Monday, October 15, 2012

RUMAH MEWAH...DAN MAHAL BERLAKU SEJAK DULU LAGI...MENYEBABKAN ORANG MISKIN TERPINGGIR SEBAB TAK MAMPU BELI

Syria didakwa guna bom berangkai

SEORANG kanak-kanak yang cedera selepas terkena bedilan tentera Syria mendapat rawatan di sebuah hospital di Homs kelmarin. - Reuters


AMMAN - Sebuah kumpulan hak asasi antarabangsa semalam menyatakan ia mempunyai bukti baharu bahawa tentera Syria menggunakan bom berangkai.
Bom itu diharamkan secara meluas kerana penggunaannya memberi risiko yang besar terhadap manusia.
Ia boleh digunakan di sebuah kawasan yang besar dan hanya akan meletup jika disentuh penduduk.
Seorang pegawai pertubuhan Human Right Watch (HRW) Steve Goose menyatakan, bom tersebut telah diharamkan di kebanyakan negara.
Menurutnya, Syria sepatutnya menghentikan penggunaan bom tersebut yang boleh menyebabkan ramai orang terbunuh.
"Sebelum ini, HRW melaporkan tinggalan bom berangkai ditemui di Homs dan kawasan berdekatan Hama pada musim panas," katanya.
Sementara itu, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengumumkan bahawa pihaknya melarang penerbangan awam Syria memasuki ruang udara negaranya.
Tindakan itu dilakukan sehari selepas Syria melarang pesawat awam Turki memasuki negaranya.
Davutoglu berkata, larangan itu dilaksanakan selepas sebuah pesawat awam Syria membawa peralatan ketenteraan ketika menggunakan ruang udara Turki.
Pada minggu lalu, Turki memaksa sebuah pesawat penumpang Syria yang berlepas dari Moscow mendarat di sebuah lapangan terbang negara tersebut.
Anggota-anggota pihak berkuasa kemudian merampas peralatan ketenteraan dari pesawat tersebut yang dalam penerbangan ke Damsyik.
Bagaimanapun, Rusia menyatakan pesawat berkenaan membawa peralatan ketenteraan.
Insiden itu berlaku selepas tentera Turki dan Syria saling berbalas bedilan meriam di kawasan sempadan.
Sebuah akhbar melaporkan, Turki menambah bilangan kapal tentera laut di sepanjang pantai negaranya di utara Syria.
Menurut akhbar Hurriyet, kapal-kapal itu dilengkapi meriam dan sistem pertahanan antipeluru berpandu serta antikapal.
Pergolakan di Syria masih belum berakhir apabila kumpulan pemberontak masih berjuang menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Para pemberontak itu mahu Bashar meletakkan jawatan kerana gagal melakukan pembaharuan politik dan kebebasan bersuara.
Kebangkitan rakyat di Syria bermula pada Mac lalu dan lebih 30,000 orang dilaporkan terbunuh sejak para pemberontak bertempur menentang tentera Syria. - Agensi

Penduduk Pakistan bidas Madonna


MADONNA (tengah) membuat persembahan semasa konsert jelajahnya berlangsung di Pusat Staples, Los Angeles pada Rabu lalu.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Madonna dibidas oleh beberapa penduduk Pakistan ekoran tindakannya menanggalkan baju sebagai tanda sokongannya terhadap seorang gadis Pakistan yang cedera ditembak anggota kumpulan Taliban, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Gadis itu, Malala Yousafzai, 14, ditembak di bahagian kepala pada 9 Oktober lalu kerana dia menyokong hak pendidikan untuk golongan wanita.
Para peminat itu membidas perbuatan Madonna selepas mereka menyaksikan rakaman persembahannya di Pusat Staples di sini pada Rabu lalu.
Penyanyi lagu Material Girl itu menanggalkan baju dan mendedahkan coli serta seluar dalamnya semata-mata untuk menunjukkan rasa simpatinya terhadap Malala yang kini berada dalam keadaan parah di sebuah hospital.
Seorang rakyat Pakistan yang menghantar kenyataan di laman Twitter, menyatakan Madonna tidak menghormati Malala dan berharap gadis itu tidak diganggu.
Seorang lagi pengguna Twitter mengutuk Madonna kerana tindakannya dianggap tidak sesuai dan hanya mahu memperoleh populariti murahan.
Penyanyi itu sebelum ini pernah meminta para penonton menyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 6 November depan.
Dia turut menunjukkan tatu nama Obama itu di belakang tubuhnya semasa dia membuat persembahan pada salah satu konsertnya pada September lalu di AS. - Agensi

Bahaya pesakit jantung gagal kawal emosi

KUALA LUMPUR – Seorang pakar jantung mengingatkan, peminat sukan berisiko tinggi diserang sakit jantung ketika menyaksikan pertandingan sukan yang diminati jika mereka kaki rokok dan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman berkata, risiko akan menjadi lebih tinggi jika peminat terbabit mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit berkenaan.
Beliau berkata, hal tersebut berlaku kerana perlawanan sukan yang disaksikan menyebabkan tubuh mengeluarkan hormon rangsangan adrenalin ke dalam salur darah yang menyebabkan jantung berdegup kencang.
Katanya, hormon tersebut dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi apabila seseorang itu berasa terlalu teruja, gembira, sedih, kecewa atau marah semasa menyaksikan pertandingan.
“Golongan berisiko seperti ini memang tidak mempunyai sebarang simptom penyakit jantung sebelum ini.
“Tetapi mereka sebenarnya boleh mengalami penyakit itu secara tiba-tiba akibat tekanan yang menyebabkan tubuh mengeluarkan adrenalin ke dalam saluran darah yang menyebabkan jantung berdegup kencang lalu mengakibatkan serangan sakit jantung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pemaju bina rumah mewah

GEORGE TOWN – Seramai 200,000 belia berkeluarga di Pulau Pinang tidak mampu memiliki kediaman sendiri disebabkan harganya yang melambung serta kecenderungan pemaju membangunkan projek perumahan mewah.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, jika tidak diatasi segera ia bakal memberi impak buruk terhadap faktor sosial serta pembangunan setempat apabila ramai yang berhijrah keluar.
Beliau yang juga Presiden MBM Negeri Pulau Pinang menegaskan, projek perumahan mewah yang rancak juga akibat sikap kerajaan negeri yang terlalu mengikut kehendak pemaju demi memikirkan keuntungan.
“Rumah berharga antara RM400,000 hingga RM2 juta bukannya permintaan tulen tetapi daripada pelabur luar yang mengambil kesempatan untuk menjualnya semula selepas dibeli bagi tujuan pelaburan.
“Kita lihat sendiri dari Pantai Jerejak hingga ke Batu Feringghi semuanya dibangunkan projek kediaman mewah manakala rumah mampu milik boleh dibilang dengan jari,” katanya.

Bank diminta berperikemanusiaan

KUALA LUMPUR – Pihak Perbankan Islam di negara ini diminta untuk lebih berperikemanusiaan kepada pembeli rumah terbengkalai supaya tidak terbeban dengan hutang yang berisiko menjadi muflis.
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied (gambar) berkata, pihaknya mendapati terdapat banyak kes pembeli menghadapi kes mahkamah yang difailkan pihak perbankan Islam itu bagi menuntut bayaran balik dengan kadar tinggi biarpun rumah tidak siap.
“Sebagai sebuah entiti yang berlandaskan syariah, pihak bank wajar memikirkan masalah yang dihadapi pengguna Islam yang mana pegawai-pegawai bank tersebut disaran menggunakan budi bicara dalam usaha membantu pembeli Islam meringankan beban mereka,” katanya.

Kedai emas rugi RM100,000 disamun

KUANTAN – Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol melarikan barang kemas bernilai RM100,000 dari sebuah kedai emas di Merapoh dekat Kuala Lipis kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, perompak terbabit dipercayai melepaskan dua das tembakan untuk memecah cermin pameran barang kemas sebelum seorang lagi suspek menghentak cermin itu dengan sebilah kapak.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, keempat-empat suspek memasuki ke kedai tersebut empat jam sebelum itu dengan berpura-pura menjadi pelanggan.
Setelah merompak, mereka melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja yang diletakkan tidak jauh dari premis itu,” kata beliau ketika dihubungi.

Budak 2 tahun maut dihempap TV

AMPANG JAYA – Sepasang suami isteri menyesal tidak sudah apabila anak bongsu mereka maut dihempap sebuah televisyen (TV) bersaiz 29 inci yang terjatuh dari atas almari sebelum menghempap mangsa di Taman Ampang Saujana di sini semalam.
Keluarga tersebut sebelum ini dikatakan bercadang untuk mengalihkan TV dan almari tersebut namun belum sempat perkara itu dilakukan TV tersebut terlebih dahulu mengundang tragedi.
Semasa kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa Halif Hariz Khairil Anuar, dua tahun, ibu bapanya dan dua abang mangsa yang berusia lima dan lapan tahun berada di dalam bilik tidur utama rumah teres itu.
Bapa mangsa, Khairil Anuar Mohamed, 36, yang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala ibunya, Nur Azlin Mohd. Ali, 31, yang berniaga sendiri sedang berehat di dalam bilik sama.
Halif dan dua abangnya semasa itu bermain-main di dalam bilik tersebut.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu terkejut apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat di dalam bilik sebelum diikuti tangisan Halif.
Halif kemudian dilihat sudah berada di bawah TV dengan darah mengalir tanpa henti dari telinga, mulut dan hidungnya.

Pasar sayur tempat jual heroin


DI lorong belakang pasar borong ini lokasi aktiviti penjual dadah bagi mendapatkan duit sampingan.


KUALA LUMPUR – Siapa sangka dalam keriuhan dan kesibukan pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang menyorong bakul sayur dan ikan terselit satu aktiviti pengedaran dadah yang didalangi warga Myanmar sejak beberapa bulan lalu.
Aktiviti haram selama satu jam bermula seawal pukul 6 pagi itu berlaku setiap hari tanpa rasa takut kerana ia dilakukan dalam suasana kelam di tempat letak kereta dan lorong pintu belakang pasar iaitu tempat keluar masuk tong-tong mengandungi pelbagai sayur untuk diniagakan.
Kosmo! yang menyamar sebagai pengunjung selama empat jam bermula pukul 5.30 pagi baru-baru ini boleh menyaksikan kelibat pekerja pasar warga Myanmar yang ditugaskan memunggah sayur masuk ke pasar borong dengan pantas dapat mengedar dadah terutamanya jenis heroin kepada pelanggan mereka.
Pemerhatian Kosmo! mendapati, penjual dan pembeli dadah itu mengambil masa tidak lebih 30 saat untuk melakukan satu-satu transaksi.
Heroin pula merupakan jenis dadah yang mendapat permintaan ramai dalam kalangan pelanggan yang singgah untuk mendapat barang terlarang itu.
Dadah yang dijual oleh pekerja asing di pasar borong itu pula diletakkan di dalam kotak rokok. Hanya dalam sekelip mata kotak rokok berisi dadah itu bertukar tangan dengan wang penagih dadah.

Beli barang secara online jika ada logo PUIM




PUTRAJAYA – Pengguna yang ingin membeli-belah secara online dinasihatkan supaya melakukan pembelian melalui laman web yang mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi mengelak sebarang penipuan atau kerugian.
Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor berkata, nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan internet telah disahkan oleh pihak persatuan di mana hak pengguna dapat dilindungi.
 

No comments:

Post a Comment