Tuesday, July 31, 2012

BILA AJAL MENJEMPUT...TAK TAHU BILA...MAKA INGATLAH MATI...DAN JANGAN BUAT MUNGKAR...CARILAH BEKALAN AKHIRAT

Peluru kena mata tembusi kepala

Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Kamal Majid
am@hmetro.com.my

ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.
ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.
JELI: “Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak,” kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.
Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.


Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.

Pengurus saman Hafiz

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

TUNTUT... Haniza menunjukkan tuntutan saman terhadap Hafiz.
TUNTUT... Haniza menunjukkan tuntutan saman terhadap Hafiz.
HAFIZ...disaman pengurus pentas
HAFIZ...disaman pengurus pentas
KUALA LUMPUR: “Akibat kejadian itu saya hilang peluang pekerjaan dan malu dengan apa yang berlaku. Antara saya dengan penyanyi Adira hanya rakan sekerja,” kata Nur Haniza Mohd Azhar, 25, yang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz.
Nur Haniza memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.
Dia sebagai plaintif menamakan Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defendan.

Berdasarkan writ saman itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am iaitu RM100,000 kecederaan dan kesakitan, ganti rugi kehilangan RM50,000, ganti rugi teruk RM50,000, ganti rugi khas RM194, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.


Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus pentas mengenali defendan menerusi kenalannya ketika menjalankan kerja berkaitan rancangan di bawah kelolaan Astro Holding Sdn Bhd.

Wanita lagak pegawai JKM ditahan lagi



KOTA BHARU: Tiga wanita termasuk seorang janda yang pernah ditangkap kerana menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), untuk melakukan penipuan beberapa tahun lalu, sekali lagi ditangkap atas kesalahan sama, semalam.
Janda berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua lagi wanita berusia 50 tahun oleh sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, pada jam 10 pagi dalam serbuan di rumah masing-masing di sekitar Wakaf Bharu, Tumpat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, semua suspek ditahan hasil maklumat dan intipan dilakukan pihaknya sebelum ini.
Katanya, berdasarkan laporan diterima, semua suspek melakukan penipuan dengan mencari mangsa di kalangan warga emas.

“Mereka menyamar sebagai pegawai JKM Kota Bharu dan mempengaruhi mangsa, kononnya menyediakan khidmat bantuan memiliki rumah.

“Bagaimanapun, mangsa perlu membayar wang pendahuluan bergantung kepada kemampuan sebelum berjanji bertemu semula,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, mangsa yang menyerahkan wang pendahuluan hanya menyedari ditipu selepas suspek menghilangkan diri.

“Soal siasat mendapati seorang suspek yang juga janda berusia 41 tahun pernah ditangkap beberapa tahun lalu kerana melakukan kesalahan sama semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah,” katanya.

Rempuhan di lampu isyarat



IPOH: Seorang wanita warga emas maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya digilis jentera bomba yang dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran.
Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam itu, kenderaan jentera bomba membawa lebih lima anggota itu dikatakan melanggar mangsa yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Raja Musa Aziz dan Jalan Raja Idris Shah, di sini.

Rempuhan menyebabkan topi keledar dipakai mangsa pecah.
Berdasar identiti pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa, wanita malang itu dikenali sebagai Saadiah Yahya, 55, berasal dari Kampung Tersusun, Buntong, di sini.

Saksi kejadian hanya mahu dikenali sebagai Jude, 22, berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggu lampu isyarat hijau untuk melintas jalan berhampiran simpang empat itu.

Menurutnya, dia terdengar bunyi siren jentera bomba datang dari arah Jalan Raja Musa Aziz sebelum melihat beberapa kenderaan menghimpit ke kiri jalan untuk memberi laluan.

“Ketika itu saya melihat asap tebal naik ke udara tidak jauh dari lokasi kejadian, saya yakin jentera bomba itu menuju ke lokasi kebakaran untuk memadamkan api.

“Wanita malang terbabit yang menunggang motosikal di laluan tengah jalan tiga lorong itu dipercayai cuba membelok ke kiri sebelum dirempuh jentera bomba yang juga datang dari arah sama,” katanya.
Pelajar kolej swasta itu mendakwa nahas ngeri berkenaan berlaku sekelip mata sebelum mangsa digilis jentera bomba itu.

“Saya tergamam melihat tubuh mangsa terbujur kaku di atas jalan sambil darahnya mengalir tidak henti-henti dari kepalanya.

“Pemandu jentera bomba berkenaan memberhentikan kenderaan berat itu kira-kira 30 meter dari mayat mangsa. Mereka meletakkan kon keselamatan sebelum menutup mayat mangsa dengan jaket,” katanya.

Rentung terbelit kabel

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

MEMBAKUT: Hasrat murni seorang lelaki mahu menunaikan solat Tarawih di surau berhampiran kediamannya tidak kesampaian apabila dia terkena renjatan elektrik selepas motosikal ditunggangnya merempuh kabel elektrik yang melintang di tengah jalan dalam kejadian di Kampung Ulu Lumantak, di sini, malam kelmarin.
Rempuhan itu menyebabkan Nordin Haji, 48, terjatuh sebelum kabel itu terbelit lehernya menyebabkan tubuhnya separuh rentung dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Beaufort, dalam kejadian jam 7.30 malam.

Sumber berkata, motosikal ditunggang mangsa merempuh kabel elektrik yang melintang di atas jalan raya, kira-kira 100 meter dari surau berkenaan menyebabkan mangsa terjatuh lalu lehernya terbelit kabel elektrik.
Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu cuba memberi bantuan, tetapi tidak berani menyentuh tubuh mangsa yang masih mempunyai arus elektrik.

“Mereka kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Beaufort bagi memaklumkan kejadian itu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk mematikan arus elektrik berkenaan.

“Tidak lama kemudian, anggota bomba memotong kabel yang membelit badan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Beaufort dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, sebelum kejadian, sebuah lori kontena yang melalui jalan itu dipercayai melanggar kabel elektrik itu menyebabkan kabel elektrik berkenaan terputus dan melintang di atas jalan.

Menurutnya, pada masa sama, mangsa yang kebetulan berada di belakang kenderaan berat itu dipercayai untuk ke surau berdekatan bagi menunaikan solat Tarawih tidak menyedari kewujudan kabel itu dan merempuhnya.
“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh lalu terkena renjatan elektrik sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mustaffa berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat di Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 087-211222 bagi memudahkan siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mustaffa turut menasihati pengguna jalan raya yang hendak ke masjid atau surau supaya mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan sebarang tragedi.

Belasah ibu tak jumpa kunci rumah



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki layak digelar anak derhaka apabila membelasah ibunya berusia 73 tahun gara-gara tidak menjumpai kunci rumah yang diletakkan di atas meja, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, anak mangsa mengugut membakar rumah jika mendapati tiada sesiapa di rumah ketika dia pulang pada lewat malam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berada di rumahnya di Sentul bersama anak lelakinya itu yang berusia 38 tahun sebelum anaknya meminta izin untuk keluar berjumpa kawan.
Mangsa yang tidak mahu dikenali itu berkata, anaknya yang berniat untuk pulang lewat malam mula mencari kunci rumah, tetapi tidak menjumpainya dalam bilik tidur.

“Anak saya kemudian mencari kunci di ruang tamu namun gagal menyebabkan dia naik angin sebelum menolak barang di atas meja.

“Lebih mengejutkan, dia membaling kerusi ke arah saya yang terkena pada kepala sebelum membaling barangan lain berdekatan saya,” katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum keluar rumah, anaknya memberi amaran kepada mangsa supaya tidak keluar rumah sehingga dia balik dan jika tidak, dia akan mengamuk.

Katanya, anaknya turut mengugut memukul mangsa atau membakar rumah jika tiada sesiapa membuka pintu ketika dia balik.
Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul.

Gelisah ibu tidak pulang

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

MAUT...mayat Saadiah (gambar kecil) terbaring berhampiran motosikalnya selepas dirempuh jentera bomba, semalam.
MAUT...mayat Saadiah (gambar kecil) terbaring berhampiran motosikalnya selepas dirempuh jentera bomba, semalam.
IPOH: “Hati saya tidak keruan apabila ibu masih tidak pulang ke rumah walaupun waktu berbuka puasa semakin hampir. Saya cuba hubungi telefon bimbitnya berulang kali namun gagal,” kata Nor Aishah Ahmad Dol, 30, anak kepada Saadiah Yahya, 55, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan bomba dan motosikal berhampiran lampu isyarat simpang empat di Jalan Raja Musa Aziz dan Jalan Raja Idris Shah, di sini, semalam.
Aishah berkata, ibunya yang bertugas di Lembaga Air Perak (LAP) biasanya pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama mereka sekitar jam 6.30 petang.
“Bagaimanapun saya tidak sedap hati apabila ibu masih tidak sampai di rumah seperti kebiasaannya. Saya cuba hubungi telefon bimbit ibu namun tidak dijawab.

“Namun segala persoalan terjawab apabila seorang anggota polis muncul di hadapan rumah kami di Kampung Tersusun Sungai Pari, Buntong, di sini, sebelum memaklumkan ibu saya maut akibat kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui wartawan di pekarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.


Aishah berkata, ibunya yang juga seorang ibu tunggal biasanya tidak makan ketika berbuka puasa sebaliknya hanya gemar meminum segelas air untuk mengalas perut.

No comments:

Post a Comment