, meskipun tampil dengan imej sebegitu dan kelihatan sungguh berbeza, namun dia kelihatan lebih anggun dan bergaya.
Kata Mislina, rezekinya semakin mencurah-curah sejak dia tampil dengan imej barunya itu.
"Selesai penggambaran filem Zaiton Ceritaku, sekarang saya bakal menjalani penggambaran filem baru. Saya pun terkejut apabila rambut saya botak, banyak pula tawaran yang datang," katanya.
Itu namanya rezeki. Kalau bab lakonan, sudah tentu bakat Mislina tidak perlu dipertikaikan lagi. Sah-sahlah bakat lakonannya memang hebat cuma belum terima anugerah sahaja lagi walaupun tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini.
Marilyn: Tak terfikir untuk botakkan rambutku yang panjang mengurai ini.


 

No comments:

Post a Comment