Wednesday, November 3, 2010

BERTAKWALAH...ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...JANGAN KITA SOMBONG PADA ALLAH....JANGAN BERZINA HINGGA BUANG ANAK...KERAJAAN KENA LAKSANAKAN HUKUM QURAN....

NEGARA


Tiang gol bola baling ragut nyawa


TIANG gol bola baling inilah yang meragut nyawa Mohd. Khairi Iskandar Onzek.


KEPALA BATAS - Seorang pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini mati selepas ditimpa tiang gol bola baling yang tiba-tiba terjatuh ketika bermain di padang sekolah yang sedang dibaiki Isnin lalu.
Mangsa, Mohd. Khairi Iskandar Onzek, 8, yang cedera parah di kepala meninggal dunia pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Ibrahim Mohamad berkata, mengikut laporan awal daripada pihak sekolah, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar sesi petang dikatakan bermain bersama empat lagi rakannya di kawasan padang sekolah itu sementara menunggu waktu perhimpunan untuk pelajar sesi petang bermula pada pukul 12.45 tengah hari.
“Ketika bermain, mangsa bersama rakannya dikatakan mengangkat tiang gol yang dijatuhkan oleh pihak sekolah sebelum tidak diketahui macam mana tiang yang telah diangkat itu terjatuh semula dan menimpa mangsa,” kata beliau.
Berikutan kejadian itu, Ibrahim memberitahu, pihak sekolah telah menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas (HKB) selain memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa



Tiang gol ragut nyawa

Oleh Zulfa Mohamad

TRAGEDI...tiang gol yang menimpa Mohd Khairi Iskandar sehingga meragut nyawanya dalam kejadian Isnin lalu.
TRAGEDI...tiang gol yang menimpa Mohd Khairi Iskandar sehingga meragut nyawanya dalam kejadian Isnin lalu.
KEPALA BATAS: “Beberapa hari lalu, dia beritahu dapat nombor dua dalam peperiksaan tahunan dan di sekolah dia aktif,” kata bapa saudara Mohd Khairi Iskandar Onzek, 8, yang meninggal dunia pagi semalam kerana kecederaan dialami akibat ditimpa tiang gol di sekolahnya, Isnin lalu.
Shahizan Mohd Said, 29, yang ditemui di Taman Sri Desa berkata, selepas kejadian jam 12 tengah hari itu, Mohd Khairi dihantar ke Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Saya dimaklumkan Mohd Khairi kehilangan banyak darah dan doktor memberitahu dia bukan saja cedera, malah saraf otaknya rosak dan itu antara sebab dia meninggal dunia,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa terjatuh sebelum dihempap tiang gol menyebabkannya mengalami pendarahan di hidung dan telinga, selain kecederaan dalaman

Guru sekolah yang dimaklumkan kejadian itu menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan

Bagaimanapun, keadaan mangsa bertambah teruk menyebabkan dia dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia jam 8 pagi semalam.

Tinjauan Harian Metro di sekolah berkenaan mendapati dua tiang gol diikat tali penghadang selain dilekatkan notis ‘Awas’.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pajak Song, jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa pagi semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan, tiada unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut


NEGARA


Bayi lelaki ditinggal depan rumah


BAYI lelaki baru lahir yang ditinggalkan di hadapan rumah Siti Zaharah (gambar kecil) di Felda Nitar 1, Mersing semalam.


MERSING – “Tidak berperikemanusiaan.”
Itulah kata-kata penduduk Felda Nitar 1 di sini, apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan di hadapan rumah salah seorang penduduk di situ kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat serta uri itu ditinggalkan di hadapan rumah bernombor 218, Jalan Tekukur, Felda tersebut.
Menurut saksi, Siti Zaharah Ahmad, 54, semasa sedang menonton televisyen, dia dikejutkan dengan panggilan cucunya, Zulkifli Kassim, 13, yang memberitahu terdapat seorang bayi di hadapan rumah mereka.
Dia yang terkejut mendengar panggilan cucunya itu bergegas ke luar rumah untuk melihat bayi yang dibalut dengan sehelai kain batik dan masih berlumuran darah.
“Saya dapati bayi itu sedang menangis kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada badannya kerana dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ,” katanya

2 peniaga saman Sosilawati
Oleh Murni Wan Omar

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya selepas mendakwa wujud pelanggaran perjanjian jual beli tanah yang di atasnya mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Saman difailkan pada 5 Ogos lalu iaitu 25 hari sebelum Sosilawati, 47, dilaporkan hilang dan kemudian disahkan dibunuh mati bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, pada 30 Ogos lalu.

Plaintif, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan dalam saman mereka yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada 5 Ogos lalu.

Peguam SH Tang hadir mewakili kedua-dua individu itu, namun Nouvelle Beauty tidak diwakili peguam

Kes ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hilmiah Yusof, di sini, semalam

Mahkamah menetapkan 1 Disember depan mendengar permohonan Low dan Lim bagi memasukkan penghakiman ingkar terhadap Nouvelle Beauty selepas syarikat itu gagal memfailkan afidavit balasan selepas 14 hari saman dikemukakan.

Berdasarkan surat tawaran yang dipersetujui dan ditandatangani wakil Nouvelle Beauty pada 2 April lalu, defendan bersetuju menjual sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama dengan kedai dan pejabat empat tingkat di tanah milik syarikat itu pada harga RM3 juta.

Plaintif mendakwa sudah membayar RM60,000 ketika surat tawaran jual beli itu ditandatangani dan baki deposit RM240,000 dibayar ketika Perjanjian Jual Beli ditandatangani manakala selebihnya dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Mereka mendakwa, terma dan syarat dalam draf Perjanjian Jual Beli sudah dipersetujui dan dijadikan muktamad oleh kedua-dua pihak pada 22 April 2010.

Dalam afidavit itu mereka mendakwa, selepas sebulan surat itu ditandatangani, Nouvelle Beauty melalui surat peguam caranya bertarikh 30 April 2010, memaklumkan tidak berniat meneruskan transaksi jual beli itu.

Plaintif mendakwa, melalui surat bertarikh 3 Mei, Nouvelle Beauty terikat dengan terma dalam Perjanjian Jual Beli hartanah.

Pada 25 Mei 2010, Nouvelle Beauty memulangkan surat Perjanjian Jual Beli, suratcara pindah milik, borang permohonan kebenaran pindah milik serta cek RM240,000, tetapi gagal membayar balik wang deposit RM60,000.

Mereka memohon perintah mahkamah supaya Nouvelle Beauty meneruskan pelaksanaan Perjanjian Jual Beli hartanah itu, selain perintah injunksi bagi menghalang Nouvelle Beauty daripada melupuskan hartanah itu kepada orang lain selain daripada plaintif.

Kedua-dua individu itu menuntut ganti rugi akibat pelanggaran kontrak perjanjian, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah



NEGARA


Perlis, Kedah hampir lumpuh


KENDERAAN polis terpaksa dialihkan ke tempat tinggi selepas Ibu Pejabat Trafik Negeri Perlis turut dilanda banjir di Kangar semalam.


ALOR SETAR - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sudah mengatasi bencana yang sama pada 2005 apabila bilangan penduduk yang dipindahkan di kedua-dua negeri melebihi 16,000 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 37,000 orang selain melumpuhkan rangkaian sistem pengangkutan darat dan udara.
Sewaktu banjir besar pada 2005, hanya seramai 21,000 orang dipindahkan di kedua-dua negeri tersebut.
Angka korban juga bertambah empat orang lagi semalam, menjadikan enam mangsa meninggal dunia akibat banjir setakat petang semalam.
Mangsa terbaru yang masih hilang ialah dua beradik berusia 13 tahun dan lapan tahun di Kedah, seorang remaja yang terjatuh di Terusan Arau, Kangar serta penemuan mayat budak perempuan berusia 12 tahun di Bachok, Kelantan.
Di Kedah, semua penerbangan dibatalkan melainkan helikopter apabila Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar ditutup selepas landasannya digenangi air sedalam satu meter.
Lapangan terbang itu yang mengendalikan tujuh penerbangan sehari pernah ditutup sewaktu banjir pada 2005.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Kedah berkata, seramai 25,088 penduduk dipindahkan ke 88 buah pusat penempatan sementara di Kubang Pasu (40 buah), Padang Terap (35), Kota Setar (sembilan) dan Pokok Sena (empat).
Sebanyak 24 batang jalan ditutup termasuk laluan di Kilometer 35.8, Kilometer 34.8 dan Kilometer 32.6 (kedua-dua arah) antara Kepala Batas dan Jitra di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren antara bandar bagi laluan Arau-Tunjang dibatalkan untuk jadual perjalanan semalam dan hari ini


NEGARA


Banjir ragut enam nyawa


anggota Maritim Malaysia turut menyertai gerakan mencari Muhammad Nurul Afiq yang lemas di Sungai Baru, Kangar semalam.


ALOR SETAR – Banjir besar yang melanda tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Kelantan sejak Isnin lalu telah meragut enam nyawa sehingga lewat petang semalam.
Dalam kejadian di Kampung Telaga Emas, Pokok Sena di sini, dua beradik iaitu Siti Nadia Syukor, 13, dan adiknya Sharifah, 8, dikatakan hanyut setelah motosikal yang ditunggangi bersama seorang rakan mereka, Intan Malik, 14, tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam arus tali air.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, ketiga-tiga mereka kemudian hanyut di dalam tali air yang mengalir deras.
“Tetapi Intan sempat berpaut pada sebatang pokok sebelum diselamatkan oleh penduduk manakala dua beradik malang itu hanyut dibawa arus,” katanya.
Dalam pada itu, mayat seorang warga emas berbangsa Jerman yang dihanyutkan arus deras berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, Jitra kelmarin ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 5.45 petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Hamenuddin, mayat Erna Fisher, 64, ditemui tersangkut di sebatang pokok berdekatan rumahnya.
Sebelum itu, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun, Mohd. Zaki Amani Shaari ditemui mati lemas ketika memukat ikan di kawasan bendang bersama abangnya di Kampung Charok Bongor, Kuala Nerang pada pukul 5 petang kelmarin.
Di Perlis pula, seorang remaja, Muhammad Nurul Afiq Mohd. Rozaidi, 21, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Terusan Arau ketika menunggang basikal di Sungai Baru, Kangar semalam


Mayat wanita Jerman ditemui sangkut di pokok

JITRA: Mayat wanita warga Jerman berusia 64 tahun yang dihanyutkan arus deras bersama anak dan menantunya, ditemui tersangkut pada sebatang pokok berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, di sini, kira-kira 100 meter dari tempat dia berpaut di bawah jambatan kampung berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata Erna Fischer, 64, ditemui kira-kira jam 5.45 petang semalam oleh penduduk kampung dan pasukan keselamatan.

“Mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian di sungai berkenaan selepas dua hari dihanyutkan arus deras.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra (HJ) untuk dibedah siasat,” katanya di sini semalam

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita warga Jerman berusia 64 tahun itu hilang dan dikhuatiri lemas manakala anak lelaki serta menantunya terselamat dengan memanjat dan berpaut pada pokok selepas mereka dihanyutkan arus deras banjir


Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa bersama anaknya, Yusof Abdullah, 41, juga warga Jerman serta menantunya, Ashalehah Zain, 40, warga tempatan dikatakan panik apabila mendapati air memasuki rumah mereka melebihi paras pinggang menyebabkan mereka keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, sebaik keluar dari rumah, ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 300 meter sebelum sempat berpaut pada pokok, manakala mangsa sempat berpaut pada jambatan

No comments:

Post a Comment