Thursday, April 8, 2010

WASPADALAH....INI AKHIR ZAMAN

NEGARA

Disimbah asid kerana nafsu suami


KEADAAN wanita yang disimbah cuka getah ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.

KUANTAN - Gara-gara isteri enggan mengadakan hubungan seks, seorang suami yang dipercayai tahi judi naik berang sehingga sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isterinya menyebabkan wanita itu cedera parah dalam kejadian di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 2 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sampai ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

"Suspek yang bekerja sebagai peneroka itu pulang dalam keadaan marah-marah. Dia terus masuk bilik tidur sebelum mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin.

"Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Zulkifli, tindakan si isteri itu menyebabkan suaminya secara tiba-tiba naik angin lalu mengambil cuka getah yang diletakkan di dalam botol di luar rumah.

"Suspek masuk semula ke dalam rumah lalu menyimbah cuka getah itu ke arah muka dan badan mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat.

"Tindakan suspek itu menyebabkan isterinya melecur teruk," kata beliau.

Zulkifli memberitahu, dua orang anak pasangan itu berusia belasan tahun yang turut berada di rumah semasa kejadian terus mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan.




Ahli MPAJ didakwa sebar gambar bogel


IZZUDDIN


KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga tuduhan termasuk mengugut dan menyebarkan lima gambar bogel seorang setiausaha.

Izzuddin Che Din, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Izzuddin didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel Zainoriah Din, 41, melalui satu panggilan telefon kepada mangsa pada pukul 1.23 pagi, 14 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Segar, Cheras di sini.

Dia juga didakwa melakukan perbuatan yang serupa terhadap mangsa tersebut pada pukul 6.11 petang, di tempat yang sama sehari selepas kejadian pertama.






Replika masjid dijadikan sasaran menembak


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail semalam menunjukkan replika masjid yang digunakan di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara, Britain.

BELLERBY - Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.

Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan 'simbol bahaya' bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.

"Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.

"Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.

Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. - Agensi


Woods ada skandal dengan anak jiran


COUDRIET


TAMPA, Amerika Syarikat (AS) - Raychel Coudriet yang merupakan anak perempuan jiran bintang golf terkenal, Tiger Woods membuat pengakuan bahawa mereka pernah menjalin hubungan seks bersama-sama, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar itu yang memetik laporan majalah AS, National Enquirer, Coudriet yang kini berumur 22 tahun berasmara dengan Woods selepas mereka berkenalan semasa dia berusia 14 tahun.

"Dia amat menyukai Woods. Mereka bertukar-tukar nombor telefon dan Woods mula menghantar mesej khidmat pesanan ringkas kepadanya," kata sumber.

Selepas saling mengenali antara satu sama lain, Woods, 34, berasmara dengan Coudriet di dalam kenderaan utiliti sukan Ford Escalade milik bintang golf itu, cuma beberapa meter dari rumahnya di Isleworth, Florida.

Dia kemudian membawa gadis itu ke pejabatnya supaya mereka dapat berasmara tanpa sebarang gangguan pada tahun lalu.

"Mereka mengadakan hubungan seks selama beberapa jam di hadapan katil bayi anak-anak Woods," jelas sumber.

"Coudriet berasa bersalah kerana menjalin hubungan dengan suami orang tetapi tidak menolak rayuan Woods," tambahnya.

Dia dilaporkan memberitahu rakan-rakan bahawa Woods tidak menggunakan kondom semasa mereka melakukan hubungan seks.

Menurut sumber, Coudriet memberitahunya dia berasa marah apabila mendapati ramai wanita tampil dengan pengakuan terbuka bahawa mereka pernah tidur dengan Woods. - Agensi



Pasangan berzina ditelanjangkan di Aceh

BANDA ACEH - Satu pasangan Indonesia yang ditangkap kerana melakukan persetubuhan di luar nikah diarak dalam keadaan berbogel di sebuah kampung sebelum dibelasah penduduk yang marah dan kini berdepan dihukum rotan, kata seorang pegawai pemerintah semalam.

Pasangan itu yang dikenali sebagai Bus, guru berusia 36 tahun dan pasangannya, Yus, 28, seorang suri rumah ditangkap kelmarin kerana didapati berzina di Aceh yang melaksanakan hukum Syariah.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita tersebut dan mendapati pasangan itu tinggal bersama sebelum membawa mereka keluar sebelum diarak dalam keadaan bogel," kata seorang pegawai polis syariah daerah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

Pasangan tersebut kemudian diikat di sebuah pondok pengawal dan penduduk yang amat marah kemudian bertindak memukul kedua-dua mereka itu dengan batang kayu dan tangan sehingga hampir nazak.

Teuku Abdurrazak berkata, jika pihak polis lambat tiba, pasangan tersebut kemungkinan akan mati dan bakal dirotan sebanyak sembilan kali. - AFP


Nenek enggan tanduk dipotong


GAMBAR menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang.

BEIJING - Seorang wanita China berusia 101 tahun, Zhang Ruifang enggan membuang tanduk yang tumbuh di dahi kirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang menetap di Linlou, wilayah Henan, mula menyedari mempunyai tanduk pertama pada tahun lalu yang kini sepanjang enam sentimeter.

Beberapa doktor tempatan pula mengesahkan satu lagi tanduk di dahi kanannya akan muncul.

"Ada juga doktor yang mendakwa mereka boleh memotong tanduk itu secara percuma namun saya enggan berbuat demikian kerana yakin akan ada satu lagi tanduk baru akan tumbuh," kata Ruifang.

Wanita itu juga menolak tawaran bagi membuang kedua-dua tanduk kerana dia kini mula berasa gembira apabila dikunjungi ramai orang yang datang melawat ke rumahnya dengan membawa bersama makanan, hadiah dan mahu bergambar dengannya.



Buka rahsia diperkosa

Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my
2010/04/09

AMPANG: Seorang remaja pernah menjadi mangsa rogol bapa saudaranya sendiri ketika berusia 10 tahun. Namun kerana usia masih mentah, mangsa hanya berdiam diri dan menyimpan ‘rahsia’ berkenaan daripada pengetahuan ahli keluarga.

Bagaimanapun, selepas dua tahun memendam rahsia itu, dia akhirnya menceritakan segala kejadian kepada bapa kandungnya.


Tindakan itu bukan mendapat simpati bapanya, sebaliknya dia dipandang jijik dan sejak itu menjadi mangsa penderaan bapa kandungnya itu. Malah, dalam laporan yang dibuatnya, dia turut mendakwa pernah dirantai bapa kandung hingga membuatkan dia tertekan sebelum nekad melarikan diri.


Menurut sumber, mangsa yang kini berusia 17 tahun dan bekerja sebagai jurujual itu menempuh pengalaman hitam pada 2003 selepas dia dijadikan habuan pemuas nafsu bapa saudaranya.


“Selepas seminggu dirogol, bapa saudaranya itu kemudian lesap dipercayai melarikan diri kerana risau mangsa mendedahkan rahsia terbabit.


“Bagaimanapun, mangsa yang masih tidak dapat menilai perbuatan terkutuk itu hanya mampu memendam rahsia dan sejak itu dia menjadi pendiam,” katanya.

Sumber terbabit berkata, dua tahun selepas kejadian malang itu, mangsa akhirnya mula mengetahui yang perbuatan dilakukan bapa saudaranya itu adalah satu kesalahan.


“Sejak itu, remaja berkenaan mula menjadi murung sebelum dia mengambil keputusan melarikan diri dari rumah kerana terlalu tertekan dengan kejadian terbabit.


“Bapanya kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan remaja terbabit sebelum dia ditemui semula di Kepong,” katanya.


Menurutnya, ketika itu, remaja berkenaan menceritakan segala kejadian yang menimpa dirinya dan memberitahu yang dia melarikan diri keluar dari rumah kerana terlalu tertekan.


“Selepas menceritakan kejadian terbabit, bapanya seolah-olah langsung tidak mempedulikan perbuatan durjana yang dilakukan adik lelakinya itu.

“Malah, bapa remaja itu hanya berdiam diri dan langsung tidak mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu memperbesarkan kes berkenaan,” katanya.


Menurut sumber terbabit, remaja berkenaan kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Keramat dan sejak itu dia mendakwa mula menjadi mangsa penderaan bapanya.


“Remaja berkenaan memberitahu yang dia kerap dimaki dan didera secara fizikal dan mental oleh bapanya tanpa sebarang sebab.


“Malah, dia pernah dirantai bapanya hingga membuatkan mangsa mengalami tekanan perasaan,” katanya.


Sumber berkata, selepas tidak tertahan dengan segala bentuk penderaan bapanya, mangsa nekad melarikan diri Februari lalu.


“Selepas sekian lama memendam perasaan selain mahukan pembelaan, remaja berkenaan membuat satu laporan polis Jumaat lalu bagi mendapat pembelaan terhadap dirinya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan remaja terbabit dan masih menjalankan siasatan.



Fikir sejenak sebelum berasmara: Bristol



2010/04/09

WASHINGTON: Anak perempuan calon naib presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin, yang melahirkan bayi ketika baru berusia 18 tahun menggesa remaja berfikir dua kali sebelum mengadakan hubungan seks.

Bristol Palin, 19, sebelum ini pernah berkata, adalah tidak realistik menuntut remaja menjauhi seks.


Kini, Bristol menggunakan pengaruh nama keluarganya untuk berkempen ke atas remaja AS supaya ‘berfikir sejenak sebelum berasmara’.


Dalam kenyataan umum terbarunya semalam, Bristol mengakui kedudukannya sebagai ahli keluarga Sarah menjadikan masalah kehamilannya jauh lebih mudah berbanding remaja lain.


“Apa jadi jika saya bukan dari keluarga terkenal? Bagaimana jika saya tidak mendapat sokongan mereka? “Percayalah, ia tidak semudah itu,” katanya yang muncul dalam iklan berkenaan bersama anak lelakinya, Tripp.


Promosi itu dijadual mula ditayangkan kepada umum Mei ini sempena Bulan Pencegahan Kehamilan Remaja Kebangsaan.


Iklan bercetak dan televisyen itu diterbitkan Yayasan Candie’s.


Tahun lalu, Bristol dinamakan sebagai duta yayasan berkenaan.


Bristol turut bercerita mengenai perubahan hidupnya serta pelbagai kesukaran sejak melahirkan anak.


“Saya yakin orang ramai perlu mula bercakap mengenai kesan kehamilan remaja.


“Menjadi ibu tunggal memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan. Ia amat sukar dan remaja perlu memahami realiti menjadi ibu bapa pada usia muda,” katanya. - AFP.






Budak perempuan 12 tahun maut 3 hari selepas kahwin



2010/04/09

HAJJA (Yaman): Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas dinikahkan dengan lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan aktivis hak asasi manusia, semalam.

Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan.


Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak.


Katanya, Elham dikahwinkan melalui ‘pernikahan tukar’.


“Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin, sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang Elham,” katanya.


Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang lazim di Yaman. - Agensi



Tiga tong ‘ayam lemas’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/09

KUALA LUMPUR: Meloyakan dan tidak sepatutnya berlaku apabila ada segelintir peniaga ayam tempatan bertindak menjual ‘ayam lemas’ kepada pelanggan Islam walaupun menyedari ia meragukan dan boleh dianggap sebagai bangkai.

Kewujudan ayam lemas itu didedahkan berikutan penemuan tiga tong penuh berisi air yang digunakan peniaga ayam untuk melemaskan ratusan ayam dalam satu pemeriksaan mengejut di Pasar Sentul di sini, awal pagi semalam.


Lebih menjijikkan apabila peniaga turut sengaja mencampakkan puluhan ayam yang baru disembelih ke lantai berlumut sebelum dijual kepada orang ramai.


Tindakan yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di pasar berkenaan.


Sumber berkata, operasi bermula jam 4 pagi itu disasarkan ke kawasan pasar terbabit bagi menilai tugas penyembelihan ayam selain memastikan ia mengikut hukum syarak serta halal sebelum dijual kepada pengguna Islam.


“Dalam operasi itu, empat premis sembelihan ayam di pasar terbabit diperiksa, tetapi tiga daripada premis berkenaan tidak menjalankan perniagaan seolah-olah mengetahui lebih awal kehadiran pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas premis yang menjalankan perniagaan itu agak mengejutkan apabila mendapati kebanyakan ayam yang disembelih terus dimasukkan ke dalam tong berisi air,” katanya.


Menurutnya, tindakan memasukkan terus ayam yang baru disembelih ke dalam tong berisi air bersama puluhan ayam lain mencetuskan tanda tanya sama ada ayam terbabit mati akibat disembelih mengikut hukum syarak atau mati akibat terhimpit dan lemas. “Tong berisi air terbabit berisi ratusan ayam yang semuanya dalam keadaan terendam dan mati berhimpit antara satu sama lain. Keadaan ini jelas menimbulkan isu ‘syubahah’ atau curiga sama ada ia halal dimakan atau sebaliknya.


“Walaupun semua ayam terbabit disembelih dan putus urat leher mengikut hukum syarak, cara ia mati dianggap boleh menyebabkan ia dianggap sebagai bangkai. Mengikut hukum syarak, ayam sebegini yang tidak mati akibat sembelihan haram dimakan umat Islam,” katanya.


Selain itu, keadaan tempat penyembelihan yang kotor dan ayam sembelihan yang diletak berteraburan di atas lantai berlumut turut menimbulkan keadaan jijik.


Berikutan beberapa isu meragukan itu, pegawai Jakim menyoal siasat pemilik premis penyembelihan ayam terbabit sebelum lelaki berusia 40-an itu diberikan tazkirah berhubung kaedah penyembelihan sewajarnya.




Bayar RM50 saja bos

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/09

KUALA LUMPUR: “Bayar RM50 saja bos...dalam bilik hotel semua percuma,”pujuk seorang ‘bapa ayam’ sambil menunjukkan tiga pelacur tempatan yang berpura-pura menjamu selera berhampiran sebuah restoran di Brickfields di sini.

Warga emas tempatan berusia 60-an itu turut bertindak agresif apabila menarik tangan orang ramai melanggan wanita murahan disediakan.


Namun berbeza dengan dahulu, kebanyakan ‘bapa ayam’ terpaksa berkeliaran di kaki lima kedai selepas rumah pelacuran di kawasan itu digempur polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari semasa ke semasa.


Ini menyebabkan kumpulan ‘bapa ayam’ yang tertekan kini mengubah kaedah pemasaran dengan keluar mencari pelanggan di kawasan terbuka.


Wartawan Harian Metro yang menyamar bersama jurugambar selama empat jam semalam, mendapati kebanyakan ‘bapa ayam’ warga tempatan berkenaan mula aktif seawal jam 9 pagi.


Berbanding cara lama lebih tersorok dengan pelacur diletakkan dalam bilik khas untuk dipilih pelanggan, mereka kini lebih berani apabila sengaja memperagakan pelacur di kaki lima jalan.

Apa yang perlu hanya beberapa kerusi dan meja sebelum pelacur terbabit duduk dan berpura-pura bagaikan berehat sambil menjamu selera.


Wartawan yang melalui jalan berkenaan ditahan seorang bapa ayam yang memakai seluar pendek sambil menawarkan wanita sebagai ‘teman’.


Tanpa segan silu, lelaki itu memujuk mengambil tiga pelacur berusia 30-an yang berselindung di belakang sebuah kedai kopi.


“Ini perempuan baru mari...tak mahal! You bayar RM50 sahaja,” kata lelaki berkenaan sambil menunjukkan jari ke arah deretan wanita berkenaan.


Apabila ditanya berhubung harga yang agak mahal, lelaki itu memberitahu perkhidmatan berkenaan terpaksa dinaikkan berikutan ia dicampur dengan kos sewa bilik hotel berhampiran.






Eropah terus ‘ditakluk’ debu



2010/04/19

REYKJAVIK: Gegaran kuat dari gunung berapi di Iceland yang setakat ini menyebabkan ribuan orang terkandas di lapangan terbang di seluruh dunia menggemparkan penduduk negara itu, semalam.

Debu dari gunung berapi itu pula terus memenuhi ruang angkasa dan bergerak ke tenggara menuju Eropah dan menjauhi Reykjavik dan kawasan lain yang memiliki kepadatan penduduk lebih tinggi.


Bagaimanapun, keadaan itu memaksa petani dan penternak tidak dapat keluar kerana debu berkenaan menghujani kawasan sekitar.


Pejabat Meteorologi Iceland berkata, gegaran dari gunung berapi itu semakin kerap dan kuat berbanding kelmarin, tetapi jumlah kadar wap panas dan debu dilepaskan menyusut kepada 4 atau 5 kilometer di udara berbanding 11 kilometer awal minggu lalu.


Pakar geofizik, Einar Kjartansson, berkata mereka keliru kerana isyarat dari gunung itu tidak menentu.


“Kadang-kadang ada petanda letusan akan menurun tetapi pada ketika lain ia menunjukkan keadaan sebaliknya,” katanya.


Kjartansson berkata, setakat ini gunung berapi berkenaan mencairkan kira-kira 10 peratus glasier, namun, ia tidak bermakna Eropah boleh menarik nafas lega.


“Glasier di gunung itu setebal kira-kira 200 meter dan jauh lebih nipis berbanding keadaan di gunung berapi yang pernah meletus sebelum ini.


“Ia mungkin menyebabkan lebih banyak debu terhasil,” katanya. - Reuters



Ladang seks dengan haiwan



2010/04/19

SEATTLE: Seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana menyeludup kokain ditangkap semalam selepas disyaki menguruskan ladang ternakan yang membolehkan pelawat mengadakan seks dengan binatang.

Douglas Spink ditangkap di ladangnya berhampiran sempadan Kanada bersama-sama seorang pelancong Britain yang dituduh mengadakan seks dengan tiga anjing.


Berpuluh-puluh anjing, kuda dan tikus peliharaan dirampas bersama-sama beribu-ribu gambar manusia melakukan seks dengan haiwan.


Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ladang berkenaan turut dikunjungi pelancong lain.


Bagaiamanapaun, Penolong Pendakwa Raya, Susan Roe berkata, dia percaya ada pelawat lain yang datang sebelum ini.


Spink belum didakwa atas tuduhan melakukan seks dengan binatang buat masa ini.


Dia kini ditahan kerana melanggar syarat pembebasannya.


Syerif Whatcom County, Bill Elfo berkata, ejen yang menyerbu kediaman Spink menemui video yang menunjukkan pelancong Britain, Stephen Clarke mengadakan seks dengan anjing. Dia dituduh melakukan kekejaman terhadap haiwan dan dihadapkan ke mahkamah Whatcom County.


Pihak berkuasa menyerbu ladang Spink selepas menerima aduan daripada pejabat seorang peguam di Tennesse yang sering menerima panggilan telefon daripada lelaki itu mengenai satu kes seks dengan binatang.

Suspek dalam kes itu, James Michael Tait sebelum ini mengaku membuat rakaman video mengenai seorang lelaki mengadakan seks dengan seekor kuda di negeri Washington pada 2005. - AP.












No comments:

Post a Comment