NEGARA
Bayi ditinggal tersangkut pada tiang
SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam.Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam.
"Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau warga Indonesia berdasarkan warna kulitnya," katanya yang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.
NEGARA
CEO wanita saman RM20 juta
KOTA BHARU – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita di sini menyaman sebuah syarikat telekomunikasi sebanyak RM20 juta kerana didakwa mendedahkan kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.
Noor Haslina Abdullah, 39, yang merupakan CEO Kolej Islam Sains dan Teknologi memfailkan saman tersebut ke atas Celcom Axiata yang beralamat di Kuala Lumpur serta mempunyai cawangannya di sini di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini petang semalam.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menuntut RM10 juta bagi pendedahan SMS dan RM10 juta lagi bagi pendedahan perbualannya.
Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi teladan iaitu masing-masing sebanyak RM8 juta dan ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta
NEGARA
Mangsa culik mati jatuh bangunan
GOMBAK - Hasrat tiga pelancong warga Sri Lanka untuk melarikan diri selepas diculik dan dikurung di sebuah bilik dalam sebuah bangunan tiga tingkat oleh dua lelaki sejak tiga hari lalu berkecai apabila salah seorang daripada mereka mati apabila terjatuh di Jalan Nenas, Pinggiran Batu Caves di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7 malam itu mengakibatkan Samsuteen, 47, mati manakala rakannya, Milar, 33, patah kaki. Seorang lagi mangsa, Sarifdeen Sahib Senu Mohideen, 36, dapat diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, sepanjang dikurung, kesemua mangsa telah digari tanpa diberi makanan dan minuman selain dibogelkan. Salah seorang suspek merupakan anggota polis sukarelawan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dekat sini
NEGARA
Satu maut angkara kotak misteri
KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah yang tinggal di tingkat 12, Blok 2, Apartmen Desa Tun Razak di sini semalam mulanya teruja apabila melihat sebuah kotak dengan dua biji limau bali berada di hadapan pintu rumahnya.
Namun keseronokannya itu bertukar curiga apabila pada kotak sebesar televisyen 14 inci yang ditemui pada pukul 8.30 pagi itu tidak bertulis apa-apa.
Suri rumah yang sangsi dengan kotak tersebut dihantar kepada keluarganya kemudian bertanya suami dan jiran-jiran mengenai perkara itu.
Namun selepas tiada sesiapa mengetahui mengenai kotak misteri itu, wanita itu cuba membukanya sebelum merasa hairan kerana terhidu bau minyak petrol.
Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, wanita terbabit yang mula takut dengan kehadiran kotak itu kemudian turun ke kedai kafe siber miliknya di tingkat bawah untuk meminta bantuan pekerjanya.
“Seorang pekerja wanita dan pekerja lelaki naik dan membantu mengangkat kotak tersebut yang mahu dibawa masuk ke dalam rumah,” cerita beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam
NEGARA
Dua beradik diasing
PASIR PUTEH - Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah mengasingkan dua daripada tiga beradik yang melarikan diri dari rumah mereka di Kampung Saador, Bachok dekat sini daripada jagaan ibu bapa mereka.
Dua beradik tersebut yang berusia 14 dan 16 tahun itu diletakkan di bawah penjagaan ibu saudara kanak-kanak terbabit di Tanah Merah dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif mengarahkan perintah mengasingkan dua beradik terbabit daripada jagaan ibu bapa mereka berkuat kuasa semalam.
Bagaimanapun seorang adik bongsu mereka berusia lima tahun yang dilarikan bersama pada Khamis lalu selepas mendakwa diancam keselamatan oleh bapa mereka, kekal di bawah jagaan ibu bapanya.
Permohonan perintah berkenaan sebelum itu dikemukakan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Yahya Salleh.
NEGARA
Budak lelaki rentung dalam banglo terbakar
MELAKA – Sepatutnya Tan Ho Meng, 11, (gambar kecil) akan bersekolah seperti biasa pada hari ini.
Namun hari ini dan seterusnya Ho Meng tidak akan ke sekolah lagi selepas budak lelaki itu rentung dalam kebakaran di rumah banglonya di Jalan Laksamana Cheng Ho 2 di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.52 pagi itu, murid tahun lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Payfong 2 itu maut dipercayai gagal mencari pintu keluar dari rumah kerana asap tebal.
Empat lagi ahli keluarga Ho Meng iaitu bapanya Tan Tian Seong, 44; ibu, Lee Sae Lee; adik perempuan, Tan Poh Ling, 9; dan bapa saudara mangsa, Tan Kian Lai, 40, selamat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, ketika kejadian Ho Meng sedang tidur bersama ibu, bapa dan adiknya di bilik utama rumah banglo itu sebelum sebuah bilik di depan bilik utama terbakar
NEGARA
Feri lewat 3 jam, kapten positif ambil syabu
PORT DICKSON - Perjalanan sebuah feri dari Jeti Penumpang Port Dickson di sini ke Dumai, Indonesia terpaksa ditangguhkan selama tiga jam gara-gara kapten feri terbabit ditahan kerana dia didapati positif mengambil dadah.
Kapten feri warga Indonesia itu ditahan dalam Ops Sempadan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki warga tempatan yang menjadi ejen feri berkenaan
Amah hilang sebaik bayi disahkan mati
2010/09/02
Wanita terbabit, Rita Rohayati, 25 yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat menghilangkan diri sejurus mengetahui kematian bayi itu di sebuah pusat perubatan swasta di Pusat Bandar Puchong, kira-kira jam 4.43 petang.
Ketua Polis Serdang, Superintendan Razak Abd Elias, berkata pihaknya menerima maklumat kematian Tan Jin Yong dari seorang kakitangan pusat perubatan berkenaan yang menghubungi polis.
“Siasatan awal mendapati pada hari kejadian, suspek menghubungi bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga memaklumkan anaknya tidak boleh bernafas menyebabkan bapa mangsa meminta bantuan adiknya untuk menghantar bayi berkenaan ke sebuah hospital swasta.
“Suspek pergi bersama dan sebaik diperiksa, doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia dan mengarahkan seorang kakitangannya menghubungi polis selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan dera pada bayi berkenaan,” katanya.
Menurutnya, sebaik saja mengetahui bayi itu meninggal dunia, suspek yang bekerja dengan keluarga terbabit sejak setahun lalu menghilangkan diri.
“Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum laporan bedah siasat mengesahkan bayi berkenaan mati akibat didera.
“Laporan pakar patologi mengesahkan terdapat penderaan fizikal termasuk kesan cekik pada leher bayi itu yang menyebabkan sesak nafas dan pendarahan otak,” katanya.
Razak berkata, selain itu mangsa juga mempunyai kesan lebam serta kesan penderaan lama termasuk pernah mengalami keretakan pada tulang kaki.
“Identitinya suspek sudah dikenal pasti berdasarkan pasportnya yang kini masih berada dalam simpanan ibu bapa mangsa,” katanya.
Orang ramai yang mengetahui wanita itu diminta menghubungi polis dengan menelefon Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berdekatan.
NEGARA
Amah larikan diri dicekup polis
|
|
KUALA LUMPUR - Selepas lima hari menyembunyikan diri, seorang amah warga Indonesia yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana menyebabkan kematian seorang bayi berusia 15 bulan di Pusat Bandar Puchong dekat sini ditahan semalam.
Wanita berusia 25 tahun itu ditahan pukul 12.20 tengah hari ketika sedang berkeliaran di Jalan Permata 1, Jalan Permata Ampang dekat sini.
Wanita yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat itu ditahan selepas seorang penduduk menghubungi polis sebaik wanita itu datang ke rumahnya untuk meminta bantuan.
Dia kemudian diserahkan kepada polis Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, ketika ditemui wanita tersebut berada dalam keadaan lemah.
Katanya, ketika ditahan, wanita itu hanya mendiamkan diri kerana trauma dengan penahanan tesebut.
"Ketika ditahan, dia berpakaian lengkap dan membawa sebuah beg plastik berisi pakaian.
"Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui bersamanya," katanya.
Semalam Kosmo! melaporkan, polis memburu seorang pembantu rumah, Rita Rohayati, 25, bagi membantu siasatan berhubung kematian anak majikannya, Tan Jin Yong akibat didera Jumaat lalu
No comments:
Post a Comment