Tuesday, August 31, 2010

ABIS MANIS SEPAH DIBUANG...MUNGKIN MALU DENGAN KAWAN2...MACAMLAH MEREKA TU TAK AKAN TUA...DIKHUATIRI TAK DAN TUA

Setin biskut buat ibu ayah

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/08/31

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.
SEDIH...pasangan warga emas terbabit  di Pusat Jagaan Warga Tua Nur Ehsan.
SEDIH...pasangan warga emas terbabit di Pusat Jagaan Warga Tua Nur Ehsan.
Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit.

Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.

“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya

“Namun, anak tunggal pasangan itu yang hidup senang seolah-olah tidak berminat membawa mereka pulang sebelum menyerahkan buah tangan iaitu setin biskut bagi mengubati luka hati mereka.

“Ibu bapa mana tidak mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga, sudahlah anak itu tidak menjenguk mereka lebih setahun, malah turut tidak mengambil tahu hal mereka,” katanya yang menambah lelaki itu juga hanya meluangkan masa kurang 10 minit bersama kedua-dua orang tuanya

Menurut Norijah, berikutan kebanyakan warga emas di pusat jagaan itu diabai keluarga, mereka akan meraikan Aidilfitri bersama keluarganya yang menganggap penghuni di situ sebagai ibu dan bapa angkat.

Menurutnya, kebanyakan mereka hanya menangis mengenangkan nasib terpaksa berjauhan keluarga biarpun masih mempunyai waris.

“Sempena Aidilfitri ini, kami berharap waris warga emas yang mendapatkan perlindungan di sini datang berkunjung bagi menggembirakan mereka.

“Bukan hadiah mahupun wang kehendak mereka, tetapi kasih sayang,” katanya sambil memberitahu 64 warga emas mendapatkan perlindungan di dua cawangan pusat jagaan berkenaan.

Kelmarin, penghuni pusat jagaan itu menerima kunjungan 18 pelajar luar kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menyertai Program Masih Ada Yang Sayang.

Mereka bergotong-royong membersih dan mengecat sebahagian bangunan pusat jagaan dan menyerahkan sumbangan lampin pakai buang dan barangan keperluan kepada warga emas



Halau bapa untuk rampas perniagaan



2010/08/31

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tergamak menghalau bapanya dengan niat mahu membolot semua harta hasil titik peluh orang tuanya itu.
Difahamkan, anak lelaki yang berusia 40 tahun itu sengaja menukar semua mangga kunci dan alat keselamatan pada kedai alat ganti kenderaan milik bapanya untuk merampas kedai berkenaan.
Namun, lelaki terbabit meringkuk dalam lokap selepas ditahan polis yang menerima laporan mangsa yang mendakwa teraniaya akibat perbuatan anak kandungnya itu.

Sumber polis berkata, kejadian itu hanya disedari mangsa yang berusia 70 tahun selepas datang ke kedai itu di Jalan San Peng, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Menurutnya, mangsa menyedari sesuatu tidak kena apabila gagal membuka pintu kedainya ketika mahu memulakan perniagaan.

“Mangsa mendapati semua kunci keselamatan yang dipasang pada pintu hadapan kedainya dipecahkan dan digantikan kunci mangga baru.

“Mangsa tidak dapat masuk ke dalam kedainya dan pergi ke balai polis berhampiran membuat laporan kerana mengesyaki ia perbuatan anaknya,” katanya.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan di tempat kejadian bagi membantu mangsa membuka pintu kedainya yang dikunci bagi memulakan perniagaan.

“Polis memburu suspek sebelum lelaki berusia 40-an terbabit dikesan dan ditahan di Jalan Petaling, di sini. Suspek dibawa ke Balai Polis Dang Wangi sebelum direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.


Ibu rabun pilu disisih anak sendiri

Oleh Nur Ain Musdad
am@hmetro.com.my
2010/09/01

MELAKA: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) bukan saja kehilangan kasih sayang suami dan dua anak kandungnya yang seperti menyisihkannya, malah turut ditohmah masyarakat sekeliling sebagai tidak bermaruah hanya kerana kekurangan dirinya itu.
Puncanya kerana dia yang rabun kedua-dua matanya dikatakan menumpang kereta penduduk kampung untuk ke bandar semata-mata menziarahi suaminya, juga seorang OKU yang terlantar di hospital akibat pelbagai penyakit termasuk kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.
Hamidah Mat Ludin, 47, berasal dari Segamat, Johor meluahkan perasaan sedihnya ketika hadir ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Ibu dua anak berusia 17 dan 27 tahun itu berkata, dia tinggal dalam serba kekurangan kerana suaminya tidak bekerja.

“Suami juga sering dimasukkan ke hospital kerana menghidap kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi sejak 10 tahun lalu, namun mujur kos perubatannya ditanggung pihak Baitulmal.

“Segala perbelanjaan keluarga kami bergantung bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri RM300 dicampur gaji saya mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di kedai makan RM350,” katanya.

Hamidah berkata, hidupnya bertambah derita apabila ada penduduk kampung memfitnah dia tidak bermaruah hanya kerana dia menumpang kereta orang untuk menziarahi suaminya di hospital.

“Suami sering masuk ke hospital sejak empat tahun lalu dan anak-anak pula membawa haluan sendiri tanpa mengendahkan saya.

“Untuk menziarahi suami di hospital yang jaraknya 24 kilometer dari rumah, ada kalanya saya menumpang kereta penduduk kampung memandangkan saya ada masalah penglihatan “Tindakan itu menyebabkan saya ditohmah sebagai wanita tak bermaruah kerana menumpang kereta penduduk untuk ke bandar,” katanya.

Menurutnya, dugaan yang diterima itu bagaikan menikam dirinya apabila anak sulungnya percaya tohmahan itu dan menghinanya.

“Saya tak pernah menyangka anak yang ditatang bagai minyak penuh dengan penuh kesabaran untuk menunaikan kehendaknya selama ini menghina saya.


“Dia bukan saja memarahi saya, tetapi memaki-hamun saya di depan penduduk kampung tanpa segan silu meskipun jarang pulang ke rumah,” katanya.

Hamidah berkata, ketika anaknya mula bekerja di sebuah daerah di Pahang, dia terpaksa mengikat perut kerana terpaksa mengirimkan hampir semua gaji diperoleh untuk perbelanjaannya. “Ketika mula bekerja, saya hidup serba kepayahan kerana perlu menghantar hampir semua gaji untuk digunakannya. “Pernah satu masa saya kehabisan bekalan makanan dan hanya tinggal sedikit beras dan garam untuk dimakan. Tetapi, naluri ibu menyebabkan saya tidak rela melihat anak hidup serba kekurangan di negeri orang. “Bagaimanapun, saya pejamkan saja mata meskipun anak tidak pernah menghulurkan satu sen pun kepada saya selepas mendapat kerja,” katanya.

Kata Hamidah, anak keduanya pula sibuk bergaul dengan rakan sebaya dan sering menghabiskan masa dengan menunggang motosikal serta tidak mempedulikannya.

“Apabila ditegur, dia melenting dan meninggikan suara menyebabkan hati saya amat terguris. Pernah saya cuba mengadu kepada suami, namun dia juga memarahi saya kerana terlalu percaya khabar angin disampaikan anak sulung saya

Pendidikan bukan ukuran peribadi



2010/09/01

KUALA LUMPUR: Setinggi mana pendidikan diperoleh seseorang anak belum tentu mampu menjadikannya seorang insan yang mempunyai nilai kemanusiaan, sebaliknya dia hanya akan bergelar manusia yang zahirnya pada kulit semata-mata tetapi tiada sekelumit perasaan itu di hati.
Pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah, berkata pendidikan tidak boleh menjadi ukuran kepada keperibadian seseorang, melainkan ia perlu disusuli terapan insaniah dan asuhan sejak kecil ibu bapa yang sentiasa memainkan peranan serta tak lepas tangan.
Katanya, hanya dengan campuran sempurna akan membangunkan anak bangsa yang sayangkan keluarga terutama kedua orang tuanya kerana jalinan ikatan emosi dibina kuat, malah mereka juga tidak akan sanggup meminggirkan ibu bapa atau melepaskan tanggungjawab menjaga begitu saja. “Seorang anak kalau mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan ibu bapanya tidak akan sanggup membiarkan orang tua hidup melarat, berlainan sekiranya sejak kecil dia tidak mendapat sentuhan orang yang melahirkannya sama ada dia diserahkan untuk dijaga nenek atau orang gaji.

“Apabila ini berlaku, itu yang ada anak sanggup meletakkan ibu bapa di bawah jagaan pihak lain meskipun kita tahu ada antaranya berpendidikan tinggi dan sebagainya, tapi akademik bukanlah ukuran untuk menjadikan dia seorang insan dengan nilai kemanusiaan tinggi.

“Kalau dia ada nilai kemanusiaan takkan sanggup untuk melihat ibu ayahnya berkelana di rumah orang tua dan kena ingat bahawa asas agama saja tidak cukup untuk membajai diri dengan sikap murni tetapi ia perlu diamali atau dipraktikkan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki tidak mengenang budi sanggup mengumpan ibu bapanya di sebuah rumah jagaan di Johor Bahru, dengan setin biskut untuk memujuk mereka jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu. Anak lelaki tunggal pasangan itu yang berusia 40-an itu pada mulanya dilaporkan hadir ke pusat jagaan itu dan disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Akhbar melaporkan lelaki tidak mengenal budi itu memujuk ibu bapanya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian



Pesara TUDM hidup dalam kemiskinan



2010/09/07 

ALOR GAJAH: Kedatangan Aidilfitri bagaikan tidak memberi makna kepada pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kehilangan penglihatan dan hidup dalam kemiskinan sejak hilang mata pencarian kira-kira 23 tahun lalu.
KENANGAN...Zamri dan isteri melihat buku TUDM miliknya ketika dalam perkhidmatan.
KENANGAN...Zamri dan isteri melihat buku TUDM miliknya ketika dalam perkhidmatan.
Dengan wang pencen RM330 sebulan, Zamri Kasmin, 52, dari Kampung Sungai Petai meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan bersama isteri, Saadiah Mohd Said, 52, sejak anak tunggal mereka berumah tangga.
Kepiluan ternyata menghiris perasaan pasangan suami isteri terbabit apabila mereka mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya, sebaliknya menjalani hidup secara ala kadar.

Menurut Zamri, sambutan Ramadan dan Aidilfitri kepada keluarganya memang suram kerana mereka meraikannya dalam keadaan serba sederhana kerana kekangan kewangan disebabkan tiada sumber pendapatan lain memandangkan isterinya tidak bekerja.

Katanya, isterinya menjadi tongkat kepadanya sama ada membantu menguruskan kehidupannya mahupun persekolahan anak tunggal mereka hingga dewasa dengan wang pencen yang ketika itu RM157.

“Hampir setiap tahun sambutan Aidilfitri seperti tiada erti dalam kehidupan kerana saya sudah biasa dengan keadaan buta ini, namun kepayahan hidup tetap perlu dihadapi.

“Wang pampasan diperoleh sebelum ini sudah banyak dihabiskan untuk berubat selain membina rumah, namun derita dialami masih belum juga berakhir,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, selain berubat, dia pernah cuba meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menggunakan pengesahan orang kurang upaya (OKU) diperoleh, namun permohonannya ditolak kerana didakwa tidak layak.

“Kadang-kadang apabila terdesak pernah terfikir mahu meminta bantuan lain, namun tidak tahu ke mana perlu dituju dan bagaimana untuk memohon.

“Akibat terlalu sedih mengenangkan nasib diri, saya hanya meminta keluarga bersabar dan menghadapi dugaan dengan tenang tanpa mengharapkan bantuan orang lain,” katanya

No comments:

Post a Comment