DIVA INTERAKTIF
Dikelilingi lelaki VIP
MALAS rasanya bila terpaksa membuka pekung orang lain, tapi bila fikir-fikir sudah memang bekerja sebagai penulis gosip, maka haruslah bagi Diva menyempurnakan misi berkenaan.Diva macam tak percaya bila seorang sumber datang menghadap, beria-ia benar dia mahu bercerita tentang perihal seorang selebriti berstatus janda terhangat itu kepada Diva.
Katanya, semasa dia berkunjung ke sebuah kelab, matanya terpacak terhadap batang tubuh pelakon berkenaan. Bukan main seronok dia sedang bersuka-ria dengan teman-teman yang semuanya terdiri daripada lelaki berstatus orang kenamaan (VIP). Sebagai pelengkap, di tangannya tergenggam botol minuman yang haram diteguk orang Islam.
"Sama ada kau nak percaya atau tidak, terserahlah, tetapi inilah yang berlaku depan mataku. Aku intai-intai juga manalah tahu kalau-kalau ada lelaki yang dikenali terselit di mana-mana sekitar tempat berkenaan, tapi tiada," tambah sumber Diva yang bernama Che Tom dalam nada selamba.
Kisah panas pelakon berkenaan sebenarnya dah lama masuk ke telinga Diva. Setahu Diva juga, ramai yang sedang bercakap tentang kerancakan hubungannya dengan orang kenamaan, cuma tidaklah dapat dipastikan siapalah lelaki bertuah yang bersemayam di takhta hatinya.
DIVA INTERAKTIF
Kekasih baru Nora Danish
HILANG panas kisah Jejai dan Fasha Sandha mengaku sedang intim menyintai antara satu sama lain, timbul pula kisah janda Jejai, Nora Danish.
Pelakon kecil molek itu heboh dikatakan sedang mengulit cinta dengan seorang jejaka tampan, anak Datuk yang berasal dari Kelantan.
Hendak kata sahih, Diva tidak berani cakap tapi melihatkan gambar-gambar kemesraan Nora dengan jejaka yang dikenali sebagai Shahrul itu, mereka sememangnya seolah-olah ada hubungan yang sangat akrab.
Nora pula ketika diterjah teman media dalam satu acara berbuka puasa di ibu negara baru-baru ini mengaku dia dan si Shahrul yang dimaksudkan itu sedang mengenali hati budi masing-masing. Mereka baru dua bulan berkawan.
Sebenarnya, Diva macam pernah nampak Shahrul yang didakwa ramai sebagai buah hati Nora itu.
Tambahan pula ada yang kata, sebelum ini Shahrul yang lebih muda beberapa tahun daripada Nora itu pernah bercinta dengan seorang pelakon Indonesia.
Kalau tak salah juga, Wangi daripada kumpulan Fabulous Cat pun bercinta dengannya suatu ketika dahulu.
Ada satu lagi cerita lain yang disampaikan ke telinga Diva oleh seorang teman.
"Kau tau tak, mamat tu suka sangat tayang gambar berkepit dengan Nora dalam Facebook, aku tak tahulah apa motif dia.
"Lepas tu, tahulah anak orang kaya, tapi takkan satu badan bersalut Hermes," kata Cik Kid Mulut Muncung sambil memuat turun gambar-gambar mesra Nora dan Shahrul ke telefon Diva.
Banyak versi pula cerita tentang teman tapi mesra Nora ni kan. Tak apalah, tak salah berkawan dengan siapa yang kita suka, asalkan tahu berpada-pada. Mencari bahagia tak pernah jadi satu kesalahan
DIVA INTERAKTIF
Aksi mesra Farid-Diana
RASANYA sudah acapkali cuping telinga Diva yang nipis ini ditembusi kisah asmaradana pasangan merpati dua sejoli yang popular ini, siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dengan si aktres Diana Danielle.
Diva sendiri dah lama terhidu kisah intim mereka berdua tapi sehingga hari ini, masing-masing saling mengunci mulut tentang selebar mana jendela hati sudah terkuak antara satu sama lain.
Baru-baru ini pun, muncul lagi penafian daripada si gadis kononnya hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan dalam industri.
Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba Diva didatangi Cik Honey Jariah, sumber gosip terbaik Diva.
Kata Cik Honey, ketika dia bersiar-siar mencuci mata di sebuah kompleks beli-belah tertinggi di ibu kota, matanya 'tercuci' dengan 'aksi panas-panas manja' Farid dan Diana.
"Va, mungkin sebab mereka dating kat kafe mahal, kiri dan kanan semuanya mat saleh sebab itulah berani sungguh mereka bermesra-mesraan tanpa menghiraukan mata di sekeliling yang memandang," bisik Cik Honey ke telinga Diva.
Kata Diva, mungkin Farid dan Diana itu sekadar melepaskan rindu, maklumlah masing-masing sibuk di lokasi penggambaran, sesekali bertemu mahu bermanja.
Tapi yang tak sedapnya, bila setiap kali bercakap, mulut mereka itu bukan main sedap menutup cerita. Sekarang kan dah terkantoi.
No comments:
Post a Comment