Sunday, June 3, 2012

JELAS HARAM...TAK KAN HUKUM BEGITU MUDAH PUN TAK TAHU...MEMALUKAN EMAKBAPAK AJE...INSAF DAN BERTAUBATLAH...

‘Kerap alami mimpi ngeri’

Oleh HADZLAN HASSAN, RIADZ RADZI, SHAMRAN SARAHAN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my

TERTIPU... Zarina Ayu temui wang fotokopi dan patung daripada simpanan bekas teman lelaki.
TERTIPU... Zarina Ayu temui wang fotokopi dan patung daripada simpanan bekas teman lelaki.
KUALA LUMPUR: Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai ‘voodoo’ dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha ‘mencairkan’ mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita.
Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya.
Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka.


KES 1
ZARINA AYU:


“SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan.

Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini.

Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan.

Tidak melampaui batas

Oleh NORAINON OTHMAN, SHAKILAWATI ABDUL RAHMAN dan FIRDAUS SAHAT
am@hmetro.com.my

EZLYNN... pakai gaun paras lutut.
EZLYNN... pakai gaun paras lutut.
MEMEY... turut anjur majlis berasaskan adat Melayu.
MEMEY... turut anjur majlis berasaskan adat Melayu.
KUALA LUMPUR: “Saya akui baju dipakai ketika satu majlis resepsi perkahwinan saya seksi kerana bertemakan cara orang Inggeris. Namun, bagi saya ia tidak melampaui batas. Lagipun, ketika itu saya hanya mengikut tema majlis,” kata artis terkenal, Memey.
Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, mencipta kontroversi apabila mengenakan skirt pendek sebagai busana pengantin dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan pelakon, Norman Hakim, September lalu.
Selain Memey, penyanyi Hai Hai Bye Bye, Ezlynn turut mengenakan skirt pendek dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan Adam, awal tahun ini.

Memey dan Ezlynn hanya contoh, malah konsep perkahwinan moden itu seakan-akan menjadi ‘trend’ apabila pelbagai budaya Barat dibawa masuk dan digunakan dalam majlis persandingan orang Melayu, sekali gus mengetepikan adat resam yang dipegang sejak ratusan tahun dulu.


Meskipun Islam tidak menghalang apa jua konsep dalam perkahwinan, segelintir pengantin terlalu taksub untuk mencari kelainan dalam majlis persandingan mereka hingga bertindak melampaui kebiasaan masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam.

Hadiah istimewa

Oleh ALIAS ABD RANI
lias@hmetro.com.my

RINDU... Voon (tengah) mendakap ibunya, Siti Abdullah sambil diperhatikan abangnya, Mohd Salleh Mohammad.
RINDU... Voon (tengah) mendakap ibunya, Siti Abdullah sambil diperhatikan abangnya, Mohd Salleh Mohammad.
KUCHING: “Inilah hadiah paling bermakna dalam hidup saya. Saya bersyukur dapat menatap wajah dan mencium pipi anak saya walaupun terpaksa menunggu 60 tahun selepas kami berpisah,” kata Siti Abdullah sebaik dipertemukan dengan anak lelakinya, Voon Kow Mung, 60, di Kampung Rampangi, semalam.
Pertemuan penuh linangan air mata itu berlangsung sebaik Voon berjaya mengesan adik beradiknya di Kuching selepas dia dibawa ke China oleh keluarga angkatnya.

“Banyak usaha dan ikhtiar dilakukan bagi membolehkan anak saya dipertemukan, tapi gagal. Kehidupan kami ketika itu sukar, malah tiada wang untuk mencarinya di China.
“Kami hanya mengetahui Voon berada di China tapi lokasi tidak diketahui. Namun, kami terus berusaha dan berkat kesabaran, akhirnya bertemu dan disatukan dalam majlis penuh kesyukuran.

“Saya terpaksa menyerahkan Voon kepada keluarga angkat ketika menetap di Miri. Ketika itu, dia baru berusia dua bulan dan diserang demam berpanjangan, tetapi apabila berada dengan pasangan suami isteri berketurunan Cina itu, kesihatannya kembali baik.

“Oleh itu, keluarga kami membuat keputusan menyerahkan anak saya untuk dijaga keluarga Cina berkenaan, tetapi tidak lama kemudian keluarga angkatnya membawa anak saya pulang ke negara asal dan sejak itu hubungan kami terputus,” katanya.

Menurutnya, sejak berpisah dengan Voon, dia sering menangis pada waktu malam kerana mengenangkan anak keempat daripada 11 beradik itu.

“Setiap malam apabila menatap gambarnya, saya menangis kerana memikirkan adakah saya akan berjumpa dengannya satu hari nanti,” katanya.
Sementara itu, Voon berkata, sebaik dimaklumkan ibunya masih hidup, dia terus membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung di Kuching.

“Dalam fikiran, saya menyangka emak sudah uzur tapi sebaliknya dia kelihatan masih sihat dan mampu berjalan walaupun sudah berusia.

“Saya pernah berusaha menjejak emak dengan bantuan media di China tapi usaha itu tidak berhasil hinggalah saya menemui seorang rakyat Malaysia berasal dari Sarawak ketika berada di Australia sebelum dia memberitahu mengenali ayah menerusi gambar ditunjukkan kepadanya.

Voon yang mempunyai anak perempuan tunggal, Bi Ting wen, 31, serta dua cucu masing-masing berusia 11 bulan dan tiga tahun berkata, dia mengetahui ibu kandungnya masih hidup dan berada di Malaysia selepas dimaklumkan oleh kakak angkat.

“Ibu angkat meninggal dunia pada 1976 dan sebelum pemergiannya, dia tidak pernah memberitahu saya ada keluarga kandung di Sarawak hinggalah kakak angkat memberitahu cerita sebenar selepas kematian ibu.

“Dari situ, saya nekad mencari ibu kandung yang terpisah sejak sekian lama,” katanya.

Dia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 9 pagi semalam sambil ditemani Bi Teng, sebelum itu dibawa bertemu semua adik-beradiknya di sebuah rumah di Kampung Kudei, Jalan Nenas Barat.

Sebaik selesai, Voon dibawa ke Kampung Rampangi bertemu ibunya yang menetap bersama kakaknya, dan dari situlah, drama air mata bermula.

‘Bangunlah nak, jangan tinggal ayah’



LEDANG: “Izwan, bangunlah nak, jangan tinggalkan ayah,” rintih Hashim Kamat, 55, ketika memangku jenazah anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Sengkang-Bukit Gambir, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.50 malam, Mohd Izwan Farid, 19, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Bukit Gambir.

Hashim yang tiba tidak lama selepas kejadian sempat memangku jenazah anaknya hampir sejam sebelum jenazah dihantar ke Hospital Tangkak.
Menurut Hashim, ketika menerima panggilan daripada adik Izwan, Hamizad, 16, berkaitan kemalangan itu, dia berasakan seolah-olah bermimpi dan tidak percaya dengan maklumat itu.

“Ketika dimaklumkan berkaitan kejadian, saya berada di Kampung Parit Jarum Darat kerana menghadiri gotong-royong perkahwinan anak saudara.

“Ia bagaikan mimpi kerana sejam sebelum itu, saya bertemu Izwan di rumah dan dia kelihatan ceria seperti biasa,” katanya.

Menurut Hashim, Izwan tidak bekerja pada hari kejadian dan sepanjang di rumah, dia juga tidak menunjukkan kelakuan pelik.

Katanya, jarak lokasi kemalangan dengan rumahnya di Kampung Batu 19 hanya tiga kilometer.
“Arwah tidak memaklumkan apa-apa dan ketika kejadian, dia kemungkinan dalam perjalanan ke Pekan Bukit Gambir untuk bertemu rakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kemalangan berkenaan.

Harun berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Sengkang menghala Bukit Gambir dan tiba di tempat kejadian, dia dipercayai cuba memotong kenderaan lain.

“Mangsa berkemungkinan gagal memotong lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

“Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa berkecai dan mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan,” katanya.

Ajal motosikal baru

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my

REMUK... keadaan motosikal dinaiki dua beradik selepas merempuh belakang lori, pagi semalam.
REMUK... keadaan motosikal dinaiki dua beradik selepas merempuh belakang lori, pagi semalam.
IPOH: “Dia (Noornazmin) sempat memeluk saya dua kali, seolah-olah berat hati meninggalkan kami untuk menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi pagi tadi (semalam) bersama adiknya. Saya tidak percaya kehilangan mereka beberapa jam kemudian,” kata ibu malang, Norhiah Abdul Rashid, 50-an, yang kematian dua anaknya serentak akibat kemalangan ngeri, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang juga pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noornazafiq, 18, maut apabila motosikal ditunggang merempuh belakang lori berhampiran kilometer 270, susur keluar tol Jelapang, Lebuh raya Utara-Selatan, di sini.

Nazmin dan adiknya yang membonceng motosikal dikatakan menyertai konvoi 15 motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang sebelum terbabit dalam kemalangan apabila kenderaan dinaiki merempuh belakang lori.
Pelanggaran itu menyebabkan Noornazmin cedera parah di perut dan kaki sebelum meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dua jam kemudian.

Norhiah yang tiba di bilik mayat HRPB jelas tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui kedua-dua anaknya maut dalam tragedi itu.

Menurutnya, anaknya sempat sembahyang berjemaah awal pagi tadi (semalam) sebelum suaminya turut membaca surah Yasin bagi mendoakan kelancaran perjalanan mereka.

“Saya tak sedap hati dan meminta Noornazmin membatalkan hasrat menyertai konvoi itu. Malah, saya khuatir keselamatannya kerana motosikal ditunggangnya baru dibeli.

“Namun dia bersungguh-sungguh mahu menyertai konvoi itu. Saya sempat menasihatkannya supaya tidak menunggang laju dan sentiasa membaca ayat Kursi sepanjang perjalanan,” katanya sebak.
Menurutnya, dia sempat menghubungi telefon bimbit anaknya sebelum keluar ke pasar dan Noornazmin memberitahu mereka selamat sampai di Putrajaya.

“Paling menyedihkan apabila Noornazafiq yang baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal mendaftar sebagai pelajar di Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ pada Isnin depan,” katanya.

Sementara itu jurucakap polis berkata, pihaknya masih menyiasat punca mangsa dan adiknya melanggar belakang lori kontena.

Difahamkan, motosikal dinaiki dua beradik itu berada di tengah-tengah konvoi sebelum terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Norzri Mohd Nordin, 50-an, dilihat tenang menerima berita buruk itu selain menganggap semua adalah takdir.

Jenazah kedua-dua beradik dikebumikan di Kampung Ramuan Cina Kechil, Melaka semalam.

Angkara jin, syaitan

KUALA LUMPUR: “Voodoo juga adalah jenis sihir. Apa saja jenisnya, walau daripada mana di pelusuk dunia ini, puncanya tetap sama iaitu jin dan syaitan,” kata pakar khidmat runding dan nasihat spiritual, Datuk Engku Ansaruddin Agus, 60, atau lebih dikenali sebagai Pak Engku.
Pak Engku berkata, sama ada si penghantar sihir itu daripada benua Afrika, Eropah atau mana-mana negara sekali pun, mereka tetap bersekongkol dengan jin dan syaitan.

Beliau berkata, cara rawatannya juga adalah sama iaitu berlandaskan al-Quran dan sunnah selain perlu yakin yang menyembuhkan ialah Allah.

“Yang berbeza mungkin daripada segi amalannya. Voodoo dari Afrika berbeza dengan amalan sihir di kalangan masyarakat Melayu.


“Namun kita wajib percaya semua itu angkara jin dan syaitan. Untuk mengubatinya, kita perlu minta pertolongan dan perlindungan daripada Allah dan yakin hanya kuasa Allah mampu menyembuhkan supaya kita tidak syirik,” katanya

Terkejut jumpa mayat



SEREMBAN: Seorang pekerja penyelenggaraan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menyapu sampah terkejut menemui mayat seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek di satu sudut berhampiran tangga di Bazaar Baru MPS, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6 pagi, pekerja berkenaan, Ahmad Azmil Abd Halim, 26, ketika itu mahu memulakan tugas hariannya menyapu sampah sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki yang disangkanya tidur dalam keadaan meniarap.

“Saya menyedari kelibat lelaki itu yang tidur di sudut jam 5.30 petang kelmarin, sebelum selesai melakukan kerja pembersihan.
“Bagaimanapun, saya datang bekerja pagi tadi (semalam), saya terkejut melihat sekujur tubuh terbaring itu tak bergerak, saya sangkakan lelaki itu tidur dan meneruskan kerja seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, beberapa minit kemudian, disebabkan berasa tidak sedap hati, dia nekad menghampirinya.

“Sebaik saya menghampiri dan cuba mengejutkan lelaki itu, saya dapati tubuhnya sejuk dan berbau busuk lalu terus menghubungi polis,” katanya.

Seksi ikut permintaan

KUALA LUMPUR: “Tiada orang tegur pakaian dipakai pengantin itu seksi. Ia lebih kepada rekaan fesyen kebaratan, (adat) ada orang suka dan yang tidak suka,” kata penganjur majlis perkahwinan artis, Ezlynn dengan Adam dan Memey dengan Norman Hakim.
Menurutnya, pandangan negatif dan kritikan di Internet tidak memberi kesan kepadanya.

“Perkara itu tidak menjadi isu. Perkara yang timbul ialah sama ada rekaan pakaian itu cantik atau tidak,” katanya.
Mengulas komen negatif di kalangan pengguna Internet mengenai pakaian pengantin artis terbabit yang dikatakan seksi dan bertentangan dengan adat Melayu, penganjur terbabit berpendapat Internet sering dijadikan medan untuk mengkritik dan jarang ada komen positif.

“Kalau kita hendak dengar kritikan atau pandangan negatif, kita tidak boleh buat perniagaan. Saya lakukan ini daripada sudut perniagaan,” katanya.

Sementara itu, perunding perkahwinan, Othman Abdullah atau lebih dikenali sebagai Man Kajang berkata, dalam mereka pakaian pengantin, seboleh-bolehnya dia menghasilkan rekaan yang tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh dan tidak terlalu seksi.

Menurutnya, pada kebiasaannya majlis yang tidak mengikut adat budaya Melayu dibuat sama ada disebabkan tiada orang tua di dalam majlis berkenaan atau dibuat secara tertutup dengan menjemput saudara mara terdekat atau teman rapat.

Dia yang berpengalaman 22 tahun dalam rekaan pakaian pengantin berkata, setiap individu yang datang untuk menempah pakaian pengantin biasanya mempunyai konsep yang diinginkan dan bergantung kepada tempat majlis diadakan.
“Bagaimanapun, saya tidak mengikut 100 peratus kata pelanggan bagi mengelakkan majlis berkenaan cacat. Sebagai contoh, ada pelanggan membuat tempahan mengikut cita rasa mereka tetapi warna dicadangkan tidak sesuai dengan konsep yang dimahukan, menyebabkan nampak cacamarba.

“Kebiasaannya jika baju pengantin berkenaan mempunyai korset, saya akan tutup dengan selendang atau layah yang sarat bunga supaya bahagian bahu tidak nampak ketara. “Tidak semua pengantin suka pakaian seksi. Saya juga masih menerapkan budaya ketimuran dalam konsep yang diminta pelanggan,” katanya.

Man Kajang berkata, jika bakal pengantin masih mahu menempah baju pengantin yang seksi, perlu ada toleransi.

Murid dirogol

Oleh JUNAIDI LADJANA
djuns@hmetro.com.my

RANAU: Rahsia seorang murid perempuan berusia 12 tahun pulang ke rumah dalam keadaan resah dan tidak terurus pada jam 3 pagi membongkar perbuatan teman lelaki yang merogolnya tiga kali di Kampung Kauluan Kundasang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, murid berkenaan dikatakan bertemu teman lelakinya yang berusia 22 tahun di pekan.

Namun, selepas termakan pujukan, lelaki terbabit membawa mangsa pulang ke rumah sebelum merogolnya tiga kali. Selepas melampias nafsunya, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, jam 3 pagi.
Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke rumah, mangsa disergah bapanya yang hairan melihat keadaan anak gadisnya yang tidak terurus selain pulang awal pagi.

Bapa gadis berkenaan mendesaknya menceritakan apa berlaku tetapi mangsa memberi alasan hanya bertemu rakannya di pekan.

Lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus mendesak sebelum anaknya mengaku melakukan hubungan seks bersama teman lelaki.

Tersentak dengan jawapan itu, bapa mangsa membawa anaknya ke Balai Polis Kundasang untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim, mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan laporan ahli keluarga mangsa, suspek berjaya ditahan di rumahnya.

“Siasatan mendapati suspek merogol gadis ini di rumah dan perbuatan itu terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya,” katanya.

Abdul Rahman berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual sayur kini direman tujuh hari untuk siasatan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment