KOREK HIDUNG DAN KOREK TELINGA TIDAK BATAL...
Korek Hidung dan Telinga Tidak Batal Puasa

 Tak ada kan orang tengah makan time baca entry ni :P 
 Sebagai penjelasan ringkas ada di sini 
Soalan:Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?
Jawapan:بسم اللهوالحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
Kalau nak penjelasan yang lebih detel, sila rujuk link di bawah ini :
Korek hidung / telinga tidak batal puasa
Oleh itu, selepas ini, koreklah hidung anda tanpa was-was :P
*entry ini saya tulis adelah kerana telinga saya sangatlah gatalnya. Jika saya tidak korek, gatalnya akan merayap ke tekak. Bila ia merayap ke tekak, ia tidak boleh digaru dan terpaksalah saya buat bunyi yang menggerunkan di dalam tekak untuk menghilangkan kegatalan itu. Selepas itu, tekak saya akan luka dan menyebabkan ada sesuatu yang seperti ulser akan melekat di sana dan akhirnya menyebabkan ada bau mulut dan ketidakselesaan. Time kasih :))
Korek hidung dan telinga tidak membatalkan puasa.
 Aduh,   sakit kot. tergaru jerawat kat leher. Cik jerawat ni merata-rata dia   parking. Dia buat macam tanah jajahan dia dah. Ada tu siap pacak batu   nesan lagi. Bukan setakat dekat gurun sahara. Dekat hutan belantara pun   dia duk pi lepak. Nak je aku pi rendam dalam ayaq panas. Maka kepala  aku  jugak yang parah. Redha dan berserah je lah.
 Di awal bulan Ramadhan ni, pasal jerawat jugak ler ko nak bercerita segala bagai. Story la benda lain brader. 
 ***
  Ermm.. itu cerita semalam, cerita hari ini pulak lawak bertwitter dengan rerakan twitter sekalian. Banyak jugak input dapat bila bertweet dengan Ustaz Imam Muda Asyraf. Kalau dah follow Imam Muda, semestinya dapat baca dan ketahui pelbagai persoalan agama dan hukum-hakamnya. Ada juga yang bertanya soalan-soalan yang tak berapa pelik tapi terlintas jugak di kepala, "eh, tak kan tak tahu kot!". Contohnya: Ada orang bertanya, boleh tak solat dengan kain telekung yang bukan berwarna putih. Of coz la boleh. Warna apa-apa pun boleh, asalkan menutup aurat.
Bila dah berada di bulan Ramadhan ni mesti banyak persoalan tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa. Untuk pengetahuan semua, kita belajar masa kecik-kecik dulu memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan itu boleh membatalkan puasa. Ya, betul tapi adakah kita betul-betul faham apakah istilah "memasukkan sesuatu" itu??
Di sini saya nak habaq kat hang pa semua, korek hidung dan korek telinga itu tidak membatalkan puasa taw. Alasannya: Memang kita memasukkan sesuatu ke dalam rongga, tapi istilah memasukkan sesuatu itu merujuk kepada "memberi tenaga/melemahkan tenaga". Contohnya kita memasukkan nasi ke dalam mulut. Nasi itu mempunyai karbohidrat dan karbohidrat itu adalah sumber tenaga. Maka, terbatallah puasa kita. Tetapi jikalau kita memasukkan jari ke dalam hidung, adakah tenaga kita akan bertambah atau berkurang?? Tidak bukan!! Sebarkan kepada kawan-kawan ek.
 Sebenarnya   sejak sekolah menengah lagi aku dah tahu perkara ni. Dan tiap-tiap   tahun aku korek je hidung dan telinga time waktu siang bulan puasa. Tapi   kat dalam bilik je lah. Nak korek kat luar takut timbul fitnah pulak.   Nanti kalau ada apa-apa pertanyaan just tweet je kt IM Asyraf kt  twitter  dia. http://twitter.com/#!/imammudaasyraf. Bagi sesiapa yang nak follow twitter aku plak http://twitter.com/#!/WanZulqhairi (promote). Ngeh-ngeh..
Korek Hidung/Telinga Tidak Batal Puasa?
Assalamualaikum & Salam  1Malaysia.  Kali ini entri berkaitan dengan persoalan korek hidung atau  telinga,  membatalkan puasa ker? Yela, bende remeh seperti ni yang  selalu timbul  dalam bulan ramadan ni. Enti ni dipetik daripada blog  saudara Ibnuinsan.
Persoalan 1: Mengorek Telinga/Hidung Tidak Membatalkan Puasa
Terdapatnya  kepelbagaian pendapat dalam  hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga  badan membatalkan puasa. Antara  yang berpendapat memasukkan sesuatu  didalam rongga tidak membatalkan  puasa adalah Syaikh Attiyah Saqr  (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar),  Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua  Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih  Al-Munajjid, Dr. Muzammil  Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan  ramai lagi.
Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:
Para  ahli fiqh radhiallahu ‘anhum  telah memperluas pembahasan hal-hal yang  membatalkan puasa sedemikian  rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal  tersebut pernah terfikir di benak  seorang jua daripada para sahabat  Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,  yakni orang-orang yang menyaksikan  secara langsung penurunan al-Qur’an,  yang memahami secara terus pesanan  Allah dan Rasul-Nya dengan  sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang  teguh kepadanya dengan  sebaik-baiknya.
Banyak  ahli fiqh telah memperlebarkan  wilayah pembahasan akan hal-hal yang  dianggap membatalkan puasa. Para  fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut  sekitar 57 perkara manakala fuqaha  Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah  banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini  bahkan memperincikan hal-hal yang  dapat membatalkan puasa secara aneh.  Mereka membuat kaedah-kaedah lalu  membangun di atasnya cabang-cabang  persoalan yang tidak terhitung  bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu  sendiri tidak didasarkan kepada  dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an  dan al-Sunnah. Ada di antara  mereka yang berkata bahawa kemasukan  sesuatu benda, seperti kerikil  umpamanya, ke dalam rongga badan orang  yang berpuasa akan membatalkan  puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi  terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan  rakan-rakan dengan judul Fiqh  Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms.  118 & 107-108]
Sememangnya tiada  dalil jelas dari  al-Quran mahupun as-Sunnah yang melarang daripada  mengorek hidung  ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya  membatalkan mereka  bersandar kepada dalil:
Sempurnakanlah  wudhu’ dan  bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung  (dan  menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan  oleh Ibn  Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan  Ibn Majah –  hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke  dalam  hidung…).]
antara hadith lain
…berlebih-lebihlah  dalam memasukkan  air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya)  kecuali ketika  berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366,  at-Tirmidzi, no. 788,  an-Nasa’e, no. 87)
Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.”   Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang   berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa.   Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan   qiyas (analogi).
Fahaman ini  adalah tidak tepat kerana  pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah  shallallahu ‘alaihi  wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke  dalam hidung tetapi  kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan  tersebut. Dalam erti kata  lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah,  apabila berwudhu’ dalam  keadaan berpuasa, tidak perlu  bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam  hidung kerana dibimbangi  sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga  sampai ke tenggorok dan  ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi -  Fiqh al-Siyam, ms.  117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan  Puasa, Jahabersa]
PERKARA YANG JELAS MEMBATALKAN PUASA
Perkara yang sememangnya jelas membatalkan puasa adalah sepeti dalam firman Allah:
Maka  sekarang (1) setubuhilah  isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang  telah ditetapkan oleh Allah  bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3)  minumlah sehingga nyata kepada  kamu benang putih (cahaya siang) dari  benang hitam kegelapan malam),  iaitu waktu fajar. Kemudian  sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu  malam (maghrib).[al-Baqarah  2:187]
Dan kalau dilihat jelas  bahawa mengorek  telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan  tidak termasuk  dalam perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa.  Adapun persetubuhan  sekalipun bukanlah perbuatan makan atau minum  tetapi larangannya disebut  secara jelas di dalam ayat di atas. Juga di  dalam sabda Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam:
Setiap  amal anak Adam adalah bagi  dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk  Aku dan Aku sendiri akan  membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan  makanan kerana Aku dan  meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan  kenikmatan kerana Aku  dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh)  kerana Aku. [Dikeluarkan  oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis  no: 1897 dan dinilai sahih  oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.]
Hadis  di atas juga menjadi dalil mengapa  merokok, penyalahgunaan dadah dan  segala yang sewaktu dengannya yang  secara psikologi memberikan kepuasan  atau kenikmatan yang mengenyangkan  dan/atau menghilangkan dahaga bagi  nafsu, membatalkan puasa. Sekalipun  ianya tidak mengenyangkan,  menghilangkan dahaga atau perbuatan  bersetubuh.
Kesimpulan Pandangan 1
Sebagai kesimpulan mengenai isu mengorek telinga ketika berpuasa saya ingin menukilkan fatwa Syaikh Attiyah Saqr:
Puasa  tidak terbatal dengan  meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana  membersihkannya dengan  cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan  tiada yang dapat meresap  melalui gegendang telinga dan sampai kepada  kepala, yang mana ianya juga  bukan organ menerima makanan yang  menyuburkan tubuh badan. [rujuk:  http://www.islamonline.net ]
Di  atas hujah-hujah yang sama  ulama’-ulama’ mutakhir menyatakan perbuatan  memasukkan sesuatu ke dalam  rongga badan (sekiranya ia tidak sampai ke  perut) tidak membatalkan  puasa.
Ketahuilah Korek Hidung Dan Telinga Tidak Membatalkan Puasa.
Soalan:Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
N'N:Tak tahu bertanya...Luaskan ilmu Fiqh jangan sempitkan ia dan jangan terlalu taksub kepada sesuatu Mazhab. Kitakan Ahli Sunnah Wal Jamaah jadi kesemua pendapat Imam-imam Mazhab boleh diterima pakai sesuai dengan keadaan.
 
No comments:
Post a Comment