Tuesday, June 5, 2012

DALAM SUASANA@KEADAAN SEKARANG...TAK ELOK JALAN SORANG...AGAMA MENGAJAR EMPAT ORANG SOLEHAH BILA KELUAR....PALING TIDAK TIGA ORANG...BERMAKNA SAMA KITA LIMA ATAU EMPAT ORANG...MAKA AGAK SUKAR...LEBIH2 LAGI WANITA SOLEHAH...JIKA TIDAK MUHRAM...JIKA SORANG ATAU DUA ORANG...KESANNYA TANGGUNGLAH SENDIRI...

‘Sila jumpa kami’

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

SEDIH...Norizan memeluk anaknya, Khairunnissa. Di kanan, Mohd Hafiz.
SEDIH...Norizan memeluk anaknya, Khairunnissa. Di kanan, Mohd Hafiz.
KLANG: “Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah jumpa kami,” hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu.
Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika mengingatkan kembali ayahnya, Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang terdetik sesuatu perkara seperti berlaku sekarang.
“Masa itu kami tengok cerita Korea ada adegan pelakonnya koma. Abah kata kalau dia koma macam itulah jadinya,” katanya yang tak dapat menahan sebak.

Isteri Mustaghni, Norizan Shahidin, 53, pula berkata, dia bagaikan mendapat sinar harapan apabila doktor memberitahu suaminya sudah boleh menerima cecair makanan menerusi tiub.


Sebelum ini, katanya, apabila cecair itu dimasukkan tindak balas negatif apabila keluar kembali kerana badan suami tak dapat menerima.

‘Mereka nak jual’

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Hadzlihady Hassan, Raja Noraina Raja Rahim dan Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

TRAUMA...Najwa menceritakan kejadian dia diculik.
TRAUMA...Najwa menceritakan kejadian dia diculik.
BUTTERWORTH: “Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.

“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.


Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.

Mahu teman setiap saat



NUSAJAYA: “Selepas ini, saya tidak biarkan lagi isteri keluar sendirian dengan anak walaupun untuk ke kedai. Saya akan menemani mereka setiap saat kerana bimbang kejadian sama berulang,” kata Mohd Hisham Rahiman, 35, di sini, semalam.
Hisham berkata demikian selepas anak bongsu yang juga satu-satunya anak lelakinya, Ryan Hazim, 2, dilarikan penjenayah bersama kereta Perodua Myvi ketika isterinya, Khazlin Saat, 35, singgah untuk membeli makanan di sebuah kedai di Bandar Baru Kangkar Pulai, jam 11.30 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, dua lagi anak perempuan pasangan itu, Nor Sabrina Damiyah, 6, Nor Sofea Hadirah, 4, sempat keluar dari kereta berkenaan.
“Saya pergi ke tempat kejadian sejurus dihubungi isteri dan dengan bantuan orang ramai, kami cuba mengesan Ryan Hazim di kawasan sekitar namun gagal.

“Seperti biasa, saya yang berniaga sendiri membenarkan isteri dan tiga anak keluar ke kedai kerana menyangka mereka pulang segera memandangkan jarak premis itu kurang daripada dua kilometer dari rumah kami.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila isteri memaklumkan Ryan Hazim dilarikan penjenayah bersama Myvi berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Hisham, dia berasa seolah-olah dilahirkan semula apabila dihubungi polis yang memaklumkan penemuan Ryan Hazim.

Hisham berkata, polis memaklumkan, ketika ditemui anaknya itu merayau-rayau berhampiran sebuah restoran dipercayai mencari ibunya dengan berkaki ayam.
“Mujur pekerja restoran berkenaan mengenali Rayan Hazim kerana kami sekeluarga kerap singgah untuk makan di restoran itu dan kami berterima kasih dengan sikap prihatin orang ramai,” katanya.


Langgar kontrak jualan saham

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

RAS ADIBA...defendan
RAS ADIBA...defendan
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham pada 2006.
Pengarah Syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein, 53, memfailkan writ saman itu melalui Tetuan K C Tang & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 3 Mei lalu.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan. Ras Adiba diwakili peguam Datuk Mohd Haziq Pillay manakala Nik Fauzi diwakili peguam Mohammad Shafie Afendi.
Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi sebagai plaintif mendakwa dia mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham itu kepada Ras Adiba (defendan).

Menurut plaintif, dia bersetuju untuk menjual saham miliknya berjumlah 650,000 unit dengan nilai setiap unit adalah RM1 dan defendan bersetuju membelinya lalu memeterai perjanjian penjualan saham pada 24 Julai 2006.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa selepas ia disetemkan pada 2 Ogos 2006, defendan gagal, enggan atau cuai untuk menunaikan terma yang dinyatakan.

Plaintif juga mendakwa defendan tahu bahawa pembelian saham itu bertujuan membantu mengukuhkan kedudukan syarikat berkenaan selepas kuasa dan kawalan terhadap penstrukturan diperoleh.

Dakwanya, kegagalan defendan dalam merancang penstrukturan dan mengukuhkan syarikat menyebabkan plaintif berdepan masalah kewangan. Oleh itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan memungkiri perjanjian penjualan saham bertarikh 24 Julai 2006, tuntutan ganti rugi RM3,288,172.80 atau sebahagian atau apa-apa bahagian, selain perintah atau relif yang sesuai dan berpatutan.

No comments:

Post a Comment