Sunday, September 7, 2014

BUKAN MAKANAN AJE...CAKAP MANIS....JANJI MANIS...MUKA MANIS...MUNGKIN BAWA PADAH JUGA


Makanan manis bawa padah


PENDUDUK Kelantan gemar menikmati makanan dan kuih-muih yang manis sehingga menjadi punca penduduk negeri itu mempunyai bilangan tertinggi penghidap kencing manis di negara ini. - Gambar hiasan


TUMPAT - Kegemaran penduduk Kelantan menikmati makanan dan kuih-muih yang manis dikatakan antara punca seramai 300,000 penduduk negeri ini menghidap kencing manis sekali gus menjadi negeri tertinggi di negara ini dari segi bilangan penghidap penyakit tersebut.
Berdasarkan statistik berkenaan, kira-kira satu daripada lima penduduk Kelantan yang keseluruhannya berjumlah 1.68 juta menghidap kencing manis.
Kelantan yang terkenal dengan jolokan Negeri Serambi Mekah memang terkenal dengan makanan dan kuih-muih yang manis-manis antaranya sira pisang, ketupat sotong, jala emas, nekbat dan buah tanjung.
Selain gemar menikmati makanan dan kuih-muih yang manis, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersukan juga antara punca penduduk negeri ini banyak menghidap kencing manis.

Orang muda berisiko

Oleh Muhamaad Razis Ismail
Tumpat: Golongan muda berusia antara 20 hingga 30 tahun dikesan antara 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, daripada jumlah itu, Kelantan menjadi negeri tertinggi di negara ini apabila mencatatkan sebanyak 300,000 kes daripada 1.2 juta rakyatnya.
Katanya, angka berkenaan semakin meningkat berikutan masyarakat di negeri ini menggemari makanan manis.
“Saya difahamkan masyarakat Kelantan suka makan makanan manis dan sebab itu negeri ini mencatatkan rekod tertinggi di negara ini.
“Lebih membimbangkan penyakit yang dulunya hanya membabitkan masyarakat berusia 50 tahun ke atas kini mula membabitkan peringkat usia 20 sehingga 30 tahun,” katanya dalam sidang media selepas Program Saringan Kesihatan bersama Masyarakat Siam di Kampung Jubakar Darat di sini, semalam.
Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.
Terdahulu, Hilmi menyertai program 10,000 Langkah Kemerdekaan peringkat negeri di Pantai Sri Tujuh, di sini bersama 2,000 penduduk setempat.
Hilmi berkata, sehubungan itu masyarakat disaran mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan selain melakukan lebih banyak aktiviti riadah Katanya, pihaknya juga melatih persatuan penduduk untuk membuat saringan awal penyakit kencing manis terhadap penduduk kampung.
“Kita dah latih banyak kampung dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah dan mereka (persatuan penduduk) akan membuat saringan itu kepada umur 18 tahun ke atas. “Dengan cara ini, penduduk kampung dapat mengenal pasti glukos dalam darah, sekali gus dapat mencegah penyakit kencing manis menjadi lebih serius,” katanya.
Diminta mengulas mengenai wabak denggi, Helmi berkata kes berkenaan di Selangor dan Kelantan menunjukkan penurunan mendadak sejak dua minggu lalu.
“Dua negeri tertinggi mencatatkan kes wabak denggi iaitu Selangor dan Kelantan menunjukkan penurunan daripada 3,000 kes sehari kepada 2,000 kes.
“Ini berkat kerja kuat Kementerian Kesihatan dengan kerjasama masyarakat setempat dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes, namun usaha menangani wabak denggi tetap akan diteruskan,” katanya.


JIM seru wanita sertai jihad nikah di Syria, Iraq


KERATAN Kosmo! 21 September 2013.


KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat sebuah akaun Facebook disyaki milik kumpulan Jemaah Isis Malaysia (JIM) yang memuat naik sebuah poster program jihad nikah di Syria dan Iraq.
Satu sumber memberitahu, siasatan itu bermula dengan polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut yang menyeru golongan wanita menyertai jihad nikad.
Maksud jihad nikah ialah mencari wanita yang mahu berjihad dengan cara memberi khidmat seks kepada mana-mana lelaki yang sedang berperang demi memperjuangkan undang-undang Islam di Syria dan Iraq.
Konsep itu merupakan ideologi yang berkembang sekitar 2013 dan menyeru tampil melakukan jihad seks terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

Nelayan berenang selamatkan diri selepas bot dinaiki karam

MOHD. ABDUL HAMID (kiri) berbual dengan Henry selepas dia diselamatkan apabila bot yang dinaikinya karam dipukul ombak di perairan Kuala Baram, Batu Satu, Miri, Sarawak semalam.


MIRI - Seorang nelayan berhadapan detik-detik mencemaskan selepas bot dinaikinya karam dipukul ombak dalam kejadian yang berlaku di perairan Kuala Baram, Batu Satu di sini semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Mohd. Abdul Hamid, 55, terpaksa berenang sejauh satu kilometer (km) sebelum dia diselamatkan oleh beberapa rakan nelayan lain yang kebetulan berada berhampiran kawasan tersebut.
Katanya, detik cemas itu berlaku apabila botnya karam dipukul ombak besar ketika air pasang setinggi kira-kira tiga meter selepas dia keluar ke laut menangkap ikan berseorangan pada pukul 4 pagi.
"Saya bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan ketika kejadian itu berlaku. Saya juga tidak panik sebelum terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.



Dendam pondan

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: Gara-gara marah selain berdendam apabila cinta songsang mereka ditolak, segelintir mak nyah sanggup menggunakan khidmat bomoh bagi menghantar santau atau tuju-tuju kepada lelaki jambu yang digilai.
Mak nyah terbabit sanggup melakukan perkara syirik itu dengan niat mahu menyusahkan hidup mangsa, malah lebih teruk membunuh mangsanya. Kaedah menghantar santau atau tuju-tuju ini lebih digemari kerana pelakunya sukar dikesan selain mangsa berdepan kesan maksimum.

Melalui penggunaan ‘ramuan’ seperti miang buluh, serpihan kaca, getah beracun dan bisa binatang, santau atau tuju-tuju ini berupaya membuatkan mangsa mengalami kesakitan luar biasa di seluruh badan, hilang selera makan, turun berat badan selain ada mangsa menjadi gila.
FotoFARIS (kanan) ketika ditemu bual wartawan menceritakan kisah dia disantau pondan.

Penggunaan sihir terbabit dianggap sebagai jalan terakhir bagi mak nyah untuk memastikan lelaki jambu yang digilai merana kerana menolak cinta songsang mereka. Menceritakan semula kejadian, seorang lelaki yang menjadi mangsa santau mak nyah dan hanya mahu dikenali sebagai Faris, 27, berkata, dia berkenalan dengan seorang lelaki berperwatakan seperti wanita berusia 20-an ketika menemani rakannya keluar bersiar-siar di sekitar ibu negara beberapa bulan lalu.

“Berikutan menghormati rakan, saya melayan lelaki terbabit dengan baik dan kami saling bertukar nombor telefon. Saya anggap bertukar nombor telefon selain berbalas SMS dengan lelaki terbabit adalah perkara biasa kerana kami sama-sama lelaki, malah hubungan kami hanya kawan.

Muka bengkak ditumbuk suami

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Klang: Gara-gara menghalang suaminya keluar kerana mahu menyelesaikan masalah rumah tangga, seorang wanita terpaksa menahan kesakitan apabila ditumbuk lelaki itu, dalam kejadian 25 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 30-an itu bengkak muka ditumbuk suaminya yang berang selepas hasratnya untuk keluar dari rumah dihalang. Sumber berkata, sebelum kejadian, pasangan terbabit mengalami masalah rumah tangga, namun suami berusia 40-an membuat keputusan keluar daripada rumah mereka dengan membawa bersama beberapa barangan peribadi.

Menurutnya, mangsa menyatakan kepada suaminya agar mereka bersama-sama merujuk masalah rumah tangga kepada pejabat agama Islam daerah untuk penyelesaian.

“Selepas hasratnya untuk keluar daripada rumah dihalang mangsa, suspek yang berang terus melepaskan tumbukan ke muka isterinya menyebabkan muka mangsa bengkak,” katanya.

Katanya, mangsa juga dikurung di dalam bilik sebelum meminta bantuan daripada jiran untuk diselamatkan.

Sumber itu berkata, selepas kejadian, suaminya keluar daripada rumah sebelum mangsa dengan bantuan jiran merujuk kejadian kepada pejabat agama Islam daerah.

“Sebaik merujuk kes di pejabat agama Islam, mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Klang untuk tindakan selanjutnya.

Bai Jing mati dibunuh suami

BEIJING: Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di daerah Chaoyang di bandar raya ini.
Suaminya, Zhou Chenghai, 44, menikam Bai Jing sebelum membunuh diri, lapor media China.

Aktres berusia 29 tahun itu telah membintangi filem “Kung Fu Wing Chun”, “Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon“ dan puluhan filem lagi, siri televisyen seperti “Legend of Xiangxi”, selain drama kanak-kanak dan rancangan muzikal. Dia dipuji sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan hingga kini adalah bintang kung-fu wanita China paling terkenal.
Berita kematiannya dihebah kali pertama kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo - Twitter versi China oleh pengurus besar agensi hiburannya, Ju Chunlei.

Ju berkata, pembunuhan dan bunuh diri itu berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama tercetus antara pasangan itu dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir dalam hubungan bermasalah antara kedua-duanya.

Ju enggan memberikan maklumat lanjut tetapi menurut akhbar China, Legal Evening News, Zhou bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan perceraian pagi Selasa lalu.
Petisyen perceraian itu menyatakan Bai tidak tahu mengenai perkahwinan terdahulu Zhou dan anak lelaki yang dimiliki serta menuduhnya berlaku curang.

Zhou dikatakan seorang bilionair yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinan dengan isteri pertama yang diceraikannya untuk bersama Bai. Laporan berita menyatakan Zhou melaburkan sejumlah besar wang dalam karier lakonan Bai dan mereka akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.
Awal tahun ini, satu sumber mendakwa Bai bersubahat dengan teman lelakinya dalam plot untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada Zhou dan mengupah pelacur untuk menggodanya supaya aktres itu dapat menuntut cerai dan memperoleh lebih banyak wang.

Khabar angin mendakwa ibu Zhou “mati akibat berang” awal tahun ini selepas mendapat tahu mengenai hal itu.

Pengarah Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai berkata, khabar angin itu tidak benar. Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan yang lurus dan rajin bekerja,” katanya.

Dilempang kerana tak basuh pinggan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: “Saya dilempang ibu tiri seawal minggu pertama perkahwinan ayah dengan wanita itu hanya kerana tidak membasuh pinggan selepas makan malam,” kata Ina, 19, mengimbau kenangan pahitnya didera ibu tiri sejak kanak-kanak.
Menurutnya, dia mendapat ‘ibu baru’ ketika usianya baru mencecah lapan tahun selepas ibu kandungnya bercerai dengan ayahnya, dua tahun sebelum itu. “Ketika kejadian itu ayah tiada di rumah kerana bekerja di Singapura. Saya dilempang berkali-kali dan dimaki hamun dengan perkataan kesat, selain dituduh menyusahkan hidupnya.

“Saya juga diberi amaran supaya tidak mengadu kepada ayah atau diugut akan dipukul dengan lebih teruk. Sebab itu selepas membasuh pinggan, saya terus ke bilik tidur,” katanya.
FotoPADA 2012 sejumlah 285 kes dera kanak-kanak dicatatkan meningkat 295 kes pada 2013.

Selepas kejadian itu, Ina mendakwa kerap dibelasah ibu tirinya yang ketika itu
berusia awal 20-an dan perkara itu berlarutan beberapa tahun, namun tidak diketahui bapanya kerana wanita itu ‘berlakon’ baik setiap kali bertemu jika bapanya pulang.

Katanya, ibu tirinya kerap membebel kerana mendakwa diri terbeban dengan tanggungjawab mengelola rumah dan melepaskan marah dengan menjadikannya sebagai mangsa.

“Saya dipukul menggunakan penyangkut baju dan kayu, menyebabkan luka di beberapa bahagian badan. Saya hanya mampu mendiamkan diri dan mengelak bertemu bapa kerana takut masalah ini terbongkar.

2 comments:

  1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
    KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU NUNUNG, KAMI TINGGAL DI BRUNEI-PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA KY DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    SPORTS,TOTO 6D , 213359
    SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,KELUARAN NOMOR TOGEL 4D,5D,6D,7D, ,AKI DARMO …
    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL, 6,5 ,2015…
    ….
    SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

    ATAU, KUNGJUNGGI SITUS BLOG AKI DISINI… >>>>KLIK DISINI<<<< TRIMAKASIH

    DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …

    Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO …di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D
    angka GHOIB; laos
    angka ritual gaib kuda lari
    Togel thailand
    Togel taiwan
    Togel sydney

    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO …..
    Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>




    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr.wb,
    saya IBU DEWI ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada AKI KORO atas bantuan AKI.
    Kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan AKI KORO pula yang telah memberikan
    angka ritual kepada saya yaitu 4 angka dan alhamdulillah itu benar2 terbukti tembus . sekali lagi makasih ya AKI karna
    waktu itu saya cuma bermodalkan uang instalasi 500 ribu dan akhirnya saya menang. Berkat angka GAIB hasil ritual AKI KORO
    saya sudah bisa buka usaha kecil_cecilan yaitu BENKEL MOTOR / MOBIL dan TOKO SEMBAKO kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari
    sebelumnya, bagi anda yg ingin seperti saya bisa merubah hidup Anda selama ini jadi lebih baik melalui jalan TOGEL silahkan HUB / SMS AKI KORO di nomor (((085 "> 222"> 846 "> 347))) ATAU KLIK (#RAMALAN TOGEL JITU#) Anda akan mendapatkan Ramalan angka" super jitu "apabila anda sudah terlebih dahulu: mengirimkan SMS Nama, alamat, pekerjaan, no HP yang bisa dihubungi, serta sudah mengirim mahar untuk pembelian alat ritual sesuai kesepakatan.
    Adapun Sedikit Pengganti biaya ritual untuk mendapatkan angka Ghoib Dari AKI Yang Anda Harus Kirim Terlebih Dahulu ..
    Pembayaran biaya ritual untuk mendapatkan angka ramalan bisa di tanyakan langsung Dengan AKI KORO untuk Konsultasi lebih lanjut .
    ramalan AKI memang memiliki ramalan GAIB "yang dijamin 100% tembus atau silahkan Anda buktikan sendiri ... !!

    ReplyDelete