Thursday, September 2, 2010

BAGUSLAH..FIKIRAN TERBUKA...PENTINGNYA TINGGAL KERJA BERUNSUR MAKSIAT..JADI WANITA SOLEHA...SANA DIAKHIRAT...DUNIA HANYA SEMENTARA JE

HIBURAN


Rela jika ditakdirkan bermadu




BUKAN lagi rahsia hubungan cinta Fasha Sandha dengan jejaka berkulit hitam manis, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33. Tanpa berselindung, aktres jelita itu mengakui jiwanya mekar disirami kasih sayang sang arjuna hatinya itu. Rizal atau senang disapa sebagai Jejai, nyata menjadi antara nadi kelangsungan hidup Fasha sejak Mei lalu.
Justeru, tidak hairan saat pengkisahan Jejai diisyaratkan kepada penama Nor Fasha Sandha Hassan itu, ibarat ada rama-rama sedang terbang bersama aliran darahnya menandakan dirinya sedang enak dilamun asmara. Tidak mengambil waktu panjang, laju sahaja dia meluncurkan kata dalam nada lembut sambil beberapa kali tersenyum.
"Saya sangat seronok dan gembira apabila tidak hanya disayangi oleh Jejai, masyarakat sebaliknya menyayangi diri ini dengan sepenuh hati. Semua bertitik tolak daripada kejujuran saya. Sebelum ini, bukan tidak mahu mengaku ada hubungan istimewa dengan Jejai. Ada sebab sebenar saya berbuat demikian.
"Namun, selepas segala-galanya pasti dan hubungan ini semakin matang, baru saya berani buat pengumuman. Alhamdulillah, peminat semakin sayang dan memberi sokongan. Ini membuatkan saya begitu terharu. Buat masa ini, belum ada sebarang perancangan untuk bernikah sebab saya bahagia dengan kehidupan sekarang.
"Kalau diikutkan, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi, baik saya atau Jejai, kami tidak pernah bercakap soal kahwin. Cuma, sebagai wanita, saya ada letak tempoh dalam hubungan sebab tidak mahu ia terlalu lama ditakuti mampu mendatangkan masalah," ujar Fasha yang berada pada lantai 36 di PNB Darby Park Executive Suites, di ibu negara sebagai lokasi fotografi baru-baru ini.
Merujuk kepada personaliti si kekasih hati, sikap Jejai yang memahami, pendengar setia, sentiasa berfikiran positif dan optimis, dengan mudahnya membuatkan naluri wanita berusia 26 tahun itu terpesona. Dan kerana itu, dia begitu selesa berada di samping Jejai selaku pelindung saat sukar dan senang.

SELEKTIF dalam memilih sahabat, Fasha cuma menyenaraikan dua teman artis wanita yang katanya cukup dekat di hatinya.


Sempat menolak dakwaan mendepani hakikat menjeruk kononnya cinta tidak direstui orang tua Jejai, Fasha menganggap dia bertuah menjadi Fasha Sandha kalau sekalipun dihadap deretan halangan di jalan depannya. Baginya, setiap cabaran yang singgah, mampu mematangkan dirinya menjadi insan lebih tabah.
"Sepanjang berada dalam industri, saya belajar banyak perkara. Saya mula tahu siapa kawan atau lawan. Saya tidak perlu sejuta sahabat dalam dunia ini. Satu atau dua sudah mencukupi. Sudah menjadi lumrah saya bersikap selektif," tutur Fasha sambil menganggap dua teman artis, Maria Farida dan Nasha Aziz cukup dekat di hatinya.
Tidak ketinggalan, tatkala ditanya tentang filem terbarunya, 4 Madu bakal bertandang di pawagam pada Aidilfitri pertama ini, Fasha yang membawakan watak Ros sebagai isteri kedua Azlan (lakonnan Saiful Apek) memberitahu, filem itu menonjolkan variasi mesej dalam berpoligami. Ada pro dan kontranya.
"Filem kesembilan saya dengan pengarah Profesor A. Razak Mohaideen ini mengangkat tema poligami dalam situasi sihat dan sebaliknya. Bercakap hal sama, terus terang, kalau lelaki berlaku adil terhadap semua isteri, berkahwin kerana ikut sunah Nabi, bukan berpaksi nafsu semata-mata dan menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, ia boleh diterima.
"Dalam kehidupan realiti, saya mampu menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan bermadu. Saya ambil contoh bagaimana Ros menerima keputusan Azlan yang mengahwini wanita lain dan pada waktu sama, si suami berlaku adil kepada setiap isterinya," akui Fasha dalam nada tenang membahas pendapat peribadinya.
Ada keinginan bertudung
Lewat kebelakangan ini, Fasha terbiasa muncul di skrin televisyen dengan mengenakan tudung. Ironinya, dia sudah melakonkan hampir 10 watak wanita bertudung. Terbaru, drama 28 episod garapan Feroz Khan mengangkat judul Chinta, juga menampilkan Fasha dengan imej sama.
"Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut.
"Sebenarnya, saya pernah memikirkan soal memakai tudung sebelum ini. Cuma, saya belum berani hendak menyasarkan masa melakukan perubahan ditambah takut pakai sekarang, kemudian buka pula. Macam saya cakap tadi, jika bertudung, saya akan melakukannya bersungguh- sungguh," spontan jawab Fasha.
Menyedut nafas seketika sebelum memulakan bicara, keinginan untuk melakukan penghijrahan mula melintas di laut fikirnya semasa menghayati watak Shaliza menerusi drama Rahsia Shaliza sekitar Julai lalu. Entah bagaimana, ia datang secara tiba-tiba tanpa dipengaruhi sesiapa.

FASHA mengakui sudah bersedia mental dan fizikal untuk bergelar seorang isteri.


"Sebelum ini, saya ada beberapa kali pakai tudung menghadiri majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan atau pengkebumian. Malah, sampai ada peminat terkeliru apakah saya benar-benar bertudung tatkala terserempak," terangnya yang melihat wanita bertudung tidak ketinggalan boleh berfesyen mengikut arus semasa.
Bercerita tentang wataknya sebagai wanita bertudung dalam Chinta, Fasha menerajui karakter Chinta Musa yang tunduk pada segenap ajaran Islam sejak dari kecil lagi. Cuma, suatu hari, Chinta menjadi pendendam kepada Tuhan apabila dia dirogol dan dijual oleh abang kandung sendiri.
"Sepanjang enam tahun berlakon, ini merupakan watak paling berat pernah saya terima. Sebelum ini, saya hanya dapat watak pembenci lelaki dan keluarga. Tetapi, kali ini cukup berbeza," tutur Fasha yang berlakon di samping Ady Putra, Izani, Azhar Sulaiman dan Natasha Hudson







kawin je jgn banyak citer...setel


HIBURAN


Memey hampir tergelak


NORMAN dan Memey bakal bersatu sebagai suami isteri sama ada pada tahun ini atau tahun depan.


BUKAN menjadi perkara mengejutkan saat Norman Hakim mengambil kata putus mengikat tali pertunangan dengan Memey Suhaiza. Bahkan sebelum ini, bertebaran khabar angin yang mengaitkan pasangan itu bakal bersatu di alam rumah tangga dalam waktu terdekat selepas lama menjalin cinta.
Kini, tiada lagi rahsia apabila kedua-dua pelakon itu bersepakat mengikat tali pertunangan pada 13 September ini bersamaan hari raya keempat selepas sembahyang Asar. Sudah pasti, Norman, 34, dan Memey, 22, mahukan yang terbaik dalam hubungan mereka mengharungi fasa selanjutnya sebagai suami isteri.
Hadir bersama pada majlis berbuka puasa dengan Rumah An-Najjah dan Rumah Nurul Qanaah di Hotel Istana, Kuala Lumpur Rabu lalu, pasangan itu muncul berbaju sedondon rona merah. Wajah masing-masing, baik Norman mahupun Memey, jelas terlihat teruja menantikan hari bersejarah selang beberapa hari lagi.
Pantas sahaja, Norman mengakui sudah lama berniat untuk menjadikan Memey sebagai tunangannya. Cuma, belum bertemu waktu bersesuaian ditambah setiap daripada mereka harus menumpukan sepenuh komitmen terhadap dunia lakonan.
Berikut sedutan temu bual Habhib dengan pasangan berdarah manis itu.

Habhib: Tahniah diucapkan kepada Norman dan Memey yang bakal melangsungkan majlis pertunangan tidak lama lagi. Jadi, bagaimana dengan persiapan untuk acara ini?
Norman: Buat masa ini, saya sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem berjudul Sabar arahan Erma Fatimah sebelum dapat bercuti untuk hari raya. Alhamdulillah, segala persiapan dilakukan oleh keluarga. Tanpa mereka yang banyak membantu, saya tidak tahu macam mana kelak majlis pertunangan ini. Lagipun, saya tidak beria membuat upacara besar-besaran. Yang penting, adat seperti merisik dan bertunang ini tetap mahu dijalankan sebab saya mahu Memey rasa pengalaman pertama ini.
Memey: Saya juga tengah beri sepenuh tumpuan terhadap telefilem Osman Berani untuk siaran Astro Ria. Begitupun, dalam kesibukan berada di set penggambaran, kami sempat mencuri masa untuk membuat persediaan. Saya hanya pulang ke kampung dua hari sebelum raya. nasib baik keluarga saya juga banyak membantu menjalankan persediaan untuk majlis pertunangan ini. Saya akan memakai sepersalinan putih rekaan Ezuwan Ismail dan masih mencari jurusolek sesuai.
Mengapa ia diadakan pada hari raya keempat sedangkan waktu itu orang tengah sibuk menyambut lebaran.
N: Walaupun ia dilakukan pada hari raya, saya bagaimanapun rasa ia lebih bertepatan kerana pada waktu ini keluarga terdekat dan sanak saudara masih berkumpul di kampung halaman masing-masing. Justeru, mereka dapat hadir sambil memeriahkan majlis pertunangan kami walaupun ia dibuat dalam suasana cukup sederhana.
M: Saya tidak kisah dengan tarikh pertunangan ini yang berada pada hari keempat seluruh umat Islam menyambut hari raya. Yang penting, ramai keluarga dapat hadir sama menyaksikan hari bersejarah kami.

NORMAN dan Memey membuat keputusan untuk bertunang selepas meraih pandangan ahli keluarga masing-masing.


Bagaimana perasaan untuk bergelar tunangan orang?
N: Terus terang, perasaan saya biasa saja sebab sebelum ini pernah melalui proses mendirikan rumah tangga. Cuma, pada pendapat saya, apabila sudah lama berkawan, tibalah masa untuk saya melakukan anjakan paradigma terhadap hubungan ini agar ia dapat lebih keberkatan. Saya harus bergerak ke hadapan dalam soal ini. Institusi kekeluargaan menjadi pengasas dan akar umbi untuk saya membina masa depan karier dan bisnes dengan lebih baik. Saya dapati, ia soal rumah tangga terkait dengan bidang lain yang saya lakukan dalam hidup.
M: Saya hendak tergelak dan pada waktu sama mengucapkan syukur, rasa bahagia dan teruja kerana kami yang sudah lama berkawan berakhir dengan sesuatu yang baik. Sudah tentu saya gembira kerana dapat menjalani fasa pertunangan sebelum pergi pada peringkat lebih serius - perkahwinan.
Bila mahu mengadakan majlis pernikahan?
N: Dari segi kesesuaian masa, insya-Allah, ia bakal dilangsungkan pada tahun ini atau jika lambat sekalipun tahun depan.
M: Sama seperti apa yang dikatakan Norman, majlis pernikahan dijangka tidak lama lagi.
Apa yang diharapkan selepas Norman dan Memey mengikat tali pertunangan?
N: Sejujurnya, saya tidak boleh tutup sebarang tanggapan orang sama ada ia bersifat positif atau negatif. Saya ambil keputusan untuk bertunang dengan Memey bukan sebab hendak menyangkal pelbagai dakwaan kurang enak sebilangan masyarakat. Tetapi, pertunangan kami lebih dilihat sebagai peribadi ditambah saya dan Memey sudah bersedia sepenuhnya untuk melewati perjalanan seterusnya dalam hubungan ini.
M: Tiada apa yang dapat saya beritahu. Kenyataan saya sama saja seperti yang Norman kata tadi. Paling pasti, saya cukup bersyukur apabila hubungan ini dapat diakhiri dengan sesuatu yang diredhai Allah

No comments:

Post a Comment