Saturday, May 29, 2010

BILA HUKUM YANG ADA TAK MENAKUTKAN LAGI....SEDANGKAN HUKUM ALLAH DIPANDANG TAK SESUAI LAGI

Teksi dua setan

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

2010/05/29

KUALA LUMPUR: Seorang abang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan adik perempuannya daripada dicabul seorang individu dalam sebuah teksi selepas dia diugut dengan senjata tajam jika melawan, semalam.

TUMPAS...kedua-dua suspek yang ditahan.
TUMPAS...kedua-dua suspek yang ditahan.
Tidak cukup dengan itu, mangsa juga dijadikan tebusan hampir sejam kerana gagal membayar wang diminta kedua-dua suspek didalangi pemandu teksi terbabit sebelum diselamatkan sekumpulan anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan.


Kejadian bermula kira-kira jam 9 pagi semalam, apabila kedua-dua beradik terbabit menahan sebuah teksi di ibu kota sebelum memberitahu pemandunya untuk ke sebuah pasar raya berhampiran kawasan berkenaan.


Menurut sumber, sebaik memasuki teksi itu, ‘pemandu teksi setan’ berusia lewat 30-an terbabit mengunci kenderaannya sebelum memecut meninggalkan kawasan berkenaan.


Selepas lebih 10 minit perjalanan, kedua-dua mangsa mempersoalkan tindakan pemandu teksi itu yang membawa mereka bukan ke destinasi diminta.


Sumber berkata, pemandu teksi itu dengan bersahaja mendakwa terpaksa mengambil lagi seorang pelanggannya dan berjanji akan menghantar mereka ke pasar raya berkenaan selepas menjemputnya.


“Pemandu teksi itu melalui lebuh raya menuju Klang, sebelum berhenti di bahu jalan menjemput ‘pelanggannya’,” katanya.


Difahamkan, pelanggan yang dikatakan pemandu teksi terbabit adalah rakannya yang sudah melakukan kerja kotor itu bersama sejak beberapa bulan lalu.


Sumber berkata, lelaki terbabit memasuki kenderaan itu sebelum duduk di belakang bersama kedua-dua beradik berkenaan.


“Sebaik kenderaan bergerak, suspek mengeluarkan senjata tajam sebelum mengarahkan kedua-dua mangsa menyerahkan wang tunai.


“Mangsa meminta pertolongan pemandu teksi itu sebelum lelaki terbabit memberitahu suspek rakannya.

“Selepas menyedari mereka tiada pilihan, mangsa memberikan RM190 kepada suspek sebelum meminta mereka dibebaskan,” katanya.


Disebabkan tidak berpuas hati dengan jumlah wang diperoleh, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan RM5,000.


Difahamkan, suspek mengugut akan merogol dan mencederakan adik perempuan mangsa jika dia gagal berbuat demikian.


Tersentak dengan itu, mangsa mendakwa akan menyerahkan wang terbabit kepada kedua-dua suspek dan meminta untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM)

Sumber berkata, pemandu teksi itu berhenti di sebuah stesen minyak di lebuh raya berkenaan sebelum mengarahkan abang mangsa mengeluarkan wang.


“Abang mangsa mengeluarkan RM300 sebelum menyerahkan kepada suspek. Dia berulang kali merayu supaya dilepaskan namun kedua-dua suspek tidak mengendahkannya.


“Malah, suspek yang tidak berpuas hati dengan kejam mencabul adik perempuan mangsa di depannya sebaik meninggalkan stesen minyak berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, ketika itu abang mangsa hanya mampu menahan kemarahannya kerana bimbang keselamatan diri dan adiknya terancam.


Bagaimanapun, pasangan adik-beradik itu bernasib baik kerana ketika melalui Tol Batu 3, dekat sini, abang mangsa melihat sebuah kereta peronda sebelum melambaikan tangan meminta pertolongan.


Sekumpulan anggota yang menyaksikan kejadian itu mengejar teksi terbabit sebelum menahan kedua-dua suspek.


Pasangan adik-beradik itu dibawa ke .Balai Polis Bukit Jelutong, dekat sini, sebelum mereka berdua membuat laporan kejadian terbabit.




Adik, kakak direman

Oleh Hamizah Badiran

2010/05/29

SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama kakaknya yang berusia 24 tahun ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga 31 Mei, bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jaya, dekat sini .

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan permohonan polis di sini bagi mendapatkan perintah supaya mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata remaja terbabit ditahan pada jam 9 pagi kelmarin, manakala pasangannya serta dua lagi individu yang disyaki turut bersubahat, masih dikesan.


“Polis menahan pelajar perempuan terbabit pada Khamis lalu kerana disyaki ibu kepada mayat bayi lelaki yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa manakala kakaknya pula disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu.


“Pelajar terbabit lemah dan tidak bermaya ketika ditahan polis kerana berpantang.


“Laporan kesihatan juga mendapati remaja terbabit tidak menghadapi sebarang masalah dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Harian Metro pada Rabu lalu melaporkan mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui ditanam berhampiran landasan kereta api, Stesen Komuter Padang Jawa, dekat sini.


Mayat bayi itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam, ditemui kira-kira jam 9.15 malam oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Stesen Padang Jawa, yang curiga selepas terlihat longgokan tanah merah yang masih baru berbentuk kubur, kira-kira satu meter dari landasan berkenaan.


Sempat sorok belakang pintu



2010/05/29

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dicekup berkhalwat dengan pasangannya hanya sempat bersembunyi di balik pintu sebuah rumah sewa di Taman Bee Bee Park, Simpang Kuala di sini, awal pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Muhammad Suhaimi Saleh, berkata pihaknya yang dianggotai lapan anggota penguat kuasa menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 2 pagi sebelum menahan lelaki berusia 20-an dan pasangannya yang juga berusia 20-an kerana disyaki berkhalwat.


Beliau berkata, selepas mengetuk pintu berkali-kali, seorang wanita yang memakai singlet dan seluar tidur pendek membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.


“Ketika itu, anggota kami ternampak seorang lelaki lari dan bersembunyi di belakang pintu. Apabila disoal siasat, pasangan itu gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mereka disyaki berkhalwat,” katanya.


Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu dipercayai tidur bersama di ruang tamu rumah berkenaan.


Katanya, pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita di bilik belakang rumah terbabit dipercayai teman serumah wanita terbabit.




Cuma RM5 satu kepala

Oleh NAZARALI SAERIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan JUNAIDI LADJANA
metahad@hmetro.com.my
2010/05/30

KUALA LUMPUR: Bayar RM5 atau beri syabu. Itu syarat keji tiga remaja panas yang dikesan sanggup membiarkan tubuh dijamah lelaki asalkan apa yang dihajati dapat dipenuhi.


Wartawan Metro Ahad menemui tiga remaja itu menerusi bantuan sumber. Seorang daripada mereka sedang berusaha untuk kembali ke pangkal jalan, namun dua lagi masih belum puas berseronok.

Ikuti pengakuan tiga remaja terbabit, seorang di Johor dan dua lagi di Sabah.


ALIN, 17 (Johor):

HANYA dalam tempoh dua tahun, lebih 30 lelaki pernah menikmati tubuhnya dan dia hanya meminta bayaran RM5 untuk satu kepala, itupun kepada lelaki yang baru dikenali. Bagi yang sudah biasa dengannya, dia memberikan secara percuma saja.

Begitulah pengakuan seorang remaja yang pernah berdepan sejarah hitam dinodai lebih daripada seorang lelaki, termasuk rakan sekolah pada satu-satu masa.

Menurut Alin, aktiviti yang sinonim dengan panggilan ‘kekah’ di kalangan remaja itu mula dilakukannya sejak berusia 16 tahun.

“Mulanya saya menyerahkan kehormatan kepada teman lelaki yang sebaya dengan saya, tetapi lama-kelamaan, ramai rakan sekolah tumpang sekaki. Teman lelaki bercerita kepada rakan mengenai keterlanjuran kami dan selepas diketahui ramai saya mula popular.

“Siap ada rakan yang bertindak umpama bapa ayam apabila dia bersusah payah mengumpul rakan sekolah yang mahu turut sama ‘kekah’ saya. Saya kenakan bayaran RM5 untuk satu kepala dan paling ramai saya pernah melayan sehingga enam orang, dapatlah RM30 untuk beli tambah nilai kad prabayar telefon dan kumpul wang beli telefon bimbit baru,” katanya.

Alin yang menetap di Johor mengakui selepas terbabit dengan aktiviti keji itu, dia berasa ketagih dan kerap melakukannya.

“Kebiasaannya saya melakukan aktiviti berkenaan ketika hari sekolah. Kami ponteng beramai-ramai dan menjadikan rumah seorang rakan untuk melakukannya. Ibu dan ayah tak tahu sebab apabila tiba waktu pulang sekolah sekitar jam 1 petang, saya sudah tunggu di depan sekolah,” katanya.

Dia semakin liar apabila dapat keluar rumah beberapa hari dengan alasan tidur di rumah kawan, walhal ikut lelaki yang baru dikenali.

“Dengan lelaki yang sudah bekerja itu pun saya di ‘kekah’ rakannya,” kata Alin yang terus hanyut dengan dunianya sehingga terpaksa bertukar sekolah.
Sudah tukar sekolah pun dia terlanjur lagi. Pernah satu ketika melakukan hubungan seks dengan rakan sekolah yang baru.

“Apabila berpeluang keluar sekolah ketika cuti, buat pula dengan orang lain. Jika kenalan itu bawa rakan, saya kena ‘kekah’ juga,” katanya.

Alin berkata, selama dua tahun terbabit dengan aktiviti keji itu, dia sudah melayan lebih daripada 30 lelaki.

“Sepanjang tempoh dua tahun itu, pernah sekali saya mengandung. Saya dapat tahu mengandung selepas sembilan bulan dan dengan bantuan rakan saya gugurkan kandungan itu di sebuah klinik.

“Perasaan serik hanya seketika saja. Selepas itu saya hanya memikirkan untuk berseronok saja,” katanya.

Alin menyedari risiko tabiat buruknya itu, tetapi dia mengakui tidak terlalu memikirkannya sangat.

Kini, dia cuba membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan menjauhi rakan yang hanya tahu merosakkannya. Katanya dia sedar, bukan mudah untuk berbuat demikian tetapi mahu berubah demi ibunya.

“Walaupun bermasalah, saya tetap mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan tidak seberapa, tetapi saya juga mahu merubah kehidupan saya.

“Saya kasihan dengan ibu yang banyak berkorban membesarkan saya. Sudah puas saya melihat dia menangis kerana saya dan saya tidak mahu dia menangis lagi,” kata Alin yang kini mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran.


NURUL, 16 (Sabah):

NURUL hanya perlu diberikan syabu jika mahu menikmati tubuhnya. Mulanya dia hanya ingin mencuba syabu yang dikatakan membuatkan sesiapa yang mengambilnya menjadi seronok, tetapi percubaan secara ‘suka-suka’ itu membuatkan dia ketagih.

“Saya mula menghisap syabu beberapa tahun lalu, Akibat ketagih, saya mula keluar malam secara senyap untuk berfoya-foya selain mendapatkan bekalan daripada rakan lelaki yang sedia memberi dadah itu dengan syarat mengadakan hubungan seks,” katanya.

Menurutnya, keseronokan berhibur, termasuk mendapat bekalan syabu secara percuma menyebabkan dia rela menyerahkan tubuh sebagai balasan.

“Setiap kali diberi syabu, saya rela ditiduri oleh lelaki,” katanya yang menghisap syabu tiga kali dalam seminggu.

Dia biasa melakukan aktiviti itu di rumah rakannya ketika ibu bapa rakannya itu keluar bekerja.

“Selepas semuanya selesai, saya akan pulang ke rumah sebelum gelap atau malam,” katanya.

Remaja bertudung itu mengaku ketiadaan wang untuk membeli syabu selain ketagihan memaksanya sanggup tidur dengan lelaki yang boleh membekalnya syabu.

“Biasanya, syabu dijual dalam sekitar harga RM30 hingga RM50 bagi satu tiub sepanjang satu sentimeter dan boleh dikongsi sehingga lima orang.

LINA, 16 (Sabah):

DIA mengakui mula mengambil syabu selepas berkawan dengan Nurul. Keseronokan mengambil bahan terlarang itu menyebabkannya kehilangan dara empat bulan lalu.

“Kerana syabu saya sanggup menyerahkan tubuh kepada sesiapa saja yang
memberikan saya barang itu. Apabila bersama rakan, saya sukar menolak ajakan dan pelawaan untuk menghisap syabu kerana mereka tidak lokek berkongsi bekalan.

“Saya juga rela dinodai kerana keseronokan paling utama,” katanya



Bukan sengaja

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
2010/05/30

KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian pada malam itu,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan, mengulas kontroversi yang mencetus perdebatan dalam laman blog hiburan serta ruangan gosip di media cetak.

KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir pada Konsert Akhir AF8.
KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir pada Konsert Akhir AF8.

Justeru, dia berharap tidak perlulah semua pihak memperbesar atau mensensasikan isu terbabit.


“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).


Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.


Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja.

Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.


Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian.


“Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi...lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.


Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura.


Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.


Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi pada Ramadan nanti.



haram dah jelas...xkan hukum begini tak tahu haram..mana pengeluar hukum nak jadi syaitan bisu



Padah ikut kasanova

Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/30

KUALA LUMPUR: Akibat terpedaya dengan ‘ayat power’ seorang kasanova baru dikenalinya kurang seminggu, seorang pelajar berusia 15 tahun dirogol bergilir-gilir sekumpulan tiga lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Permaisuri, di sini, Jumaat lalu.

Pakaian mangsa juga disembunyikan suspek dipercayai untuk mengelakkannya meninggalkan pangsapuri berkenaan.


Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila pemilik rumah terbabit menjumpainya dalam keadaan bogel sebelum memberikannya pakaian dan menghantarkannya pulang ke rumah.


Difahamkan, ketiga-tiga suspek adalah penyewa baru di pangsapuri itu yang turut tinggal bersama pemilik rumah itu.


Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam, apabila mangsa yang tinggal di Taman Maluri dijemput teman lelaki yang baru dikenalinya itu.

Menurut sumber, mangsa bersetuju untuk keluar bersama kasanova berusia awal 20-an itu untuk menonton wayang lewat malam.


“Mangsa yang langsung tidak menyedari lelaki terbabit mempunyai niat buruk dan pelawaan untuk menonton wayang hanyalah satu perangkap,” katanya.


Ketika dalam perjalanan untuk ke panggung wayang, kasanova terbabit mendakwa terpaksa berpatah balik ke rumahnya di Bandar Tasik Permaisuri kerana tertinggal barang penting.


Sebaik tiba di tempat letak kereta pangsapuri terbabit, suspek mengajak mangsa naik ke rumahnya, namun ditolak pelajar malang itu.


“Mangsa terpaksa mengalah dan mengikutinya kerana suspek mendakwa di kawasan berkenaan banyak penagih dadah. Malah, suspek cuma meminta pelajar terbabit untuk tunggu di hadapan rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.


Sumber berkata, sebaik tiba di hadapan rumah berkenaan, suspek menarik tangan mangsa dan membawanya masuk ke dalam bilik.


Berang dengan tindakan itu, pelajar terbabit menampar muka suspek menyebabkan dia dipukul kasanova itu sebelum dirogol.

Nasib malang pelajar itu tidak berakhir di situ apabila rakan dua lagi rakan suspek berusia awal 20-an bergilir-gilir merogolnya.


Selepas ketiga-tiga suspek keluar, pemilik rumah pulang kira-kira jam 1 pagi, sebelum mendapati dia dalam keadaan bogel.


Mangsa menceritakan kejadian buruk yang menimpanya kepada ibu bapanya sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Maluri.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu, kes terbabit sudah dirujukkan ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.




Onar pemandu teksi

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/06/02

AMPANG: Manusia berhati iblis. Itu gelaran yang layak diberikan kepada pemandu teksi apabila menjadikan penumpang terdiri daripada remaja sebagai mangsa rogol termasuk anak rakannya sendiri.

Difahamkan, setakat ini, perogol bersiri terbabit menjadikan lima remaja sebagai mangsa kerakusan nafsunya dengan menggunakan taktik membawa mereka bersiar-siar terlebih dulu sebelum diajak ke rumahnya di Taman Muda, di sini dan merogol mereka. Untuk menutup perbuatan kejinya itu, lelaki durjana terbabit merakam setiap aksi dia merogol mangsa dan mengugut mengedarkan aksi lucah itu kepada orang ramai jika mangsa membuat laporan polis.


Bagaimanapun, kelakuan jelik lelaki itu berakhir apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjejaki pemandu teksi berkenaan dan menahannya kira-kira jam 9 malam semalam berhampiran Jalan Imbi.


Menurut sumber polis, ketika ditahan, lelaki terbabit cuba melawan dengan meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun dia diberkas.


“Lelaki terbabit dibawa ke balai polis dan hasil siasatan mendapati dia merogol lima remaja sejak beberapa tahun lalu.


“Dua daripada mangsanya membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, manakala tiga lagi takut melaporkan kejadian itu kerana diugut,” katanya.


Menurut sumber itu, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit menyimpan setiap aksi seks dilakukannya dengan semua mangsa dalam telefon bimbit dan menggunakannya untuk mengugut mereka.


“Hasil siasatan mendapati teksi milik lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dikatakan kerap menukar nombor teksi terbabit setiap kali melakukan jenayah itu.


“Taktik itu digunakan untuk mengaburi mata mangsa dan orang ramai selain mengelak dijejaki pihak berkuasa,” katanya.


Katanya, lelaki berkenaan dikatakan aktif menjalankan kerja jahatnya itu sejak beberapa tahun lalu dan mensasarkan mangsa yang masih berusia belasan tahun.


“Malah, dia menjadikan anak kepada rakannya sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu seksnya sejak 2009 lalu dan dikatakan kerap mengganggu remaja berusia 15 tahun itu


Onar pemandu teksi

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/06/02

AMPANG: Manusia berhati iblis. Itu gelaran yang layak diberikan kepada pemandu teksi apabila menjadikan penumpang terdiri daripada remaja sebagai mangsa rogol termasuk anak rakannya sendiri.

Difahamkan, setakat ini, perogol bersiri terbabit menjadikan lima remaja sebagai mangsa kerakusan nafsunya dengan menggunakan taktik membawa mereka bersiar-siar terlebih dulu sebelum diajak ke rumahnya di Taman Muda, di sini dan merogol mereka. Untuk menutup perbuatan kejinya itu, lelaki durjana terbabit merakam setiap aksi dia merogol mangsa dan mengugut mengedarkan aksi lucah itu kepada orang ramai jika mangsa membuat laporan polis.


Bagaimanapun, kelakuan jelik lelaki itu berakhir apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjejaki pemandu teksi berkenaan dan menahannya kira-kira jam 9 malam semalam berhampiran Jalan Imbi.


Menurut sumber polis, ketika ditahan, lelaki terbabit cuba melawan dengan meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun dia diberkas.


“Lelaki terbabit dibawa ke balai polis dan hasil siasatan mendapati dia merogol lima remaja sejak beberapa tahun lalu.


“Dua daripada mangsanya membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, manakala tiga lagi takut melaporkan kejadian itu kerana diugut,” katanya.


Menurut sumber itu, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit menyimpan setiap aksi seks dilakukannya dengan semua mangsa dalam telefon bimbit dan menggunakannya untuk mengugut mereka.


“Hasil siasatan mendapati teksi milik lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dikatakan kerap menukar nombor teksi terbabit setiap kali melakukan jenayah itu.


“Taktik itu digunakan untuk mengaburi mata mangsa dan orang ramai selain mengelak dijejaki pihak berkuasa,” katanya.


Katanya, lelaki berkenaan dikatakan aktif menjalankan kerja jahatnya itu sejak beberapa tahun lalu dan mensasarkan mangsa yang masih berusia belasan tahun.


“Malah, dia menjadikan anak kepada rakannya sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu seksnya sejak 2009 lalu dan dikatakan kerap mengganggu remaja berusia 15 tahun itu.

No comments:

Post a Comment