Sunday, July 24, 2011

JANGAN CARI NAHAS BEGINI....AGAMA MELARANG...BILA DILARANG TENTU ADA SEBAB...

Lelaki pecah cermin kereta kekasih sebelum perkosa



HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup merogol teman wanitanya selepas memujuk wanita itu yang berasal dari Sungai Petani, Kedah mengikutnya ke ibu kota.
Difahamkan, lelaki terbabit mengajak teman wanitanya yang berusia 22 tahun itu ke rumah salah seorang ahli keluarganya yang tinggal di Bukit Sentosa, di sini, Selasa lalu.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memandu kereta miliknya untuk ke rumah ahli keluarga lelaki itu.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 2 pagi, suspek bertindak memaksa mangsa masuk ke dalam rumah dan menyatakan hasratnya untuk mengadakan hubungan seks.

“Mangsa yang terkejut dengan permintaan suspek kemudian menolak permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keengganan mangsa, suspek dikatakan mengamuk dan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa sambil mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan itu.

“Selepas itu, mangsa yang ketakutan keluar dari keretanya sebelum ditarik suspek masuk ke dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diperkosa dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum mangsa dibawa pulang semula ke rumahnya di Sungai Petani keesokannya.
Mangsa kemudian memaklumkan apa yang berlaku ke atasnya kepada bapanya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa dipercayai dirogol,” katanya.

DUNIA O DUNIA...DUNIA AKHIRAT ZAMAN...DUNIA SUDAH TUA....DUNIA HAMPIR KIAMAT...ALLAH SAJA YANG TAHU...BILA KIAMAT...BAGI MANUSIA MATI ITU PERMULAAN BAGINYA....JANGAN LEKA MEMBUAT MUNGKAR....

Amy Winehouse
mati kerana dadah



AMY WINEHOUSE



LONDON - Penyanyi bermasalah Britain, Amy Winehouse meninggal dunia di rumah barunya di sini pada usia 27 tahun.
Winehouse yang bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan arak sejak beberapa tahun lalu ditemui mati kelmarin iaitu sebulan selepas dia terpaksa membatalkan keseluruhan konsert jelajah Eropahnya setelah menampilkan persembahan yang teruk di Serbia.
Polis tiba di kediaman penyanyi itu sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan.
Lima jam kemudian, mayat Winehouse iaitu penyanyi yang dianggap paling berbakat dan genius dalam generasinya, dihantar untuk bedah siasat.
Terkenal kerana sikapnya yang pelik, penyanyi bersuara merdu dan pernah memenangi anugerah Grammy itu dipercayai mati akibat masalah ketagihan alkohol dan dadah yang teruk.
Satu sumber memberitahu majalah The People bahawa Winehouse dilihat membeli kokain, heroin, ekstasi dan ketamine dari seorang penjual pada Jumaat malam.
Bagaimanapun, seorang pegawai polis Britain, Superintendan polis, Raj Kohli berkata, beberapa laporan yang menyatakan bahawa Winehouse meninggal dunia akibat pengambilan dadah secara berlebihan adalah satu spekulasi buat masa ini.
"Sebenarnya, siasatan untuk mengenal pasti punca kematian penyanyi berkenaan masih diteruskan," kata Kohli.
"Buat masa ini kematian Winehouse diklasifikasi sebagai mati mengejut dan tiada tangkapan dibuat berhubung kes tersebut," tambahnya.
Winehouse dipercayai patah hati dan 'tidak dapat menenangkan diri' selepas ditinggalkan kekasihnya, Reg Traviss, 34, sebelum dia mendaftar masuk ke sebuah klinik permulihan pada bulan lalu.
Penyanyi yang dilahirkan pada 14 September 1983 itu suka menggabungkan irama R&B, soul dan jaz menerusi lagu-lagu popularnya seperti Stronger Than Me, Rehab dan Love Is a Losing Game.
Sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi yang bermula pada 2006 ketika dia berusia 16 tahun, Winehouse tidak dapat dipisahkan dengan gejala penagihan dadah dan alkohol.
Pada tahun 2008, bapanya, Mitch memberitahu, Winehouse mengalami masalah jantung yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya dia terus mengambil dadah.
Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang penagih dadah, Blake Fielder Civil pada 2007 tetapi pasangan itu bercerai tiga tahun kemudian. - Agensi


Penduduk bantah cadangan jadikan Pulau Coney pantai bogel

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk bandar ini menolak cadangan untuk menjadikan sebahagian pantai Pulau Coney di sini sebagai pantai bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Persatuan Rekreasi Bogel Amerika (AANR) sebelum ini mencadangkan supaya satu kawasan di pantai itu dijadikan tempat untuk para pengunjungnya berjemur sambil berbogel.
Menurut AANR, usul tersebut dikemukakan selepas satu kaji selidik mendapati majoriti pengunjung di kawasan pantai berkenaan, bersebelahan Brooklyn, mahu berbogel.
Namun, cadangan berkenaan ditolak oleh pihak berkuasa tempatan.
"Pernahkah anda melihat orang ramai bersiar-siar di pantai ini (Pulau Coney). Saya tidak fikir mereka akan nampak cantik jika berbogel. Tubuh tanpa seurat benang tidak cantik," kata seorang pengunjung pantai berkenaan, Catherine Kalian.
Seorang penduduk tempatan lain, Robyn Thompson turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dianggap menjolok mata.
"Terlalu ramai orang di pantai itu, juga terlalu ramai keluarga, saya tidak mahu melihat para pengunjung yang bersiar-siar sambil berbogel," katanya.
Sebelum ini, pengunjung wanita di pantai berkenaan dibenarkan berjemur tanpa memakai coli. - Agensi

Kereta api laju China dipanah petir



SEBUAH gerabak kereta api condong di tepi landasan selepas terlibat dalam perlanggaran di Wenzhou, China.



WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin.
Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008.
Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing.
Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu.
Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.
Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters

Didesak letak jawatan kerana skandal seks


David Wu


PORTLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lagi wakil rakyat AS daripada Parti Demokrat, David Wu didesak supaya meletak jawatan selepas beliau didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita muda.
Laporan mengenai skandal Wu yang didakwa mengadakan hubungan seks secara paksa dengan wanita berkenaan, didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Pada Jun lepas, wakil rakyat Parti Demokrat pimpinan Presiden Barack Obama, Anthony Weiner meletak jawatan selepas dia didapati menyiarkan gambar bogelnya di akaun jaringan sosial Twitter miliknya. - AP

Rakam gambar raksaksa seperti Loch Ness


WILLIAM JOBES merakamkan gambar raksaksa seperti Loch Ness dekat Fort Agustus, Scotland pada Mei lalu.


LONDON - Raksaksa Loch Ness bukan seekor tetapi ia memiliki keluarga, kata seorang peminat haiwan legenda tersebut, William Jobes seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.
Jobes, 62, bertegas dia pernah melihat dua ekor raksaksa berlainan saiz menyerupai Loch Ness ketika keluar untuk merakamkan imej haiwan tersebut.
Jurugambar amatur itu dapat merakamkan raksaksa lebih kecil itu yang menyerupai raksaksa Loch Ness sebelum ia hilang dekat Fort Agustus, Scotland, pada Mei lalu.
"Saya datang ke tasik ini sejak 42 tahun lalu dan tidak pernah melihat haiwan seperti ini. Saya yakin ia raksaksa Loch Ness dan ia bukan hanya terdapat seekor," kata Jobes.
"Kepala raksaksa pertama keluar dari air dan ia memalingkan kepalanya sebelum menyelam. Ia kelihatan seperti kepala biri-biri. Kemudian, seekor lagi raksaksa serupa yang lebih besar timbul dan saya merakamkan haiwan tersebut ketika ia mula hendak menyelam," tambahnya.
Raksaksa Loch Ness yang lebih popular dengan gelaran Nessie pertama kali dirakamkan menerusi kamera pada tahun 1930-an. - Agensi

Penyerang 'gila' rancang serangan sejak 2009


BEBERAPA anggota polis dan penyelamat melakukan gerakan mencari mayat mangsa serangan Anders Behring Breivik di Pulau Utoya, Norway semalam.


OSLO, Norway - Suspek serangan berkembar di sini dan dekat Oslo, Anders Behring Breivik telah merancang serangan itu sejak 2009, lapor sebuah akhbar semalam.
Breivik, 32, kini ditahan kerana dia didapati menembak mati sekurang-kurangnya 85 orang dalam satu perhimpunan belia Parti Buruh di Pulau Utoya, pesisir pantai Norway dan membunuh tujuh lagi mangsa dalam satu letupan bom kereta yang merosakkan beberapa bangunan pentadbiran di sini pada Jumaat lalu.
"Dia mengaku bertanggungjawab," kata peguamnya, Geir Lippestad.
"Dia mengaku perbuatan tersebut kejam tetapi dia perlu melakukannya," jelas Lippestad.
Lelaki itu meletupkan sebuah bom kereta yang merosakkan beberapa bangunan pentadbiran termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg sebelum melakukan serangan di Pulau Utoeya dekat sini.
Pihak berkuasa Norway turut menemui satu dokumen setebal 1,500 di Internet, dipercayai ditulis oleh suspek tersebut yang menggambarkan ideologi serta perancangnya.
Dokumen tersebut mendedahkan Breivik bencikan pengaruh Islam yang dilihatnya semakin berkembang pesat di Eropah.
Lelaki itu juga dikatakan turut merancang supaya polis turut menangkapnya.
Dalam perkembangan berkaitan, polis akan mendakwa Breivik di bawah undang-undang keganasan Norway.
Lelaki berkenaan kini direman sehingga mahkamah memutuskan sama ada dia akan terus ditahan sehingga pihak berkuasa selesai melakukan siasatan.
Breivik yang berambut perang yang cedera ketika ditahan, disifatkan sebagai feudalmentalis Kristian dengan fahaman politik kanan. - Agensi

Air terjun bergerak ke udara


PERCIKAN air terjun yang bergerak ke udara akibat tiupan angin kencang di Sydney pada minggu lalu.


SYDNEY - Satu kejadian ganjil berlaku di Sydney apabila air terjun didapati bergerak ke udara akibat tiupan angin yang kuat pada minggu lalu.
Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube.
Air terjun itu tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan.
Apa yang terjadi ialah air terjun itu dipaksa angin bergerak ke udara.
Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut sehingga mencecah 120 kilometer sejam.
Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita.
"Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya. - Agensi

BILA ,MAKSIAT@MUNGKAR TAK NAMPAK DOSA...DAN TAK RASA BERDOSA LAGI....DAN TAK ORANG TEGUR DAN KISAH...MALAH DISANJUNG...NI LAH KESAN JAHIL AGAMA...DAN MENJAUHKAN DIRI DENGAN ALLAH...

Fitnah makan diri

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.
Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.


Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.

Doktor beri cek tendang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Doktor putar alam. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang pegawai perubatan bertauliah berusia lewat 30-an yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit apabila memperdaya wanita terutama mereka yang ingin kelihatan cantik membuat pembedahan kosmetik sebelum lesap bersama wang mangsa.
Selain bijak berkata-kata, taktik doktor lelaki terbabit cukup mudah, iaitu menjadikan sebuah klinik di ibu kota sebagai pusat operasi bagi meyakinkan mangsa.
Difahamkan, kos pembedahan kosmetik yang ditawarkan doktor terbabit jauh lebih rendah daripada hospital lain dan itu antara strateginya untuk menarik minat pelanggan.

Sebaik menerima bayaran penuh kos pembedahan yang mahu dilakukan mangsa, doktor itu akan memberikan pelbagai alasan sebelum memberitahu pembedahan dirancang tidak boleh dilakukan.


Selepas itu, doktor berkenaan akan memberikan cek tendang kepada mangsa kononnya untuk membayar semula kos pembedahan dibuat sebelum menghilangkan diri.

Artis sensasi pukau penonton

Oleh Siti Nadirah Hafidzin dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

BERSEMANGAT...Hattan beraksi di hadapan penonton yang hadir ke Konsert Gegaria.
BERSEMANGAT...Hattan beraksi di hadapan penonton yang hadir ke Konsert Gegaria.
JOHOR BAHRU: Kehadiran barisan artis sensasi tanah air malam kelmarin pada Konsert Gegaria menyemarakkan lagi Karnival Gegaria Harian Metro di pekarangan Padang A, Plaza Angsana di sini, berakhir semalam.
Seawal jam 8.30 malam, perkarangan Padang A dipenuhi ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang memberikan sokongan padu kepada artis pujaan mereka.

Lebih menarik, keletah dua pengacara, Zizan Raja Lawak serta Ifa Raziah, mencuit hati pengunjung yang teruja menyaksikan persembahan pada malam itu.
Tidak kurang kemunculan barisan artis ternama seperti Alyah, Hattan, Adam Af2, Misha Omar, Ery Putra serta kumpulan Jinbara yang memberikan persembahan bertenaga sepanjang kira-kira tiga jam konsert berlangsung.

Malah, setiap artis yang mendendangkan antara tiga hingga empat lagu masih tidak cukup memuaskan hati pengunjung.

Betapa tidak, konsert yang dijadualkan berakhir jam 11.30 malam terpaksa dilanjutkan hingga jam 12.30 tengah malam berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Lebih gamat, persembahan bertenaga kumpulan Jinbara mendendangkan tiga lagu antaranya Farhana, Kasihnya Laila serta Cinta Pantai Merdeka pada penutup konsert memukau penonton dengan sebahagian besar mereka bangun sambil mendendangkan lagu sama.

Konsert Gegaria turut diserikan dengan kehadiran Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar; Pengarang Eksekutif (Pengeluaran), Ahmad @ Salim Bachok, Pengarang Eksekutif (Rencana), Johari Mohamad dan Pengarang Eksekutif (Berita), Othman Mamat.
Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Shah Alam, Selangor, Nur Zahirah Anuar, 23, berkata dia teruja menyaksikan persembahan artis kesayangan, Alyah, menyampaikan lagu Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerna Sayang.

“Saya datang dari Shah Alam bersama seorang rakan Jumaat lalu semata-mata mahu menyaksikan Alyah membuat persembahan.

“Saya puas hati kerana hasrat bertemu Alyah tercapai dan lebih bermakna, kami sempat merakamkan gambar sebagai kenangan,” katanya.


ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG



H.R. MUSLIM



Daripada Abdullah bin Amr bin ash' ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai peminpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan "patah tumbuh hilang berganti", peribahasa itu tidak tepat berlaku kepada alim-ulama.
Mereka patah sayap payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu masa nanti permukaan bumi ini akan kosong dari ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya alim-ulama lah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW tadi. Dimana bilangan ulama-ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkan pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.


UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI




H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU


H.R.HAKIM



Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".


Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.

Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

MENIPU DAN MENYAMAR SUDAH JADI KERJAYA...MANUSIA TIDAK KIRA PUNCA REZEKI HALAL ATAU HARAM...NI KESAN AGAMA DIABAI...MUNGKAR KELILING PINGGANG...

Hasrat sunting Shakeera berkecai



ABDUL SALIMI bertafakur seketika di pusara Shakeera Hani yang maut dalam kemalangan di Hulu Selangor kelmarin.



KUALA LUMPUR – Di sebalik kesedihan yang melanda Abdul Salimi Abdul Halim, 31, akibat kehilangan rakan sekerja wanitanya, Shakeera Hani Aznan yang maut dalam kemalangan di Hulu Selangor kelmarin, tersimpan satu hasrat di hatinya yang mungkin akan dibawa hingga ke mati.
Menurut Abdul Salimi, dia memang berhasrat untuk menyunting Shakeera Hani, (gambar kecil) 26, untuk dijadikan teman hidupnya dan perkara itu telah dipersetujui mangsa. Shakeera Hani merupakan Eksekutif Pemasaran di Utusan Media Sales Sdn. Bhd.
Katanya, dalam sekelip mata, dia kehilangan orang yang dicintainya itu dan peristiwa tersebut bagaikan satu sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan. Bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan Ilahi.
“Semasa dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan Shakeera di Langkawi, kami telah berbincang mengenai perkara itu dalam kereta.
“Dalam malu, dia nampak gembira lebih-lebih lagi bila saya mahu tarikh pernikahan ditetapkan segera iaitu pada Jun tahun depan dengan majlis pertunangan hendak diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” ceritanya ketika dihubungi semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan, Abdul Salimi terselamat selepas kereta jenis Proton Inspira yang baru dibeli tiga minggu lalu terlibat dalam kemalangan apabila tayar depannya pancit sebelum melanggar penghadang jalan lalu berpusing beberapa kali.
Kemalangan pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Hulu Selangor itu menyebabkan Shakeera Hani yang turut berada di dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam gaung sedalam 10 meter.
Menurut Abdul Salimi, hasrat murni mereka juga telah dimaklumkan kepada keluarga kedua-dua belah pihak.
“Arwah baru saja kerja di situ kira-kira empat bulan manakala saya pula enam tahun. Kami berkenalan sejak dua bulan lalu dan mula rapat sebulan kemudian.
“Saya meminatinya kerana dia gadis yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya iaitu pandai mengambil hati dan sempurna,” katanya lagi.
Ujar Salimi, dia kini perlu menguatkan semangat untuk menghilangkan kesedihan yang menimpanya selepas tragedi mengejut tersebut.
Jenazah Shakeera Hani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur kelmarin.


Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air



SOPHEA ISABELLA



KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.
Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

Guru maut, adik angkat parah



MAYAT Nur Zakiah (gambar kecil) terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM 33.7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi semalam.



KOTA TINGGI – Seorang guru sekolah menengah maut manakala adik angkatnya cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar kenderaan dari arah bertentangan di KM 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Ladang Tai Tak di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nur Zakiah Umar, 29, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan terbabit sebelum terperosok di bawah kenderaan yang dilanggarnya.
Manakala adik angkatnya yang juga seorang guru, Azuanurhuda Abdul Rahman, 24, mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Difahamkan, sebelum kejadian Nur Zakiah yang memandu Toyata Rush dari Melaka tiba ke Johor Bahru untuk menjemput adik angkatnya membeli-belah.
Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan Toyota Hilux.
Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan Nur Zakiah terperosok di bawah kenderaan manakala Azuanurhuda jatuh di bahu jalan.
Pemandu Toyota Hilux itu yang memandu sendirian hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Keluarga risau Nazaruddin sakit

KUALA LUMPUR - Kumpulan Abu Sayaf terus meningkatkan tekanan ke atas keluarga seorang rakyat Malaysia yang mereka culik pada 8 Mei lalu dengan mendesak supaya wang tebusan RM50,000 dibayar segera.
Lebih mengejutkan, wang tersebut bukan untuk pembebasan sebaliknya bagi membeli ubat untuk Nazaruddin Saidin (gambar), 38, yang didakwa kini sakit selain sebagai jaminan bagi memastikan nyawa rakyat Malaysia itu selamat.
Adik mangsa, Mohd. Lukman, 27, berkata, dia menerima panggilan telefon yang sangat menakutkan daripada salah seorang anggota kumpulan penculik pada Jumaat lalu.
Katanya, ini kerana lelaki tersebut mendesak supaya wang tebusan tersebut dilunaskan dalam masa tiga hari demi keselamatan abangnya.
"Dia bukan sahaja menelefon malah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya dua hari berturut-turut, mahu wang RM50,000 dibayar segera jika mahu abang saya selamat," ceritanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Nazaruddin yang merupakan bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.
Kumpulan penculik terbabit meminta keluarga Nazaruddin membayar sebanyak RM5.6 juta bagi tujuan membebaskannya.
Mohd. Lukman menjelaskan, mereka tidak mampu untuk membayar wang tersebut dan hanya mampu merayu kepada mana-mana pihak yang sudi untuk membantu keluarganya.
Katanya, keluarganya sudah buntu kerana tidak tahu bagaimana hendak mencari wang sebanyak itu.
"Saya berharap kerajaan Malaysia dan Filipina dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu membebaskan abang saya. Kami sekeluarga kini cukup tertekan,'' ujarnya lagi.

Mangsa asid lawat ayah di penjara



KU HUZAIMAH bersama Lin (kiri) dan anak-anaknya yang lain selepas melawat bekas suaminya di Penjara Marang, Terengganu semalam.



MARANG - Biarpun hanya menyentuh tangan ahli keluarganya beralaskan cermin kaca, namun itu sudah cukup untuk menguatkan semangat Mat Haizan Mat Yassin, 34, dalam mengharungi hukuman di Penjara Marang kerana menyimbah asid pada anak dan isterinya sendiri tahun lalu.
"Terima kasih sebab masih ingat saya lagi. Terima kasih sekali lagi sebab bawa anak-anak jumpa saya," kata Mat Haizan sambil menitiskan air mata ketika menerima kunjungan isteri dan anak-anaknya di penjara semalam.
Mat Haizan kini menjalani hukuman penjara 10 tahun selepas mahkamah mendapati bersalah mencederakan isteri, anak-anaknya di rumah ibu mertuanya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu 15 Ogos tahun lalu dengan menyimbah asid.
Pada kejadian itu, anak keduanya daripada empat beradik, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, atau Lin cedera hampir keseluruhan wajahnya dan beberapa anggota badan manakala isterinya, Che Ku Huzaimah Che Ku Wang, 29, anak keduanya, Muhammad Irfan Firdaus, 3, ibu mertuanya Minah Omar, 57, cuma cedera ringan.
"Saya benar-benar menyesal dengan apa yang telah berlaku dan saya amat terharu apabila isteri yang telah diceraikan sudi memaafkan dan membawa anak-anak melawat saya di penjara hari ini (semalam)," katanya.
Sementara itu, Che Ku Huzaimah berkata, kunjungan itu sebagai memenuhi permintaan Mat Haizan dan anak-anaknya sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi.
"Tahun lepas kami berpuasa di hospital sebab kejadian berlaku pada minggu pertama puasa dan masa tu Lin kena tahan di wad lebih dua bulan sehingga hari raya.
"Selepas hampir setahun kejadian berlaku, saya reda dan rasa marahnya pada Mat Haizan sudah hilang sepenuhnya dan berharap puasa kali ini dapat disambut dalam suasana yang lebih tenang," katanya lagi.
Menurut Che Ku Huzaimah, apa yang berlaku dianggap sebagai takdir.

Amah warga Filipina ditemui mati dicekik



ANGGOTA polis mengusung keluar mayat seorang pembantu rumah Filipina yang dijumpai mati dibunuh di Jalan Gasing, Petaling Jaya malam kelmarin.



PETALING JAYA - Seorang amah warga Filipina ditemui mati dengan kesan leher dicekik dalam sebuah bilik tidur di rumah banglo di Jalan 5/50, Jalan Gasing di sini kelmarin.
Mayat mangsa yang berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh majikannya pada pukul 11.45 malam.
Semasa kejadian, majikan kepada pembantu rumah itu yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berusia 30-an, isteri dan dua orang anaknya tiada di rumah sejak pukul 7 malam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bergegas ke tempat kejadian.
"Pemeriksaan awal polis menemui kesan lebam akibat dicekik di leher mangsa selain ada kesan luka di kepalanya," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Menurut beliau, polis percaya mangsa baru mati sebelum mayatnya ditemui oleh majikannya.
Arjunaidi berkata, polis percaya mangsa dibunuh oleh orang dikenali kerana tiada kesan pecah masuk di rumah banglo tersebut.
"Kematian mangsa juga tiada kaitan dengan kejadian samun kerana pemeriksaan mendapati tiada barang berharga hilang," kata beliau lagi.
Mangsa yang telah sembilan tahun bekerja di rumah tersebut ketika ditemui lengkap berpakaian.
Polis menyiasat motif kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Terseksa lihat anak meronta



SYAFIQ HAIKAL dan adiknya akan berada di HKL dua minggu lagi.



KUALA LUMPUR – “Saya terseksa tengok anak-anak meronta kesakitan apabila jururawat mencuci luka mereka.” Begitulah rintihan seorang ibu, Ruhasimah Julaili, 33, yang tidak sanggup melihat derita kedua-dua anaknya, Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, dan Syafiq Haikal, 13, ketika jururawat membuang kulit mati serta mencuci luka akibat kecederaan akibat disimbah asid Selasa lalu. Cerita beliau, adakalanya dia terpaksa mengalihkan pandangan kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang mengerang kesakitan setiap kali proses membersih luka tersebut.
“Shafiq Aiman, meronta-ronta sehingga kakinya terangkat menahan kesakitan dan melarang tindakan jururawat membersihkan kulitnya. “Kesakitan yang dialami mereka sukar saya gambarkan, sehinggakan Syafiq Haikal demam selepas selesai mencuci luka pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ruhasimah memberitahu, doktor pakar bedah plastik akan membuat pemeriksaan terhadap status kecederaan kulit yang dialami oleh kedua-dua anaknya pada Selasa ini sebelum menentukan sama ada mereka perlu menjalani pembedahan plastik atau tidak.
Menurutnya, kedua-dua anaknya itu dijangka berada di HKL sekurang-kurangnya dua minggu lagi. “Para doktor sedang mengenal pasti jenis cecair digunakan suspek yang menyebabkan kawasan kulit yang terkena simbahan itu bertukar serta-merta menjadi hitam. “Khabarnya pihak polis Maran telah membawa suspek ke rumah di Jengka 9 mengambil bekas cecair yang digunakannya ketika menyimbah anak saya itu,” katanya.
Ruhasimah kemudiannya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada suspek yang menyimbah asid ke muka dan tubuh kedua-dua anaknya sehingga mereka kini merana.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin ketika ditemui berkata, suspek dalam lingkungan usia 30-an kini ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Jenayah (KK) yang membawa kecederaan parah. Katanya, pihak polis kini sedang menunggu laporan hospital mengenai status kesihatan mental suspek. Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, kedua-dua mangsa telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.

Cucu berpakat ragut nenek dijel



SHAMSUL (dua dari kiri) dan Mohd. Ikhwan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Seorang cucu bukan saja tergamak berpakat dengan rakan untuk merompak neneknya dalam kejadian di sebuah rumah di Ketereh di sini bulan lalu malah sanggup membiarkan warga emas itu ditolak oleh rakannya ketika meragut rantai emas dipakai mangsa. Tindakan jahat cucu warga emas, Shamsul Kahar Mohamad, 30, rakan sebayanya, Mohd. Ikhwan Abdullah, menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 tahun selepas mereka mengaku salah atas pertuduhan merompak Rokiah Boto, 78, di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Irwan Suainbon turut mengenakan lima kali sebat terhadap setiap tertuduh. Shamsul dan Mohd. Ikhwan didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas Rokiah dengan melarikan seutas rantai tangan emas dan seutas rantai leher emas yang bernilai RM6,000 dipakai mangsa di dalam rumah wanita itu di Taman Binjai Manis, Ketereh pada pukul 1 petang pada 28 Jun lalu. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Hakim Irwan menyifatkan kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh serius dan mengarahkan mereka menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum iaitu semalam. Menurut fakta kes, Shamsul dan rakannya, Mohd. Ikhwan pergi ke rumah Rokiah pada hari kejadian dan berpura-pura meminta air daripada wanita itu. Rokiah kemudian masuk ke dapur sebelum Mohd. Ikhwan mengekori mangsa dengan bertanyakan di mana tandas.
Mohd. Ikhwan kemudian menolak dan memeluk mangsa sebelum suspek menarik rantai leher emas yang dipakai mangsa. Rokiah menjerit meminta tolong namun cucunya, Shamsul bersama rakannya kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal. Kejadian ditolak dan diragut itu menyebabkan mangsa menderita sakit di seluruh badan. Shamsul kemudian ditangkap polis pada 4 Julai lalu diikuti Mohd. Ikhwan empat hari kemudian.
Hasil siasatan polis mendapati barang kemas yang dirompak telah dijual oleh kedua-dua tertuduh yang merupakan penganggur itu sebelum hasilnya dikongsi bersama.
Semasa rayuannya, Shamsul dari Padang Enggang, Jalan Pasir Hor, berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana berada dalam pengaruh dadah selepas mengambil pil kuda dan sudah seminggu tidak tidur. Mohd. Ikhwan dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu yang mempunyai empat rekod jenayah pula dalam rayuannya berkata, dia meminta hukuman diringankan kerana sudah insaf. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari memohon kedua-dua tertuduh diberikan hukuman yang setimpal atas kesalahan yang dilakukan.
“Apabila mangsa menjerit meminta tolong, cucu sepatutnya membantu tetapi dalam kes ini cucu bukan sahaja membiar neneknya disakiti bahkan telah melarikan diri dengan motosikal. “Jenayah dalam kes ini amat berat iaitu di dalam rumah sendiri, melibatkan warga tua dan ahli keluarga sendiri,” kata beliau. Menurut Asmah lagi, alasan tertuduh pertama iaitu cucu mangsa bahawa ia melakukan perbuatan itu atas pengaruh dadah bukan satu pembelaan yang boleh diterima mahkamah. “Dadah itu diambil sendiri oleh tertuduh dan bukan dengan paksaan,” kata Asmah.

Banduan menyamar polis dicekup


SALAH satu koleksi gambar suspek lengkap berpakaian seragam polis yang terdapat dalam album miliknya.


KOTA BHARU - Tembelang seorang bekas banduan yang menyamar sebagai polis berpangkat Inspektor dan Asisten Supritendan (ASP) untuk memperdaya orang ramai sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan di Jalan Long Yunus dekat sini Khamis lalu.
Lelaki berusia 34 tahun dari Miri, Sarawak itu ditahan ketika sedang memandu sebuah kereta Toyota Alphard yang disewa. Turut menemui ‘vest’ bertulis polis dan wang RM2,619.
Modus operandi suspek ialah akan mengaku sebagai pegawai kanan polis sebelum memperdaya mangsa kononnya dia mampu membebaskan rakan atau ahli keluarga mereka yang ditahan selain memiliki album gambar di mana dia memakai seragam polis dalam pelbagai aksi.
Difahamkan, dalam tempoh tersebut, suspek berjaya mengaut RM145,000 selepas memperdaya lima mangsa di Lembah Klang dan di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis kemudian telah menyerbu rumah suspek di Tanjong Chat dekat sini dan merampas gari, seragam polis, sarung tangan dan sarung pistol.
Katanya, selain itu, pihaknya turut menemui satu album gambar suspek lengkap berpakaian seragam, lencana polis, pangkat Inspektor dan ASP.
“Semakan mendapati suspek pernah terlibat memperdaya mangsa masing-masing seorang dari Dang Wangi, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, dan tiga di sini sebaik sahaja dibebaskan dari penjara tiga bulan lalu.
“Salah satu penipuan yang dilakukannya ialah menyamar polis dan berjanji dengan mangsa untuk membebaskan seorang suspek yang ditahan dengan kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, suspek meneruskan kegiatannya dengan menyamar sebagai polis Bukit Aman dan meminta wang RM20,000 kononnya untuk membantu menyelesaikan urusan melelong barangan elektrik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Menurut Azham, pada Mei lalu, suspek bersama rakan wanitanya telah memperdaya seorang peniaga emas di Kubang Kerian dengan memberikan cek palsu selepas mendapat barang kemas bernilai RM125,000.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170/420 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan menipu. Sabit kesalahan dia boleh dipenjara 10 tahun, sebat dan denda.
Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barang-barang yang dibekalkan kepada pegawai polis. Dia boleh dipenjara enam bulan atau denda RM500.
 

IKUT SEMUA UNDANG2 ISLAM DAN QURAN...JANGAN BERPILIH2...BILA MAKSIAT@MUNGKAR TIADA DAPAT DIBENDUNG...TANGGUNGLAH...DAN JAWAB DIIHADAPAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI....

Lantaran cinta, nafsu

Oleh ABIE ABDULLAH, ASMIZAN MOHD SAMIRAN, HADZLAN HASSAN dan MOHD AZAM SHAH YAACOB
metahad@hmetro.com.my

KONGSI... Baby berkongsi sebahagian ceritanya dengan wartawan Metro Ahad.
KONGSI... Baby berkongsi sebahagian ceritanya dengan wartawan Metro Ahad.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.
Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.

“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.
“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.

Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.

“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.

“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya.

Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.
“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.

“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.

“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya.

Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.

“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.

“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.

“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.

“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.

“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya.

Terkilan sikap ‘lepas tangan’

Oleh MOHD SABRAN MD SANI
sab@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.
Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap ‘lepas tangan’ hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.

“Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.
“Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.

“Akibatnya kami terpaksa pulang dengan hampa meskipun persediaan sudah dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.

“Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.

“Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema,” katanya.
Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.

“Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.

“Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram,” katanya.

Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.

“Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan,” katanya.

Harian Metro melaporkan mengenai perasaan terkilan Mohd Noor dan Mek Wook berikutan tidak dapat menunaikan umrah ke Makkah tanpa sebab musabab, walaupun membayar wang RM34,000.

Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.

Sementara itu, usaha wartawan Metro Ahad untuk menghubungi individu yang menguruskan pakej umrah kepada pasangan berkenaan gagal berikutan sudah berangkat ke tanah suci bersama rombongannya, Khamis lalu.

Perkara itu disahkan anak kepada wakil agensi itu, selain tidak tahu mengenai kegagalan Mek Wook dan suaminya menunaikan umrah ke Makkah.

Anak satukan kami

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu ingatkan kisah lalu, lebih-lebih lagi anak kedua saya, Airit Qaqa Arjuna yang berusia dua bulan menyatukan saya dengan mereka (Aidil dan keluarganya).
“Buat masa ini, saya cuba fokus untuk menjadi ibu kepada dua anak dan isteri. Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja, kami tetap bersama meluangkan masa dengan anak,” kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35.

Bagaimanapun, anak pertama mereka, Airil Rayyan Rizkin, yang kini berusia tiga tahun enggan bersama bapanya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga pemain bola sepak kebangsaan.
Malah, kadangkala Rayyan juga seperti tidak mengenali Aidil kerana mereka jarang menghabiskan masa bersama.

Menurut Rita, setiap kali Aidil membawa Rayyan keluar, anaknya pasti bertanya mengenai bapanya, malah kadangkala Rayyan juga enggan memeluk Aidil.

“Saya tidak salahkan Aidil. Lagipun, dia sibuk dengan tugasnya sebagai pemain bola sepak kebangsaan, lebih-lebih lagi dia kini dalam misi membawa nama Malaysia ke Piala Dunia akan datang.

“Namun sebagai ibu, hati saya sedikit terguris apabila melihat anak kecil itu tidak mahu bersama bapanya. Lagipun, mereka tidak mempunyai banyak masa bersama.

“Bayangkan, selepas latihan, Aidil pulang lewat malam dan pada waktu itu anak sudah tidur. Bila pagi, awal-awal dia sudah keluar untuk mengikuti latihan. Jadi, masa untuk bermain dengan anak itu tiada,” katanya.
Menyedari perkara itu, dia dan Aidil sepakat untuk meluangkan masa demi kepentingan anak mereka.

Rita berkata, Aidil kini terpaksa berkorban supaya anak tidak melupakannya.

“Saya berbincang dengan Aidil bahawa kami perlu berada di rumah untuk bersama anak. Jika sibuk sekalipun, kami berdua perlu mencuri masa terluang walaupun hanya satu jam untuk bermain dengan anak.

“Alhamdulillah, kini Aidil mampu melakukan itu semua dan insya-Allah, semuanya akan kembali normal. Kini, saya pula yang sibuk dengan penggambaran di luar negeri.

“Bagaimanapun, bila berada di Kuala Lumpur dan di rumah, saya dan Aidil akan sama-sama mencari masa untuk bersama dengan anak,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama Jangan Bunuh Matahariku 2 di Cameron Highlands.

Bapa dan anak maut dalam kemalangan di PLUS

KUALA LUMPUR: Tiga orang, termasuk seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.
Tujuh orang lagi yang turut menaiki kenderaan tersebut, yang sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban, cedera parah, kata Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata Zulkifle Zainul, 29 dan anaknya Mohd Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian. "Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Dirogol 2 lelaki

GEORGETOWN: Pengalaman hitam terpaksa ditempuh seorang janda apabila tubuhnya ‘dijamah’ dua lelaki di kawasan sunyi di Teluk Kumbar, awal pagi kelmarin.
Lebih menyedihkan, kejadian berlaku dalam kereta milik seorang daripada empat lelaki yang mulanya berniat menghantar mangsa pulang selepas keluar berhibur di sekitar Queensbay, dekat sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsaberusia lewat 20-an keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia mengenali seorang daripada mereka.
Menurut sumber, semua mereka dalam keadaan mabuk dan mangsa dibawa kumpulan lelaki itu di sekitar kawasan sunyi, dipercayai tapak perkuburan Cina.

“Sebaik sampai, mangsa pada mulanya dirogol kenalan lelakinya dalam kereta Myvi milik lelaki terbabit.

“Wanita itu sekali lagi dipaksa mengadakan seks dengan seorang lagi lelaki dan ia juga berlaku dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan seorang suspek berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.


15 ‘anu’ dikebumi tanpa nesan



KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang ‘membuang’ alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.
Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah ‘perjalanan terakhir’ alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.

Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara ‘anu’ tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan.
“Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.

“Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang ‘dipotong’.

“Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.

Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.

“Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang ‘Pak Sheikh’.
“Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.

“Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.

“Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam,” katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.

Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.

“Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka ‘syarahan’, termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.

“Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki,” katanya.

Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.

“Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.

“Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu,” katanya.

Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.

“Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda,” katanya.

Undang-undang syariah tidak benar lelaki tukar status jantina



KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan dalam undang-undang syariah yang membenarkan lelaki menukar status kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain berkata, ini kerana undang-undang syariah yang ada adalah kepada berdasarkan hukum syarak iaitu ketetapan dalam Islam yang bukan ditentukan manusia, sebaliknya oleh Allah menerusi al-Quran serta hadis Nabi.

“Disebabkan itu, dalam mana-mana negara Islam sekalipun, undang-undangnya tidak ada pengiktirafan bagi golongan pondan.
“Pengiktirafan dalam Islam hanya sebagaimana termaktub bahawa Allah SWT hanya mencipta dua golongan manusia iaitu lelaki dan perempuan dan tidak wujud istilah pondan,” katanya.

Menyentuh mengenai isu lelaki yang ingin menukar status kepada perempuan atau dipanggil pondan, ia tidak dibolehkan serta tidak diluluskan syariah kerana hukum berkenaan sudah jelas, dan tiada istilah bahawa ada kelompongan atau kekurangan undang-undang.

“Undang-undang syarak adalah lengkap, jadi mana-mana manusia memang tidak boleh mengubah undang-undang Allah ini.

“Jika melanggarnya, bermakna kita cuba mengubah sesuatu yang sempurna dan sudah ditetapkan atau lebih tepat, mengubah hukum Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zaidi berkata, penukaran status jantina itu hanya dibolehkan kepada golongan ‘khunsa’ iaitu individu yang dilahirkan dengan dua alat kelamin lelaki dan wanita.
Namun, ia masih perlu disahkan oleh pakar perubatan menerusi pemeriksaan secara lanjut mengenai hormon dalam diri individu terbabit bagi mengenal pasti ia lebih kepada lelaki mahupun perempuan.

“Jika pemeriksaan perubatan membuktikan diri seseorang itu sebenarnya lebih cenderung kepada hormon wanita serta dengan fungsi anggota dalam badannya lebih kepada anggota dalaman wanita, tidak ada sebab pula penukaran status itu tidak diluluskan.

“Yang utama adalah, bukti itu bukan berdasarkan kenyataan lisan, sebaliknya dengan bukti bertulis hasil pemeriksaan lanjut pakar perubatan dan hanya dengan itu satu keputusan lain boleh dicapai,” katanya.

Thailand tumpuan rakyat Malaysia



KOTA BHARU: “Orang Malaysia? Memang sentiasa ada,” kata jurucakap sebuah klinik khusus untuk pembedahan plastik di Hat Yai, Thailand.
Jurucakap wanita itu berkata demikian ketika ditanya mengenai lelaki warga Malaysia yang melakukan pembedahan menukar jantina kepada wanita.

Menurutnya, tiada halangan untuk sesiapa saja mendapatkan khidmat menukar jantina di klinik berkenaan kerana mempunyai pakar untuk melakukan pembedahan.
Bagaimanapun, katanya, sesiapa yang mahu melakukan pembedahan berkenaan perlu mengemukakan surat kebenaran daripada pakar sakit jiwa di negara masing-masing yang mengesahkan individu itu waras dan bersetuju melakukan pembedahan atas kerelaan sendiri.

“Untuk melakukan pembedahan, perlu mengadakan temujanji terlebih dulu. Apabila sudah bertemu doktor dan mahu menetapkan tarikh untuk dibedah, perlu bayar deposit.

“Harga pembedahan penukaran jantina adalah 100,000 Baht (RM9,977). Selepas dibedah, perlu ditempatkan di wad sekurang-kurangnya seminggu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Jurucakap itu berkata, selain pembedahan penukaran jantina, ada juga rakyat Malaysia yang turut mengambil kesempatan melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah dan tubuh.

“Klinik ini turut menyediakan pelbagai pembedahan plastik lain, antaranya memancungkan hidung dan meruncingkan dagu. Kosnya antara 12,000 Baht (RM1,197) hingga 20,000 Baht (RM1,995).

“Pembedahan membesarkan payu dara juga disediakan dengan kos antara 40,000 Baht (RM3,990) hingga 60,000 Baht (RM5,986). Malah, ada juga pesakit kami yang selepas bedah tukar jantina terus buat bedah mencantikkan wajah dan tubuh dan ada pula yang datang semula melakukan pembedahan mencantikkan wajah dan tubuh beberapa bulan kemudian,” katanya.
Ditanya mengenai jumlah dan latar belakang rakyat Malaysia yang melakukan pembedahan menukar jantina di klinik berkenaan, jurucakap itu tidak dapat mendedahkannya.

“Yang pasti, individu yang melakukan pembedahan menukar jantina adalah lelaki yang sudah lama berperwatakan seperti wanita. Mereka memilih Thailand kerana kosnya lebih rendah,” katanya.

Milik siapa sebenarnya

Oleh FIRDAUS SAHAT dan RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Walaupun ada spekulasi mengatakan individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok, 80, adalah pemilik kapal mewah paling mahal di dunia, History Supreme yang berharga 3 bilion paun (RM15 bilion), namun beberapa nama lagi disebut-sebut berpotensi memilikinya.
Berdasarkan laman web sebuah akhbar dalam talian yang berpangkalan Ireland, hanya tiga nama tersenarai dalam senarai Forbes Billionaires yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM14.88 bilion) ke atas.

Antara nama yang mempunyai kemungkinan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan yang memiliki kekayaan RM28.3 bilion dan Pengarah IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng RM14.88 bilion.
Kuok yang mempunyai kekayaan berjumlah RM37.2 bilion buat masa ini adalah lelaki terkaya di negara ini dan digelar sebagai Raja Gula selain pengasas kumpulan rangkaian Hotel Shangri-la yang beroperasi di seluruh Asia.

Ananda Krishnan adalah usahawan kedua terkaya di Malaysia dan ke-138 di dunia yang juga pemilik Maxis Communication Bhd dan pengendali perkhidmatan televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc.

Beliau terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk minyak, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga dan harta tanah.

Lee adalah pemilik syarikat konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit dan aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, kilang penapisan miliknya di Rotterdam, Belanda adalah kilang penapisan minyak sawit terbesar di Eropah.
Kapal History Supreme direka oleh pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya.

Keseluruhan badan kapal itu disaluti emas padu dan platinum seberat 100,000 kilogram, termasuk ruang makan, bilik tidur dan sauh.

Kebanyakan laman web dan akhbar dalam talian di Internet tidak menyatakan secara terperinci nama pemilik kapal berkenaan, sebaliknya hanya menggunakan gelaran ‘anonymous leading Malaysian businessman’.

Bagaimanapun, ada mengaitkannya dengan tiga nama individu paling kaya di negara ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes Asia.

Kapal sepanjang kira-kira 30 meter itu dibuat di Itali, namun disiapkan di Malaysia dua minggu lalu.

Lebih menarik, dinding di bilik tidur utama yang dibuat dari batu meteor dan artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex, malah ada akuarium yang dibuat daripada 68 kg emas 24 karat.

BILA PERKARA YANG TIDAK DIFIKIRKAN BERLAKU....INI SEMUA DALAM TAKDIR ALLAH..SWT

92 maut serangan berkembar Norway


SEORANG mangsa diangkat oleh pegawai keselamatan untuk diberi rawatan.


OSLO - Sekurangnya-kurangnya 92 mangsa maut dalam serangan bom dan tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway berusia 32 tahun. Disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat sejak pengeboman di Madrid, Sepanyol pada tahun 2004, suspek yang menyamar dengan memakai pakaian anggota polis telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja yang menghadiri perhimpunan politik musim panas di pulau Utoeya.

ASAP tebal jelas kelihatan pada sebuah bangunan kerajaan yang rosak teruk.


Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg. "Tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua, Norway dikejutkan dengan jenayah pada skala sebesar ini," kata Stoltenberg. Suspek dikatakan memanggil remaja-remaja itu untuk berkumpul sebelum menembak mereka menggunakan pistol dan rifel. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka terjun ke dalam laut, bersembunyi di hutan dan mencari perlindungan di dalam bangunan berhampiran.
Media Norway menamakan suspek sebagai Anders Behring Breivik (gambar), tetapi pihak polis enggan mengesahkan maklumat tersebut. Polis juga menyatakan kebimbangan angka mangsa yang maut mungkin meningkat.
Menurut saluran televisyen TV2, suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan memiliki dua senjata api yang didaftarkan atas namanya. Suspek turut menulis komen anti-Islam di Internet. Namun, Komisioner Polis, Sveinung Sponheim memberitahu adalah terlalu awal untuk menyatakan itu adalah motif di sebalik tindakannya.

SEBUAH bot melintasi beberapa mayat yang diletakkan di atas tebing di pulau Utoeya, Norway.


Media lain melaporkan bahawa suspek menyifatkan dirinya dalam laman Facebook sebagai seorang konservatif, beragama Kristian, suka berburu dan permainan video seperti World of Warcraft serta Modern Warfare 2.
Dua jam sebelum itu, polis telah mengesahkan bahawa tujuh orang terbunuh, manakala sembilan lagi cedera parah apabila sebutir bom meletup di tengah bandar Oslo yang berhampiran dengan pejabat perdana menteri dan beberapa buah bangunan kerajaan. Suspek sama didakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. - AFP

DARI CARIAN...DAPAT KITA LIHAT...MANUSIA LEBIH KEPADA DUNIA DAN KEMEWAHAN...MASALAH AGAMA@AKHIRAT...TIADA SAMBUTAN DI SURAU2@MASJID2 DAN CARIAN GOOGLE....

Ketagihan judi sakit mental



KETAGIHAN terhadap judi menular kepada permainan dalam talian yang mendedahkan generasi muda kepada tabiat buruk tersebut. - Gambar hiasan.



KUALA LUMPUR – Ketagihan judi di kalangan masyarakat negara ini kini dianggap satu daripada elemen penyakit mental yang semakin serius dan wajar ditangani segera. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesan daripada ketagihan judi mendorong kepada peningkatan masalah seperti hutang, bankrap, tekanan hidup selain masalah sosial yang memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.
“Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih parah daripada penagihan dadah. “Kami sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,’’ katanya pada pemberita selepas merasmikan Majlis Ceramah Umum Mengenai Masalah Perjudian anjuran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di sini semalam. Tiong Lai juga bimbang sindrom itu mendorong perkembangan permainan judi di internet yang mensasarkan kepada golongan muda.

Sultan cemar duli kutip sampah



SULTAN Muhammad turun padang membersihkan kawasan Pantai Tujoh, Tumpat sempena Majlis Gotong-Royong dan Ramah Mesra semalam.



TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.
Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat.

Eksekutif pemasaran UMES mati kemalangan



KEADAAN kereta Proton Inspira yang dinaiki Shakeera Hani (gambar kecil) dan Abd. Salimi remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Hulu Selangor malam kelmarin.



HULU SELANGOR - Seorang eksekutif pemasaran di Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES) maut selepas kereta yang dinaiki bersama seorang rakan terlibat dalam kemalangan di sini malam kelmarin. Kejadian pada pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini mengorbankan Shakeera Hani Aznan, 26, manakala pemandu kereta pula hanya cedera ringan. Ketika kejadian, mangsa bersama rakan sekerjanya, Abd. Salimi Abd Halim, 31, dalam perjalanan menghala ke ibu negara selepas menghadiri perkahwinan rakan Shakeera Hani di Langkawi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tayar hadapan kereta Proton Inspira berwarna putih milik Abd. Salimi pancit.
Jelas beliau, keadaan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu Abd. Salimi hilang kawalan dan terbabas. "Kereta tersebut kemudiannya melanggar penghadang dan berpusing beberapa kali di atas lebuh raya tersebut. "Ekoran itu, Shakeera Hani yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tercampak keluar ke dalam gaung berhampiran sedalam 10 meter," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Kata beliau, mayat mangsa ditemui di dalam semak dengan kesan cedera parah di kepala. Jelas beliau, pemandu kereta terbabit pula hanya mengalami luka kecil. "Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, abang mangsa, Alaric Aznan memberitahu, dia mengetahui kejadian yang menimpa adiknya pada pukul 4 pagi dan bergegas ke HKKB. "Dia tinggal bersama saya sekeluarga dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum meninggalkan kami," katanya. Jenazah mangsa dibawa ke Masjid Al Tawqa di sini untuk disembahyang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur semalam. Turut hadir pada majlis pengkebumian itu ialah Abd. Salimi. Dia bagaimanapun enggan ditemubual. Dalam pada itu, Pengurus Iklan akhbar Kosmo!, Stella Abdullah pula berkata, Shakeera Hani yang bertugas di UMES pada Mac lalu merupakan seorang pekerja yang berdedikasi.

Bapa saudara digilis depan mata



ANGGOTA polis dan kakitangan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengangkat mayat Abd. Aziz di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Alor Gajah, Melaka malam kelmarin.



ALOR GAJAH - Seorang remaja tergamam apabila melihat sendiri bapa saudaranya digilis beberapa buah kenderaan sehingga hancur dalam kemalangan di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, pemandu lori , Abd. Aziz Ramli, 46, mati di tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta ketika menyeberangi lebuh raya berkenaan. Mayatnya yang tercampak ke seberang jalan kemudian digilis sehingga hancur oleh beberapa kenderaan lain yang tidak menyedari terdapat mayat di atas lebuh raya berkenaan.
Anak saudara mangsa, Muhammad Amirul Ridzuan Mohd. Sabri, 17, yang melihat sendiri kejadian berkenaan berkata, sebelum kejadian, lori yang dipandu bapa saudaranya itu dan dia yang menjadi kelindan kehabisan minyak ketika dalam perjalanan dari Subang ke Melaka. Menurutnya, disebabkan lori berkenaan kehabisan minyak, arwah terpaksa menumpang kereta ke stesen minyak berhampiran dan menumpang lagi kereta lain setelah membeli minyak.
"Ketika kemalangan berlaku, arwah sudah membeli minyak dan sedang menyeberangi jalan dari arah bertentangan untuk kembali ke lori. "Ketika tiba di laluan paling kanan, arwah dilanggar oleh sebuah kereta sehingga terputus dua dan tercampak ke seberang jalan sebelum digilis beberapa kereta lain hingga hancur," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka semalam. Muhammad Amirul Ridzuan berkata, dia yang melihat kejadian itu tergamam sebentar sebelum cuba menahan kereta untuk memohon pertolongan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Myvi baharu jadi carian tertinggi di Google






KUALA LUMPUR - Kereta Myvi baharu edisi 2011 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, kereta kompak yang cukup popular di pasaran negara itu mencuri tumpuan bagi pelayar internet menggunakan perkhidmatan Google untuk memperoleh maklumat lanjut mengenainya.
"Menduduki tempat kedua carian paling kerap ialah filem Super 8 arahan J.J Abrams mengisahkan tentang beberapa orang remaja dan makhluk asing yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 Jun lalu," Filem seram arahan Yusri KRU, Karak yang ditayangkan pada hujung bulan Mei lalu menduduki tangga ketiga.