Tuesday, September 21, 2010

DARI FB...ELOK FAHAMKAN...FAHAMKAN DALAM KERANGKA ISLAM BUKAN FIKIRAN BARAT ATAU ORANG YANG TAK NAK ISLAM...ATAU ORANG YANG TAK SEDAR IA MAKHLUK YG DICIPTA OLEH ALLAH...YANG ALLAH AKAN MEMBALASNYA MENGIKUT AMALANNYA DUNIA...MNOLAK ISLAM NERAKALAH TEMPATNYA..

Yob Tualang Sekah's Photos - Wall Photos


ALI RUSTAM, SEKOLAH HARAPAN & PUNCA...

Umumnya, doktor akan merawat penyakit dan bukan punca penyakit. Penyakit akan berulang selagi langkah 'Pencegahan' tidak dilaksanakan dengan serius. Dan penubuhan 'Sekolah Harapan' buleh diibaratkan sebagai 'Merawat penyakt dan tidak merawat punca penyakit..'

Soalan untuk renungan bersama...

1. Mengapa pasangan lelaki dilepaskan begitu sahaja..?

2. Mengapa tidak diseret pasangan lelaki untuk bersama menyertai Sekolah Harapan dan menghadiri kelas bersama pasangan yang dibuntingkannya?

3. Mengapa tidak dilaksanakan hukoman sebat kepada pasangan lelaki yang tidak bertanggungjawab diatas perbuatan nya?

4. Mengapa masyarakat lazimnya menyalahkan kaum hawa diatas ketelanjuran kedua belah pihak?

5. Mengapa tidak diwajibkan pasangan lelaki menyaksikan sendiri 'bagaimana peritnya melahirkan zuriat?'


* Kita memang suka mengaibkan kaum Hawa....
Added today · · ·




  • Zubair Zainul and 13 others like this.







    • Zubair Zainul jangan salahkan ibu mengadung ... salahkan bapak yang mempayung ...
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Yob Tualang Sekah Heret bapak payong sekali...
      7 hours ago · · 2 peopleLoading... ·




    • Ain Adyani Ariffin dua2 salah..dua2 patut kena hukum..itu yg sepatutnye..
      7 hours ago · · 2 peopleLoading... ·




    • Yob Tualang Sekah AIN : Hawa diaibkan, Adam dilepaskan...
      7 hours ago · ·




    • Zubair Zainul tapi kan punca dia senang jaa ... kawen waktu dok sekolah menengah masuk buliten utama 3 hari- 3 malam tuh ... romen tepi jalan boley pulak ..
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Yob Tualang Sekah ZZ : Isu nye, kenapa Hawa sahaja yang diaibkan.. Sedap bersama...
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Harum Kasturi depa mana nak ikut..anjuran Islam..KOLOT dan TAK menepati PIAWAIAN modern tafsiran depa sendiri..
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Yob Tualang Sekah HK : Nak tarbiah, bagi la dua dua sekali. Hawa yang tanggung malu dan sakit
      7 hours ago · ·




    • Zubair Zainul tulah kannn jalan elok sebenaq senang jaa .. mas kawin pon boley hutang .. janji ikut syarat sah .. jalan susah sekali ja mau dok ada 2-3 ratuih .. kena nak lebey sikit kena tip ... mals nak isu lebey2 ... takut jadi ping-pong
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Zubair Zainul syarat sah la nie dah tukaq ... tuh susah tuhh ... masyarakat jadi pelik2 ...
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Ain Adyani Ariffin tulah yob..selalunye mmg mcm tu lah..time bercinte semua nmpak indah..bila sakit,malu tanggung sorang2..sebab tulah pokok pangkalnyer kne brbalik pd ajaran islam..jgn nk couple2..bila iman x kuat mulalah jadi mende2 macam ni..semua tu menghampiri zina..nauzubillah..
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Zubair Zainul nak cari bapak payung tuh susah sikit ... sebab tak nampak kat perut ... nampak pun waktu tertentu jaaa ...
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Yob Tualang Sekah AIN : memang benar, kembali kepangkal jalan. Wajarkah bebanan hanya digalas pada bahu Hawa? Kenapa tidak pasangannya ditarbiahkan bersama?
      7 hours ago · ·




    • Ain Adyani Ariffin ermm...itulah yg seharusnya yob..dua2 harus ditarbiahkan...tp seperti kata saudara zubair..kamu adam lebih mudah terlepas..hanya nmpak pd waktu2 tertentu je..
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Harum Kasturi Adam dijadikan untuk menjadi KHALIFAH kepada Hawa..adakah perkara ini diajor pada malam MERDEKA..pukul 12 malam tuh..
      7 hours ago · · 2 peopleLoading... ·




    • Yob Tualang Sekah HK : Keterlanjuran sudah berlaku, wajarkah Adam dilepaskan begitu?
      7 hours ago · ·




    • Muhammad Azam
      http://www.ziddu.com/download/11226101/IlluminatiII.pdf.html

      http://thearrivals.blogspot.com/

      yob sorry kacau
      ...bukan utk kepentingan diri
      untuk semua orang jugak.
      See More
      7 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Muhammad Azam thanks yob
      7 hours ago · ·




    • Harum Kasturi Adam dijadikan untuk menjadi KHALIFAH kepada Hawa..adakah perkara ini diajor pada malam MERDEKA..pukul 12 malam tuh..
      7 hours ago · ·




    • Yob Tualang Sekah AZAM : most welcome
      7 hours ago · ·




    • Muhammad Azam makin banyak la anak2 di melaka berbin berbinti ALI
      7 hours ago · ·




    • Hajar Anas Pak Yob, bkn semua kaum Adam tu akn trlps utk nk share sm aib yg ditrima oleh kaum Hawa. Masalahnyer, lazimnya parent x mau identiti si Adam tu d dedahkn kerna takut mndpt malu atau si Hawa x mau mmbagiitau parent identiti si Adam. Semua ni gara2 nak menutup malu. So prkara ni x di hebahkn. Klu hebah, pihak media massa mnunuggu jer & 1 M'sia akn tau. Akhirnya trselamatlah kaum Adam....
      6 hours ago · ·




    • Hajar Anas Kita x patut mnunding jari pd sesiapa pun andainya prkara ini trjd. Telah ditakdirkan hidup mereka begini. Ada yg akan insaf tp ada gak yg akn mngulangi prbuatan mereka ini tnpa rs brdosa. Sbgai ibu bapa kita hnya mmpu mmberi didikan, nasihat, teguran,bmbingn jika mereka mnyimpng dr landasan & sntiasa brdoa k hadrat Allah SWT agar trtutup pintu hati anak2 kita utk mlkukn prkara2 yg mnyimpng dari ajarn & tuntutn Agama. Jgn disish mereka2 ni supaya mereka xkn sesat lebih jauh.
      5 hours ago · · 2 peopleLoading... ·




    • Perjuang Bangsa Gelombang Kebangkitan Sekolah Ternakkan Ahli2 umno.............
      3 hours ago · · 2 peopleLoading... ·




    • Hilmi Zul
      Em...patut tunding jari k dri sndri sbnrya..sbb ini yang kita sndri yg mahukan kn..ok,mmg kta mmg tdak mahu smua ini terjadi ttp kita xsdr yg yg kita sndri yg mahu bnda ni terjadi eg pilihanraya..jd kita sndrilah msti berubah tuk kebahgian ...dri sndri mahupun masyarkat dskeliling kita.ushakan dahulu untuk merubah agr lbih kmbli kjln Islam yg sebenar..itu jer,tiada sesiapa yg dpt mmberi pertolongan selain Allah Tuhan Yg Maha Pengmpun..masih ada kesempatn lg tuk merubah negara Malaysia ini drpada bala n bencana seperti ni..Berubahlh utk dri sndri n berubahlah tuk negara kiat yg tercinta ini..Islam for AllSee More
      3 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Fendi Isa
      ini kesannya.Bila ISLAM sbgai agama anutan saja.BUKAN amalan yg MEYELURUH...mbuat perkara bukan dari hukum ALLAH....serta MEMBELAKANG hukum ALLAH...samala kita MENGHINA ALLAH...SEOLAH2...hukumlah XSESUAI lagi...SEOLAH2 kita LEBIH bijaksana ...dari ALLAH...esok jawab aje lah..kalau ia ISLAM..mana rotan 100x kali atau rejam bgi yg dah kawin(ni trmasuk duda dan janda...sbb ia dikira dah kahwin).... HUKUM ISLAM..menghukum serta mendidik...da di HUKUM di dunia...ia tidak dakwa lagi@lepas...di akhirat..sbb sudah dihukum ikut ISLAM d dunia.. kita xmahu ikut hukum ISLAM ssb kita ikut ULAMAK SUQ@ULAMAK ROSAK...maka kita rosak dan sesat mcm ulamak tu jugak...ur understandSee More
      3 hours ago · · 




    • Intan Jaliah tepat sekali!
      2 hours ago · · 1 personLoading... ·




    • Hussaini Abdul Karim
      Jawapan kepada soalan no. 1 diatas: Kerana sudah ada orang lain di Melaka yang nak menggunakan pompuan-pompuan yang telah termengandung itu selepas mereka beranak. Jadi, mereka boleh termenggandung lagi dan boleh terus menetap disekolah pom...puan-pompuan termengandung itu, kalu tidak, selepas beranak nanti, diorang akan kena pecatlah, susah tu nanti. Dah ada 'waiting list' pun. Ali R adalah orang yang pertama diikuti dengan TS lah dan diikuti dengan ....

      Salaams.

      HAK
      See More
      51 minutes ago · · 1 personLoading... ·




    • Fendi Isa ORANG KAKI ZINA DAN ADA CITA2 NAK BRZINA..MANA NAK HUKUM HUDUD..NANTI IA KENA REJAM DAN ROTAN...TAPI XINGAT DUNIA MGKIN LEPAS TAPI AKHIRAT TAK...TUNGGGGUUUUU....
      44 minutes ago ·




    • EgAponi Anis beromen sama2..tekan tubi pun sama2 buat..berpeluh,sakit pinggang,sakit perut pun bersama2 buat..bila mengandung je,tukang kayuh ghaib.bila bunting je,tiba2 tukang pancut sperma ghaib seolah2 budak2 ni mengandung ala2 siti maryam..mat ali nak selesaikan masalah buang anak..tapi mat ali tak nak selesaikan punca masalah.mat ali ternak budak2 menagndung suopaya ada tempat perlindungan.tapi mat ali tak nak cari tukang pancut sperma yg membuntingkan budak2 ni...seronoknya jadi jantan...main,pancut tinggal...(MPT)
      21 minutes ago · · 3 peopleLoading... ·




    • Pedy Pak Orang jawa kata melayu tu lari...
      Betul lah melayu bangsa yang lari dari Indonesia.
      20 minutes ago · · 1 personLoading... ·




    • Fendi Isa TU SEBAB HUKUM KENA JALAN..TUKANG TUBI PUN KENA REJAM ATAU ROTAN 100X...NI KENE PILIH KERAJAAN YG HENDAK MGHUKUM TUKANG TUBI SAMA...SAPE TAK SOKONG...BERMAKNA IA RELA TUKANG TUBI TU LEPAS...
      17 minutes ago ·




    • Hussaini Abdul Karim
      Pedy Pak Orang jawa kata melayu tu lari...
      Betul lah melayu bangsa yang lari dari Indonesia. Orang jawa kata , 'Babi Melayu, Babi Melayu'. Orang Melayu yang ada dekat situ terus marah kat orang Jawa tu. Lalu orang Jawa tu bilang, 'Aku bilang..., 'Babi Melayu', maknanya babi lari kat kebun aku tadi, bukan aku nak maki kamu'.

      Salaams

      HAK
      See More
      12 minutes ago · ·




    • EgAponi Anis mat ali takut kalau dia libatkan tukan tekan tubi,seolah2 dia menyidir pakar tekan tubi melaka sapa lagi kalau bukan mat rahim thamby...dah la melaka tu kecik,kalau bergaduh kang tak sempat PRU dun melak boleh bubar..kah kah kah ....
      11 minutes ago · · 1 personLoading... ·




    • Mustaffa Kamal Betol Yob, 100% betol. Mengkala teman, teman paksa pompuan yg termengandung tu bagi tau sapa yg mengandungkan dia.. paksa mcm sb paksa dlm lokap si 'Dato" peguam tunjuk dimana tempat di bako, dimana abu dibuang.. mesti budak pompuan termengandung ni bagi tau.. dah dpt jantan yg mengandungkan budak pompuan tu, kita laksanakan apa yg Yob nukilkan diatas tu.. JADI., sapa nak jadi squad SB yg boleh paksa pompuan ni bagi tau sapa buntingkan dia? Calon2 mesti badan sasa, muka garang! Ok ker yob?
      2 minutes ago · ·

BILA HUKUM ALLAH TIDAK PENDULI..DITAMBAH UNDANG2 ALLAH TIDAK DIJADIKAN UNDANG2 NEGARA

Teguk arak sambut raya

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

2010/09/2 
KUALA LUMPUR: Hampir 100 remaja punk dan skinhead menyertai gig atau ‘Pesta Mabuk Raya’ anjuran mereka di Desa Pandan di sini, Sabtu lalu, kononnya bagi melepaskan ketagihan selepas sebulan berpuasa.
BERHIBUR...sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig 
terbabit.
BERHIBUR...sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig terbabit.
Peserta gig itu yang kebanyakannya remaja Melayu tanpa segan silu meneguk arak di khalayak ramai sambil melayan lagu didendangkan kumpulan ‘underground’ yang bermula seawal jam 4 petang hingga 11 malam.

Apabila semakin ramai yang mabuk, pada kira-kira jam 9 malam berlaku pergaduhan termasuk ada yang membaling botol arak.

Menurut sumber, kekecohan itu menyebabkan segelintir penonton lari keluar dari bangunan berkenaan kerana bimbang terkena balingan botol.

“Pergaduhan itu berlaku hampir 30 minit sebelum dileraikan penganjur, namun tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya.

Sumber itu berkata, gig terbabit dianjurkan sempena menyambut Aidilfitri dan terbuka kepada kumpulan punk dan skinhead saja.
“Selain jemputan melalui pengedaran poster, penganjur juga menjemput mereka melalui laman sembang di Internet,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai perhimpunan haram itu dan menghantar sekumpulan anggota ke tempat kejadian pada kira-kira jam 11 malam.
“Dalam pemeriksaan itu, 10 peserta berusia 18 hingga 25 tahun yang disyaki berada dalam pengaruh dadah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan.

“Namun, hanya seorang disahkan positif dadah jenis methamphetamin dan akan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya


NAK BERHIBUR MENDAPAT PADAH


Dua maut, satu terjatuh ke laut

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Rudy Syareme Sheriffudin

2010/09/21 
GEORGETOWN: “Sebaik menghampiri kenderaan itu, saya lihat empat mangsa, sepasang di tempat duduk depan dan sepasang lagi di barisan tengah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
REMUK...Nissan Grand Livina remuk selepas merempuh jambatan 
menyebabkan enjinnya tercabut.
REMUK...Nissan Grand Livina remuk selepas merempuh jambatan menyebabkan enjinnya tercabut.
PARAH... seorang mangsa yang parah dibawa ke HPP untuk rawatan.
PARAH... seorang mangsa yang parah dibawa ke HPP untuk rawatan.
“Tempat duduk di belakang sekali kosong, namun saya diberitahu seorang penumpang lelaki yang duduk di situ tercampak ke dalam laut,” kata Lee Chui Yee, 45, saksi kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri manakala tiga rakan mereka cedera, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 malam di Kilometer 2.2, Jambatan Pulau Pinang ketika lima mangsa terbabit menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke pusat hiburan di bandar raya ini.

Mangsa terbunuh, Teh Bor Yi, 19, yang memandu MPV itu dan isterinya, Khor Lee Mui, 17. Pasangan suami isteri muda itu dikatakan baru menyambut kelahiran anak sulung perempuan mereka yang berusia dua bulan.

Lee berkata, kemalangan berlaku apabila MPV dipandu laju itu cuba memotong sebuah kenderaan di tengah lorong sebelum hilang kawalan lalu merempuh tembok kiri jambatan.

Menurutnya, MPV itu terbabas ke kanan jalan dan berpusing sebelum dilanggar lori membawa sayur-sayuran menyebabkan enjin kenderaan itu tercabut dan tercampak di tengah jalan.
“Saya berada di belakang kenderaan itu ketika kemalangan berlaku. Selepas memberhentikan kereta, saya menghampiri kenderaan itu. Ketika itu, saya lihat empat mangsa tidak sedarkan diri.

“Saya bersama beberapa pemandu lain cuba membantu mengeluarkan dua penumpang belakang dan anggota bomba dan penyelamat pula mengeluarkan pemandu dan penumpang depan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Prai, Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.24 malam sebelum sebuah jentera bersama dua pasukan Unit Tindakan Cepat Bermotosikal (RIM) bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dua penumpang di tempat duduk bahagian tengah dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan pihaknya mengambil masa 20 minit mengeluarkan suami isteri tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Katanya, seorang lagi mangsa tercampak ke dalam laut diselamatkan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Utara sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kami menerima bantuan dari Hospital Seberang Jaya dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membawa semua mangsa ke hospital, namun dimaklumkan dua daripada mangsa meninggal dunia di HPP,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Abd Rahim Din berkata, pasangan suami isteri, Teh dan Khor meninggal dunia di HPP kira-kira jam 1 pagi manakala tiga rakan mereka yang cedera dirawat di HPP.

Menurutnya, mangsa cedera ialah Lee Chun Hao, 17, (yang terjatuh ke dalam laut), Teh Bee Bee, 20, patah kaki kanan manakala Chiam Khee Wei, 17, dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Pemandu lori sayur bersama dua rakan wanitanya yang terbabit dalam kemalangan itu dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis ke Georgetown. Mereka tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati pasangan suami isteri itu mati akibat kecederaan dalaman yang teruk dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kakak Khor, Khor Liew Kim, 22, berkata, mendiang adiknya pada mulanya mahu duduk di rumah sebelum seorang rakan menghubungi mengajaknya berhibur di sebuah kelab malam di Upper Penang Road, Georgetown.

Menurutnya, adiknya bekerja di sebuah kedai berkahwin dengan Teh, seorang jurujual aksesori kenderaan, Januari lalu dan dikurniakan anak perempuan berusia dua bulan yang kebetulan ditinggalkan di rumah bersama kedua-dua ibu bapanya.

“Kejadian ini mengejutkan semua ahli keluarga dan ibu saya menangis tanpa henti kerana tidak mampu menerima kenyataan,” katanya.

Bapa Teh yang enggan dikenali pula berkata, kenderaan MPV itu milik rakan anaknya yang mengajak pasangan itu berhibur dan mereka tidak mampu menahan kesedihan, apatah lagi mengenangkan anak pasangan berkenaan yang masih lagi kecil

TAKDIR KENA TERIMA..CARARANYA...AGAK RALAT...KHUATIR DE KECUAIAN...


Hati berdetik

Oleh Iskandar Shah Mohamed

2010/09/21  
 
SEREMBAN: Persoalan menyelubungi keluarga bayi perempuan berusia tiga bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Paroi di sini, semalam.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
Difahamkan, bayi malang yang juga cucu kepada Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Umno Bahagian Seremban, Zadariah Ismail, 57, itu dikatakan ditemui pengasuh dalam keadaan sejuk dengan seluruh tubuhnya kebiruan dalam buaian di pusat asuhan terbabit.

Menurut Zadariah, sebelum pergi mengajar di dua sekolah berasingan sekitar daerah ini, ibu bapa bayi berkenaan, pasangan guru, Airul Anuar Abdul Aziz, 30, (anak Zadariah) dan Nurhida Md Nor, 26, menghantar bayi mereka ke pusat berkenaan, kira-kira jam 7 pagi.

“Saya yang sedang mengemas rumah tersentak apabila menerima panggilan daripada kakitangan pusat asuhan itu memaklumkan keadaan luar biasa cucu yang terlalu lemah dengan tubuhnya kebiruan, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Berikutan itu, saya dan suami, Abdul Aziz Ismail, 59, bergegas ke situ dan membawa cucu ke sebuah klinik berdekatan untuk rawatan.

“Namun, selepas doktor bertugas gagal membantu cucu melalui bantuan pernafasan selama lebih 30 minit, saya diminta segera ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut,” katanya ditemui di Bilik Mayat HTJS, di sini.
Menurutnya, dia amat terkejut dengan kejadian berkenaan kerana cucunya itu dilihat riang dan ceria ketika kali terakhir bertemu pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Taman Paroi Jaya, di sini, kelmarin.

“Hati ini bagaimanapun seolah-olah sudah terdetik akan kehilangan seorang cucu disayangi ketika mendukungnya keluar dari pusat asuhan terbabit.

“Selain keadaan badan yang sejuk, beberapa kesan lebam di tangan dan hitam di kedua-dua telinga turut dilihat pada bayi berkenaan,” katanya.

Kata Zadariah, ibu bapa Nur Azwa yang menetap di sekitar Sikamat di sini, mendirikan rumah tangga Jun tahun lalu dan jenazah bayi berkenaan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, hari ini.

Airul Anuar yang kelihatan sugul pula berkata, dia tidak pasti punca sebenar kejadian itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, seorang pengasuh pusat berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihaknya turut kecewa dengan insiden berkenaan yang pertama kali berlaku sejak 10 tahun beroperasi.

Menurutnya, kira-kira jam 10 pagi, dia menyusukan bayi berkenaan sebelum meletakkannya semula ke dalam buaian.

“Bagaimanapun, ketika mahu memandikannya dua jam kemudian, saya terkejut melihat tubuh bayi itu kebiruan dan segera menghubungi hospital serta ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat, dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya
NI KESAN ABAIKAN HUKUM ALLAH



Mayat ditemui tanpa telinga



2010/09/21
HULU SELANGOR: Perbalahan berhubung isu teman wanita dipercayai menjadi punca remaja lelaki dibunuh dalam keadaan kejam apabila kedua-dua telinga, jari telunjuk dan ibu jari tangan mangsa putus akibat ditetak dengan parang.
Mangsa disyaki diserang sekumpulan lelaki dikenali kemudian dicampak ke dalam lombong di padang golf di Serendah, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, bapa tiri mangsa sebelum itu membuat laporan polis pada Selasa lalu selepas mendapati mangsa tidak pulang ke rumah.

Katanya, lelaki terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 8.30 malam apabila mendapati anak tirinya tidak pulang dan gagal dihubungi selepas keluar rumah bersendirian. “Berdasarkan laporan dibuat itu, mangsa berusia 18 tahun dikatakan memakai baju-T berkolar hitam tertera perkataan ‘Club Chelsea’ dan seluar jeans berwarna biru.

“Selepas tiga hari dilaporkan hilang, polis dimaklumkan orang awam yang menemui mayat lelaki di dalam lombong,” katanya, Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa remaja dilaporkan hilang Selasa lalu berikutan pakaian dipakai menyamai gambaran diberikan bapa tirinya.

“Keadaan mayat mangsa mengerikan apabila kedua-dua telinga, jari telunjuk dan ibu jari tangan kirinya putus sama sekali. Mangsa dipercayai diserang dengan senjata tajam sekumpulan penyerang yang berniat membunuhnya.

Selain itu, katanya, siku tangan kiri, mulut dan muka mangsa ditetak, manakala pinggang ditikam dipercayai menggunakan senjata tajam.

Beliau berkata, polis menemui kesan bukti darah, kulit kepala bersama rambut dan subang kira-kira 50 meter dari tempat mayatnya ditemui.


Wanita disyaki mangsa perkosa ditemui dibunuh



2010/09/21

HULU SELANGOR: Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan semak berhampiran Jalan Kasturi, Bukit Sentosa, di sini, Jumaat lalu.
Mayat terbabit ditemui seorang pengumpul besi buruk yang sedang mengutip barangan lusuh di kawasan timbunan sampah berhampiran lokasi mayat itu dibuang kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat mangsa yang sudah mula reput ditemui dalam keadaan tertiarap ditutupi dengan kepingan papan dan kotak di kawasan pembuangan sampah di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Tagar, Jalan Kasturi, di sini, Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh kerana mendapati seluar jean berwarna biru yang dipakai mangsa dalam keadaan terlucut hingga ke bahagian bawah paha.

“Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepalanya hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

“Tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa namun, kepala dan muka mangsa didapati sudah berulat. Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa dipercayai sudah mati dalam tempoh kira-kira tiga hari,” katanya. Menurutnya, polis gagal mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Ketika ditemui, wanita terbabit hanya memakai kemeja-T berbelang putih dan kuning. Mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dan 30-an.

“Mangsa berambut panjang dan berkulit cerah namun polis belum dapat mengenal pasti identiti termasuk bangsanya kerana tidak menemui dokumen pengenalan diri bersama mayatnya,” katanya.

Menurut Norel Azmi, polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemui dua kayu beluti yang mempunyai kesan darah dan rambut mangsa dipercayai digunakan sebagai senjata oleh suspek untuk membunuhnya.

Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

“Kami masih menunggu hasil laporan bedah siasatan daripada hospital untuk mengenal pasti sama ada benar mangsa dirogol dan punca kematiannya. “Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian pembunuhan itu atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi kita atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan membuat pengecaman,” katanya.

Difahamkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga turut meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu polis dalam menyelesaikan kes itu.



Keluarga suspek mahu bela bayi dibuang anak mereka



2010/09/21

JITRA: Bayi perempuan yang ‘ditemui’ ibunya sendiri selepas dibuang di belakang sebuah rumah, dekat sini, Sabtu lalu, akan dipelihara sepenuhnya keluarga ibu bayi malang berkenaan.
Hasrat itu dimaklumkan ibu bapa kepada remaja berusia 20-an itu kepada pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam yang mahu menjaga sendiri bayi yang dilahirkan anak mereka di Taman Rasa Sayang, di sini.
Pegawai JKM Jitra, Mohd Shabbri Othman berkata, pihaknya akan memantau perkembangan ibu serta bayi berkenaan hingga mereka keluar dari hospital dan akan terus memberi sokongan kepada mereka.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor ditahan polis selepas disyaki membuang bayinya yang cukup sifat dan masih hidup.

Helah remaja wanita berkenaan yang berpura-pura konon menemui seorang bayi perempuan di belakang rumahnya selepas mandi tidak menjadi berikutan keadaan dirinya yang tidak bermaya dan lesu ketika diambil keterangan oleh polis.




Remaja parah ditembak perompak



2010/09/21
KULAIJAYA: Akibat berkeras tidak mahu memberikan wang kepada penjenayah, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun kini berada dalam keadaan kritikal akibat cedera parah di leher selepas ditembak dari jarak dekat di premis perniagaannya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.15 malam di Jalan Sawit, Taman Kelapa Sawit, di sini, mangsa bersama abangnya sedang bersiap untuk menutup kedai apabila penjenayah berkenaan masuk.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, suspek masuk ke kedai berkenaan dengan bertopi keledar tutup penuh.

“Penjenayah mengacukan pistol kepada mangsa serta mengarahkan mangsa menyerahkan wang.

“Terkejut diacu pistol, mangsa dan abangnya menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang berada berhampiran premis mereka,” katanya.

Penjenayah itu melepaskan sedas tembakan yang mengenai leher mangsa sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

Orang ramai gagal menahan penjenayah sebelum menghubungi polis.

Zulkefly berkata, penjenayah itu mungkin menggunakan pistol berkenaan bagi menakut-nakutkan mangsa tetapi bertindak keterlaluan dengan menembak remaja berkenaan apabila gagal mendapatkan wang atau panik kerana mangsa menjerit.

“Dia gagal mendapatkan wang tunai atau barangan di premis berkenaan dan polis sedang menjejaknya,” katanya.

Menurut Zulkefly, mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kini kritikal tetapi stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api kerana memiliki senjata api dan melakukan samun bersenjata,” katanya


Gadis nyaris diperkosa bekas banduan



2010/09/21
GUA MUSANG: Seorang gadis berusia 22 tahun nyaris menjadi mangsa rogol seorang bekas banduan dipercayai menggunakan taktik pukau sebelum memperdaya mangsa kononnya terkena buatan orang.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, gadis terbabit yang baru selesai bertugas di sebuah kedai 24 jam di bandar Gua Musang, dihampiri lelaki berusia 30-an itu memaklumkan dia terkena buatan orang sebelum menawarkan diri untuk membantu.
Gadis itu kemudian diperdaya lelaki berkenaan ke masjid berdekatan kononnya untuk mengubatinya.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki berasal dari Marang, Terengganu itu dikesan sepasukan Skuad Amru bersama penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang menyerbu masjid berkenaan selepas menerima maklumat orang ramai mengatakan ada pasangan berkhalwat di situ.

Pegawai Agama Jajahan Gua Musang, Anuar Hashim berkata, sebaik tiba di lokasi, lelaki terbabit sedang menjampi sesuatu sambil memegang bahu gadis itu.

Katanya, gadis itu kelihatan bingung dalam tandas masjid yang tidak berkunci.

“Sebaik tiba, kami dapati lelaki berkenaan sedang menjampi gadis itu dan air jampi diletakkan di atas lantai.

“Kami membuat serbuan kerana menerima maklumat orang ramai mengatakan ada pasangan berkhalwat namun lain pula berlaku,” katanya.

Anuar berkata sebelum kejadian suspek dikatakan bertemu gadis itu kira-kira jam 7 pagi dan meminta wang RM50 dengan alasan untuk meminjam sementara.

Katanya, dalam tempoh 10 minit, lelaki itu memperdaya mangsa sebelum mereka beredar ke masjid.

“Sebaik tiba di masjid, lelaki itu sekali lagi meminta wang RM270 bersama telefon bimbit mangsa sebelum mengajaknya ke tandas untuk dijampi bagi membuang buatan orang,” katanya.

“Apabila kami tiba, gadis itu dalam keadaan bingung dan lelaki terbabit mengaku mengambil wang RM320 bersama telefon bimbit dan berjanji memulangkan semula dalam tiga hari,” katanya.

Katanya, kedua-duanya dibawa ke Pejabat Agama Jajahan untuk siasatan lanjut dan lelaki itu juga mengaku dua kali dipenjarakan di Kedah kerana kesalahan cabul. pada 2001 dan 2006


Ibu hamil dicabul

Oleh Mary Victoria Dass

2010/09/21
JOHOR BAHRU: Tembelang seorang lelaki yang menonjolkan sifat murni termasuk bersungguh-sungguh mahu mencegah maksiat di kalangan penduduk di sebuah rumah pangsa di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini, terbongkar selepas dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sarat hamil lima bulan.
Lelaki itu juga memohon maaf terhadap perbuatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit suami mangsa baru-baru ini meskipun menyedari perbuatannya menimbulkan tekanan mental terhadap wanita berkenaan.
Mangsa yang berusia 31 tahun berkata, kejadian berlaku 30 Ogos lalu iaitu pada jam 7 pagi selepas dia menghantar anak ke sekolah dan terserempak dengan lelaki itu di tingkat tiga rumah pangsa berkenaan.

Wanita mualaf itu berkata, dia yang tinggal bersama keluarga di tingkat empat, menyapa lelaki berusia 40-an terbabit kerana sudah mengenalinya sejak lebih lima tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di pejabat guaman tidak menyangka lelaki itu tiba-tiba bertindak melampaui batas apabila menghampirinya dan melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Saya terkejut apabila lelaki itu meraba belakang bahu dan mencium pipi kiri sebelum saya menolak tangannya.

“Dia kemudian terburu-buru masuk ke rumahnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tampoi pada 1 September lalu.

Sementara itu, suami mangsa yang berusia 34 tahun berkata, dia bimbangkan kesihatan mental isterinya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa mengaibkan itu.

“Suami mana tidak tertekan jika isteri menjadi mangsa gangguan seksual tambahan pula ketika sedang mengandung.

“Kejadian berlaku ketika isteri saya sedang mengandung dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan akibat tertekan,” kata bapa kepada dua anak itu.

Menurutnya, walaupun lelaki itu meminta maaf menerusi SMS, dia dan isteri khuatir dengan keselamatan wanita serta kanak-kanak perempuan di situ.

Dia mendakwa polis juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu biarpun laporan polis sudah dua kali dibuat


Nyaris dicabul dalam semak

KAMPUNG PAYA KEMUDI - Seorang penuntut perempuan di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sini nyaris menjadi mangsa seorang lelaki gila seks apabila kehormatannya cuba dinodai ketika berada dalam sebuah kereta milik suspek, malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mengikut lelaki berkenaan yang mahu menghantarnya ke kampusnya di Teluk Gadung, Dungun selepas turun dari bas ekspres di Perhentian Bas Kota Bharu.

Suspek yang pura-pura berlagak baik dikatakan mempelawa mangsa menumpang keretanya dari Kota Bharu ke Dungun.

Sebaik sampai di Dungun, suspek dikatakan tidak menghantar mangsa ke kampus, sebaliknya membawanya kawasan sunyi dalam semak.

Bagaimanapun, usaha suspek memaksa gadis itu melakukan hubungan seks dengannya gagal apabila mangsa meronta sebelum menjerit meminta tolong.

Seketika kemudian, beberapa pemburu babi hutan berbangsa Cina yang kebetulan berada di kawasan berdekatan mendengar jeritan mangsa dan menghampiri kereta suspek lalu berjaya menghalang usaha suspek menodai gadis terbabit sebelum menghubungi pihak polis.

Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis diketuai Ketua Polis Balai Dungun, Cif Inspektor Sabri Mohamed Nor bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek.

Mangsa yang masih trauma dengan kejadian itu kemudiannya dibawa ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan suspek berumur 39 tahun berasal dari Pasir Mas, Kelantan kini ditahan reman untuk membantu siasatan berkaitan


Sembunyi bawah tilam

DUNGUN - Hubungan sulit pasangan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang menjadikan se-buah rumah teres sebagai lokasi berasmara mengundang padah.

Ini sebab, tempat persembunyian mereka di kawasan kediaman penduduk diserbu pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Daerah.

Perbuatan sumbang itu terbongkar apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi di rumah bernombor PT 7098 Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir Dungun itu membawa kepada penahanan sepasang kekasih berumur 19 tahun yang masih menuntut di IPTA tempatan.

Berikutan itu, pasangan terbabit, Zaki Arif Ahamad, 19 dan pasangannya, Puteri Noor Faten Aroha Ibrahim @ Othman, 19, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut sebahagian ringkasan kes, kertas pertuduhan yang dibaca Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pagi semalam, ketika serbuan dilakukan, pintu utama tertutup dan berkunci manakala tingkap tertutup rapat.

Sebaik salam diberikan anggota penguat kuasa, pintu rumah kemudiannya dibuka seorang perempuan (tertuduh perempuan), keadaan dalam rumah ketika itu gelap sebelum anggota penguat kuasa mengarahkan tertuduh membuka lampu.

Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati, seorang lelaki (tertuduh lelaki) sedang berbaring di bawah tilam dalam sebuah bilik nombor satu.

Hasil siasatan, pasangan terbabit yang ketika itu difahamkan masih lagi belajar di pusat pengajian tinggi didapati tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Selepas mendengar hujah yang dikemukakan Pendakwa raya yang mengambil kira pengakuan dan rayuan yang dibuat kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara kepada pasangan terbabit.

Kedua-dua tertuduh, Zaki Ariff dari Telok Panglima Garang, Selangor dan pasangannya, Puteri Noor Faten Farah Aroha dari Setiu, Terengganu, masing-masing yang tidak diwakili peguam akhirnya memilih untuk membayar denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah


Bimbang pergaulan di Sekolah Harapan

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Penerangan Pas Negeri Terengganu, Zakaria Dagang bimbang dengan pergaulan di Sekolah Harapan melibatkan remaja yang hamil luar nikah dan mereka yang hamil kerana berkahwin muda.

Menurutnya, kesan daripada tidak mengasingkan dua kategori pelajar terbabit dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial lain terutama mengheret sama pelajar yang hamil kerana berkahwin muda dengan gejala negatif.

Beliau percaya kedua-duanya memiliki kehidupan sosial yang berbeza dan perlu ada pengasingan bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Sekiranya mereka benar-benar mahu menyelesaikan masalah yang berlaku, perlu ada pengasingan supaya ia tidak mempengaruhi berlakunya perkara tidak diingin kerana kita berpendapat mereka yang hamil luar nikah mungkin lebih ramai berada di sekolah tersebut berbanding yang hamil kerana kahwin muda,” katanya, semalam.

Dalam masa sama, Zakaria menegaskan isu sedemikian hanya boleh diselesaikan melalui penyelesaian asas berdasarkan pelaksanaan undang-undang Islam.

Monday, September 20, 2010

mati teraniaya

Sosilawati mati teraniaya: Nik Aziz


GOMBAK - Kediaman keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis di sini terus menerima kunjungan pelbagai pihak semalam, termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas itu tiba jam 12.55 tengah hari, diiringi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Nik Abdul Aziz, yang mewakili rakyat Kelantan, mengucapkan takziah kepada anak-anak dan saudara-mara Allahyarham dan meminta mereka bersabar menerima ujian. Turut berada di kediaman itu ialah bekas suami Allahyarham, Buhari Mohamad.

“Arwah mati teraniaya. Jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipatgandakan.

“Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga, sama ada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja. Itu menjadi kewajipan orang Islam. Lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

“Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita,” katanya.

Buhari berkata, beliau terharu dengan kunjungan Nik Abdul Aziz dan Salahuddin dan ucapkan terima kasih kepada mereka.

PATUT KENA BERTEGAS DENGAN HUKUM ALLAH...KENAPA KITA TAKUT SANGAT MELAKSANAKAN...

Sembunyi bawah tilam


DUNGUN - Hubungan sulit pasangan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang menjadikan se-buah rumah teres sebagai lokasi berasmara mengundang padah.

Ini sebab, tempat persembunyian mereka di kawasan kediaman penduduk diserbu pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Daerah.

Perbuatan sumbang itu terbongkar apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi di rumah bernombor PT 7098 Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir Dungun itu membawa kepada penahanan sepasang kekasih berumur 19 tahun yang masih menuntut di IPTA tempatan.

Berikutan itu, pasangan terbabit, Zaki Arif Ahamad, 19 dan pasangannya, Puteri Noor Faten Aroha Ibrahim @ Othman, 19, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut sebahagian ringkasan kes, kertas pertuduhan yang dibaca Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pagi semalam, ketika serbuan dilakukan, pintu utama tertutup dan berkunci manakala tingkap tertutup rapat.

Sebaik salam diberikan anggota penguat kuasa, pintu rumah kemudiannya dibuka seorang perempuan (tertuduh perempuan), keadaan dalam rumah ketika itu gelap sebelum anggota penguat kuasa mengarahkan tertuduh membuka lampu.

Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati, seorang lelaki (tertuduh lelaki) sedang berbaring di bawah tilam dalam sebuah bilik nombor satu.

Hasil siasatan, pasangan terbabit yang ketika itu difahamkan masih lagi belajar di pusat pengajian tinggi didapati tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Selepas mendengar hujah yang dikemukakan Pendakwa raya yang mengambil kira pengakuan dan rayuan yang dibuat kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara kepada pasangan terbabit.

Kedua-dua tertuduh, Zaki Ariff dari Telok Panglima Garang, Selangor dan pasangannya, Puteri Noor Faten Farah Aroha dari Setiu, Terengganu, masing-masing yang tidak diwakili peguam akhirnya memilih untuk membayar denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah.

TAK TAHU SAPE YANG BENAR...DENGAR DENGAN TELITA KEDUA2 BELAH PIHAK...PASTI YANG DICERITA ITU BETUL...BARU KITA TENTUKAN..SEKARANG BERGADUH RUMAH TANGGA...KITA HANYA DENGAR SEBELAH PIHAK...PASTU TU MENGHUKUM...MANA BOLEH...JANGAN MENCERAI BERAI RUMAH TANGGA ORANG..JIKA SABIT DENGAN HADIS...TAK BOLEH CIUM SYURGA TERMASUK SI BATU API .....KAUNSELOR RUMAH TANGGA KENA BERHATI2....

Wan Chik Elak Sengketa Tidak Ziarah Kematian M.Rajoli 

PETALING JAYA: Isteri kedua kepada pelakon M.Rajoli iaitu Wan Chik Daud (gambar) tidak hadir pada majlis pengkebumian suaminya pada Sabtu lalu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi sengketa diantara beliau dengan keluarga isteri pertama Allahyarham.
Wan Chik yang juga bekas juruhebah radio RTM itu berkata, dia juga kesal apabila tidak diberitahu mengenai kematian Allahyarham lebih awal termasuklah ketika arwah berada dalam keadaan nazak.
“Saya hanya mengetahui Allahyarham meninggal dunia selepas seorang rakan artis menghubungi saya. Malah seorang anak Allahyarham hanya memaklumkan kepada saya ketika jenazah sudah siap untuk dikebumikan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.
Pelakon M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 17 September lalu kira-kira pukul 10.45 malam akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu.
Akibat penyakit itu Allahyarham menjadi lumpuh satu badan sehingga terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur keesokkan harinya tanpa kehadiran isteri kedua, Wan Chik.
Menurut Wan Cik, dia sudah lama berkecil hari dengan ahli keluarga isteri pertama Allahyarham sehingga dia merasa kehadirannya untuk majis pengkebumian itu tidak diperlukan selain tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Bukan saya tidak mahu pergi. Sebagai isteri saya amat merindui suami setelah setahun setengah tidak berjumpa, cuma saya tidak mahu mengeruhkan 'sengketa' dengan keluarga isteri pertama," jelasnya yang memberitahu sering termimpi Allahyarham sebelum kematiannya.
Jelasnya lagi, tiada gunanya dia pergi menjenguk jenazah suami yang sudah terbujur kaku sedangkan semasa hayat dia tidak dapat bertemu dengan Allahyarham.
"Kehadiran saya di majlis pengebumian tidak dirasai oleh arwah. Bagi saya, tiada gunanya untuk menunjuk kasih sayang dengan menangis di kubur.
"Biarpun tidak dapat bertemu tapi kami berdua sudah berjanji untuk bertemu semula di akhirat. Saya pasrah dan reda dengan apa yang telah terjadi. Sebagai isteri saya hanya mampu menghadiahkannya bacaan doa dan surah Yasin kepada Allahyarham," ujarnya yang menafikan dia berada di Amerika Syarikat ketika majlis pengebumian seperti dilaporkan media.
Namun begitu, dia akan menziarahi pusara Allahyarham selepas tempoh edah selama empat bulan 10 hari tamat.
"Insya-Allah saya akan datang menziarahi juga kubur arwah selepas tamat edah dan merancang untuk menunaikan umrah sekali lagi," katanya sambil menangis teresak-esak menceritakan keadaan tersebut kepada mStar Online.



Wan chik nafi salah guna harta M. Rajoli

 



Wan Chik (kanan) melayan kunjungan artis yang melawat M. Rajoli ketika Allahyarham dirawat di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada November 2007.




KUALA LUMPUR - Isteri kedua Allahyarham M. Rajoli, Wan Chik Che Daud@Othman, 70, menafikan dakwaan beliau telah menyalahgunakan harta arwah suaminya dan berada di Amerika Syarikat sewaktu jenazah pelakon terkenal itu dikebumikan tiga hari lalu.
Wan Chik atau lebih mesra dipanggil Kak Wan berkata, beliau selama ini hanya mendiamkan diri kerana mahu menjaga imej suaminya.
Namun selepas tidak tahan dengan pelbagai tohmahan termasuk dakwaan menyalahgunakan wang dan kereta Mercedes Benz arwah suaminya, Wan Chik yang berkahwin dengan M. Rajoli pada tahun 1986 terpaksa membela diri.
Sebagai isteri kedua, beliau selama ini menjaga protokol dan menganggap isteri pertama suaminya, Hashimah Mohd. Din, 56, dan anak-anak mereka lebih berhak terhadap arwah.
"Dakwaan yang mengatakan Kak Wan salah guna duit arwah tidak betul.
"Sebenarnya kos perubatan abang bernilai RM300,000 tidak perlu dibayar kerana Kak Wan pesara kerajaan dan arwah menggunakan kemudahan itu dengan percuma," tambah Wan Chik ketika dihubungi di sini semalam



KOMEN


BIASALAH..ORANG BERGADUH....IA AKAN CERITA YANG DIRINYA BAIK SERTA BETUL... ...MENCERITA PERKARA2 YANG JAHAT2 DAN TAK BETUL DISEBELAH SATU LAGI...IA TAK CERITA JAHATNYA SENDIRI DAN CERITA KEBAIKAN2 YANG SEBELAH LAGI...

AWAS KITA JANGAN TERPENGARUH DENGAN AIR MATA..NI BIASA BILA TERLALU SEDIH...TIADA DALIL ORANG MENANGIS MESTI CAKAP BETUL...JANGAN KITA BERSUBAHAT ORANG MACAM NI...IA BERBOHONG MUNGKIN..TOKOK DAN TAMBAH..MEMBURUKKAN ORANG LAIN...MEMUTUSKAN SAITULRAHIM..YANG BERAT MENGADU DOMBA....RENUNG2LAH..
NI DITUJUKAN KEPADA SEMUA...LEBIH2 HAKIM2...KAUNSELOR2 RUMAH TANGGA..ANAK2..SAUDARA MARA...DAN LAIN2...ADAKAH NAK TERMASUK ORANG MEZALIMI ORANG...MENYEBELAH ORANG BERBOHONG ATAU MENGADU DOMBA...

NI TAK KISAHLAH...BAIK SUAMI ATAU ISTERI....ADA LAGI DAHSYAT DITAMBAH DENGAN MEMBUAT PERKARA YANG DILARANG...IAITU JUMPA BOMOH2...UNTUK MELAKUKAN SIHIR..

SYAITAN PUNYA PROJEK...BELUM NIKAH DIHASUT2 JANGAN NIKAH CEPAT..AGAR BOLEH TAMBAH DOSA...

DAH KAWIN DIHASUT BIAR BERCERAI....BOLEH DIKEMBANGKAN DOSA..PEMUSUHAN,,,KEMAKSIATAN2 YANG LAIN...DAN MENGADU DOMBA...BOHONG USAH CERITALAH...

INGAT...KADANG2...ALLAH BAGI CASH@TUNAI DI DUNIA....KITA TUNGGUUUUUU....


PERINGATAN..

TAK CIUM SYURGA DUA SEBAB DISINI...BERDASARKAN HUKUM@HADIS...


1. MENGADU DOMBA
2. MOHON CERAI KEPADA SUAMI DENGAN TIADA      SEBAB YANG BENARKAN...OLEH SYARAK
    KECUALI ADA PERKARA2 SYARAK MEMBENARKAN SEPERTI DIPUKUL DIZALIMI DLL.
  
CERAI NI HARUS TAPI DIBENCI OLEH ALLAH HINGGAKAN BERGEGAR ARASY
 


....BAGI SUAMI...
    A. NASIHAT
    B. ASING TEMPAT TIDUR
    C. PUKUL BAGI PENGAJARAN...TAPAK KAKI ATAU PUNGGUNG DGN TIDAK MELAMPAU...
    JIKA BAIK SEMULA...TERIMALAH..JANGAN CARI2 LAGI KESALAHAN2NYA..NI KIAS JUGA 
     PADA SUAMI..
    
DALAM ISRAQ MIKRAJ DICERITAKAN...WANITA BANYAK PENGHUNI NERAKA...ANTARA SEBABNYA...DERHAKA PADA SUAMI...


WANITA AMAT MUDAH MASUK SYURGA..

1. SOLAT..(AKIDAH BENAR DAN IBADAH YG SAH)
2. .PUASA CUKUP...QADA JIKA XCUKUP...(AKIDAH YANG BENAR DAN IBADAH YG SAH)
3.  MENJAGA MARUAH
4.  TAAT PADA SUAMI.(TIDAK DERHAKA) ...ini yang susah..sbb hasutan dari syaitan dll..

TIPU SEKARANG BANYAK BERLAKU...RAMAI KALANGAN ORANG YANG TAK MENGIRA DARI MANA SUMBER ITU ...SAMA ADA HARAM ATAU HALAL

Pekerja kesayangan penipu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Muhd Izawan Baharin, Aniza Zainudin, Hamizah Badiran dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/20 

KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut ‘ditikam dari belakang’ oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.
pix_middle
Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.

Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan.

Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis.

“Malah, pekerjanya itu turut diamanahkan untuk menerima cek pembelian produk daripada stokis di seluruh negara sebelum cek terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

“Malangnya, kepercayaan Sosilawati itu dibalas sebaliknya apabila seorang daripada pekerja syarikat terbabit menggelapkan cek diserahkan stokis produk kosmetik terbabit tanpa disedari sesiapa,” katanya.
Menurutnya, ada kemungkinan bekas pekerja Sosilawati terbabit sengaja mengubah nama penerima cek itu yang sepatutnya ditulis atas nama syarikat kosmetik berkenaan.

“Bagaimanapun, penipuan licik itu terbongkar selepas Sosilawati menyedari sesuatu tidak kena terhadap jumlah wang dalam akaun syarikatnya sebelum menyoal siasat pekerjanya itu.

“Difahamkan, Sosilawati cuba mendapatkan bukti dan buku kira-kira berhubung penyelewengan duit syarikatnya itu, namun gagal. Ada kemungkinan semua bukti terbabit sengaja dihilangkan bagi menyukarkan tindakan undang-undang diambil Sosilawati,” katanya.

Berdasarkan keluhan Sosilawati kepada kenalan dan rakan perniagaannya, dia percaya pekerja berusia lewat 20-an terbabit melarikan wang syarikat berjumlah jutaan ringgit.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Sosilawati memecat atau pekerja terbabit menghilangkan diri, namun pekerja wanita itu tidak lagi berkhidmat di syarikat berkenaan seminggu sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

“Apa yang saya tahu, selepas menyedari penyelewengan itu, Sosilawati sibuk mengemas kini buku kira-kira syarikat selain cuba mendapatkan kembali resit pembelian daripada stokis yang membuat pembelian produk daripadanya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, Sosilawati bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung penyelewengan berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila pihak keluarga mendapat tahu bekas pekerja Sosilawati terbabit turut cuba tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan Sosilawati. Tidak pasti dari mana modal perniagaan itu diperoleh,” katanya yang enggan namanya didedahkan berikutan bimbang ia boleh mengeruhkan hubungan keluarga.

Sementara itu, rakan baik Sosilawati yang juga pengasas produk De’ Wajah, Junaidah Kiting yang dihubungi turut memberitahu pernah menerima panggilan telefon daripada arwah sahabatnya itu yang mengeluh dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pekerja terbabit.

Menurutnya, Sosilawati marah dan tidak menyangka pekerja kesayangannya itu sanggup menipu dan memperdayanya.

“Bagaimanapun, saya tak tahu butiran terperinci berikutan Sosilawati ketika itu sibuk mengira anggaran kerugian dialami melalui stokis yang membuat pembayaran sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Junaidah sekali lagi menyatakan kesudiannya untuk membantu anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, meneruskan perniagaan kosmetik ibunya itu dengan memberikan apa jua nasihat berhubung pengurusan perniagaan terbabit.

“Sebagai antara rakan karib Sosilawati yang sama-sama menceburi perniagaan ini sejak lebih 10 tahun lalu, saya turut berasa bertanggungjawab bagi membantu anak-anak Sosilawati sekiranya diperlukan,” katanya








Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
Hazayani Zakaria  
 
GOMBAK, 20 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu. Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.
Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.
"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.
"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.
"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut


Kes Sosilawati: DNA forensik temui bukti?
Wan Nik Wan Yussof   
Terbaru akhbar melaporkan sebagai “pembunuhan kejam Sosilawati” masih bergantung kepada penemuan dan analisis pakar forensik bagi mengukuh bukti untuk mengesahkan kes yang berprofil tinggi yang masih dalam siasatan polis. Setakat ini dilaporkan enam pakar forensik bekerja keras menganalisis bukti. Antara bukti penting yang ditemui dan dianalisis ialah tulang yang dikumpul. Tulang itu belum tentu milik siapa selagi keputusan analisis belum diumumkan.

Profil DNA akan ditemui melalui analisis kimia berpandukan kepakaran pihak pakar forensik. Selepas itu, DNA dijadikan petunjuk bagi mengesahkan ia milik siapa atau hubungan DNA itu dengan individu tertentu. Walaupun begitu bukan suatu prosedur tetap (dalam kaedah penyiasatan) bagi pakar forensik untuk bergantung sepenuhnya kepada profil DNA. Dalam kes tertentu pakar forensik boleh merumuskan analisis kimia secara bebas bagi menentukan sesuatu kes melibatkan pembunuhan.

DNA

Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan sebatian kimia kompleks mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus di dalam nukleus setiap sel. DNA boleh memberi maklumat
yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu. Justeru, analisis DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identiti seseorang berdasarkan kaedah saintifik. Setiap unit nukleus (nukleotida) dari sel yang dikaji biasanya mengandungi tiga molekul asas iaitu gula deoksiribosa dan bes bernitrogen yang terangkai bersama kumpulan fosfat. Satu molekul pula boleh mengandungi antara empat hingga lima juta unit nukleotida.

Analisis forensik penentu kes?

Apa pun penyiasatan polis ada cara dan teknik tersendiri untuk mengetahui sesuatu kes jenayah berlaku boleh atau tidaknya indidvidu tertentu disabitkan. Apa yang utama, pihak polis perlu ada petanda dan bukti kukuh untuk mensabitkan sesuatu kes. Profil DNA hanyalah salah satu cara yang bersifat saintifik boleh membantu penyiasatan mahu pun keputusan mahkamah.

Forensik Teo Beng Hock

Sebelum ini berlaku perdebatan panjang dalam sesi inkues kematian Teo Beng Hock berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Pornthip Rojanasunand, ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok, Thailand.

Laporan itu bercanggah dengan penemuan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim yang berpuas hati betapa kematian Teo berpunca dari kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Sedangkan Dr Pornthip merumuskan kebarangkalian 80 peratus kematian Teo itu adalah bersifat homisid (pembunuhan) dan menganggap kecederaan pada lubang dubur sebenarnya telah berlaku sebelum Teo didakwa sebagai terjatuh. Malah kecederaan itu dikatakan tidak selaras dengan kecederaan lazim mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi. Maka, rumusan dan keterangan pakar patalogi itu sudah tentulah mendorong kepada persoalan, bagaimanakah penemuan pakar forensik itu didapati begitu berbeza.

Pernah juga dalam kes Anwar Ibrahim, analisis DNA turut menjadi isu yang dikaitkan dengan konspirasi sehingga memutar belit fakta penghakiman. Sehingga Anwar dituduh mempunyai seorang anak luar nikah. Namun ujian DNA menerusi sampel darah telah menolak tuduhan tersebut dan anak yang dimaksudkan bukan anak Anwar.

Kes Sosilawati

Katanya sampel tulang sudah ditemui oleh pakar forensik. Tempat ditemui adalah dari sungai yang didakwa ia dibuang oleh suspek. Tulang itu tulang milik siapa, hanya hasil DNA boleh menjelaskan profilnya. Persoalannya, sebelum terhasilnya tulang, jasad mangsa kes Sosilawati (seramai empat orang) dikatakan hilang (sejak 30 Ogos 2010) dan dibunuh, dibakar dan dibuang ke Sungai Panchau, Tanjong Sepat sebagaimana kenyataan polis.

Apa yang pasti, ujian DNA berasaskan pendekatan analisis kimia, sedangkan tulang yang ditemui telah mengalami proses kimia yang cukup matang, kerana dibakar dan terendam dalam air sudah lebih seminggu.
Apakah pasti sifat asal tulang itu masih utuh dengan nilai-nilai gen atau biologinya? Mungkin pakar forensik, lebih-lebih lagi teknologi DNA ada jawapannya.

Namun, daripada penelusuran kes Teo mahupun Anwar, pendekatan forensik boleh mencelarukan bukti-bukti kes yang disiasat atau bakal diputuskan. Analisis DNA dan penemuan pakar forensik juga ada kelemahan, iaitu memungkinkan berlaku manipulasi pihak tertentu atau salah urus atas sifat human factor. Justeru, ujian atau analisis DNA bukan penyelesai mutlak. Ia sekadar panduan untuk diambil perhatian dalam mengaitkan bukti-bukti jenayah yang berlaku.

Apa pun, masyarakat masih mengharapkan agensi polis dapat menyiasat secara betul dan cemerlang dalam memastikan pelaku atau suspek jenayah mendapat pembalasan setimpal di dunia sebelum mendapat hukuman mutlak Allah SWT di akhirat kelak. * Penulis adalah merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan


pilih bulu kod 

Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Sultan Selangor diharap tidak membiarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terus bersikap double standard apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak beragama Islam masuk ke dalam masjid, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek, Mahfuz menempelak sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
"Sebelum ini Mais mengambil alih Surau Al-Huda di Kajang kononnya kerana Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di surau itu manakala Khusrin pula memberikan 'fatwa' kononnya orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar'.
"Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin yang turut digunakan oleh (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) apabila Kamalanathan berada di dalam masjid?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu memperlihatkan Pengerusi Mais dan Pengarah Jais ‘menggunakan neraca politik’ dalam tindakan mereka.
"Mereka jelas menampakkan bahawa mereka menggunakan neraca politik dan bukan neraca agama dalam tindakan mereka.
"Lebih dari itu, mereka juga memperlihatkan dengan amat jelas bahawa mereka adalah kakitangan Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Mahfuz.
Perbuatan mereka juga, katanya lagi, boleh menyebabkan diri mereka dianggap memberikan nasihat yang berbentuk hasutan kepada Sultan.
"Apabila mereka bersikap double standard dalam isu Teo dan Kamalanathan, amat jelas mereka melakukan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah Sultan Selangor," kata beliau.
Sebab itulah, kata Mahfuz, beliau berharap Sultan Selangor tidak membiarkan kedua-duanya menjadikan hal-ehwal Islam sebagai mangsa kepentingan politik mereka.


insyaAllah....ni kesan jika terlalu menindas..pilih bulu@pilih kasih..mereka terasa dizalimi...


Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
Harakahdaily   
KOTA BHARU, 20 Sept: Di samping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya.

"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa.

"Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini.

Menurut beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, usaha dan doa harus selari sebagai syarat mencapai sesuatu kejayaan termasuk dalam kes menuntut royalti ini.

Tindakan saman itu juga menurut Husam dibuat secara bersungguh dan bukan-main demi menuntut kembali hak rakyat negeri seperti termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kalaupun hakim itu duduk sebelah 'dia' sedangkan petroleum itu memang hak kita, kita doa sampai kerajaan Malaysia terbalik.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas tuntutan secara rundingan hak petroleum negeri itu tidak berhasil.

Tuntutan tersebut seperti kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh kerajaan Persekutuan

Sunday, September 19, 2010

SAMBUTAN HARI MALAYSIA..BERLAKU ROGOL@ZINA...MABUK LAGI

Gadis dirogol ketika mabuk

Oleh JUNAIDI LADJANA dan CLEO WILL
am@hmetro.com.my
2010/09/18

KOTA KINABALU: Akibat termakan ajakan, seorang gadis berusia 17 tahun bukan saja dipaksa minum minuman keras sehingga mabuk, malah dijadikan pemuas nafsu lelaki baru dikenali di dalam sebuah van di ladang kelapa sawit di Keningau, Khamis lalu.
Terdahulu, mangsa mengenali suspek dikenali sebagai Amiz, berusia 20-an, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengajak mangsa ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan konsert di Padang Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menerima pelawaan itu dan dijemput suspek bersama dua lagi rakannya dengan menaiki sebuah van.

Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Kota Kinabalu yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Keningau, suspek memaksa mangsa meminum minuman keras.

Sebaik melalui ladang kelapa sawit, suspek merogol mangsa dengan disaksikan dua lagi rakan suspek dan selepas memuaskan nafsu, lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumahnya, kira-kira jam 10 malam hari sama.
Kejadian malang yang menimpa mangsa terbongkar apabila bapanya mengesyaki perkara buruk berlaku ke atas anak gadisnya yang berkurung dan menangis di dalam bilik sejak pulang daripada ‘menyaksikan konsert’.

Apabila ditanya, mangsa pada awalnya enggan menceritakan apa yang berlaku tetapi selepas didesak, gadis berkenaan mengaku dirogol teman barunya.

Berang dengan pengakuan itu, bapa mangsa membawa anak gadisnya ke balai polis untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan itu dan polis memburu tiga suspek berdasarkan maklumat diterima.

“Siasatan awal mendapati mangsa hanya mengenali suspek dan sering berhubung melalui SMS sebelum bertemu buat kali pertama pada petang Khamis lalu.

“Suspek menggunakan pelawaan ke Kota Kinabalu bagi menyambut Hari Malaysia sebagai alasan untuk mengambil kesempatan merogol mangsa.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (c) Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang ada maklumat supaya menghubungi polis membantu siasatan,” katanya.