Sunday, August 7, 2011

CERITA BUNUH BOLEH DKATAKAN HARI2 KITA DENGAR...SATU LAGI BUANG ANAK...ROGOL SERTA BERZINA...KADANG2 CERITA BUNUH DIRI...KEMALANGAN TAK PAYAH CERITA LAH...

Pandu Mercedes seludup dadah



NOOR RASHID menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada 10 individu pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Kegiatan licik 10 individu yang mengubahsuai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup pelbagai jenis dadah ke negara ini dari Thailand sejak 10 bulan lalu terbongkar apabila kesemua mereka ditahan bersama dadah bernilai RM6.5 juta Jumaat lalu.
Serbuan terbesar di kawasan utara tanah air itu dilakukan hasil kerjasama polis negara ini dengan pihak berkuasa Thailand selain maklumat awam.
Siasatan mendapati, sindiket bergelar Geng Mercedes termasuk seorang remaja berusia di antara 14 dan 46 tahun terbabit mengubah suai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup dadah seperti heroin, syabu, ganja dan pil WY.
Mereka bergerak aktif sejak 10 bulan lalu dengan menjadikan Bukit Kayu Hitam sebagai laluan utama membawa barangan haram tersebut buat penagih di kawasan utara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pembongkaran bermula apabila sepasang suami isteri ditahan di satu sekatan jalan raya di Changlun dekat sini pada pukul 8.30 pagi Jumaat lalu.
Katanya, pemeriksaan pada kereta Mercedes yang dinaiki mereka menemui syabu yang disorok di ruang khas tersebut.

Peniaga mati ditikam gunting



ANGGOTA polis mengangkat mayat Kim Loong (gambar kecil) yang mati dibunuh di Taman Buntong Ria, Menglembu, Ipoh semalam.


IPOH - Dalam tempoh empat hari, negeri ini digemparkan dengan tiga kes di mana penjenayah bertindak membunuh pemilik rumah yang diceroboh mereka.
Kejadian terbaharu melibatkan seorang warga emas, Looi Kim Loong, 67, apabila dia ditemui mati dibunuh selepas dua penjenayah yang memecah masuk rumahnya menikam lehernya dengan sebilah gunting dalam kejadian di Taman Buntong Ria, Menglembu dekat sini semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian pukul 2.10 pagi itu, peniaga tersebut sedang tidur di dalam bilik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek memecah masuk melalui pintu depan.
"Dua lelaki kemudian masuk ke dalam bilik mangsa sebelum isteri dan anak Kim Loong yang tidur di bilik berasingan terjaga.
"Sebaik masuk, mereka dapati mangsa telah rebah dengan kesan tikaman di leher manakala dua lelaki itu telah melarikan diri. Kita sedang menyiasat barang yang disamun," katanya.


Mayat dicekik ditemui lagi

Oleh KASDI ALI
kasdi@hmetro.com.my

IPOH: Tidak sampai tiga hari kejadian bunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, berlaku satu lagi kes pembunuhan dengan cara hampir sama berlaku di negeri ini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, seorang nenek, Teoh Ah Mia @ Teoh Kooi Lan, 73, ditemui mati di rumahnya di Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Parit Buntar, kira-kira 160 kilometer dari sini.

Pemeriksaan awal mendapati ada kesan cedera di leher mangsa yang juga ibu saudara kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim, dipercayai dicekik sebelum dipukul dengan objek tumpul sehingga mati.
Dalam kejadian menimpa Allahyarhamah Rohani, Khamis lalu, mangsa dicekik sehingga mati dalam rumahnya di unit F-1-09, Pangsapuri Permai Lake View Tambun, dekat sini.

Ketua Polis Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mayat Teoh ditemui adiknya, jam 1.30 pagi.

“Kejadian dipercayai bermotifkan samun berdasarkan kesan pintu belakang rumah mangsa diumpil dan kehilangan barang kemas bernilai RM6,000 serta wang RM1,000.

“Mangsa dipercayai dibunuh antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi. Namun, tindakan pantas polis berjaya menahan seorang warga Myanmar berusia 25 tahun di Jalan Bagan, Tanjung Piandang yang dipercayai dapat membantu siasatan kes,” katanya.

Alat bunuh, kerat mayat ditemui



ANGGOTA polis mengangkat cebisan mayat wanita dan kanak-kanak yang dikerat 15 bahagian sebelum disumbat ke dalam tandas di Apartmen Astria, Taman Kosas, Ampang Rabu lalu.


AMPANG JAYA - Siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak warga asing yang mayat mereka dikerat 15 bahagian sebelum disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini mendapat petunjuk baharu apabila polis menemui alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Kosmo! difahamkan, alat tersebut ditemui di dalam sebuah rumah yang dihuni lapan lelaki Bangladesh di sebuah rumah di tingkat lima perumahan tersebut Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah enggan mendedahkan jenis alat yang ditemui itu.
Katanya, selain siasatan, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai sehingga berjaya menahan lapan lelaki terbabit dan merampas senjata tersebut.
"Tujuh lelaki itu ditahan serentak di kawasan perumahan tersebut manakala seorang lagi ditangkap di sebuah hotel di sini pada hari sama.
"Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai tukang cuci bangunan itu manakala salah seorang merupakan pekerja sebuah hotel," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Ah long tipu pelanggan RM170,000

MELAKA - Gara-gara terlalu teruja untuk mendapatkan duit pinjaman daripada ah long sebanyak RM800,000, seorang ahli perniagaan kini sengsara apabila mengalami kerugian RM170,000.
Dalam kejadian pada 28 Julai lalu itu, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun pada mulanya berhasrat untuk meminjam RM200,000 daripada seorang ah long yang dikenalinya.
Bagaimanapun, ah long tersebut menawarkan pinjaman sehingga RM800,000 dengan syarat dia perlu memasukkan wang sebanyak RM170,000 kononnya sebagai proses pinjaman.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, teruja dengan tawaran itu, mangsa tanpa berfikir panjang terus memasukkan wang sebanyak RM170,000 ke dalam akaun ah long tersebut.
"Bagaimanapun selepas dua hari memasukkan wang itu, ah long berkenaan tidak memberi sebarang respons kepada mangsa. Apabila menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada 30 Julai lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

22 komando AS maut di Afghanistan



GAMBAR fail menunjukkan sebuah helikopter Chinook di sebuah pangkalantentera di daerah Arghandab, Afghanistan.



KABUL - Para pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera dalam satu pertempuran di timur Afghanistan menyebabkan 30 rakyat Amerika Syarikat (AS) mati, kata beberapa pegawai AS kelmarin.
Kebanyakan yang mati itu ialah anggota komando Tentera Laut AS iaitu unit SEAL.
SEAL merupakan unit komando elit yang bertanggungjawab melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak pada awal tahun ini.
Seramai 22 anggota komando SEAL itu terbunuh dalam nahas helikopter tersebut.
Namun, mereka tidak terlibat dalam operasi membunuh Osama pada Mei lalu. Bangkai helikopter itu bertaburan di lokasi kejadian, kata seorang jurucakap Taliban.
Seorang pegawai kanan pentadbiran AS di Washington menyatakan helikopter berkenaan telah ditembak.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan kematian anggota-anggota itu merupakan peringatan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam ketenteraan.
Turut terbunuh dalam nahas itu ialah tujuh anggota komando Afghanistan.
Helikopter Chinook itu terhempas di wilayah Maidan Wardak pada malam Jumaat lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment