DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Jabatan Imigresen menyelamatkan 105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor kelmarin.
KUALA LUMPUR – Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada
bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana
dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.
Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing
dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor
baru-baru ini.
Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak
berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya
mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah.
“Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan keras. Adalah lebih
baik untuk pembantu rumah Indonesia tidak bekerja di Malaysia.
“Mereka (Malaysia) meminta pembantu rumah Indonesia tetapi mereka
tidak dapat melindungi golongan tersebut dengan baik, kata jurucakap
berkenaan, Suryana Sastradiredja.
Baling sabit elak kena rogol
Oleh AINSAFRE BIDIN
berita@kosmo.com.my
NADIA menunjukkan parang yang ditinggalkan perompak ketika memecah masuk rumah neneknya di Teluk Intan Sabtu lalu.
TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak
dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan
maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu
bertempiaran lari.
Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika
gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan
parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.
Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian,
neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di
ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.
Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.
Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.
“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik
keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah
nenek.
“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata
mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas
yang dipakai,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Lagi angkara khianat
Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
ENAM buah motosikal dan sebuah kereta musnah angkara perbuatan khianat di Taman Seri Kuching, Sentul semalam.
KUALA LUMPUR – Tindakan khianat pihak tertentu bukan sahaja
mengakibatkan sebuah kereta dan enam motosikal musnah dibakar malah
menyebabkan tujuh penghuni termasuk dua kanak-kanak sesak nafas selepas
terhidu asap tebal semalam.
Kejadian pukul 5.05 pagi di Blok R Flat Sri Kuching dekat Taman Seri
Kuching di sini itu berlaku ketika rata-rata penghuni masih nyenyak
tidur.
Mengimbau semula kejadian itu, pemilik kereta jenis Proton Saga, Meoh
Bee Leong, 52, berkata, dia terus ke tempat letak kereta selepas
dikejutkan isterinya yang terdengar bunyi kecoh meminta supaya penghuni
mengalihkan kenderaan masing-masing.
“Sebaik tiba, saya lihat api sedang marak membakar motosikal dan
enjin kereta saya. Saya cuba mengalihkan kereta namun gagal kerana api
merebak dengan pantas,” ceritanya ketika ditemui di sini.
Inspektor disiasat cabul isteri orang
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my
SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana
didakwa mencabul seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Negeri Sembilan pada minggu lalu.
Pegawai berusia 40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34
tahun di dalam lif di bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah
hari, 29 November lalu.
Sumber berkata, ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama
mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba
mencabul wanita berkenaan.
Kata sumber itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di
IPK kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya sebelum
pasangan itu membuat laporan polis.
Difahamkan, mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan
yang sudah berkahwin sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke
atasnya sebelum ini.
Wanita itu turut mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian
narkotik pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
berbaur lucah selain pernah meraba punggung mangsa.
Kejadian terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar
menyebabkan mangsa mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan
polis.
Sumber itu memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut
Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan
boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.
11 beranak miskin alas perut dengan air paip
Oleh MALINDA ABDUL MALIK
berita@kosmo.com.my
WAN NORAZMAN (kiri) dan Aminah (tiga
dari kanan) menyerahkan bantuan kepada Razimah (dua dari kanan) dan
Mohd. Anuar (kanan) di PPRT Taman Manggis, George Town semalam.
GEORGE TOWN – Seorang ibu terpaksa menahan air mata saban hari
apabila melihat anak-anaknya meminum air paip untuk menghilangkan dahaga
dan lapar sejak seminggu lalu ekoran kemiskinan hidup.
Itulah yang dialami Razimah Rahman, 39, bersama sembilan anaknya
setelah suami, Mohd. Anuar Ahmad, 43, tidak lagi dapat bekerja sebagai
pengawal keselamatan selepas menjalani pembedahan usus Januari lalu.
Menurut Razimah, tujuh daripada sembilan anak berusia antara lapan
bulan hingga 22 tahun masih belajar di sekolah rendah dan dia pula tidak
dapat keluar bekerja kerana tiada sesiapa yang menjaga anak-anaknya.
Jelasnya, dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebanyak RM450 sebulan bagi menampung hidup mereka 11
beranak.
“Sejak suami sakit, kami hidup susah. Sedih melihat anak-anak minum
air paip sebab tiada wang untuk beli makanan,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis di
sini semalam.
Nyda sedia pamer aksi ‘goyang gerudi’
Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my
HARNIDA SHAZILA
KUCHING – Peserta Soulstar 2012, Harnida Shazila Haron, 17, mengakui
tidak sabar untuk menunjukkan aksi ‘goyang gerudi’ Inul Daratista
apabila mendendangkan lagu Kopi Dangdut pada konsert mingguan kelima
Sabtu ini.
Dia yang lebih mesra disapa Nyda berkata, penampilan seksi penyanyi
dangdut terkenal Indonesia itu bakal mencabar kebolehannya untuk
menyanyi sambil menari.
Nyda bagaimanapun meletakkan faktor menjaga kesusilaan atas pentas
sebagai keutamaan meskipun yakin dengan kemampuan yang ada pada dirinya.
“Bagi saya, irama dangdut ada keistimewaannya meskipun ramai
berpendapat irama ini boleh mengundang berahi ketika melakukan
persembahan.
“Gelekan saya mungkin tidak sekencang Inul, namun saya sangat teruja
apabila dipilih untuk mendendangkan lagu ini,” katanya di sini semalam.
Nad Zainal tidak berahsia
Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN amri.hassan@kosmo.com.my
FIGURA cantik ini memberitahu dia teringin untuk berlakon dalam drama atau telefilem epik dan perang.
MENYERLAH sepanjang tahun 2012, Nad Zainal, 22, merupakan salah
seorang bintang baharu yang paling mencuri perhatian ramai menerusi
kualiti lakonannya.
Bermula dengan slot sitkom bersiri khas TV3, Memberku Hawa yang
menggandingkannya dengan pelakon Faezah Elai, Nad semakin dikenali
menerusi drama Bukan Bidadari. Terkini, dia muncul dalam telefilem
sedang hangat ditayangkan di TV3, Putera Rayyan.
Seiring dengan kerjayanya yang meningkat naik, Nad tidak terlepas
diburu dengan kisah peribadi. Sementelah dia sendiri sudah beberapa kali
dilihat membawa kekasihnya yang hanya dikenali dengan nama Azwan ke
majlis-majlis yang dihadirinya.
Kosmo! yang berkesempatan bersua muka dengan pasangan itu pada majlis
resepsi Diana Danielle dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian Putrajaya
pada 1 Disember lalu mendapatkan kenyataannya berhubung status mereka.
Kosmo!: Nad nampak tidak kekok membawa teman lelaki ke beberapa acara
sejak kebelakangan ini. Tidakkah anda takut ditohmah oleh orang
sekeliling mahupun peminat?
NAD: Saya dan Azwan (teman lelaki) berkenalan sudah hampir dua tahun
dan diakui saya bukan jenis orang yang suka berahsia. Bagi saya, tidak
ada yang perlu disorok. Lagipun kami hadir ke majlis terbuka. Kalau kami
dilihat bersama selalu ke kelab malam atau menghadiri parti sosial,
barulah boleh dikatakan kontroversi. Emak saya percayakan dia dan saya
rasa selamat bersama dia.
Ada perancangan untuk ke langkah seterusnya? Mungkin mengikat tali pertunangan terlebih dulu?
Buat masa sekarang belum ada sebarang perancangan lagi. Perjalanan
kami masih jauh dan mahu fokuskan kerjaya terlebih dulu. Dia banyak
membuat kerja-kerja di belakang tabir dan secara tidak langsung kami pun
lebih kerap berjumpa.
NAD bersama kekasihnya, Azman. Mereka telah bercinta selama dua tahun tetapi belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.
Bagaimanakah anda melihat perkembangan kerjaya pada tahun ini? Adakah anda sudah berpuas hati?
Saya tidak pernah berpuas hati dan mahukan lebih daripada apa yang
sedang saya lakukan sekarang. Saya sudah berada dalam industri ini sejak
tahun 2007 dan ketika itu tiada siapa perasan saya pun. Bagaimanapun,
situasinya mula berbeza kini. Alhamdulillah, apabila rajin berusaha
insya-Allah pintu rezeki kita akan dipermudahkan.
Apakah watak idaman anda yang masih belum tercapai sehingga sekarang?
Kebanyakannya saya sudah dapat peranan yang diimpikan. Cuma saya
teringin berlakon drama atau filem epik dan perang yang memerlukan saya
memakai kostum lama.
Bagaimanakah pula dengan watak air mata? Adakah anda selesa sekiranya suatu hari nanti sentiasa ditawarkan watak berat?
Jujurnya, saya lebih senang sebenarnya menjadi diri sendiri. Saya
seorang yang periang dan untuk menggalas watak-watak berat, sebenarnya
agak susah sedikit buat saya. Bagaimanapun saya tidak kisah sekiranya
ditawarkan watak air mata, cuma nanti perlu ada fasa keseimbangan untuk
menerima watak-watak ringan sekali sekala.
Selain drama bersiri Putera Rayyan yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang, apakah perkembangan terkini anda?
Saya baru habis penggambaran filem Kami Histeria bersama Fazura dan
Diana Danielle. Kini saya baru memulakan penggambaran telefilem Cinta
bersama Zahiril Adzim. Selain itu, sitkom Memberku Hawa musim kedua juga
akan muncul.
Kuala Pilah dilanda banjir kilat
YUK YIN (kanan) bersama keluarganya
sibuk membersihkan kedainya yang kotor dilanda banjir kilat di pekan
Dangi, Kuala Pilah semalam.
KUALA PILAH – Seramai 25 penduduk di sekitar kawasan Senaling dan
Johol dekat sini dipindahkan buat sementara selepas kediaman mereka
dilanda banjir kilat petang kelmarin.
Hujan lebat selama dua jam bermula pukul 5 petang itu menyebabkan beberapa rumah ditenggelami air hampir satu meter.
Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Dangi, Kampung Geduhum, Kampung Air Taling, Kampung Yu dan Kampung Dioh.
Banjir kilat itu menyebabkan 25 penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Dangi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air,
Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau
telah meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menghantar beberapa
keperluan kepada mangsa banjir.
Rugi sawah ditenggelami air
AHMAD ZAKI (kiri) bersama dua pesawah lain menunjukkan anak padi yang rosak akibat ditenggelami air di Pendang semalam.
PENDANG – Seramai 20 pesawah di Kampung Perupok, Kubur Panjang di
sini kerugian lebih RM20,000 akibat sawah mereka yang luas
keseluruhannya 28.35 hektar ditenggelami air sebanyak empat kali mulai
awal September lepas.
Ketua Unit Padang Kampung Perupok, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Kubor Panjang, Ahmad Tarmizi berkata, kejadian terbaharu berlaku empat
hari lalu.
Beliau berkata, punca utama sawah ditenggelami air ialah kerana tali
air yang sepatutnya menyalurkan air ke Sungai Lampam tersumbat
menyebabkan air bertakung hampir seminggu.
“Tali air itu dikatakan tidak diselenggara sejak 20 tahun lepas.
Kalau tidak banjir, padi sudah boleh dituai pada hujung bulan depan,”
katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kate Middleton hamil
GAMBAR fail menunjukkan Putera William dan Kate berpegangan tangan selepas majlis perkahwinan mereka di Westminster Abbey, tengah London pada 29 April lalu. - Reuters
LONDON - Isteri kepada Putera William, Kate Middleton atau
Duchess of Cambridge, Catherine, terpaksa bermalam di hospital untuk
dirawat akibat alahan mengandung yang teruk selepas pengumuman bahawa
pasangan diraja berkenaan dijangka menyambut anak pertama mereka.
Keluarga diraja Britain itu mendedahkan berita gembira tersebut pada
Isnin, sekali gus menamatkan spekulasi hangat mengenai bayi yang bakal
menjadi raja Britain sama ada ia lelaki atau perempuan.
Ratu Elizabeth II dan seluruh keluarga diraja nyata gembira dengan
berita kehamilan Kate. William dan bapanya, Putera Charles telah melawat
Kate di Hospital King Edward VII di tengah London, jelas sumber istana.
Bayi itu bakal menjadi pewaris takhta diraja Britain selepas Charles
dan William tanpa mengira jantinanya berikutan kerajaan Britain mahu
menggubal undang-undang lama yang sebelum ini memberi keutamaan kepada
pewaris lelaki.
Menurut sumber istana, pasangan tersebut baru sahaja menyedari kehamilan Kate. Agensi berita The Press Association melaporkan kehamilan itu masih belum memasuki minggu ke-12, tetapi pengumuman itu didorong oleh kondisi perubatan Kate.
Kate dimasukkan ke hospital pada Isnin kerana mengalami hypermesis
gravidarum, iaitu alahan teruk yang memerlukan hidrasi dan nutrien
tambahan.
"Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, beliau dijangka
berada di hospital untuk beberapa hari lagi. Kate juga memerlukan masa
untuk berehat," jelas kenyataan dari istana.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri, Michelle yang ada
bertemu dengan keluarga diraja itu ketika lawatan mereka ke Britain
tahun lalu menyampaikan ucapan tahniah mereka. - AFP
Bekas ketua polis trafik ditangkap kerana rasuah
DJOKO SUSILO (tengah) bersama peguamnya ketika tiba di ibu pejabat KPK di Jakarta, Indonesia.
JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia telah menahan seorang ketua polis
trafik kerana terlibat dalam kes rasuah bernilai jutaan ringgit, sekali
gus menjadi skandal rasuah terbaharu melibatkan pasukan polis republik
tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) mengesahkan penahanan
bekas ketua polis bahagian trafik, Djoko Susilo atas tuduhan salah guna
kuasa dalam kes melibatkan tender berjumlah AS$21 juta (RM64 juta) untuk
pembelian simulator pemanduan.
"Kami akan menyoal siasat suspek dalam tempoh 20 hari. Sekira wujud
bukti yang kukuh, kami akan membawa kes ini ke mahkamah," kata jurucakap
KPK, Johan Budi.
KPK mendakwa Susilo menerima lebih AS$200,000 (RM608,599) sebagai suapan daripada seorang pembida tender.
Pemenang tender, syarikat keluli, Citra Mandiri Metalindo Abadi yang
terkenal dengan pengeluaran penutup botol dikatakan tidak mempunyai
pengalaman atau kapasiti untuk membekalkan simulator terbabit.
Tahun lalu, Indonesia mendapat markah 3.0 dalam Indeks Persepsi
Rasuah dan Ketelusan Antarabangsa. Markah sepuluh bermaksud bersih
daripada rasuah, manakala markah kosong bermakna sangat korup.
KPK diberi kuasa besar untuk menahan suspek, meneliti akaun bank dan menyiasat semua pegawai polis berpangkat tinggi. - AFP
Kastam rampas wang kertas lebih 1.8 juta Euro
WANG kertas lebih 1.8 juta Euro disembunyikan di ruang rahsia tempat duduk belakang kereta Audi A6.
PARIS - Dua lelaki Cina ditangkap di sebuah pos pemeriksaan Perancis
dekat bandar Strasbourg pada bulan lalu bersama wang tunai lebih 1.8
juta Euro (RM7.1 juta) yang disembunyikan di tempat duduk kereta mereka,
kata Kastam Perancis.
Wang tunai itu ditemui semasa pihak kastam melakukan pemeriksaan di plaza tol lebuh raya A4 di Schwindratzheim.
Sebanyak 38,000 keping wang kertas dengan nilai 20, 50, 100, 200 dan
500 Euro dirampas dari ruang rahsia tempat duduk belakang kereta Audi A6
yang dinaiki oleh mereka.
Tangkapan tersebut dibuat pada 11 November lalu tetapi kastam
Perancis mengumumkannya semalam ekoran kes tersebut masih disiasat.
Kedua-dua lelaki berkenaan mendakwa mereka sedang dalam perjalanan ke Vienna untuk bercuti.
Suspek yang berketurunan Cina tetapi menetap di Portugal kini ditahan
bagi membantu siasatan kes penyeludupan wang tersebut. - Agensi
Bopha membadai Filipina
PENDUDUK mengumpulkan barang-barang
selepas rumah mereka musnah ditiup Taufan Bopha di bandar Cagayan de
Oro, Mindanao semalam.- AFP
MANILA - Taufan Bopha meragut 43 nyawa di sebuah bandar di Filipina
semalam, lapor stesen televisyen tempatan, ABS-CBN dari lokasi kejadian.
"Saya mengira sebanyak 43 mayat di atas lantai," kata wartawan, Vina
Araneta kepada stesen televisyen berkenaan menerusi panggilan telefon
dari sebuah bangunan pentadbiran di bandar Bataan Baharu di selatan
Pulau Mindanao.
Terdahulu beberapa pegawai melaporkan, seramai lapan orang terbunuh dalam bencana tersebut di beberapa tempat lain di Mindanao.
Wartawan berkenaan menyatakan datuk bandar itu, Lorenzo Balbin
memberitahunya bahawa kebanyakan mangsa yang maut berasal dari
perkampungan berdekatan di mana banjir kilat telah menenggelamkan sebuah
pangkalan tentera Filipina.
Bopha yang merupakan taufan terkuat melanda Filipina pada tahun ini
membadai Mindanao semalam dengan menyebabkan banyak rumah musnah dan
bekalan elektrik terputus.
Ribut yang berkelajuan 195 kilometer sejam itu turut menumbangkan pokok-pokok dan bumbung-bumbung rumah.
Pegawai bencana, Liza Mazo berkata, lebih banyak kemalangan jiwa
dijangka berlaku selepas pasukan penyelamat dikerah ke tempat-tempat
yang terjejas teruk dalam bencana tersebut.
Media Filipina melaporkan berpuluh-puluh orang cedera akibat terkena
serpihan yang diterbangkan angin, dihempap pokok tumbang dan dihanyutkan
banjir kilat.
Namun, pihak berkuasa dapat mengelakkan angka kemalangan jiwa lebih
besar dalam taufan kali ini ekoran perpindahan awal yang dilakukan.
Setakat semalam lebih 155,000 orang berlindung di sejumlah pusat
penempatan sementara di pulau berkenaan.
Sekitar 20 taufan melanda Filipina pada setiap tahun termasuk taufan
Thelma (1991), Ketsana (2009) dan Megi (2010) dan dengan mendatangkan
banyak kemusnahan dan kematian.
Seramai 1,500 orang terbunuh apabila Taufan Washi melanda Mindanao pada tahun lalu.
"Sudah cukup kami terseksa," kata seorang wanita, Felicitas Cabusao sambik memeluk anak perempuannya yang berusia 12 tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, berpuluh-puluh penerbangan dan
perkhidmatan feri di tengah dan selatan Filipina digantung semalam
manakala sekolah dan sebahagian premis perniagaan turut ditutup.
Bopha yang membawa ribut meliputi kawasan seluas 500 kilometer kini
bergerak ke arah barat-barat daya dan dijangka tiba di Laut China
Selatan esok.
Bopha yang bermaksud bunga atau gadis dalam bahasa Kemboja merupakan ribut ke-16 yang melanda Filipina pada tahun ini. - Agensi
Penentang Bashar Al-Assad tembak jatuh jet MiG
BEBERAPA pejuang Tentera Pembebasan
Syria memeriksa bangunan yang musnah selepas dibedil jet pejuang
tentera Presiden Bashar Al-Assad di pinggir Damsyik pada Sabtu lalu. -
REUTERS
DAMSYIK - Pejuang-pejuang penentang di Syria menembak jatuh sebuah
jet perang MiG yang mengebom beberapa kubu kuat pihak penentang dalam
wilayah Damsyik, kata beberapa aktivis semalam.
"Pasukan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menembak jatuh sebuah jet
pejuang di antara bandar Dumeir dan Rahiybeh kelmarin. Jet itu dikenal
pasti telah mengebom beberapa bandar dan pekan di Ghuta Timur," kata
seorang jurucakap FSA.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, pihaknya
menerima laporan sebuah jet tentera Syria ditembak jatuh dekat Dumeir,
sekitar 40 kilometer ke barat daya bandar raya ini.
Sejak akhir Julai lalu, rejim Presiden Bashar Al-Assad bergantung
kepada jet-jet pejuang untuk mengekang penentangan yang semakin
meningkat di negara itu.
"Jika tentera Syria mula kehilangan beberapa pesawat setiap hari ia
menjadi titik perubahan kerana rejim tersebut akan hilang kelebihannya
dan tidak lagi dapat melakukan serangan berat dengan berkesan," kata
seorang penganalisis tentera, Riad Kahwaji.
Dalam pada itu, Perancis menyertai Amerika Syarikat (AS) dan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara semalam dalam memberi amaran kepada
Damsyik supaya tidak menggunakan senjata kimia terhadap FSA.
"Sebarang penggunaan senjata kimia oleh Bashar tidak dapat diterima," kata jurucakap Kementerian Luar, Vincent Floreani.
"Kepimpinan di Damsyik perlu tahu bahawa masyarakat antarabangsa
sedang memerhati mereka dan akan bertindak jika senjata tersebut
digunakan," tambahnya.
Kelmarin AS memberi amaran kepada Bashar bahawapihaknya akan
menimbang tindakan ketenteraan sekiranya beliau menggunakan senjata
kimia terhadap rakyatnya sendiri.
Amaran tersebut dikeluarkan ketika konflik berdarah di Syria telah meragut lebih 41,000 nyawa setakat ini.
Rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan Bashar pada Mac tahun
lalu untuk menuntut kebebasan dan pemerintahan demokrasi. - Agensi
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my
SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah
diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan
sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.
Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan
individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu
seramai 241,740 orang.
Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta
tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka
berhutang berbanding golongan wanita.
Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.
Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar
hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang
sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.
Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat
hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian
menggali lubang hutang yang baharu.
“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.
“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.
“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
KALAU ADA PERBUATAN ZINA MAKA HUKUM ALLAH ADALAH REJAM
Dr. Hasan diturun pangkat ke gred lebih rendah
Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memutuskan
Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang digantung tugas ekoran kes
khalwat baru-baru ini kini tidak lagi memangku jawatan Ketua Pengarah
Kesihatan.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, Hasan yang merupakan
Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II selebihnya telah diturunkan
pangkat ke satu gred lebih rendah daripada jawatan sedia ada.
Kosmo! difahamkan, Kementerian Kesihatan akan menentukan jawatan
baharu Hasan tidak lama lagi tetapi dia tidak akan memegang mana-mana
jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan.
Pathmanabhan ada masa bunuh
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
PATHMANABHAN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati
Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam memasuki
episod baharu apabila salah seorang tertuduh mengesahkan bahawa bekas
peguam, N. Pathmanabhan berada di Ladang Gadong, Banting pada malam
kejadian bunuh pada 30 Ogos 2010.
Ladang Gadong yang dimiliki Pathmanabhan merupakan ladang ternakan haiwan dan buah-buahan, tempat kejadian bunuh itu berlaku.
Keterangan tertuduh keempat itu, R. Kathavarayan bagaimanapun
menyebabkan peguamnya, Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili
tertuduh atas alasan keterangan anak guam bertentangan dengan arahan
diberikan sebelum ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penarikan diri Ravi dan
mengarahkan Khatavarayan berbincang dengan ahli keluarga sama ada hendak
melantik peguam lain atau sebaliknya.
"Itu merupakan hak yang ada pada Khatavarayan. Kalau paksa peguam pun
tidak elok," kata Akhtar yang turut memerintahkan supaya Khatavarayan
diasing daripada ketiga-tiga tertuduh lain sehingga dia selesai memberi
keterangan.
Terdahulu, Khatavarayan ketika disoal Ravi, mengesahkan bahawa
Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010
bersama beberapa orang rakan bekas peguam itu yang antara mereka
dikenalinya tetapi mendakwa tidak tahu nama mereka.
"Pathmanabhan ada dan seingat saya ada lima orang berketurunan
Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India yang datang ke ladang itu
pada pukul 7 petang," kata Khatavarayan
Maut rempuh trak PGA
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
BEGINILAH keadaan MPV Honda Edix
yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan Mohamad
Saone di Bagan Serai semalam.
BAGAN SERAI - Seorang lelaki Bangladesh maut selepas kenderaan
dinaiki bersama dua yang lain merempuh sebuah trak Pasukan Gerakan Am
(PGA) di Kilometer 197.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan
Kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan pekerja sebuah syarikat
peralatan telekomunikasi dari Puchong, Selangor, Mohamad Saone, 30-an,
mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Edix
dinaiki mangsa dan dipandu seorang lelaki tempatan dikatakan hilang
kawalan sebelum merempuh belakang kanan trak terbabit.
Akibat rempuhan itu, trak PGA berkenaan terbabas sebelum melanggar
penghadang lebuh raya sebelum terhumban dan terbalik di longkang tepi
lebuh raya berkenaan.
Enam anggota polis dari unit Senoi Praaq, Batalion PGA 3, Bidor yang menaiki trak itu cedera ringan.
Difahamkan, sebelum kejadian, trak tersebut sedang berkonvoi dari
Bidor ke Wang Kelian, Perlis bagi mengikuti satu latihan bersama 11 trak
PGA lain dan enam kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover
Kembar murung adik sudah mati
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
NAIMAH menemani Nurul Fitrah di
rumah keluarganya di Kampung Kobah, Pendang semalam selepas kanak-kanak
itu dibenarkan keluar dari hospital.
PENDANG - Kehilangan adik kembar yang maut bersama neneknya dalam
kemalangan menyayat hati di Batu 13 3/4, Kampung Kobah di sini kelmarin
amat dirasai Nurul Fitrah Shahrul Anuar, 5, apabila dia kerap menanyakan
mengenai dua anggota keluarga kesayangannya itu.
Naimah Khalid, 33, memberitahu, anak sulungnya itu menyebut-nyebut
nama adiknya, Syahrul Fitri, 5, dan nenek, Munah Ismail, 64, pada petang
dan malam kelmarin malah pagi semalam anaknya turut memakai selimut
Ben-10 kepunyaan adiknya itu.
"Adik pi (pergi) mana, kerja sekolah banyak. Saya yang sebak
memberitahu, adik dan nenek sudah mati menyebabkan Nurul Fitrah terus
terdiam dan kelihatan murung," katanya ketika ditemui pemberita di
rumahnya di sini.
.
Wanita warga emas cari empat anak lelaki
INILAH gambar tiga (depan) daripada empat anak Lai Fong yang terpisah sejak 48 tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Seorang warga emas meminta bantuan orang ramai
menjejaki empat anak lelakinya yang terpisah selama 48 tahun kerana
terlalu merindui mereka.
Warga emas tersebut, Wong Lai Fong, 82, berkata, dia terpaksa
meninggalkan keempat-empat anak lelakinya di bawah jagaan ibu mertua
selepas bercerai dengan suaminya.
Ujarnya, pada masa itu, ibu mertuanya hanya membenarkannya membawa anak lelaki bongsu yang ketika itu berusia tiga tahun.
"Sebelum ini kami sekeluarga menetap di Kampung Simee, Ipoh, Perak
dan selepas bercerai saya telah berpindah ke Kepong di sini bersama anak
bongsu saya.
"Walaupun usaha untuk menjejaki keempat-empat anak saya telah
dilakukan selama bertahun-tahun tetapi sehingga hari ini saya masih
belum menerima sebarang berita mengenai mereka," katanya pada sidang
akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini
semalam.
ADA YANG HIDUP SENANG LENANG..TUJUH KETURUNAN TAK ABIS MAKAN...PUSAT ZAKAT....FIKIR2 AJE LAH
Gaji kecil terpaksa kejar trip
Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my
KEBANYAKAN pemandu syarikat
pengangkutan termasuk pemandu lori kontena sentiasa berhadapan dengan
risiko terutama kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH – Sistem pengangkutan sama ada logistik mahu pun
pengangkutan yang membawa penumpang sememangnya penting bagi memacu
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Bagaimanapun, tidak ramai dalam kalangan masyarakat menghargai sumbangan besar mereka dalam kemakmuran negara.
Rata-ratanya hanya menyalahkan pemandu kenderaan itu apabila berlaku
kemalangan maut tetapi bukan memahami masalah di sebalik kejadian itu.
Sebenarnya, sebahagian besar daripada lebih 20,000 pemandu pengangkutan perdagangan tempatan berhadapan dengan dilema.
Berdasarkan tinjauan Kosmo!, kebanyakan pemandu kenderaan berat
mendakwa mereka tidak diberi hak keistimewaan sebagai seorang pekerja
seperti yang dinikmati oleh pekerja sektor lain.
Antara hak mereka yang dinafikan ialah majikan tidak mengiktiraf
mereka sebagai pekerja tetap sebaliknya hanya melabelkan mereka sebagai
pekerja kontrak.
Perancis, Britain panggil duta Israel
SEORANG lelaki Israel berjalan di kawasan penempatan Yahudi di Maale Adumin, dekat Baitulmuqaddis kelmarin.
PARIS - Perancis dan Britain memanggil duta Israel semalam ketika
tekanan diplomatik ke atas Israel terus meningkat berhubung rancangannya
untuk membina 3,000 kediaman peneroka haram Yahudi di timur
Baitulmuqaddis dan Tebing Barat, Palestin.
Jerman dan Rusia turut melahirkan kebimbangan berhubung rancangan
Israel itu yang disifatkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan memusnahkan pelan damai
Asia Barat.
Israel berdepan gelombang bantahan diplomatik selepas cadangan
pembinaan tersebut ditimbulkan pada Jumaat lalu bagi membalas
pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB oleh
badan dunia itu.
Sebahagian projek penempatan itu akan didirikan di koridor tanah di
timur Baitulmuqaddis yang dinamakan E1 yang mana penempatan haram baharu
Yahudi akan memisahkan Tebing Barat kepada dua bahagian.
Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot berkata, Duta
Israel, Yossi Gal dipanggil agar Perancis dapat menyatakan kebimbangan
serius berhubung projek penempatan tersebut.
"Pembinaan di kawasan E1 akan menjejaskan penyelesaian dua negara
(Israel-Palestin) dengan meminggirkan Baitulmuqaddis dari Tebing Barat
sekali gus mengancam wilayah dan masa depan penduduk Palestin," kata
Lalliot.
"Kami kesal dengan keputusan pemerintah Israel untuk membina 3,000
unit rumah baharu dan meneruskan pembangunan di kawasan E1 yang sebelum
ini dibekukan," kata Jabatan Luar Britain.
Amerika Syarikat dan Belgium turut melahirkan kebimbangan berhubung
penempatan Yahudi tersebut dengan Ki-moon memberi amaran bahawa projek
berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP
90 cedera struktur pelantar minyak condong
SEBUAH struktur pelantar minyak condong di sebuah dermaga di Singapura semalam. - AFP
SINGAPURA - Beberapa pegawai berkata, seramai 90 orang pekerja
cedera, 23 orang lagi serius dalam satu kemalangan di sebuah dermaga
kapal di sini, semalam.
Kementerian Sumber Manusia menyatakan, kejadian itu berlaku ke atas struktur pelantar minyak yang dalam pembinaan.
Syarikat Jurong Shipyard Pte. Ltd., membina struktur tersebut.
Jurucakap limbungan kapal berkata, para pekerja sedang menguji
strutur berkenaan tetapi salah satu kakinya gagal berfungsi lalu
menyebabkannya condong.
Katanya, pekerja yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.
Dia menyatakan, seramai 53 orang telah dibenar keluar, manakala seorang lagi masih dalam keadaan kritikal.
Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dilakukan. - Agensi
Gunung di Perancis dipercayai tempat UFO muncul pada 'hari kiamat'
GAMBAR fail menunjukkan Gunung Pic de Bugarach di Bugarach, selatan Perancis.
PARIS - Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan
Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan
selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar
dalam talian MailOnline kelmarin.
Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi.
Beberapa filem dokumentari dan laman web meramalkan bahawa
berdasarkan kalendar penduduk Maya di Amerika Tengah itu, 'hari kiamat'
akan berlaku pada 21 Disember depan.
Ramalan itu dibuat kerana kalendar Maya itu berakhir pada tarikh tersebut.
Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah
makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul.
Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya.
Pekan Bugarach kini menjadi popular dalam kalangan orang yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut.
Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord bimbang ramai orang akan tiba di bandar kecil itu.
Kawasan di sekitar Bugarach hanya didiami seramai 180 orang.
Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang yang ramai yang dijangka tiba di bandar berkenaan.
Menurut kalendar Maya itu, sebuah planet akan merempuh Bumi pada 21
Disember depan dan dipercayai akan menyebabkan 'hari kiamat' berlaku. -
Agensi
22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir
by admin on June 5, 2012
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal
serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan
perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi
orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,
minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan
sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar
sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang
lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara
mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,
yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta
sedekah
Tiga Tanda Kiamat yang Harus Difikirkan
by admin on February 16, 2012
Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil
perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam
khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori
tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun
ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda
kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda
besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda
Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan
tanda-tanda besar Kiamat.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini
ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah
muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di
bawah ini:
Perceraian banyak terjadi
Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
Banyak Quran diberikan hiasan
Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
Berbagai peralatan muzik dimainkan
Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
Perzinaan dilakukan terang-terangan
Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
Orang yang amanah dianggap pengkhianat
Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah
menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab
para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil
Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti
setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini
bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda
besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus
bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara
tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu
diutusnya Imam Mahdi.
“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang
diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara
manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan
kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan
kezaliman.”(HR Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan
Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi
perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi.
Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak
sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti
di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas
harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita
diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya
sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin
Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan
Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka
ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji
kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk
memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan
Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan
manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata.
Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban
yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur
Rasulullah dari timur hingga ke barat.
Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab
kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian
terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak
fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan
Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri
kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan
Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi
Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan
perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar
oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada,
Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam
Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang
berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan
Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam
Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah
muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi,
maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan
Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah
timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua
malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan
Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak
olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi
imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi
makmum di belakangnya. Subhanallah.
Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata
pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa
’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi
yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda
Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah
yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan
kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang
akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di
bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya
Rabb.
Sumber: http://www.tranungkite.net/
Kiamat Besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-Tiba
by admin on November 19, 2011
Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba,
tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya
diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada
siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.
Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat
al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan
menyeleweng dari jalan yang benar.
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan
hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana
sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi
mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)
Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu
kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan
sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba,
sehingga kata orang ia datang “tanpa seorang itu mampu atau sempat
bersedia”.
Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian
setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia.
Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan
kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.
Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah
saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan
kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web
ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang
mampu mengalirkan air mata.
Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika
betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa
akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah
dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Kita tidak
tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup
untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta
yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.
Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian
yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan
beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan
izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya.
Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang
hebat.
Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan
sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta’ala. Bukan hanya apa yang
di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini
bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.
Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli
sukan yang ‘fit’ cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan
jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak
Hungary ini . Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang
memberikannya kad kuning dan terus…
http://youtu.be/UKekpxFrfWg
LUPA
Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang
menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan
bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana
pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali
terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari
kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal
bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya
tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta’ala :
Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang
tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan
tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu
terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Manakala dalam catatan Imam Ahmad
Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan
dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak
hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang
mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari
(kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap
kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami
Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu
sentiasa berubah-ubah nikmatnyadan tidak akan sama sekali membosankan.Luasnya
tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang
menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda
dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat
oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa
yang dikehendakiNya.
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti
(yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan
seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin
kewujudannya) lebih dari perihal kematian.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada
di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah.
Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.
Sumber: http://www.zaharuddin.net/
Kiamat: Bagaimana Terbitnya Matahari Dari Barat?
by admin on November 4, 2011
Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan
teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini
diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai
teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan
pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari
Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran
dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.
Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan
teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita
dapat membuat penelitian dan perbandingan.
Barat mengemukakan 3 teori iaitu:
1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang
Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan
terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit
ringkasan dari petikan artikel di atas.
Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang
bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman
seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau
imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari
terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari
dalam bumi).” (Riwayat Muslim) Teori Al-Quran
Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit
dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi
ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan
tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1)
(bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun
merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud)
(15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan
kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika
matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi
ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu
dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi
tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan
sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang
maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya
pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .
Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari
barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub
selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini
berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah
bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara
perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak
manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet,
rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan
tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi
akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh
batu-batan.
Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat. Teori Quran Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak
berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan
yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan
yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak
‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami,
malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat
tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari
akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat
(dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’
(seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi.
Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya
mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari
24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan
ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau
khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan
segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan,
tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan
berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan,
komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali
kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama
besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi
yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak
akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku
kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku
kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah
“betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith
di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan
dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini
menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti
biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat
jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan,
dan maseh boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat.
Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan
iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan
gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini
mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya
graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan,
keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan
merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh
menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas. Kesimpulan
Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu
yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit
dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik.
Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding
dengan teori-teori lain seperti dari Barat.
Sumber: http://kajian-quran.blogspot.com/
Melihat Allah Di Syurga Pada Hari Kiamat
by admin on April 4, 2012
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa
pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat
pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin
berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga
menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang
tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin
dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan
sendirinya.
Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W,
“Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah
pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat
melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak
dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas
melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril,
“Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab
Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari
lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan
terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71
lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau
akan terbakar pula memandangnya.”
Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di
dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya.
Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu
bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung
yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan
pula manusia yang lemah.
Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana
paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka
dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah.
Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan
harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian
muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara
taman syurga.
Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan
harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka
bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni
syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji
Allah untuk orang yang beriman.
Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan
menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan
kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh
manusia. Firman Allah,
“Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.
Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan
terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang
paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman
syurga itu berkata,
“Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah
sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke
atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu.
Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di
hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.
Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat
ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan
Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab
Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga.
Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril
menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah
diturunkan Allah kepada beliau.
Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur
dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab
Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran.
Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak
pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan
semua penghuni syurga terpegun.
Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah
diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu
hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja
hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang
sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut
melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.
Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang
menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat
paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di
sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah.
Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia
menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.
Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang,
“Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”.
Allah lalu berfirman,
“Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan
suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini
adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai
hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi
ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang
berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua
sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.
Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda,
“Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah
berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka,
“Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah
memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?”
Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling
mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian
Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik,
ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]
Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi
penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para
penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu
pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam
syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.
Sumber: http://www.syahirul.com/
Kiamat: Rahsia Allah
by admin on February 29, 2012
SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat.
Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun
iman.
Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem
bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada
ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari
kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember
2012.
Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End
Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini,
digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;
Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.
Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.
Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman
Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika
Utara musnah sama sekali, dan
Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.
Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End
Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem
’2012′ dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.
Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya
dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya
kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka
akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan
dengan akidah Muslim. Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu
al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi
melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari
kiamat.
Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26
ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari
kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.
Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;
Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi
Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa
banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954
Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai
1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik
Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.
Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2
Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah
hari.
Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat. Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya.
Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana
yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul
Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.
Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu
Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan
ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah
banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan
hari kiamat.
Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.
Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta
yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta
fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang
yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah
difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.
Sumber: http://www.halaqah.net/
Gajah mati dilanggar kereta api
DUA pekerja perhutanan menyaksikan
bangkai seekor gajah betina yang mati dilanggar sebuah kereta api di
Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Mahananda, 35 kilometer dari Siliguri
semalam. - AFP
SILIGURI, India - Seekor gajah mati selepas dirempuh sebuah kereta
api penumpang di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Mahananda, 35 kilometer
dari sini semalam.
Gajah betina berusia dua tahun itu dilanggar ketika kereta api tersebut bergerak dengan laju. - AFP
Kardashian paling dicari di Yahoo!
KARDASHIAN
LOS ANGELES - Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan
item yang paling dicari manakala selebriti Kim Kardashian dari AS ialah
orang paling dicari di Yahoo! untuk tahun ini, kata enjin carian
internet berkenaan semalam.
Perkataan pilihan raya mengungguli senarai pencarian di Yahoo! hasil
liputan besar-besaran oleh pihak media di samping perbincangan meluas
topik tersebut di platform-platform media sosial.
Perkataan 'pengundian politik' berada di tempat kelapan senarai 10 teratas pencarian Yahoo$21 sepanjang tahun ini.
"Pilihan raya 2012 mendominasi carian di internet dan ia menakjubkan
kerana jika sesuatu itu menjadi tajuk berita, orang ramai tentu sudah
maklum mengenainya tetapi topik tersebut terus menjadi perkataan utama
yang ditaip di laman web Yahoo! sepanjang tahun ini," kata penganalisis
trend Yahoo!, Vera Chan dalam satu persidangan video.
Menurutnya, hanya dua laporan berita lain pernah pengungguli senarai
tersebut sejak sedekad lalu iaitu laporan kematian Michael Jackson pada
2009 dan tumpahan minyak BP pada 2010.
iPhone 5 berada di tempat kedua senarai berkenaan yang disifatkan oleh Chan sebagai satu keputusan menarik.
Katanya, walaupun iPhone sentiasa berada dalam kedudukan utama
senarai carian Yahoo! sejak 2007, ia adalah kali pertama sesuatu model
spesifik seperti iPhone 5 menduduki antara tempat teratas senarai itu.
Menurutnya, ia berlaku selepas kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs.
Berada di tempat ketiga senarai yang sama ialah Kardashian yang juga merupakan orang paling dicari di laman web Yahoo!.
Kardashian mengungguli enam wanita popular yang berada dalam 10
teratas senarai tersebut termasuk model Kate Upton, anggota keluarga
diraja Britain, Kate Middleton, penyanyi Whitney Houston dan Lindsay
Lohan.
Ujar Chan 'kenakalan' Kardashian yang antara lain melibatkan kisah
perceraian dengan bekas suaminya, Kris Humphries dan hubungan cinta
selebriti itu bersama bintang rap, Kanye West telah membantu
mengekalkannya sebagai orang paling dicari menerusi Yahoo!
- Reuters
SUBANG JAYA: Atas prinsip yang bersalah wajib dihukum, seorang wanita
dengan berat hati membuat laporan polis ke atas bapanya selepas lelaki
itu mencabul dua cucu kembarnya yang berusia 13 tahun.
Wanita terbabit yang berusia 37 tahun hilang sabar apabila bapanya
yang berusia 78 tahun beberapa kali melakukan perbuatan menjijikkan itu
di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, sejak November lalu.
Sumber polis berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis
Bukit Puchong, di sini, jam 2 petang, kelmarin selepas kedua-dua mangsa
yang juga anak saudaranya menceritakan perbuatan aib datuk mereka.
Menurutnya, dua beradik kembar perempuan itu tinggal bersama datuk dan
nenek mereka yang berusia 78 tahun sejak kecil selepas ibu dan bapa
mereka bercerai hampir 10 tahun lalu.
“Bapa kembar itu kini menjalani hukuman penjara manakala ibu
mereka bekerja di utara tanah air. Mengikut laporan, mangsa memberitahu
mula dicabul datuk mereka sejak awal November lalu.
Pegang jari hampir putus
SELAMAT...anggota bomba mengeluarkan mangsa nahas.
BAGAN SERAI: “Saya merangkak keluar menerusi cermin hadapan trak yang
pecah sambil memegang jari yang hampir putus,” kata Koperal Ahmad
Aping, 52, seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan
sebuah trak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kenderaan pelbagai guna (MPV),
di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 197.2, Projek Lebuh Raya
Utara-Selatan (Plus), arah utara berhampiran Hentian Rawat dan Rehat
(R&R) Gunung Semanggol itu, MPV dinaiki tiga penumpang hilang
kawalan ketika cuba memotong deretan konvoi 10 trak PGA dari Batalion 3,
Bidor, sebelum merempuh belakang sebuah trak berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan MPV jHonda Edix dan trak dinaiki tujuh anggota
PGA Senoi Praq itu terbabas sebelum terhumban ke longkang di tepi lebuh
raya. Kejadian menyebabkan seorang penumpang MPV dikenali
Mohammad Saome, 30, yang juga pekerja asing warga Bangladesh maut.
‘Sapu’ beg atas meja
Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my
GOMBAK: Angkara cuai, seorang wanita berputih mata apabila kerugian
hampir RM30,000 selepas beg tangannya yang diletakkan atas meja ketika
makan di sebuah restoran di Kuang, dekat sini, dilarikan penjenayah.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, ketika mangsa yang
berusia 30-an asyik menjamu selera bersama ahli keluarganya.
Menurut sumber, tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar dan
berusia lingkungan 20-an muncul dan dengan pantas mencapai beg tangan
mangsa.
“Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu
menjerit apabila beg tangannya yang mengandungi barang kemas termasuk
beberapa bentuk cincin dan rantai emas bernilai hampir RM29,000 dan wang
tunai sebanyak RM1,000 dilarikan lelaki itu,” katanya.
Menurutnya, suspek melarikan diri bersama seorang rakannya yang bersedia di luar restoran dengan menunggang motosikal.
Ahli silap mata dibakar hos TV
HOUCHIN berlari turun dari pentas selepas kepalanya terbakar.
BARAZARTE menyalakan api di kepala Houchin.
CALIFORNIA: Seorang ahli silap mata Amerika semalam menjalani rawatan
di Republik Dominica selepas seorang hos televisyen membakar kepalanya.
Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan
ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun, doktor mengatakan ia
tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam Facebook miliknya
mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan
di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan
sekumpulan ahli silap mata. Ketika membuat kemunculan pada 26 November
lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica
itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli
silap mata warga Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi
mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria. Dua
hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: “Saya tidak
jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak
ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.
“Tindakan pantas anggota silap mata lain menyelamatkan nyawa saya.
“Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan ke bilik kecemasan hospital.
Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan,”
katanya.
Video mengenai insiden itu menunjukan kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut Houchin.
Tidak
dapat dipastikan mengapa hos TV itu menyembur cecair itu ke kepala
Houchin dan apa yang membuatnya terbakar. Rancangan itu tidak mengulas
mengenai insiden itu. Video turut menunjukkan Houcgin, Barazarte dan
ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh
beberapa saat.
Insiden itu tidak disiarkan di televisyen negara itu, tetapi video mengenainya dimuat naik ke Internet.
Hocuhin berkata: “Republik Dominica adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
“Sambutan dan sokongan di sini sangat hebat.
“Sokongan,
kasih sayang dan dukungan diberikan kepada saya melalui media sosial,
blog dan forum daripada rakan dan peminat sangat mengujakan. Terima
kasih,” katanya.
Tidak diektahui sama Houchin sudah mengupah peguam di Republik Dominica. - DM
Tauke Playboy dijangka kahwin dengan bekas tunang
HOLLYWOOD: Pemilik Playboy, Hugh Hefner, bercadang untuk berkahwin
lagi dengan seorang wanita yang 60 tahun lebih muda daripadanya.
Lelaki berusia 86 tahun itu ditinggalkan oleh Crystal Harris tahun
lalu, tetapi nampaknya dia kembali menjalinkan hubungan dengan bekas
tunangnya itu, yang juga seorang ‘model playboy.’
Crystal, 26, digelar “pengantin lari” selepas meninggalkan Hefner, lima hari sebelum hari perkahwinan mereka pada Jun 2011.
Sumber di Amerika Syarikat berkata, mereka kini bercadang untuk berkahwin pada malam tahun baru.
Menurut sumber kepada laman web gosip, TMZ, pasangan itu “semakin rapat.”
Katanya, “Crystal merasakan perpisahannya dengan Hefner sebelum ini
telah mengajarnya untuk lebih berdikari, satu perkara yang dia rasa
perlu dilakukan. Majlis perkahwinan mereka akan dibuat secara
kecil-kecilan untuk keluarga dan teman rapat saja.”
Crystal menulis di laman Twitter untuk 500,000 peminatnya: “Untuk
masa lalu, terima kasih atas setiap pengajaran. Untuk masa depan, saya
sudah bersedia.”
Hefner pernah berkahwin dua kali sebelum ini, pertama dengan Mildred Williams di mana mereka bercerai pada 1959. - TS
95 bersesak di ruang sempit
ANGKAT...pegawai imigresen membantu wanita warga asing terbabit mengambil beg pakaian mereka, semalam.
KLANG: Seramai 105 wanita wanita warga asing yang diselamatkan
Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi di sebuah premis di Bandar Baru
Klang, di sini, Sabtu lalu, terpaksa tinggal dalam keadaan serba
kekurangan selepas seharian dikerah untuk bekerja.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, semua wanita masing-masing
95 warga Indonesia, Filipina (enam) dan empat warga Kemboja itu
dibekalkan tilam dan tidur di kawasan sempit berikutan penghuni yang
terlalu ramai.
Semua wanita terbabit ditempatkan di tingkat
dua bangunan kedai tiga tingkat untuk tidur selain mempunyai ruang
terhad untuk mereka memasak. Selain itu, ia menempatkan pejabat operasi
agensi pekerjaan yang menjaga mereka.
Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad yang melawat asrama yang
menempatkan wanita terbabit berkata, semua wanita yang diselamatkan
ditempatkan untuk sementara waktu di rumah perlindungan di Jalan Bukit
Ledang, Damansara bagi memudahkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
“Kami
percaya masih ada wanita yang bekerja dengan agensi terbabit dan
siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti semua mereka,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan semua wanita terbabit bukan saja
dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak
dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh syarikat agensi pembantu rumah
itu.
Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi pembantu
rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji selepas
berkhidmat dengan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh
bulan sebagai bayaran untuk bekerja di Malaysia.
Pelajar 14 tahun mengaku pernah dirogol lebih 20 lelaki
Posted on the December 4th, 2012 under Tempatan by admin
Mangsa ditemani anggota polis ketika menyenaraikan nama suspek yang pernah merogolnya.
KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya
ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2
pagi baru-baru ini.
Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam
penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.
Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20
remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di
antara 14 hingga 17 tahun.
Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.
Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.
“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah
dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu
berlanjutan,” katanya.
Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia
dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek
mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.
“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh
berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan
supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.
“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur
diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu
dilakukan terhadap dirinya.
“Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang
merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri
ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya.
Sinar
Cabul pesakit dalam klinik
Posted on the December 4th, 2012 under Tempatan by admin
JOHOR BAHRU – Seorang doktor pakar dihadapkan ke Mahkamah Majistret
di sini semalam atas tuduhan mencabul pesakitnya Oktober lalu.
Ballan Kannan, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan
Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias atas tuduhan yang didakwa
mengikut Seksyen 354 Kanun keseksaan. Sabit kesalahan dia boleh dihukum
penjara 10 tahun atau denda atau sebat.
Mengikut pertuduhan, doktor dari sebuah hospital pakar perubatan
swasta di sini itu didakwa menggunakan kekerasan dan mencabul kehormatan
seorang wanita yang juga seorang ibu tunggal yang berusia 34 tahun.
Tertuduh yang juga seorang ahli perniagaan didakwa melakukan
perbuatan itu di sebuah klinik di tingkat tiga Hospital Pakar Johor,
Jalan Abdul Samad di sini antara pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 19
Oktober lalu.
Kosmo
Jurujual dirompak, dirogol di Kemaman
Posted on the December 3rd, 2012 under Tempatan by admin
KEMAMAN – Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman
pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai,
di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang
lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia
berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan
sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan
terikat.
Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian
dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman
untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi
mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke
rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan
siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,”
katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. – Bernama
Mayat wanita dijerut dalam bungkusan kanvas
IPOH: Mayat seorang wanita ditemui maut dalam keadaan mengerikan
dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat sebelum dibalut dalam
bungkusan kanvas di tepi jalan berhampiran kawasan Meru Raya di sini,
petang kelmarin.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai B Sashekala, 40, berasal dari
Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur itu, turut dijerut terlebih dulu
berikutan penemuan kesan lebam pada leher selain kesan cedera pada
seluruh tubuh.
Mayat mangsa ditemui orang awam jam 4.30 petang di Persiaran Meru Raya 3, berhampiran pasar raya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim
berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat
lain dalam tempoh 12 jam sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran
Terminal Bas Bersepadu Meru Raya di sini.
Beliau berkata,
laporan bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kesan jerut di leher.
“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”
katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek termasuk mendapatkan bantuan daripada polis Kuala Lumpur.
Kejutan tertuduh keempat
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah srul@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Peguam kepada R Kathavarayan, tertuduh keempat didakwa di
Mahkamah Tinggi di sini, atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk
Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya secara tiba-tiba menarik diri
daripada mewakili pekerja ladang itu, semalam.
Ravi Nekoo mengambil tindakan itu kira-kira sejam selepas
Khatavarayan mengejutkan mahkamah apabila memberitahu majikannya yang
juga bekas peguam N Pathmanabhan ada mengunjungi Ladang Gadong, Banting,
dekat sini, bersama rakan-rakannya pada hari semua mangsa didakwa
dibunuh.
“Saya tidak mempunyai pilihan selain ingin menarik diri atas
alasan bukti yang dikemukakan berbeza dengan arahan yang diberikan
Kathavarayan,” katanya.
Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudian membenarkan permohonan itu dan
memberikan Kathavarayan tempoh sehingga pagi ini sama ada untuk
meneruskan perbicaraan dengan diwakili peguam lain yang dilantiknya atau
dilantik mahkamah.
Beliau juga mengarahkan Kathavarayan diberikan masa untuk
berbincang dengan ahli keluarganya dengan dikawal polis dan diasingkan
daripada tiga tertuduh lain sepanjang berada dalam tempoh tahanan.
Dentuman kuat tengah malam
Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my
MAUT...pasukan penyelamat mengangkat mayat Loo (gambar kecil).
GEORGETOWN: “Saya bingkas bangun daripada tidur selepas terdengar
dentuman kuat disusuli jeritan isteri,” kata penghuni rumah flat
mengenai kemalangan ngeri yang mengorbankan seorang pemandu di
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, ketika kejadian
jam 1.20 pagi itu, dia tidur dalam bilik di tingkat 19 rumahnya
sebelum terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat.
“Ketika itu, isteri turut menjerit sekuat hati menyebabkan saya
terkejut dan menjenguk ke arah jalan sebelum mendapati kereta remuk.
“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut apabila mendapati dua
lelaki tercampak keluar manakala pemandu tersepit di tempat duduk,”
katanya.
Menurutnya, ketika itu, pemandu berkenaan sudah berada dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan dan hanya merintih meminta pertolongan sebelum
dia akhirnya menemui ajal.
Terjun tingkat 3 pangsapuri
KLANG: Gara-gara panik, seorang lelaki warga Nigeria melompat dari
tingkat tiga sebuah pangsapuri di Jalan Temenggung, di sini, semata-mata
mahu melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Selangor, Jumaat
lalu.
Lelaki berusia 34 tahun itu yang cedera ringan bagaimanapun ditahan
berhampiran pangsapuri berkenaan beberapa minit selepas dia nekad
terjun dari situ.
Pengarah Imigresen Selangor, Amran Othman
berkata, operasi bermula jam 10 malam hingga 2.30 pagi diketuai Timbalan
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil itu
turut menahan 13 lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Sierra
Leone berusia 22 hingga 42 tahun.
Beliau berkata, operasi yang bertumpu di Jalan Temenggung dan Jalan
Sungai Jati, di sini, itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan
sejak tiga minggu lalu.
“Mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di Malaysia,” katanya.