Friday, October 9, 2009

ibubapa pening dan penik


Ibubapa pening bila cinta anak tidak boleh dinasihat lagi...kerana sudah berkenan dan itulah pilihan hati..walaupun pilihan hati tak bekerja ,tak solat dan mungkin penagih dadah...macam dah tak boleh buat apa2...dah tak dapat dilarang atau dibantah kehendaknya

....lebih malang lagi kalau anak kita telah ditenggek berkali2...mau tak mahu kawinlah...ni akibat kalau anak tersalah didik...kadang2 dah didik dengan betul siap kawalan yang ketat,pun terkena juga....ni bermakna tak betul lagi didik,tak kuat lagi kawalan atau doa masih tak cukup...atau kita sendiri tak penduli agama,tak bantu agama maka Allah swt juga tak jaga dan bantu kita.

Mahu tak mahu kita terpaksa akur bahawa alam sekeliling yang membiarkan hidup bebas dan pergaulan bebas...hingga duk berlonggok2 lelaki perempuan kita tak kisah...remaja tak kawin lagi bebas berpegangan tangan dan berpeluk2 dikhalayak ramai...dibelakang mungkin mereka beromen dan berzina....tiada tangkapan dibuat..macam tak menyalahi hukum syarak....hukum 100 rotan untuk orang berzina belum kawin(tak muhsan)tak dijalankan rejam bagi orang dah berkawin(muhsan) juga tak dilaksanakan...Jadi,tidak ada yang menakutkan bagi penzina2.

..Hukum Allah swt diragui dan diabaikan..maka tanggunglah anak2 yang dizina dan menzina...suami berzina dan isteri berzina serta berlakunya sumbang muhram....mana ulamak2 dan mufti2 ..apa peranannya...jawab sendiri dan jawablah apabila dibangkitkan semula...dihadapan Allah swt...hukum sekarang mudah dijalankan sebab zina telah dirakam dan setengahnya jelas mukanya dan tempat...adakah perlu saksi 4 orang yang adil...dan bagaimana yang mengaku...dan melahirkan anak luar nikah...dan memberitahu sapa yang telah menyetubuhinya...apa lagi alasan yang diberi....saya pun tak tahu...memang kita ni degil dan tak takut pada Allah dan tak percaya janji Allah...kadang2 terfikir gak ...orang awam tak faham agama sebab ahli2 agama tak terang dengan jelas kerana menjaga kepentingan peribadi dan wang.

Wang lebih besar dari taat kepada Allah swt...Kalau dulu kita lihat ahli2 agama hidup daif,miskin atau ala kadar atau pun sederhana tetapi sekarang kaya raya serta mewah....dengan alasan kaya dan berkelulusan tinggi orang akan hormat dan dengar cakap kita....sebenar tidak...yang memahamkan ilmu yang kita ajar ialah Allah swt....yang penting kita ada nur atau aura hasil daripada ibadah yang banyak...rapatnya dengan Allah serta taqwa,banyak mujahadah bukan banyak menadah wang pemberian ratusan ringgit dan ribuan ringgit...dari yang memanggil kita berceramah...sepatutnya ahli2 agama ni tidak merokok dan tidak bergelomang dengan riba(bukan semua)....serta hidup terlalu mewah...menunjuk2 kekayaan memiliki kereta mewah serta rumah ratusan ribu atau jutaan ringgit(juga bukan semua)...

Kan elok wang yang bagi kepada fakir miskin atau anak2 yatim,mualaf2 yang daif dll.Jangan cakap pandai,berapi2 suruh orang taat,kuat beragama....dll...sedangkan diri yang bercakap tak boleh buat contoh....payah juga kita bercakap atau bercerita orang faham sebenarnya tapi tak mahu berubah sebab dah biasa mewah dan menunjuk2...manusia kita boleh nafi dengan berkata bla2 bla2...bagaimana dengan Allah swt nanti....




DARI FB


Usin Wafer's Photos - Altantunya Koleksi

Photo 30 of 30   Back to Album · Usin's Photos · Usin's Profile

usinkata;..Ramai yg taw dan ramai juga yg xtaw..laa aku nk bgtaw ..sapa2 nak taw bole baca...xmau taw bole abaikan..huhuhuhu..ini bukan cerita yg mengghairahkan huhuhu..xbest pon..huhuhu

aku kasi tajuk baru..huhuhu..

LIM GUAN ENG : Sebelum INTERNET lahir di Malaysia..

Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."

"Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994."

"Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya."

"Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995."
"Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen

Lim Guan Eng semasa ditangkap
Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen."
Lim dipenjara

"Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya."

"Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-"

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."

"Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik."

"Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas."

"Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan."

"Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami."

"Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya."



Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin

No comments:

Post a Comment