Wednesday, February 27, 2013

NAK PRU 13...BANYAK CERITA POLITIK BERAT SEBELAH...SEBELAH SINI DIGAMBARKAN BAIK...YANG SANA JAHAT SANGAT...RAKYAT TAHU SAPE PENIPU DAN KAKI BELASAH HAK RAKYAT DAN UTAMAKAN KRONI2 SAJA....JANGAN TIPU RAKYATLAH

Tak sangka banjir awal tahun

TERPERANGKAP. Beginilah keadaan kawasan bebas cukai di Rantau Panjang, Kelantan yang dilanda banjir semalam.

KUALA TERENGGANU - Banjir yang berlaku kali ini tidak dijangka kerana kebiasaannya ia melanda pada hujung tahun dan bukan awal tahun seperti sekarang.
Akibatnya, ramai mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda.
Salah seorang mangsa, Norihan Alias, 28, berkata, dia baru sahaja meletakkan semula barang-barang yang diangkut semasa banjir tahun lalu dan kini banjir datang lagi.
"Sekarang pun sudah hampir Mac dan ikut kebiasaan tidak akan berlaku banjir tetapi rupanya-rupanya kami silap," katanya yang tinggal di Kampung Buluh Hulu, Permaisuri, Setiu semalam.
Jelasnya, air naik secara mendadak dalam tempoh kira-kira sejam awal pagi kelmarin menyebabkan ibu tunggal itu hanya sempat menyelamatkan beberapa barang berharga bersama tiga anaknya yang berusia lapan hingga empat tahun.
Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 3.30 petang semalam, mangsa banjir di Terengganu meningkat 3,703 orang dan ditempatkan di 52 pusat pemindahan di empat daerah.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Hashim Mohd. Zain ketika dihubungi pula memberitahu, jumlah sekolah yang terpaksa ditutup meningkat kepada 27 buah berbanding sembilan buah sekolah kelmarin.

Pencuri kabel TM dicekup polis

ROSLAN (kanan) menunjukkan kabel elektrik yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Kuching semalam.

KUCHING - Kegiatan licik sekumpulan lima lelaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dan Perbadanan Bekalan Elektrik Sarawak (Sesco) terbongkar apabila kesemuanya diberkas Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, suspek-suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun tersebut diberkas ketika menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi pada pukul 5.30 pagi di Taman Duranda di sini.
Katanya, siasatan awal mendapati selain curi kabel di kawasan Siburan di sini sejak sebulan lalu, suspek dipercayai turut terlibat dalam kegiatan pecah rumah.
"Sepasukan polis dari Siburan, Beratok dan Tapah yang ditugaskan untuk mengekang kegiatan itu telah terserempak dengan kereta suspek yang baru keluar dari sebuah kawasan pembinaan di Kampung Sinjok.
"Pemeriksaan menemui peralatan untuk memotong kabel dan pecah rumah seperti dua buah walkie-talkie, sepasang sarung tangan getah, sepana, pemotong dawai, pemotong besi, rantai besi, gergaji besi, pisau pemotong daging, tukul besi dan beberapa barangan curi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Badan, kaki Dirang bercerai

MUIDIN diiring keluar selepas perbicaraan kes bunuh Dirang yang masuk hari ketiga tamat di Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Perbicaraan hari ketiga kes pembunuhan Dirang di Mahkamah Tinggi di sini semalam diselubungi perasaan pilu apabila seorang saksi menunjukkan tayangan slaid memaparkan imej rangka kanak-kanak itu ketika ditemui di dalam lubang sedalam 0.36 sentimeter.
Lubang itu ditutup dengan papan lapis.
Saksi ke-15 perbicaraan terhadap Muidin Maidin, 25, yang dituduh membunuh Dirang atau nama sebenarnya Nurul Nadirah Abdullah, 5, Dr. Mohd. Aznool Haidy Ahsorori, (gambar kecil) 41, dalam keterangannya memberitahu, dia menemui tengkorak bersaiz kecil, serpihan kulit kepala, sedikit rambut dengan wajah si mati dalam keadaan mendongak ketika pergi ke tempat kejadian pada pukul 12.15 tengah hari 8 Mac 2012.
Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah di sini itu juga memberitahu, kaki si mati bercerai dengan badan dan terdapat ruang pembukaan dada dan abdomen yang terkoyak akibat kepanasan haba yang dahsyat.
“Kedudukan mangsa menyerupai seorang petinju yang mana bahagian atasnya terdapat kesan tayar terbakar, rupa parasnya juga musnah akibat kebakaran itu. Semasa pemeriksaan itu juga, satu subang di bahagian telinga kiri turut dijadikan bahan eksibit,” jelasnya.
Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan supaya paparan slaid yang menunjukkan imej rangka Dirang tidak dipaparkan untuk tontonan umum selepas mendapati ibu Dirang, Roselyn Alan, 26, dan ahli keluarga lain yang hadir mula menangis teresak-esak hingga menimbulkan suasana hiba.
Menyambung keterangannya, Mohd. Aznool memberitahu, terdapat kesan lebam pada rahang kiri dan kanan mangsa dan ia disebabkan oleh faktor kecederaan dan tekanan.

Pelajar kaku depan kabel TNB

INILAH kotak kabel pembekal elektrik yang meragut nyawa seorang pelajar di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar, Klang kelmarin.

KLANG - Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu.
Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik.
Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut.

Mahkamah tolak rayuan Tengku Fakhry

TENGKU FAKHRY

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mengembalikan kedudukan beliau dalam senarai pewaris takhta Kelantan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara memutuskan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dan tidak ada sebab Mahkamah Rayuan campur tangan dalam kes itu.
Abdul Wahab memerintahkan pemohon membayar kos RM25,000 kepada responden termasuk Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry dan peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Sultan Kelantan.
Kerajaan negeri Kelantan diwakili penasihat undang-undang negeri itu, Datuk Azlan Abdul Halim manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Jabatan Peguam Negara.

Guru tuisyen dakwa dibelasah bomoh wanita

CHIAN AI (kanan) menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya akibat dipukul seorang bomoh wanita sambil diperhatikan Wilson (tengah) dan rakan Chian Ai, Chan Woon Choy di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Gara-gara menemani rakan menghadiri upacara keagamaan, seorang guru tuisyen mengalami kecederaan di seluruh badan selepas dipukul seorang bomoh wanita berusia 30-an tahun di sebuah kedai kopi di Kampung Desa Aman, Kepong di sini pada 18 Februari lalu.
Lee Chian Ai, 38, mendakwa, dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, dia dipukul bomoh itu dengan papan di dalam bilik sembahyang kedai berkenaan.
“Saya dipukul bertalu-talu selama 15 minit sehingga menyebabkan lengan, paha, punggung dan belakang badan saya lebam serta bengkak.
“Lebih menakutkan, bomoh yang dipercayai telah dirasuk memukul saya sehingga papan tersebut patah sebelum melepaskan saya keluar daripada bilik berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini semalam.
Dakwanya, kejadian berpunca daripada tuduhan bomoh berkenaan terhadap dia dan rakannya, Ah Fong yang dikatakan punca seorang pengikut bomoh itu demam selepas menjalankan upacara sembahyang di bilik berkenaan sehari sebelum kejadian itu.

PRU-13 dijangka cipta rekod

WAN AHMAD (duduk di tengah) bersama Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin (duduk di kiri), Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Syed Agil Syed Jaafar (duduk di kanan) serta para pengarang dan wartawan Kosmo! bergambar pada majlis Taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Kompleks Sri Utusan, Bangi semalam.

BANGI – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan tidak lama lagi dijangka menyaksikan peningkatan jumlah peratusan rakyat keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus daripada 13.29 juta pengundi berdaftar akan berbuat demikian pada pilihan raya itu.
Angka tersebut jika berjaya dicapai bakal mencatat peratusan jumlah keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Jumlah tersebut adalah berdasarkan bilangan pengundi berdaftar yang diwartakan pada 22 Februari lalu.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, terdapat empat faktor utama mengapa lebih ramai rakyat akan keluar mengundi pada PRU-13 berbanding peratusan yang keluar mengundi pada PRU-12 iaitu cuma pada kadar 72 peratus.
“Faktor pertama ialah daftar pemilih sekarang merupakan yang dikemas kini secara berterusan iaitu pengundi yang telah meninggal dunia selepas rekod kematian disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikeluarkan daripada daftar pemilih.
“Ketika PRU-12, tidak dinafikan wujud pengundi yang telah meninggal dunia tetapi nama mereka yang ada dalam daftar pemilih tidak dapat dikeluarkan kerana SPR tidak menerima pengesahan kematian daripada JPN,” katanya kepada Kosmo!.

Penduduk rindukan kampung

MOHD. SUHAILI (dua dari kanan) dan penduduk mengaminkan doa selepas penyampaian bantuan makanan di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU – Penduduk di Kampung Tandou dekat sini yang diceroboh sekumpulan orang asing bersenjata api sejak 16 hari lalu meminta pihak terbabit agar segera meninggalkan kampung mereka.
Seorang penduduk, Akasah Abusammah, 34, berkata, mereka sudah rindukan rumah masing-masing yang terpaksa dikosongkan sejak insiden pencerobohan oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Askar Diraja Sulu itu.
“Kami rindukan kehidupan normal seperti sebelum ini bersama keluarga di kampung halaman.
“Saya meletakkan harapan tinggi kepada pihak berkuasa agar dapat mencari jalan penyelesaian kepada insiden tersebut,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan makanan di Kampung Tanjung Batu di sini semalam.
Kira-kira 250 penduduk dari Kampung Bilis, Kampung Lok Buani, Kampung Tanjung Batu, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Tanagian menerima bantuan beras, ayam, biskut dan tepung.
Bantuan kepada penduduk di lima kampung yang terletak berhampiran lokasi kejadian itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Said.
Akasah yang bekerja sebagai petani memberitahu, dia terpaksa berpindah ke rumah saudaranya di Kampung Tanjung Labian di sini ekoran bimbang keselamatannya dan keluarga terancam.
Katanya, dia juga berharap pencerobohan itu dapat ditamatkan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Mohd. Suhaili memberitahu, walaupun dilanda kebimbangan, rata-rata penduduk di lima kampung itu melahirkan rasa syukur dengan jaminan keselamatan yang diberikan pihak berkuasa.
“Kita hanya meminta semua penduduk agar bersabar dan banyakkan berdoa supaya kejadian yang berlaku di kampung mereka dapat diselesaikan dengan aman,” ujarnya.
Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 orang asing bersenjata api yang disahkan daripada keturunan Sultan Sulu telah menceroboh Kampung Tandou yang terletak di dalam kawasan Felda Sahabat, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Kumpulan itu telah diarahkan meninggalkan kampung tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, namun sehingga semalam mereka masih belum berbuat demikian.

Lori terbabas rempuh pagar balai polis

Kuala Lumpur: Sebuah lori yang sarat membawa muatan tar seberat 15 tan dikatakan mengalami masalah brek sebelum terbabas dan merempuh tembok pagar Balai Polis Sungai Besi, di sini, pagi semalam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Kampung Malaysia Tambahan, di sini.

“Lori terbabit sedang menuruni jalan berbukit dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) sebelum terbabas dan merempuh tembok balai polis itu.
“Akibat rempuhan itu, lori berkenaan terbalik di tengah jalan dengan separuh badannya masuk ke dalam balai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Berikutan insiden itu, pemandu lori terbabit patah kaki kiri manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan balai polis ditimbus limpahan tar yang tumpah dari lori itu.

“Bagaimanapun, pemandu dan penumpangnya yang dalam perjalanan melakukan kerja-kerja di Kem Sungai Besi, di sini, tidak mengalami kecederaan,” katanya.
FotoKEADAAN lori bawa muatan tar yang terbalik sebelum rempuh pagar Balai Polis Sungai Besi, semalam.
Katanya, selain kenderaan pacuan empat roda berkenaan, sebuah lagi kereta Proton Satria milik seorang anggota polis yang bertugas di balai polis berkenaan turut rosak terkena tayar lori yang tercabut selain muatan tar yang tertumpah.
Ramli Mohamed
PECAH TEMBELANG: KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU?
Wednesday, 27 February 2013 13:37 | Sabahkini.net

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

PM minta pengamal media sosial patuhi etika

NAJIB (empat dari kanan) dan Rais (dua dari kiri) bergambar bersama para pengamal media sosial di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya kepada masyarakat, Najib berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan jika media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika.
Kata beliau, etika dan tanggungjawab yang datang bersama media sosial adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya.
"Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini," katanya pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial Malaysia (MSMC) di sini semalam.
Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan pengasas serta Presiden MSMC, Shahul Hameed Shaik Dawood.

Kerajaan Selangor disaman lagi

SEBAHAGIAN daripada warga emas Selangor mengadakan perhimpunan aman selepas memfailkan saman terhadap kerajaan negeri menuntut caruman takaful sebanyak RM2.5 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Seramai 1,001 warga emas di Selangor semalam memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut caruman takaful bernilai RM2.5 juta yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.
Plaintif yang diketuai Akhirudin Abd. Rashid dan warga emas dari Shah Alam, Ampang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Tanjong Karang memfailkan tuntutan di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners pada pukul 9.40 pagi.
Kerajaan negeri yang dibentuk oleh PKR, Pas dan DAP dinamakan sebagai defendan pertama manakala Abdul Khalid defendan kedua.
Turut hadir, peguam, Kamarudin Ahmad dan Pengerusi Persatuan Bertindak Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo.
Dalam pernyataan tuntutan setebal lapan muka surat itu, plaintif mendakwa gagal menerima caruman takaful sebanyak RM2,500 seorang seperti dijanjikan jika memenangi PRU-12.
Plaintif mendakwa, berdasarkan manifesto PRU-12, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas di Selangor layak menerima caruman takaful.
"Defendan kedua pula telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat caruman takaful kepada plaintif.
"Defendan pertama bersikap cuai dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan janji kepada plaintif seperti yang terkandung dalam manifesto defendan pertama," katanya.
Osman Aziz
Aziz Bari : Pembaziran Melampau BN Yang Akan Mufliskan Negara

Dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan dan menunaikan tiga janji mereka adalah tidak tepat.

Sebaliknya Umno-BN ‘terlupa’ bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan Pakatan terutamanya di Selangor.

Di negeri itu pengurusan yang lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

“Sebagai contoh di Kedah, kerajaan PR menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.

“Begitu juga di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis.

Bahkan kalau kita tengok, simpanan tunai di Selangor juga meningkat walaupun pelbagai program kebajikan dilaksanakan. Justeru, tidak timbul soal bangkrup,” ujarnya apabila ditemui di sini.

Tegasnya, tiga janji yang ditawarkan Pakatan, penghapusan kutipan tol, gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini berhubung mekanisma untuk memansuhkan PTPTN juga meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan bertambah baik di masa hadapan.

“Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.

“Saya tidak nampak bagaimana mereka (Umno-BN) boleh mengubah sikap mereka seperti yang dijanjikan kerana kita lihat sendiri program transformasi yang diwar-warkan juga gagal.

“Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.

“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara,” katanya. -selangorku

Thailand akan berunding dengan gerila pemisah

GAMBAR fail menunjukkan sebuah restoran Bigben musnah dalam letupan bom yang berlaku di Pattani, selatan Thailand pada 17 Februari lalu.

BANGKOK - Kerajaan Thailand akan memulakan rundingan damai dengan kumpulan gerila pemisah Islam di selatan negara ini, kata seorang pegawai keselamatan kanan semalam.
"Ia merupakan langkah pertama. Permulaan rundingan damai dengan wakil daripada kumpulan gerila pemisah Islam," kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC), Paradorn Pattanathabutr menerusi panggilan telefon dari Kuala Lumpur.
Satu perjanjian mengenai perbincangan awal akan ditandatangani pada hari ini di Kuala Lumpur menjelang satu mesyuarat antara Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kumpulan pemisah itu tidak pernah menyatakan dengan jelas tuntutan mereka sejak pemberontakan meletus pada tahun 2004.
Bagaimanapun, mereka dilaporkan mahu lebih banyak autonomi atau sebuah negeri yang berasingan di wilayah selatan yang pernah menjadi sebahagian daripada milik Kesultanan Melayu sehingga negara Thailand diperluaskan pada tahun 1909.
Berdasarkan perangkaan terbaharu daripada pertubuhan Deep South Watch yang memantau konflik di selatan Thai, lebih 5,300 orang terkorban sejak keganasan tersebut meletus.
- Reuters

Tangan aktres Bollywood dicium 137 kali

TANGAN Veena Malik dicium oleh seorang peserta sebuah program realiti televisyen di Mumbai kelmarin.

NEW DELHI - Tangan aktres dari Pakistan, Veena Malik dicium sebanyak 137 kali dalam tempoh 60 saat oleh sejumlah lelaki, lapor portal berita Indian Express semalam.
Veena juga dilaporkan memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori menerima ciuman paling banyak di dunia.
Dia mengatasi rekod aktor terkenal Bollywood, Salman Khan yang pernah menerima ciuman sebanyak 108 kali oleh kanak-kanak dalam tempoh sama.
"Saya berjaya menewaskan rekod 108 ciuman yang diterima Salman dengan memperoleh 137 ciuman dalam tempoh seminit," katanya.
Veena atau nama sebenarnya, Zahida Malik dicium oleh para peserta sebuah rancangan realiti televisyen sempena sambutan kelahirannya yang ke-29 kelmarin.
Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan majalah FHM versi India. - Agensi

Lelaki mati diserang ikan jerung

GAMBAR fail menunjukkan seekor ikan jerung putih sedang mebaham mayat.

WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki terbunuh dalam satu serangan ikan jerung yang jarang berlaku di Pantai Muriwai, 40 kilometer dari barat bandar raya ini semalam.
Beberapa pegawai berkata, anggota polis melepaskan tembakan dari sebuah bot sebagai cara untuk 'memaksa' haiwan itu melepaskan mayat si mangsa yang digigitnya.
Saksi-saksi menyatakan, lelaki berusia 47 tahun itu berenang kira-kira 100 meter dari kawasan pantai semasa dia diserang.
Ia merupakan serangan ikan jerung pertama ke atas manusia di negara ini dalam tempoh lebih 35 tahun.
Darah dapat dilihat di permukaan laut manakala sejumlah perenang termasuk sekumpulan pelajar bergegas menyelamatkan diri ke pantai selepas mereka mendengar jeritan tentang kehadiran ikan jerung.
Seorang anggota penyelamat sukarelawan, Tim Jago berkata, ikan jerung itu amat besar kerana ia berukuran empat meter.
Menurutnya, haiwan itu dipercayai ikan jerung putih seperti yang digambarkan dalam filem Jaws arahan Steven Spielberg pada tahun 1975.
Dia berkata, mulut ikan tersebut masih menggigit mayat mangsa apabila polis tiba.
Jago memberitahu, anggota polis yang berada di dalam bot penyelamat terpaksa melepaskan tembakan ke arah haiwan tersebut supaya ia melepaskan mayat si mangsa.

Detik-detik belon udara panas meletup

KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup sebelum jatuh ke sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa, Luxor kelmarin.

KAHERAH - Imej rakaman amatur yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup yang menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk pelancong asing di Luxor, 510 kilometer dari sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku kurang dua minit semasa ia membawa 20 pelancong dari Perancis, Britain, Belgium, Jepun dan Hong Kong.
Belon itu meletup 300 meter dari lokasi pendaratan.
Hanya dua orang terselamat dalam kejadian tersebut iaitu seorang pelancong Britain dan pengendali belon berkenaan dari Mesir. Kedua-dua mereka yang melecur teruk dirawat di sebuah hospital.
Menurut siasatan awal, belon tersebut meletup semasa ia dalam proses untuk mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, terdapat kabel yang tersangkut di sekitar tiub helium menyebabkan berlaku kebakaran, menurut seorang penyiasat dengan pejabat pendakwa raya.
Seorang pengawai keselamatan berkata, kebakaran itu meletupkan tangki gas dan belon tersebut jatuh dari ketinggian 300 meter di sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa di Luxor.
"Saya menyaksikan beberapa pelancong terbakar dan mereka melompat keluar dari belon," kata seorang petani, Hassan Abdel-Rasoul.
Menurutnya, salah seorang mangsa itu ialah wanita hamil. - Agensi

Watak Robin dimatikan dalam komik Batman

GAMBAR fail menunjukkan dua lelaki memakai kostum adiwira Batman (kiri) dan Robin di San Diego, Amerika Syarikat.

NEW YORK - Watak pembantu Batman, Robin ditamatkan sebagai sebahagian daripada jalan cerita dalam siri komik terbaharu adiwira itu, lapor agensi berita AFP semalam.
Menurut DC Comics, karakter Robin yang dibawa Damian menyaksikan dia mati dibunuh musuh yang kejam dalam edisi kelapan komik itu.
Damian merupakan anak lelaki karakter Batman, Bruce Wayne.
Bagaimanapun, berita terbaik buat peminat Robin ialah watak yang mati boleh kembali dihidupkan dalam cerita-cerita komik. - Agensi

No comments:

Post a Comment