Tuesday, February 26, 2013

KAHWINI KERANA AGAMANYA...BANYAK PERKARA YANG TAK PAYAH DIIDIK KERANA DAH TAHU SERTA TELAH MELAKSANAKANNYA...MISALNYA BERTUDUNG

Mayat bekas pelajar dikhuatiri lemas ditemui

Oleh Muhamaad Razis Ismail
KOTA BHARU: Selepas 11 hari lemas, mayat bekas pelajar kolej yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan ketika menyeberang jambatan ditemui terapung di muara Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar di sini, pagi tadi.
Mayat Mohd Arief Mohd Nordin, 20, ditemui terapung di tengah kawasan sungai dalam keadaan tertiarap oleh penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan dituntut oleh ahli keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Senok, di sini.
Ibu mangsa, Fatimah Hussin, 45, berkata, dia bersyukur jasad anaknya ditemui selepas usaha mencari oleh pihak berkuasa dihentikan dua hari lalu.

Katanya, dua hari sebelum jasad anaknya ditemui dia memperoleh petanda apabila mata kanannya sentiasa berkedip.

Kami akan bernikah

Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.
“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
FotoZAIN dan Cik Ta bakal bergelar suami isteri.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

"Selepas dimaklumkan mengenai penemuan arwah, baru saya sedar bahawa itu adalah petanda bahawa kami akan menemuinya dalam masa terdekat.

"Akhirnya doa saya dan ahli keluarga dimakbulkan," katanya.

‘Menggila’ ambil selekoh

Oleh Asmah Rusman, Mohd Fuzi Lateh dan Haidhar Hilmi
Hulu Selangor: “Bas memang laju, saya tidak boleh tidur kerana terlalu takut,” kata seorang penumpang bas ekspres yang terselamat selepas bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.2 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara, berhampiran susur Bukit Tagar, di sini.
Mangsa, Eliana Tan, 30, berkata, dia yang duduk di bahagian tengah menyedari bas berkenaan dipandu laju selepas pemandu kedua mengambil alih tugas terbabit daripada rakannya ketika berhenti di ibu negara.
Katanya, sebaik keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur, bas berkenaan dipandu laju secara ‘menggila’ menyebabkan keadaan bas terhuyung-hayang ketika melalui beberapa selekoh tajam.

“Saya tidak dapat melelapkan mata meskipun perjalanan masih jauh dan hanya berdoa agar tidak berlaku sebarang perkara buruk namun ia benar-benar terjadi apabila kami terbabit dalam kemalangan ini,” katanya.
FotoKEADAAN bahagian depan bas ekspres yang hancur selepas merempuh besi pembahagi jalan.

Menurut Eliana yang dalam perjalanan ke Taiping, Perak bersama salah seorang saudaranya untuk menghadiri upacara keagamaan, tragedi itu menakutkan dan sukar untuk dilupakan.

‘Saya dah tak sayang’

Oleh Suraya Roslan
Seremban: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam diberitahu bahawa pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar pernah dua kali meminta cerai sepanjang tempoh perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
Mohd Aidil Zafuan, 26, berkata demikian pada prosiding permohonan cerai kali kedua selepas tidak bersetuju dengan kenyataan isterinya untuk tidak bercerai di mahkamah berkenaan.
Rita, 37, tiba di mahkamah jam 9 pagi sambil ditemani beberapa rakan manakala Aidil Zafuan, 26, tiba bersama bapa dan abangnya kira-kira jam 10.45 pagi.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor yang mengambil masa 30 minit itu dimulakan dengan peguam Aidil Zafuan Noor Ariff Delia Ramli memaklumkan permohonan cerai itu difailkan anak guamnya pada 31 Januari lalu.
FotoRITA di mahkamah rendah syariah, semalam.

Peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan Aidil Zafuan selaku plaintif, malah Mohd Zaidi juga mencadangkan supaya diadakan perbincangan melalui Jawatankuasa Pendamai untuk kedua-dua pihak bersemuka selepas plaintif meninggalkan rumah lebih setahun lalu.

Lebih 600 mangsa banjir dipindahkan

Oleh Asmizan Mohd Samiran
KOTA BHARU: Seramai 621 penduduk di Kuala Krai, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sejak malam tadi.
Sepuluh buah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 141 keluarga yang terjejas akibat banjir.
Hujan berterusan sejak tiga hari lalu turut mengakibatkan beberapa daerah lain seperti Rantau Panjang dinaiki air. Antara kampung terjejas di daerah berkenaan adalah Kampung Lanchang, Kampung Bongor, Kampung Banggol Nyiur, Kampung Kelawar, Kampung Lubuk Batil, Kampung Binjai, Kampung Siram serta Kampung Jejawi.

Kampung lain di kawasan rendah dan berhampiran sungai seperti Kampung Padang Licin, Kampung Tasek Bakong dan Kampung Putat Tujuh turut dinaiki air sehingga menyebabkan jalan menghubungkan kampung itu dengan kampung sekitar tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Sebanyak 17 buah sekolah di Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas ditutup akibat laluan ke sekolah berkenaan dinaiki air.

Sehingga jam 3.30 petang tadi, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard dan Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya.

Muka ditusuk payung

London: Seorang wanita yang mabuk bernasib baik selepas terjatuh ke atas payung sejurus selepas pulang dari berfoya-foya, lapor media semalam.
Jessica Yates dilaporkan terlalu mabuk dan secara tidak sengaja terjatuh dari katil hotel dan mukanya tercucuk dawai rangka payung yang baru digunakan.

Disebabkan payung itu tidak ditutup dengan betul, dawainya yang terbuka kemudian menusuk gusi dan tembus ke mulut.
Bagaimanapun, Jessica, 22, dari Solihull, West Midlands, mengakui dia terlalu mabuk ketika itu dan tidak dapat merasai kesakitan itu pada peringkat awal. Rakan Jessica, Laura Sullivan, menghubungi talian kecemasan selepas mendapati kecederaan itu serius dan terlalu berbahaya untuk ditarik sendiri.

Jessica kemudian dibawa berjumpa dengan anggota paramedik dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan payung itu masih tergantung di mukanya.

Kata Jessica, di hospital, pegawai perubatan memotong patung berkenaan dan membiarkan kira-kira 15 sentimeter dawai itu masih tercucuk ke mulutnya.
FotoKEADAAN Jessica bersama sebahagian daripada dawai rangka payung yang terlekat di mukanya.
Dia kemudian dibawa ke hospital kedua dan diberi ubat pelali sebelum membolehkan pembedahan untuk membuang dawai berkenaan dijalankan.

Pengurus kedai kasut itu dibenarkan pulang keesokan harinya dengan beberapa jahitan berserta cebisan payung itu yang masih kekal di gusinya.
Kata Jessica, kemalangan itu berlaku ketika dia dan beberapa kawan berkongsi bilik di Watford selepas puas berpesta.

“Kami menghabiskan malam dengan minum di bar tempatan dan pulang berpayung kerana hujan jam 2 pagi,” katanya. Ketika tiba di bilik, kata Jessica, dia mencampakkan payung kecil itu ke lantai dan tidak menyedari ia dibiarkan dalam keadaan terbalik. - Daily Mail

Pekerja berjam mahal dipecat

Beijing: China berkata, kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin, dipecat daripada Parti Komunis dan berdepan tuduhan rasuah, semalam.
Menurut kenyataan pegawai kerajaan Shaanxi, Ketua Biro Pemeriksaan Keselamatan Wilayah, Yang Dacai, didapati bersalah “melakukan kesalahan disiplin serius” ketika bertugas.

“Yang juga disyaki melakukan beberapa jenayah lain,” katanya.
Yang menjadi perhatian tahun lalu selepas gambarnya tersenyum lebar di lokasi kemalangan bas di lebuh raya mengorbankan 36 orang tersebar luas di Internet.

Gambar itu kemudian disusuli imejnya memakai pelbagai jenis jam tangan mahal.

Tindakan kerajaan Shaanxi itu membayangkan peranan Internet semakin meluas mendedahkan amalan rasuah kakitangan kerajaan di China. - AP

Pelajar paling ramai manfaat Baby Hatch

Kuala Lumpur: Golongan pelajar dikenal pasti paling ramai memanfaatkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch) oleh Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) apabila seramai 31 bayi tidak diingini golongan itu dihantar ke pusat berkenaan.
Setiausaha Kerjanya Azra Banu berkata, pelajar terbabit terdiri daripada warga tempatan dan warga asing manakala seramai 30 bekerja dan enam masih menganggur turut menyerahkan bayi mereka ke pusat itu.

“Sejak ditubuhkan pada 29 Mei 2010 sehingga kini, 71 bayi tidak diingini di seluruh negara diserahkan kepada Baby Hatch. Daripada jumlah itu empat daripadanya diserahkan tanpa pengenalan atau dokumen serta tidak diketahui ibu atau keluarganya.
“Selain warga tempatan, 14 warga asing turut menghantar bayi mereka ke pusat itu terdiri daripada pelajar dan pekerja dari beberapa negara termasuk Filipina, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika.

“Ibu bayi dihantar di sini kebanyakannya berumur antara 18 hingga 30 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azra berkata, Baby Hatch juga kini diwujudkan di Johor Bahru, Johor manakala di Kota Bharu, Kelantan dijangka dilancarkan selewat-lewatnya bulan depan.
“Kita juga berjaya memujuk 28 ibu agar tidak menyerahkan bayi mereka di Baby Hatch sebaliknya menjaga sendiri anak mereka dengan bantuan keluarga masing-masing selepas melalui sesi kaunseling.

“Bagaimanapun, kami tetap berharap kes pembuangan bayi berkurangan sekali gus tidak memerlukan lebih banyak Baby Hatch pada masa akan datang,” katanya.
Menurut Azra, sehingga kini ramai pasangan sudah lama berkahwin dan tidak memiliki anak datang untuk menghantar permohonan bagi urusan anak angkat.

“Sehingga Januari lalu, 2,566 pasangan menghantar permohonan manakala hampir 490 pasangan pula menunggu giliran,” katanya.

Tahi judi terjun lombong

Serdang: Seramai 12 kaki judi nekad terjun ke dalam lombong untuk melepaskan diri selepas kegiatan mereka berjudi dalam sebuah hutan di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara 6, diserbu semalam.
Namun, taktik mereka itu tidak berjaya selepas beberapa anggota polis turut terjun mengejar kaki judi terbabit sebelum mereka menyerah diri 30 minit kemudian.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu berjaya menahan 36 kaki judi termasuk 10 warga tempatan.
Ketua Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya menahan 36 kaki judi termasuk seorang wanita yang berusia antara 25 hingga 60 tahun.

Tip lumayan usung GRO

Johor Bahru: Bukan saja menghadiahkan kalungan bunga kepada wanita pelayan pelanggan (GRO) Thailand di sebuah pusat hiburan Jalan Abdullah Tahir di sini, malah pelanggan sanggup memberi tip ratusan ringgit untuk membawa wanita itu keluar sebagai teman hingga pagi.
Difahamkan, pelanggan perlu menghadiahkan kalungan bunga dengan harga tertentu kepada pelayan untuk memikat bagi mengajak mereka keluar.

Jika untuk dijadikan teman hingga pagi, pelanggan perlu memberi tip tambahan mengikut persetujuan GRO berkenaan.
Bagaimanapun, anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor menyerbu premis itu pada jam 1 pagi kelmarin, dan menahan 59 wanita Thailand yang bekerja sebagai GRO serta enam lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 41 tahun.

Ketua operasi, Timbalan Penguat Kuasa Imigresen Johor Masri Adul berkata, ketika serbuan GRO terbabit leka menari di atas pentas tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa yang mengepung bangunan.

Menurutnya, ada antara mereka sedang menerima kalungan bunga daripada pelanggan yang inginkan peneman untuk minum serta melakukan tarian ghairah antara lelaki dan wanita.
“Serbuan dilakukan selepas kami menerima aduan GRO terbabit berkerja di premis tanpa dokumen sah serta terbabit dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa ada antara GRO cuba melarikan diri,” katanya.
Masri berkata, pemeriksaan mendapati wanita Thailand terbabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen kerana salah guna pas lawatan sosial.

“Kami turut merampas wang tunai RM37,000 dipercayai hasil kegiatan judi, selain merampas enam ayam dan pelbagai peralatan lain.

“Hasil siasatan polis mendapati, semua mereka menjadikan kawasan hutan ini sebagai pusat aktiviti judi sejak sebulan lalu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya, di sini, semalam.
FotoKAKI judi yang ditahan dalam serbuan, semalam.
Beliau berkata, hasil risikan selama sebulan, polis mendapati kaki judi itu akan berkumpul di kawasan hutan itu pada setiap Isnin.

Pasangan kekasih ditahan kali kedua

Kluang: Seorang wanita berusia 21 tahun menyalah guna kepercayaan ibu bapa yang membenarkannya meraikan ulang tahun kelahiran bersama rakan apabila dia ditahan kerana berkhalwat dengan teman lelakinya berusia 22 tahun iaitu untuk kali kedua dalam tempoh setahun, pagi semalam.
Difahamkan, pasangan itu pernah ditahan khalwat di rumah lelaki berkenaan di kawasan perumahan Jalan Haji Manan, Februari tahun lalu, dan pagi semalam, mereka ditahan berdua-duaan di sebuah hotel bajet di bandar ini.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang Anuar Kosnin berkata, pasukan penguat kuasa menjalankan pemeriksaan pada jam 1.40 pagi di hotel bajet sekitar bandar Kluang.
Bagaimanapun, katanya mereka menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki.

Menurutnya, pemeriksaan menemui seorang wanita bersembunyi dalam bilik air dalam keadaan bogel dan hanya berkemban dengan tuala apabila diarah keluar.

“Pasangan itu juga gagal menunjukkan bukti mereka sudah bernikah. Sebelum itu, mereka makan bersama rakan-rakan di sebuah restoran sempena ulang tahun kelahiran wanita berkenaan.
“Malangnya, mereka menyambung sambutan itu di hotel,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati pasangan itu pernah ditahan khalwat tahun lalu di rumah lelaki berkenaan serta sudah diberi kaunseling dan dihukum mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
“Perkara ini mungkin berlaku disebabkan kurang pemantauan ibu bapa atau keluarga mengenai aktiviti mereka terutama anak perempuan,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membuat laporan tangkapan dan dibebaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Mangsa kekejaman Marcos dapat pampasan

Manila: Presiden Filipina Benigno Aquino semalam menandatangani undang-undang yang akan memberi pampasan kepada mangsa penindasan bekas diktator negara itu, Ferdinand Marcos, 27 tahun selepas revolusi ‘kuasa rakyat’ menamatkan pemerintahannya.
Sebanyak 10 bilion peso (RM756 juta) akan diagihkan kepada beribu-ribu rakyat yang diseksa, perkosa atau ditahan tentera Marcos, selain saudara-mara mereka yang terbunuh ketika pemerintahannya. Bercakap dalam satu majlis di Manila bagi memperingati ulang tahun revolusi yang dipimpin ibunya, Benigno berkata, undang-undang itu adalah sebahagian usaha kerajaannya untuk ‘memperbaiki kesilapan lampau’. - Agensi

No comments:

Post a Comment