Thursday, August 23, 2012

ADA YANG MASUK....DAN ADA YANG TAK SEDAR KELUAR...BELAJAR AGAMA MALAS...

Keperitan hidup buka pintu hati pilih Islam

Posted on the August 23rd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Mariam melihat Ismail melakukan kerja di bengkel.
Setiap insan tidak pernah mengharapkan kehidupan yang perit namun, jika ia berlaku seseorang itu harus melaluinya dengan penuh kesabaran.
Bagi saudara baru, Ismail Tan Abdullah, 51, kenangan pahit yang ditempuhinya sejak kecil menjadi pendorong dan membuka hatinya untuk memeluk agama Islam.


Menurutnya, kehidupan dirinya tidak pernah sempurna seperti insan lain apabila dia mengalami masalah keluarga sejak kecil.
“Kehidupan saya penuh dengan kesedihan sejak kecil apabila keluarga saya tidak pernah memberi perhatian terhadap saya sejak bapa berkahwin dua menyebabkan saya dipinggirkan daripada mendapat kasih sayang seorang bapa.
“Ayah sering memukul dan memarahi saya setiap hari sehingga menyebabkan saya merasa semakin tertekan. Saya mengambil keputusan melarikan diri ke Kelantan dan Terengganu ketika berumur 13 tahun,” kata anak kedua daripada lima beradik ini.
Ismail berkata, dia melarikan diri dari rumahnya di Kuala Ketil Batu Dua selepas selesai mengutip duit sempena perayaan Tahun Baru Cina kerana tidak tahan lagi untuk terus berdepan dengan sikap bapanya.
“Saya mengutip duit raya sekitar rumah jiran dan memperoleh RM100. Wang itu saya belanjakan ketika saya melarikan diri. Niat melarikan diri itu dimaklumkan kepada jiran dan saya melarikan diri dengan menahan sebuah lori tanah yang sedang dalam perjalanan menuju ke negeri itu,” katanya.
Menurutnya, setelah tiba di negeri itu, dia tiada tempat untuk dituju sehinggakan beberapa hari dia berkeliaran di negeri itu. Wang yang ada juga habis digunakan dan dia terpaksa hidup dalam kelaparan sehingga terjumpa seorang lelaki yang dipanggil Tok Aji.
Tok Aji datang menemuinya atas dasar simpati melihat keadaannya yang begitu daif di sebuah pondok rehat.
Ismail berkata, dia segera menceritakan keadaannya yang sebenar kepada lelaki itu lalu dia dibawa menetap bersama Tok Aji dan segala keperluannya ditanggung lelaki itu.
“Saya menumpang dengan keluarga itu lebih 16 tahun, pada mulanya Tok Aji meminta untuk memanggil saya dengan nama Ismail kerana dikatakan nama Cina saya sukar untuk dipanggil.
“Saya mempelajari banyak perkara berkaitan Islam sepanjang menetap di situ memandangkan penduduk di situ beragama Islam,” katanya.
Enggan berkahwin
Ismail berkata, dia bekerja sebagai mekanik dengan keluarga itu sehinggalah pada satu hari Tok Aji meminta dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan salah seorang lapan anak perempuannya.
“Saya tidak dapat menunaikan permintaan Tok Aji itu kerana beranggapan semua anaknya itu sebagai adik-beradik saya sahaja menyebabkan saya bertindak melarikan diri dari rumah itu.
“Ketika umur saya hampir 30 tahun, saya berkahwin dengan wanita Cina dan dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, rumah tangga saya tidak bahagia bersama isteri saya ketika itu dan berpisah,” katanya.
Menurutnya, selepas setahun berpisah dengan isterinya, dia membawa dua anak menetap bersamanya manakala anak sulung tinggal bersama ibunya sehingga kini.
“Saya berhijrah ke daerah Pendang kerana ingin menunaikan permintaan Tok Aji yang meminta saya memeluk Islam.
“Saya menemui seorang ustaz di Pendang dan meluahkan keinginan saya untuk memeluk Islam dan segala proses memeluk Islam itu diuruskan beberapa ustaz yang mengambil saya sebagai anak angkat,” katanya.
Anak juga masuk Islam
Ismail mengakui sendiri bahawa hidupnya bertambah baik sehingga kini setelah memeluk Islam.
Dia juga berkahwin bersama Mariam Ibrahim, 48, dan kini membina kehidupan bahagia di rumah mereka di Kampung Pondok Hampar sambil membuka bengkel membaiki kenderaan berhampiran rumah mereka.
“Dua anak saya juga turut memeluk Islam iaitu anak kedua, Mohd Ridzuan, 24, dan anak bongsu saya yang merupakan kurang upaya (OKU), Kassim Selamat, 21, manakala anak sulung saya tidak memeluk Islam kerana menetap bersama ibu saya.
“Pada mulanya keluarga saya menentang saya memeluk Islam, namun lama-kelamaan semua kemarahan itu semakin reda. Kehidupan saya bertambah baik selepas memeluk Islam walaupun ayah saya sudah meninggal dunia,” katanya.
Islam agama yang Indah
Pelbagai perkara dipelajari Ismail daripada Perkim, ustaz, rakan dan isterinya, malah hatinya juga semakin tenang berada dalam Islam yang sangat indah.
Ismail berkata, dia gembira apabila banyak pihak sering membantunya mempelajari agama Islam.
“Saya akui kehidupan saya bertambah baik dan lebih sempurna ketika berada dalam Islam dan merasakan diri saya semakin tenang pada masa sekarang walaupun saya dan keluarga saya berlainan agama.
“Walaupun kami (keluarga) berlainan agama namun saya, sering menjenguk ibu saya terutamanya ketika perayaan tahun baru,” katanya.
Sinar

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Posted on the August 23rd, 2012 under Agama,Tempatan by admin

  • Share
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.
Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
“Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.


“Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam,” katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa golongan yang menolak hukum hudud yang tertulis di dalam al-Quran sahaja yang akan terkeluar daripada Islam.
Golongan yang menolak penafsiran oleh para sarjana atau mana-mana individu mengenai undang-undang Islam itu, tidak akan jatuh hukum sehingga murtad, katanya.
”Sebagai seorang muslim, kita tak boleh persoalkan hukum tuhan. Cuma di sini ada perbezaan dalam menafsirkan undang-undang hudud.
”Ada tiga. Pertama, bagi orang yang menentang hukum yang ada di dalam al-Quran, dia terkeluar agama. Bagi orang yang menentang penafsiran tidak semestinya mereka menentang hudud tetapi mereka hanya menentang penafsiran (hukuman) hudud.
“Dan ketiga, apabila seseorang mengatakan, hukuman itu tidak dapat dilaksanakan pada zaman ini kerana tidak cukup syarat atau suasana tidak sesuai, tidak boleh dikatakan mereka sebagai menentang hudud,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Asri berkata, hukum hudud yang termaktub di dalam al-Quran boleh memberi lebih daripada satu penafsiran.
Katanya, mereka yang memberi penafsiran mengenai hukuman itu pula tidak semestinya menentang Islam. Sebaliknya, hanya melontarkan pandangan mengenai hukuman tersebut.
“Umpamanya (bila ada yang bertanya) apa syarat tangan untuk dipotong, apa kesan jika tangan dipotong. Serta beberapa pandangan sarjana mengenai hukuman ini. Jika beberapa pandangan terhadap penafsiran itu yang berlaku sekarang, itu bukan menentang hudud.
“Kalau tolak penafsiran, sebagai contoh, PAS- mengenai enakmen liwat atau kes zina dan empat orang saksi. Itu bukan menentang al-quran tetapi (menentang) penafsiran,” jelasnya.
Sehubungan itu, Mohd Asri berpendapat, situasi yang berlaku sekarang bukan mengenai seseorang yang menentang hukum Allah itu tetapi hanya memberikan pendapat mengenai kesesuaian melaksanakan hukuman berkenaan.
“Saya rasa kini mereka bukan menentang hukum tuhan tetapi memberi pendapat dengan mengatakan suasana sama ada sesuai atau tidak untuk melaksanakan hudud. Bukan hudud itu tidak sesuai tetapi suasana.
“Kita kena tahu sama ada orang itu pertikaikan hudud itu sendiri atau mengatakan hukuman itu sesuai atau tidak sesuai. kalau pertikai hudud itu sendiri, dia telah keluar agama tetapi kalau menentang penafsiran hudud itu, tidak sampai hingga terkeluar daripada agama,” katanya lagi.
Kelantan promosi hudud
Dalam tulisan di blognya itu, beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.
Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.
“Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.
“Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan,” katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
“Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat.
“Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan.
“Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya,” kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.
Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.
Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.
BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.
Malaysiakini



10 Perkara yang Membatalkan Syahadat

Assalamualikum Warohmatullah Wabarokatuh.
Wahai saudaraku, pernahkah kita mendengar atau belajar tentang hal-hal yang membatalkan sholat, membatalkan puasa, membatalkan zakat, atau mungkin haji. Ada juga perkara-perkara yang membatalkan wudlu. Namun seringkah kita belajar tentang perkara-perkara yang membatalkan syahadat ??
Syahadat adalah pondasi dalam Islam yang juga merupakan rukun islam yang pertama. Batalnya syahadat berakibat fatal bagi batalnya keislaman seseorang. Untuk itu setiap mukmin diperintahkan untuk membaca syahadat minimal 9 kali atau dalam setiap 5 kali sholat setiap hari agar pondasi keislaman seorang muslim tetap terjaga. Batalnya syahadat berakibat fatal terhadap batalnya keislaman seseorang.
Nah, apasaja perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Para fuqoha’ dalam kitab-kitab fikih telah menulis bab khusus yang diberi nama “Riddah” (kemurtadan). Dan yang terpenting adalah 10 hal, yaitu :

1. Syirik Kepada Allah,

Firman Allah :


Termasuk didalamnya menyembelih karena selain Allah, misalnya untuk kuburanyang dikeramatkan atau untuk jin dan lain-lain.

2. Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantar.

Ia berdoa kepada mereka, meminta syafaat kepada merekadan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’. Kejadian ini pernah terjadi pada zaman Rosulullah SAW yaitu yang telah dilakukan oleh kaum kair Quraisy. Salah jika menganggap kaum Quraisy sepenuhnya berTuhan kepada Latta, ‘Uzza, Manat, serta Huban. Mereka hanyalah Ghoroniq buatan kaum mereka sendiri dengan dalih para ghoroniq inilah yang akan menyampaikan do’a-do’a serta permohonan mereka kepada Allah. Tuhan mereka hanyalah pemberi syafaat kepada mereka. Tampaknya hal ini juga banyak terjadi di kalangan masyarakat di negeri kita saat ini yaitu generasi-generasi jahiliyah modern.

3. Orang yang tidak mau mengkafirkan orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.

4. Orang yang meyakini bahwa selain petunjuk Nabi Muhammad SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau.

Seperti orang-orang yang mengutamakan hokum thaghut di atas hukum Rosulullah SAW, mengutamakan hukum atau perundang-undangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.

5. Siapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rosulullah SAW sekalipun ia juga mengamalkannya, maka ia kafir

6. Siapa yang menghina sesuatu dari agama Rosul SAW atau pahala maupun siksanya, maka ia kafir.

Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah :




7. Sihir

diantaranya sharf dan ‘athf (barangkali adalah amalan yang membuat suami benci kepada istrinya atau membuat wanita cinta kepadanya/pelet). Barangsiapa melakukan atau meridhoinya, maka ia kafir. Firman Allah :


8. Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam.

Firman Allah :


9. Siapa yang meyakini bahwa sebagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad SAW seperti halnya Nabi Khidir boleh keluar dari syariat Nabi Musa maka ia kafir. Sebagaimana diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan / melampaui batas) bahwa mereka dapat mencapai suatu derajatatau tingkatan yang tidak membutuhkan untuk mengikuti ajaran Rosulullah SAW.

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya.

Firman Allah :


Syaikh Muhammad at Tamimi berkata, “tidak ada beda dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda, yang serius (bersungguh-sungguh) maupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah SAW dari hal yang bisa mendatangkan murka Allah dan siksaNya yang pedih.”
Jadi pertahankanlah keislaman kalian wahai saudaraku sekalipun nyawa terpisah dari jasad.
Selamat berjuang wahai saudaraku, semoga Allah SWT melindungi . . .
Referensi : Kitab Tauhid (Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan)

Apa yang Membatalkan Syahadat (Penyebab Kemurtadan)?

Membaca Al-Qur'an
Membaca Al-Qur'an
Apa yang membatalkan wudhu? Anda tentu sudah tahu. Apa yang membatalkan sholat? Setiap Muslim yang mukallaf wajib untuk tahu. Sebab bila kita tidak tahu, bisa-bisa sholat kita tidak sah dan tidak diterima, yang berarti kita harus mengulangnya. Demikian pula bagi yang hendak menunaikan puasa dan haji. Padahal mengulang haji, tentu bukan perkara yang mudah. Jangankan untuk mengulang, untuk haji yang pertama saja tidak semua orang bisa.
Lalu bagaimana dengan hal-hal yang membatalkan rukun Islam pertama, membaca dua kalimat syahadat, justru tidak banyak yang mengetahui. Ini lebih gawat lagi, kalau syahadat batal sementara kita tidak menyadarinya, jangan-jangan seluruh amalan sholih akan sia-sia dan akan mati dalam keadaan su’ul khotimah, na’udzubillahi indzalik!

SIFAT IMAN

Orang yang beriman berbeda 180o dari orang kafir. Keimanan tersebut diyakini dalam hati, namun akan terbukti dalam perkataan dan perbuatan seseorang. Dalam masalah cinta, orang yang jatuh cinta akan mengikuti perilaku yang dicintainya, demikian halnya orang yang beriman akan menampakkan ciri-ciri perilaku tertentu. Maksudnya, semakin beriman maka perbuatannya akan semakin sesuai dengan yang dicontohkan nabi Muhammad saw. Sebaliknya, orang beriman tidak mungkin akan menyerupai orang kafir. Contohnya, jikalau dia Muslimah pasti berjilbab, dan tidak akan memakai baju ketat atau mini untuk keluar rumah.
Allah berfirman, “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al Ahzab 59)
Iman kita kadang naik dan kadang turun, tapi tidak tanpa sebab. Yang menyebabkan iman naik adalah karena amal sholih, yang menyebabkan turun adalah amal maksiat. Semakin banyak amal maksiat akan menggerus iman seseorang hingga bila sampai pada titik nol (iman yang terendah), maka bisa-bisa hilang imannya alias murtad.
Rosulullah saw bersabda, “Tidaklah seseorang berzina ketika berzina ia seorang mukmin. Tidaklah seseorang mencuri ketika mencuri ia seorang mukmin . Tidaklah seseorang minum khamr ketika meminumnya ia seorang mukmin.”
(HR Bukhori dan Muslim)
Maksudnya, begitu seseorang berbuat maksiat, maka turunlah keimanannya menurut kadar kemaksiatannya. Ada maksiat yang menyebabkan dosa besar tapi tidak membatalkan syahadat, ada pula maksiat yang selain berdosa besar dan juga menyebabkan batalnya syahadat. Terhadap dosa-dosa yang tidak membatalkan syahadat, Allah akan mengampuni semuanya, meskipun dosa besar maupun banyak, bila kita bertaubat.
Allah ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, seandainya kamu datang menghadap-Ku dengan membawa dosa hampir sepenuh bumi lalu kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu apapun niscaya Aku akan menemuimu dengan membawa ampunan sebesar itu pula.” 
(HR. Tirmidzi, beliau mengatakan hadits ini hasan sahih)

Pembatal Syahadat

Apabila seorang Muslim melakukan kemaksiatan yang menyebabkan syahadatnya batal, maka Allah tidak akan mengampuninya.
Allah ta’ala berfirman, “Barangsiapa diantara kalian yang murtad dari agamanya kemudian mati dalam keadaan kafir maka mereka itulah orang-orang yang terhapus amalannya di dunia dan akhirat. Dan mereka itulah penghuni neraka. Mereka kekal berada di dalamnya.” 
(QS. al-Baqarah : 217)
Nah, apa saja yang dapat membatalkan syahadat?
  1. Murtad melalui keyakinannya. Misalnya: meyakini yang sebaliknya dari Al-Qur’an dan Hadits yang sudah disepakati oleh jumhur ulama (Zina, khamr, riba dianggap halal sedangkan sholat atau jihad dianggap tidak wajib).
  2. Murtad melalui ucapannya. Misalnya: mengaku sebagai Nabi, jelmaan malaikat (Aliran Lia Eden), mengakui adanya Nabi baru setelah Nabi Muhammad saw (Aliran Ahmadiyah), atau sekedar membenarkan aliran-aliran sesat itu.
  3. Murtad melalui perbuatannya. Misalnya: sujud kepada patung, pohon, atau kuburan. Menyembelih hewan untuk persembahan kepada selain Allah (Sesajian). Melakukan praktik sihir, dan sebagainya.

KEMBALI PADA ALLAH

Lalu bagaimana jalannya untuk bertaubat? Karena sesungguhnya selama nafas belum sampai ke tenggorokan, masih terbuka lebar pintu ampunan Allah swt.
Sesungguhnya Allah menerima taubat hambaNya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan.
(HR. Ahmad)
Jalan keselamatan satu-satunya bagi yang telanjur melakukan dosa-dosa sebagaimana di atas adalah dengan
  1. Menyesali perbuatannya
  2. Berjanji tidak akan mengulanginya lagi
  3. Memohon ampunan kepada Allah swt
  4. Meninggalkan maksiat yang dilakukan
  5. Menggantinya dengan amalan-amalan sholih
Contoh terbaik orang-orang yang bertaubat adalah para sahabat. Diantara mereka bahkan ada yang terang-terangan memusuhi Nabi, ada pula yang mengaku menjadi Nabi padahal sebelumnya mereka telah melihat Nabi Muhammad saw. Namun ketika disadari bahwa tidak ada tempat melarikan diri kecuali kembali kepada Allah, akhirnya banyak di antara orang-orang kafir harbi Quraisy dan para murtadin yang bertaubat dan menjadi Muslim yang baik.
Sebaliknya, ada pula yang menjadi murtad meskipun sebelumnya adalah penulis wahyu dan penghafal Al-Qur’an. Ini barangkali yang terjadi bila meremehkan maksiat dan menunda-nunda mencari hidayah. Ilmunya bukan jaminan khusnul khotimah. Apalagi bila tidak berilmu, tentu harus lebih berhati-hati akan kehilangan iman di akhir hayatnya. Jangan-jangan syahadat sudah batal, tetapi tetap melenggang hingga menemui ajal. Itulah yang disebut dengan Muslim kadaluarsa.
Maha suci Allah dari kesalahan, saya mohon ampun dari salah dan dosa. Wallahu a’lam bish showab.

Alunan zikir dorong peluk Islam

Posted on the August 23rd, 2012 under Agama,Tempatan by admin

  • Share
Ahmad akan membaca al-Quran apabila berasa tertekan.
POKOK SENA – Kemerduan laungan azan dan zikir menimbulkan rasa tenang kepada seorang banduan sehingga membuatkan dia mengambil keputusan memeluk Islam.
Banduan yang mahu dikenali dengan Ahmad, 25, merupakan seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk Islam pada 10 Oktober tahun lalu.


Ahmad berkata, tindakannya memeluk Islam ketika berada dalam tahanan reman di Penjara Alor Setar langsung tidak dipengaruhi atau dipaksa sesiapa.
Menurutnya, keinginan memeluk Islam pernah dirasai sebelum menjadi penghuni tirai besi itu, namun pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi sehingga hasratnya itu terpaksa dilupakan.
“Sebelum ini hati saya sering memberontak dan ada sahaja yang tidak kena, namun apabila terdengar alunan zikir yang dipasang, saya akan berasa lebih tenang untuk menjalani kehidupan sebagai banduan.
“Saya juga memberitahu kepada keluarga yang saya memeluk Islam dan mereka menerimanya dengan hati terbuka namun, ayah saya masih belum dapat menerima keputusan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad yang berasal dari Alor Setar terpaksa menjadi penghuni tirai besi di Penjara Pokok Sena selama dua tahun sepuluh bulan atas kesalahan mengedar dadah.
Menurutnya, sepanjang berada dalam penjara banyak ilmu mengenai agama Islam dipelajari nya termasuklah solat, mengaji al-Quran, berpuasa dan lain-lain.
“Zikir, al-Quran dan munajat kini menjadi ‘teman’ kepada diri setiap kali dia berasa sunyi atau tertekan. Sepanjang Ramadan yang lalu, dia juga berpuasa seperti umat Islam yang lain dan bersyukur kerana mampu menghabiskan puasa selama sebulan dengan penuh sabar,” katanya.
Ahmad berkata, sebagai persediaan, dia juga berlatih untuk berpuasa sunat selama tiga minggu sebelum tiba Ramadan supaya lebih mudah baginya berdepan dengan puasa yang sebenar.
“Selain berpuasa, saya juga membayar zakat fitrah dengan menggunakan gaji saya sebagai banduan yang memakai baju kolar hijau sebanyak 60 sen sehari,” katanya.
Ahmad berkata, perasaan sebak timbul apabila dia membayar zakat kerana dengan cara itu dia melakukan kebaikan dengan membantu golongan susah selain mendapat ganjaran pahala.
Menurutnya, setelah dibebaskan nanti, dia menyimpan hasrat untuk berdaftar dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) untuk mendalami ilmu Islam agar dirinya tidak mudah terpengaruh dengan cabaran dunia luar.
Sinar

Padah tegur warga asing mabuk

Posted on the August 23rd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Ramlee menunjukkan lokasi di mana dia dan rakannya diserang kira-kira 20 warga Myanmar lewat malam kelmarin.Gambar kecil: batu yang digunakan untuk membelasah mangsa
PUCHONG – Hanya kerana menegur tiga warga Myanmar yang jalan terhuyung-hayang disebabkan mabuk, seorang pekerja kilang parah dibelasah 20 rakan warga asing itu tanpa belas kasihan sehingga tengkuk dan tangannya patah di Taman Perindustrian Puchong Utama, lewat malam kelmarin.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam apabila mangsa, Mohd Nur Mallak, 31, duduk di tepi tangga rumah kedai di Jalan 2/1 itu bersama tiga lagi rakannya.


Rakan mangsa yang turut diserang sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala, Ramlee Abdullah, 31, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya duduk di situ sebelum tiga lelaki warga Myanmar muncul dalam keadaan terhuyung-hayang.
Menurutnya, rakannya menegur warga asing terbabit kerana dia terlanggar tubuh badannya dan berkelakuan biadap selepas itu.
Katanya, berlaku pertengkaran dan sedikit pergaduhan menyebabkan seorang rakannya cedera di bibir sebelum kejadian terlerai beberapa minit selepas itu.
Ramlee berkata, dia menyangka kejadian berakhir di situ dan tidak terfikir warga Myanmar itu akan memanggil rakannya untuk membalas dendam.
Kata Ramlee, dua jam selepas itu, dia yang ke tempat parkir motosikal didatangi seorang warga Myanmar yang mengepung dan menahannya.
Lelaki yang bertubuh kurus dan tinggi itu katanya, menepuk tangan sebanyak tiga kali sebelum muncul kira-kira 10 lagi rakannya yang lain.
Katanya, kumpulan lelaki terbabit terus menarik bajunya dan memukulnya menggunakan kayu cota, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri ke sebuah restoran berhampiran.
Ramlee berkata, dia berlari sekuat hati meminta tolong dan terus bersembunyi di dalam sebuah restoran kerana dikepung hampir 20 lelaki warga Myanmar selepas itu.
Melihat kejadian kecoh dan kerusi meja dipecahkan, Ramlee berkata pekerja restoran terus menutup pintu kedai yang ketika itu terdapat beberapa pelanggan sedang menikmati hidangan.
“Dalam keadaan cemas itu, saya tidak perasan seorang rakan bernama Mohd Nur tertinggal di luar restoran, dia dipukul dengan batu bata, kayu, besi dan ditetak dengan parang,” katanya rakannya itu kemudian merangkak ke tingkat atas rumah kedai itu untuk menyelamatkan diri.
Kata Ramlee, kumpulan Myanmar itu melarikan diri sebaik melihat kereta peronda polis tiba kira-kira sejam kemudian.
Katanya, dia yang mendapatkan rakannya terkejut melihat mangsa cedera parah dan terus menghubungi ambulan untuk rawatan selanjutnya.
“Tengkuk dan tangannya patah manakala kepalanya retak akibat serangan kumpulan Myanmar itu, saya pula menerima beberapa jahitan di bahagian belakang kepala akibat dipukul dengan kayu.
“Saya akan membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong hari ini (semalam), disebabkan tidak dapat berbuat demikian ketika hari kejadian kerana menahan sakit,” katanya.
Sementara itu seorang saksi kejadian, Salman Mapplati, 22, berkata, dia yang duduk di kawasan tempat letak kereta di bawah rumah kedai terbabit turut menjadi mangsa serangan kumpulan terbabit.
Sinar

‘Buta’ sekejap akibat kanta lekap RM25

Posted on the August 23rd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya.
Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.
Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari.


Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.
Harian Metro

Sembelih tidak ikut syariat

Posted on the August 23rd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Maimunah memaklumkan ayam yang dijual di Pasar Besar Ipoh, disembelih dan dibersihkan sendiri oleh peniaga.
IPOH – Setelah tiga hari umat Islam meraikan Aidilfitri, wujud khabar angin yang mendakwa peniaga di sekitar bandar raya menjual ayam dan itik yang disembelih dengan cara yang tidak betul atau lebih tepat tidak mengikut syariat yang telah ditetapkan.
Sinar Harian sempat membuat tinjauan ke tiga pasar di sekitar Ipoh melibatkan Pasar Awam Kampung Tawas, Pasar Awam Chemor dan Pasar Besar Ipoh bagi mendapatkan maklum balas daripada peniaga serta orang ramai berhubung perkara tersebut.


Peniaga ayam di Pasar Awam Kampung Tawas, Nazri Mansoor berkata, pada pengetahuannya, perkara sebegitu tidak berlaku di pasar berkenaan dan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) pasti tidak akan mengeluarkan lesen perniagaan sekiranya mengetahui perkara seumpama itu berlaku.
“Masalah sebegitu biasanya berlaku di pusat penyembelihan ayam. Malangnya ia tidak sampai ke pengetahuan orang ramai kerana tiada hebahan dan dari segi pemantauan, pihak berkuasa hanya melaksanakannya setahun sekali. Sepatutnya pemantauan dibuat lebih kerap,” katanya.
Peniaga ayam di Pasar Awam Chemor, Damanhuri Tansali, 52 juga bersetuju dengan pendapat Nazri serta menafikan penyembelihan tidak mengikut syariat berlaku di di Pasar Awam Chemor kerana semua proses penyembelihan juga pembersihan ayam, dilakukan sendiri oleh peniaga.
“Pendapat saya, mungkin ada pihak yang sengaja mengada-adakan cerita dan saya harap pihak berkuasa memantau perkara ini bagi memastikan bekalan ayam, daging dan sebagainya, halal dimakan oleh orang Islam,” katanya.
Peniaga ayam di Pasar Besar Ipoh, Maimunah Mohd Noor, 60, memaklumkan semua ayam di pasar berkenaan disembelih serta dibersihkan sendiri oleh peniaga dan isu tersebut mungkin sengaja ditimbulkan untuk mengganggu gugat perniagaan mereka.
“Tempat lain saya tidak tahu, tetapi di sini, semua ayam kami sembelih dan bersihkan sendiri setelah ayam hidup diterima daripada pemborong. Premis perniagaan pemborong ayam hidup pula terletak bersebelahan gerai kami,” tegasnya.
Seorang lagi peniaga di Pasar Besar Ipoh, Huzaifah Shahuri, 21 menyokong kenyataan Maimunah dan menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab peniaga menyediakan bekalan ayam terbaik kepada orang ramai.
“Perkara ini bergantung kepada individu, sama ada mereka ambil berat atau tidak. Kami sebagai peniaga akan membekalkan ayam yang siap disembelih dengan betul dan dibersihkan kepada orang ramai.
“Saya sarankan perkara ini diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa dan adakan pemantauan serta pemeriksaan lebih kerap di pasar-pasar atau pusat penyembelihan,” katanya.
Tiada kesahihan
Pengunjung Pasar Kampung Tawas, Rosilawati Zainuddin, berpendapat, perkara berkenaan mungkin berlaku, tetapi bukan di Pasar Kampung Tawas dan berdasarkan maklumat, semua peniaga di pasar berkenaan menjual ayam bersih serta telah disembelih.
“Saya ada mendengar mengenai perkara ini tetapi saya tidak tahu sama ada ia berlaku di pasar Kampung Tawas atau tidak. Setahu saya, peniaga di sini menyembelih ayam sendiri dan kebanyakan ayam yang dibeli di pasar ini serta di pasar raya telah siap disembelih,” katanya.
Seorang lagi pengunjung Pasar Awam Kampung Tawas, Fauzi Abdul Rahman, 50 memaklumkan, ini merupakan kali pertama dia mendengar perkara berkenaan dan berpendapat ia boleh berlaku jika pembekal menghantar ayam yang disembelih tidak mengikut syariat kepada peniaga.
Pengunjung Pasar Awam Chemor, Shahrizad Effendi Sahimi, 29 menegaskan soal penyembelihan ini tidak menjadi masalah bagi para peniaga Islam kerana masing-masing tahu peranan serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Katanya, terdapat golongan peniaga bukan Islam di pasar berkenaan yang peka dengan sensitiviti agama dan turut mengambil berat isu penyembelihan.
“Saya tidak pasti sama ada perkara ini berlaku di pasar ini. Saya harap pihak berkuasa dapat membuat pemeriksaan lebih kerap di semua pasar dan kilang pemprosesan ayam di seluruh negeri bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku,” katanya.
Tidak pernah terima aduan
Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) memaklumkan tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung keraguan penyembelihan ayam atau itik di pasar-pasar sekitar Ipoh.
Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, Jaipk sangat mengalu-alukan penyaluran maklumat oleh orang awam sekiranya mereka berdepan dengan situasi seumpama itu.
“Jaipk menjalankan pemantauan berjadual di setiap pusat penyembelihan di pasar awam dan kita juga melaksanakan kursus penyembelihan serta mengeluarkan sijil penyembelihan ang sah kepada peniaga.
“Saya mengingatkan peniaga agar mematuhi syarat penyembelihan yang ditetapkan. Pengguna mempunyai kuasa memilih dan jika mereka ada sebarang keraguan terhadap ayam atau itik yang dijual, mereka boleh laporkan segera kepada jabatan berkaitan untuk membolehkan tindakan selanjutnya diambil,” tegas beliau.
Sinar

Ayu: Saya tidak atur ‘hubungan Aidil-Jue’

Posted on the August 23rd, 2012 under Artis by admin

  • Share

NAMA pelakon cantik yang baru sahaja berhijab sejak 1 Ramadan lalu, Ayu Raudhah kembali menjadi fokus ekoran dakwaan menjadi orang tengah antara abang iparnya, Aidil Zafuan dengan pelakon Jue Aziz.
Menurut ruangan gosip sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Aidil, yang merupakan suami Rita Rudaini, menjalin hubungan cinta dengan Jue.
Laporan itu mendakwa perkenalan kedua-dua mereka diatur oleh Ayu.


Menjawab dakwaan itu, Ayu berkata, “saya tidak tahu macam mana nama saya boleh dikaitkan dengan hal itu.”
“Ini kerana saya tidak pernah mencampuri segala hal dan urusan hidup Aidil,” kata Ayu.
Dengan nada kecewa Ayu menambah, “sekarang ini, apa saja berkaitan Aidil, mesti nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai perkenalan mereka.”
Ayu mengaku ada membaca gosip itu berkata, lebih elok soalan berkaitan dituju kepada Aidil dan Jue sendiri.
“Tanya kepada tuan badan sendiri kerana saya memang tidak ketahui pucuk pangkalnya dan tak pasal-pasal nama saya yang kena,” katanya.
Ayu sebelum turut dihimpit kontroversi apabila dikatakan dirinya dan suaminya, Zaquan Adha mencampuri urusan rumah tangga Aidil dan Rita dengan ‘membantu’ Aidil keluar dari rumahnya.
Aidil dilaporkan meninggalkan kediaman mereka di Damansara pada Januari lalu.
Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM, yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.
Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri kali ini, Ayu dan Zaquan beraya di Seremban pada 1 Syawal dan di Alor Setar pada keesokan hari.
Sinar

Wednesday, August 22, 2012

KECURIAN...ROMPAKAN MACAM DAH TAK BOLEH DIBENDUNG...ALLAH DAH MENGAJAR@SURUH MELAKSANAKAN UNDANG2 HUDUD TAPI KITA BANYAK SONGEL

Haiwan Bertukar Menjadi Manusia Di Thailand?

Posted on the August 21st, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
Makhluk ini telah didapati di Thailand, badan yang pelik berbentuk meninggalkan banyak penguasaan di sekitarnya. Sebagai semua misteri baik, ia berlaku jauh dari keajaiban teknologi masyarakat moden di Thailand. Anda boleh melihat banyak rakyat tempatan di latar belakang gambar-gambar ini yang seolah-olah menyembah makhluk yang mereka telah “dijumpai”. Keputusan akhir adalah satu adegan yang lebih tidak masuk akal dan bahkan lucu.
Mari kita beralih kepada subjek utama, atau yang perlu saya katakan objek, siri foto ini badan yang hebat berwarna dan berbentuk makhluk. Terdapat banyak perdebatan tentang apa yang makhluk ini mungkin dan ini adalah yang sebenarnya keindahan misteri, ketidakupayaan untuk menyelesaikan. Ia mungkin beberapa jenis haiwan yang aneh, malah kelihatan seperti makhluk mitos. Jujur saya tidak tahu apa yang perlu berfikir tentang kejadian ini. Foto-foto ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

wallahualam..
Sumber: 2dayblogger

Mitsubishi jatuh jejambat, pemandu tak cedera

Posted on the August 21st, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Anak panah menunjukkan lokasi kereta Mitsubishi yang terhumban dari jejambat di Jalan Istana-Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang lelaki yang tidak cedera setelah kenderaan dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jejambat di Jalan Istana – Jalan Sungai Besi dekat sini semalam.
Kejadian pada pukul 9 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan Mitsubishi Lancer dipandu Hong Chee How, 21, yang dalam perjalanan dari Selayang menuju ke Serdang.


Jurucakap polis berkata, ketika melalui selekoh di atas jejambat itu, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan terjatuh dari ketinggian enam meter.
Katanya, nasib baik kenderaan tersebut tidak menghempap mana-mana kenderaan yang melalui Jalan Tun Razak menuju ke Sungai Besi.
Kosmo

Jumpa 6 batang jarum peniti dalam wafer coklat

Posted on the August 21st, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
TELOK KEMANG – Enam batang jarum peniti hampir mencederakan seorang lelaki yang asyik menikmati wafer berperisa coklat yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Telok Kemang, baru-baru ini.
Saipol Bahar Mahat, 41, berkata, dia terasa seperti ada objek keras ketika mengunyah wafer berperisa coklat berkenaan.
“Saya baru kunyah dua kali dan terasa ada benda tajam, lalu saya keluarkan benda tersebut itu.
“Alangkah terkejutnya melihat sebatang jarum peniti dan kunyahan seterusnya, saya masih merasai ada lagi objek yang sama,” katanya.


Menurutnya, apabila diluahkan, dia mendapati ada enam batang jarum peniti kesemuanya.
“Saya membeli wafer coklat itu di sebuah pasar raya,” katanya.
Saipol berkata, dia segera menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.
“Saya minta isteri buang semua wafer di dalam peti sejuk kerana khuatir anak saya yang berusia 4 tahun turut memakannya.
“Saya telah membuat laporan polis dan aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Port Dickson,” katanya.
Sinar

Dirempuh, diragut penyamun

Posted on the August 21st, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Wanita dilanggar dan diragut
ALOR GAJAH – “Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindak
kejam dengan meragutnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang.
Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit.


“Saya baru selesai membeli juadah untuk berbuka puasa dan melalui jalan kampung untuk pulang ke rumah.
“Tiba-tiba sewaktu mahu masuk ke simpang jalan menuju ke rumah di sebuah taman di Rembia, saya dirempuh dari belakang menyebabkan saya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terseret hampir 50 meter,” katanya, semalam.
Zabedah berkata, dua lelaki terbabit segera keluar dari kereta dan mendekatinya.
“Kedua-duanya berkulit gelap.
Mereka yang kelihatan panik berpura-pura bertanyakan keadaan saya.
“Sambil bertanya, mereka ragut rantai leher saya tetapi tidak sedar buah rantai tersebut tercampak jauh,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Cheng.
Menyedari dua lelaki terbabit bukan mahu membantunya, dia cuba bangun melawan penyamun terbabit.
“Ketika itu mereka masih lagi mencari-cari barangan untuk dicuri tetapi gagal. Walau sakit, saya kuatkan semangat mengejar mereka yang segera memecut kereta, tetapi malangnya motosikal saya rosak selepas dirempuh,”katanya.
Zabedah berkata, dia bernasib baik kerana dompet yang dibawa berisi empat bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang RM200 terselindung di sebalik motosikal yang terjatuh.
“Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan dan membantu membawa saya ke Hospital Alor Gajah mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan,” katanya yang cedera di kaki dan tangan sebelah kiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia sebelum dilanggar dan diragut dua lelaki menaiki kereta.
“Mangsa tercampak dan terseret selepas dilanggar dua lelaki terbabit yang kemudiannya berpura-pura bertanya keadaannya sebelum meragut rantai leher yang dipakai, dianggarkan bernilai RM2,500.
“Mangsa cedera dan membuat laporan polis di Balai Polis Rembia sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sinar

Sorok wang curi dalam seluar dalam

Posted on the August 20th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
PETALING JAYA- Disebabkan terdesak hendak menggunakan wang untuk menyambut hari raya, seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan cuba melarikan wang sebanyak RM1,800 dengan menyembunyikannya di dalam seluar dalamnya.
Menurut sumber, suspek berusia 27 tahun berasal dari Kelantan itu turut dikesan meletak sebahagian wang tersebut di dalam tong sampah bagi memudahkannya menyeludup keluar wang tersebut dari bilik kiraan wang.


“Perbuatan jahat suspek terbongkar apabila sekeping not RM50 terjatuh dari pakaiannya ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atasnya selepas tamat waktu bekerja,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, suspek pada mulanya tidak mengaku bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berkenaan namun setelah didesak, dia mengaku menyembunyikannya di dalam seluar dalam manakala separuh lagi wang di dalam tong sampah.
Suspek kemudiannya memberi alasan sengaja berbuat demikian kerana suka-suka namun bertindak menukar pengakuannya dan mengatakan terdesak mahu menggunakan wang untuk membeli barangan persiapan hari raya.
Pihak pengurusan tertinggi syarikat keselamatan itu mengambil keputusan menyerahkan kakitangannya terbabit kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Sinar

Kisah pelarian Rohingya: ‘Myanmar tanah air kami’

Posted on the August 20th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
(Dari kiri) Mohd Alam Shamsudin dan Abd Rashid Azizulhuk bersama rakan serumah turut mengikuti perkembangan keluarga melalui akhbar.
PELARIAN Rohingya Islam yang berada di Malaysia masih menaruh harapan agar episod penindasan terhadap komuniti itu yang sudah berlangsung sejak sekian lama segera berakhir. Harapan mereka dapat kembali bersatu dengan keluarga masing-masing di Myanmar.
Walaupun keganasan etnik yang berlaku sejak awal Jun lalu menyebabkan lebih 80 terbunuh manakala lebih 80,000 hilang tempat tinggal, beberapa anggota komuniti Rohingya yang ditemui di Kuala Lumpur masih berharap agar konflik itu segera berakhir.


Presiden Myanmar mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya 27 anggota untuk menyiasat keganasan etnik di wilayah Barat negara itu.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Mohd Alam Shamsudin, 47, yang berasal dari daerah Mongdu di negeri Rakhien (Arakan) berkata, walaupun hak kewarganegaraan etniknya dinafikan, namun ia adalah tanah kelahiran mereka.
“Mana mungkin saya lupakan tanah air saya, tanah kelahiran saya dan kaum keluarga yang terpaksa saya tinggalkan demi keselamatan.
“Saya memutuskan untuk meninggalkan kampung halaman pada tahun 1989 dan menjadi pelarian ketika berusia 24 tahun kerana tidak tahan menanggung penderitaan akibat ditindas.
“Orang Rakhien ketika itu memang memandang orang Islam Rohingya dengan penuh kebencian dan setiap apa yang dilakukan oleh kami adalah salah di mata mereka, sebaliknya apa yang mereka buat adalah betul belaka,” katanya.
Ujar Mohd Alam, orang Rohingya bukan sahaja sukar mendapatkan status warganegara, malah mereka juga terpaksa menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan termasuk dalam isu perkahwinan serta anak.
Menyingkap bibit awal ketika berada di negara ini, Mohd Alam mengakui pernah ditangkap pihak polis kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah pada 1992.
“Saya gagal menunjukkan pasport seperti yang diminta pihak berkuasa kerana apa yang saya ada hanyalah surat daripada Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR).
“Saya kemudiannya dihantar ke Penjara Kajang selama dua bulan sebelum dihantar ke Penjara Pudu selama lebih kurang tiga hari dan dihantar ke Hadyai, Thailand.
“Dari sana, saya berusaha masuk kembali masuk ke negara ini kerana di sana pelarian-pelarian ini dilayan dengan teruk sekali,” kata bekas pelajar sekolah tinggi ini.
Anak saudaranya, Mohd Alam yang turut berada di negara ini, Abd Rashid Azizulhuk, 37, berkata, walaupun pernah melalui beberapa episod sedih sepanjang menjadi pelarian, namun hatinya tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupannya.
“Dari kampung, saya berjalan kaki ke Thailand yang memakan masa berhari-hari dan bekerja di kilang pengimpal selama sembilan bulan,” katanya. Duit yang dikumpul itulah dia gunakan untuk datang ke Malaysia pada 1993 dengan menaiki bas. Tambang ketika itu RM25.
“Pada awal ketibaan saya di sini, saya berhadapan dengan pelbagai kesukaran hidup termasuklah terpaksa menahan perut kerana tidak ada duit untuk makan selama beberapa hari, tidak dibayar upah selepas selesai membuat pekerjaan dan kesukaran berkomunikasi kerana sukar memahami bahasa Melayu.
“Saya juga pernah ditahan selama tujuh bulan dan 27 hari di kem tahanan pelarian di Sepang.
“Kini hidup saya lebih teratur kerana mempunyai kerja yang tetap dan di sini saya bekerja di sebuah kilang besi,” katanya ketika ditemui di rumah yang di sewa bersama kawan-kawan Rohingya di Kampung Cheras Baru, baru-baru ini.
Selain Mohd Alam dan Abd Rashid, turut tinggal serumah ialah Mohd Nesar Kamal Hussain, 40. Dia mengakui sering merindui kampung halamannya hanya mampu mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di Arakan melalui televisyen ataupun akhbar.
Dia turut menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan di negara itu terutamanya sepanjang bulan Ramadan lalu.
“Saya juga ada menelefon keluarga di kampung. Saya juga tidak boleh bayangkan kesukaran umat Islam di sana kerana walaupun mereka ada wang, belum tentu mereka boleh membeli apa-apa,” katanya.
Selain Mohd Nesar, Noor Mohammed, 46, yang berasal dari Sittwe, berhijrah ke Malaysia pada 1966 pada usia 28 tahun. Dia tidak dapat kembali ke Arakan.
“Pada tahun 1995, saya baru habis belajar dalam jurusan Tafsir, Fekah dan Hadis dari Madrasah Al-Jamiah Islamiah di Cittagong, Bangladesh.
“Ketika cuba masuk kembali Myanmar, saya telah dihalang oleh tentera dan dituduh sebagai ektremis Islam hanya kerana penampilan pakaian saya yang berjubah, berkopiah serta menyimpan janggut,” katanya.
Atas nasihat guru-gurunya, Noor kemudiannya datang ke Malaysia kerana mereka berpendapat adalah lebih selamat datang ke sini kerana sebuah negara Islam.
“Saya agak bernasib baik kerana mempunyai pasport kerana sudah lama tinggal di Bangladesh dan berjaya mendapat status Penduduk Tetap.
“Disebabkan saya mempunyai sijil agama dan kebetulan sebuah masjid di Sentul memerlukan imam, saya kemudiannya ditawarkan untuk bekerja di situ,” katanya yang bertindak sebagai imam hingga sekarang.
Bapa kepada dua orang cahayamata lelaki ini berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri, lebih 200 orang Rohingya yang datang dari sekitar Kuala Lumpur termasuk Ampang, Sentul dan Selayang untuk solat di masjid itu.
Katanya, peluang inilah yang digunakan oleh sesama mereka untuk bertanya khabar sambil mengeratkan hubungan.
Mohamad Talib Mohd Muslim, 39, yang juga sepupu Noor, merupakan rakan sekuliah di madrasah yang sama ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Sentul Utara berkata, jika diberi pilihan untuk memilih negara ketiga, dia tetap mahu tinggal di Malaysia kerana negara ini sangati aman dan damai.
Mohamad Talib yang sudah berkahwin dengan seorang wanita Indonesia tiga tahun lalu itu tiba di Malaysia 10 tahun lalu selepas tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi di Myanmar.
“Saya bersama 100 orang yang lain datang ke sini dengan menaiki bot dari Myanmar dan tiba di Thailand. Dari sana saya dihantar ke Klang.
“Pada peringkat awal, saya terpaksa bertukar-tukar kerja kerana berhadapan dengan masalah komunikasi sehinggalah sekarang saya sudah bekerja sebagai penghantar ayam di Pasar Chow Kit.
“Walaupun dengan gaji RM45 sehari dan waktu bekerja dari 3 pagi hingga 8 pagi, saya gembira dan bahagia di sini,” kata pemegang kad pelarian UNHCR ini.
Penafian hak warganegara kumpulan ini bermula apabila Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara itu pada kurun ke-19 ketika pemerintahan British.
Rata-rata setiap anggota etnik Rohingya yang berada di Malaysia meletakkan harapan yang tinggi agar segala kerintangan yang dilalui akan berakhir dalam wakt terdekat.
Bila? Itu yang menjadi tanda tanya!
Sinar

Cemas kereta api terbalik

Posted on the August 20th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Gua Musang: Kira-kira 1,000 penumpang yang dalam perjalanan pulang menyambut Aidilfitri menaiki Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, menempuh detik cemas apabila dua daripada 14 koc terbalik di Kampung Sungai Yu, dekat Kuala Lipis, awal pagi semalam.
Penumpang terpelanting beberapa kali di dalam gerabak itu dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.
11 penumpang cedera


Dalam kejadian jam 6.45 pagi di antara Stesen Keretapi Kuala Lipis dengan Gua Musang itu, 11 penumpang cedera, tiga daripadanya parah, termasuk seorang ibu hamil tujuh bulan.
Daripada tiga mangsa yang parah, seorang luka muka, manakala dua lagi masing-masing patah tangan dan patah pinggang serta dirawat di Hospital Gua Musang.
Kedua-dua koc penumpang yang terbalik itu ialah koc Kelas 1 dan koc tidur, dengan sebahagian besar penumpangnya dikatakan sedang tidur ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ab Razak Hassan, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) punca kejadian itu.
Kita cuma dapat sahkan 11 penumpang cedera, namun identiti mereka belum diperoleh. Kereta api itu dapat teruskan perjalanan kira-kira dua jam kemudian, katanya.
Abdul Razak berkata, laporan kejadian dibuat kakitangan KTMB berusia 40 tahun di Balai Polis Merapoh, selepas dua jam berjalan keluar dari lokasi kemalangan itu.
Gerabak bergegar kuat
Penumpang, Nor Atikah Zakari, 21, berkata ketika kejadian beliau masih terjaga dan gerabak yang dinaikinya tiba-tiba bergegar dengan kuat dipercayai selepas terputus dari sambungan dengan lokomotif.
Dalam sekelip masa, saya terhumban bersama penumpang lain. Suasana tiba-tiba menjadi kelam kabut dengan semua penumpang berusaha menyelamatkan diri, katanya.
Berita Harian

Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilarikan

Posted on the August 20th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
KEPALA BATAS – Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.
“Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak,” katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.
Nurul Izzah berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.


“Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian” katanya di sini semalam.
Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata, anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.
Katanya, wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan. – BERNAMA

BILA NYAWA MANUSIA TIDAK BERHARGA LAGI

Nyawa melayang tuntut RM30

Posted on the August 22nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: Cuma RM30. Itulah nilai nyawa seorang tukang rumah apabila mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang itu.
Mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.
Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, ketika mangsa berehat di ruang tamu rumah, dia didatangi suspek, seorang daripadanya rakan sekerjanya berusia 55 tahun dan seorang lagi berusia 53 tahun yang tidak dikenalinya.


“Dua suspek yang bersenjatakan kayu itu terus menyerang dan memukul mangsa menggunakan kayu panjang sebaik menceroboh rumahnya.
“Suspek kemudian melarikan diri bersama senjata digunakan apabila melihat mangsa mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi semalam.
Harian Metro

Daging babi bertabur di taman tumpuan Muslim

Posted on the August 22nd, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
Cebisan yang dipercayai daging babi.
NEW YORK – Polis New York giat melakukan siasatan terhadap penemuan cebisan dipercayai daging babi di sebuah taman di New York yang menjadi lokasi pertemuan saudara Islam di bandar terbabit.
Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam New York, Cyrus McGoldrick berkata, kawasan New Diro Beach Park, Pulau Staten itu sering dikunjungi kira-kira 1, 500 umat Islam termasuk mengadakan majlis muzakarah.


“Polis masih melakukan siasatan dan berharap tiada spekulasi berhubung kejadian yang dianggap sebagai Islamofobia,” katanya.
Dipercayai kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan pengharaman penjualan daging babi di beberapa pasaran secara terbuka terutama di kawasan penduduk umat Islam.
Insiden ini adalah yang terbaru dalam peristiwa sentimen anti-Islam sejak beberapa minggu lalu, selepas sebuah masjid di Missouri dibakar diikuti sebuah sekolah swasta Islam di luar Chicago dibaling dengan molotov cocktail.
Manakala bulan lalu, beberapa kaki babi digantung di sebuah masjid di bandar selatan California sehingga mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan polis tempatan.
Sinar

Ibu bunuh dua anak

Posted on the August 22nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Beberapa anggota tubuh dua kanak-kanak malang itu turut ditemui berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.
CHIANG MAI – Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.
Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.


Menurut jurucakap pihak berkuasa, mereka turut menemui beberapa anggota tubuh dipercayai milik kedua anaknya berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.
“Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada 2007.
Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi,” jelas jurucakap polis tersebut lagi.
Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.
Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.
Sinar

Dikuasai Ajaran Sesat, Sanggup Bunuh, Lapah Dan Makan Manusia!

Posted on the August 22nd, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

Tiada apa yang mustahil dilakukan di dunia ini ketika ini.
Kalau dahulu, kita biasanya disajikan dengan berita-berita tentang penangkapan haiwan-haiwan secara haram untuk dijadikan sebagai makanan di sesebuah restoran.
Ada yang percaya, dengan memakan haiwan-haiwan seperti ular, biawak, kepala harimau dan bermacam-macam lagi mampu memberikan khasiat dari segi kesihatan tubuh badan.
Berbeza dengan apa yang berlaku di negara Thailand.


Manusia pula yang dijadikan sebagai makanan utama kepada penduduk di sana!
Mereka akan membunuh manusia lain, menyembelih selepas dibunuh dan dilapah daging-daging manusia itu seperti melapah daging lembu atau kerbau.

Selepas itu, mereka akan masak dan akan juga menikmati masakan mereka beramai-ramai dengan meriah sekali.
Kegiatan membunuh, melapah dan memakan daging manusia adalah merupakan ajaran ritual yang diamalkan oleh rakyat di negara itu.
Dipercayai kegiatan itu merupakan ajaran sesat yang mesti dilakukan setiap kali proses memuja iblis atau syaitan dilakukan.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: billyinfo.blogspot.com

Tengkorak berusia antara 43,000 hingga 63,000 tahun ditemui

Posted on the August 22nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
GAMBAR menunjukkan bahagian-bahagian tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite di Laos.
CHICAGO – Satu tengkorak yang ditemui di dalam sebuah gua di Laos mungkin merupakan fosil manusia yang paling tua pernah ditemui di Asia Tenggara, menurut satu kajian yang disiarkan kelmarin.
Tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite itu dipercayai berusia antara 46,000 hingga 63,000 tahun.


Penemuan itu memperkukuhkan kajian genetik sebelum ini yang mempercayai manusia moden tinggal di kawasan tersebut sejak 60,000 tahun lalu.
Tengkorak itu ditemui pada kedalaman lebih dua meter di gua tersebut pada tahun 2009.
Kajian tentang tengkorak itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. – AFP

PERKARA YANG MEMBAZIR LAGI BAHAYA JADI CARA BERGEMBIRA...DAN MENYAMBUT RAYA...SEKALI PANDANG MEMANG DILARANG AGAMA

Tumpas bila mata dicucuk

Austin Chin mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.


KUCHING – Tindakan berani seorang remaja menendang kepala dan mencucuk mata seekor buaya dengan jari tangannya berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban reptilia ganas itu ketika dia mandi-manda bersama rakan di pantai Pasir Panjang dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Ashley Austin Chin, 14, bersama lima rakan bermandi-manda selepas selesai memancing sebelum kaki kanannya tiba-tiba disambar buaya serta mengheretnya ke dalam air.
Panik diheret dan bergelut kira-kira tiga minit dengan reptilia sepanjang dua meter itu, Ashley terus menjerit dan meronta-ronta.
Dia akhirnya sempat menendang kepala Sang Bedal sebelum reptilia itu cuba pula menerkam kaki kirinya.
“Pada mulanya saya ingat kawan saya bermain dan menarik kaki saya, namun selepas saya berpusing ke belakang, saya ternampak seekor buaya.
“Saya sempat berpusing dua kali dalam air walaupun kaki masih dalam mulut buaya dan tendang kepala sambil mencucuk mata buaya itu dengan jari tangan hinggalah kaki saya dilepaskannya,” ceritanya kepada Kosmo! ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

Nafi mencintai suami Rita


JUE AZIZ


KUALA LUMPUR – Pelakon Zuliana Abd. Aziz, 29, atau Jue Aziz menafikan dakwaan dia memiliki hubungan istimewa dengan suami pelakon Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Jue turut menegaskan, dia tidak suka menjadi peruntuh rumah tangga orang, apatah lagi Aidil merupakan suami kepada rakan pelakonnya.
“Saya kenal Aidil sebagai kenalan biasa, namun menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan dia.
“Bagaimana kami boleh bercinta kalau tidak pernah berjumpa? Dakwaan tentang hubungan kami sangat tidak berasas,” luah Jue sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.
Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan.
Tambahnya: “Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil.”

Geng Susu Kangkang kecundang


Ab. Rashid (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan daripada lapan ahli Geng Susu Kangkang pada sidang akhbar di Kajang semalam.


KAJANG – Jika sebelum ini banyak kumpulan penjenayah dilaporkan memilih untuk merompak barang-barang kemas atau kenderaan mewah namun lain pula sasaran penjenayah Geng Susu Kangkang apabila mereka hanya berminat untuk mencuri susu tepung berjenama.
Geng Susu Kangkang sebelum ini dikesan aktif melakukan jenayah tersebut di Perlis dan Kedah namun kegiatan tersebut ditumpaskan apabila beberapa ahlinya diberkas kerana mencuri susu tepung di beberapa pasar raya di kedua-dua negeri itu.
Tidak berakhir di situ, polis daerah ini kemudian mengesan Geng Susu Kangkang juga melebarkan jenayahnya di daerah ini dengan memilih kedai-kedai serbaneka sebagai sasarannya.
Modus operandi Geng Susu Kangkang ialah ahli geng tersebut memakai jubah atau baju kurung dan memasukkan kotak-kotak susu tepung yang dicuri ke celah kangkang masing-masing dan berjalan keluar dari premis yang dicuri.
Bagaimanapun, jenayah Geng Susu Kangkang yang bermula sejak tahun 2010 di daerah ini terbongkar pada 16 Ogos lalu apabila polis berjaya memberkas tujuh lelaki dan seorang wanita yang merupakan saki baki ahli Geng Susu Kangkang yang pernah melakukan jenayah itu di Perlis dan Kedah.

Geng samseng rancang bertempur


POLIS berjaya menyekat kemaraan sekumpulan 30 samseng yang berlegar-legar di Waterfront, Ampang sebelum mereka menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana untuk bergaduh.


AMPANG JAYA – Seorang daripada 30 samseng yang disyaki sedang merancang untuk menyambung semula pergaduhan yang tercetus di sebuah flat di Pandan Perdana cedera parah ditembak polis di Tasik Permai di sini semalam.
Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana.
Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, polis yang menerima maklumat mengenai rancangan itu menghantar 16 anggota polis dengan menaiki empat buah kereta peronda menuju ke tempat kejadian.
Menurut beliau, polis yang terserempak dengan 14 buah kenderaan berkenaan cuba memeriksa setiap kenderaan tersebut, namun gagal kerana semua kereta itu dipecut laju meninggalkan lokasi tersebut.
Bagaimanapun, Md. Nazri memberitahu, kereta peronda polis berjaya memintas sebuah kereta Hyundai yang dinaiki lima lelaki tersebut.
“Sewaktu seorang anggota polis berjalan menuju ke kereta tersebut, kenderaan terbabit tiba-tiba mengundur dan melanggar kereta peronda polis.
“Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Kampung Pasir jadi ‘mini Jakarta’


Fenomena penempatan haram warga Indonesia di Kampung Pasir, Hulu Klang yang dibina berpuluh tahun lalu tanpa rasa takut kepada pihak berkuasa.


KUALA LUMPUR – Suasana di Kampung Pasir, Hulu Klang dekat sini bukan sahaja boleh dilabelkan sebagai ‘mini Jakarta’ malah kawasan yang dijajah oleh warga Indonesia itu juga dipercayai menjadi transit buat pendatang asing tanpa izin (PATI) bermukim tanpa rasa takut.
Kampung tersebut kini padat dengan rumah-rumah papan beratap zink yang dijadikan tempat berlindung PATI dan warga Indonesia halal sehingga merimaskan penduduk tempatan yang semakin rasa terasing di bumi sendiri.
Tinjauan Kosmo! mendapati mereka bukan sahaja bebas melakukan pelbagai jenis aktiviti malah mengaut untung dengan membuka kedai runcit dan makanan sejak berpuluh tahun lalu yang hanya dikunjungi oleh puak-puak mereka sendiri.
Setiap langkah pasti akan bertembung dengan warga asing terutamanya di hujung minggu malah daripada loghat pertuturan, pemakaian dan suasana di kedai-kedai runcit serta di gerai makan berhampiran turut membuatkan penduduk di kawasan itu seolah-olah mereka berada di Indonesia.
Lebih mengejutkan apabila kawasan penempatan tersebut dikatakan menjadi tempat selamat bagi warga Indonesia yang memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Ramai suka main mercun


PENYELUDUPAN mercun pada musim perayaan membuktikan kesedaran mengenai bahayanya masih rendah. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membanteras penjualan mercun dan bunga api tanpa permit yang dijual secara meluas di pasaran pada setiap musim perayaan.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah berkata, tahap kesedaran mengenai bahaya bermain mercun dalam kalangan orang ramai masih rendah.
Beliau berkata polis hanya membenarkan penjualan dua jenis mercun di pasaran iaitu bunga api jenis Pop Pop dan Happy Boom dan ia juga memerlukan permit polis.
“Apa yang berlaku sekarang ialah wujudnya permintaan daripada orang ramai maka sudah pasti peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menyeludup mercun dari luar negara untuk mengaut keuntungan pada musim perayaan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Pinjam ah long cepat dapat duit

KUALA LUMPUR – Ramai golongan Melayu yang meminjam dengan ah long menyalahkan kerenah birokrasi pihak bank sebagai alasan utama mereka meminjam daripada ‘lintah darat’ itu walaupun menyedari risiko bakal menanggung beban faedah yang melampau.
Menurut Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Mi- chael Chong (gambar kecil), rata-rata golongan yang meminjam itu terdiri daripada para peniaga yang terdesak memerlukan wang segera kononnya bagi melicinkan operasi perniagaan mereka.
Katanya, sebanyak 30 peratus daripada peminjam Melayu adalah terdiri daripada golongan peniaga dicatatkan dari tahun 2005 hingga 2011.
“Alasan yang biasa diberi oleh mereka adalah bank mengambil masa terlalu lama untuk meluluskan permohonan pinjaman dan ini menyebabkan mereka bosan menunggu.
“Selain itu, kegagalan mendapatkan pinjaman tersebut juga membuatkan mereka membuat keputusan untuk mendapatkan modal dengan cara berhutang dengan ah long,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru.

Bahang merdeka masih hambar

KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-55 tinggal sembilan hari sahaja lagi namun bahangnya seakan-akan tidak terasa.
Bukan sahaja kibar Jalur Gemilang pada kenderaan tetapi bendera yang dikibar di bangunan dan rumah juga boleh dikira dengan jari.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati rata-rata deretan bangunan perniagaan sekitar Bangsar, Cheras dan Setapak tidak mengibarkan bendera di premis mereka seperti tahun-tahun sebelumnya.
Seorang peniaga peralatan sukan di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Tan Shoi Bah, 74, berkata sambutan kemerdekaan semakin lama semakin hambar kerana semangat cintakan negara yang semakin pudar dalam kalangan masyarakat.
“Sebagai rakyat Malaysia yang menyaksikan sendiri laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka, saya akui semangat patriotik masyarakat pada hari ini seakan-akan hilang.
“Mungkin rakyat negara ini terlupa yang kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan tidak lama lagi,” katanya yang mengakui telah mengibarkan Jalur Gemilang di premisnya sejak tiga bulan lalu.

Notis pusat parkir lepas tangan


KEBANYAKAN parkir swasta mempamerkan notis pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan kenderaan seperti pusat parkir swasta di Jalan Putra, Kuala Lumpur ini.


KUALA LUMPUR – Tindakan pengusaha tempat letak kenderaan swasta yang mempamerkan notis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan kenderaan dianggap tidak munasabah sedangkan mereka mengenakan bayaran kepada pengunjung.
Hak pengguna yang membayar untuk perkhidmatan tersebut seakan-akan diketepikan berdasarkan syarat yang dianggap seperti lepas tangan oleh pihak pengurusan parkir berkenaan.
Tinjauan di beberapa buah kawasan parkir swasta sekitar ibu kota mendapati hampir kesemua pengusaha parkir itu mempamerkan notis yang sama.
Dengan bayaran sekitar RM5 sejam yang dikenakan kepada pengguna, ia dilihat tidak setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan.

Warga asing dilarang jadi pengasuh

KUALA LUMPUR - Ramai ibu bapa di negara ini tidak menyedari bahawa anak-anak mereka dilindungi di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang melarang warga asing menjadi pengasuh kanak-kanak di rumah asuhan.
Presiden Pengusaha Taska Berdaftar Malaysia, Shamsinah Che Shariff berkata, ibu bapa seharusnya prihatin terhadap perkembangan sosiologi anak-anak mereka yang boleh terjejas sekiranya diasuh oleh warga asing.
"Terdapat banyak Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang menggaji warga asing terutama dari Filipina dan Indonesia kerana upah mereka lebih rendah berbanding rakyat tempatan.
"Tindakan ini menyalahi undang-undang dan hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya tindakan sewajarnya diambil," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Difahamkan, rata-rata warga asing dibayar sekitar RM300 ke RM400 sebulan dan jumlah tersebut dianggap punca orang tempatan tidak berminat bekerja sebagai pengasuh.
Tambahan lagi, bilangan kanak-kanak dan bayi yang perlu dijaga di taska lebih ramai dan tidak sepadan dengan bayaran tersebut.
Menurut Shamsinah, ibu bapa seharusnya mengetahui dengan mendalam latar belakang pengasuh sebelum menghantar anak-anak ke mana-mana pusat asuhan.
"Budaya dan perkembangan minda kanak-kanak boleh tercemar sekiranya mereka tidak diasuh mengikut acuan masyarakat tempatan," jelasnya.
Tambahnya, taska berkualiti sememangnya melibatkan perbelanjaan yang besar kerana perlu menepati beberapa syarat asas menubuhkan rumah asuhan kanak-kanak.
Antaranya, premis hendaklah didaftar dan menggunakan khidmat pengasuh terlatih yang telah menjalani kursus asas asuhan kanak-kanak selama 17 hari.
Mengikut nisbah yang digariskan, seorang pengasuh dibenarkan menjaga tidak lebih daripada tiga orang bayi manakala nisbah bagi lima orang kanak-kanak berusia di bawah dua tahun dijaga oleh seorang pengasuh.

Tentera Syria serang Damsyik

IMEJ yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah kereta kebal tentera Syria di kawasan perumahan Nahr Aishe, Damsyik semalam.


AMMAN - Tentera Syria menyerang selatan ibu kota Damsyik dengan menggunakan helikopter dan mesingan semalam dalam pertempuran dengan para pemberontak.
Serangan itu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan Presiden Syria, Bashar Al-Assad di bandar raya tersebut selepas 17 bulan kebangkitan rakyat berlaku.
Tentera Syria turut menggunakan kereta-kereta kebal dalam serangan tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan 18,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat berlaku di negara tersebut pada Mac lalu.
Menurut para aktivis anti-Bashar, seramai 47 orang terbunuh di Damsyik.
Mereka menganggap ia merupakan serangan terbesar tentera Syria dalam bulan ini.
"Seluruh Damsyik bergegar dengan bunyi dentuman," kata seorang wanita di Kfar Souseh.
Menurut beberapa aktivis, seramai 22 orang terbunuh di Kfar Souseh dan 25 lagi di daerah berdekatan, Nahr Eisha.
Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalan beliau melaksanakan pembaharuan politik dan hak-hak asasi manusia. - Reuters

Penduduk bimbang muzik reggaeton


GAMBAR fail pada 15 Julai lalu menunjukkan beberapa anggota polis mengiringi para peminat muzik reggaeton selepas mereka merosakkan kereta kerana marah selepas konsert muzik itu dibatalkan.


BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico kini bimbang dengan perkembangan muzik reggaeton yang merupakan gabungan irama hip hop.
Muzik itu dianggap seksual dan ia dipersalahkan kerana beberapa siri kejadian kecurian dan penyeludupan dadah.
Pada bulan lalu, polis membatalkan konsert muzik tersebut yang diadakan di kawasan perumahan Zona Rosa di sini.
Para peminat muzik itu merosakkan kereta dan menduduki sebuah pasar raya tempatan selepas konsert tersebut dibatalkan.
"Jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan kejadian tersebut takut dengan para peminat muzik itu," menurut tajuk sebuah akhbar Reforma.
Muzik itu berasal dari Puerto Rico pada awal tahun 2000.
Para peminat muzik itu berambut mohawk dan bersumbang.
Bagaimanapun, seorang remaja berusia 16 tahun, Donovan Leal berkata: "Saya pergi menari, tidak mengambil dadah tetapi mereka menyatakan saya budak jahat."
Muzik itu diperdengarkan di kelab malam di bandar raya ini yang dianggap oleh para peminatnya sebagai irama yang hebat. - Agensi

Haiwan jilat ais untuk sejukkan badan

SEKETUL ais dijilat seekor lemur.


ROM, Itali - Haiwan-haiwan di Zoo Bioparco di sini diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas.
Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk.
Menurut seorang kakitangan zoo dalam satu kenyataan kelmarin, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca panas kerana suhu meningkat hampir 40 darjah Celsius.
Harimau dan singa itu diberikan ketulan ais pelbagai perisa yang besar. - AFP

BILA MELAKUKAN KEJAHATAN TIDAK RASA TAKUT PADA ALLAH SWT SERTA BALASANNYA

Ugutan dari Lombok

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

NUR AFIFAH...meninggal dunia di Lombok
NUR AFIFAH...meninggal dunia di Lombok
KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.
Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.
“Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian.

“Mungkin mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini, semalam.

Tak berbaloi nak cantik

Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetyro.com.my

TAK BERKUALITI...kanta lekap yang menyebabkan penglihatan Nabila menjadi kabur.
TAK BERKUALITI...kanta lekap yang menyebabkan penglihatan Nabila menjadi kabur.
KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya.
Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.
Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari.

Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.

‘Hanya maut jadi pemisah’

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

TIADA UPAYA...Norlis bersama empat anak OKU di rumah mereka.
TIADA UPAYA...Norlis bersama empat anak OKU di rumah mereka.
SEPANG: “Hanya maut boleh memisahkan kami adik-beradik. Walau apa pun terjadi, mereka tetap bersama saya. Saya akan menjaga mereka sehingga akhir hayat,” kata Munir Yusu, 30, yang mempunyai empat adik-beradik kelainan upaya.
Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, dia berasa tanggungjawab menjaga keempat-empatnya walaupun berpendapatan rendah dan tidak mampu memenuhi semua keperluan mereka.

“Tetapi, selagi saya boleh buat, saya usahakan untuk menjaga mereka. Kalau mahu mengharapkan ibu, sudah tentu dia tidak mampu memandangkan usianya tua dan tidak bekerja.
“Gaji saya sebagai anggota Rela walaupun tidak tinggi masih mampu untuk menampung kami sekeluarga. Apa yang ada, kami guna dan kalau tak ada nak buat macam mana...,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenderam Hulu, baru-baru ini.

Empat adik-beradiknya Siti Mariam, 29, Norida, 33, Mohd Zaril, 34, dan Norasmah Dermawan, 35, dikategorikan orang kelainan upaya (OKU) kerana mempunyai masalah lembam.

Hanya Munir dan abangnya, Harun, 31, dilahirkan normal dan mereka berdua memikul tanggungjawab menampung perbelanjaan seisi keluarga.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, selain bantuan makanan keperluan dan pakaian daripada pihak lain serta jiran sekampung.
“Kami bersyukur kerana ada saja sumbangan diberikan bagi meringankan beban kami sekeluarga. Jasa mereka, terutama penduduk setempat tidak dapat kami balas,” katanya.

Munir berkata, ibunya Norlis Sanun, 61, berasal dari Indonesia, tetapi sudah lama menetap di Malaysia.

“Ibu sudah menjadi rakyat Malaysia, termasuk kami, cuma seorang kakak saya iaitu Norasmah belum mempunyai dokumen pengenalan diri dan statusnya tidak diketahui sehingga kini.

“Saya pun tidak tahu bagaimana menguruskan pengenalan diri Norasmah kerana saya tidak belajar tinggi. Selok-belok urusan itu saya langsung tidak tahu,” katanya.

Buaya ‘ngap’ paha budak

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

SAKIT...Ashley Austin dirawat di HUS  menunjukkan kesan luka di kaki dan betis, semalam.
SAKIT...Ashley Austin dirawat di HUS menunjukkan kesan luka di kaki dan betis, semalam.
KUCHING: “Mulanya, saya menyangka rakan bergurau dengan menarik paha, namun sebaik menoleh, saya melihat mereka berdiri agak jauh daripada saya.
“Saya kemudian mengesyaki ada yang tak kena lalu terus meraba lalu terkejut apabila merasai sesuatu benda berkulit keras menggigit kedua-dua paha saya,” kata Ashley Austin Chin, 14, yang terselamat biarpun dibaham buaya air masin di pantai Pasir Pandak, dekat sini, pagi semalam.

Berikutan itu, katanya, dia memberanikan diri dengan menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter itu untuk melepaskan gigitannya.
Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong itu mengalami luka di kedua-dua paha.

Sebelum kejadian, Austin berkata, dia bersama lima rakan pergi ke pantai berkenaan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar raya ini untuk mandi sempena cuti sambutan Aidilfitri, kira-kira jam 7 pagi.

Selepas hampir setengah jam menghabiskan masa dengan mandi, dia tiba-tiba terasa sesuatu cuba menggigit pahanya.
“Ketika itu, saya langsung tidak terfikir digigit buaya kerana pantai berkenaan sering dikunjungi orang ramai, terutama setiap hujung minggu.

“Malah, ketika kedua-dua paha saya dibaham, saya masih mampu mengelak dan cuba menepis. Apabila gigitannya semakin kuat, barulah saya segera melawan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.
Austin berkata, dia menggunakan seluruh kudrat untuk menumbuk mata buaya itu.

“Hanya itu cara terakhir dan kudrat yang saya ada. Mungkin tumbukan tepat pada mata buaya berkenaan menyebabkan ia melepaskan gigitannya dan kesempatan itu juga saya gunakan untuk menendang badannya,” katanya.

Austin bersyukur kerana terselamat daripada maut, namun menyesal kerana sebelum kejadian, ibu memang tidak membenarkan dia mandi di situ kerana bimbangkan keselamatannya.

“Saya tidak mengendahkan larangan itu, sebaliknya menuruti ajakan rakan yang merancang untuk mandi-manda di pantai berkenaan,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.

2 geng remaja bergaduh cemar kemeriahan Aidilfitri



PARIT BUNTAR: Kemeriahan sambutan Aidilfitri tercemar apabila dua kumpulan remaja samseng bergaduh sebelum merebak menjadi pertempuran ‘gila’ dengan menggunakan parang sebagai senjata mempertahankan diri, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, kumpulan remaja belasan tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kegiatan geng kongsi gelap bergaduh di kawasan lapang di Taman Semarak, di sini.

Seorang penduduk berkata, pergaduhan itu melarat menjadi perbuatan khianat apabila beberapa cermin kereta milik penduduk di kawasan itu dipecahkan.
Dia yang mahu dikenali sebagai Wahid, 35, mengakui terkejut apabila beberapa jiran menjerit dan memaklumkan berhubung pergaduhan serius membabitkan remaja.

Menurutnya, kumpulan remaja tempatan itu dipercayai sudah lama berdendam sebelum merebak menjadi pergaduhan besar di kawasan penempatan itu.

“Saya dimaklumkan, kumpulan remaja samseng itu tidak puas hati antara satu sama lain sebelum bertempur. Mengikut laporan polis, dua daripada remaja yang bergaduh itu parah akibat dilibas dengan parang.
“Apa yang berlaku ini cukup menakutkan berikutan remaja terbabit sudah berani mencederakan dan cuba membunuh,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan itu menyebabkan beberapa cermin kereta penduduk dipecahkan, malah tiga motosikal dipercayai milik kumpulan samseng remaja itu dibakar. Wahid berkata, huru-hara yang dicetuskan ini menakutkan dan meminta polis memberkas individu terbabit.
Kejadian ini pergaduhan kedua selepas dua beradik diserang sekumpulan lebih 10 remaja bersenjatakan parang berhampiran padang futsal di Tanjung Rambutan, di sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, seorang mangsa yang berusia 21 tahun putus dua jari tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh penyerangnya.

Malah, adik mangsa yang berusia 18 tahun parah akibat ditetak dengan parang sebelum dihantar mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Parit Buntar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan penduduk berhubung kes terbabit dan masih memburu beberapa suspek yang dipercayai menjadi dalang pergaduhan itu.

Warga emas terlampau

KAJANG: Seorang warga emas berusia 61 tahun antara lima yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam lebih 10 kes samun dan pecah rumah sekitar kawasan ini, hasil dua tangkapan berasingan di Desa Serdang, di Serdang dan Bandar Mahkota Cheras, di sini, Ahad lalu.
Warga emas terbabit yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau dipercayai menjadi penggerak kumpulan berkenaan yang bergiat aktif sejak tahun lalu di Ampang, Kuala Lumpur, selain bandar ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tangkapan dibuat hasil siasatan bersabit kes kehilangan sebuah kereta Honda Civic yang diletakkan di hadapan kediamannya di Bandar Damai Perdana, di Cheras, 8 Ogos lalu.
“Berdasarkan siasatan, polis menyerbu satu hotel bajet di Desa Serdang kira-kira jam 6 pagi sebelum menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 61 tahun dan menemui pasport dan mykad milik orang lain, surat pajak gadai, tabung gas Oxy-Acytelene kecil, beg mengandungi anak kunci yang belum diasah serta pelbagai alatan pecah rumah. “Susulan tangkapan pertama itu, polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kira-kira 5 jam kemudian dan menahan dua lelaki berusia 27 dan 36 tahun sebelum menemui barangan dipercayai hasil samun serta wang dalam 19 jenis mata wang asing,” katanya.

Ab Rashid berkata, jumlah keseluruhan hasil rampasan bernilai lebih RM300,000 termasuk kereta Honda Civic yang ditemui dalam satu daripada dua serbuan berkenaan.

Menurutnya, semua yang ditahan itu direman sejak 19 Ogos lalu sehingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 457/397A Kanun Keseksaan (KK).

Keluarga guru agama dikepung

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Hasrat lima sekeluarga menikmati makan malam di pusat bandar raya ini tidak kesampaian apabila kereta dinaiki mereka ditahan sebelum diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 malam, mangsa berusia 46 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah agama di Setiu bersama isterinya berusia 40-an dan tiga anak masing-masing berusia 16, 18 dan 20 tahun dalam perjalanan dari Chendering ke pusat bandar raya ini untuk keluar makan malam sebelum kereta mereka ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian bermula apabila kereta Honda dinaiki lima sekeluarga itu dihimpit sebuah Perodua Myvi berwarna putih dinaiki lima lelaki dengan seorang daripada mereka dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada keluarga berkenaan ketika berada di lampu isyarat Pantai Batu Buruk. “Mangsa tidak mengendahkan perbuatan itu sebelum meneruskan perjalanan mereka. Bagaimanapun ketika mangsa tiba di sebuah bank di Jalan Sultan Mahmud, mereka dihampiri sebuah kenderaan Nissan Navara berwarna hitam yang menghalang perjalanan.
“Pada masa sama, kereta Perodua Myvi yang menghimpit mereka sebelum ini tiba di tempat kejadian dan sekali lagi menghimpit kenderaan mangsa menyebabkan mangsa memberhentikan keretanya.

“Ketika itu, lapan lelaki dipercayai lima orang menaiki kereta Perodua Myvi, manakala tiga lagi menaiki kenderaan Nissan Navara turun lalu menarik anak lelaki mangsa berusia 20 tahun sebelum memukulnya menyebabkan dia cedera di muka, kepala dan badan.

“Malah, guru terbabit turut cedera di muka dan badan, manakala isterinya jatuh akibat ditolak ketika cuba meleraikan pergaduhan itu.
“Selain itu, semua suspek yang dianggarkan berusia 28 tahun ke atas itu turut merosakkan kereta mangsa dengan menendang kenderaan berkenaan menyebabkan cermin depan dan sisi pecah selain badan kereta itu kemek sebelum melarikan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Manoharan berkata, siasatan mendapati mangsa dan anak lelakinya yang juga pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam mendakwa tidak tahu motif mereka diserang kumpulan lelaki berkenaan.
Katanya, polis sudah mengenal pasti seorang daripada suspek yang juga pemilik Perodua Myvi terbabit dan menjangka tangkapan akan dibuat terhadapnya tidak lama lagi.

“Ketika ini, polis masih tidak pasti motif sebenar kejadian sama ada berpunca daripada perselisihan faham atau masalah jalan raya. Justeru kami meminta semua suspek terbabit supaya menyerah diri sebelum polis sendiri menahan mereka di rumah.

“Jika keluarga suspek tahu mengenai kejadian ini, saya harap mereka dapat menasihatkan anak atau anggota keluarga mereka yang terbabit supaya menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh dan Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

‘Tak masuk syurga jika tidak bayar hutang’



KUALA LUMPUR: “Hutang walaupun hanya RM30 akan menyebabkan roh seseorang itu terawang-awang dan tidak boleh masuk syurga, jika dia masih berhutang,” kata pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.
Beliau berkata, sudah menjadi trend kepada orang yang berhutang pada masa kini untuk tidak melunaskan hutang mereka, sedangkan soal ‘hutang-piutang’ menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk membayar semula.

“Saya risau dengan trend zaman sekarang, orang yang berhutang macam tiada niat untuk membayar hutang mereka terutama membabitkan hutang kecil dan pada mereka hutang berkenaan seolah-olah tidak perlu dibayar balik kepada pemiutang.
“Sebenarnya dalam hukum sudah ada menjelaskan mengenainya (hutang)...Bila seseorang yang nak beri hutang, dia mesti mempunyai saksi. Sekurang-kurangnya saksi terbabit dapat mengingatkan penghutang mengenai hutang mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai kejadian menimpa seorang tukang rumah yang mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang RM30. Itulah nilai nyawa yang terpaksa digadai mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, jam 4.30 pagi 20 Ogos lalu.

Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi kelmarin.

‘Taiko’ Bangladesh hidup mewah peras ugut rakan senegara

KUALA LUMPUR: Masuk ke Malaysia sebagai buruh binaan, namun hidup mewah sebagai ketua kongsi gelap. Itu gaya hidup seorang lelaki warga Bangladesh hingga mampu meraih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan sejak tiga tahun lalu.
Suspek dikatakan menjalankan kegiatan pemerasan ala kongsi gelap yang mensasarkan rakyat senegaranya yang bekerja di sini dan dia dipercayai antara individu paling ditakuti di kalangan warga Bangladesh di ibu negara.

Bagaimanapun, hasil siastan polis selepas menerima aduan daripada 18 mangsa, lelaki berusia 33 tahun itu dicekup di ibu negara pada 15 Ogos lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki warga Bangladesh itu mendalangi kegiatan pemerasan ala kongsi gelap sejak tiga tahun lalu selepas meninggalkan pekerjaannya sebagai buruh binaan.

Bakar kereta lupus bukti

SHAH ALAM: Suspek yang membunuh seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di rumah rakannya di Taman Desa Coalfields, Sungai Buloh, Ahad lalu bertindak membakar kereta yang dinaiki mereka dipercayai bagi menghilangkan bukti.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun kelmarin disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, lelaki terbabit yang ditahan di Bestari Jaya itu disyaki mempunyai kaitan dengan empat lelaki yang menyerang mangsa pada hari kejadian. Harian Metro kelmarin melaporkan M Siva, 22, maut selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tajam. Mangsa yang menaiki motosikal bersama rakannya parah sebelum meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh manakala rakannya patah tangan kiri dan melarikan diri.
Rosli berkata, suspek yang berasal dari Ijok dipercayai mempunyai maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan empat suspek utama terbabit. “Kita menjumpai kereta Honda Civic dipercayai milik suspek dibakar tidak jauh dari lokasi kejadian dipercayai cuba menghapuskan bukti.

“Siasatan juga mendapati kereta berkenaan adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Sungai Buloh pada 24 Ogos lalu,” katanya di sini, semalam.

Rosli berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang menaiki motosikal bersama rakannya itu dilanggar dari belakang oleh kereta berkenaan yang dinaiki empat suspek itu.
“Mangsa yang terjatuh kemudian diserang empat lelaki terbabit yang menggunakan senjata tajam manakala rakannya yang patah tangan kiri melarikan diri.

“Mangsa yang parah dibawa orang ramai ke Hospital Sungai Buloh bagaimanapun meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan,” katanya.

“Suspek yang dikenali sebagai ‘taiko’ dan mempunyai konconya yang juga rakyat senegaranya mampu meraih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.

“Konco geng itu mengenal pasti rakan senegara mereka yang baru mendapat gaji sebelum memaksa mereka membayar wang perlindungan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan,” katanya, semalam.
Beliau berkata, sekiranya mangsa enggan menyerahkan wang perlindungan itu, suspek bersama ahli gengnya akan mengugut mencederakan mangsa dengan bersenjatakan pisau.

Ku berkata, 18 laporan yang diterima polis semua daripada mangsa warga Bangladesh dan Kedutaan Bangladesh di sini turut menerima aduan sama dengan kes terbaru dilaporkan pada Mac lalu.