Friday, August 12, 2011

BERSATU ISLAM TU BAGUS DAN DITUNTUT...BUKAN BERSATU ATAS NAMA BANGSA ATAU KAUM...NI DILARANG SEBAB ISLAM UNTUK SEMUA....MURTAD KENA DITEGAH IKUT HUKUM ALLAH@HUKUM QURAN...ALLAH MAHA BIJAKSANA...JANGAN KITA MENGAKU SIFAT TAPI MENOLAKNYA DARI SEGI PERBUATAN SERTA UNDANG2 KITA...AKHIRAT JAWAB...JANGAN ANGGAP HUKUM ALLAH TAK SESUAI ZAMAN...ALLAH DAH HIDUP DALAM DUNIA MASIH TAK BERSYUKUR...KITA LEBIH TERUK DARI TENGGANG....

Pulang beraya selepas 10 tahun di Lombok



MELAKA: “Aidilfitri kali ini lebih istimewa buat saya sekeluarga apabila menyambut di kampung halaman bersama emak dan keluarga,” kata ibu tiga anak yang terkandas di Lombok, Indonesia bersama suami dan anaknya sejak 10 tahun lalu.
Sanisah Abu Bakar, 37, yang berkahwin dengan lelaki Lombok, Widodo Chinasin, 39, pada 1995 di Kuala Linggi, terpaksa tinggal di kampung halaman suaminya bersama tiga anak mereka selepas tidak mampu membiayai kos pengangkutan pulang ke Malaysia pada 2002.

Katanya, ketika itu, dia dan suami bersama tiga anak, Nurshahada, 14 Nurizwan, 12, dan Nurakma Najwa, 10, ke Lombok untuk menziarahi keluarga mentuanya yang dilaporkan sakit di Desa Rempek.
“Selepas seminggu di sana kami terkandas kerana tidak cukup wang untuk pulang. Pada awalnya ketika ke Lombok kos pengangkutan ke sana kami tanggung sendiri dan mentua berjanji membiayai kos perjalanan pulang, namun sebaliknya berlaku. “Selepas beberapa tahun tinggal di rumah mentua, saya terputus hubungan dengan keluarga di sini. Kami dapat berhubung kembali selepas seorang rakan dari Lombok berhijrah ke Malaysia. Saya kirimkan surat dan nombor telefon kepadanya untuk dihantar kepada keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Lapangan Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini, semalam.

Sanisah bersama keluarganya dibawa pulang dengan bantuan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) diketuai Naib Naib Pengerusi Sekretariatnya, Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin, selepas kisahnya dilaporkan Harian Metro beberapa kali sejak 2008.

Campak kaki bapa luar rumah

Oleh Ahmad Saufi Mansor dan Mohamad Hussin
am@hmetro.com.my

KUALA NERANG: Hanya selepas seorang jiran memukul tangannya dengan sebatang kayu, barulah lelaki yang menetak bapanya berhenti daripada terus menyerang mangsa dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak, di sini, kelmarin.
Mohd Khairul Shamsudin, 28, berkata ketika kejadian dia tidur di rumahnya yang terletak kira kira 100 meter dari lokasi kejadian sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum terdengar suara orang menjerit dan bergaduh.

Mohd Khairul berkata, dia bergegas ke rumah jirannya sebelum terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah di lantai rumah berkenaan dengan kedua-dua tangan terkulai dan kaki terputus.

“Suspek yang duduk setentang dengan bapanya kemudian mengangkat parang cuba melibas leher mangsa terbaring di lantai rumah.


“Tetapi, saya sempat memukul tangan suspek dengan sebatang kayu yang dicapai di kawasan berhampiran menyebabkannya mengerang kesakitan dan membatalkan niat terus menetak bapanya lalu berundur ke belakang sambil parang digenggam kemas,” katanya.

Polis buru lelaki amuk



KUALA NERANG: Polis masih melancarkan gerakan memburu seorang lelaki menetak bapa kandungnya hingga mati selain mencederakan ibunya dengan sebilah parang dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, suspek dipercayai mengalami masalah mental berang apabila tindakannya memarahi anak saudaranya membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa ditegur adik ipar berusia 32 tahun dan bapanya berusia 65 tahun.

Menurutnya, berang dengan teguran itu, suspek pergi mengambil parang di dapur rumah sebelum menetak kepala, tangan kanan dan kiri serta kaki kanan mangsa daripada paras buku lali sehingga putus.
“Suspek menyerang ibunya dengan menetak belakang kepala wanita berusia 51 tahun itu sehingga cedera sepanjang 10 sentimeter sebelum melarikan diri.

“Bapa suspek yang parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahaiyah (HSB) untuk rawatan, bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 8.30 malam.

“Ibunya pula dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat cedera di belakang kepala dengan menerima lima jahitan dan sudah dibenarkan keluar, tengah hari tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, polis menjumpai kaki mangsa di bahagian luar dapur rumahnya dipercayai dibuang oleh lelaki terbabit .

Asyraf bagai selebriti

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang dibelasah dan disamun sekumpulan perusuh di Barking, Timur London Isnin lalu hingga patah gigi dan rahang bagaikan selebriti kerana menjadi terkenal dalam sekelip mata.
Kejadian menimpanya itu yang dimuat naik dalam youtube menyebabkan dia menjadi tumpuan dan mendapat simpati masyarakat dunia.

Kejadian itu juga menyebabkan dia menerima sumbangan puluhan ribu ringgit daripada orang ramai yang prihatin dengan apa yang berlaku terhadapnya.
Bukan setakat wang ringgit, semua barangan Asyraf yang disamun pada hari kejadian turut diganti semula oleh pelbagai pihak di London.

Menurut bapanya, Rossli Harun, 49, anaknya itu kini menjadi seperti selebriti dan tumpuan media seluruh dunia, selain itu ramai pihak memberi sumbangan wang tunai sehingga kini dipercayai sudah melebihi �12,000 (lebih RM58,000).

“Keadaan Asyraf selepas pembedahan, dilaporkan stabil dan dia juga sudah dibenarkan keluar hospital, tapi saya difahamkan dia tidak mahu keluar kerana ramai media menunggunya di luar hospital untuk menemu bual dan dia kurang selesa dengan keadaan itu.

“Anak saya itu sekarang menjadi tumpuan pelbagai pihak terutama rakyat dan kerajaan Britain yang mungkin berasa kesal dengan kejadian itu. Selain wang tunai barangan disamun iaitu permainan video Sony PSP, basikal serta dompetnya turut diganti dengan yang baru,” katanya yang dihubungi, semalam. Rossli berkata, dia bersama isteri Maznah Abu Mansoor, 47, dan anak bongsu, Muhammad Fitri, 8, akan berangkat ke London hari ini (semalam) untuk bertemu Asyaraf selain berbincang dengan anak sulungnya itu bagi membawanya pulang ke tanah air.

“Kami sekeluarga amat berbesar hati dengan bantuan daripada semua pihak termasuk menaja tiket penerbangan pergi dan balik ke London serta penginapan sehingga 20 Ogos depan.
“Selain melihat keadaan Asyraf, saya dan isteri sudah membuat keputusan untuk menamatkan pembelajarannya di UK dan mahu membawanya pulang ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan bersama isteri serta pandangan pelbagai pihak.

“Kami akan cuba pujuk Asyraf untuk pulang ke tanah air dan mungkin menghantarnya belajar ke tempat lain. Tapi itu semua bergantung kepada keputusannya dan kami tahu dia begitu bersemangat untuk terus belajar kerana baru sebulan melanjutkan pelajaran di Kolej Antarabangsa Kaplan, London.

“Mungkin ramai tidak bersetuju dengan tindakan kami ini, tambahan ia mungkin menyebabkan kerajaan Britain lebih malu ekoran insiden dan rusuhan yang menjadi perhatian dunia, tetapi tindakan ini demi kebaikan Asyraf,” katanya.

“Usaha mengesan suspek masih lagi dijalankan dan kita percaya dia masih lagi berada di kawasan kampung itu dengan bersembunyi di dalam semak berhampiran. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Berikutan itu, polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan lelaki berkenaan, Mohamad Adli Saman kad pengenalan 780104-02-5959 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, setakat jam 6 petang semalam, gerakan mencari membabitkan 20 anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) termasuk Unit K9 masih gagal menemui lelaki berkenaan.

Semua mesti bersatu

Oleh Amir Abd Hamid dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Laungan takbir dengan penuh semangat tidak henti-henti berkumandang ketika lebih 500 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Gabungan Cegah Murtad (GCM) mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, selepas menunaikan solat Jumaat, semalam.
Mereka bertindak demikian sebagai melahirkan tanda sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.

Turut hadir memberi sokongan ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu (Bebas), Datuk Zulkifli Noordin; Ahli Dewan Negara, Ezam Mohd Noor dan Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam.
Peserta perhimpunan aman selama lebih 30 minit itu turut membawa sepanduk ‘Kami menentang keras tindakan memurtadkan Islam di Malaysia’, ‘Kami berdiri teguh di belakang Jais menangani isu murtad’ dan ‘Haramkan Injil versi Melayu’.

Mereka melaungkan Allahuakbar sambil menyatakan bantahan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap pengkhianat agama kerana dilihat sering tunduk dengan DAP dalam pelbagai isu membabitkan Islam.

Zulkifli ketika ditemui wartawan, berkata Persatuan Peguam Pembela Islam sudah bermesyuarat dan akan membantu Jais menyelesaikan isu pemeriksaan DUMC.

Menurutnya, beliau akan berusaha untuk memastikan 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis di gereja itu untuk hadir membantu siasatan pihak berkuasa agama itu.

“Kalau separuh daripada 12 orang ini hadir membantu Jais, ia sudah dikira cukup bagus. Malah, seorang daripada mereka yang hadir pada majlis di gereja baru-baru ini sudah memberi pengakuan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
“Saya harap semua pihak tidak kira Umno, Pas dan mereka yang mempunyai parti atau tidak berparti untuk sama-sama bersatu. Sekarang ini, ia bukan isu politik, sebaliknya mengenai umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu menjadikan isu murtad yang menggemparkan negara pada 1987, 1997 dan 1998 sebagai pengajaran untuk mengelakkan ia berulang semula.

Peristiwa minggu lalu amat mengguris hati dan beliau berharap seluruh umat Islam di Malaysia bangkit menentang pihak yang ingin memurtadkan orang Islam.

Figura bapa diperlukan bendung gejala sosial

Oleh Dr Mashitah Ibrahim

KAJIAN terbaru membabitkan 2,800 remaja berusia antara 15 hingga 25 tahun yang dijalankan Universiti Tunku Abdul Rahman tahun lalu menganggarkan 21 peratus remaja negara ini mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin. Kadar ini masih rendah berbanding 33 peratus di Brazil, 50 peratus di Amerika Syarikat dan 60 peratus di United Kingdom.
Namun, ini bukan sesuatu untuk dibanggakan. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2004 menganggarkan 2.2 peratus daripada 8.7 juta remaja di Malaysia, atau lebih kurang 190,000, mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin. Angka sebenar mungkin lebih tinggi daripada itu.

Kajian ini juga mendapati 40 peratus remaja mengadakan hubungan seks sebelum mencapai umur 18 tahun, tujuh peratus sebelum 15 tahun dan 1.4 peratus sebelum 12 tahun.

Lebih mengejutkan ialah penemuan bahawa daripada 40 peratus itu, satu perempat (24 peratus) mengadakan hubungan seks sehingga lima orang, 14 peratus dengan lebih lima orang, dua peratus dengan lebih 10 orang dan tiga peratus dengan lebih 20 orang!


Sebanyak 52 peratus daripada responden mengakui akan cuba mendapat bantuan atau perlindungan daripada pihak yang dipercayai jika mengandung manakala 37 peratus daripada yang diwawancara mengatakan mereka mahu memelihara sendiri bayi yang dilahirkan.

Bagaimanapun, tujuh peratus mengatakan mereka mungkin menggugur atau membuang bayi sementara empat peratus lagi akan memberi bayi mereka untuk dijadikan anak angkat.

Kajian ini membabitkan remaja semua kaum dan agama, bukan hanya Melayu-Islam. Hasilnya tetap menyayat hati. Penemuan kajian konsisten dengan statistik rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Daripada 2.48 juta kelahiran yang didaftar antara 2006-2010, kira-kira sembilan peratus atau 235,000 adalah bayi luar nikah. Daripada jumlah bayi luar nikah ini, 34.5 peratus atau 81,000 adalah Islam.

Rekod rasmi menunjukkan kelahiran bayi luar nikah semakin meningkat. Pada 2006, ada 38,300 kes dan pada 2010, ada 53,000 kes – peningkatan 38 peratus. Daripada 53,000 kes pada 2010, 17,000 adalah anak orang Islam.

Kes pembuangan bayi yang dilaporkan di media massa sentiasa meruntun jiwa, khususnya bagi wanita dan ibu. Antara kes terbaru ialah bayi yang putus kepala. Berdasarkan rekod polis, antara 2005 dan 2010, sebanyak 407 bayi dibuang, daripada jumlah itu 50 peratus bayi yang dibuang meninggal dunia. Tetapi tidaklah semua kes membabitkan remaja tempatan. Kira-kira 50 peratus kes pembuangan bayi membabitkan warga asing.

Mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 309A, sesiapa yang disabit kesalahan membuang bayi yang didapati mati boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda. Namun, saban tahun, kes sebegini tetap berulang, malah bertambah banyak.

Malah, ada juga kes penjualan bayi. Media membongkar beberapa kegiatan yang didalangi hospital swasta Kuala Lumpur dan di Sarawak baru-baru ini. Bayi dijual antara RM8,000 hingga RM21,000. Ini juga kes pemerdagangan orang yang perlu dibanteras sama sekali.

Undang-undang adalah penting, tetapi kaedah lebih berkesan untuk mengurangkan gejala sosial ialah mewujudkan masyarakat prihatin, bukan sahaja bersimpati, tetapi juga bersikap empathy.

Ibu bapa, jiran tetangga, persatuan penduduk, pengurusan hal ehwal pelajar di sekolah, kolej dan IPT, pihak polis, hospital, rakan sebaya, sekolah, golongan agama, media, sektor swasta dan agensi awam, NGO dan pergerakan di peringkat akar umbi semua mesti mengambil tahu keadaan persekitaran, melapor dan mengambil tindakan membanteras.

Dalam keluarga, peranan ibu bapa paling utama. Anak perlu didikan, tanam sifat malu dan takut serta solat berjemaah di rumah. Bayangkan, ada ibu bapa tidak sedar anak mereka mengandung. Ini menggambarkan tahap keprihatinan rendah dalam keluarga tersebut.

Biasanya ibu lebih rapat dengan anak perempuan, mereka saling berkongsi ‘rahsia’ tetapi kajian menunjukkan anak perempuan juga sangat perlukan kasih sayang dan perhatian bapa.

Kajian Kolej Perguruan Islam di Bangi membabitkan 413 pelajar tingkatan empat di 20 sekolah menunjukkan remaja berasakan bapa mereka kurang berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka.

Kurangnya pengaruh ‘father figure’ di kalangan remaja dikenal pasti sebagai antara punca masalah sosial. Inilah juga pengalaman di Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh yang saya naungi.

Daripada lebih 700 kes remaja mengandung yang diurus sejak ditubuhkan pada 2005, majoriti mengakui ketandusan kasih sayang dan keprihatinan bapa.

Kerana itulah kualiti keibubapaan dan institusi keluarga perlu ditingkatkan. Justeru, bapa mesti memperbaiki kualiti kepemimpinan sebagai ketua keluarga.


Penulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2 didakwa tetak tangan pelajar hingga putus

SHAH ALAM: Dua pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mencederakan seorang pelajar tingkatan empat dengan menetak tangan kiri mangsa sehingga putus, di Hulu Selangor, dekat sini, bulan lalu.
Tertuduh, P Krishnan, 28 dan S Pergas, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar. Kedua-dua lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap N R Yogaraj, 16, dengan menggunakan parang di kawasan gelanggang badminton, Jalan 15E, Taman Bukit Teratai, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, jam 9.30 malam, 22 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Padah perdagang pembantu rumah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Padah kerana memperdagangkan pembantu rumahnya bagi tujuan mengeksploitasi wanita terbabit, seorang kontraktor pemotong rumput dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hakim Roslan Hamid memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh, A Vealu, 42, berkuat kuasa, semalam namun beliau membenarkan permohonan tertuduh supaya pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuannya selesai didengar di Mahkamah Tinggi.

Berikutan itu, Roslan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM60,000 oleh dua penjamin dan Vealu yang memakai kemeja biru dan berseluar hitam itu hanya tenang ketika keputusan dibacakan.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fauzi Abdul Rahman didakwa memperdagangkan mangsa, Win Faidaa di sebuah flat di Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong di sini dengan tujuan mengeksploitasi wanita itu antara jam 10 pagi, 25 Januari lalu dan 10.30 pagi, 13 September 2010.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Firdaus Abu Hanipah mengikut Seksyen 13 Akta Anti Permerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam rayuannya, Mohd Fauzi memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana dia menyara seorang isteri, empat anak berusia enam hingga 17 tahun serta bapa dan ibu mentuanya yang menghidap kencing manis.

“Anak guam saya sangat menyesal dan insaf atas perbuatan dilakukannya dan bersedia menerima hukuman yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada tertuduh kerana kesalahan dilakukannya serius selain sebagai pengajaran kepada orang lain yang ingin melakukan perbuatan sama.
Menurutnya, ketika tinggal bersama tertuduh, mangsa mengalami trauma yang teruk dan hanya hukuman berat saja mampu membendung perkara seperti itu daripada terus berulang.

“Kita sering membaca perbuatan dan penderitaan seperti ini di akhbar dan persoalannya bagaimana dan bila perkara seumpama ini dapat diatasi sepenuhnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment