Malam malang abang pengantin
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
CARI...anggota polis bersama suspek mengesan senjata yang digunakan menyerang mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa, Rudy Saidi, 35, dan tetamu terbabit yang berusia 16 tahun, menyertai majlis menari itu sebelum mangsa terlanggar bahu dengan remaja terbabit.
Insiden jam 8.30 malam itu menyebabkan pertengkaran antara kedua-duanya sebelum remaja terbabit mengeluarkan buku lima lalu menumbuk leher mangsa sebelum dia rebah.
Mangsa yang dibantu tetamu lain meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ranau manakala suspek melarikan diri apabila melihat mangsa tidak sedarkan diri.
Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.
Selera terbuka tengok kaca
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
RATAH...Mohd Zamzuri mengunyah kaca setiap hari sejak berusia belasan tahun.
Lebih mengejutkan, Mohd Zamzuri Bashar, 39, turut meminum racun rumpai selepas menikmati makanan, malah mendakwa tidak pernah menghadapi masalah kesihatan akibat semua tabiat anehnya itu.
Bertugas sebagai juruteknik di sebuah agensi kerajaan, Mohd Zamzuri berkata, semuanya bermula secara spontan ketika dia masih bersekolah dan berkenalan dengan seorang ustaz dan mendalami ilmu ‘jati diri’.
Katanya, mulanya terasa janggal hendak menggigit kaca, namun lama kelamaan perasaan itu dapat dikikis tanpa dorongan sesiapa.
“Semuanya bermula apabila saya didatangi seorang ustaz mencadangkan saya yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan harian.
“Nasihat ustaz terbabit amat menyentuh hati kerana setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sentiasa beramal dengan al-Quran supaya kita tidak sesat,” katanya.
Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu ‘jati diri’, keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca.
“Pada satu pagi ketika bersiap ke sekolah, saya tergigit gelas dan pecah kemudian secara spontan saya kunyah serpihan gelas itu seperti mengunyah kacang goreng.
Beliau yang kini mengamalkan perubatan dan rawatan Islam berkata, selepas beberapa tahun berlalu amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya dan berterusan sehinggalah sekarang.
“Dalam rawatan secara Islam amalan makan kaca dapat kurangkan kesan santau lebih-lebih lagi yang dibuat melalui cara halus seperti sihir atau ilmu hitam,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, perbuatan memakan kaca bergantung pada keadaan tubuh badan individu itu sendiri.
“Jika ia bersesuaian rasanya tidak salah asalkan kena dengan tekniknya dan mestilah yakin dalam mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan seharian supaya tidak jatuh khurafat.
“Makan kaca adalah amalan bagi menghindari santau dan dimakan secara suka-suka oleh individu tertentu asalkan tidak bertentangan dengan Islam,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan.
Korban air terjun
Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
LOKASI KEJADIAN...orang ramai melihat pasukan penyelamat mengangkat jenazah mangsa.
ANGKAT...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa lemas di Air Terjun Sekayu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mayat Mohamad Azrul dari Kampung Paya Guchil, Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu dan Muhammad Hanif dari Kampung Tanjung Jaafar, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu, ditemui kira-kira dua meter dari lokasi mereka dilaporkan tenggelam.
Sebelum kejadian malang itu, kedua-dua mangsa bersama enam lagi rakan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini datang ke kawasan perkelahan itu dari Kuala Terengganu sempena cuti persekolahan dengan menaiki enam motosikal.
Difahamkan, kedua-dua mangsa dikatakan begitu teruja untuk ke kawasan perkelahan berkenaan walaupun beberapa rakan mahu membatalkan perkelahan kerana ada yang tidak turut serta.
Mohd Maidin yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, dia sempat berbual dengan anak sulungnya itu ketika mereka sedang memotong daging yang ditempah.
Terbayang detik ajal
Oleh Ahmad Saufi Mansor
opie@hmetro.com.my
opie@hmetro.com.my
Begitu kata nelayan, Mohd Akimi Abd Rahim, 31, ketika menceritakan semula detik mencemaskan apabila bot pukat tunda bilis yang dinaikinya bersama 24 nelayan lain terbakar ketika dalam perjalanan untuk memukat ikan bilis berhampiran Pulau Payar.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika bot berkenaan berada di perairan Yan dekat Tanjung Dawai, di sini, iaitu kira-kira empat batu nautika dari pantai apabila bahagian enjin didakwa dijilat api sehingga menyebabkan bot berkenaan musnah sama sekali.
Mohd Akimi berkata, sebelum kejadian dia sedang berbual bersama beberapa rakan lain di dalam bot ketika itu dalam perjalanan ke lokasi tangkapan.
Menurutnya, secara tiba-tiba dia bersama rakannya ternampak kepulan asap keluar dari bahagian enjin menyebabkannya tidak boleh bernafas lalu bertindak segera berlari untuk menyelamatkan diri dengan naik di bahagian atas bot.
Kakak maut tercampak motor adik
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, Nurul Diyana Mohd Hatta, 24, dari Pekan, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Adik mangsa, Mohd Faizul Naim Mohd Hatta, 19, yang cedera di tangan kiri, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, dengan ambulans.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian dua beradik itu dalam perjalanan ke Kuantan dari Pekan.
Bagaimanapun, menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian motosikal ditunggang Mohd Faizul hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan di tepi jalan.
Katanya, akibat rempuhan itu, dua beradik terbabit tercampak ke atas jalan mengakibatkan Nurul Diyana parah di kepala dan maut di tempat kejadian.
“Mohd Faizul dibantu kakitangan HTAA sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan untuk rawatan akibat cedera di tangan kiri,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, mayat Nurul Diyana dihantar ke Rumah Mayat HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Pekan bagi dikebumikan petang kelmarin.
Mohd Jasmani berkata, pemandu kenderaan terbabit berusia 40-an sudah tampil di Balai Trafik Kuantan dan direkodkan keterangannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat ‘puteri’ di terminal
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 8 malam dan mangsa dikenali sebagai Princess Linda, 39, dari Nigeria.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, orang ramai yang menemui mayat itu bertindak menghubungi polis.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dihantar ke Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat.
Katanya, hasil bedah siasat kemudiannya mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Polis menafikan mangsa meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah biarpun mangsa pada mulanya dipercayai meninggal dunia akibat memasukkan dadah dalam badan,” katanya.
Gan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti kejadian sebenar dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Menurutnya, polis juga sedang mendapatkan maklumat bagi mengetahui sama ada mangsa baru tiba ke negeri ini sebelum ditemui mati.
Sihir boleh makan tuan
Pengasas Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim al-Azhari berkata, kebiasaannya terdapat empat faktor sihir jenis itu digunakan iaitu disebabkan kenakalan suami, isteri terlalu cemburu, dendam kerana individu disukai berkahwin dengan orang lain dan mahu memecah-belah rumah tangga orang lain disebabkan dengki.
“Kesan daripada menggunakan sihir jenis ini yang juga dikenali sebagai sihir ‘ribath’ atau pengikat nafsu, Allah akan mencabut tanda soleh pada dirinya dan ia berkemungkinan boleh berpatah balik kepada individu terbabit,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas muka depan akhbar ini Sabtu lalu mengenai beberapa lelaki hilang nafsu dipercayai terkena sihir ‘kunci nafsu’ oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.
Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.
Kak Mas berkata, lelaki yang berdepan masalah berkenaan ialah suami yang berkahwin lebih daripada satu dan lelaki yang sudah beristeri, tetapi menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Abdul Malek berkata, sihir itu bukan saja boleh dikenakan ke atas lelaki, malah wanita turut menjadi mangsa.
Gadis pelik lepas hilang
Ibunya, Sri Astutik, 43, berkata, Yenny kembali ke rumah pada jam 2 petang, 1 Jun lalu, tetapi sebaik tiba di rumah, Yenny seolah-olah diserang histeria kerana menjerit-jerit dari petang hingga malam.
“Kami memanggil seorang ustaz untuk mengubatnya dan ustaz berkenaan meninggalkan bunga yang sepatutnya diletakkan dalam bilik Yenny, tetapi bunga itu habis dimakannya,” katanya di sini, semalam.
Menurut Astutik, Yenny dihantar ke sebuah pusat perubatan sebelum ustaz sama datang untuk mengubatinya.
Astutik berkata, sejak diubat kali kedua, Yenny mulai sedar. “Kami terkejut dengan kepulangan Yenny dan lebih mengejutkan, dia masih memakai pakaian sama ketika keluar rumah, tetapi berat badannya menyusut,” katanya.
Menurut Astutik, keluarganya belum bertanyakan lebih lanjut kepada Yenny mengapa dia keluar dari rumah kerana bimbang ia menimbulkan tekanan kepada remaja itu.
“Yenny dihantar seseorang pulang ke rumah namun hingga kini, kami tidak tahu siapa orang itu.
“Selepas sedar, Yenny memaklumkan motosikal Honda EX5 berwarna hitam bernombor pendaftaran JHB 835 yang ditunggangnya ditinggalkan di tepi sebuah hotel di Stulang dan polis mengesahkan perkara berkenaan,” katanya.
Dalam kejadian itu, Yenny menghantar SMS dan meminta kebenaran Astutik untuk menghadiri kelas latihan tarian berhampiran rumah mereka sebelum menghilangkan diri.
Lari ikut lelaki kenal 3 hari
Nurul Shafikah Anuar, dipercayai menghilangkan diri selepas mengenali lelaki itu yang sering menjemput dan mengambilnya pulang selepas bekerja dan masih gagal dikesan sehingga kini.
Bapa tiri mangsa, Azraai Mohd Isa, 37, berkata Nurul Shafikah yang mesra disapa ‘kakak’ tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja di sebuah salun, jam 10 malam, pada 4 Mei lalu.
“Pada hari kejadian, majikannya menelefon saya supaya datang mengambil Nurul Shafikah kerana dia tidak dapat menghantarnya pulang atas urusan lain sebelum saya datang menjemputnya kira-kira jam 10.15 malam.
“Sebaik tiba di salun itu saya dapati tiada sesiapa di kawasan itu sebelum berpatah balik untuk menyambung kerja sebagai pembantu di kedai makan rakan.
“Saya sangka dia sudah balik ke rumah dihantar rakan sekerja, tetapi sebaik tiba di rumah, isteri saya, Suzalita Udari, 41, hairan dan bertanya mengapa saya tidak menjemput anak balik,” katanya di sini semalam.
Azraai berkata, dia yang bimbang kemudian keluar bersama isteri mencari anaknya di sekitar pekan Alor Gajah, tetapi tidak berjaya.
“Saya percaya Nurul tidur di rumah rakan kerana sebelum ini dia pernah dua hari tidak balik dan tidur di rumah seorang rakannya berdekatan rumah kami.
Katanya, mereka berusaha mencari Nurul Shafikah di merata tempat sebelum diberitahu rakan anaknya itu yang melihat Nurul mengikut seorang lelaki menaiki kereta Perodua Kancil namun tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta itu.
“Rakannya nampak dia menaiki kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki, tetapi tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta itu yang dipandu laju.
“Saya juga diberitahu anak saya ada meminta nombor telefon seorang pelanggan lelaki yang berkunjung ke tempat kerjanya tiga hari sebelum dia menghilangkan diri.
“Saya minta lelaki yang membawa lari anak saya supaya menghantar semula kepada keluarganya. Malah, jika dia berniat ‘berniat baik’ pada anak saya, saya sedia berbincang mengenainya,” katanya.
Menurut Azraai, ada rakannya mendakwa terserempak anaknya itu kira-kira dua minggu lalu di sekitar bandar Melaka bersama dua rakan perempuan serta tiga lelaki tetapi tidak sempat menyapanya.
“Rakan saya kenal dengan anak saya itu tetapi tidak menyangka dia lari dari rumah. Katanya, anak gadisnya itu mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berkulit hitam manis, mempunyai lekuk pada dagu dan berambut perang paras bahu dipercayai keluar memakai seluar jeans kelabu.
Menurutnya, sesiapa mengenali anaknya diminta hubungi balai polis berdekatan atau menghubunginya di talian 017-2396861.
Pemandu panik rempuh tiga kereta
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, mangsa yang berusia lewat 20-an itu terbabit dalam kemalangan berhampiran Jalan Sultan Iskandar dekat Balai Polis Pekan Baru di sini. Seorang saksi kejadian, Lee Chee Keong, 28, berkata, kejadian berlaku apabila kereta model Perodua Alza yang dipandu mangsa tiba-tiba melanggar Perodua Kenari, Perodua Myvi dan Toyota Estima yang diletakkan di tepi jalan berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang dipercayai panik dan hilang kawalan kemudian terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tiga kenderaan itu.
“Selepas merempuh Perodua Kenari, kereta mangsa kemudiannya merempuh dua lagi kenderaan Perodua Myvi dan Toyota Estima yang turut diletakkan di tepi laluan utama itu,” katanya.
Kemalangan yang berlaku sekelip mata itu menyebabkan lalu lintas sesak sehingga dua kilometer berhampiran tempat kejadian.
Mat Afrika parah lagi
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
Lelaki berusia 20-an itu ditemui polis yang melakukan rondaan dalam sebuah kereta dinaiki dua lelaki tempatan dalam keadaan kedua-dua tangan berikat dan kepala berdarah di Lebuhraya Cheras-Kajang menghala ke Cheras Perdana.
Sumber berkata, penduduk menahan lelaki berkenaan dan dipercayai mahu dibawa ke balai polis selepas menyedari pergaduhan itu mendatangkan kecederaan dan gagal dikawal.
Difahamkan, sebelum kejadian, penduduk terdengar bunyi bising berhampiran tempat letak kereta sebuah apartmen sebelum ternampak dua lelaki Afrika bergaduh dan membuat kecoh.
Menurut sumber, berang dengan tindakan mereka, beberapa penduduk memberi amaran sebelum tercetus pergaduhan antara mereka menyebabkan lelaki Afrika itu dibelasah.
No comments:
Post a Comment