Rogol pelancong Switzerland
5 Jun 2012
Tuduhan terhadap Muhamad Irfan Daud, 19, dibuat mengikut Sesyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Dia dituduh merogol setiausaha berusia 25 tahun itu dalam bilik sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP Lundang di sini, pada jam 5 petang, 10 Mei lalu.
Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan kes tersebut disambung 2 Ogos depan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nurhilwani Mat Riffin membantah jaminan, Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun merayu supaya anak guamnya itu diberikan jaminan berikutan tertuduh masih menuntut di IPT.
”Tertuduh juga menghidapi penyakit usus yang memerlukan rawatan rapi,” katanya.
Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Irwan Suainbon kemudian membenarkan Muhamad Irfan diikat jamin sejumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.
Pada 22 Mei lalu, tertuduh atau ‘boy’ menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas genap seminggu gambarnya tersebar di akhbar.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang setiausaha warga Switzerland mendakwa dia dirogol, manakala, rakannya dicabul empat lelaki ketika singgah di Pejabat Konsul Thailand, di bandar ini bagi urusan visa untuk ke Bangkok, selepas balik dari Pulau Perhentian, Terengganu.
Susulan laporan polis yang diterima, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Taman Intan, Lundang dan mengaku mencabul salah seorang mangsa ketika dituduh 23 Mei di Mahkamah Majistret di sini. Sementara, dua lagi suspek adik-beradik, Hary dan abangnya masih diburu.
Putih mata RM5,000 lesap
5 Jun 2012
Guru lelaki berumur 33 tahun terbabit berkata, dia berasa tertipu kerana barangan yang dibeli tidak berkualiti dan tidak mempunyai pengesahan Sirim.
Dakwanya, kisahnya bermula apabila isterinya juga seorang guru berumur 29 tahun ditawarkan hadiah gelas oleh seorang jurujual yang menunggu pelanggan di tempat tertentu.
“Selepas mengisi borang di kaunter mereka, jurujual itu memberikan dua baucar kepada isteri saya, kononnya satu baucar memenangi RM50 dan satu lagi RM1,000,” katanya.
Guru itu berkata, jurujual lelaki terbabit memujuknya membeli set teater rumah bernilai RM3,688 dengan harga hanya RM2,688 setelah ditolak diskaun baucar RM1,000 yang dimenangi.
Dakwanya, isterinya memberitahu tidak ada wang sebaliknya jurujual itu mahumelihat kad ATM namun selepas diberikan jurujual itu terus melayangkan kad ke ATM pada mesin yang menunjukkan nilai RM700.
“Jurujual itu memberitahu wang itu tidak hilang dalam akaun dan meminta kad ATM lain serta kad ATM milik saya untuk membuat baki pembayaran termasuk membayar satu produk lagi barangan yang kononnya berharga RM3,500 tetapi saya hanya perlu bayar dengan harga RM900,” katanya.
Bagaimanapun, pasangan guru itu kesal kerana apabila membawa pulang peralatan yang dibeli, satu daripadanya rosak dan tidak ada tanda kelulusan Sirim serta tidak sepadan dengan harga.
Apabila mahu kembalikan barangan itu, syarikat terbabit enggan menggembalikan wangnya sebaliknya guru berkenaan hanya boleh membuat pertukaran barang, itupun dengan syarat mereka perlu membeli barangan lain.
Mangsa yang bertugas di sebuah sekolah di Setiu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya berikutan ditipu jurujual sebuah syarikat jualan langsung.
“Akibat terdesak, kami terpaksa membeli lagi barangan lain bernilai lebih RM1,000 dan apabila pulang, baru terlintas kami tertipu dan telah membuat pembayaran kesemuanya berjumlah RM5,436,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Jertih.
Guru itu berkata, jurujual berkenaan juga memaklumkan dia tidak dapat berbuat apaapa termasuk tidak boleh mengembalikan wang kerana dia dan isterinya telah menurunkan tanda tangan pada surat belian.
“Saya membuat pendedahan ini supaya orang lain tidak menerima nasib seperti saya yang tertipu dan perlu berhati-hati ketika berurusan dengan syarikat ini,” katanya.
Nanas seakan buah sawit
5 Jun 2012
A Muin Saat, 60, dari Felda Kemasul, di sini, berkata, dia menanam benih nanas Sarawak beberapa bulan lalu berhampiran rumahnya.
Menurutnya, selepas beberapa bulan dia mendapati terdapat kelainan pada bentuk buah tersebut yang lebih besar dan berkembar dengan pokok nanas yang ditanam di sebelahnya.
“Mula-mula saya lihat ia macam biasa tetapi lama-kelamaan buah nanas ini seakan bercantum dan semakin membesar.
“Apabila buah ini sudah mencapai berat satu kilogram barulah saya perasan kelainan yang ada padanya menyebabkan timbul minat untuk menyimpannya,” katanya.
Muin berkata, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.
“Saya rasa ia pelik dan tidak akan menjual atau memakannya, tengoklah macam mana nanti kalau rasa dah puas simpan mungkin akan dijual juga,” katanya.
Lelaki nekad gantung diri
5 Jun 2012
Difahamkan, mangsa gagal melunaskan hutang sebanyak RM16,000 yang dipinjamnya dan mengambil keputusan tanpa berfikir panjang selepas gagal mendapatkan bantuan saudaramara
bagi menjelaskan pinjaman kepada ceti haram terbabit.
Ketua Biro Aduan Rakyat Puchong, Kuan Chee Heng berkata, isteri mangsa mengadu masalah itu kepadanya apabila geng ah long terbabit dikatakan mengganggu hidupnya sekeluarga selepas empat hari suaminya meninggal dunia.
Isteri mangsa memberitahu, ketika masih hidup, suaminya agak tertekan dan sering memintanya wang untuk membayar pinjaman kepada geng ah long itu.
Menurutnya, paling menyedihkan beberapa jam sebelum menggantung diri mangsa sempat menikmati makan malam di luar bersama tiga anak lelaki berusia 10 hingga 15 tahun dan
memberitahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dalam sebuah bilik beberapa jam selepas makan bersama anaknya,” katanya.
Chee Heng berkata, isteri mangsa mendakwa tidak tahu berapa jumlah wang dipinjam suaminya sehinggalah geng ah long datang ke rumah memaklumkan jumlah yang dihutang.
Katanya, ketika masih hidup mangsa ada beberapa kali meminta wang kepada isterinya yang bekerja sebagai pemandu teksi sapu untuk menjelaskan wang itu dan mengatakan akan mati jika isterinya tidak memenuhi permintaannya.
“Berkemungkinan tidak mempunyai wang mencukupi membayar hutangnya lelaki terbabit mengambil keputusan singkat berkenaan,” katanya.
Sehubungan itu, Chee Heng menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pinjaman kepada peminjam wang tidak berlesen.
Keluar Umno, sokong tindakan bekas pemimpin Pemuda
4 Jun 2012
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian Zamri Othman, 47, bersama tiga lagi Exco Pemuda bahagian mengumumkan perkara itu di kediaman Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Juta, Kuala Kubu Bharu (KKB), Yashir Yahya, 42, yang turut meninggalkan Umno.
Zamri yang juga Ketua Cawangan Umno Jalan Teratai, Bukit Beruntung berkata, tindakan mereka sebagai tanda sokongan penuh terhadap Yusri.
“Gerak kerja dan ketokohan beliau (Yusri) dalam menyusun atur kepimpinan Pemuda yang menjadikan kami bangga dengan beliau, namun rasa sedih apabila beliau mengumumkan pengunduran daripada parti.
“Anda boleh melihat sendiri gerak kerja beliau selama ini, jadi tindakan kami bukan sebab ditarik mahupun pengaruh atau hasutan sesiapa dan ini bukan soal kita benci pada Umno tetapi kecewa kepimpinan bahagian,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kesemua empat barisan Exco Pemuda yang mengumumkan keluar parti diibarat 'perisai' kepada Pemuda bahagian.
Beliau berkata, pengumuman mereka kelmarin adalah gelombang kedua yang terbentuk daripada sekumpulan ahli Umno dan Pemuda yang kesal dengan pentadbiran serta pengurusan kepimpinan Umno bahagian.
Zamri percaya selepas ini akan ada gelombang ketiga dilakukan ahli Umno yang turut mengumumkan keluar parti.
Sementara itu, Exco Pemuda bahagian yang juga Timbalan Ketua Cawangan Umno Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Abdullah Mat, 40, tindakannya keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan Pemuda bahagian.
Katanya, fungsi beliau dalam barisan jawatankuasa Pemuda bahagian seperti tidak ada dan tidak diperlukan.
“Saya rasa seperti tidak diperlukan kerana ada atau tidak dalam jawatankuasa Pemuda sama saja,” katanya.
Manakala, Yashir menganggap keputusannya keluar daripada parti adalah takdir.
Menurutnya, penyertaan seluruh keluarganya untuk bersama keluar parti kerana sedar perjuangan dilakukan selama ini.
Katanya, ibu bapa serta ahli keluarganya melihat segala perjuangan serta kerja kerasnya selama ini dalam memperjuangkan parti justeru mereka memberi sokongan.
Hargai pengundi muda
4 Jun 2012
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, seiring hasrat untuk mencungkil bakat terpendam dalam bidang sukan, pihaknya bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek di Tanjong Karang, Ijok dan Sijangkang.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membina padang futsal pelbagai guna yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat untuk golongan remaja berniaga dan sebagainya.
“Antara lokasi terpilih adalah di Padang Astaka Tanjong Karang yang akan dinaiktarafkan melalui peruntukan Selangorku untuk kegunaan golongan belia di kawasan berkenaan.
“Dengan adanya kemudahan ini diharapkan golongan remaja dapat memanfaatkannya untuk dijadikan sebagai tempat untuk mereka mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
“Keperluan golongan belia seumpama ini tidak perlu dipinggirkan kerana ia penting untuk pembangunan mereka,” katanya ketika hadir merasmikan Majlis Penutup Anak Muda Motor Perubahan Negara (AMMPUN) di Padang Astaka.
Program anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1A Tanjong Karang itu mendapat kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sungai Burong dan Nisa’ Kawasan Tanjong Karang.
Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dun Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo; Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman; Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja; Nor Az Azlan Ahmad; Misran Serman; Zainal Abidin Abd Samad dan Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat Pas Kawasan, Muhd Jafaruddin Sheikh Daud.
Korban pertama Pantai Klebang
4 Jun 2012
Mangsa, S Mathavanan, 24, dari Peringgit datang ke kawasan riadah itu menaiki bas pada jam 2.30 petang, dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang daripada pandangan kira-kira jam 3.30 petang ketika mahu mengambil bola.
Adik mangsa, S Anita, 20, berkata, abangnya bermain bola di laut bersama salah seorang sepupu mereka, R Purushatamanraj, 18, selama kira-kira 30 minit di kawasan laut yang ditambak itu.
“Mereka berdua bermain ketika air surut, sementara saya dan tiga sepupu lain melihat dari jauh di tepi pantai sebelum saya pergi membeli air di kawasan berhampiran.
“Apabila saya kembali, saya lihat Purushatamanraj naik ke darat tanpa abang. Tiba-tiba seorang lagi sepupu, K Gomeleswary, 17, beritahu dia lihat abang terkapai-kapai lalu tenggelam,” katanya, di sini, petang kelmarin.
Anita berkata, dia kemudian menghubungi rakan abangnya tanpa meminta bantuan orang awam yang sedang bermain layang-layang dan aktiviti riadah lain.
“Rakan abang datang bersama rakannya yang lain sebelum mereka menghubungi bomba selepas abang yang bekerja sebagai pekerja kontrak tanaman tidak timbul,” katanya.
Sementara itu, Purushatamanraj berkata, ketika bermain bola bersama mangsa, air hanya separas dada sebelum mangsa cuba mengambil bola yang hanyut dan tenggelam secara tiba-tiba.
“Saya tak dapat buat apa-apa dan terus naik ke darat,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.22 petang dan tiba di lokasi larangan berenang dan memancing itu lapan minit kemudian.
“Seramai dua pegawai dan 23 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Polis dan Penyelamat Jalan Kubu, Tangga Batu dan Bukit Katil terlibat dalam operasi mencari mangsa dalam tempoh kira-kira dua jam setengah ini.
“Mangsa ditemui kira-kira jam 7 malam dengan jarak 10 meter dari tempat dia dilihat jatuh seperti yang dimaklumkan ahli keluarganya kepada pihak bomba,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
Rayu anak gadis pulang
5 Jun 2012
Bapa tiri Nurul Shafikah Anuar atau lebih mesra dengan panggilan kakak, Azraai Mohd Isa, 37, berkata, anak tirinya itu dipercayai mengikut teman lelakinya selepas selesai bekerja di sebuah salun kecantikan, jam 10 malam pada 4 Mei lalu.
Menurutnya, pada malam kejadian, dia datang menjemput Nurul Shafikah kira-kira jam 10.15 malam, tetapi gadis itu tidak kelihatan dan beranggapan dia sudah dihantar pulang oleh rakan.
“Disebabkan kakak tiada, saya kembali semula ke tempat kerja tetapi tiba di rumah, isteri, Suzalita Udari, 41, beritahu kakak masih belum pulang.
“Disebabkan bimbang, saya dan isteri terus mencarinya di sekitar pekan Alor Gajah,” katanya.
Azraai berkata, rakan sekerja Nurul Shafikah ada memaklumkan ternampak anaknya mengikut lelaki yang menaiki kereta Perodua Kancil selepas pulang kerja.
“Katanya, sebelum ini, kakak mendapat nombor telefon seorang pelanggan lelaki di tempat kerjanya dan saya mengesyaki kakak ada berhubung dengan lelaki terbabit.
“Rakannya juga ada beritahu terserempak dengan Nurul Shafikah bersama dua rakan perempuan dan tiga lelaki di Bandaraya Melaka tetapi ketika itu dia tidak tahu kakak melarikan diri,” katanya.
Sehubungan itu, Azraai meminta lelaki terbabit supaya kembalikan semula anaknya.
“Jika simpan perasaan pada kakak, datanglah berjumpa kami dengan cara baik, bukannya membawa dia lari begitu sahaja.
“Kepada sesiapa yang ada ternampak Nurul Shafikah di mana-mana, boleh hubungi saya menerusi talian 017-2396861,” katanya.
Kantoi bawa barang seludup
5 Jun 2012
Pemandu berkenaan membawa beratus-ratus tin minuman keras dan rokok dipercayai diseludup dari negara jiran.
Kenderaannya dikatakan terbabas akibat tayar belakang sebelah kanan pancit di Kilometer 90.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Alor Setar ke Sungai Petani.
Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan MPV itu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan.
Menurutnya, akibat pelanggaran berkenaan minuman keras dan rokok bertaburan di atas jalan hingga menyebabkan kesesakan.
Sebuah lori juga yang berada di belakang MPV terbabit turut merempuh kenderaan itu berikutan cuaca yang masih gelap.
“Saya dikejutkan dengan satu lagi kemalangan berasingan antara sebuah kereta dengan ambulans.
“Sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang melalui arah sama untuk ke Pulau Pinang cuba untuk memperlahankan kenderaannya apabila melihat kemalangan tadi tetapi dilanggar oleh ambulans dari arah belakang akibat permukaan jalan yang licin.
“Ketika itu lebuh raya menjadi sesak termasuk keadaan jalan licin akibat tumpahan air minuman keras menyebabkan beberapa perlanggaran berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, ambulans itu sedang membawa pesakit dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dihantar ke Pulau Pinang.
Pesakit berkenaan bagaimanapun telah dibawa menggunakan ambulans lain yang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sumber polis berkata, sebaik sampai di lokasi, pemandu MPV terbabit tiada di lokasi kejadian.
Menurutnya, semua mangsa terlibat mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian.
Gadis dimarah peminta sedekah gara-gara enggan bagi duit
5 Jun 2012
Menceritakan kejadian itu, Suraya Aiman Khalif, 23, dari Selangor berkata, dia datang bersarapan dengan rakannya pada kira-kira jam 10 pagi di sebuah kedai makan di sini.
Setibanya di situ dia duduk berseorangan kerana dua lagi rakan yang lain mengambil makanan di kaunter lauk.
“Kemudian datang seorang tua dengan bertongkat sambil jalan terencot-encot ke arah semua orang, dan saya tahu dia pasti mahukan duit, ada yang tidak memberinya dengan hanya memberikan isyarat tangan.
“Apabila giliran saya dia datang dekat dan dia kata hendak duit kerana sakit tetapi saya gelengkan kepala kerana bekas duit saya pada rakan di kaunter, kemudian dia terus marah pada saya dengan tiba-tiba.
“Saya terkejut kerana sebelumnya dia tidak marah pada lelaki lain yang tidak memberinya duit, warga emas itu marah saya dengan agak kuat sehingga agak malu saya dibuatnya,” katanya.
Suraya yang juga penuntut jurusan ijazah di sebuah universiti di sini berkata, lima minit kemudiannya rakannya datang segera dan bertanyakan apa yang berlaku.
Menurutnya, terdapat beberapa pelayan di situ memaklumkan peminta sedekah itu adalah ‘pengunjung’ tetap di situ.
Dia akan datang setiap hari iaitu pada waktu puncak termasuk pagi, petang dan juga malam.
“Difahamkan bukan sahaja saya yang terkena dengan pakcik itu, tetapi ramai lagi, saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pantau masalah pengemis di sini.
“Kita bukan kedekut tetapi situasi sedemikian akan merimaskan ramai pelanggan, ada yang datang ke situ untuk makan dan sebagainya bersama keluarga tetapi diganggu dan ada pula yang dimarah gara-gara tidak berikan duit, ini tidak patut,” katanya.
Sinar Harian sempat merakamkan gelagat peminta sedekah berkenaan yang sememangnya ada ketika waktu yang dimaklumkan.
Anehnya dia akan berjalan dari meja ke meja dan lelaki itu akan menunggu lama sekiranya mana-mana pelanggan tidak memberikannya duit
Polis edar foto pencuri dalam majlis perkahwinan
4 Jun 2012
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Asisten Superintendan Abdul Hamid Md Isa berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mengadakan majlis perkahwinan di daerah ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mementingkan aspek keselamatan harta benda.
Menurutnya, modus operandi yang digunakan pencuri yang berpura-pura sebagai kenalan kepada pengantin sering digunakan sebelum berjaya memasuki bilik pengantin untuk mencuri barangan berharga.
“Kes yang menggunakan modus operandi sebegini adalah yang pertama di daerah ini dan berharap masyarakat sentiasa berwaspada kerana bimbang kes sebegini akan berulang, tambahan pula pada musim kenduri ini.
“Pihak polis juga sudah mengedarkan gambar potret seorang suspek wanita yang dipercayai menggunakan modus operandi ini untuk mencuri setelah kita mendapat laporan dalam kejadian di Kampung Sungai Limau Dalam, semalam (kelmarin),” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hamid berkata, tindakan orang awam di majlis kenduri perkahwinan terbabit dipuji kerana berjaya memberkas dua wanita bersama bayi perempuan berusia tiga bulan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Katanya, pihaknya dalam proses menyediakan kertas siasatan untuk diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Dalam kes ini, seorang wanita berkenaan mengaku salah mencuri barangan milik tuan rumah majlis kenduri perkahwinan dan kita hanya menunggu keputusan timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pencuri alatan bomba diberkas
5 Jun 2012
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, suspek ditahan kira-kira jam 11.45 pagi kelmarin di rumahnya di Jalan Perai Jaya, Perai dekat sini.
“Hasil siasatan dan intipan yang dilakukan sejak kejadian itu dilaporkan, sepasukan anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Butterworth diketuai Inspektor Mohd Yusof Ibrahim berjaya menahan suspek.
“Semasa ditahan, suspek menunjukkan baki pelbagai peralatan kegunaan pihak bomba yang dicuri dan disembunyikan dalam sebuah guni di bahagian dapur rumahnya, manakala barangan lain seperti kepala hos pancutan air, perkakas pengopek yang kesemuanya diperbuat dari tembaga sudah dijual di premis barangan lusuh,” katanya.
Katanya, suspek yang merupakan penganggur dan mempunyai satu rekod kesalahan membabitkan kes pecah rumah itu kini direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Zulkifli berkata, sebelum ini balai bomba sukarela berkenaan pernah dipecah masuk mengakibatkan pihak pengurusan mengalami kerugian lebih RM8,000 apabila pelbagai peralatan serupa dilarikan pencuri.
“Barangan yang dilarikan dan diperbuat dari tembaga padu itu merupakan keperluan utama dalam menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran dan ianya tidak mudah diperoleh secara terbuka.
“Sepatutnya orang ramai terutamanya pembeli barangan lusuh perlu lebih berhati-hati apabila ditawarkan barangan itu dan bertindak menghubungi polis terlebih dahulu kerana mereka boleh ditahan akibat menyimpan barangan curi,” katanya.
Pekerja butik nyaris dirempuh kereta terbabas
4 Jun 2012
Dalam kejadian jam 1.30 petang, semalam, pemandu kereta jenis Perodua Alza itu melanggar kereta jenis Perodua Kenari, Perodua Myvi dan Toyota Estima yang di parkir di hadapan butik yang terletak berhampiran pejabat Utusan Melayu Malaysia Berhad (UMMB) cawangan Perak.
Akibat rempuhan itu, ketiga-tiga kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk.
Pekerja butik yang dikenali sebagai Chong, 30, berkata, sewaktu kejadian, dia baru sahaja meletakkan kenderaannya sebelum didatangi Perodua Alza yang secara tiba-tiba merempuh kereta Perodua Kenari serta dua kereta lain.
“Kejadian itu berlaku tidak sampai lima minit dan saya hanya mampu menjerit akibat terlalu panik.
“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat keluar daripada kereta dan terselamat daripada terbabit dalam kejadian yang tidak diingini,” katanya yang masih terkejut dengan insiden tersebut.
Dalam perkembangan sama, pemilik butik, Ang Jua Tuan, 39, berkata, dia amat kecewa dan sedih apabila Toyota Estima miliknya yang baru dua bulan dibeli rosak akibat dilanggar kereta berkenaan.
Katanya, dia hanya mampu menjerit ketakutan ketika melihat kereta tersebut merempuh ketiga-tiga kereta yang di parkir di hadapan kedainya.
“Sebenarnya, kejadian kemalangan pada hari ini (semalam) bukanlah yang pertama berlaku kerana sebelum ini empat kenderaan milik kakitangan Utusan juga pernah dirempuh oleh kenderaan lain," katanya.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kemalangan serta anggaran kerugian keseluruhan masih dalam siasatan.
Panggung Lido terbakar
5 Jun 2012
Keterujaan orang ramai yang mahu menyaksikan insiden itu menyebabkan keadaan lalu lintas sesak.
Satu ketika dahulu bangunan tersebut adalah sebuah panggung wayang Lido yang terkenal yang kemudiannya dijadikan restoran.
Kini bangunan tersebut sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan pusat snuker.
Ketua Operasi, Amat Sapekis Rosman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 5.56 petang semalam.
Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dengan kekuatan 13 anggota bergegas ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.
“Kami tiba di tempat kejadian pada jam 6.05 petang dan api dapat dikawal 25 minit kemudian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Menurutnya, berlaku sedikit kesukaran sewaktu memadam kebakaran kerana ia berlaku di bahagian atas berhampiran dengan siling.
“Kami terpaksa berhatihati sewaktu memadam api kerana kepingan siling sentiasa jatuh dan ia membahayakan anggota bertugas,” katanya.
Tambahnya, siasatan awal mendapati cuma 25 peratus daripada bangunan musnah dalam kebakaran itu.
Amat Sapekis berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Cinta sampai hujung nyawa
5 Jun 2012
Abd Anip Rusdi, 26, berkata, perkenalan bersama Norhayati ketika sama-sama bekerja di sebuah kilang sekitar bandar raya ini menimbulkan bibit-bibit cinta yang terlalu indah.
Bagaimanapun, menurutnya, harapannya untuk melihat isterinya sembuh selepas berkahwin dua tahun lepas musnah apabila penyakit kanser yang dihidapi isteri sejak 2008 semakin serius.
“Isteri saya kerap mengalami sakit kepala dan sangkakan biji di lehernya hanya biji angin, tetapi selepas beberapa kali menerima rawatan di hospital barulah disahkan kanser hidung.
“Walaupun saya tahu dia sakit, tetapi saya nekad ingin memperisterikan dia dengan harapan penyakitnya sembuh, tetapi selepas melahirkan anak tunggal kami, penyakitnya semakin serius,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.
Abd Anip berkata, pada Disember 2011 sehingga Februari lalu, Norhayati hanya terlantar, tetapi sedikit pulih selepas beberapa kali menjalani rawatan kemoterapi.
Menurutnya, kini keadaan Norhayati semakin parah apabila kanser berkenaan mula merebak ke bahagian mata sehingga sebelah matanya sudah tidak nampak dan kulit di bahagian dahi menggelembung pecah.
“Walaupun saya bakal kehilangan dia selepas doktor sahkan isteri saya hanya menunggu masa dan tiada harapan lagi untuk sembuh, tetapi saya perlu tabah demi masa depan anak tunggal kami.
“Berat sebenarnya ujian yang ALLAH beri ini, tetapi cinta dan sayang saya kepada dia tidak pernah berubah. Saya berjanji akan bahagiakan dia sehingga ke akhir hayat dia,” katanya.
Katanya, dia kini hilang punca pendapatan kerana terpaksa berulang-alik menghantar Norhayati membuat rawatan di hospital dan hanya mengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Harapan saya kalau boleh ingin melihat dia sihat, tetapi saya tahu itu perkara yang mustahil. Bagaimanapun saya tetap berdoa agar ada keajaiban daripada ALLAH SWT untuk memulihkan kembali isteri saya,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jasa Pasir Gudang, Norwati Abd Manaf berkata, pihaknya akan berurusan dengan pihak Hospital Sultan Ismail untuk mendapat pengecualian semua bayaran rawatan Norhayati.
“Kita akan turut membantu dari segi keperluan lain untuk meringankan beban yang ditanggung, selain selalu memberikan semangat kepada Abd Anip agar tabah dengan ujian ini.
“Kita bersimpati dan berdoa agar Norhayati kembali sembuh,” katanya yang membuat lawatan ke rumah pesakit kronik di Taman Cendana bersama dengan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini, kelmarin.
Memo usul haramkan Nizar ke bumi Johor
4 Jun 2012
Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang.
Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan ‘Daulat Tuanku’ dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
Memorandum bantahan diserahkan Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh di hadapan Balai Polis Sentral.
Sebaik sahaja memorandum diserahkan, peserta perarakan turut menyanyikan lagu negeri Johor sebelum bersurai sebagai tanda menghormati institusi diraja dan taat setia kepada pemerintah.
Turut menyertai perarakan itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Johor Bahru, B Pannir Selvam; Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Son Tock dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kecil India Negeri Johor, Suppayah Sollaimuthu.
Sementara itu, Khalid berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan menggesa pengadilan secepat mungkin diambil ke atas Mohammad Nizar kerana kenyataannya dianggap boleh mencetuskan benci terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
سُوۡرَةُ المُلک
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (١) ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (٢) ٱلَّذِى
خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ طِبَاقً۬اۖ مَّا تَرَىٰ فِى خَلۡقِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ مِن تَفَـٰوُتٍ۬ۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن
فُطُورٍ۬ (٣) ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئً۬ا وَهُوَ حَسِيرٌ۬ (٤) وَلَقَدۡ
زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا
رُجُومً۬ا لِّلشَّيَـٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ
(٥) وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (٦) إِذَآ أُلۡقُواْ فِيہَا سَمِعُواْ لَهَا شَہِيقً۬ا وَهِىَ تَفُورُ (٧) تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۖ كُلَّمَآ أُلۡقِىَ فِيہَا فَوۡجٌ۬ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُہَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٌ۬ (٨) قَالُواْ
بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٌ۬ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ
ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ۬ كَبِيرٍ۬ (٩) وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (١٠) فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِہِمۡ فَسُحۡقً۬ا لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (١١) إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ۬ (١٢) وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦۤۖ إِنَّهُ ۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ (١٣) أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ (١٤) هُوَ
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولاً۬ فَٱمۡشُواْ فِى مَنَاكِبِہَا
وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ (١٥) ءَأَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يَخۡسِفَ بِكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فَإِذَا هِىَ تَمُورُ (١٦) أَمۡ أَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يُرۡسِلَ عَلَيۡكُمۡ حَاصِبً۬اۖ فَسَتَعۡلَمُونَ كَيۡفَ نَذِيرِ (١٧) وَلَقَدۡ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ (١٨) أَوَلَمۡ
يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٍ۬ وَيَقۡبِضۡنَۚ مَا
يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَـٰنُۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءِۭ بَصِيرٌ
(١٩) أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ جُندٌ۬ لَّكُمۡ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِۚ إِنِ ٱلۡكَـٰفِرُونَ إِلَّا فِى غُرُورٍ (٢٠) أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُ ۥۚ بَل لَّجُّواْ فِى عُتُوٍّ۬ وَنُفُورٍ (٢١) أَفَمَن يَمۡشِى مُكِبًّا عَلَىٰ وَجۡهِهِۦۤ أَهۡدَىٰٓ أَمَّن يَمۡشِى سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٢٢) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۖ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ (٢٣) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ (٢٤) وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٢٥) قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡعِلۡمُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَا۟ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٦) فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةً۬ سِيٓـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقِيلَ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ (٢٧) قُلۡ
أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَهۡلَكَنِىَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِىَ أَوۡ رَحِمَنَا
فَمَن يُجِيرُ ٱلۡكَـٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٢٨) قُلۡ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيۡهِ تَوَكَّلۡنَاۖ فَسَتَعۡلَمُونَ مَنۡ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٢٩) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرً۬ا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٍ۬ مَّعِينِۭ (٣٠) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Mulk
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Maha
Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai
pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu; (1) Dialah
yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik
amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun,
(bagi orang-orang yang bertaubat); (2) Dialah
yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang
berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha
Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah;
(jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau
melihat sebarang kecacatan? (3) Kemudian
ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan
berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan),
sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan
sia-sia). (4) Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada
penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan
bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami
sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. (5) Dan
bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan
azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (7) Hampir-hampir
ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali
dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah
penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah
didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?
(8) Mereka
menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul
pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan
(kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang
mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! (9) Dan
mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai
orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam
kalangan ahli Neraka. (10) Akhirnya
mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur
ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka. (11) Sesungguhnya
orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak
dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh
keampunan dan pahala yang besar. (12) Dan
tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama
sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (13) Tidakkah
Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya! (14) Dialah
yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan
Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu
sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan
takutilah kemurkaanNya). (15) Patutkah
kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya
di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah
bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) Atau
patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat
pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut
yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui
kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17) Dan
demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka
telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang
demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (18) Patutkah
mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada)
burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya
ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada
yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha
Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu. (19) Bahkan
siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu
selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir
tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (20) Atau
siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan
rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu)
kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari
kebenaran). (21) Maka
adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang
menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat
hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus
rata? (22) Katakanlah
(wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada)
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk
kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (23) Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24) Dan
mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang
dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (25) Katakanlah
(wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa
kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah
seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. (26) Kemudian
apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu
secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan
(kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta
disegerakan kedatangannya!. (27) Tanyalah
(wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah
binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana
yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga
kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi
orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?.
(28) Tegaskan
(wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang
kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu
kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang
nyata. (29) Katakanlah
lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di
telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada
kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. / (30) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
'Diri saya milik rakyat'
4 Jun 2012
Baginya, membela rakyat menjadi agenda utama apabila diberikan mandat menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlimen Bakri.
“Tanggungjawab saya menjadi lebih berat apabila Parlimen ini jatuh ke tangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, impak tsunami politik yang berlaku ketika itu.
“Saya bersikap optimistik dengan senario ini, dan mengambil pendekatan terbaik iaitu mendahulukan rakyat dan menepati janji sepanjang menjadi pemimpin di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, beliau bekerja keras selama empat tahun tanpa jemu untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.
Saipolbahri berkata, usahanya itu tidak sia-sia dan kini mampu tersenyum apabila kaum Cina dan India mula memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinannya sebagai pengerusi BN sekali gus mengakui mahu transformasi yang dapat menjadikan kehidupan mereka lebih baik.
Menceritakan pembabitan awalnya menceburi bidang politik, beliau berkata, ia berlaku tanpa dirancang apabila rakannya, Amin Surat yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Bakri pada tahun 1980an, mengajaknya menyertai politik.
“Ketika itu, Amin melihat diri saya berpotensi diketengahkan sebagai seorang pemimpin politik.
“Sebagai permulaan, saya menjadi jawatankuasa Umno dan akhirnya ke satu peringkat yang lebih tinggi apabila kepimpinan diterima rakyat,” katanya.
Saipolbahri yang merupakan cahaya mata kepada penoreh getah mengakui tidak menyangka apabila pembabitannya dalam dunia politik terus menyinar walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan sehingga berjaya menjadi Ketua Umno Bahagian Bakri pada tahun 2008.
Menurutnya, kesusahan hidup yang pernah dilalui suatu ketika dahulu diikuti pencapaian kejayaan pada hari ini, menjadikan dirinya seorang yang menghargai kerajaan setiap masa.
Justeru, katanya, beliau mahu membalas jasa kerajaan dengan memperjuangkan kepentingan rakyat di Bakri dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kemasyarakatan, sosial dan ekonomi supaya mereka dapat menikmati pembangunan yang seimbang.
Saipolbahri berkata, beliau bangga kerana selama 28 tahun menceburi dunia politik dapat membawa perubahan di Bakri, antaranya membina bangunan Umno dengan 17 kakitangan, menubuhkan Pertubuhan Peladang Kecil (PPK) Bakri dan Pusat Latihan Giatmara di Air Hitam.
Menjadi harapannya untuk merampas semula kerusi yang jatuh di tangan pembangkang pada PRU akan datang dan menjadikan Parlimen Bakri sebagai hub pengeluaran makanan termaju dalam negara.
Pada masa sama, Saipolbahri kini sedang giat membangunkan membangunkan perkampungan Arab dengan usaha membawa masuk satu universiti dari Timur Tengah ke Parlimen Bakri secepat mungkin.
Profil:
Nama: Datuk Saipolbahri Suib
Umur: 50 tahun
Isteri: Datin Norhayati Mohd Noor
Anak: 5 orang
Alamat: Kampung Tengah, Batu 18, Air
Hitam, Muar
Pekerjaan: Usahawan, Akauntan
Pendidikan
– Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris), Semerah, Batu Pahat, 1969- 1974
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru,Muar, 1975-1977 - Sekolah Menengah Teknik, Bukit Piatu, Melaka, 1978-1979 (SPM)
- Sekolah Menengah Teknik, Bukit Piatu, Melaka,1980-1981 (STPM)
- Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sains (Perniagaan Tani), 1982-1986
- Sijil Perakaunan (Percukaian), Universiti Teknologi Mara, 1990.
Pengalaman dalam politik
1982 – Ahli biasa Umno Cawangan Parit Tengah C, Air Hitam
1986-1992 - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Cawangan Parit Tengah C, Air Hitam
- Ketua Umno Cawangan Parit Tengah C, Air Hitam
- Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bakri
1992-1995 –Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Bakri
1995-1998 - Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Bakri
1998-2001 - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bakri
- Exco Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor
2004-2008 –Naib Ketua Umno Bahagian
No comments:
Post a Comment