Thursday, August 11, 2011

TAK APA LAGI PENYAPU ATAU PENYAPU LIDI....DIAKHIRAT KELAK SAPE YANG DAPAT PENYAPU YANG DIBUAT DARI API NERAKA ALLAH...SAMA ADA YANG MEMBERI ATAU MENERIMA ATAU KEDUA2NYA SEKALI...MALANG LAGI KALAU BANYAK LAGI AKAN MASUK NERAKA SEBAB BUAT MAKSIAT SERTA MUNGKAR ...TERMASUK PENYOKONG2 MUNGKAR ITU...DAH SALAH.... DIAKHIRAT MEMANG TAK BOLEH LARI.....JANGAN BERLAGAKLAH DIAKHIRAT...DIDUNIA MASIH BOLEH LAGI KOD...

Lelaki dibelasah, kekasih diperkosa



REMBAU: Seorang remaja lelaki bukan saja cedera dibelasah sekumpulan lelaki, malah teman wanitanya menjadi mangsa rogol dalam kejadian berhampiran sebuah ladang di Chembong di sini, Sabtu lalu.
Selain itu, dompet mangsa berusia 17 tahun itu bersama sejumlah wang turut dikebas kumpulan terbabit.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, remaja terbabit dan kekasihnya berusia 17 tahun dikatakan menaiki motosikal dari Kota menuju ke Chembong.
“Difahamkan, timbul perselisihan faham antara mereka menyebabkan lelaki itu memberhentikan motosikal berhampiran sebuah ladang untuk berbincang, sebelum tiba-tiba kumpulan lelaki itu muncul,” katanya.

MB Selangor dapat hadiah penyapu lidi



PENUNJUK perasaan memakai topeng Abdul Khalid (kiri) dan Hasan sambil memegang penyapu dan sepanduk dalam demonstrasi di hadapan bangunan Setiausha Kerajaan Negeri di Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan penyapu kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist di Damansara Utama dekat sini, 3 Ogos lalu.
Selain penyapu, kedua-dua NGO itu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) membawa mangkuk tandas, pencuci tandas, penyapu lidi dan batang mop ketika bantahan diadakan di sini semalam.
Kira-kira 30 orang yang berhimpun di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri mulai pukul 10 pagi itu sambil ada yang memakai topeng wajah Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai tanda sokongan.
Segelintir daripada mereka yang marah dengan sikap Abdul Khalid dan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khalid Abdul Samad pula memakai topeng tanduk berwajah kedua-dua individu itu.
Bagaimanapun kesemua peralatan membersih tersebut akhirnya terpaksa dibawa pulang selepas tiada wakil daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu muncul untuk mengambilnya.
Setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff berkata, pihaknya memuji tindakan berani JAIS yang melakukan pemeriksaan ke atas gereja berkenaan selepas mendapat laporan berhubung ada usaha untuk memesongkan akidah umat Islam.

Padah tuntut hutang

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

PASIR PUTEH: Hanya kerana menuntut hutang lama, seorang nelayan maut apabila dilibas dengan gergaji besi pemotong ais oleh jiran sekampungnya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Cherang Ruku, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Che Hassan Che Nor, 50, dari Kampung Limau Manis, Telong, Bachok, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Cherang Ruku akibat cedera parah di kepala.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian itu, mangsa difahamkan cuba menuntut hutang lama daripada suspek berusia 49 tahun, yang juga jiran sekampungnya.


Bagaimanapun, katanya, permintaan mangsa itu tidak diendahkan suspek menyebabkan mereka bertengkar.


Lelaki maut dilibas gergaji ais

PASIR PUTEH - Niat seorang pemborong ikan untuk menuntut hutang lapuk bukan saja tidak kesampaian malah dia dibunuh kejam apabila diserang menggunakan gergaji pemotong ais oleh jirannya itu di Tok Bali di sini kelmarin.
Che Hassan Che Omar, 51, yang berasal dari Kampung Kuala Besut, Terengganu mati selepas cedera di kiri tepi kepala selepas terkena libasan gergaji oleh jiran sendiri yang juga bekerja sebagai pemborong ikan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian ngeri pada pukul 4 petang itu berlaku di sebuah pangkalan pendaratan ikan ketika mangsa dan suspek berada di jeti itu.
"Ketika mangsa meminta hutang, suspek langsung tidak mengendahkan permintaan mangsa.
"Namun selepas mangsa mendesak ia menimbulkan kemarahan suspek sehingga mencetuskan pergaduhan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Selepas dua hingga tiga minit berperang mulut, suspek yang gagal mengawal kemarahan dikatakan pergi ke kereta miliknya dan mengambil sebilah gergaji besi dari dalam but kereta.
Melihat tindakan suspek berusia 49 tahun itu, mangsa didakwa terus mengeluarkan kata-kata provokasi kepada suspek menyebabkan suspek kemudian melibas gergaji itu ke arah kepala mangsa.
"Libasan itu menyebabkan mangsa yang cedera rebah. Suspek yang melihat mangsa rebah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian menyerahkan kepada polis," cerita beliau.
Jalaluddin memberitahu, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang selepas usaha menyelamatkannya gagal.

Mayat Stephanie umpama mumia


Sharifuddin menunjukkan baju dan barang-barang lain dipercayai milik Stephanie di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan semalam.


KUANTAN - Mayat dipercayai wanita Perancis, Stephanie Foray, 30, dijumpai Isnin lalu dalam keadaan tangan dan kaki diikat sebelum ditindih tilam dan bantal di dalam sebuah gua di Kampung Tekek di Pulau Tioman.
Tangan dan kaki mangsa diikat menggunakan getah paip kecil sebelum mayat itu ditimbus sedalam tiga meter.
Bagaimanapun, polis menunggu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan tulang rangka yang ditemui ditimbus itu milik Stephanie.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, setakat itu polis mengandaikan rangka itu merupakan milik Stephanie berdasarkan beg sandang yang ditemui bersama rangka tersebut.
"Polis telah menjumpai satu rangka manusia dibungkus seperti mumia berserta sebuah beg sandang dipercayai milik mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam. Difahamkan, keadaan gua yang sejuk mempengaruhi proses pereputan mayat itu.
Sebelum ini, media melaporkan kehilangan seorang wanita warganegara Perancis, Stefanie yang berasal dari Bourg En Bresse sejak 8 Mei lepas. 

No comments:

Post a Comment