Friday, July 29, 2011

ALFATIHAH...MOGA2 BELIAU MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH...ALLAH LEBIH MENGETAHUI MASALAHNYA...


Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.

Mohd. Ashraf murung teruk, muntah-muntah


KERATAN muka depan Kosmo! 19 Julai 2011.


KUALA TERENGGANU - Lelaki yang tidak berjaya untuk bergelar seorang wanita dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai akibat mengalami kemurungan ekoran kegagalannya itu.
Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz , 25, dikatakan mengalami masalah tersebut ekoran tertekan sejak Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menolak permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz pada 18 Julai lalu.
Kemuncaknya kira-kira pukul 3 pagi semalam, dia terpaksa dikejarkan ke HSNZ selepas mengalami muntah-muntah yang teruk.
Difahamkan, sehingga lewat petang semalam, dia masih menerima rawatan di ICU ke-rana tekanan darahnya terlalu rendah iaitu 80/40 namun Mohd. Ashraf masih sedar dan mampu bercakap dengan ahli keluarganya.
Bapa lelaki itu, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi HSNZ bagaimanapun meminta wartawan supaya tidak menemui anaknya itu kerana keadaannya masih dipantau rapi oleh doktor.

No comments:

Post a Comment