Sunday, September 7, 2014

BILA MASYARAKAT TAK TAHU HALA TUJU...TAK PENDULI HISAB DAN SOAL JAWAB DIAKHIRAT....HIDUP CARA MAIN BELASAH JER


Berita Utama


9,439 jemaah Malaysia di Tanah Suci

Oleh Ahma Shahrul Nizam Muhammad
Makkah: Seramai 9,439 jemaah haji Malaysia sudah berada di Tanah Suci membabitkan 27 penerbangan (KT) dan baki 37 penerbangan akan berlepas dari Malaysia ke Tanah Suci, manakala penerbangan terakhir yang mendarat di Madinah pada 9 September ini.
Ketua Rombongan Haji Datuk Sayed Saleh Sayed Abdul Rahman berkata, bermula 10 September, semua penerbangan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

"Sehingga kini, ada 6,254 jemaah di Madinah, manakala 3,185 di Makkah," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, semua jemaah sihat dan dalam keadaan baik, manakala semua pusat perkhidmatan untuk jemaah sudah beroperasi sepenuhnya di Makkah dan Madinah.
FotoFOTO Reuters

Berita Utama


Tetak kerana RM2,100

Oleh Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Seorang pekerja sebuah stesen minyak di Bandar Springhill, di sini, cedera ditetak tiga perompak bertopeng jam 9 malam tadi.
Mangsa warga Sri Lanka berusia 32 tahun itu sedang bertugas dengan rakannya sebelum diserang tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Alza dan memaksa mereka menyerahkan wang.

Pengurus stesen minyak itu, Teo Poh Siong, 23, berkata mangsa enggan menyerahkan wang lalu dipukul dan ditetak suspek yang bersenjata parang di betis kanannya manakala seorang lagi pekerja tidak dicederakan.

Menurutnya, suspek melarikan wang tunai RM2,100.
FotoMANGSA jatuh dan ditetak suspek bersenjata parang.
FotoKERETA Perodua Alza dinaiki tiga suspek masuk ke stesen minyak Bandar Springhill.

Poh Siong berkata, pekerjanya itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut dan dia membuat laporan di Balai Polis Lukut, di sini, untuk siasatan lanjut.

Penat mengundang aib

Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kekasihnya antara lima pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, di sebuah hotel murah, di Jalan Kampung Air, di sini, tengah malam tadi.
Dalam serbuan yang bermula 12 tengah malam itu, semua pasangan berusia 20 hingga 40 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Khamis Jamil, berkata penuntut berusia 24 tahun itu ditahan selepas didapati bersama perempuan berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah hotel murah di bandar raya ini.

Katanya, penuntut berkenaan mendakwa dia berseorangan tetapi apabila dan pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JHEAIS ternampak seorang perempuan di atas katil ditutupi selimut.
Foto

Menurutnya, apabila ditanya penuntut itu memberitahu dia menyewa bilik berkenaan kerana terlalu penat bersiar-siar. "Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan suami isteri. Perempuan bersama penuntut itu bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini. Pasangan itu kemudian di bawa ke IPD Kota kinabalu untuk tindakan lanjut.

"Dalam operasi yang sama, anggota penguat kuasa JHEAINS turut menahan empat lagi pasangan di beberapa hotel murah di bandar raya ini," katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995.

Misi tiga puluh penyiasat

Oleh Ikram Ismail
Kuala Lumpur: Tiga puluh penyiasat akan kembali ke Ukraine untuk meneruskan siasatan di kawasan nahas pesawat MAS bagi penerbangan MH17 berikutan perjanjian damai terbaru antara Russia dan Ukraine.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi, berkata pasukan itu akan berlepas, pada 7 September tetapi tidak pula mengulas lanjut bila pasukan itu akan mula memasuki kawasan itu.
"Sekurang-kurangnya 30 penyiasat akan kembali ke timur Ukraine bagi menyambung kembali tugas yang sebelum tergendala berikutan peperangan di wilayah berkenaan. Kesemua anggota terdiri daripada pelbagai pakar termasuk forensik," katanya.

Julai lalu, pasukan penyiasatan antarabangsa diketuai Malaysia, Belanda dan Australia terpaksa berundur selepas bebarapa hari berada di kawasan itu berikutan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Russia.
Foto

Awal pagi semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipetik sebagai berkata, bahawa Malaysia sudah menerima laporan risikan `agak konklusif' dan pasukan penyiasat antarabangsa kini akan mengumpulkan bukti fizikal berkaitan nahas itu. Najib berkata, bagi tujuan itu, pasukan berkenaan perlu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.

"Untuk pengetahuan anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbangan MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.

"Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulkan bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah apabila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah," katanya.

Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini, 6 September.

Gurau tak bertempat

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.
Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit. “Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.

“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.
FotoANTARA jawapan pelajar yang menjadi ‘viral’di laman sosial.

Wanita ‘malam merdeka’ diminta tampil

Kuala Lumpur: Wanita tempatan yang muncul bogel sebelum gambarnya tersebar melalui laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.
Wanita dipercayai berusia 20-an itu sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila terdapat tulisan ‘Malam Merdeka’ pada gambar lucah yang tersebar.

“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Gambar berkenaan yang turut dikongsi ramai pemilik FB mencetuskan rasa kurang senang apatah lagi wanita itu tampil memakai tudung.

Gambar itu turut dipercayai dirakam bersama seorang lelaki di dalam sebuah bilik berdasarkan gambar tangan seorang lelaki yang meraba wanita itu.
FotoGAMBAR yang tersebar meluas melalui laman sosial Facebook.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius penyebaran gambar lucah itu yang jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, wanita itu yang mungkin mangsa perbuatan pihak tidak bertanggungjawab perlu tampil membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya dia dirogol atau sebaliknya.

“Polis kemudian akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis juga menyeru masyarakat tidak berkongsi dan menyebarkan apa sahaja bahan tidak senonoh di dalam media sosial yang boleh mengaibkan pihak tertentu sehingga menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Dia menyifatkan kegiatan penyebaran gambar seumpama itu hanya akan memalukan mangsa selain menyebabkan ia menjadi ikutan golongan remaja.

Puja mayat anak agar hidup semula

Oleh Abd Rahman Adam
Miri: Akibat taasub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi berkenaan.
Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.

Sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis, kelmarin.
FotoLELAKI terbabit memangku mayat bayinya.
FotoISTERINYA ketika dibawa ke balai polis.

Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.

“Mungkin atas sebab itu, lelaki terbabit menghubungi pemilik rumah memaklumkan kematian anaknya, selain dipercayai sudah mendapat kebenaran isteri serta ibu masing-masing.

3 comments:

  1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
    KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU NUNUNG, KAMI TINGGAL DI BRUNEI-PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA KY DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    SPORTS,TOTO 6D , 213359
    SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,KELUARAN NOMOR TOGEL 4D,5D,6D,7D, ,AKI DARMO …
    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL, 6,5 ,2015…
    ….
    SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

    ATAU, KUNGJUNGGI SITUS BLOG AKI DISINI… >>>>KLIK DISINI<<<< TRIMAKASIH

    DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …

    Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO …di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D
    angka GHOIB; laos
    angka ritual gaib kuda lari
    Togel thailand
    Togel taiwan
    Togel sydney

    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO …..
    Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>




    ReplyDelete