'Adik jadi penoreh getah'
Oleh Rashidi Karim
2010/09/03
2010/09/03
SUSAH... Nurshakirah menunjukkan buku nota dan beg sekolah adiknya yang kini bekerja sebagai penoreh getah di Satun, Thailand.
Bapa gadis itu, Abdul Wahab Ibrahim, 58, warga Malaysia dan ibunya, Wan Aishah Sufi, 43, warga Thailand, sedang meringkuk dalam penjara di Satun kerana terbabit dalam kesalahan dadah sejak setahun lalu.
“Kehidupan kami terumbang-ambing selepas ibu bapa kami dipenjara ketika empat hari umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.
“Abang sulung (berlainan ibu) pula menghantar kami dua beradik ke kampung sebelah ibu di Bangkuan walaupun kami enggan dengan alasan dia tidak sanggup menjaga kami kerana kesempitan hidup.
“Nuraslinda, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, terpaksa berhenti sekolah selepas dipaksa menetap di Thailand yang asing bagi kami manakala saya pulang ke Sungai Baru untuk mencuba nasib di sini
“Saya amat berharap ada pihak di sini menolong membawa pulang Nuraslinda ke Perlis bagi membolehkan dia meneruskan persekolahan. Lagi pula usianya masih muda untuk menjadi penoreh getah,” katanya yang amat sedih sambil mengesat air mata.
Hadir sama Penyelaras Umno kawasan Simpang Empat, Abu Bakar Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Baru, Ramli Sabu
Nurshakirah berkata, dia terpaksa melupakan hasrat menyambut Aidilfitri seperti kanak-kanak sebayanya kerana memikirkan nasib Nurshakirah dan mahu dia pulang ke Sungai Baru untuk meneruskan persekolahan.
Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Safi, dekat sini, berkata sehingga kini, dia belum mempunyai Mykad kerana tiada sesiapa mahu menguruskannya selepas ibu bapanya di penjara tahun lalu.
Ibu tunggal bersama tiga anak sering ikat perut
2010/09/03
Siti Zawiyah Ali, 40, yang tidak bekerja berkata, dia menjadi ibu tunggal sejak tiga tahun lalu selepas diceraikan suaminya dan terpaksa menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang OKU.
Beliau berkata, dia dan anak-anaknya tidak mampu membeli pakaian raya kerana tiada wang malah kehidupannya kini hanya mengharapkan sumbangan orang ramai selain menerima bantuan beras daripada pihak masjid.
“Saya sebelum ini menolong kakak berniaga nasi lemak di Masjid India dengan pendapatan RM19 sehari tetapi terpaksa berhenti berniaga buat sementara berikutan kedatangan Ramadan. Ada kalanya saya anak beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan sebagai juadah berbuka puasa,” katanya ketika ditemui.
Zawiyah yang berasal dari Pahang terpaksa memberikan perhatian kepada anak OKUnya yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menyebabkan masanya terbatas untuk mencari pekerjaan.
Dia yang tinggal di rumah setinggan di Gombak berharap ada pihak sudi membantunya untuk membelikan baju raya buat anak-anaknya.
Individu atau syarikat yang ingin membantu Zawiyah bolehlah menghubunginya di talian 019-2182516 atau ke alamat No 847, Batu 4 3/4, Jalan Gombak, 53100, Selayang
No comments:
Post a Comment