Sunday, August 29, 2010

BILA MANUSIA TERMAJU...NAFSU MENGAWAL AKAL...DAH MAIN AGAK2 KENYATAAN DIBUAT...BUKAN TAK DE BAHAGIAN YG LEBIH BERKHASIAT SEPERTI HATI...

DUNIA


Pertandingan memasak kemaluan haiwan


DUA wanita menikmati makanan yang dimasak pada Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh di Ozrem, Serbia kelmarin.


OZREM, Serbia - Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh diadakan di sebuah kawasan perkampungan di sini kelmarin.
Pada pertandingan itu, para peserta yang terdiri daripada tukang masak akan memasak kemaluan pelbagai jenis haiwan seperti lembu jantan, unta, burung unta dan kanggaru.
"Tujuan festival ini ialah untuk kegembiraan, makanan dan keberanian," kata pakar tukang masak kemaluan haiwan yang merupakan penganjur festival itu, Ljubomir Erovic.
Di Serbia, makanan yang dimasak daripada kemaluan haiwan itu digelar buah pinggang putih. Kemaluan haiwan itu dianggap kaya dengan hormon tertosterone dan berkhasiat untuk lelaki.
"Kemaluan lembu jantan adalah yang terbaik," kata pemenang pertama pada tahun lalu, Zoltan Levai yang memasak kemaluan haiwan dengan dicampur sayur-sayuran.
Pengunjung-pengunjung festival itu akan memakan kemaluan haiwan tersebut dan meminum wain dan bir selain menyejukkan tubuh mereka dengan mandi di sebuah kawasan air terjun berdekatan. - AP

ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...BERTAUBATLAH...SERTA BERTAKWA...JANGAN SESAL KEMUDIAN HARI

DUNIA


Ribuan lari gunung berapi meletus


GAMBAR menunjukkan Gunung Sinabung meletus di daerah Tanah Karo, di luar bandar Medan, Sumatera Utara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.
Menurut beberapa pegawai, pemerintah Indonesia mengeluarkan satu amaran selepas Gunung Sinabung itu meletus dan menyebabkan kawasan di sekitarnya diselubungi asap hitam.
Setakat ini tidak ada sebarang kecelakaan sama ada melibatkan kematian atau kecederaan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Ia amat berbahaya. Justeru kami meningkatkan amaran ke peringkat paling tertinggi atau amaran merah," kata Ketua Pusat Amaran Gunung Berapi Indonesia, Surono.
"Dari kawah itu, gunung itu menghaburkan asap dan debu 1,500 meter ke udara," tambahnya.
"Pada mulannya, kami menganggap debu dan asap itu berlaku akibat hujan tetapi kini kami tahu tekanan yang menyebabkan ia berlaku adalah daripada magma," jelas Surono.
Dia berkata, Gunung Sinabung yang setinggi 2,460 meter di utara Sumatera itu tidak pernah meletus lebih 400 tahun tetapi ia kini menunjukkan tanda-tanda letusan.
Kira-kira 9,300 orang sudah dipindahkan dari beberapa buah kampung ke bandar-bandar termasuk di Berastagi dan Kabanjahe.
"Debu itu tersebar pada jarak sehingga 30 kilometer dari gunung berapi. Ramai penduduk kampung yang dipindahkan itu adalah petani," jelasnya. - AFP

KEJAM..TIDAK AMANAH..TAKDIR...DEGIL..LANGGAR HUKUM...NI LAH BILA AGAMA DILETAK TEPI SERTA DIABAIKAN...

NEGARA


Bayi ditinggal tersangkut pada tiang

SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam.
Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam.
"Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau warga Indonesia berdasarkan warna kulitnya," katanya yang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.


NEGARA


CEO wanita saman RM20 juta



NOOR HASLINA menunjukkan saman yang dikemukakan ke atas sebuah syarikat telekomunikasi di pejabat Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita di sini menyaman sebuah syarikat telekomunikasi sebanyak RM20 juta kerana didakwa mendedahkan kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.
Noor Haslina Abdullah, 39, yang merupakan CEO Kolej Islam Sains dan Teknologi memfailkan saman tersebut ke atas Celcom Axiata yang beralamat di Kuala Lumpur serta mempunyai cawangannya di sini di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini petang semalam.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menuntut RM10 juta bagi pendedahan SMS dan RM10 juta lagi bagi pendedahan perbualannya.
Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi teladan iaitu masing-masing sebanyak RM8 juta dan ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta


NEGARA


Mangsa culik mati jatuh bangunan



ANAK panah menunjukkan lokasi Samsuteen (dalam bulatan) terjatuh ketika cuba melarikan diri bersama dua rakannya dari sebuah bilik di tingkat tiga sebuah bangunan di Pinggiran Batu Caves kelmarin. Bulatan atas ialah rumah suspek.



GOMBAK - Hasrat tiga pelancong warga Sri Lanka untuk melarikan diri selepas diculik dan dikurung di sebuah bilik dalam sebuah bangunan tiga tingkat oleh dua lelaki sejak tiga hari lalu berkecai apabila salah seorang daripada mereka mati apabila terjatuh di Jalan Nenas, Pinggiran Batu Caves di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7 malam itu mengakibatkan Samsuteen, 47, mati manakala rakannya, Milar, 33, patah kaki. Seorang lagi mangsa, Sarifdeen Sahib Senu Mohideen, 36, dapat diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, sepanjang dikurung, kesemua mangsa telah digari tanpa diberi makanan dan minuman selain dibogelkan. Salah seorang suspek merupakan anggota polis sukarelawan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dekat sini


NEGARA


Satu maut angkara kotak misteri



DI tingkat 12 Apartmen Desa Tun Razak, Kuala Lumpur tempat kotak misteri meletup semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah yang tinggal di tingkat 12, Blok 2, Apartmen Desa Tun Razak di sini semalam mulanya teruja apabila melihat sebuah kotak dengan dua biji limau bali berada di hadapan pintu rumahnya.
Namun keseronokannya itu bertukar curiga apabila pada kotak sebesar televisyen 14 inci yang ditemui pada pukul 8.30 pagi itu tidak bertulis apa-apa.
Suri rumah yang sangsi dengan kotak tersebut dihantar kepada keluarganya kemudian bertanya suami dan jiran-jiran mengenai perkara itu.
Namun selepas tiada sesiapa mengetahui mengenai kotak misteri itu, wanita itu cuba membukanya sebelum merasa hairan kerana terhidu bau minyak petrol.
Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, wanita terbabit yang mula takut dengan kehadiran kotak itu kemudian turun ke kedai kafe siber miliknya di tingkat bawah untuk meminta bantuan pekerjanya.
“Seorang pekerja wanita dan pekerja lelaki naik dan membantu mengangkat kotak tersebut yang mahu dibawa masuk ke dalam rumah,” cerita beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam


NEGARA


Dua beradik diasing



Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan dua beradik ini dijaga oleh ibu saudara mereka semalam.



PASIR PUTEH - Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah mengasingkan dua daripada tiga beradik yang melarikan diri dari rumah mereka di Kampung Saador, Bachok dekat sini daripada jagaan ibu bapa mereka.
Dua beradik tersebut yang berusia 14 dan 16 tahun itu diletakkan di bawah penjagaan ibu saudara kanak-kanak terbabit di Tanah Merah dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif mengarahkan perintah mengasingkan dua beradik terbabit daripada jagaan ibu bapa mereka berkuat kuasa semalam.
Bagaimanapun seorang adik bongsu mereka berusia lima tahun yang dilarikan bersama pada Khamis lalu selepas mendakwa diancam keselamatan oleh bapa mereka, kekal di bawah jagaan ibu bapanya.
Permohonan perintah berkenaan sebelum itu dikemukakan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Yahya Salleh.



NEGARA


Budak lelaki rentung dalam banglo terbakar



RUMAH banglo yang terbakar dan mengorbankan Ho Meng di Jalan Laksamana Cheng Ho 2, Melaka semalam.



MELAKA – Sepatutnya Tan Ho Meng, 11, (gambar kecil) akan bersekolah seperti biasa pada hari ini.
Namun hari ini dan seterusnya Ho Meng tidak akan ke sekolah lagi selepas budak lelaki itu rentung dalam kebakaran di rumah banglonya di Jalan Laksamana Cheng Ho 2 di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.52 pagi itu, murid tahun lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Payfong 2 itu maut dipercayai gagal mencari pintu keluar dari rumah kerana asap tebal.
Empat lagi ahli keluarga Ho Meng iaitu bapanya Tan Tian Seong, 44; ibu, Lee Sae Lee; adik perempuan, Tan Poh Ling, 9; dan bapa saudara mangsa, Tan Kian Lai, 40, selamat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, ketika kejadian Ho Meng sedang tidur bersama ibu, bapa dan adiknya di bilik utama rumah banglo itu sebelum sebuah bilik di depan bilik utama terbakar


NEGARA


Feri lewat 3 jam, kapten positif ambil syabu



PERJALANAN sebuah feri dari Port Dickson ke Dumai tergendala selama tiga jam setelah polis menyerbu feri berkenaan di Jeti Penumpang Port Dickson semalam.



PORT DICKSON - Perjalanan sebuah feri dari Jeti Penumpang Port Dickson di sini ke Dumai, Indonesia terpaksa ditangguhkan selama tiga jam gara-gara kapten feri terbabit ditahan kerana dia didapati positif mengambil dadah.
Kapten feri warga Indonesia itu ditahan dalam Ops Sempadan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki warga tempatan yang menjadi ejen feri berkenaan



Amah hilang sebaik bayi disahkan mati



2010/09/02

SERDANG: Seorang pembantu rumah warga Indonesia diburu bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi berusia 15 bulan dipercayai didera, 24 Ogos lalu.
Wanita terbabit, Rita Rohayati, 25 yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat menghilangkan diri sejurus mengetahui kematian bayi itu di sebuah pusat perubatan swasta di Pusat Bandar Puchong, kira-kira jam 4.43 petang.
Ketua Polis Serdang, Superintendan Razak Abd Elias, berkata pihaknya menerima maklumat kematian Tan Jin Yong dari seorang kakitangan pusat perubatan berkenaan yang menghubungi polis.

“Siasatan awal mendapati pada hari kejadian, suspek menghubungi bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga memaklumkan anaknya tidak boleh bernafas menyebabkan bapa mangsa meminta bantuan adiknya untuk menghantar bayi berkenaan ke sebuah hospital swasta.

“Suspek pergi bersama dan sebaik diperiksa, doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia dan mengarahkan seorang kakitangannya menghubungi polis selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan dera pada bayi berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sebaik saja mengetahui bayi itu meninggal dunia, suspek yang bekerja dengan keluarga terbabit sejak setahun lalu menghilangkan diri.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum laporan bedah siasat mengesahkan bayi berkenaan mati akibat didera.

“Laporan pakar patologi mengesahkan terdapat penderaan fizikal termasuk kesan cekik pada leher bayi itu yang menyebabkan sesak nafas dan pendarahan otak,” katanya.

Razak berkata, selain itu mangsa juga mempunyai kesan lebam serta kesan penderaan lama termasuk pernah mengalami keretakan pada tulang kaki.

“Identitinya suspek sudah dikenal pasti berdasarkan pasportnya yang kini masih berada dalam simpanan ibu bapa mangsa,” katanya.

Orang ramai yang mengetahui wanita itu diminta menghubungi polis dengan menelefon Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berdekatan.



NEGARA


Amah larikan diri dicekup polis


ANGGOTA polis Serdang mengiring seorang amah yang ditahan di Ampang Jaya bagi membantu siasatan berhubung satu kes kematian bayi semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas lima hari menyembunyikan diri, seorang amah warga Indonesia yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana menyebabkan kematian seorang bayi berusia 15 bulan di Pusat Bandar Puchong dekat sini ditahan semalam.
Wanita berusia 25 tahun itu ditahan pukul 12.20 tengah hari ketika sedang berkeliaran di Jalan Permata 1, Jalan Permata Ampang dekat sini.
Wanita yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat itu ditahan selepas seorang penduduk menghubungi polis sebaik wanita itu datang ke rumahnya untuk meminta bantuan.
Dia kemudian diserahkan kepada polis Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, ketika ditemui wanita tersebut berada dalam keadaan lemah.
Katanya, ketika ditahan, wanita itu hanya mendiamkan diri kerana trauma dengan penahanan tesebut.
"Ketika ditahan, dia berpakaian lengkap dan membawa sebuah beg plastik berisi pakaian.
"Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui bersamanya," katanya.
Semalam Kosmo! melaporkan, polis memburu seorang pembantu rumah, Rita Rohayati, 25, bagi membantu siasatan berhubung kematian anak majikannya, Tan Jin Yong akibat didera Jumaat lalu

BIASA DAN MUNGKIN SETIAP TAHUN BEGINI....NI IMAN KITA DI ZAMAN NI


 SURAU2@MASJID2 MULA KURANG JEMAAH TARAWEHNYA..,

biasalah dah penat agaknya..trmasuk mgkin da jemu...mood raya da
smpai..ni iman org skrang,,zaman dahulu...mlam2 kespuluh akhir ni mreka
brebut2 mncari mlm laitulqadar...tahun ni mgikut kiraan ulmak mlm
29...tpi ktentuan Allah...sbgai tambahan...org dahulu@sahabat2 mnangis
meninggalkan ramadhan khuatir tidak dpt tahun hadapan...serta mgetahui
dgan jelas kberakatan ramadhan....hgga de sahabat memohon kpd
Rasullullah saw agar bmunajat pd Allah swt agar dijadikan ramadhan
sepanjang tahun.

macam taraweh satu kwajipan...sedangkan menuntut ilmu fardzu ain itu yang wajib diabaikan...maka lepas ramadhan ni sunyi blik..hanya org yang selalu dtang yg akan hadir memeriahkan masjid...walhasil balik asal...mungkin...tapi ni kbiasaan...InsyaAllah perkara kdepan hanya Allah saja yang tahu...

HEBAT MACAM MANA KAWALAN...KALAU TAKDIRNYA HILANG...MAKA HILANGLAH...YG TERSURAT HILANG...YANG TERSIRAT ALLAH SAJA YANG TAHU

Ilya hilang kereta

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
2010/08/29

KUALA LUMPUR: “Sebaik sampai di kawasan meletak kenderaan, saya melihat kereta saya tiada. Selepas puas mencari, saya mengesyaki ia dilarikan atau dicuri penjenayah,” kata pelakon drama Kekasihku Seru dan 3 Janda, Raja Ilya Raja Mohamad.
ILYA... peralatan penggambaran dan persalinan turut hilang.
ILYA... peralatan penggambaran dan persalinan turut hilang.

Dia turut kehilangan peralatan penggambaran dan pelbagai jenis persalinan berkualiti tinggi yang disimpan di dalam kereta.

Menurut Ilya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi filem yang mengadakan penggambaran di Teluk Intan, Perak.

“Kereta saya dicuri pada 26 Ogos lalu ketika saya tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi penggambaran ke Teluk Intan.

“Saya meletakkan kereta itu di petak yang dikhaskan kepada saya. Saya juga memastikan kereta itu dikunci rapi, malah turut menggunakan kunci ketiga untuk mengelak ia dicuri.

“Bagaimanapun, apabila ingin menggunakannya keesokan hari selepas pulang daripada penggambaran untuk ke bazar Ramadan, ia sudah tiada,” katanya sambil menunjukkan laporan polis yang dibuat berikutan kecurian itu.

Difahamkan, kawasan tempat kediamannya ‘terkenal’ dengan pelbagai jenis jenayah, terutama yang membabitkan kecurian harta benda.

Pelakon dan pengacara itu berkata, dia terkilan apabila mendapati pengawal keselamatan yang bertugas tidak memantau kawasan kediaman itu dan dengan sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasukinya.

“Setiap penghuni diberi pas kediaman dan jika saya mahu keluar atau memasuki bangunan itu, saya perlu menggunakan pas berkenaan. Yang peliknya, bagaimana orang luar boleh memasuki kediaman itu sesuka hati tanpa mendapat kebenaran pengawal?

“Malah, sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup yang melengkapi bangunan itu langsung tidak berfungsi. Rasanya, ia hanya sebagai syarat,” katanya kesal

BERHATI DIJALAN RAYA BUKAN MUSIM PERAYAAN SAJA TAPI SETIAP KETIKA...SALAHSATUNYA PANDU SEDERHAN@PELAHAN DAN TIDAK TERBURU@SOMBONG SERTA PATUH UNDANG2 JALANRAYA...DAN MOHON PERLINDUNGAN ALLAH KERANA ALLAH LAH SEBAIK2 PERLINDUNG

Lori, van bertembung

Laporan dan foto SAHLINA SAHKIRIN
am@hmetro.com.my
2010/08/29

MERSING: “Hati saya tergerak untuk berpatah balik kerana merasakan sesuatu perkara buruk menimpa abang apabila mendapati dia tidak sampai ke tempat pertemuan di Jemaluang seperti dirancang.
NGERI... kemalangan yang meragut nyawa dua mangsa di kilometer 36 Jalan Kota Tinggi-Mersing, semalam.
NGERI... kemalangan yang meragut nyawa dua mangsa di kilometer 36 Jalan Kota Tinggi-Mersing, semalam.

Kemalangan itu mengakibatkan abang lelaki itu, M Nordin Mahamud, 58, dan pemandu van, Muhamad Rafiquddin, 22, dari Rumah Pekerja Felcra Sungai Ambat, terbunuh di tempat kejadian di Kilometer 36 Jalan Kota Tinggi-Mersing, kira-kira jam 11.40 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu Nordin dari arah Kota Tinggi ke Mersing yang membawa muatan barang pindah ke Kuantan, Pahang hilang kawalan sebelum bertembung dengan van dipandu Muhamad yang datang dari arah bertentangan.

Azman berkata, dia keluar bersama-sama dengan abang serta kakak iparnya untuk menghantar barang pindah seorang rakan ke Kuantan tetapi tidak menaiki lori dipandu abangnya, sebaliknya membawa kereta sendiri bersama keluarga.

Katanya, dia bercadang berehat di Jemaluang, kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian dan mendahului abangnya sebelum dihubungi menerusi telefon oleh seorang rakan memberitahunya mengenai kemalangan itu.

“Saya reda dengan kejadian ini, sebenarnya abang saya sepatutnya bertolak ke Kuantan esok (hari ini) tetapi dia berkeras hendak juga bertolak pagi ini, rupa-rupanya dia hendak menemui ajal pagi ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Azman berkata, dia tidak menyangka arwah akan menemui ajal pada bulan mulia ini kerana sebelum kejadian abangnya tidak pernah menunjukkan sikap luar biasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid mengesahkan kejadian itu

AWAS...SEKARANG LELAKI DAN WANITA YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB SAMA2 NAIK..BERHATI2LAH

Joli wang isteri

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my
2010/08/29

MELAKA: Usianya sudah 40-an tetapi ia tidak membataskan nafsu pelik seorang lelaki kasanova apabila galak memburu wanita yang kebanyakannya berstatus janda hingga meminggirkan keluarganya.

Dia dikatakan pakar menjerat wanita dengan hanya menggunakan kata-kata manis, penampilan baik dan gaya berpakaian kemas, sekali gus menutup kekurangannya.

Ketika mendedahkan perkara itu, isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsiah, 50-an, berkata dia kini tidak mengharapkan apa-apa daripada suami, sebaliknya mahu menuntut hak dan nafkah di mahkamah syariah.

Katanya, sifat kemaruk wanita lain menyebabkan suaminya lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya dan hanya tahu melaram ketika keluar rumah hampir setiap hari sambil berlagak seperti orang muda.

“Selain pandai memujuk saya dengan kata-kata lemah lembut, suami yang tidak bekerja hampir setiap hari akan bersiap dengan kemas untuk keluar dan pulang apabila larut malam. Dia selamba meminta wang daripada saya dan anak untuk perbelanjaannya tanpa rasa malu.

“Kami ada perang mulut tetapi dia tidak pernah pukul saya, sebaliknya memberi tekanan dengan cara lain apabila menjalin hubungan dengan ramai wanita, tidak kira anak dara atau janda mahupun pelajar sekolah, dan menghabiskan wang simpanan saya menyebabkan saya hampir jadi gila,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Alai, dekat sini.

Shamsiah berkata, tujuannya mendedah penderitaan hidupnya disebabkan sudah putus harapan untuk mengesan suaminya yang dipercayai mengikut seorang ustazah bergelar janda beranak empat di utara tanah air.

“Nasib saya tidak ubah seperti membela seekor biawak hidup kerana dengan berbekalkan wang gaji saya sebagai pengasuh pada siang hari dan bekerja di kedai makan pada waktu malam, sudah cukup menjadi modal hariannya.

“Saya pernah menegur tingkah lakunya kerana wang gaji saya peroleh sering tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga dan juga persekolahan anak, namun dia tidak ambil peduli,” katanya.

Menjelaskan nasibnya, Shamsiah berkata, suaminya bijak berlakon dengan sifat lemah lembut memujuknya hingga dirinya ‘diperbodohkan’ sepanjang perkahwinan mereka sejak 18 tahun lalu.

Katanya, tembelang si suami terbongkar perlahan-lahan selepas anak bongsunya berusia setahun.

“Pada masa itu baru saya tahu selama ini dia (suami) pandai bermain kata-kata penuh dengan pujuk rayu. Kesudahannya habis duit pampasan kerja kilang dulu dan sebahagian duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap kira-kira RM30,000 dikeluarkan suami.

“Malah rumah yang saya beli di Lubok Redan, Masjid Tanah berharga RM45,000 turut digadainya dan satu sen pun wang tidak diberi,” katanya.

Menurutnya, dia yang juga janda sebelum ini berkenalan dengan suaminya ketika bekerja di sebuah kilang di Ayer Keroh.

“Suami bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pada awal perkenalan saya tertarik dengan sikapnya yang baik dan pandai memujuk hingga saya bersetuju menikahinya.

“Mula-mula saya tidak tahu suami sudah beristeri namun selepas berkahwin pada 28 September 1992, baru saya tahu saya isteri kedua.

“Saya pernah meminta dia mempertemukan dengan isteri pertama yang juga janda beranak dua, namun suami enggan dan memberi pelbagai alasan, sedangkan tujuan saya baik,” katanya.

Menurutnya, di awal perkahwinan kehidupannya baik sebelum tiba-tiba suami menjalin hubungan dengan seorang gadis warga Indonesia yang dijadikan anak angkat pada 1997 di kilang sama dan tidak pulang ke rumah selama dua bulan.

Katanya, apabila pengurusan kilang mengetahui masalah itu, dia dibawa bertentang mata dengan gadis Indonesia itu yang diberi amaran supaya tidak lagi menjalin hubungan dengan suami orang atau dihantar balik ke negara asal.

“Apabila perkara itu terbongkar, suami pula bertindak licik apabila melarikan diri bersama gadis itu dan tinggal di sebuah rumah di Taboh Naning, Alor Gajah.

“Saya juga dapat tahu dia berkenalan dengan seorang janda dari Felda Jelai 3 dan pernah bawa balik ke rumah. Saya pasrah dan dua kali mengadukan nasib ke Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sebelum suami kembali.

“Selepas itu kehidupan kami makin terhimpit apabila terpaksa mengikut suami berpindah-randah tidak kurang dari lima tempat.

“Selepas berkahwin, kami tinggal di Bukit Baru sebelum berpindah ke Kuala Linggi, Bukit Beruang, Bukit Katil dan Lubok Redan,” katanya.

Shamsiah yang juga ibu kepada dua anak berusia 17 dan 15 tahun berkata, dia akhirnya berpindah balik ke kampung halaman di Parit Buntar, Perak pada Mei 2002 dan tinggal bersama ibunya.

Menurutnya, dia tidak mengetahui tipu muslihat suaminya mengajak balik ke kampung apabila berjanji mengubah sikap buruknya.

“Lain yang jadi, apabila sikap buruk suami makin menjadi-jadi kerana terus menjalin hubungan dengan ramai wanita.

“Bermula detik itu, kehidupan saya semakin terhimpit dengan perangainya dan difahamkan isteri pertama suami akhirnya turut meminta dilepaskan kerana tidak tahan menanggung derita ditinggalkan seperti nasib saya sekarang.

“Rupa-rupanya tekaan saya betul bahawa dia menjalin hubungan dengan seorang ustazah janda beranak empat. Malah, keluarga ustazah itu ada berjumpa saya serta menyatakan tidak setuju anak mereka berkahwin dengan suami,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu suami sekali lagi mengajak mereka berpindah semula ke Melaka dan menetap di Alai biarpun dia membantah kerana memikirkan persekolahan anak.

“Saya tidak akan maafkan perbuatan suami kerana habis wang ringgit saya hangus begitu saja kerana duit KWSP sebanyak RM8,800 dikeluarkan untuk belanja berpindah, bayar sewa dan sebagainya.

“Hidup saya sekeluarga kini semakin teruk. Makan pun ibaratnya kais pagi makan pagi, sewa rumah tertangguh dua bulan,” katanya.

Shamsiah berkata, suaminya pernah memberitahu dia memikat wanita bekerjaya semata-mata mahu mengikis harta mereka manakala pelajar sekolah pula diberikan wang bagi tambah nilai telefon bimbit.

Katanya, perasaan sayangnya pada suami kini bertukar benci dan kesal, namun dia kasihan melihat anak perempuannya yang menanggung rindu untuk menemui bapanya.

“Saya kasihan melihat anak perempuan yang menghidap sakit pinggang. Ini kerana dia paling rapat dengan suami, jadi bila kami ditinggalkan, dia paling tertekan.

“Dulu saya kerap menangis sampai mengalami tekanan perasaan teruk kerana mengenangkan perbuatan suami.

“Namun sekarang tidak lagi kerana saya mahu lepaskan diri selepas mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami menyatakan dia meminta maaf kerana banyak melakukan kesilapan dan meminta saya membuat tuntutan di mahkamah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kandang berhubung SMS berkenaan