Rambut petanda sakit jantung
TORONTO - Tekanan mungkin membuatkan kebanyakan individu cenderung untuk menarik rambut, tetapi rambut mampu menjadi pengukur tahap tekanan yang dihadapi seseorang, menurut kajian terbaru.
Kajian University of Western Ontario, Kanada itu mendapati, hormon yang dikeluarkan di bawah tekanan, kortisol boleh diukur di dalam rambut, memberikan rekod jangka masa panjang mengenai tekanan kronik yang dihadapi seseorang.
Tahap kortisol yang tinggi di dalam rambut juga dikaitkan dengan serangan jantung, menurut sepasukan penyelidik yang menjalankan kajian itu.
Ujian itu mungkin akan digunakan bagi mengenal pasti individu yang berisiko tinggi menghidap penyakit berkaitan jantung.
Menurut saintis, hormon kortisol yang dirembeskan ke dalam darah apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan akan meresap masuk ke folikel, atau akar rambut.
Pertumbuhan rambut menyebabkan sisa kortisol terperangkap, menjadikan rambut seperti rekod pengukur tekanan
Tiga faktor utama penyebab kemalangan: Miros
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Profesor Madya Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata kemalangan berlaku diakibatkan tiga perkara iaitu pengguna, jalan dan kenderaan.
“Tabiat dan kelakuan pengguna diketahui sebagai punca utama kemalangan berlaku kerana apabila mereka ini tidak berhemah dan tidak mengikut peraturan lalu-lintas, risiko kemalangan tinggi, tanpa mengira sistem jalan raya yang ada.
“Kadangkala, sistem jalan raya yang baik juga mendorong pengguna memandu secara berbahaya, contohnya memandu dengan laju kerana jalan lurus dan lebar,” katanya.
Beliau berkata, pemandu dan pengguna jalan perlu mengetahui had-had pemanduan untuk memastikan selamat dan tidak meningkatkan risiko kepada diri serta orang lain.
“Sering kita melihat pemandu tidak faham mengenai had ini. Dalam hujan lebat (jarak penglihatan rendah), mereka masih membawa 110 km/h di lebuh raya dan ini adalah tindakan yang amat berbahaya. Sebagai pemandu, mereka harus mengetahui risiko pemanduan semasa hujan.
“Oleh kerana penglihatan kita kurang, maka masa reaksi, membrek dan berhenti juga akan lebih lama dan ini akan meningkatkan risiko pelanggaran dan impak yang serius,” katanya.
Menurutnya, struktur jalan yang kurang sempurna seperti tiada ruang untuk memotong, lampu isyarat merah terlalu lama, lubang-lubang di jalan dan selekoh yang direka bentuk juga boleh memberi kesan kepada pengguna kerana ia boleh menggalakkan pemanduan berisiko tinggi. Penghadang jalan yang tidak sempurna dan pokok di tepi jalan juga boleh menambah keseriusan kemalangan.
Bagi menghasilkan pemandu yang berhemah, beliau mencadangkan beberapa strategi untuk diikuti iaitu pembudayaan dari kecil iaitu kanak-kanak perlu diasah oleh ibu bapa dan masyarakat serta sekolah tentang kepentingan mengutamakan keselamatan.
Katanya, sekarang ini pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah sudah dimulakan dan diajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu untuk Tahun Satu hingga Enam.
“Selain itu, sistem latihan pemanduan di Malaysia dikenal pasti sebagai kurang berkesan dan kini sedang dinaiktarafkan.
"Proses untuk memastikan sistem pemanduan yang berkesan ini penting untuk pemandu baru, bukan sahaja diberi latihan mengenai kemahiran pemanduan, tetapi perlu juga membentuk mereka untuk menjadi pemandu selamat serta mengutamakan keselamatan," katanya.
Dr Ahmad berkata, program advokasi berterusan dan berkesan juga perlu dipelbagaikan untuk memberi kesedaran secara halus tentang kepentingan keselamatan jalan raya. Ia tidak hanya memberi maklumat, tetapi kesedaran dan mengelak ke arah penukaran kelakuan
No comments:
Post a Comment