NEGARA
Dapat lima saman dalam sejam
SETIU - Sikap memandang mudah seorang pemandu bas ekspres terhadap undang-undang jalan raya memakan diri sendiri apabila dia dikenakan lima saman hanya dalam tempoh sejam dalam satu operasi penyamaran oleh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.
Saman atas pelbagai kesalahan itu dikeluarkan menerusi operasi khas yang dilakukan sempena Ops Sikap ke-22 bermula dari terminal bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini sehingga ke Stesen Penguat kuasa JPJ Air Sejuk di sini.
Pemandu berusia 62 tahun itu didapati memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta melanggar lampu isyarat.
Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, ketika lelaki itu ditahan, dia dengan selamba mendakwa tidak menyedari melakukan kesemua kesalahan tersebut.
NEGARA
Tarik lesen pemandu 'pembunuh'
|
|
KUALA LUMPUR - Insiden seorang pemandu bas ekspres yang melakukan lima kesalahan dalam masa sejam pemanduan ternyata merisaukan banyak pihak.
Rata-rata agensi penguatkuasaan berpendapat, sekiranya sudah ada kes pemandu bas melanggar pelbagai kesalahan semasa Ops Sikap ke-22 baru sahaja bermula, mereka bimbang tragedi lebih buruk bakal berlaku jika ia tidak dibendung segera.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, pemandu tersebut telah 'direhatkan' sementara kes itu disiasat.
"Saya akan meminta JPJ Terengganu untuk bertemu dengan pihak pengurusan bas berkenaan. Keputusan 'merehatkan' pemandu itu perlu dibuat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Mengenai cadangan mewajibkan kakitangan JPJ ditempatkan di setiap bas, Solah berkata, ia perlu dibincangkan terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak aspek dan tenaga kerja.
Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mempergiatkan rondaan dan penguatkuasaan di seluruh negara untuk memastikan langkah keselamatan menjelang musim perayaan Aidilfitri terjamin
No comments:
Post a Comment