Tuesday, August 31, 2010

JANGAN LEKA DAN CUAI..DISINI DE JEJANTAS.. DE PELAJAR SEKOLAH TAK GUNA...DAH TAK TAKDIR REDA LAH

'Ya Allah, anakku sudah tiada lagi'

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/09/01

PELABUHAN KLANG: “Ya Allah...anak saya...anak saya sudah tak ada lagi.” Itulah rintihan seorang ibu, Noriah Ishak, 26, yang kehilangan anak sulung tersayang dalam kejadian kemalangan maut di Persiaran Raja Muda Musa, berhadapan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, di sini, semalam.
MALANG...anggota polis mengangkat jenazah Muhamad Yusop  yang meninggal dunia dilanggar  van.
MALANG...anggota polis mengangkat jenazah Muhamad Yusop yang meninggal dunia dilanggar van.
SEDIH...Noriah (kiri) ditenteram  rakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
SEDIH...Noriah (kiri) ditenteram rakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Lebih memilukan apabila kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Yusop Adnan, 7, bersama ibu dan beberapa rakannya dalam perjalanan ke pusat bandar Klang untuk membeli songkok sempena menyambut Syawal.

Difahamkan ketika kejadian, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Raja Zarina terlepas pegangan tangan dengan beberapa kawannya dan cuba berlari menyeberang jalan manakala ibunya mengekori dari belakang, sebelum sebuah van dipandu laju seorang lelaki gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

Kesan daripada rempuhan kuat itu, mangsa dikatakan melambung beberapa meter sebelum tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala.

Noriah ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini tidak dapat menahan kesedihan sehingga terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan rakan.

Noriah berkata, anaknya itu pada mulanya mahu duduk rumah tetapi dia berkeras mahu anaknya itu mengikutinya selepas melihat rakannya turut membawa anak masing-masing bersama untuk membeli-belah.

“Along (panggilan untuk Muhamad Yusop) pada mulanya tidak mahu ikut, tetapi selepas saya lihat anak-anak rakan saya turut sama, saya mengajaknya ikut bersama.

“Dia pada mulanya berat hati nak ikut, tapi selepas saya yakinkan dia dan beritahu takut songkok yang akan dibeli nanti tak sesuai dengan kepalanya menyebabkan dia akur,” katanya yang bekerja di kantin Sekolah Menengah Raja Lumu

Noriah yang tinggal di Flat Bunga Raya, Pandamaran berkata, ketika kejadian dia bersama kira-kira 11 orang cuba melintas jalan ke seberang untuk menunggu bas ke pusat bandar.

“Masih saya ingat, ketika itu saya dan yang lain berdiri di atas garisan berkembar dan anak saya berlari ke seberang sebelum dirempuh.

“Saya hanya mampu meraung sekuat hati selepas dia melambung dengan darah memenuhi pakaian. Saya tak boleh bayangkan hilang semuanya dalam sekelip mata,” katanya sebak.

Noriah berpisah dengan suaminya dan bekerja kantin sejak setahun lalu juga mempunyai seorang lagi anak, Muhamad Putera Yusnadi Adnan, 4, tinggal bersama keluarganya di Mersing, Johor.

Katanya, malam kelmarin arwah menghubungi adiknya di Johor dan dia berjanji akan pulang berhari raya dan membeli baju baru serta bunga api untuk adiknya itu.

“Macam mana saya nak beritahu anak saya nanti, along sudah tak ada. Adiknya sedang tunggu kepulangan abangnya,” katanya sambil memeluk beberapa sahabatnya.

Ditanya perubahan pelik anaknya, Noriah berkata, ketika mandi pada pagi sebelum mereka ke bandar, anaknya meminta dia sabunkan badannya dan ketika bersahur awal pagi semalam arwah memintanya disuapkan makanan untuknya.

“Wajah along juga agak pucat sejak kebelakangan ini tetapi dia tetap bersemangat untuk berhari raya dan meminta saya beli pakaian mahal untuk balik kampung,” katanya menambah mangsa seorang budak baik dan tidak pernah membantah cakapnya dan setiap malam dia akan mengikutinya ke surau untuk solat Tarawih.

Mayat mangsa dibawa ke Mersing, Johor untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan pejalan kaki melintas jalan berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina berhadapan balai bomba menggunakan laluan bomba yang berpalang



Ibu maut depan mata



2010/09/01

KOTA BHARU: Menyayat hati bagi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun apabila melihat ibunya maut di depan mata selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan dekat Balai Islam, Lundang, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Siti Mariam Arifin, 55, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai dirempuh kereta Proton Wira Aeroback dari arah Lundang ke Kota Bharu.
Anaknya, Mohd Fikran Abd Wahab berkata, dia bersama ibunya mahu singgah ke sebuah pasar raya terletak di seberang jalan.

Katanya, dia yang sudah di seberang jalan melihat ibunya cuba melintas sebelum dirempuh kenderaan terbabit.

“Kami nak singgah di kedai itu untuk membeli selipar. Saya sudah jalan di depan, ibu pula ada di seberang jalan untuk melintas.

“Tidak lama kemudian, saya melihat ibu dilanggar kereta yang laju itu,” katanya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Selising, Pasir Puteh adalah ibu tunggal yang mempunyai empat anak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Superintendan Azlie Md Noor ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan terbabit



Pagi murung, malam mati

Oleh Ramli Hussin
am@hmetro.com.my
2010/09/01

PASIR PUTEH: “Ketika hampir waktu berbuka, semua ahli keluarga masih menunggunya balik namun sehingga selepas berbuka saya rasa tidak sedap hati lalu terus mencarinya dan menemuinya dalam keadaan tergantung di rumah bapa saudaranya,” kata Mustafa Hamat, 73, bapa kepada Rosdi Hardi Mustapa, 31, yang ditemui tergantung dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Belah dekat Gaal, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemuda terbabit ditemui bapanya dalam keadaan tergantung dengan tali pengikat lembu diikat pada alang rumah dalam sebuah bilik rumah bapa saudaranya terletak bersebelahan rumah keluarga di kampung terbabit.
Menurut Mustafa, sebelum kejadian, anaknya ceria dan sempat membantunya di ladang serai pada sebelah petang. Bagaimanapun katanya, pagi sebelum itu anaknya dilihat murung dan berbaring di beranda rumah bapa saudaranya itu.

“Pagi tadi (kelmarin) saya ada tanya dia kenapa tidak balik ke rumah, sebab kebiasaannya setiap pagi dan petang dia mesti balik untuk mandi dan kadang-kadang menolong ibunya di rumah.

“Arwah sangat ceria sebelum ini, tetapi saya pelik pagi tadi dia murung dan sebelah petangnya pula dia ke ladang membantu saya memunggah serai untuk dipasarkan di pasar tani,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Mustafa berkata, selepas menolong di ladang serai, dia sempat berpesan kepada anaknya supaya pulang awal membantu ibunya.

Katanya, anaknya itu tidak kelihatan apabila mereka sedang bersiap untuk berbuka puasa sehingga selepas itu dia mula berasa tidak sedap hati.

“Selalunya apabila tiba masa untuk berbuka puasa dia akan balik, namun semalam saya pelik kerana tidak balik sehinggalah dia dijumpai mati tergantung,” katanya.

Mustafa berkata, beberapa hari sebelum itu arwah sempat meminta duit dengannya untuk beli baju serta peralatan lain sebagai persiapan awal menyambut raya.

“Saya memintanya bersabar kerana masih belum mendapat kutipan hasil serai daripada peraih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut



Dilanggar ketika larikan diri selepas ragut

01/09/2010 6:39pm

KUALA LUMPUR - Walaupun berpuasa, seorang lelaki tempatan masih sempat meragut beg tangan seorang wanita, namun kemudiannya dilanggar dari belakang oleh suami mangsa dalam satu kejadian di Kampung Pandan, Ampang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, sebelum itu kira-kira pukul 8 pagi, sepasang suami isteri berumur lingkungan 30-an sedang dalam perjalanan ke sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) di Kampung Pandan.
"Selepas turun dari motosikalnya, mangsa, seorang pekerja swasta menghampiri ATM terbabit sebelum begnya diragut dari belakang oleh seorang penunggang motosikal sebelum (mangsa) tersungkur jatuh.
"Suaminya yang melihat kejadian itu terus mengejar suspek kira-kira satu kilometer sebelum melanggarnya dari belakang. Suspek kemudian ditahan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu sebelum menghubungi polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Jalil berkata, polis menemui semula beg tangan mangsa dan menahan suspek yang menggunakan motosikal curi dan positif dadah itu. - Bernama

NEGARA


Maut selepas gagal minta RM5

BESUT - Seorang remaja yang gagal mendapatkan wang sebanyak RM5 daripada ibunya maut dalam satu kemalangan di Kilometer 4 Jalan Jerteh-Kuala Besut dekat Kampung Alor Lintah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 12.15 pagi itu, Mohd. Zailani Mustaffa, 19, dari Kampung Gong Tok Tor di sini maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal dinaiki seorang lagi mangsa, Muhamad Saifullah Jusoh, 17, dari Kampung Seberang Kastam di sini.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa gagal memotong kenderaan di hadapan mereka.



Suami isteri, jiran hilang nyawa dirempuh Proton Wira

KOTA TINGGI - Tiga terbunuh sementara seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di kilometer 55 Jalan Kota Tingi-Kluang, petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta Perodua Kancil, Mohd Salleh Said, 54, dan isterinya, Jamaliah Kasman, 51, serta jiran mereka, Saerah Hasyim, 49.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohamad Sebot berkata, kejadian itu berlaku ketika kereta Proton Wira dari arah Kluang dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta terbabit (Proton Wira) terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan yang dipandu Mohd Salleh,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:.

Osman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Kedua-dua kereta mangsa remuk di bahagian depan dan anggota bomba terpaksa mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa yang tinggal di Felda Ulu Pengeli itu maut di tempat kejadian selepas cedera teruk di bahagian kepala dan anggota badan.

Menurutnya, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing.

Sementara itu, katanya, pemandu Proton Wira, Juliet A/L Mike, 22, cedera parah di bahagian kepala dan dirawat di Hospital Kluang.

Dalam pada itu, polis masih belum mengenal pasti identiti seorang lagi penumpang yang dipercayai anak kepada kedua-dua pasangan maut itu namun percaya penumpang terbabit selamat dalam nahas terbabit

No comments:

Post a Comment