Sebulan nikah sudah derita
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/06/04
KUALA LUMPUR: Baru sebulan mendirikan rumah tangga, namun seorang wanita tidak sedikit pun merasai kemanisan alam bersuami isteri, malah sebaliknya didera secara fizikal dan mental oleh suaminya hampir setiap hari.
Justeru kehidupan wanita berusia 34 tahun itu umpama dalam neraka apabila diperlakukan seperti haiwan termasuk dipukul, diterajang dan dimaki-hamun, biarpun kesalahan dilakukannya kecil.
Antara  penyeksaan sadis terpaksa ditempuh pengantin baru itu dipaksa menjamah  ikan mentah  diletakkan  atas kain telekung ketika dia mahu menunaikan  solat oleh suaminya yang kejam.
Tidak cukup dengan itu,  mangsa  ditendang hingga terguling, ditarik rambut selain dipukul dengan  kayu sehingga jatuh pengsan di dalam bilik air.
Selain  penderaan fizikal, mangsa turut diseksa secara mental apabila dia  dipanggil pelbagai gelaran keji termasuk penghinaan melampau terhadap  keluarganya oleh lelaki terbabit yang dikatakan  panas baran.
Menurut sumber, kemuncak penderaan terhadap wanita berkenaan berlaku  kira-kira jam 10 pagi, Sabtu minggu lalu ketika mangsa dan suaminya  berada di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang.
“Ketika itu,  mangsa di panggil suaminya yang berada di dapur sebelum lelaki terbabit  secara tiba-tiba menarik rambut wanita berkenaan tanpa sebarang sebab.
“Selain menarik rambut, suaminya  menampar pipi wanita berkenaan  walaupun mangsa berulang kali merayu supaya tidak diperlakukan  sedemikian,” katanya.
Menurutnya, selepas puas merayu,  wanita terbabit dilepaskan, namun ketika dia mahu mengerjakan solat  Zuhur, suaminya sekali lagi bertindak kejam dan melampaui batas  kemanusiaan apabila menarik mangsa sehingga terjatuh.
“Lelaki itu merampas kain telekung mangsa sebelum dia mengambil ikan  yang masih mentah dan meletakkannya di atas kain terbabit.
“Suaminya memaksa mangsa menjamah ikan mentah terbabit, namun wanita berkenaan enggan bernuat demikian. Lelaki itu mula berang sebelum dia mengambil kerusi dan mengugut mencederakan isterinya itu,” katanya
Katanya, selepas puas menyeksa isterinya, lelaki terbabit keluar dari rumah sebelum pulang semula kira-kira jam 9 malam.
“Ketika itu, wanita terbabit  berehat di rumah dan sejurus suaminya  pulang lelaki berkenaan tanpa sebarang sebab  menendang perut mangsa  sehingga wanita terbabit terguling berhampiran katil.
Katanya, selepas puas menyeksa isterinya, lelaki terbabit keluar dari rumah sebelum pulang semula kira-kira jam 9 malam.
“Ketika itu, wanita terbabit  berehat di rumah dan sejurus suaminya  pulang lelaki berkenaan tanpa sebarang sebab  menendang perut mangsa  sehingga wanita terbabit terguling berhampiran katil.
“Tidak cukup dengan itu, suaminya menarik rambut mangsa sehingga  tercabut sebelum wanita itu dipukul dengan kayu hingga pengsan ketika  berada di dalam bilik air,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa diheret keluar dari bilik air oleh suaminya sebelum lelaki itu menyimbahkan air ke muka untuk menyedarkannya daripada pengsan
“Tidak cukup dengan itu, suaminya menarik rambut mangsa sehingga  tercabut sebelum wanita itu dipukul dengan kayu hingga pengsan ketika  berada di dalam bilik air,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa diheret keluar dari bilik air oleh suaminya sebelum lelaki itu menyimbahkan air ke muka untuk menyedarkannya daripada pengsan.
Perkosa depan suami, anak
harzrul@hmetro.com.my
2010/06/04
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.
Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.
Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi  ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan  hingga 17 tahun tidur nyenyak.
Difahamkan, empat penjenayah  ‘iblis’ itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu  belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit.
Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya.
Lebih menyayat  hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa  melihat ibunya diperkosa perompak terbabit.
Katanya, si  suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya  tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan  jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan.
Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu
Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum  mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama  isteri dan seorang anak.
“Dua lagi anak yang tinggal di  bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan  tindakan bodoh yang boleh mengancam nyawa mereka.
“Mangsa  lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia  menyimpan barangan kemas dan wang tunai,” katanya.
Sumber  itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk  rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.
Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik  mangsa.
Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ  apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang  menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.
“Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah,” katanya
Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya.
Lebih menyayat  hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa  melihat ibunya diperkosa perompak terbabit.
Katanya, si  suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya  tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan  jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan.
Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu.
Difahamkan, tiga beranak terbabit turut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini dan mereka kini trauma selepas terpaksa melalui peristiwa menyayat hati itu.
Sementara itu, Ketua Polis  Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan kejadian yang  menimpa lima beranak terbabit dan pada masa sama berjanji melakukan  operasi besar-besaran bagi memberkas empat suspek terbabit.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan keempat-empat suspek bukan menetap  secara langsung sekitar daerah ini dan disyaki melakukan jenayah secara  berpindah-randah.
“Namun itu tidak membataskan tindakan  kami untuk mengesan mereka.
“Kami akan bekerjasama dengan  pasukan anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam misi mengesan  penjenayah terbabit supaya mereka didakwa di muka pengadilan dan dihukum  atas kekejaman dilakukan,” katanya ketika dihubungi.
Pada  masa sama, beliau menyeru orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai  maklumat kejadian itu supaya segera hadir di balai polis berhampiran  bagi membantu siasatan.
Katanya, setakat ini, polis sudah  menemui semula kenderaan milik mangsa yang dilarikan penjenayah terbabit  dalam semak sekitar daerah ini, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu  dilaporkan.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan jenayah pecah rumah secara berkumpulan.
Bermesra sambil teguk arak
2010/06/04
MELAKA: Seorang lelaki yang mengambil kesempatan bercengkerama dengan teman wanitanya di kawasan sunyi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Pagoh, sambil meneguk arak ditahan polis, awal pagi semalam.
Keseronokan pasangan membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan teman lelakinya berusia 23 tahun berakhir apabila mereka ditahan kira-kira jam 1.30 pagi.
Apabila anggota polis memeriksa dalam  kenderaan itu, mereka bukan saja menemui pasangan terbabit bersendirian  sehingga menimbulkan syak, malah turut menjumpai sebotol arak murah yang  diminum lelaki terbabit.
Berikutan itu, pasangan terbabit  diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka  (Jaim) untuk siasatan lanjut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa  Agamanya, Rahimin Bani berkata, siasatan awal mendapati pasangan  terbabit mendakwa mereka bersiar-siar menerusi Lebuh AMJ dan kemudian  berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan sunyi.
“Anggota  polis yang memeriksa kenderaan terbabit mendapati pasangan itu bukan  muhrim.
“Berikutan mereka berada dalam keadaan mencurigakan,  anggota polis  membuat pemeriksaan lanjut dan menemui sebotol arak yang  sudah separuh diminum.
“Mereka terus ditahan dan dibawa ke  Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah sebelum diserahkan kepada Jaim untuk  siasatan,” katanya, di sini, semalam.
Sementara itu, Rahimin berkata, dua jam sebelum kejadian itu, sepasang kekasih ditahan bilal serta polis dan beberapa penduduk di sebuah kampung di Masjid Tanah, dekat sini, malam kelmarin.
Jual tubuh demi kekasih
am@hmetro.com.my
2010/06/05
KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.
Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh. Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 35, yang kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu. Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan. Ita mengakui termakan pujukan kekasihnya itu lalu membuat keputusan berangkat ke Arab Saudi, tetapi disebabkan sumber kewangan terbatas, dia berusaha mendapatkan pinjaman peribadi di beberapa institusi kewangan. “Selepas beberapa kali mencuba di beberapa institusi kewangan mereka menolak permohonan saya dengan mengatakan saya tidak layak kerana bergaji kecil.
“Kekasih pula asyik mendesak supaya segera ke Arab Saudi untuk bertemunya menyebabkan saya tertekan sebelum menceritakan masalah kepada seorang rakan lelaki yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai kerani. Dia berkata, rakannya itu menunjukkan simpati sebelum menghubungi semula beberapa hari kemudian dengan menawarkan bantuan kewangan. “Pada mulanya saya gembira kerana dia sudi membantu namun terkejut apabila dia meletakkan syarat supaya saya menyerahkan tubuh sebelum permintaan saya itu dipenuhi secara percuma,” katanya. Wanita itu berkata, akibat terdesak dan terpengaruh dengan janji manis lelaki terbabit, mereka bertemu di sebuah hotel di negeri ini dan melakukan hubungan terlarang itu.
“Selepas hubungan seks tanpa rela diadakan dengan lelaki yang saya anggap rakan itu, dia berjanji memasukkan wang saya perlukan. Malangnya, selepas beberapa minggu menunggu dan memeriksa akaun bank, wang dijanjikan tiada.
“Luluh hati saya apabila saya mendapati ditipu, malah lelaki terbabit ketika dihubungi beberapa kali memberikan pelbagai alasan seolah-olah cuba mengelak menunaikan janjinya. “Saya sedar apa saya lakukan itu tidak bermoral, tetapi kerana cinta, diri saya hilang pertimbangan sehingga sanggup mengorbankan kesucian diri semata-mata untuk bertemu kekasih yang dikenali sejak sebulan lalu. “Kehangatan dan kemaruk cinta siber membuatkan saya menghabiskan empat hingga lima jam sehari melayari Internet untuk berhubung dengan kekasih saya itu yang berusia 30 tahun yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah hotel di Arab Saudi,” katanya.
Menurutnya, kekasih warga Arab itu bukan saja pandai bermain kata, malah berjanji mendirikan rumah tangga dengannya menyebabkan dia gelap mata selepas dikecewakan beberapa lelaki tempatan sebelum ini.
Ita berkata, dia berbuat demikian kerana bimbangkan kekasihnya itu berubah hati dan untuk mengelakkan diri dikecewakan sekali lagi sehingga nekad melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi permintaannya.
“Saya tidak mahu dikecewakan lagi, namun tidak menyangka jadi begini. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ini terutama selepas menjual diri hanya semata-mata untuk mendapatkan wang belanja ke Arab Saudi bagi bertemu kekasih.
“Takut nanti kekasih di Arab Saudi itu yang sebelum ini berjanji mahu berkahwin dengan saya turut mempermain dan meninggalkan saya dengan pelbagai alasan,” katanya.
Menurutnya, dia tampil menceritakan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya janji manis lelaki yang berpura-pura prihatin, malah perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih cinta Internet kerana ia tidak pasti.
AMPANG: Pemandu teksi durjana yang juga perogol bersiri membabitkan sekurang-kurangnya 10 pelajar sekolah sekitar daerah Ampang Jaya di sini, dikesan kerap menggunakan taktik membelanja mangsa ke pusat hiburan karaoke secara percuma sebagai umpan awal sebelum memperkosa mangsa.
Pemandu teksi berusia 54 tahun itu didakwa turut menggunakan pil khayal dipercayai Eramin 5 untuk membuatkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Taman Muda, Ampang di sini untuk diperkosa.
Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bersama dua rakan sebelum ini berkenalan dengan pemandu teksi terbabit yang kerap menawarkan mereka perkhidmatan teksi percuma ke mana-mana destinasi dikehendaki.
“Pemandu teksi itu kerap menggunakan pendekatan psikologi selain pandai mengambil hati kami yang menyangka dia benar-benar pak cik budiman. Malah, kami tidak perlu membayar sesen pun tambang teksi setiap kali menggunakan perkhidmatannya.
“Kami hanya perlu menghubungi telefon bimbitnya dan pemandu teksi terbabit akan datang mengambil kami di rumah. Malah, dia kerap membelanja kami menyanyi di karaoke selain diberikan pil khayal untuk berseronok,” katanya ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini untuk membuat laporan berhubung kes rogol dan cabul oleh suspek, petang semalam.
Mangsa yang berusia 17 tahun datang membuat laporan polis bersama dua rakannya yang turut menjadi mangsa cabul pemandu teksi terbabit pada Ogos tahun lalu, “Saya sebelum ini takut membuat laporan polis kerana pernah diugut rakaman klip video kami ketika diperkosa akan disebarkan kepada umum sekiranya kami membuat laporan polis.
“Ugutan itu menyebabkan kami tertekan dan terpaksa menjadi hamba seks pemandu teksi terbabit yang menghubungi kami dan memaksa melakukan hubungan seks dengannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Ampang, semalam.
Menurutnya, seorang remaja perempuan tidak dikenali turut didakwa menjadi dalang perbuatan jijik itu apabila merakam video setiap mangsa yang diperkosa atas arahan pemandu teksi terbabit.
 Dia yang pernah dirogol tampil membuat laporan polis selepas dipujuk rakan lain kira-kira jam 4.30 petang.
Tiga mangsa terbabit bertemu Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan dan pegawai penyiasat kes terbabit sebelum keterangan lanjut direkodkan.
Sehingga kini enam mangsa sudah tampil membuat laporan sejak suspek diberkas polis, Isnin lalu. Dipercayai sekurang-kurangnya 10 remaja sekolah pernah menjadi mangsa pemandu teksi terbabit yang pernah bekerja sebagai wartawan sambilan sebuah akhbar berbahasa Cina di Johor Bahru, sebelum ini
Sementara itu, Abdul Jalil yang dihubungi berkata, pihaknya dalam proses mengambil keterangan tiga remaja perempuan terbabit bagi memastikan sama ada maklumat diberikan tepat dan ada kaitan dengan pemandu teksi ditahan itu.
“Setakat ini hanya tiga mangsa yang benar-benar dikenal pasti pernah menjadi mangsa dan saya yakin sekurang-kurangnya 10 remaja wanita pernah dicabul pemandu teksi itu. Saya harap amngsa lain turut tampil membuat siasatan polis,” katanya.
Difahamkan aktiviti jahat pemandu teksi itu terbongkar selepas dua pelajar yang datang dari sekolah sama di Pandan Indah, membuat laporan polis pada 20 Mei manakala mangsa ketiga berbuat demikian pada 29 Mei lalu.
Menurutnya, polis kemudian memasang jerat di perhentian teksi di Jalan Imbi, di sini, selama tiga hari dan menangkap suspek kira-kira 9.30 malam Isnin selepas berlaku pergelutan
Polis kemudian menemui telefon bimbit suspek yang mengandungi rakaman mangsa menjerit, menangis dan merayu kepada pemandu teksi ketika diperkosa.
Rakaman video itu digunakan suspek sebagai bahan ugutan dan menjadikan enam pelajar sekolah menengah sebagai hamba seks sejak setahun lalu. Hasil siasatan mendapati teksi milik lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dikatakan kerap menukar nombor teksi terbabit setiap kali melakukan jenayah seksual itu.
Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan di Balai Polis Daerah Ampang Jaya.
Megah tunjuk gambar bogel
razis@hmetro.com.my
2010/06/05
KUALA LUMPUR “Kamu mempunyai isteri dan enam anak, saya harap kamu insaf dan lepas kamu keluar dari penjara kamu buat kerja lain”, kata Hakim Azizah Mahamad selepas menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap pengawal keselamatan atas enam pertuduhan memuat naik gambar dirinya dengan sengaja dalam keadaan bogel dalam blog dan webnya tahun lalu.
Katanya, hukuman dijatuhkan mengambil kira kepentingan awam bukan kepentingan tertuduh kerana selepas di muat naik sejak 19 Ogos 2006, hampir tiga tahun gambar itu dipaparkan dan pastinya beri kesan kepada pelanggan melayari web terbabit.
Menurutnya, gambar hubungan seks sesama jenis dipaparkan keterlaluan dan bertentangan keadaan semulajadi yang boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat khususnya remaja. Azizah berkata demikian selepas tertuduh Shahrom Mahadi, 45, dijatuhkan hukuman enam bulan penjara bagi setiap satu pertuduhan.
 Mahkamah mengarahkan hukuman itu berjalan serentak bermula semalam.
 Tertuduh berasal dari Johor itu menundukkan wajahnya selepas hukuman dijatuhkan.
 Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farhan Read dan Hamidi Mohd Nor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 Terdahulu tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan mengambil kira latar belakangnya.
“Saya berpendapatan RM750 sebulan perlu menyara isteri dan enam anak dan perlu membayar hutang kepada pihak bank” “Saya takut isteri sakit jiwa kerana tertekan menjaga anak sekiranya saya dipenjarakan,” katanya.
Bagaimanapun, Hamidi dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam
 
No comments:
Post a Comment