Thursday, May 5, 2011

SEMUANYA DALAM KETENTUAN ALLAH SWT....JANGAN KITA BERLAGAK SOMBONG....LUPA ALLAH DAN LAWAN ALLAH.....NERAKA TEMPATNYA...NI PULAK JADI PENTINGKAN PERNIAGAAN DAN WANG TIADA KEBAJIKAN DAN BUDI BICARA...HARTA TAK BOLEH BAWA MATI..SERTA KUASA DAN PANGKAT...KECUALI AMALAN...BAIK AMALAN BAIK ATAU AMALAN JAHAT....

Maghrib berdarah

Oleh Asmizan Mohd Samiran, Siti Fatimah Hassan dan Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

NGERI...mayat Wee ditutup dengan surat khabar selepas dibawa keluar dari kenderaan yang remuk.
NGERI...mayat Wee ditutup dengan surat khabar selepas dibawa keluar dari kenderaan yang remuk.
PASIR MAS: Suasana di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, To’ Uban di sini gempar dengan tragedi ‘Maghrib berdarah’ apabila mayat bergelimpangan di atas jalan raya dalam nahas membabitkan enam kenderaan dan mengorbankan empat orang, termasuk dua sepupu, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam ketika azan Maghrib sedang dilaungkan itu, mayat tiga mangsa bergelimpangan di atas jalan raya manakala seorang lagi maut selepas tersepit dalam keretanya.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada sebuah motosikal Honda Wave dinaiki dua beranak, Ariff Che Mohd Zain, 35, dan anaknya, Aliff Azhan, 12, yang ditunggang melawan arus bertembung dengan motosikal Yamaha RXZ ditunggang dua sepupu, Chik Shamsuddin Mat Ghapar, 16, dan Muhammad Faizal Fakruddin, 16.
Akibat perlanggaran itu, semua mangsa tercampak ke atas jalan sebelum dua lori dari arah sama dikatakan tidak sempat mengelak lalu menggilis tiga daripada mereka iaitu Ariff, Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal menyebabkan mereka terbunuh serta-merta.

Aliff Azhan yang tercampak jauh dari jalan raya, terselamat, tetapi cedera parah. Pemandu kedua-dua lori itu pula memecut kenderaan mereka meninggalkan tempat kejadian dan sehingga malam tadi, masih belum membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kemalangan itu tidak berakhir di situ kerana tidak lama kemudian sebuah kereta Volvo dipandu Huzaiudi Zainal Abidin, 36, dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung kereta Proton Iswara dari arah bertentangan ketika cuba mengelak daripada melanggar mangsa di tempat kejadian.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Iswara, Wee Thai Kit, 40, tersepit dalam keretanya dan mati di tempat kejadian.

“Kemalangan itu menyebabkan empat maut di tempat kejadian manakala dua lagi iaitu Aliff Azhan dan Huzaiudi cedera parah.
“Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai kemalangan ini,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Mohd Hafizzul Akmal Mohd Yusof, 24, antara penduduk tempatan yang terawal tiba di tempat kejadian menyifatkan kemalangan yang dilihatnya itu paling ngeri.

“Kebetulan saya dalam perjalanan ke Kota Bharu menggunakan laluan itu. Berderau darah melihat tiga mayat bergelimpangan di atas jalan dengan seorang daripadanya melekat pada motosikal. Selepas itu saya melihat satu lagi mayat tersepit dalam kereta Proton Iswara.

“Sebelum ini, kerap juga saya melihat kemalangan tetapi kemalangan ini paling ngeri. Saya tidak mampu menunggu lama dan segera beredar kerana tidak tahan melihat keadaan mayat dan darah di merata tempat,” katanya.


Dijemput ajal pada waktu Maghrib



ORANG ramai melihat keadaan kereta Proton Saga yang remuk setelah bertembung dengan kereta Volvo dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah kelmarin.



PASIR MAS - Empat maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tragis melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7.20 malam itu menyebabkan dua remaja berusia 16 tahun, Chik Shamsuddin Mat Ghapar dari Kuala Krai dan sepupunya, Muhammad Faizal Fakruddin dari Kampung Kubang Chenok mati di tempat kejadian. Ketika kejadian, mereka menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tidak mempunyai lesen.
Turut terkorban ialah seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda Wave, Ariff Che Mohd. Zain, 35, dari Kampung Chabang Empat Chetok serta seorang pemandu kereta, Wee Thai Kit, 40, dari Chabang Empat, Cherang, Kota Bharu.
Seorang lagi pemandu kereta, Hazayudi Mohd. Zainal Abidin, 36, parah manakala anak Ariff, Mohd. Alif Azham, 12, cedera ringan akibat tercampak ke bahu jalan. Mereka kini dirawat di Hospital Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung dengan motosikal yang dinaiki Ariff serta anaknya.
Katanya, ketika itu, motosikal remaja berkenaan ditunggang dengan melawan arus.
"Ekoran pertembungan itu, kesemua mangsa kecuali Mohd. Alif tercampak ke atas jalan lalu digilis oleh dua buah lori. Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah yang sama cuba mengelak mangsa-mangsa sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu Thai Kit.
"Kesemua mangsa mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Hazayudi patah jari kelengkeng tangan kanan. Mohd. Arif pula cedera ringan," katanya.
Tambahnya, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang Muhammad Faizal, Muhammad Khairul, 18, memberitahu, dia tidak menyangka kemalangan yang dilihatnya itu rupa-rupanya melibatkan adiknya sendiri.
"Saya terkejut apabila mendapati adik saya sendiri terlibat dalam kemalangan itu. Ketika kejadian, dia bersama sepupunya hendak pergi membeli nasi," ceritanya yang memberitahu mangsa merupakan anak ketiga daripada enam beradik.


‘Arwah berubah jadi panas baran’



PASIR MAS: “Arwah berubah sikap menjadi panas baran tanpa sebab sehingga meminta saya membencinya. Memang sedih apabila dia kata begitu, namun saya hanya mendiamkan diri.
“Tidak sangka itu petanda saya akan kehilangannya,” kata Rosliza Che Ramli, 32, isteri kepada Ariff Che Mohd Zain, 35, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, To’ Uban di sini, malam kelmarin.

Selain Ariff, mangsa lain yang maut ialah Muhammad Faizal Fakruddin,16, Chik Shamsuddin Mat Ghapar, 16, dan Wee Thai Kit, 40, Rosliza berkata sebelum kejadian, dia sempat membeli keperluan dapur bersama suaminya di kedai berhampiran rumah mereka di Cabang Tiga, Chekok di sini, sebelum suaminya sekali lagi keluar untuk mengambil anak sulung mereka, Aliff Azhan, 12, di rumah ibunya di Kampung Semubal.
Menurutnya, berikutan tayar kereta dan motosikalnya pancit, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori pasir itu meminjam motosikal adiknya.

“Kami berdua bekerja, jadi anak ditinggalkan di rumah ibu saya. Ketika itu, hanya Aliff berada di rumah. Selepas selesai membeli barang dapur, dia (suami) berbasikal ke rumah ibunya untuk meminjam motosikal adiknya sebelum mengambil Aliff,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Rosliza, suaminya keluar dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak lama kemudian dia dikejutkan dengan panggilan daripada adiknya, Che Mohd Fazri, 27, memaklumkan kemalangan yang menimpa suami dan anaknya.

“Jantung saya berdebar-debar menjawab panggilan sebelum bergegas ke Hospital Pasir Mas (HPM),” katanya.

Menurutnya, suaminya juga sentiasa berpesan kepada anak-anaknya supaya menjaga diri apabila dia sudah tiada.
“Pada saya pun, dia cakap perkara sama. Dia suruh saya bawa anak-anak tinggal dengan ibu apabila dia sudah tiada. Dengan anak-anak, dia memang tegas kerana mahu mendisiplinkan mereka namun arwah bapa penyayang,” katanya.

Rosliza berkata Aliff yang cedera di muka sudah dibenar keluar dari hospital tetapi asyik menangis kerana teringatkan bapanya.

Allahyarham meninggalkan lima anak berusia antara tiga hingga 12 hingga dengan empat daripadanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Cabang Tiga, Chekok.

Jenazah Ariff dikebumikan di Tanah Perkuburan Cabang Empat di sini, tengah hari semalam.

Dalam pada itu, Muhammad Fakhrul Fakruddin, 18, abang kepada Muhammad Faizal berkata, adiknya bersikap pelik apabila memintanya memasak burger istimewa untuknya.

“Beberapa jam sebelum meninggal dunia, adik saya beria-ia meminta saya memasak burger untuknya padahal sebelum ini tidak pernah dia berbuat demikian.

“Sebelum ini memang dia memasak sendiri jika mahu makan burger di gerai milik bapa saudara kami di Cabang To’ Ubani,” katanya.

Menurutnya, adiknya sering bersama sepupunya itu menunggang motosikal jika mahu ke mana-mana dan petang kelmarin, Muhammad Faizal memberitahu mahu ke To’ Uban untuk tidur di rumah emak saudaranya bersama Chik Shamsuddin,” kata ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Pasir Mas (HPM) di sini, malam kelmarin.

‘Saya bukan penjenayah’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

KESAL...Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.
KESAL...Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.
KUANTAN: “Saya bukannya penjenayah. Kenapa mereka (pengurusan hospital) mengarahkan tiga pengawal keselamatan berkawal di pintu bilik saya, malah tidak memberi makanan kepada saya,” kata Hasim Halid, 59, yang mendakwa dilarang keluar dari wad sebuah hospital swasta di sini dengan alasan dia gagal menjelaskan baki bil perubatan.
Dia yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Jalan Beserah di sini, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 26 April lalu akibat serangan strok dan pulih selepas menerima rawatan.
“Saya sepatutnya sudah boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), tetapi dilarang kerana hospital menuntut baki bil rawatan. Sepanjang ditahan di wad (kelmarin), saya tidak diberi rawatan dan makanan dari jam 9 pagi hingga hampir jam 11 malam.

“Malah, mereka bertindak keterlaluan dengan menghantar tiga pengawal keselamatan berjaga di pintu wad saya. Mereka melayan saya seperti orang salah,” katanya di sini, semalam.


Hasim berkata, dia hanya dibenarkan keluar selepas polis dihubunginya datang ke hospital berkenaan.

Doa temu jodoh

Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my

MESRA...Sultan Kelantan bersalaman dengan wartawan yang menghadiri sidang media, semalam.
MESRA...Sultan Kelantan bersalaman dengan wartawan yang menghadiri sidang media, semalam.
KOTA BHARU: “Saya kini berdoa, insya-Allah Tuhan akan makbul,” titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika menjawab soalan bila baginda akan memiliki permaisuri, sekali gus membayangkan Kelantan bakal mempunyai Raja Perempuan.
Baginda bertitah demikian pada sidang media khas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, petang kelmarin, yang pertama kali diadakan sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Sidang media itu memberi peluang kepada wartawan bertanyakan pelbagai soalan termasuk mengenai Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.

Baginda bertitah, dengan berkat doa rakyat dan pembesar negeri, persoalan berkenaan boleh menjadi kenyataan.


“Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk (pembesar negeri), insya-Allah berjaya, (memiliki permaisuri),” titahnya sambil tersenyum.


SEBAIK AMALAN BIAR SEDIKIT TAPI BERKEKALAN...BUKAN MENGHARAP PAHALA TAPI RAHMAT ALLAH..SELAIN AKIDAHNYA BENAR...IBADAHNYA SAH...MAKSIAT DITINGGALKAN

Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat

Assalamualaikum wbt.....
Bismillaa hirrahmaa nirrahiim..
Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat
  • Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".
  • Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas.
  • Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
  • Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan"
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.
  • Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :
  • "Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
  • Hadis Riwayat Tarmizi
  • Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. :
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
  • Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia :
  • "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)"..
  • Surah Al-Ahzab, ayat 56
  • Memperbanyakkan bacaan Al Quran
    Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca :
    Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
    Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
    Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
  • Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat
  • Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
  • "Sesiapa di antara kamu yangg pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan
  • Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.
  • Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :
  • "Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".
  • Hadis Riwayat Tabrani
  • Bersiwak
  • Memakai bau-bau yang wangi
  • Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
  • "Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai harum-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari
  • Memakai pakaian serba putih
  • Menyegerakan pergi ke masjid
  • Firman Allah s.w.t. :
  • "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
  • Surah Al-Jumu'ah, ayat 9
  • Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
  • "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.
  • Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
  • "Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul masjid
  • Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib
  • Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat
  • Memperbanyakkan amalan sedekah
  • Firman Allah s.w.t. :
  • "Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"
  • "Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".
  • Surah Al-Munafiquun, ayat 10 & 11
  • "Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah,bahawa sesungguhnya Syurga Allah SWT itu seluas langit dan bumi ."(petikan surat Rasulullah SAW kepada Hiraqlius supaya ia memasuki Islam).



SUNNAH DIBACA

Wednesday, May 4, 2011

DISAMPING JAHIL...BEBAS...LANGGAR HUKUM....MANA BOLEH BERDUA2AN....

Ibu sahabat bocor rahsia



HULU SELANGOR: Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan ‘mahkota’ dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di sini, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan berlaku pertengkaran menyebabkan teman lelaki mangsa mengugut untuk memutuskan hubungan mereka.
“Mangsa yang tidak mahu hubungan mereka berakhir cuba memujuk teman lelakinya sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu.

“Sebaik tiba di rumah, mangsa diajak masuk ke dalam bilik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya membiarkan teman lelakinya itu merogolnya.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa pelajar lelaki itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Sumber berkata, mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum keesokannya mangsa yang berasa tidak selesa menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya.

Berikutan itu, rakan mangsa yang ‘seronok’ mendengar pengakuan itu menceritakan semula kejadian itu kepada ibunya.
“Ibu rakan mangsa yang terkejut dengan cerita itu berjumpa ibu mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.

ALFATIHAH.....TAKZIAH TUK KELUARAGA....BILA TAKDIR SAMPAI TIADA SAPE BOLEH MENOLAK....REDALAH...BERTAPA KERDILNYA KITA...SERINGLAH KITA BERHATI2@WASPADA...SENTIASA MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH...KERANA ALLAH LAH SEBAIK2 PERLINDUNG.....

Minum racun lepas bunuh tunang



POLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.



BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.
Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.
"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.
Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.
Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.


Tunang cemburu tikam janda

Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my

PERAI: “Arwah pernah cerita mengenai tunangnya yang kuat cemburu dan panas baran serta cermin keretanya pernah dipecahkan suspek.
“Dia juga pernah beritahu lelaki itu ada hantar surat kepadanya sebelum ini yang menyatakan rasa puas hati terhadapnya,” kata Aishah Mohamad, 52, ibu angkat, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam seorang lelaki dipercayai tunangnya sendiri di sebuah bilik persalinan di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini, pagi semalam.

Aishah turut mengakui tingkah laku anak angkatnya agak pelik sejak malam kelmarin, termasuk menyuap makanan kepadanya dan bersalaman serta memeluknya sebelum tidur.

“Pagi tadi (semalam) juga, arwah memeluk saya berkali-kali sebelum menaiki kereta untuk ke tempat kerjanya,” katanya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerja anak angkatnya itu.


Dalam kejadian itu, mangsa yang juga pekerja stesen minyak berkenaan dikatakan tiba di tempat kerjanya itu sebelum masuk ke bilik persalinan itu kira-kira jam 6.30 pagi, diikuti seorang lelaki dipercayai tunangnya tidak lama kemudian.

Suami isteri dibunuh di bilik tidur



POLIS mengusung mayat salah seorang mangsa bunuh yang ditemui mati di bilik utama rumah dua tingkat.



BENTONG - Seorang kontraktor dan isterinya ditemui mati dibunuh dipercayai menggunakan cangkul dan objek tajam di rumah mereka di Kampung Gemeti dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, mengalami kecederaan di tengkuk.
Menurut beliau, mayat pasangan warga emas itu ditemui pada pukul 1.30 pagi dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat itu selepas polis menerima laporan orang awam pada pukul 1.30 pagi yang mengadu terdengar bunyi bising dan laungan kuat dari rumah mangsa.
"Jiran mangsa juga mendakwa semasa kejadian rumah pasangan warga emas itu gelap kerana lampu dipadamkan sebelum memberitahu ada terdengar bunyi seseorang sedang melarikan diri di belakang rumah mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Narenasegaran memberitahu, Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu manakala isterinya ditemui di bahagian tepi bawah katil dalam keadaan terbaring.


‘Orang surau’ dibunuh kejam

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

SERIUS...Narenasegaran bercakap dengan sanak saudara mangsa di pekarangan rumah mangsa, semalam.
SERIUS...Narenasegaran bercakap dengan sanak saudara mangsa di pekarangan rumah mangsa, semalam.
BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar.
Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa.
Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka.


Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri.


Mayat dua beradik dijumpai



ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat Nur Syaza Azira yang lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah kelmarin.



KUALA PILAH - Mayat dua daripada tiga beradik yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini petang kelmarin ditemui semalam.
Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada pukul 3.15 pagi semalam oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi mangsa, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Abdul Azam berkata, dia bersama beberapa orang meredah air sungai paras pinggang itu dan berenang untuk mencari kesemua mangsa yang hilang.
"Ketika itu apa yang saya harap kesemua anak buah saya yang hilang mesti ditemui walau apa keadaannya sekali pun," katanya ketika ditemui di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam.
Katanya, dia sedih apabila menemui mayat Nur Syaza Alisa dalam keadaan kepalanya cedera dan bibir pecah serta lebam.


Tersuluh jasad anak saudara

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Nor Adila Ab Kadir
am@hmetro.com.my

SEBAK...Wan Azleela tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya.
SEBAK...Wan Azleela tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya.
KUALA PILAH: “Hati ini bagaikan mahu gugur apabila mendapati objek seperti manusia yang tersangkut pada terowong itu tubuh anak saudara,” kata Abdul Azam Wahab, 23, yang menemui mayat seorang daripada tiga beradik dihanyutkan arus deras kelmarin, ketika mandi di Hutan Lipur Ulu Bendol, di sini.
Semalam, mayat Nursyaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nursyaza Azera, 4, ditemui pada jam 10.20 pagi.

Mayat Nursyaza Alisa dijumpai Abdul Azam kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian manakala Azira ditemui pasukan mencari dan menyelamat berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendol, di sini.

Bagaimanapun, mayat Shakinah belum ditemui sehingga petang semalam dan operasi mencari masih diteruskan.


Menurut Abdul Azam yang baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu, walaupun operasi secara rasmi dihentikan kira-kira jam 10.20 malam kelmarin, namun saudara-mara mangsa mengambil keputusan untuk terus mencari.


‘Penjara’ OKU

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

BERSELERAK...kelengkapan makan, minum  dan pakaian penghuni dibiarkan berselerak di atas lantai.
BERSELERAK...kelengkapan makan, minum dan pakaian penghuni dibiarkan berselerak di atas lantai.
IPOH: Sebuah premis dua tingkat di Jalan Lapangan Siber 2, Bandar Siber, Taman Botani ibarat penjara bagi 20 orang kurang upaya (OKU) apabila dibiarkan dalam keadaan tidak terurus dan terbiar.
Premis itu tidak berdaftar sebagai pusat jagaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun 20 OKU berusia antara 18 hingga 60 tahun ditempatkan di situ.

Nasib malang OKU yang menghuni pusat jagaan haram itu dikesan selepas sepasukan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta melakukan serbuan pada jam 9 pagi 26 April lalu hasil maklumat orang awam.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Chong Phaik Kee berkata, dalam serbuan itu pihaknya menemui penghuni OKU bergelimpangan dalam bangunan yang tidak mempunyai kelengkapan dan peralatan kediaman selesa.

Lebih mengejutkan, OKU berkenaan juga tidak menerima sebarang rawatan dan terapi sepanjang berada dalam premis berkenaan memandangkan tiada sebarang peralatan terapi ditemui di dalam premis itu.

“Malah, kebanyakan mereka mengalami masalah kesihatan termasuk kecacatan akal dan spastik yang memerlukan rawatan rapi, selain kesukaran bergerak.

“Ketika serbuan dilakukan, premis itu dilengkapi 21 tilam, empat tikar, enam kerusi bersandar, dua mesin basuh dan sebuah meja makan serta diuruskan dua penjaga,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati premis berkenaan tiada papan tanda dan pada mulanya, cubaan memasukinya gagal kerana penjaga tidak memberi kerjasama menyebabkan pegawainya memanjat menerusi premis sebelah.
“Kami mendapati, 20 OKU itu ditempatkan di tingkat atas dengan beberapa kelengkapan asas seperti tilam dan kerusi bersandar.

“Ketika serbuan, kami menemui dua lelaki dipercayai penjaga pusat jagaan haram itu, masing-masing berusia 35 tahun dan 60 tahun,” katanya.

Chong berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana pusat jagaan tidak sepatutnya beroperasi di kedai dua tingkat itu atas sebab keselamatan dan kecemasan.

Menurutnya, rumah kedai tidak sesuai dijadikan pusat jagaan kerana ia tidak memenuhi spesifikasi keselamatan ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Menurutnya, tiada sebarang aktiviti pemulihan dan terapi di pusat jagaan haram itu sebaliknya OKU berkenaan terbiar tanpa jagaan sempurna.

“Semua OKU di pusat jagaan haram itu ditempatkan sementara di beberapa pusat jagaan berdaftar di daerah ini, termasuk di Bangunan Persatuan Hock Kean yang lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan,” katanya.

Kata Chong, pihaknya menutup pusat jagaan tidak berdaftar itu dan membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat.

“Kami sedang dalam proses menempatkan OKU berkenaan di pusat jagaan berdaftar termasuk di Rumah Kanak-Kanak Cacat Setia dan Yayasan Latihan Insan Istimewa,” katanya.


Kereta rempuh rumah awal pagi



BEGINILAH keadaan rumah pasangan warga emas di Jalan Magazine, George Town selepas dirempuh sebuah kereta awal pagi semalam.



GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas kediaman mereka di Jalan Magazine di sini dirempuh sebuah kereta awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pasangan berusia 70-an yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu dikejutkan dengan satu rempuhan yang kuat dari bahagian hadapan rumah mereka.
"Tiba-tiba sahaja sebuah kereta berada dalam rumah tidak jauh dari tempat kami menonton televisyen.
"Mujur kami sempat melarikan diri sebaik mendengar rempuhan itu dan tiada kemalangan mahupun cedera ringan yang berlaku ke atas saya dan juga suami," kata wanita yang enggan dikenali itu di rumahnya di sini semalam.
Akibat rempuhan yang kuat katanya, bahagian bawah tingkap rumah berusia kira-kira 150 tahun yang berhias dengan jubin bercorak klasik itu rosak teruk manakala dinding rumah retak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata, kejadian rempuhan itu melibatkan sebuah teksi dan kereta Perodua Myvi termasuk sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di hadapan rumah terbabit.

Tuesday, May 3, 2011

INILAH KESAN..BILA BATAS2 ISLAM DILANGGAR....KADANG2 KITA TAK SEDAR...SYAITAN BERKERUMUN UNTUK MENYESATKAN KITA...

Kekasih tua bunuh siswazah

Oleh Riadz Radzi dan Rahmat Othman
riadz@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota polis mengusung mayat mangsa ke dalam kenderaan polis. Gambar kecil, Ratna Sufizzahriyyanti Omar.
ANGKAT...anggota polis mengusung mayat mangsa ke dalam kenderaan polis. Gambar kecil, Ratna Sufizzahriyyanti Omar.
MALU...suspek  dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan tahanan reman, kelmarin.
MALU...suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan tahanan reman, kelmarin.
ALOR SETAR: Akibat menolak lamaran untuk berkahwin, seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, maut ditikam teman lelakinya dalam tragedi berdarah di sebuah rumah di Taman Mahkota, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzahriyyanti Omar, 23, meninggal dunia di tempat kejadian apabila ditikam berkali-kali di badan, dada dan tangan dengan sebilah pisau oleh kekasihnya yang berusia 50-an.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, berkunjung ke rumah sewa suspek dipercayai untuk memutuskan hubungan mereka yang terjalin sejak enam tahun lalu.

Permintaan mangsa itu menyebabkan mereka bertengkar sehingga mendorong suspek mengambil pisau di dapur dan menikam mangsa berkali-kali.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di bandar raya ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Gadis tolak cinta lelaki dibunuh



TUKANG masak yang dipercayai membunuh Ratna.


ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin.
Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak di luar kawalan.
"Suspek seorang tukang masak menyerah diri di balai polis di sini pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.
"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," kata beliau di sini semalam.
Sebelum bekerja di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini sebulan lalu, suspek pernah bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.
Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2010.


Wanita Dibunuh Kerana Enggan Terima Lamaran 
 
ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam Isnin.
Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.
"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.
Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lepas.
Adzaman berkata lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan. Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. -BERNAMA

Wanita dibunuh kerana tolak lamaran
Mei 3, 11 2:46pm
Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di Alor Setar, malam tadi.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.

"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang akhbar di Alor Setar hari ini.

Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lepas.

Adzaman berkata lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan. Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual.

--Bernama
 
 

Monday, May 2, 2011

JANGAN LAWAN ALLAH....JANGAN KITA SOKONG PERKARA MAKSIAT....PI MENGAJI

Naik komuter awal pagi ke uji bakat

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 43 tahun sanggup menaiki komuter seawal jam 6.30 pagi semata-mata mahu menyertai uji bakat Akademi Fantasia 9 (AF9) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, semalam.
Ibu empat anak, Norasida Saian dari Sungai Buloh, Selangor berkata, semangatnya berkobar-kobar untuk menyertai uji bakat itu selepas mendapat restu suami dan anak.

“Saya bersiap seawal jam 6 pagi dan menaiki komuter untuk menyertai uji bakat (AF9) pada jam 6.30 pagi. Selain restu suami dan anak, lebih membuatkan saya bersemangat beberapa rakan turut menemani saya ke uji bakat ini.
“Saya mahu mencuba nasib, manalah tahu saya berpeluang terpilih sebagai peserta AF9,” katanya yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh.

Menurut Norasida, kehadirannya ke uji bakat AF9 turut dipengaruhi minatnya dalam bidang nyanyian.

“Menyanyi memang menjadi minat saya. Dulu, pernah juga saya menjadi juara pertandingan karaoke di tempat kerja.

“Di tempat kerja juga saya sering terbabit dengan aktiviti nyanyian seperti dipilih untuk menyanyi ketika berlangsungnya acara tertentu,” katanya.

Bagi Zuzafrina Zulkifli, 27, yang juga pasangan kembar Zuzafrini (Rini AF7), penyertaannya dalam uji bakat AF9 didorong keinginan untuk melakukan yang terbaik sehingga boleh dipilih sebagai peserta AF9.
“Dulu saya pernah menyertai uji bakat AF7 dan saya akui kurang bersedia, tetapi kali ini saya jadikan pengalaman lalu untuk membuat lebih persediaan.

“Saya sudah tahu selok-belok uji bakat pertandingan ini dan saya hadir dengan persediaan rapi,” katanya.

Nurul Hidayah Mohd Shahidan Lee, 26, pula sanggup hadir dari Kuantan, Pahang ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyertai uji bakat AF 9.



Nafsu serakah

Laporan dan foto RAMLI IBRAHIM
metahad@hmetro.com.my

TERTANGKAP... pasangan (duduk) dicekup berkhalwat dalam bilik hotel bajet, malam kelmarin.
TERTANGKAP... pasangan (duduk) dicekup berkhalwat dalam bilik hotel bajet, malam kelmarin.
GUA MUSANG: Aktiviti liar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini sebagai tempat melepaskan nafsu dengan beberapa pasangan, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup dalam satu serbuan, di sini, lewat malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, remaja terbabit bukan saja dicekup berkhalwat bersama pasangan bukan Islam di hotel bajet di Jalan Besar, di sini, malah didapati asyik melepaskan gian menagih dadah.

Remaja berasal dari Kota Bharu itu mempunyai rekod melahirkan anak luar nikah setahun lalu dan tinggal di Kampung Lembaga, Gua Musang.
Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, pihaknya beberapa kali menyerbu hotel bajet berkenaan yang sering berlaku kegiatan khalwat.

Katanya, remaja terbabit tidak sempat melarikan diri manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam.

“Ketika serbuan itu, lelaki berusia 29 tahun berasal dari Kampung Baru itu cuba melarikan diri, namun gagal apabila pintu bilik dikepung sambil mengakui dia tidak beragama Islam dan gadis berkenaan pula sedang khayal,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut sebelum lelaki bukan Islam itu dibebaskan.




Remaja ditahan

GEORGETOWN: Polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun bagi membantu siasatan terhadap dakwaan ke atas kanak-kanak dari sebuah rumah kebajikan di Jalan Penang di sini yang diliwat, cabul dan rogol selepas seorang peniaga wanita membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, penahanan suspek dilakukan di Sungai Petani, Kedah jam 1 pagi oleh polis dari Bahagian Seksual, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL). Suspek sebelum ini dipercayai tinggal di pusat itu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal dia didakwa mencabul dan merogol seorang kanak-kanak perempuan di pusat itu dua tahun lalu dan siasatan masih dijalankan.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan tabii tanpa kerelaan,” katanya.


Jais cekup tiga rakan

Oleh NORFAISAL JAHURI
am@hmetro.com.my

MELAKA: Padah sanggup tinggal sebumbung dengan bukan muhrim sejak beberapa bulan lalu menyebabkan tiga rakan sekerja dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), malam Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua perempuan berusia 19 tahun dan seorang duda berusia 42 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jaim selepas didapati tinggal bersama di dalam rumah walaupun di bilik berasingan.

Mereka memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat subkontraktor itu sanggup tinggal bersama walaupun menyedari boleh mendatangkan mudarat.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.

Katanya, pihaknya menghantar sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa untuk membuat pemeriksaan dan apabila tiba mereka terpaksa menunggu hampir beberapa minit sebelum pintu berkenaan dibuka oleh lelaki terbabit.

"Pemeriksaan lanjut menemui dua perempuan berkenaan di dalam bilik dan ketika ditahan mereka berpakaian lengkap serta memberitahu tinggal berasingan di dalam bilik.

"Pegawai yang membuat pemeriksaan mendapati hanya satu bilik saja tidak digunakan kerana tiada barang peribadi milik mereka.

"Soal siasat mendapati hanya mereka bertiga saja tinggal di situ sejak beberapa bulan lalu dan lelaki terbabit pula menyatakan dia akan menyewa rumah lain selepas ini," katanya di sini, semalam.
Rahimin berkata, mereka ditahan berikutan melakukan kesalahan bersekediaman dengan bukan muhrim sehingga mendatangkan syak.


Waris saka keluarga



KUALA LUMPUR: Nafsu buas Ramli, 26, yang hanya ghairah bersama isteri dengan perlakuan seks ganas dan pelik boleh dianggap sebagai satu penyeksaan terhadap pasangannya.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, apa yang dilakukan Ramli terhadap isterinya itu tidak mustahil disebabkan keturunan atau saka yang diwarisi daripada keluarga.

Suhami berkata, jika suami berkelakuan demikian ia boleh dikategorikan sebagai sakit jiwa dan wajar mendapatkan rawatan bagi mengubah sikap buas lelaki berkenaan ketika melakukan hubungan seks. “Ia boleh dianggap melayan isteri seperti binatang, dan perbuatan begini ditegah sama sekali dalam Islam kerana membuatkan pasangan mereka terseksa.
“Dalam hal begini jiwa mereka perlu dirawat, supaya mereka (suami) boleh bersikap waras untuk memberi layanan yang wajar kepada isteri mereka, selain ingin mendapatkan keghairahan semata-mata,” katanya.

Daripada pengalaman Suhaimi, punca suami yang gemar melakukan seks ganas begini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu disebabkan nafsu semata-mata, jiwa mereka dan gangguan daripada sihir atau saka. Katanya, apa yang menjadi masalah jika ia membabitkan dorongan nafsu kerana tiada ubat dapat merawatnya melainkan lelaki itu sendiri mahu berubah.

“Masalah ini menjadi sukar memandangkan ia akan membuat lelaki berkenaan ketagih, malah jika dibiarkan mungkin mereka akan bertindak lebih ganas daripada sebelumnya. “Ada kala juga suami tidak sedar apa yang dia lakukan itu sebenarnya satu penyeksaan buat pasangan mereka, dalam hal ini isteri tadi boleh mengambil tindakan kerana mereka berhak,” katanya.

Bagi Suhaimi, cara terbaik menangani masalah ini, selain mendapatkan rawatan secara Islam, pegangan agama dan iman juga perlu dikukuhkan. “Cari panduan agama untuk mendapat manfaat dan berkat daripada hubungan suami isteri, bukannya didorong dengan keghairahan serta nafsu.

“Ini tidak, ada yang sanggup menggunakan sihir dan ubat-ubatan untuk melakukan hubungan kelamin bersama isteri, kononnya untuk dapat bertahan lama dan mendapat kepuasan. Itu cara yang tidak betul,” katanya.

Pengaruh Barat mudah menular

KOTA KINABALU: Kemudahan jalur lebar tanpa batasan antara faktor masalah sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, termasuk merakam adegan seks untuk koleksi peribadi.
Apabila kemudahan itu tidak dikawal, pengaruh Barat mudah menembusi minda remaja hingga tergamak melakukan perbuatan tidak senonoh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sidma, Dr Morni Kambrie, berkata kegiatan merakam adegan seks harus dilihat daripada sudut lebih dalam dan terperinci.
“Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan masalah sosial, antaranya adalah perpecahan dan perubahan dalam masyarakat kita.

“Paling digeruni, pengaruh Barat sangat cepat menular dalam masyarakat dan kita seharusnya menjaga budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi,” katanya ketika dihubungi.

Morni berkata, masyarakat muda kini, terutama remaja, sering menyalahgunakan kelebihan yang ada semata-mata untuk keseronokan diri.

“Pasangan kekasih rela merakam hubungan intim mereka sama ada menggunakan telefon bimbit atau perakam video kerana terpengaruh dengan budaya masyarakat Barat.

“Biasanya pasangan pelakon ini merakam aksi berkenaan hanya sekadar ingin berseronok atau beronani, tetapi akhirnya menyesal selepas rakaman jatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab dan diketahui ramai,” katanya.
Morni berkata, rakaman berkenaan akan dimuat turun ke dalam laman sesawang dan akhirnya tersebar ke seluruh pelosok.

Malah, katanya, ada juga yang menawarkan rakaman itu dalam bentuk rakaman simpanan keras seperti ‘thumb drive’ selepas dimuat turun.

“Saya percaya pasangan itu tidak berniat menyebarkan pelakuan seks mereka tetapi disebarkan individu lain. Kebebasan tidak terkawal termasuk hubungan terlalu intim bersama pasangan menyebabkan mereka mudah mengalah,” katanya.


Wanita terdedah

Oleh MOHD RAZLAN SALLEH, JUNAIDI LADJANA dan FARDY BUNGGA

KOTA KINABALU: Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini masyarakat dihidangkan pula dengan aksi rakaman terbaru berjudul ‘Video Seks Ustazah’ yang semakin tersebar di kalangan remaja sekitar bandar raya ini.
Lapan klip video di lapan lokasi berlainan, termasuk dua aksi dilakukan di dalam kereta yang mana si lelaki memandu sambil meraba teman wanitanya yang bertudung labuh dan digelar ‘ustazah’.

Rakaman antara empat hingga 30 minit itu dipercayai turut dilakukan di sebuah hostel atau asrama berdasarkan latar belakang yang mempunyai deretan katil dua tingkat.
Berdasarkan suara dan gaya, pelakon video terbabit bukan berasal dari bandar raya ini, sebaliknya dipercayai ia milik pasangan di Semenanjung.

Video seks berkenaan menjadi hangat disebabkan gadis terbabit bertudung dan berbaju kurung selain rela melakukan ‘aksi’ bersama pasangannya di depan kamera.

Rakaman itu juga menunjukkan gadis terbabit rela wajahnya dirakam ketika bercumbuan, termasuk ketika teman lelaki menanggalkan pakaiannya serta tudung.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Aidin, awal 20-an, berkata video rakaman aksi panas itu diperoleh melalui kawan ketika bertemu di kedai makan, baru-baru ini.

“Ketika bertemu, ada rakan memindahkan sesuatu dan bertukar-tukar mesej di telefon bimbit menggunakan kaedah ‘bluetooth’.
“Saya yang kehairanan cuba meninjau sebelum terkejut mendapati ia rakaman sepasang kekasih yang memadu asmara di dalam kereta dan atas katil,” katanya.

Menurutnya, rakaman aksi panas di dalam kereta selama enam minit pula menunjukkan seorang lelaki memandu sambil meraba teman wanitanya yang bertudung.

“Walaupun wanita bertudung dan berbaju kurung itu tidak berbogel, rakaman menunjukkan dengan jelas kedudukan tangan teman lelakinya iaitu di celah paha gadis itu.

“Perbuatan gadis ini jelas menunjukkan perbuatan tidak bermoral, tambahan pula dia berbaju kurung dan bertudung,” katanya.

Menurut Aidin, hampir semua rakaman itu menunjukkan gadis memakai baju kurung dan bertudung sehingga digelar ‘ustazah’.

“Mungkin video ini untuk tontonan peribadi mereka berdua tetapi terlepas ke tangan orang lain hingga ia diedarkan dan menjadi tontonan ramai,” katanya.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Atang, 26, berkata dia memperoleh rakaman itu melalui pemacu USB yang dijumpainya.

“Saya fikir penyimpan bersaiz 4GB itu mengandungi dokumen penting tetapi terkejut apabila mendapati ia dipenuhi rakaman aksi lucah gadis bertudung bersama pasangannya.

“Sebanyak lima rakaman antara 11 hingga 30 minit ini memaparkan aksi seorang gadis memadu kasih bersama teman lelaki,” katanya.

Menurutnya, ada rakaman itu dipercayai dilakukan di sebuah bilik asrama kerana keadaan suara yang bergema dan deretan katil seperti di dalam asrama.

“Malah, satu daripada rakaman menunjukkan pintu bilik diketuk seseorang, menyebabkan pasangan yang tidak berbaju ini terkejut dan cuba menyembunyikan diri.

“Saya percaya ia dilakukan menggunakan kamera rakaman berikutan keadaan visual yang jelas berbanding kamera telefon bimbit,” katanya.

Atang berkata dia yakin pasangan terbabit merakam kelakuan mereka untuk tujuan peribadi dan bukan untuk diedarkan.

“Saya dapat melihat dengan jelas aksi mereka, terutama ketika rakaman di dalam sebuah Perodua Kancil yang menunjukkan gadis berbaju coklat itu melakukan seks oral serta bercumbuan,” katanya.

KOTA KINABALU: Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini masyarakat dihidangkan pula dengan aksi rakaman terbaru berjudul ‘Video Seks Ustazah’ yang semakin tersebar di kalangan remaja sekitar bandar raya ini.

Lapan klip video di lapan lokasi berlainan, termasuk dua aksi dilakukan di dalam kereta yang mana si lelaki memandu sambil meraba teman wanitanya yang bertudung labuh dan digelar ‘ustazah’.

Rakaman antara empat hingga 30 minit itu dipercayai turut dilakukan di sebuah hostel atau asrama berdasarkan latar belakang yang mempunyai deretan katil dua tingkat.

Berdasarkan suara dan gaya, pelakon video terbabit bukan berasal dari bandar raya ini, sebaliknya dipercayai ia milik pasangan di semenanjung.

Video seks berkenaan menjadi hangat disebabkan gadis terbabit bertudung dan berbaju kurung selain rela melakukan ‘aksi’ bersama pasangannya di depan kamera.

Rakaman itu juga menunjukkan gadis terbabit rela wajahnya dirakam ketika bercumbuan, termasuk ketika teman lelaki menanggalkan pakaiannya serta tudung.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Aidin, awal 20-an, berkata video rakaman aksi panas itu diperoleh melalui kawan ketika bertemu di kedai makan, baru-baru ini.

“Ketika bertemu, ada rakan memindahkan sesuatu dan bertukar-tukar mesej di telefon bimbit menggunakan khidmat ‘bluetooth’.

“Saya yang kehairanan cuba meninjau sebelum terkejut mendapati ia rakaman sepasang kekasih yang memadu asmara di dalam kereta dan atas katil,” katanya.

Menurutnya, rakaman aksi panas di dalam kereta selama enam minit pula menunjukkan seorang lelaki memandu sambil meraba teman wanitanya yang bertudung.

“Walaupun wanita bertudung dan berbaju kurung itu tidak berbogel, rakaman menunjukkan dengan jelas kedudukan tangan teman lelakinya iaitu di celah paha gadis itu.

“Perbuatan gadis ini jelas menunjukkan perbuatan tidak bermoral, tambahan pula dia berbaju kurung dan bertudung,” katanya.

Menurut Aidin, hampir semua rakaman itu menunjukkan gadis memakai baju kurung dan bertudung sehingga digelar ‘ustazah’.

“Mungkin video ini untuk tontonan peribadi mereka berdua tetapi terlepas ke tangan orang lain hingga ia diedarkan dan menjadi tontonan ramai,” katanya.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Atang, 26, berkata dia memperoleh rakaman itu melalui pemacu data (thumb drive) yang dijumpainya.

“Saya fikir penyimpan bersaiz 4GB itu mengandungi dokumen penting tetapi terkejut apabila mendapati ia dipenuhi rakaman aksi lucah gadis bertudung bersama pasangannya.

“Sebanyak lima rakaman antara 11 hingga 30 minit ini memaparkan aksi seorang gadis memadu kasih bersama teman lelaki,” katanya.

Menurutnya, ada rakaman itu dipercayai dilakukan di sebuah bilik asrama kerana keadaan suara yang bergema dan deretan katil seperti di dalam asrama.

“Malah, satu daripada rakaman menunjukkan pintu bilik diketuk seseorang, menyebabkan pasangan yang tidak berbaju ini terkejut dan cuba menyembunyikan diri.

“Saya percaya ia dilakukan menggunakan kamera rakaman berikutan keadaan visual yang jelas berbanding kamera telefon bimbit,” katanya.

Atang berkata, dia yakin pasangan terbabit merakam kelakuan mereka untuk tujuan peribadi dan bukan untuk diedarkan.

“Saya dapat melihat dengan jelas aksi mereka, terutama ketika rakaman di dalam sebuah Perodua Kancil yang menunjukkan gadis berbaju coklat itu melakukan seks oral serta bercumbuan,” katanya.

GEJALA MURTAD BUKAN DOGENGAN....HATI2...SYAITAN2 SEBENAR....SYAITAN2 DARI MANUSIA BERKELIARAN....UNTUK MENYESATKAN KITA...SEDANGKAN KITA LEKA DENGAN DUNIA...AMALAN ISLAM BANYAK YANG DIABAIKAN...ITU MASIH MENGHARAP DAN MACAM RASA2 MASUK SYURGA....

Dikebumi di laut



KENANGAN...beberapa lelaki berdiri di atas timbunan serpihan  kenderaan tentera dari tempat Obama Bin Laden  ditembak mati  dalam  serangan helikopter Amerika di Islamabad, Pakistan.
KENANGAN...beberapa lelaki berdiri di atas timbunan serpihan kenderaan tentera dari tempat Obama Bin Laden ditembak mati dalam serangan helikopter Amerika di Islamabad, Pakistan.
WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat semalam berkata, operasi tentera negara itu terhadap Osama bin Laden tidak dimaklumkan kepada sekutunya, Pakistan.
Kata pegawai yang enggan dikenali itu, semua maklumat diperoleh dirahsiakan daripada mana-mana negara, termasuk Pakistan.

“AS bertindak begitu bagi memastikan operasi berkenaan kekal rahsia sepenuhnya,” katanya.
Semalam, Presiden AS, Barack Obama, mengumumkan Osama terbunuh dalam pertempuran dengan tentera negara itu di sebuah kawasan di Pakistan selepas sedekad bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York runtuh dirempuh kapal terbang.

Kata Osama, dia mengarahkan helikopter tentera AS melancarkan serangan ke atas sebuah bangunan berkawal ketat di Abbottabad, Pakistan, hasil maklumat awal diperoleh pada Ogos lalu.

Pegawai kanan AS berkata, selain Osama, turut terbunuh dalam serangan semalam adalah tiga lelaki dewasa dan dua daripadanya dipercayai pembawa utusan bagi pemimpin al-Qaeda itu.

Seorang lagi dipercayai anak lealki Osama.

Turut maut, seorang wanita.
Kata pegawai itu, sejak serangan 11 September 2001, AS menegaskan kepada Pakistan bahawa mereka akan memburu Osama ‘walau apa pun terjadi.’ “Pakistan memang memahami sejak dulu, kita berperang dengan al-Qaeda dan AS mempunyai kewajipan moral dan perundangan untuk bertindak atas maklumat diperoleh,” katanya. - AFP

Osama mati ditembak di kepala




WASHINGTON - Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh oleh anggota-anggota pasukan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan malam kelmarin selepas sepuluh tahun diburu setelah dia dituduh menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York runtuh.
Osama, 54, terbunuh dalam satu pertempuran dengan komando-komando AS di sebuah rumah mewah bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad yang merupakan lokasi pelancongan, pusat pendidikan dan menempatkan Akademi Tentera Pakistan.
Rumah dua tingkat tersebut yang dikelilingi tembok tinggi dan kawat berduri terletak sekitar 100 meter dari akademi tentera Pakistan dan 60 kilometer dari Islamabad.
Empat buah helikopter menyertai operasi serbuan ke atas rumah tersebut.
Menurut beberapa pegawai Pakistan di bandar itu, sekumpulan pejuang yang berada di atas bumbung rumah berkenaan melepaskan tembakan grenad ke arah helikopter-helikopter itu.

Jenazah Osama dibuang ke laut


DUA anggota tentera Pakistan berkawal di sekitar kawasan Abbotabad, Pakistan, tempat Osama bin Laden dipercayai mati dibunuh.


WASHINGTON - Jenazah ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) dalam satu operasi rahsia di Pakistan awal pagi semalam didakwa telah disempurnakan secara Islam sebelum disemadikan di laut.
Beberapa media AS seperti rangkaian televisyen kabel AS termasuk CNN, MSNBC dan Fox melaporkan, seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut.
Beberapa pegawai kanan AS lain bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan apabila mereka diminta mengesahkan laporan itu oleh agensi berita Associated French Press (AFP).
Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam.
"Kami memastikan bahawa ia (jenazah Osama) dikendalikan menurut amalan dan tradisi agama Islam," kata pegawai berkenaan.

Dua beranak berebut tanah

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

ROBOH...Faridah menceritakan detik dua jentolak cuba merobohkan rumahnya.
ROBOH...Faridah menceritakan detik dua jentolak cuba merobohkan rumahnya.
MARANG: Disebabkan berebut tanah, seorang ayah bertindak di luar jangkaan apabila merobohkan rumah anak kandungnya di Batu 13, Jalan Kuala Berang dekat sini, menggunakan dua jentolak walaupun ketika itu anaknya bersama anggota keluarga masih berada di dalam kediaman berkenaan.
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, ayah berusia 67 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan apabila tidak menghiraukan keselamatan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, menantu dan dua cucu walaupun sedar tindakan itu boleh mencederakan darah dagingnya sendiri.
Malah, lelaki itu dan tiga anaknya hasil perkahwinan kedua turut mengugut mencederakan mangsa sekeluarga jika mereka keluar dari rumah itu untuk menghalangnya daripada merobohkan kediaman berkenaan.

Mangsa, Yusof Mat Yasin, 52, berkata, perselisihan antara dia dan ayahnya bermula sejak Disember lalu apabila bapanya menuntut tanah yang didudukinya sejak 30 tahun lalu.


Katanya, tanah itu pada asalnya milik ayah dan ayah saudaranya sebelum dia membeli bahagian tanah milik ayah saudaranya untuk membina rumah.


Bapa roboh rumah anak sendiri


FARIDAH bersama anaknya, Mohd. Syukri membersihkan kawasan rumah mereka yang dirobohkan di Kampung Batu 13, Marang kelmarin.


MARANG – Enggan menjual rumah kepada anak sendiri, seorang bapa nekad memandu jentolak dan merobohkan rumah yang didiami enam beranak itu dalam kejadian di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat sini kelmarin.
Suspek yang berusia 67 tahun itu dikatakan bertindak demikian setelah beberapa kali cuba menghalau keluarga anaknya itu, Yusuf Mat Yasin, 52, daripada tinggal di rumah pusaka itu tetapi tidak diendahkan.
Suspek datang ke rumah tersebut bersama tiga orang lelaki yang merupakan adik-beradik tiri Yusuf kira-kira pukul 8.30 pagi dan mula merobohkan garaj kereta, bahagian dapur dan mengorek tanah menggunakan jentolak.



Nurul kahwin Julai

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

MESRA...Nurul bersama bakal suaminya, Raja Amir.
MESRA...Nurul bersama bakal suaminya, Raja Amir.
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berteka-teki, pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, akhirnya membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini.
Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Nurul ialah Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas, di sini. Pegawai bank bertubuh tinggi itu berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu. Nurul yang kini menetap di Kuala Selangor berkata, dia berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi.

“Kami juga tidak bertunang sebaliknya hanya mengadakan majlis merisik dan menghantar tanda secara ringkas di rumah keluarga saya pada Januari lalu.
“Maaflah, sebelum ini saya tidak memperkatakan mengenai hubungan kami kerana belum ada sebarang kepastian, namun sekarang ini kami sudah mula membuat persiapan majlis perkahwinan termasuk menempah kad undangan perkahwinan,” katanya.

Nurul ditemui pada majlis kenduri doa selamat buku Cantik dan Sanggul tulisan jurusolek terkenal, Zulfazli Suhadi di Intai-Intai Restaurant, Jalan Ampang, di sini malam kelmarin. Ditanya lokasi majlis bersejarah itu nanti, kata Nurul, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di rumah keluarganya dan bukannya di hotel.

Bagaimanapun, kata Nurul, dia tetap akan mengundang pihak yang banyak menyokong karier seninya untuk sama-sama memeriahkan majlis itu.

Sebelum ini, Nurul hangat bercinta dengan bakal Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed dan hampir mengikat tali pertunangan namun hubungan itu terputus di tengah jalan.

Peluk Islam selepas murtad

KOTA BHARU - Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dia sudah insaf dan kembali memeluk Islam.
Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa semalam.
Mohamad Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport anta- rabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Inkues gagal cari penembak Ramli


RAMLI yang mati ditembak bertugas sebagai pengawal di Istana Negeri di Kota Bharu, Kelantan.


TUMPAT - Mahkamah Koroner di sini semalam memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad pada 1 Mei 2010 sebagai penghakiman terbuka kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.
Semasa membaca keputusan itu, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata, keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula pada 10 Januari lepas tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.
"Sepanjang inkues dijalankan, tidak ada keterangan daripada saksi-saksi yang melihat kejadian tembak berlaku dan tidak ada bukti yang menunjukkan siapa pelakunya sehingga menyebabkan kematian mangsa.
"Berdasarkan keterangan saksi dan pemerhatian, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes penghakiman terbuka di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," kata beliau.