Sunday, August 7, 2011

JANGAN BERKIRA SANGAT WANG ZAKAT...PUSAT ZAKAT NI AMIL AJE...SETARAF DENGAN ASNAB2 7 YANG LAIN...TAPI BERKUASA...MACAM HAK NYA...RASA WANG DARI POKETNYA...PUSAT ZAKAT TU BERKONSI...SEBAB DAPAT KENA BUAT KERJA...KUTIP...CARI YG BERHAK....AGIHKAN ZAKAT DAN BUAT AKAUN...TAK ELOKLAH KALAU DISEKAT2 ATAU NAK PULUN SEMUA...LARAT KE JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT NANTI....

Noraniza pilih duda

Oleh NOR AKMAR SAMUDIN
akmar@hmetro.com.my

BAHAGIA... bakal berkahwin buat kali ketiga.
BAHAGIA... bakal berkahwin buat kali ketiga.
“MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” kata penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43.
Luahan penyanyi yang lebih mesra disapa Ani itu membawa seribu erti, apatah lagi pada Ramadan ini apabila cintanya bersemi buat kali ketiga dengan duda anak empat, Jeffri Hudi, 52, iaitu ustaz dari Singapura yang berkhidmat sebagai bilal bebas di negaranya.

Bagaimanapun, menurut Noraniza, ketika Jeffri melamarnya, dia diberi tempoh untuk berfikir tetapi tidak melakukannya secara serius kerana dalam hati masih ada keraguan.
“Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,” katanya.

Seminggu sebelum berakhirnya tempoh itu, baru Noraniza membuat keputusan dan menyedari dia tidak buat sebarang persiapan untuk bertunang.

“Mujur mereka di Akademi Tatih Seni (cawangan Johor) yang memahami keadaan saya, membuat persiapan mencarikan penaja pelamin dan baju untuk saya.

“Selepas bertunang, kami berdua sibuk dan tidak sempat mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan hinggalah keluarga mendesak kami segerakan perkara baik itu.

“Selasa ini saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga,” katanya yang mendapat restu anaknya.
Noraniza berharap perkahwinannya kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Di mana saya akan menetap selepas berkahwin, sama ada di Singapura atau di sini, tengoklah keadaan nanti,” katanya yang dihubungi Metro Ahad.

Berbual dengannya di telefon, suara Noraniza kedengaran ceria dan perbualan itu juga diselang-seli dengan ketawa, bagaikan tanda bahagia di hati.

Menceritakan detik pertemuan dengan bakal suaminya, jelas Noraniza, mereka bertemu pada Ramadan tahun lalu ketika melakukan kerja kebajikan di sebuah masjid di Johor Bahru.

Noraniza bersama anak didiknya di Akademi Tatih Seni untuk menghulurkan sumbangan hasil jualan biskut raya.

Ketika itu, dia berkata, Jeffri turut melawat masjid berkenaan bersama teman.

“Apabila saya melihat ada orang lain turut berada di masjid itu, saya pun bertegur sapa. Saya banyak berbual dengan kawannya dan Jeffri hanya mendengar. Ketika saya mahu balik, baru saya berkenalan dengan Jeffri dan memberi kad bisnes kepadanya.

“Selepas tahu dia orang Singapura, saya pun beritahu, adik saya berniaga di bazar Ramadan di negara itu,” katanya yang kemudian bertanya bolehkah adiknya menghulurkan sebarang sumbangan menerusi Jeffri.

“Itulah bermulanya bicara saya dengan dia. Rupa-rupanya dia kenal saya kerana sering menonton persembahan saya di televisyen dengan ibunya. Waktu itu saya masih menjadi isteri Fareez. Dia juga suka dengar lagu saya.

“Selepas pertemuan di masjid itu, dia hubungi saya dan lama kelamaan kami jadi rapat. Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri, walaupun dia orang beragama tetapi dia tidak memandang rendah artis macam saya. Dia boleh ‘masuk’ dalam dunia saya. Sesetengah orang, apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang.

“Jeffri sangat pemalu tetapi saya selesa berkawan dengannya kerana pertuturannya lemah lembut dan tidak pernah marah. Jika dia hendak ‘tegur’, caranya sangat berhemah,” katanya.

Noraniza seterusnya mengatakan selepas bercerai kali kedua, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi dan membiarkan Allah SWT menentukan segala-galanya.

Bagi artis itu, bukan dia tidak mahu berkahwin lagi tetapi biarlah jodoh itu datang sendiri.

“Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.

“Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.

“Sebenarnya selepas dua kali bercerai, saya fobia untuk berkahwin lagi. Kalau dulu memang perkahwinan menjadi keutamaan dalam hidup saya tetapi selepas bersendirian, saya tumpukan kepada kerjaya seni dan bisnes.

“Apabila ada orang mengambil berat pasal saya dengan sering menghubungi saya setiap hari walaupun berjauhan, membuatkan saya rasa dekat dengannya.

“Saya sudah mula rasa ada kawan mengisi kekosongan. Keadaan itu membuatkan saya rasa teringin berkahwin semula. Perasaan untuk mempunyai teman hidup itu wujud secara semula jadi,” katanya.

Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu.

Noraniza berkata biarpun dia sudah berkahwin dua kali, bakal ibu mentuanya sangat mementingkan adat lama.

“Ibunya tetap mahu hantar rombongan merisik. Selepas itu baru diadakan majlis pertunangan. Ingatkan selepas bertunang kali pertama pada usia 18 tahun, saya tidak akan bertunang lagi,” katanya.


Disisih anak

Oleh MARY VICTORIA DASS dan MAHAIZURA ABD MALIK
am@hmetro.com.my

GEMBIRA... Robiah bersama Brian Tan selepas menerima sumbangan daripada   Scenic Route Sdn Bhd.
GEMBIRA... Robiah bersama Brian Tan selepas menerima sumbangan daripada Scenic Route Sdn Bhd.
JOHOR BAHRU: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.
Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.

Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.
Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.

“Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.

“Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami,” katanya.

Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.

Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.
“Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.

“Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah,” katanya.

Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.

Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.

“Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.

“Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka,” katanya.

Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.

Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan.

Nur tiada pilihan

Oleh SURAYA ROSLAN
surayaroslan@hmetro.com.my

BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.
“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.

'Ke mana perginya wang zakat kita?'
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11
2:56pm

Kongsi 2426
ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

NONESaya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.
Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.
Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.
Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.
Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.
Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.
Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.
Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?
Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

  • Zam Jitu
    Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu. Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
    • Sepit Udang · Top Commenter
      Cakap ikut sedap mulut.... tak mau berfikir......Ape kene mngene zakat selangor ngan umno???? skang ni kan selangor dah dok bwh pr so kerajaan negeri boleh push zakat selangor utk agihkan zakat kepada fakir miskin... ini tidak mb kalid gagap sibuk nak bagi skali zakat org islam kepada bukan islam... ada akai ke tu...
    • Alif Ruslan · C.E.O at Dready Maker
      bodoh la kau ni ANDAZ...xde kene mengene ngan umno la...ini pasal kemanusiaan la!kau yg selalu sgt tgk porno sampai tak tau beza politik dan kemanusiaan
    • Tejo Darmawan Janiman · Site Supervisor at CMP Contruction Sdn Bhd
      @Fauzi... cmtulh bro keadaan skrng ni....semua srba membingungkn...sye gak dh 3 thn lkn tu...
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    In ikena tanya umno.
    Penganut mazhab umno tahu mana perginya wang kebajikkan untuk rakyat miskin.
    - Rkyat yang beragama kristian ingin membantu kaum melayu yang miskin , hidup papa keranda , bila mereka hulurkan kebajikan untuk melayu miskin , pelbagai fitnah dilontarkan tanpa bukti kukuh. sehingga anak syaitan umno kata mereka ingin murtadkan orang islam..oooi! Tuhan umno mengaja umatnya penganut mazhab umno supaya membezakan manusia ikut warna kulit dan ikutparti politik.
    - Perjuang Islam mazhab umno , Perjuang ketuanan melayu, bila puak agama kristian berupaya menolong umat islam yang tidak berkeupayaan, maka kau lontarkan maki hamun, hingga memburukkan nama baik agama mereka. adakah kau mengikut ajaran islam?
    - Wang masuk poket tuhan umno lagi, kroni umno makan gaji tinggi, hidup mewah....kau tanya seribu kalipun jawapannya tetap sama.
    • Kamarzaman Mustafa · Top Commenter · Daie at Jamaah islam
      anti islammamak ... provokator UMNO. TQ ustaz deris. Gaji berapa antiislammamak UMNO kasi?
    • Idris Ahmad · Top Commenter
      Dari corak penggunana bahasa Antimamak dan beberapa lagi yang tidak paparkan foto yang asli...aku ragu status agama dan siapa orang2 ini....sbb tu aku kata Provokator.
    • Abdul Wahib Muhammad Nasir · Top Commenter · SMSP
      Usah mengulas tanpa berfikir. kalau menunjuk ke arah orang lain pandang-pandanglah diri sendiri kerana satu sahaja pada orang lain yang empat lagi habuan untuk diri sendiri fikir-fikirkanlah.
  • Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!
    Ibnu Abdil Hakam meriwayatkan, Yahya bin Said, seorang petugas zakat masa itu berkata, ‘'Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat di Afrika. Setelah memungutnya, saya bermaksud memberikan kepada orang-orang miskin. Namun saya tidak menjumpai orang miskin seorangpun".
    Begitulah sejarah menuturkan mengenai gambaran kehidupan di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Kita seakan dibuat takjub akan kisahnya. Betapa tidak lagi ditemukan penduduk yang layak menerima zakat. Hal ini tak lain karena sistem pengelolaan dana zakat yang telus & cekap.
    • Hasnan Hasan · Top Commenter · 39 years old
      agama rasmi je ? BILA NAK LAKSANAKAN ?
    • Syed Ammar
      tiap2 tahun berbangga dgn kutipan yg tinggi..tapi bagaimana agihan???baitulmal sibuk nak berniaga dgn wang zakat..rolling sana rolling sini..msok poket..ishh..zakat nk ikot Quran pasal masyuk..len2 xnk pakai Quran..muhasabah diri..
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Kitab KEBANGSAAN mana ada hukum halal haramnya. Kalau nak diharapkan pemimpin pejuang kebangsaan jaga wang zakat IBARAT menlantik serigala menjaga kambing
  • Eryz Dwan · Top Commenter · Town Planner at Private Consultant
    kalau nak pastikan duit zakat anda ke mana.. keluarkanlah zakat anda terus kepada saudara seagama anda yg layak...
    • Nurul Alena Mohd Nordin · Smk panji alam
      habis ashik sibok nk tankap org tk pose.org khalwat sampai ada yg mati..itu la kerja pejabat agama.janji masuuuukkk....mana ada yg nk ambik hal ngan tokfakir miskin daif papa kedana...pegawai2 blagak nk mampos..miskin la yg menyebabkn org jadi kufur dan akan sanggup tukar pegangan..negara kita yg kayaraya ni d kongkong oleh manusia yg haloba lagi rakus kumpul harta...islam tergadai ada aku kesah...lantak la janji aku mashuuuukkkk...
    • Pejal Daud · Son at Daud and Co"
      itu urusan jabatan agama islam bukn jabatan zakat..miskin mungkin 1 faktor, tpi mcam dr ridhuan tee ckap helah org kristian itu sendiri kepada org Islam..dr ridhuan tee sndiri pun pernah alami dan dia lebih tahu.anda?xkisah islam tergadai..semoga mashuk smpai puas hati..
    • Noriman Saari · Top Commenter
      ketentuan amil sebagai asnaf adalah ketentuan Allah. tak boleh nak di pertikai. cuma kita boleh pertikai bagaimana wang zakat itu di tadbir jika tidak mengikut lunas-lunas Islam.
  • Ahmad Henry · Top Commenter · Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    Tanggungjawab org Melayu terhadap Islam nampaknya dah berubah skarang ni. Tugas org Melayu ialah menyalahkan orang bukan Islam kalau Islam tergugat. Tak solat tak apa. Asalkan bila Islam tergugat, org Melayu melalak marahkan bukan Islam. Kita tahu siapa yg ajar semua ni. Dr Maza pun tahu siapa yg didik org Melayu jadi mcm ni.
    • Keladi Kelad
      rosslie...kalau semua salah,apa yg betul..? kalau semua busuk sapa yg wangi...cu citer kita nk dengor
    • Andaz Muhammad · Top Commenter · Kolej
      Rosslie ni saja cari popularity...kalau terlalu lama d bawah tempurun bahaya tu,,,selalu anggup lg bahaya....
    • Ariff Wan · Top Commenter · Works at Bekerja sendiri
      Rosslie ne org yg x de pendirian, x tahu mana buruk mana baik..stetmen org yg x guna akal untuk berhujah..
klu kat kl ni mmg sedih tgk kat pusat zakat
last yr kita bawa kawan ibu tnggal pgi sana, dia smpai dah nak kena halau dr umah, baitulmal suruh isi borang tnggu dipanggil, abis sementara tu dia nak duduk bwh jmbtn ke
mmg teruk pst zakat kl ni

Rostam Stokis Ana Edar Saya sokong Dr. Asri, nak tambah sikit tentang nafkah anak2 setelah berceraikan hendak lah d potong dari gaji suaminya, cari jalan bagaimana nak dapatkan wang nafkah e2..pinjaman boleh potong, pinjaman rumah boleh potong, xkan nafkah x boleh?

Nak Dapatkan RM100-RM200
Pun Banyak Karenahnya Sedang Gaji Pegawai Agama Pun Begitu Tinggi... Ke mana perginya wang zakat kita?'??? ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu. Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan; 1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain? 2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? 3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?! 4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan. 5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu. 6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan? Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita! -mk

BILA NIAT MULA2 BELAJAR...NIATNYA IALAH NAK KAYA..PANGKAT TINGGI2...GAJI@PENDAPATANNYA BESAR

CAK: Ustaz sampul(harian metro-8/8/11)

TERUS terang, CAK tak sangka perkara ini berlaku di kalangan insan beragama digelar ustaz dan ustazah serta mereka yang terbabit dalam urusan dakwah.
CAK ingatkan mereka yang pakar dalam agama, termasuk ramai di kalangan mereka adalah hafiz serta hafizah, mampu menepis dugaan duniawi.

Lainlah macam CAK ini, orang biasa yang rendah ilmu pengetahuan agama, tidaklah sedalam mereka yang hebat itu. Namun, CAK tahu jugalah yang mana betul dan tidak betul. Yang mana boleh dibuat dan tidak boleh dibuat.
CAK bukan hendak komen mengenai cara penyampaian mereka atau pengisian syarahan yang disampaikan kerana semua ahli agama ini hebat belaka. Ada yang berkelulusan agama dari luar negara, termasuk Mesir, Jordan dan Syria.

Cuma CAK terperanjat mendengar sikap penceramah zaman sekarang yang mana kalau dijemput memberi ceramah, mereka bertanya berapa jam perlu berceramah dan berapa bayaran diletakkan dalam sampul. Maksudnya, mereka tak akan ‘bekerja lebih masa’.

Paling buat CAK tersedak sampai terkeluar air mata, ada di kalangan mereka yang sebaik saja mendapat sampul, terus tarik duit keluar depan penganjur dan merungut, ‘ha, banyak ini aje’. Biru sekejap muka penganjur.

Patutlah CAK tengok, walaupun semakin galak rancangan agama dihasilkan dan penceramah aktif menyampaikan ceramah sana sini, masalah sosial semakin berleluasa. Jadi CAK rasa, penceramah kena betulkan balik niat mereka.

CAK tak kata penceramah dan juga ustaz ini tak perlukan duit untuk hidup tetapi sebagai insan istimewa yang diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menyebarkan agama-Nya, mereka mestilah berhemah.
Betulkan niat berdakwah kerana Allah SWT dan CAK yakin mereka yang bekerja untuk Allah SWT dengan tulus ikhlas, Allah SWT akan berikan ganjaran luar biasa.

Justeru, tak perlu merendahkan martabat diri dengan berkelakuan macam ‘orang tak tahu agama’ pula. Tidak cukup setakat itu saja, ada juga di kalangan mereka yang dengki dan cemburu dengan kejayaan kawan.

Kalau Ustaz AB dapat peluang berceramah di TV, Ustaz EF ‘naik hantu’. Dia cari jalan juga hendak masuk TV kerana bila dah terkenal, banyak undangan di luar. Poket pun kembung. Ada juga yang secara terbuka membodek penerbit rancangan agama seperti belanja makan dan sebagainya.

Dek kerana kerakusan penceramah ini, ada juga mereka yang kurang ilmu, nak berceramah juga. Sudahnya, asyik ulang cerita sama. Agaknya mereka ingat, bila dia berceramah di kawasan utara, mereka yang menetap di selatan tidak mendengar ceramahnya.

Namun, dia tak tahu mereka yang tinggal di selatan mungkin asalnya dari utara dan akan balik kampung melawat keluarga serta saudara-mara di sana. Jadi bila ada ceramah, mereka akan pergi mendengarnya.

Namun begitu, bukan semua penceramah atau ustaz bersikap begitu, sebaliknya segelintir saja. CAK juga bukan hendak memburukkan sesiapa tetapi sekadar peringatan untuk kita semua. Wallahualam!

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لاَتَجْلِسُوا عِنْدَ كُلِّ عَالِمٍ اِلاَّ اِلَى عَالِمٍ يَدْعُوكُمْ مِنْ خَمْسٍ اِلى خَمْسٍ، مِنَ

الشَّكِّ اِلَى الَيَقِيْنِ، وَمِنَ الِريَّآءِ اِلَى الاِخْلاَصِ، وَمِنَ الرََّغْبَةِ اِلَى الزُّهْدِ وَمِنَ الكِبِْر

اِلَى التَّواضُعِ، وَمِنَ العَدَاوَةِ اِلَى النَّصْيَحةِ
"Jgnlah kamu semua duduk semaljlis dgn sembarangan Ulama, kecuali dgn ulama yg mengajar dari 5 perkara kpd 5 perkara: Iaitu dari keraguan kpd keyakinan, dan dari riya kpd keikhlasan, dan daripada ketama'an kpd kesederhanaan, dan daripada takabbur kpd rendah HATI, dan daripada permusuhan kpd kejujuran." >: Riwayat Abu Nu'aim dari Jabir رضي الله عنه .
الحبيب عبد الله بن الاوي الحدداد

مَنْ نَظَرَ إِلىَ الدُّنْيَا بِغَيْنَيْ رَأْسِهِ، رَأَى غُرُوْرًا وَزُوْرًا، وَمَنْ نَظَرَ إِلَيْهِا بِغَيْنَيْ قَلْبِهِ، رَأَى هَبَاءً مَنْثُوْرًا
"Barangsiap yg melihat dunia dgn pandangan kedua matanya, maka ia akan melihatnya dgn penuh tipu daya dan dosa. Barangsiapa yg melihat dunia dgn pandangan mata HATI nya, maka ia akan melihat dunia bagaikan sesuatu yg sia2 belaka".
 
: Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنه , bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
إِنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ تَصْدَأُ كَمَا يَصْدَأُ الْحَدِيْدُ إِذَا أَصَابَهُ الْمَاءُ قِيْلَ

يَارَسُوْلَ وَمَا جِلاَئُهَا قَالَ كَثْرَةُ ذِكْرِ الْمَوْتِ وَتِلاَوَةُ الْقُرْآنِ

"Sesungguhnya HATI-HATI ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air". Baginda ditanya: "Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?" Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran". >: Baihaqi
 
Dari Abdullah bin umar رضي الله عنه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

يَامَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ الإِيْمَانُ قَلْبُهُ! لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ وَلاَ تَتَّبِعُوا

عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَتِهِمْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ
:"Hai manusia kamu baru menerima Islam dgn lidahmu, akan tetapi iman belum masuk kedlm HATI mu! Jgnlah memfitnah orang muslim atau men-cari2 kesalahan mereka yg tersembunyi, kerna siapa yg men-cari2 kesalahan saudara muslimnya, maka kesalahan2nya akan dibuka oleh Allah. Dan siapa yg kesalahan2nya dizhahirkan oleh Allah, ia akan dihinakan (olehNya), bahkan walaupun ia berada dirumahnya yg paling dLm". >: Abu Dawud.

قال اﻺمام الحسن البصري ~ Kata Al-Imam Hasan Al-Bashri;

عُقُوْبَةُ العِلْمِ مَوْتُ القَلْبِ فَقِيْلَ لَهُ مَا مَوْتُ القَلْب ِقَالَ: طَلَبُ الدُّنْيَا بِعَمَلَ الآخِرَةِ

"Hukuman ilmunya orang yg alim berupa kematian hati." Seseorang bertanya kpdnya: 'Apa yg dimaksud matinya hati itu?' "Mencari dunia dgn perbuatan akhirat."
 
قال الإمام الجنيد ~ Imam Al-Junaid:
:
أَرْبَعٌ تَرْفَعُ العَبْدَ إِلىَ أَعْلَى الدَّرَجاتِ وَإِنْ قَلَّ عِلْمُهُ
وَعَمَلُهُ، الحِلْمُ وَالتَّوَاضُعُ وَالسَّخَاءُ وَحُسْنُ الخُلُقِ

"Ada empat hal yg bisa mengangkat seorang hamba menuju kedudukan tertinggi meski kapasitas amal dan keilmuannya sedikit: Kemurahan hati, rendah hati, kedermawanan dan budi pekerti luhur"

: Duniamu dan Akhiratmu:
Imam Hasan al-Bashri rahimahullah, seorang alim lagi abid dari kalangan tabi'in, beliau berkata : " Wahai anak Adam, jual lah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan jgnlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerna kamu akan rugi di keduanya. Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana se-lama2nya"

CERITA BUNUH BOLEH DKATAKAN HARI2 KITA DENGAR...SATU LAGI BUANG ANAK...ROGOL SERTA BERZINA...KADANG2 CERITA BUNUH DIRI...KEMALANGAN TAK PAYAH CERITA LAH...

Pandu Mercedes seludup dadah



NOOR RASHID menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada 10 individu pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Kegiatan licik 10 individu yang mengubahsuai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup pelbagai jenis dadah ke negara ini dari Thailand sejak 10 bulan lalu terbongkar apabila kesemua mereka ditahan bersama dadah bernilai RM6.5 juta Jumaat lalu.
Serbuan terbesar di kawasan utara tanah air itu dilakukan hasil kerjasama polis negara ini dengan pihak berkuasa Thailand selain maklumat awam.
Siasatan mendapati, sindiket bergelar Geng Mercedes termasuk seorang remaja berusia di antara 14 dan 46 tahun terbabit mengubah suai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup dadah seperti heroin, syabu, ganja dan pil WY.
Mereka bergerak aktif sejak 10 bulan lalu dengan menjadikan Bukit Kayu Hitam sebagai laluan utama membawa barangan haram tersebut buat penagih di kawasan utara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pembongkaran bermula apabila sepasang suami isteri ditahan di satu sekatan jalan raya di Changlun dekat sini pada pukul 8.30 pagi Jumaat lalu.
Katanya, pemeriksaan pada kereta Mercedes yang dinaiki mereka menemui syabu yang disorok di ruang khas tersebut.

Peniaga mati ditikam gunting



ANGGOTA polis mengangkat mayat Kim Loong (gambar kecil) yang mati dibunuh di Taman Buntong Ria, Menglembu, Ipoh semalam.


IPOH - Dalam tempoh empat hari, negeri ini digemparkan dengan tiga kes di mana penjenayah bertindak membunuh pemilik rumah yang diceroboh mereka.
Kejadian terbaharu melibatkan seorang warga emas, Looi Kim Loong, 67, apabila dia ditemui mati dibunuh selepas dua penjenayah yang memecah masuk rumahnya menikam lehernya dengan sebilah gunting dalam kejadian di Taman Buntong Ria, Menglembu dekat sini semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian pukul 2.10 pagi itu, peniaga tersebut sedang tidur di dalam bilik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek memecah masuk melalui pintu depan.
"Dua lelaki kemudian masuk ke dalam bilik mangsa sebelum isteri dan anak Kim Loong yang tidur di bilik berasingan terjaga.
"Sebaik masuk, mereka dapati mangsa telah rebah dengan kesan tikaman di leher manakala dua lelaki itu telah melarikan diri. Kita sedang menyiasat barang yang disamun," katanya.


Mayat dicekik ditemui lagi

Oleh KASDI ALI
kasdi@hmetro.com.my

IPOH: Tidak sampai tiga hari kejadian bunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, berlaku satu lagi kes pembunuhan dengan cara hampir sama berlaku di negeri ini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, seorang nenek, Teoh Ah Mia @ Teoh Kooi Lan, 73, ditemui mati di rumahnya di Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Parit Buntar, kira-kira 160 kilometer dari sini.

Pemeriksaan awal mendapati ada kesan cedera di leher mangsa yang juga ibu saudara kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim, dipercayai dicekik sebelum dipukul dengan objek tumpul sehingga mati.
Dalam kejadian menimpa Allahyarhamah Rohani, Khamis lalu, mangsa dicekik sehingga mati dalam rumahnya di unit F-1-09, Pangsapuri Permai Lake View Tambun, dekat sini.

Ketua Polis Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mayat Teoh ditemui adiknya, jam 1.30 pagi.

“Kejadian dipercayai bermotifkan samun berdasarkan kesan pintu belakang rumah mangsa diumpil dan kehilangan barang kemas bernilai RM6,000 serta wang RM1,000.

“Mangsa dipercayai dibunuh antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi. Namun, tindakan pantas polis berjaya menahan seorang warga Myanmar berusia 25 tahun di Jalan Bagan, Tanjung Piandang yang dipercayai dapat membantu siasatan kes,” katanya.

Alat bunuh, kerat mayat ditemui



ANGGOTA polis mengangkat cebisan mayat wanita dan kanak-kanak yang dikerat 15 bahagian sebelum disumbat ke dalam tandas di Apartmen Astria, Taman Kosas, Ampang Rabu lalu.


AMPANG JAYA - Siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak warga asing yang mayat mereka dikerat 15 bahagian sebelum disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini mendapat petunjuk baharu apabila polis menemui alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Kosmo! difahamkan, alat tersebut ditemui di dalam sebuah rumah yang dihuni lapan lelaki Bangladesh di sebuah rumah di tingkat lima perumahan tersebut Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah enggan mendedahkan jenis alat yang ditemui itu.
Katanya, selain siasatan, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai sehingga berjaya menahan lapan lelaki terbabit dan merampas senjata tersebut.
"Tujuh lelaki itu ditahan serentak di kawasan perumahan tersebut manakala seorang lagi ditangkap di sebuah hotel di sini pada hari sama.
"Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai tukang cuci bangunan itu manakala salah seorang merupakan pekerja sebuah hotel," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Ah long tipu pelanggan RM170,000

MELAKA - Gara-gara terlalu teruja untuk mendapatkan duit pinjaman daripada ah long sebanyak RM800,000, seorang ahli perniagaan kini sengsara apabila mengalami kerugian RM170,000.
Dalam kejadian pada 28 Julai lalu itu, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun pada mulanya berhasrat untuk meminjam RM200,000 daripada seorang ah long yang dikenalinya.
Bagaimanapun, ah long tersebut menawarkan pinjaman sehingga RM800,000 dengan syarat dia perlu memasukkan wang sebanyak RM170,000 kononnya sebagai proses pinjaman.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, teruja dengan tawaran itu, mangsa tanpa berfikir panjang terus memasukkan wang sebanyak RM170,000 ke dalam akaun ah long tersebut.
"Bagaimanapun selepas dua hari memasukkan wang itu, ah long berkenaan tidak memberi sebarang respons kepada mangsa. Apabila menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada 30 Julai lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

22 komando AS maut di Afghanistan



GAMBAR fail menunjukkan sebuah helikopter Chinook di sebuah pangkalantentera di daerah Arghandab, Afghanistan.



KABUL - Para pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera dalam satu pertempuran di timur Afghanistan menyebabkan 30 rakyat Amerika Syarikat (AS) mati, kata beberapa pegawai AS kelmarin.
Kebanyakan yang mati itu ialah anggota komando Tentera Laut AS iaitu unit SEAL.
SEAL merupakan unit komando elit yang bertanggungjawab melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak pada awal tahun ini.
Seramai 22 anggota komando SEAL itu terbunuh dalam nahas helikopter tersebut.
Namun, mereka tidak terlibat dalam operasi membunuh Osama pada Mei lalu. Bangkai helikopter itu bertaburan di lokasi kejadian, kata seorang jurucakap Taliban.
Seorang pegawai kanan pentadbiran AS di Washington menyatakan helikopter berkenaan telah ditembak.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan kematian anggota-anggota itu merupakan peringatan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam ketenteraan.
Turut terbunuh dalam nahas itu ialah tujuh anggota komando Afghanistan.
Helikopter Chinook itu terhempas di wilayah Maidan Wardak pada malam Jumaat lalu. - Agensi

KECANTIKAN DIJAGA...KESIHATAN DIJAGA...IBADAH KHUATIR TAK JAGA...CANTIK..TERPELAJAR...KAYA RAYA TAK GUNA GAK...DALAM KUBUR DIMAKAN ULAT....AKHIRAT MASUK NERAKA KERANA TAK JAGA SERTA TAK KUAT BERIBADAH KEPADA ALLAH...SIBUK DENGAN KECANTIKAN DAN MENCARI HARTA TAK CUKUP2...

RAMAI WANITA MASUK NERAKA



ismailybungsu
sabah

ORANG Islam wajib atau seharusnya percaya kepada kitab yang namanya Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Keempat-empat kitab berkenaan wajib dan harus sangat diyakini dan diimani, meskipun yang wajib dan diamalkan hanyalah isi Al-Quran iaitu  kitab terakhir yang ditanzilkan kepada yang juga merupakan rasul terakhir yang namanya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Juga setiap yang namanya orang Islam walau di mana jua mereka berada harus percaya tentang adanya hari kiamat sebab percaya adanya hari kiamat merupakan kemestian pada kalangan masyarakat Islam kerana telah dinyatakan bahawa barang siapa yang tidak percaya adanya kiamat, maka orang yang sedemikian itu bukanlah beragama Islam namanya. Nah, sesungguhnya itulah yang ditentukan/ditetapkan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi junjungan.

Lalu tentunya kita bertanya tentang bila datangnya hari kiamat yang dimaksudkan itu. Yang jelas banyak yang menyatakan bahawa tarikhnya amat lama lagi dan kita yang ada kononnya tidak akan kesampaian waktunya dan kerana itulah banyak kalangan kita  sekarang ini tidak memperdulikan setiap  apa saja larangan dan perintah Allah, lainlah kalau atau mungkinnya kita sendiri sudah tahu yang diri kita akan mati esok hari seperti mereka yang dihukum gantung sampai mati kerana mengedar dadah atau membunuh sesama manusia. Baru padan muka!

Sebenarya hari kiamat memang pasti akan terjadi dan dunia ini akan hancur dan jadualnya terjadi mungkin saja esok, lusa, tolat atau hari-hari selanjutnya sebab tanda-tandanya hari kiamat itu memang sudah ada seperti yang dicatatkan lewat Al_Quran. Misalnya hamba kalangan perempuan telah digauli oleh tuannya hingga melahirkan anak, bukan saja hal demikian berlaku, malah ada atau memang banyak orang tua yang namanya nenek atau bapak kandung mengauli anak kandungnya sendiri yang menyebabkan anak berkenaan berbadan dua atau beranak pinak tanpa diketahui atau memangnya diketahui, tapi orang selalu berdiam diri kerana bersikap tidak mahu menjaga tepi kain orang lain atau kalau dilaporkan yang berkenaan bakal mengamuk kononnya macam dialah kononnya terkuat di dunia atau membikin huruhara. Hai! kamu kelihatannya macam haiwan atau ikan yang namanya haruan makan anak akan pasti dilaknati Allah dan diletakkan di neraka jahanam.

Juga banyak yang suka berpakaian hampir bertelanjang atau memang bertelanjang sambil berjalan tanpa sepatu atau alas kaki, berlaku perlumbaan sengit untuk membangun bangunan tinggi yang namanya pencakar langit. Nah, bukankah hal yang saya perkatakan sudah begitu jelas kelihatan sekarang ini di hadapan kita? Lalu kerana itu tidak perlu lagi kita bertanya tentang bila hari kiamat itu berlaku dan yang pentingnya pula kita harus beringat dan memperbanyakkan amalan bukan memperlipat gandakan atau terus melakukan dosa yang kelak mati menjadi "hantu bangkit" atau "tutut" akibat banyaknya kelakuan sumbang yang ditanggung atau akibat hipokrit perilaku atau perbuatannya. Jangan asyik bermain drama yang seolah-olah orang semacam saya ini tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Hipokritnya bukan main macam ahli politik yang suka berjanji, lepas pilihanraya hilang entah ke mana, malah untuk ketemu susahnya bukan main. Tinggi gunung seribu janji. Lain di bibir, lain di hati. Kamu ingat saya tak tahu akan perbuatan kamu? Astaga!

Untuk kaum wanita atau yang bernama isteri, sebenarnya catatan ini merupakan amaran yang amat keras, tapi bukan pula maksudnya mahu menakut-nakutkan sebab yang saya perhatikan dan saya baca selama ini bahawa jelaslah yang kelak ramai masuk neraka ialah yang namanya kaum wanita atau yang bergelar isteri khususnya. Kesian! jangan marah atau mudah melenting kerana kenyataan ini bukan kenyataan saya atau sengaja saya ada-adakan, tapi adalah kenyataan atau sabda Nabi Junjungan kita seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radiyallahu Anhuma. Tak percaya atau sangsi atas sebab saya bukan seorang ustaz  yang bertauliah/bersijil, tanya saja yang alim ulama atau para ustaz seperti kawan baik saya yang namanya Ustaz Ariffin Arif atau ustaz-ustaz lain yang ada di Jabatan Agama Islam Sabah, tapi jangan tersalah tanya pada yang bukan-bukan kala banyak yang menyamar.

Nah, kalian tentunya mahu tahu kenapa nabi bersabda sedemikian rupa. Alasan nabi yang kaum wanita atau yang namanya isteri banyak memasuki atau menjadi penghuni neraka ialah atas sebab mereka banyak mengutuk dan mengingkari perintah suami. Betul atau tidak? Tanyalah diri sendiri!. Lagipun kaum wanita/isteri pasti akan berbuka puasa atau "makan siang" atau "sungkai" dan tidak akan bersembahyang ketika datangnya bulan ramadhan atas sebab adanya haid yang ditentukan hadirnya setiap bulan kecuali yang belum sampai waktunya atau kerana berpenyakitan yang tentu saja memerlukan perhatian sang doktor.

"Kerana itulah juga kaum wanita atau isteri harus banyak bersedekah, berinfag dan membantu orang miskin" Katanya Abdullah bin Umar lagi, lagi pun nabi junjungan kita pernah bersabda bahaya kebaikan yang bakal dilaksanakan akan melenyapkan keburukan atau dosa yang pernah dilakukan, itupun kalau nantinya diampunkan oleh Allah, tapi orang Islam amat yakin dan amat percaya sekali bahawa memangnya Allah maha pengampun dan maha penyayang kepada semua hambanya kecuali barangkali mereka yang degil dan terus membuat kesalahan demi kesalahan sebab memang kalangan kita selalu bertaubat, tapi terus jua melakukan kesalahan atau larangan atau yang tidak disuruh oleh Allah secara bersilih ganti. Taubat sedemikian tentunya tidak diterima oleh Allah.

Disamping yang dinyatakan di atas, sebab-sebab lain ialah wanita atau isteri memangnya selalu durhaka terhadap suami seperti bila dipanggil enggan datang, kata-katanya kasar sangat atau lebih kuat/tinggi dari kata-kata suami alias selalu meninggikan suara, membantah suruhan suami, bermasam muka yang menyebabkan suami selalu berdukacita, membebankan suami dengan cara mohon minta belikan bermacam-macam yang diluar kemampuan suami seperti gelang emas, cincin dan  intan permata hingga suami bersusah payah berhutang di Kopeks atau Moccis atau terpaksa bergadai harta atau terpaksa menerima rasuah.

Disamping itu sang isteri juga selalu berhias dengan cara memakai pakaian yang baru atau "up to date" dan menghairahkan sambil skirtnya berbelah dan kenampakan pahanya yang memutih dan kemudian berwangi-wangian yang bukan untuk suami serta keluar rumah tanpa izin suami, menghina pengorbanan suami, membenarkan orang lain masuk ke rumah tanpa keizinan suami, disamping tidak mahu menerima sebarang tunjukajar suami atau bolehlah dikatakan engkar perintah. Hai sang suami, apakah isteri anda sedemikian sifatnya atau sang isteri terasakan sindiran/catatan ini?

Yang nyata sekarang ini dan diakui banyak orang seperti yang pernah diceritakan oleh banyak kawan atau suami yang isterinya berkerja bahawa isteri mereka sesuka hati keluar rumah tanpa izin suami atau balik lambat. Benarkah? Apakah anda salah seorang dari yang dimaksudkan?. Apakah anda salah seorang yang selalu bermasam muka ketika suami kembali dari berkerja untuk maksud mendapatkan nafkah hidup demi isteri dan anak-anak? Apakah anda merupakan isteri yang selalu menerima tetamu tanpa izin suami, lalu selalu berasmaradana atau paling enak dikatakan ada "part time lover"?

Apakah anda merupakan isteri yang selalu menceritakan keburukan suami kepada orang lain atau teman-teman anda di pejabat? Apakah anda isteri yang selalu atau seringkali keluar rumah dan berhiasnya bukan main hebat dan mengalahkan anak dara/bujangan yang mahu mencari pasangan serta selalu memakai minyak wangi jenis christian dior, ralph lauren, clandestine, obsession atau lain-lain jenama yang dengan harapan orang lain akan tercium baunya yang nantinya lewat dalam lift atau di mana-mana jua pun dan segera nantinya mereka jatuh cinta atau nafsu  berahinya tiba-tiba menjelma tanpa peduli yang berkenaan isteri orang atau tunangan orang/apa lagi setelah tertelan yang namanya pil viagra buatan Amerika itu?

Awas, kalaulah anda adalah orangnya, maka nerakalah tempat anda dan pastinya akan bernang di lautan api dan nanah manusia. Itulah kenyataannya dan mulai sekarang sebaiknya banyak-banyaklah belajar agama dan beribadat. Jangan marah kerana terpaksa diperkatakan hal ini atas sebab rasa sayang saya kepada anda walaupun pahit terasakan. Ingat, hidup ini tak lama dan kita harus selalu ingat mengingati sebab mengingati suatu kewajiban. Sedar dan banyakkan beribadat bukan menunggu usia atau nantinya bergelar nenek atau setelah mahu mati baru berjuta kali bersembahyang serta mengingat Allah yang lalu menyesalnya bukan main. Menyesal dahulu ada gunanya, menyesal kemudian buruk kelak wajah kita, tapi harus diingat dosa sesama manusia setahu saya hanya boleh diampunkan oleh manusia itu sendiri seperti dosa memfitnah dan dosa-dosa lain. Iya, baca dosa diri yang selama ini pernah terlakukan pada kawan-kawan atau sesama  Islam!

Memang banyak kaum wanita atau yang namanya isteri sejak kebelakangan ini  suka benar keluar rumah tanpa pengetahuan suami dan kemudian mereka ketemu kawan-kawannya sambil minum dan bersembang di hotel bertaraf lima bintang dan ada pula memberikan alasan terlalu sebok akibat banyak kerja yang diamanahkan oleh persatuan atau perkumpulan kebajikan atau sekadar alasan sahaja misalnya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri atau barangkali ada yang sengaja mencari seboknya di mana-mana untuk menjadi alasan keluar rumah kala malam.

Terkadang hanya berada di rumah selepas sembahyang maghrib dan sesudah mandi keluar lagi atau kalau tidakpun asyik menonton drama Cina yang bermula jam 6:30 petang seperti The Princes Of Xue Xue, Return To The Truth, Fate Cast In The Wind, Dragon in The Mask dan macam-macam sehingga habisnya berita jam lapan malam dan sesudah itu enggan pula memasak atau menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak tercinta sehingga makanan anak-anak kekurangan zat/gizzi makanan yang menyebabkan otak anak-anak  tak kreatif, tak produktif dimana akhirnya selalu gagal dalam pepereksaan, manakala kaum Cina yang mengutamakan makanan yang berzat dan berbagai hingga melahirkan anak-anak yang pintar serta bijaksana dan mendapat nombor terbaik lewat pepereksaan. Benarkah atau tidak kenyataan ini?

Sudahpun masa banyak terbuang di luar rumah kerana persatuan dan akhirnya kembali ke rumah sambil mengeluh kepenatan dan kekurangan "mood" untuk melayan suami dan akhirnya sang suami yang tidak mahu menimbulkan pertengkaran terus keluar rumah untuk mencari makanan atau makan nasi bungkus sebab Nabi junjungan pernah menyatakan agar kita makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang sebab tidak memperdulikan semua hal berkenaanlah bakal mengundang diri untuk memperolehi penyakit yang namanya gistrik dan terkadang sang suami terpaksa mencari kasih sayang di luar rumah atau bersembang, melepak dengan kawan-kawan yang boleh sharing permasalahan dan tentunya bakal meringankan sedikit beban fikiran untuk mengelakkan diri gila dan nantinya di hantar ke Bukit Padang. Kemungkinan bah!

Nah, adakah perlakuan atau perolahan  ini merupakan kesalahan yang harus dibentak-bentak dan isteri terus melakukan perbuatan yang dinyatakan atau adakah suami yang harus disalahkan? Barangkali wanita atau isteri yang solehah saja dapat memberikan jawaban yang setepatnya kerana jawabannya tentu tidak disertakan dengan jawaban yang berdasarkan perasaan panas baran. Kenyataan inilah yang menyebabkan Nabi bersabda yang kaum wanita atau isteri merupakan yang paling ramai menjadi penghuni neraka sebab banyaknya dosa yang ditanggung tanpa disedari sebab kuman di seberang lautan bisa dilihat sedang gajah di bibir mata tak kelihatan.

Mohon maaf kalau catatan ini menyebabkan pembaca marah, tapi yakin dan percayalah bahawa yang dimaksudkan  adalah sekadar peringatan dan saya tidak pula bertujuan mahu mengenakan atau mahu menyindir sesiapapun kerana sebagai penulis saya punya kewajiban untuk memperingatkan diri saya dan saudara-saudara saya yang ada. Mudah-mudahan ada rahmat dan hikmahnya.

nota: sila sebarkan.TQ

10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan
Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan
para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi
selama anda berhubungan

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,
dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,
berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun
sesudahnya

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh
kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah
nafila (tambahan)

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam
ditempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu
upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan
dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama
Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia
tanpa nilai pahala

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah
dan perbayak bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk
memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir
Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu

10)Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi
kebagusan ibadah kita yang utama.
 

Pengawal curiga bongkar jenayah

Oleh KASDI ALI
kasdi@hmetro.com.my

TAKUT... Bukhari masih terbayangkan wajah mangsa ketika menyelak cadar yang membalut mayatnya.
TAKUT... Bukhari masih terbayangkan wajah mangsa ketika menyelak cadar yang membalut mayatnya.
IPOH: “Saya tak kenal perempuan ini... dia sakit, saya mahu hantar dia ke hospital.” Itu reaksi spontan seorang daripada suspek dipercayai terbabit dalam kes bunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, Khamis lalu.
Seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Bukhari, 62, berkata lelaki terbabit yang juga jiran kepada mangsa mengatakan demikian selepas dia menghampirinya kerana curiga melihat suspek memikul cadar pada awal pagi.

“Saya bersama seorang rakan setugas baru melangkah dua anak tangga dan belum sempat kami bertanya, dia terus memberitahu dia tidak mengenali perempuan ini.
“Ketika itu baru saya perasan kaki manusia terjulur keluar daripada hujung cadar dalam keadaan terikat dan melihat kami semakin mendekatinya, lelaki terbabit terus meletakkan cadar berkenaan ke lantai tangga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Bukhari adalah individu penting dalam membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan Rohani yang mati dicekik di rumahnya di unit F-1-09, Pangsapuri Permai Lake View, Tambun, dekat sini, hingga tertangkapnya empat suspek, termasuk lelaki yang memikul cadar berisi mayat mangsa, dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Malah, sikap bertanggungjawab Bukhari yang hampir lima tahun bertugas sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri itu menyiasat gelagat mencurigakan berhampiran kediaman mangsa berjaya menghalang niat jahat suspek yang dipercayai cuba membawa keluar mayat untuk dibuang di tempat lain.

“Saya melakukan rondaan rutin sekitar kawasan pangsapuri yang mempunyai sembilan blok ini apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan mundar-mandir di depan kawasan tangga Blok F berhampiran kediaman mangsa seperti memerhatikan sesuatu, jam 3.30 pagi.

“Saya memerhatikan tindak-tanduk lelaki terbabit dengan berselindung di sebalik sebuah kenderaan dan ketika itu juga saya menyedari dua lelaki dalam sebuah kereta Perodua Kancil yang dihidupkan enjin tetapi lampu ditutup parkir bersebelahan kereta mangsa,” katanya.
Bukhari berkata, ketika itu dia terlihat kelibat seorang lagi lelaki memikul cadar berkenaan dan selepas lelaki itu memberi penjelasan pelik serta melihat kaki manusia terjulur, hatinya semakin berdebar-debar.

“Suspek kelihatan gelisah dan tidak semena-mena dia memberitahu pula mangsa sakit dan mahu menghantarnya ke hospital, sedangkan sebelum itu mengatakan tidak mengenalinya.

“Sebaik saya bertanya kenapa kaki dan tangan mangsa terikat, dia terus melarikan diri ke tingkat atas dan pada masa sama, tiga lagi lelaki yang dilihat sebelum itu, turut cabut dengan menaiki kereta,” katanya.

Bukhari berkata, dia memberanikan diri membuka cadar untuk melihat keadaan mangsa dan mengucap panjang apabila mendapati mulut mangsa ditutup dengan pita pelekat serta mukanya lebam kebiruan.

Menurutnya, dia memaklumkan kejadian kepada ketua pengawal yang menghubungi polis. Keterangan Bukhari berjaya membantu polis menangkap dua suspek dalam tempoh kurang dua jam selepas kejadian di kawasan berhampiran diikuti penahanan dua lagi suspek pada hari sama.

“Saya masih terbayangkan keadaan muka mangsa ketika menyelak cadar itu dan sedih mengenangkan nasibnya diperlakukan sedemikian rupa.

“Saya mengenali keempat-empat lelaki yang saya lihat pada hari kejadian kerana mereka adalah jiran yang tinggal berdekatan rumah mangsa.

“Apapun, saya menyerahkan segala-galanya kepada polis untuk melakukan siasatan rapi dan mengheret individu bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, siasatan lanjut masih dijalankan tetapi pihaknya yakin kes dapat diselesaikan dengan tertangkapnya empat suspek terbabit.

“Tangkapan pertama dibuat terhadap dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun di sekitar kawasan kejadian pada jam 4 pagi. Dua lagi suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun berjaya ditahan di Tanjung Malim pada jam 4.30 petang dan di Slim River jam 10.25 malam hari sama.

“Polis percaya seorang daripada suspek mungkin terbabit dalam kes pecah rumah mangsa pada 14 Julai lalu berdasarkan penemuan barang kemas mangsa. Siasatan lanjut akan dijalankan dan punca kematian masih disiasat,” katanya.

Ugut jiran dengan ular sawa batik


JAGETHISWARAN menunjukkan tempat ular sawa itu ditinggalkan di depan rumahnya di PPR Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda meletakkan seekor ular sawa batik dalam guni di hadapan rumah jirannya dengan niat menakut-nakutkan mangsa menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam.
Kejadian itu berlaku pukul 9.40 malam apabila suspek yang bekerja sebagai buruh am berusia 22 tahun membawa satu karung guni berisi ular sawa sepanjang 2.4 meter.
Namun ketika di hadapan rumah mangsa di tingkat lapan flat itu, dia mengalami kesukaran melepaskan ular itu untuk masuk ke dalam rumah sehingga disedari anak lelaki mangsa yang kemudian mengejar suspek dan menangkapnya.
Pemilik rumah, V. Rajoo, 51, mengenali suspek dan yakin dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan dirinya selaku Ketua Biro Keselamatan dan Pengaduan Awam yang sering terlibat dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.

'Kembalilah ke pangkal jalan'

PASIR MAS - Seorang bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berpesan kepada rakan-rakannya yang masih bertugas supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selagi mereka ada masa untuk berbuat demikian.
Lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan atas tuduhan terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia bersama tujuh lagi rakan setugas tahun lepas sebelum kesemuanya dibebaskan pada Selasa lalu.
"Kalau ada yang masih buat perkara itu, saya nasihat jangan lakukan kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri, dan fikirlah kepada keluarga sendiri,'' katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Komisioner Kanan Penjara Bahagian Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara, Supri Hashim.
Dia turut melahirkan kesyukuran atas pembebasannya dan berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Lelaki itu mengakui penahanan di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (Kemta) memberi keinsafan kepadanya.

TERKINI


Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601

07/08/2011 1:55pm

ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.
Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.
"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.
KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.
Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. - Bernama

AL MALIKUL SEMBAB GANTI MAT MONGOL..
kah kah kah kah kah

kredit to.... http://paspb2.blogspot.com/

Malaysia beli 2 buah Kapal Selam RM6.7 Bilion, VIetnam beli 6 buah hanya RM6 Bilion

Kelas Kilo (Rusia)

Lapan lelaki warga asing ditahan

KUALA LUMPUR - Polis telah manahan lapan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan anggota badan dan organ dalaman manusia di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini pada Rabu lalu.
Kesemua lelaki warga Bangladesh itu diberkas dalam dua serbuan berasingan sejak pagi semalam di sekitar tempat kejadian.
Sumber polis berkata, penahanan lapan lelaki itu dijangka memberi petunjuk baharu dalam siasatan terhadap kes berkenaan.
Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan, mayat seorang kanak-kanak lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan tragis apabila badan mereka terpisah dipercayai dikerat dan dimasukkan ke dalam beg beberapa beg plastik manakala organ dalaman pula dicampak ke dalam mangkuk tandas.
Kedua-dua mangsa tanpa identiti itu dipercayai dibunuh sejak seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang reput dan bau busuk.
Mengulas lanjut mengenai kes tersebut, sumber itu memberitahu, siasatan awal mendapati mayat wanita terbabit juga dikenal pasti sebagai warga asing.
"Berdasarkan siasatan, kita percaya mangsa mungkin berusia di antara 18 hingga 25 tahun manakala kanak-kanak lelaki itu pula di antara lima hingga enam tahun,'' katanya.

Ibu saudara timbalan menteri mati disamun


FAUZI (kanan) menunjukkan pisau yang digunakan suspek kes samun dan bunuh pada sidang akhbar di Parit Buntar semalam.


PARIT BUNTAR - Seorang warga emas yang juga ibu saudara Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai ditemui mati akibat dicekik selepas disamun pekerjanya di sebuah rumah di Bagan Selatan, Tanjung Piandang dekat sini semalam.
Mayat mangsa, Teoh Ah Nya @ Teoh Kooi Lan, 73, ditemui di bilik tidurnya oleh adik mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan pada pukul 1.30 pagi.
Kejadian itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang tiga hari membabitkan kes pecah rumah yang berakhir dengan kematian di Perak selepas pembunuhan Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim, 38, di Ipoh pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian dipercayai berlaku di antara pukul 12 malam dan 1 pagi apabila seorang lelaki yang juga pekerja sambilan mangsa menceroboh ke rumah berkenaan.
"Mangsa ketika kejadian tidur berseorangan di bilik tidur tingkat bawah rumah manakala suaminya tidur di sebuah pondok berdekatan kediaman terbabit.
"Suspek dipercayai menceroboh rumah mangsa menerusi pintu belakang rumah dan melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai RM7,000 milik mangsa," katanya di sini semalam.
Katanya, mayat mangsa ditemui adik perempuannya berusia 65 tahun pada pukul 1.30 pagi yang ketika itu tidur di tingkat atas selepas terdengar bunyi bising di bawah.
Adik mangsa kemudiannya membawa wanita terbabit ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang tetapi disahkan sudah meninggal dunia, ujarnya.
"Ekoran laporan polis, pada pukul 2.30 pagi, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemotong babi sambilan di rumah mangsa kira-kira tujuh kilometer dari kediaman terbabit.
"Polis merampas sebilah pisau daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk mengumpil pintu rumah mangsa," jelasnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Rugi RM1.2 juta akibat bena perang


JOHARI (dua dari kanan) meneliti padi yang rosak akibat serangan bena perang ketika meninjau sawah padi di Kampung Pida 3 1/2, Tunjang, Jitra semalam.


JITRA - Lebih 200 pesawah mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta apabila seluas 211 hektar sawah padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis rosak akibat diserang makhluk perosak yang dikenali sebagai bena perang.
Kawasan yang dikesan terjejas melibatkan empat wilayah MADA iaitu Kangar, Perlis dan tiga di Kedah iaitu Jitra, Pendang dan Kota Sarang Semut.
Luas kawasan tanaman padi di MADA adalah 96,558 hektar.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang melakukan lawatan ke kawasan sawah padi di Kampung Pida 3 1/2, Tunjang di sini semalam berkata, seluas 211 hektar sawah padi di empat wilayah MADA rosak akibat bena perang.
"Kerosakan akibat bena perang ini melibatkan kerugian kira-kira RM1.2 juta dan ia menjejaskan pendapatan petani di empat wilayah dalam MADA," katanya.
Kata beliau, penggunaan racun secara berlebihan mungkin menjadi penyebab sawah padi diserang bena perang.
Jelas beliau, ia berlaku apabila racun berlebihan membunuh sahabat ladang seperti labah-labah yang memakan bena perang seterusnya menyebabkan bilangan bena perang bertambah dan menyerang pokok padi.
Menurutnya, para petani sepatutnya menggunakan kapasiti racun mengikut ukuran yang telah ditetapkan MADA.
"Apa yang boleh kita buat sekarang adalah menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut untuk mencari jalan bagi mengelakkan masalah serupa berulang pada musim padi akan datang," tambahnya.
Sementara itu, seorang petani, Azmi Ali, 63, berkata, sebanyak satu hektar daripada dua hektar sawah padinya rosak diserang bena perang dengan anggaran kerugian RM5,000.
Katanya, sawah menjadi kering dalam masa 10 hari selepas diserang bena perang dan dia mungkin hanya mendapat hasil padi sekitar RM10,000 selepas ditolak padi rosak.
Sulaiman Puteh, 59, pula terkilan kerana separuh daripada 1.4 hektar sawah padinya rosak akibat serangan makhluk perosak itu dengan anggaran kerugian lebih RM5,000.
"Serangan ini amat cepat dan jika populasinya bertambah serta dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan petak sawah kering dengan cepat dan mengakibatkan padi kuning serta kering," jelasnya.



Lemak lembu bakar pembuka selera


ANUAR DERIS membakar lemak yang dijadikan juadah
Ramadan di Bazar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.


BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.
Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan.
Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang.
"Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.
Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi.
"Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka," katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk.

Kerapu gergasi 168kg dijual RM7,560


KAH SENG (kiri) bersama ikan kerapu gergasi yang dijual pada harga RM7,560 di George Town semalam.


GERGASI. Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.
Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560. - Bernama

Noraniza, tunang buat kerja amal


NORANIZA bersama Jeffri pada program Ziarah Ramadan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tebrau di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffrey Iman membuat kerja amal dengan menyertai Program Ziarah Ramadan 7 di sekitar daerah ini semalam.
Noraniza turut menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak yatim Rumah Berkat di sini selain menyanyikan beberapa buah lagu ketika mengunjungi orang kurang upaya dan warga emas di Rumah Kenangan dan Sinar Harapan.
Program berkenaan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Tebrau dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Johor dan Gerakan Belia 4B Tebrau.
Ketua Pemudanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, Noraniza merupakan ikon bagi program Gerakan Belia 4B Johor.
"Selain itu, kita turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan program Kahwin-kahwin Mashyur 1Malaysia yang akan diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober depan di Plaza Angsana," tambahnya.
Katanya, pada program berkenaan, Noraniza dan tunangnya akan turut bersanding dan satu sidang akhbar khas mengenai persandingan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.
Noraniza, 43, bertunang dengan Jeffri, 52, pada 22 April lalu.
Beliau sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Fareez sebelum bercerai dan berkahwin pula dengan seorang usahawan yang juga berakhir dengan penceraian.