Monday, January 30, 2012

UBAT ZINA..LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...SELAGI TAK LAKSANAKAN...PENYAKIT DAN MASALAH NI TAK SELESAI...JANGAN CAKAP BANYAKLAH...

Dibelasah cintai isteri orang



KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.
Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.

“Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.

“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya,” katanya.

Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan gerakan sebelum menahan tiga lelaki.
“Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 34 hingga 53 tahun ditahan pada hari kejadian dan kini disoal siasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penahanan itu dan siasatan masih dijalankan.

Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah



KUALA TERENGGANU: Remaja bawah umur yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit milik bapanya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, mengangguk faham sebelum mengaku bersalah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit Motorola L7 milik bapanya, semuanya bernilai RM540 di rumah mereka di Chendering, di sini, antara jam 7.10 hingga 8.30 pagi pada 17 hingga 20 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 380 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noradila menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa menyimpan wang RM500 dalam sampul dalam sebuah rak kain di rumahnya pada jam 8 malam, 15 Januari lalu. Apabila menyedari kehilangan itu pada jam 8.30 pagi pada 20 Januari lalu, dia mengesyaki ia dicuri tertuduh.

Gempar lelaki terlentang atas but kereta



KOTA TINGGI: Pengguna jalan raya di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, gempar apabila terlihat seorang lelaki bertopi keledar terlentang di atas but Toyota Altis, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, ramai yang berhenti kerana mahukan kepastian, kemudian mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh kereta berkenaan.

Berdasarkan dokumen perjalanan ditemui padanya, mangsa dikenali sebagai Johari, 32, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran.
Pemandu kereta itu, Gan Chee Meng, 42, dari Kluang berkata penunggang motosikal berkenaan tiba-tiba memasuki laluannya lalu merempuh keretanya.

“Saya tergamam dan tidak sempat mengelak. Mangsa tercampak pada cermin depan kereta sebelum tubuhnya bergolek dan jatuh ke but belakang.

“Saya gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas di bahu jalan kira-kira 25 meter dari lokasi rempuhan,” katanya di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian.

“Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi bedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk dihantar pulang ke kampung halamannya.
“Kami sudah merekodkan keterangan pemandu kereta berkenaan dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Maut nahas dilibas pelepah sawit



JASIN: Seorang tukang rumah maut dengan lehernya cedera parah selepas dipercayai terkena pelepah kelapa sawit apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok berkenaan di Kilometer 38 Jalan Garing-Kesang, dekat sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu mangsa, Lim Kok Leng, 47, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa memandu Proton Iswara dari arah Durian Tunggal ke Kesang selepas menemui rakannya sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dan kenderaannya dipercayai terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terpelanting dan melanggar pula sebatang pokok kelapa sawit di tempat kejadian.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat jam 9 pagi ini (semalam) sebelum dituntut warisnya,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, mangsa adalah anak kedua daripada 10 beradik.

Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika kejadian.

‘Saya ingat isteri sendiri’

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.
Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.
Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.

Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.

Selepas melepaskan nafsu setan, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya, sebelum beredar.

Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.
“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Menangis raih simpati

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

AMPANG: Polis terpaksa menggunakan mesin pemotong besi untuk masuk ke sebuah rumah yang menjadi tempat persembunyian 26 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Myanmar dalam operasi di sebuah premis hiburan serta rekreasi di Pandan Perdana, kelmarin.
Semua GRO terbabit lari dan bersembunyi di rumah itu selepas menyedari polis melakukan serbuan pada kira-kira jam 11 malam di premis mereka bekerja yang jaraknya cuma kira-kira 50 meter.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, GRO warga asing terbabit bersikap degil apabila tidak mahu membuka pintu rumah sebagaimana diarahkan dan selepas setengah jam menunggu, polis terpaksa menggunakan pemotong besi untuk masuk ke rumah itu.
Menurutnya, sebaik polis masuk ke dalam rumah, beberapa GRO menangis sebagai usaha untuk meraih simpati, namun mereka tetap ditahan selepas diarahkan keluar dari tempat persembunyian.

“Rumah tiga tingkat itu menjadi transit kepada GRO terbabit untuk menyembunyikan diri bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.

“Kami dapati GRO warga asing berusia 20-an itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan sebahagian mereka pula tidak mempunyai dokumen sah,” katanya di lokasi serbuan.

Amiruddin berkata, dalam operasi selama empat jam itu yang membabitkan lima pegawai dan 15 anggota IPD Ampang, pihaknya turut menyerbu sebuah premis hiburan lain yang terletak berhampiran dan menahan 11 GRO warga tempatan serta 11 pengunjung lelaki.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelanggan di premis itu yang mahu mendapatkan GRO perlu membeli kalungan bunga berharga RM20.
Selepas membeli bunga yang dijual di situ, pelanggan dibenar membawa GRO terbabit ke bilik khas yang disediakan.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut.

TUAHKE ATAU LAKNAT ALLAH...LANGGAR HUKUM ALLAH SEMACAM...HALALKE ATAU HARAM...SILA RUJUK ULAMAK2 TERSOHOR....

Hukuman jalin cinta terlarang

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.


Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Tuah Awan Nano

Oleh Nor Akmar Samudin dan Georgie Joseph
am@hmetro.com.my

JUARA...M Nasir, Buddhi dan Hafiz meraikan kemenangan.
JUARA...M Nasir, Buddhi dan Hafiz meraikan kemenangan.
HEBAT...Alyah ungguli persembahan terbaik.
HEBAT...Alyah ungguli persembahan terbaik.
KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.

Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.
Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.

Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).

Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter.
Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.

Atlet basikal terpelanting

Oleh Aida Adilah Mat dan Siti A’isyah Sukaimi
am@hmetro.com.my

TENANG...Abdul Aziz diberi rawatan sementara sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya.
TENANG...Abdul Aziz diberi rawatan sementara sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya.
PUTRAJAYA: “Ketika itu, Mariana berada di kedudukan paling depan. Tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah kanan dan merempuhnya hingga dia terpelanting ke atas bumbung kereta sebelum terjatuh ke jalan raya.”
Demikian kata pelumba basikal wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd Radzi, 24, ketika menceritakan bagaimana rakan sepasukannya, Mariana Mohamad, 34, dirempuh sebuah Perodua Kancil ketika berlangsung perlumbaan membabitkan 50 pelumba negara di sini, semalam.

Ketika kejadian pada jam 10.30 pagi di simpang empat berhampiran Istana Kehakiman itu, seramai 50 pelumba membabitkan kategori elit, bawah 23 tahun, remaja dan wanita bersaing untuk sesi pemilihan ke Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 pada 8 Februari depan.
Akibat kemalangan itu, Mariana patah tangan kiri, lutut kanannya berlubang, selain bengkak di dagu serta pipi. Selain Mariana, tiga lagi pelumba termasuk Masziyaton turut cedera. Dua pelumba skuad remaja iaitu Mohd Azri Ahmad, 17, dan Abdul Aziz Mohd Zahit, 17, masing-masing patah tangan kanan dan jari manakala Masziyaton hanya cedera ringan.

Masziyaton yang ditemui di Hospital Putrajaya berkata, Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita itu merempuh pelumba selepas lampu isyarat di persimpangan berkenaan bertukar hijau dan dia mungkin tidak menyedari kehadiran polis mengawal perlumbaan yang berlangsung.

Tiga pelumba yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya sebelum dibenarkan pulang, namun Mariana dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara bagi rawatan lanjut. Sementara itu, jurulatih berbasikal negara, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata, kemalangan itu berlaku ketika perlumbaan yang keseluruhannya membabitkan 10 pusingan baru memasuki pusingan kedua.

Menurutnya, ia sama sekali tidak dijangka kerana segala langkah keselamatan sudah diambil termasuk kehadiran anggota polis bagi mengawal lalu lintas. “Bagi saya, semua ini takdir dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Saya anggap kejadian ini sebagai ujian sejauh mana tahap kesabaran kita,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, beliau turut lega kerana kemalangan itu tidak membabitkan skuad elit lelaki negara yang bakal bersaing di ACC untuk mendapat mata kelayakan ke Sukan Olimpik akan datang dan Le Tour de Langkawi (LTdL) hujung bulan depan.
Menurutnya, Mariana sebelum ini turut terbabit dengan kemalangan ketika menyertai Sukan Asia di Guangzhou, China, pada 2010. Dia yang ketika itu berusia 32 tahun patah tulang bahu dan cedera di dagu akibat kemalangan yang dialaminya ketika menyertai acara ujian masa lebuh raya 35.6 kilometer di venue triatlon, Bandar Mega Universiti, China. “Mariana antara pelumba yang berpotensi untuk beraksi di ACC, tapi apa yang berlaku ini kita harus terima. Saya harap semangat Mariana akan ditanam dalam diri semua pelumba wanita untuk berusaha memberikan terbaik buat negara biarpun ditimpa kejadian tidak diingini,” katanya.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab yang dihubungi pula berharap orang ramai tidak menganggap insiden ini satu kelalaian PKBM kerana pihaknya sudah bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengawasi pelumba sepanjang perlumbaan pemilihan itu.

Sunday, January 29, 2012

JANGAN BUAT KERJAYA2 YANG SUBAHAT ATAU KERJAYA YANG NYATA HARAM...TIADA GUNA KITA INGKAR ATAU MELAWAN ALLAH...KITA TAK KEMANA PUN..AKHIRAT KITA AKAN SUSAH...

‘Tahfiz’ auta

Oleh HADZLAN HASSAN, ANIZA ZAINUDIN, NURUL HUSNA MAHMUD, ZULIATY ZULKIFFLI dan OMAR OSMAN
metahad@hmetro.com.my

HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.
HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.
SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.
SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.
Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.
Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.


Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.

Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.

26 motor, teksi hangus

Oleh SITI NOR HIDAYATIDAYU RAZALI
idayu@hmetro.com.my

MUSNAH... 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dalam kebakaran.
MUSNAH... 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dalam kebakaran.
PETALING JAYA: Angkara balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dibakar di kawasan tempat letak kereta di Apartmen Desa Mentari, di sini, semalam, dipercayai berpunca daripada lontaran botol berisi petrol.
Insiden jam 4 pagi itu adalah kejadian kedua selepas yang pertama minggu lalu memusnahkan tiga motosikal di lokasi sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu disedari penduduk selepas mendengar jeritan jiran tetangga.
Katanya, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik menyiasat punca kebakaran yang dipercayai akibat balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan.

“Difahamkan, sebuah kenderaan dinaiki beberapa lelaki ke lokasi kejadian, kemudian melontarkan sesuatu yang dipercayai botol berisi petrol ke kawasan itu,” katanya yang mengenal pasti kumpulan itu kerana pernah ditangkap sebelum ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Mangsa, P Sathi, 37, berkata ketika kejadian, dia sekeluarga tidur sebelum dikejutkan bunyi jeritan jiran tetangga yang memaklumkan kejadian.

Katanya, dia terkejut mendapati motosikal kesayangannya terbabit dalam kebakaran bersama 25 motosikal lain serta sebuah teksi.
“Sebaik turun, saya melihat semua motosikal dan teksi hanya tinggal rangka dan kami cuba memadam kebakaran namun tidak berjaya sebelum memanggil bomba.

“Nasib baik api dapat dikawal, kalau tidak ia mungkin merebak ke kenderaan lain yang diletak sebaris dengan motosikal kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Pemilik teksi, M Guru, 40, pula berkata, dia hanya mampu melihat teksinya musnah selepas api merebak dengan cepat kerana dipercayai dibakar dengan minyak petrol.

“Saya tidak tahu siapa melakukan perbuatan ini. Mungkin kerana orang luar sakit hati dengan seorang daripada kami.

“Kemusnahan teksi membuatkan saya buntu kerana hilang mata pencarian dalam sekelip mata,” katanya yang mahu pihak berkuasa memantau kawasan itu kerana sering berlaku jenayah, termasuk curi kereta, motosikal dan gaduh

‘Sudah-sudahlah’

Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN, MIOR AZLAN MIOR KAMARULBAID dan YUSMIZAL DOLAH ALING
am@hmetro.com.my

SEJOLI... Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam.
SEJOLI... Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam.
AMPANG: “Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini,” kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.
Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.
“Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya.

“Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu,” katanya yang berasal dari Gombak, di sini.


Pasangan itu bernikah pada 28 Disember lalu dan melangsungkan persandingan sebulan kemudian dengan menjemput anggota keluarga serta sahabat terdekat.

Roslin sebelum ini mengaku berkahwin untuk kali ketiga tetapi ‘mengunci mulut’ ketika ditanya lebih lanjut demi menghormati keluarga isteri.


Susuk tubuh menggiurkan

Oleh KASDI ALI dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my

DEDAH...  wartawan Metro Ahad menemu bual Nell (kanan).
DEDAH... wartawan Metro Ahad menemu bual Nell (kanan).
JADIAN...sekali pandang, sukar membezakan Nell dengan wanita ‘tulen’.
JADIAN...sekali pandang, sukar membezakan Nell dengan wanita ‘tulen’.
KUALA LUMPUR: Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih ‘wanita jadian’. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih ‘jelita’ dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen.
Kos itu termasuk melakukan pembedahan menukar alat sulit, membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.

Ia lebih murah berbanding sebelum ini sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu.
Perkara itu diakui Kis, 28, atau lebih mesra panggilan Nell dalam satu temu bual dengan wartawan Metro Ahad, baru-baru ini.

Sekali pandang, raut wajah, fizikal dan perwatakan Nell tidak ubah seperti wanita terutama di bahagian payudara apabila ‘saiznya’ boleh menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum Hawa.

Berasal dari ibu kota, Nell mendakwa Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan golongan sepertinya kerana memiliki kemudahan serta kepakaran melakukan pelbagai pembedahan diperlukan dari hujung jari ke rambut.

“Kalau 10 tahun lalu RM100,000 diperlukan untuk melakukan pembedahan alat sulit dan payudara, kini dengan hanya RM15,000, kedua-dua pembedahan penting itu boleh dilakukan.

“Justeru, tidak hairan kini makin sukar untuk membezakan mak nyah dengan wanita tulen kerana majoriti kami memiliki segala ‘aset’ mereka,” katanya.
Nell berkata, selain payudara, dia menjalani beberapa pembedahan lain seperti dahi, rahang, dagu dan kening untuk kelihatan lebih cantik.

Setakat ini, katanya, dia menghabiskan hampir RM60,000 sepanjang melalui proses berkenaan dan hanya tinggal dua langkah lagi untuk melengkapkannya iaitu membuang alat sulit dan mencantikkan hidung.

“Jumlah itu tidak termasuk kos pembedahan, sebaliknya merangkumi segala aspek iaitu penjagaan, kelengkapan, aksesori seperti pakaian, alat solek, salun dan pelbagai lagi.

“Seperti wanita, saya menyediakan bajet khas RM1,000 sebulan untuk kos penjagaan diri bagi memastikan sentiasa cantik,” katanya.

Dia berkata, antara ketiga-tiga negara terbabit, Thailand menjadi pilihan kerana selain memiliki ramai doktor pakar, ia turut menawarkan kos paling murah.

Katanya, untuk pembedahan membuang alat sulit, kos minimum sebanyak RM8,000 ditawarkan manakala payudara sekitar RM3,500.

“Ramai mak nyah, termasuk saya, memilih Thailand kerana kos untuk pergi ke sana juga murah dan mudah. Bagi pembedahan alat sulit, hanya bahagian batang dibuang.

“Buah zakar pula dimasukkan ke bahagian dalam. Melalui teknologi moden menggunakan kaedah ‘kikis’ (laser), sukar melihat kesan jahitan selepas pembedahan, sekali gus payah membezakannya dengan yang asli,” katanya.

Nell berkata, perbezaan yang boleh dilihat hanya alat sulit mak nyah yang melakukan pembedahan berada atas sedikit berbanding kedudukan sebenar.

Bagaimanapun, katanya, satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah ialah alat kelamin ‘baru’ berkenaan tetap mengeluarkan air mani apabila mencapai klimaks.

Mengenai risiko pembedahan membuang alat kelamin, dia mengakui ada beberapa kesan sampingan yang perlu ditempuhi.

“Kesan jangka pendek ialah menjadi pelupa dan pemikiran tidak normal. Biasanya dalam tempoh beberapa bulan pertama, mereka rasa terasing daripada masyarakat luar dan berada dalam dunia sendiri.

“Perkara ini dialami semua rakan saya yang menjalani pembedahan terbabit. Bagi jangka panjang pula, masalah biasa dihadapi ialah tekanan jiwa, terutama apabila usia semakin lanjut,” katanya.

Bagi memiliki payudara montok mengalahkan wanita, katanya, beberapa cara boleh dilakukan dan ia tidak semestinya melalui pembedahan.

Katanya, cara paling mudah dan tidak menyakitkan ialah melalui pengambilan pil dan suntikan hormon yang boleh didapati di kebanyakan farmasi seluruh negara.

“Pil perancang keluargaturut diambil bagi memiliki payudara sempurna. Ini menyebabkan kulit mereka menjadi halus dan cantik serta membesarkan bahagian dada,” katanya.

Bagi yang mahukan kesan lebih cepat, mereka mengambil beberapa suntikan hormon.

Nell berkata, selepas mencuba pil dan suntikan, dia akhirnya nekad melakukan pembedahan pada 2009 kerana ia kaedah terbaik bagi memiliki payudara cantik seperti tulen.

“Saya menjalani pembedahan silikon dan ia juga pembedahan pertama dilakukan saya.

“Saya melakukannya di sebuah klinik di Thailand dengan bayaran RM3,500.

“Selain silikon, pembedahan lain boleh dilakukan ialah melalui pemasangan implan dan ‘salt water’.

“Risiko pembedahan itu ialah perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah kerana selain boleh menyebabkan kecacatan kekal, ia membahayakan nyawa,” katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, seperti wanita, mak nyah yang menjalani pembedahan transformasi keseluruhan tidak akan berhenti setakat itu saja dalam usaha menjadi cantik.

Nell mendakwa memiliki naluri wanita secara semula jadi sejak kecil dan merasai pengalaman pertamanya seawal usia 10 tahun.

“Saya kali pertama diliwat pada usia 10 tahun oleh seorang jiran.

“Namun ia bukan secara paksaan kerana saya memang menyukainya.

“Apapun, pengalaman pertama saya ‘bermesra’ dengan kaum sejenis dialami setahun sebelum itu bersama sepupu. Namun pada masa itu kami hanya ‘ringan-ringan’,” katanya.


Zizan ‘lamar’ Kaka

Oleh HELLINIE SINA
hellinie@hmetro.com.my

BERGANDING... Zizan, Kaka berduet dalam Bawaku Pergi.
BERGANDING... Zizan, Kaka berduet dalam Bawaku Pergi.
SELEPAS duetnya dengan Dina menerusi lagu Selamat Tinggal, rezeki Zizan Raja Lawak dalam dunia nyanyian tidak terhenti di situ saja. Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak kembali dengan Bawaku Pergi selepas single Anggun.
Kali ini Zizan berganding dengan artis baru yang berbakat dan bermodalkan suara serak-serak basah, Nor Atiqa Noor Azraff atau Kaka.

Ternyata tawaran Zizan bagaikan pucuk dicita ulam mendatang kerana inilah peluang keemasan untuknya memperkenalkan diri sebagai pendatang baru dalam industri muzik tanah air.
Zizan mengakui jatuh cinta dengan Bawaku Pergi garapan sepenuhnya Malique (Too Phat) sebaik saja kali pertama mendengarnya kerana ia lagu yang mudah menangkap pendengaran.

“Saya tertarik dengan lagu ini kerana ia sedap pada pendengaran saya. Muzik yang disuntik dalam lagu itu sangat ringan dan tidak menyakitkan kepala mahupun telinga pendengar. Muziknya tidak terlalu berat dan lirik pula mudah difahami, sesuai untuk pasangan bercinta.

“Kemudian saya mula berfikir dan mencari-cari artis yang boleh dijadikan gandingan untuk menyanyikan lagu ini. Kemudian saya teringat Kaka, ramai memberikan maklum balas dia mempunyai suara sedap dan unik,” kata Zizan menceritakan permulaan gandingannya dengan Kaka.

Walaupun sudah menghasilkan tiga single, Zizan berkata, belum tiba masanya dia menyanyikan lagu itu secara solo, apatah lagi pada masa sekarang ini tuntutan lagu yang diberikan semuanya memerlukan dia berkolaborasi dengan orang lain.

“Saya lihat ramai penyanyi baru hadir dalam industri dan rasanya tidak salah jika saya memilih artis baru yang belum mempunyai naskhah untuk dipersembahkan kepada umum. Tambahan pula vokal dimiliki Kaka mempamerkan kelebihan ketika menyanyikan lagu itu.
“Mungkin belum tiba masanya saya menyanyikan lagu seorang diri kerana suara saya bukannya sedap sangat untuk menyanyi solo. Lagipun, saya lebih suka ‘rapping’, sebab itu saya memerlukan orang lain untuk menyanyikan bahagian korus.

“Namun jika saya mendapat lagu yang sesuai untuk saya nyanyikan seorang tanpa bantuan orang lain, saya akan cuba bawa lagu itu sebaik mungkin. Bagaimanapun, bukan dalam masa terdekat,” katanya.

Menjejaki gadis berusia 23 tahun itu bukan susah, tambahan pula Kaka mempunyai talian persaudaraan dengan penyanyi terkenal. Zizan berjaya mendapatkan nombor telefon Kaka daripada rakan dan tanpa berlengah, membuat panggilan pada jam 3 pagi.

Tidak mahu membuang masa, panggilan Zizan berbalas dan dia meminta Kaka bertemu dengannya di stesen minyak sekitar Damansara. Zizan kemudian menyuruh Kaka menyanyikan empat lagu sebelum memintanya ke studio rakaman.

Kaka mengaku terkejut pada mulanya apabila mendapat panggilan daripada Zizan pada jam 3 pagi. Bagaimanapun, dia tidak rasa ‘cuak’ kerana yakin memang Zizan yang menelefonnya.

“Pada mulanya, Zizan memang buat perangai gila dia, kemudian baru dia menyuarakan tujuan sebenarnya membuat panggilan awal pagi. Saya memang minat Zizan dan saya sangat teruja apabila dia menawarkan saya menjadi pasangan duetnya untuk single terbarunya,” katanya.

Mula menyanyi ketika berusia lapan tahun, Kaka yang menguruskan kerjaya sendiri mahu fokus terlebih dulu kepada projek kolaborasi dengan Zizan sebelum membuat kerja lain.

Agak berdebar-debar dengan reaksi pendengar nanti, Kaka berharap kemunculannya dalam industri boleh diterima dan peminat dapat menyokong perjalanan kerjayanya.

“Sebagai orang baru, saya risau dengan penerimaan orang ramai. Namun saya akan membuat yang terbaik supaya mereka dapat melihat bakat yang saya miliki.

“Bekerja dengan Zizan dan Malique sangat mudah kerana pertama kali merakam lagu di studio, banyak perkara yang perlu saya pelajari, namun mereka tidak pernah penat memberikan tunjuk ajar.

“Tambahan pula Zizan suka buat lawak, membuatkan semua orang tidak tertekan dan dapat bekerja dengan santai dalam suasana tenang.

“Seronok bekerja dengan mereka dan tidak ada pengalaman pahit pun,” kata Kaka mengenai pengalamannya merakam lagu itu selama seminggu pada Disember tahun lalu.

Mengenai kaitannya dengan penyanyi ‘rock’ terkenal, Kaka enggan bercerita panjang kerana tidak mahu dikatakan menumpang populariti ibu saudaranya.

Saturday, January 28, 2012

HUDUD..HUDUD...MANA HUDUD..MANA PERJUANG2 AGAMA DAN BANGSA...MANA MUFTI2..MANA PEMIMPIN2 YANG BERJIWA ISLAM..MANA MENTERI JAGA AGAMA...MANA PENGANJUR MUSABAQAH...TADARUS...MANA PENCERAMAH HEBAT2..PENCERAMAH YANG LEMAH LEMBUT....DAN SAPE SAJA MENGAKU ISLAM..MENGIKUT QURAN DAN HADIS..ADAKAH KITA SAMA2 DAH ADA JAWAPAN BILA DITANYA DIAKHIRAT NANTI...

26 motosikal, teksi hangus dibakar


ANGGOTA bomba memeriksa sebahagian daripada 26 buah motosikal yang dibakar di kawasan letak kereta Apartmen Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA – Angkara dendam, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi dibakar dalam satu kejadian di kawasan letak kereta Apartmen Desa Mentari di sini pada pukul 4 pagi semalam.
Seorang mangsa yang ditemui, K. Elumalai, 44, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan penduduk yang ternampak api di kawasan tempat letak motosikal.
Katanya, dia terus berlari ke arah tempat kejadian dan terkejut melihat dua motosikal miliknya dan isteri sedang terbakar.
“Seorang penduduk kemudiannya menghubungi bomba dan polis memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya.
Difahamkan, sebelum kebakaran itu, terdapat sebuah kenderaan yang dinaiki beberapa lelaki dilihat melontarkan sesuatu yang dipercayai botol berisi petrol ke kawasan itu.
Seorang lagi mangsa, M. Guru, 40, berkata, dia hanya mampu melihat teksi miliknya yang turut disambar api dalam kejadian tersebut kerana api merebak dengan cepat,
“Saya tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan ini, mungkin orang luar yang sakit hati dengan penduduk di sini.
“Kebakaran ini menyebabkan saya hilang mata pencarian kerana teksi saya musnah dalam kebakaran itu,” katanya yang mahu pihak berkuasa memantau kawasan tersebut kerana sering berlaku kejadian curi kereta, motosikal dan pergaduhan.

Ibu maut ketika mahu jemput anak



MAYAT Rosmariah ditemui tercampak di dalam longkang kira-kira lima meter dari jalan di Cheng, Melaka semalam.



MELAKA - Tindakan seorang ibu keluar berjalan kaki bersendirian ke sebuah gelanggang futsal setelah risau terhadap dua orang anaknya yang belum pulang berakhir dengan tragedi apabila dia maut dilanggar lari di Jalan Tun Teja, Cheng di sini awal pagi semalam.
Mangsa, Rosmariah Mohamad, 34, maut setelah mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak kira-kira lima meter ke dalam longkang bersebelahan jalan setelah dilanggar sebuah kenderaan yang masih belum dapat di kenal pasti.
Suami mangsa, Samad Saliman (gambar kecil), 38, berkata, sebelum kejadian, dua anak lelaki mereka, Mohamad Shazurin Farhan, 15, dan Mohamad Shazrul Fahmi, 12, keluar dari rumah di Rumah Pangsa Cheng Mutiara pada pukul 10.30 malam untuk bermain futsal di sebuah gelanggang serbaguna yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
"Namun sehingga pukul 12.30 tengah malam, dua anak saya masih belum balik menyebabkan isteri bimbang dan keluar rumah dan berjalan kaki ke gelanggang futsal untuk memanggil anak-anak saya pulang.
"Saya tidak menyedari isteri tidak pulang ke rumah kerana tertidur selepas dia keluar mencari anak.
"Namun, saya terjaga pada pukul 4 pagi, saya dapati isteri tiada di rumah sedangkan dua anak saya sudahpun pulang," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini semalam.

'Kilang' pelacur 24 jam di Meru






KLANG - Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.
Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.
Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.
"Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk," ujarnya.
Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.
"Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu," katanya.
Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.
"Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh," beritahu beliau.
Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

GRO skirt paras punggung dicekup



SEBAHAGIAN daripada GRO warga Vietnam dan Indonesia yang ditahan di sebuah pusat hiburan karaoke di Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA - Seramai 21 Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia yang memakai skirt paras punggung di sebuah pusat hiburan karaoke di Sunway Mentari di sini dicekup polis semalam.
Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pusat hiburan itu diserbu selepas mendapat maklumat mengatakan premis tersebut mengupah wanita-wanita warga asing sebagai pelayan.
Selain itu, risikan polis juga percaya GRO terbabit bukan sahaja melayan pelanggan menyanyi malah memberi khidmat seks.
"Premis tersebut pernah diserbu sebanyak tiga kali tahun lalu.
"Kesalahan yang dilakukan adalah mengupah pekerja asing yang tidak mempunyai permit sah kerana siasatan polis mendapati mereka memegang pas lawatan sosial," katanya.

Pemandu teksi cekik darah ditahan


SEBAHAGIAN pemandu teksi yang ditahan SPAD ketika operasi di Kuala Lumpur malam semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 12 pemandu teksi ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak menggunakan meter dalam satu operasi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) di sini malam semalam.
Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, enam pemandu ditahan kerana menetapkan tambang sesuka hati, dua tidak menggunakan meter, dua kerana tiada dokumen pemandu dan dua lagi kerana mengambil dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.
"Kesemua mereka berumur 30 hingga 50 tahun itu ditahan selepas 30 penguat kuasa menyamar menjadi penumpang dengan menaiki teksi dari Terminal Tambang Murah sehingga ke KL Sentral," katanya selepas operasi selama tiga jam yang bermula pukul 8 malam itu.
Che Hasni berkata, pemandu yang tidak menggunakan meter akan didakwa di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang jika sabit kesalahan akan didenda maksimum RM500,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.
"Pemandu teksi yang mengenakan tambang lebih atau meletakkan harga sesuka hati pula akan disabit kesalahan di bawah Seksyen 75 akta yang sama dengan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.

ADAKAH TAK TAHU HUKUM..HUKUM MUDAH...AURAT...NAK KAH KITA JADI SUAMI DAYUS...TUNTUTLAH ILMU AGAMA...SEBELUM KITA MENGHEMBUS NAFAS YANG TERAKHIR...

Kasino mini diserbu kali ketiga


MALINDA ABDUL MALIK LALUAN masuk ke kasino mini di Mount Erskine, Pulau Tikus, Pulau Pinang.


GEORGE TOWN – Tidak pernah serik. Itu yang berlaku apabila polis terpaksa melakukan serbuan dua kali berturut-turut ke atas kasino mini di Mount Erskine, Pulau Tikus di sini yang pernah diserbu polis pada 5 Januari lalu.
Dalam serbuan pertama malam kelmarin, polis berjaya menahan 11 lelaki yang baru sejam leka berjudi manakala dalam serbuan kedua pada pukul 5 petang semalam, polis memberkas 26 kaki judi termasuk seorang wanita dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).
Kedua-dua serbuan dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) diketuai Asisten Superintenden Fauzi Md. Yusop dan Cif Inspektor Mohd. Rozi Aziz.

Rakan berburu disangka rusa


JALAN masuk ke Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu yang menjadi tempat Yaseer mati tertembak rakan sendiri ketika berburu rusa kelmarin.


HULU TERENGGANU - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggotanya berpangkat Lans Koperal yang mati ditembak selepas dia disangka rusa oleh rakan-rakannya itu ketika mereka pergi berburu di kawasan hutan Kampung Kuala Menjing dekat sini kelmarin.
Yaseer Janudin, 26, disahkan meninggal dunia dalam kejadian pukul 9.10 malam itu. Salah seorang rakannya merupakan kakitangan Jabatan Kesihatan di sini.
Yaseer bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sejak lima tahun lalu.


Pelayan ditetak sampai mati


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di sebuah restoran yang menyebabkan Ching Chon mati ditetak di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KEPONG – Sekumpulan tujuh lelaki mabuk bertindak melampaui batas apabila bukan sahaja enggan menjelaskan bil minuman keras yang diminum malah, menetak sampai mati seorang pekerja sebuah restoran dan mencederakan pemiliknya dalam kejadian di Taman Daya di sini semalam.
Kejadian pukul 12.45 tengah malam itu berlaku apabila salah seorang suspek naik angin dengan tindakan Tan Ching Chon, 46, yang meminta mereka pulang dan membayar harga 13 gelas arak sebanyak RM136 dan dua pinggan sayur goreng hampir RM30.
Ching Chon mati di tempat kejadian selepas ditetak dengan pisau di tangan, kaki dan muka.
Pergaduhan itu turut mengakibatkan tauke yang merangkap chef restoran, Lim Kok Keng, 41, cedera di perut, muka dan kepala namun keadaannya dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Selayang.

Cuba bunuh diri sebab tertekan


CUBAAN seorang pelajar Pakistan untuk terjun dari tingkat 24 di Pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil dapat digagalkan selepas dipujuk polis dan ahli keluarganya semalam.


KUALA LUMPUR - Niat seorang pelajar warga Pakistan untuk membunuh diri setelah dipercayai tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya tidak lama lagi tidak kesampaian apabila dia berjaya dipujuk oleh pihak polis dan saudaranya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tera Singh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.57 tengah hari semalam, pelajar berusia 20-an yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 28, Pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil di sini.
"Polis yang menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pelajar lelaki itu berada di balkoni rumahnya di tingkat 23 dan seperti mahu melompat.
"Melihatkan keadaan cemas itu, pihak polis meminta bantuan dua sepupu pelajar itu yang juga tinggal di kawasan pangsapuri sama untuk memujuk mangsa," katanya di sini semalam.

Pemandu 'tangkap muat' bahayakan penumpang




SEBERANG JAYA – Sikap segelintir pengusaha bas ekspres di negeri ini yang gemar mengambil pemandu secara ‘tangkap muat’ tanpa menyelidik latar dipercayai punca berlakunya pelbagai kesalahan trafik di jalan raya.
Hasil operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang turut mendapati ada pemandu golongan ini yang dikesan positif mengambil dadah agar mereka boleh memandu untuk tempoh lama.
Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yaccob (gambar) berkata, pemandu ‘tangkap muat’ bukan sahaja tidak mendapat latihan sewajarnya, malah mereka cenderung mengabaikan tanggungjawab ketika memandu.

Kilang penapis udara terbakar, rugi RM1 juta


ANGGOTA bomba memadam kebakaran kilang membuat penapis udara di Seksyen 15, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Sebuah kilang penapis udara, OYL Manufacturing Company Sdn. Bhd., kerugian lebih RM1 juta apabila hampir 80 peratus premis itu musnah dalam satu kebakaran di Jalan Pengapit, Seksyen 15 di sini semalam.
Pada kejadian pukul 1.20 petang itu, seramai 40 pekerja sedang bertugas manakala 20 lagi keluar menunaikan solat Jumaat.
Seorang pekerja, Armey Safuan, 32, berkata, ketika sibuk bekerja, dia terdengar jeritan pekerja lain mengatakan kilang sedang terbakar.
"Saya terdengar jeritan api beberapa kali dan apabila saya keluar, kilang sedang terbakar dan dipenuhi asap.
"Kami kemudian lari menyelamatkan diri dan berkumpul di pekarangan kilang," katanya.

MAIS didakwa abai harta wakaf


BEGINILAH keadaan sebuah rumah teres yang didakwa rosak teruk selepas diwakafkan kepada MAIS di Desa Fahmi, Kapar, Klang semalam.


KLANG - Seorang doktor kecewa dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) apabila 26 unit rumah teres dan sebuah banglo di Desa Fahmi, Kapar di sini yang diwakafkan kepada pihak berkuasa agama itu terbiar begitu sahaja sehingga mengalami kerosakan teruk.
Lebih mengecewakan apabila MAIS didakwa bercadang merobohkan semua rumah teres yang tidak berpenghuni tersebut untuk didirikan sebuah pangsapuri kos sederhana di situ.
Pewakaf, Dr. Kamarolzaman Hajar (gambar kecil), 53, berkata, kesemua kediaman itu siap dibina di atas tanah seluas 0.6 hektar pada tahun 2000 dengan menggunakan perbelanjaan sendiri dan disewakan kepada golongan berpendapatan rendah sebanyak RM420 sebulan.

Harith tayang perut isteri

SATU daripada beberapa keping gambar Harith bersama isterinya Jezamine. Gambar ini dipetik daripada akaun Facebook milik Jezamine yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.


SERBA-SERBI tentang anak itu anugerah. Malah, semasa anak masih dalam perut lagi ibu bapa sanggup melakukan apa demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir.
Sekarang pula sudah menjadi satu trend, bila sarat mengandung sahaja ada sesi ambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia.
Maka terkebil-kebil dan terliur pula Diva nak mengandung bila tengok gambar-gambar kebahagiaan pelawak tersohor Harith Iskandar dan isterinya, Jezamine Lim yang sedang sarat mengandung.
Fuhh! Cantik dan seksi sekali perut puan doktor berkenaan. Dapat juga dibayangkan betapa cantik dan bermakna sungguh bayi di dalam perut Jezamine itu.
Yelah, belum keluar lagi si ibunya sudah bergambar sakan menonjolkan anak yang sedang dikandungnya selama sembilan bulan itu. Bukan senang nak ada anak.
Kalau tak silap, Harith dan Jezamine merupakan pasangan selebriti pertama yang berani mati mendedahkan gambar perut yang sarat tapi tetap anggun dalam persalinan yang sangat minimalis.
Selepas ini Diva pasti tak sabar pula nak tengok wajah anak Harith dan Jazemine yang kembali ramping.

LEKA ..TAK BERHATI2..CUAI...MENYEBABKAN ORANG LAIN JUGA SUSAH...MALAH KERUGIAN DAN NYAWA PUN BOLEH MELAYANG...ADAKAH ORANG MACAM DIGANTUNG LESEN SEUMUR HIDUP...BAGAIMANA JIKA BAWA MAUT...ADAKAH MEREKA NI JUGA DIHUKUM MAUT@MATI JUGA...SEBAGAI PENGAJARAN@AGAR YANG LAIN BERHATI2...

Sapu bersih wang ATM

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa meninggalkan kesan rompakan.
Kedua-dua penjenayah licik yang memakai seragam pekerja syarikat kawalan keselamatan untuk mengelirukan orang ramai di stesen minyak itu dipercayai memiliki kemahiran tinggi yang membolehkan mereka memecahkan kod rahsia untuk menyelongkar mesin ATM berkenaan.
Kelicikan dan kepakaran mereka menyebabkan kehilangan wang tunai di mesin ATM itu hanya disedari jam 2.30 petang kelmarin dan pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati rompakan dipercayai dilakukan pada 4 Januari lalu.

Sumber polis berkata, kejadian disedari selepas petugas syarikat kawalan keselamatan memeriksa mesin ATM berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak bank dan laporan kehilangan wang dibuat di Balai Polis Cheras.


“Petugas syarikat kawalan keselamatan berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang di dalam mesin ATM itu hilang sedangkan tiada sedikitpun kesan pecah atau rosak. Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak bank.

“Selepas rakaman CCTV di tempat kejadian diperiksa, didapati pada jam 5.30 petang, 4 Januari lalu, dua lelaki memakai pakaian seragam seakan-akan pekerja syarikat kawalan keselamatan membuka mesin ATM itu dan melarikan wang,” katanya.

Mayat atau bangkai?

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

PERIKSA...Amiruddin (dua dari kiri) memeriksa kenderaan yang dipercayai mengandungi mayat.
PERIKSA...Amiruddin (dua dari kiri) memeriksa kenderaan yang dipercayai mengandungi mayat.
AMPANG JAYA: Mayat atau bangkai? Itu persoalan yang masih belum terungkai selepas polis menemui sebuah beg besar yang berbau busuk dalam di sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan perumahan di Pandan Indah, di sini, semalam.
Beg bersaiz besar itu ditemui di tempat duduk belakang kenderaan terbabit oleh penduduk di situ jam 4 petang sebelum memaklumkannya kepada polis selepas curiga berikutan baunya yang terlalu busuk.
Namun, sehingga jam 8 malam tadi polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti kandungan sebenar beg itu selepas ia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan PPUKM itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya hari ini.


“Selepas menerima aduan, sepasukan forensik dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum pemeriksaan lanjut di tempat duduk belakang kereta itu menemui sebuah beg berukuran agak besar.

“Pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kandungan di dalam beg berkenaan. Ada kemungkinan ia mayat, namun kami belum pasti sehingga mendapat hasil pemeriksaan dilakukan PPUKM,” katanya.

Tragedi lampu merah

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh  dari arah belakang.
REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang.
HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan.
HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan.
GEORGETOWN: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang drebar lori gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu membabitkan 10 kenderaan iaitu dua lori, tujuh kereta dan sebuah van berhampiran simpang lampu isyarat ke Sunny Point menghala ke Gelugor dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebuah kereta jenis Volkswagen Passat bernilai lebih RM250,000 rosak teruk akibat rempuhan kuat di bahagian belakang menyebabkan ia terperosok antara lori dan kenderaan lain.
Selain itu, sebuah kereta Proton Saga turut remuk, manakala enam kenderaan lain terhimpit antara satu sama lain dan sebuah lori membawa sisa pepejal melintang di tengah jalan raya.

Tiada kecederaan parah dilaporkan dan pemandu lori melarikan diri selepas kejadian.

Pemandu kereta Proton Saga yang dikenali sebagai Jason Loo, 29, berkata, dia terkejut apabila keretanya dirempuh dari belakang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

“Saya terkejut kerana kereta saya terperosok dengan kereta lain, namun bernasib baik kerana tiada kecederaan berlaku,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori 12 tan berusia 30-an itu dari arah Jalan Sungai Nibong menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah dan dikatakan membrek lorinya secara mengejut.
Katanya, ketika itu terdapat pelbagai jenis kenderaan berhenti berhampiran lampu isyarat kerana ketika itu lampu merah dan akibat brek mengejut, lori itu gagal berhenti sebelum melanggar kenderaan di depannya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lima kilometer, namun trafik kembali lancar selepas sepasukan anggota bomba dari Jalan Perak mengalihkan kenderaan berkenaan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Inspektor Syed Azman Syed Abdul Aziz di talian 04-2181887.

Thursday, January 26, 2012

BUKAN ITU SAJA YANG HARAM..BANYAK LAGI YANG HARAM TAPI TAK DINYATAKAN ATAU DITEGUR...LEBIH2 YANG MELIBAT DASAR DAN ORANG YANG BERKUASA...CONTOH BUKA AURAT@ARTIS2..BERCAMPUR GAUL...MERATA2....SENYAP AJE...KOTOR NI DIMANA2...MALAS ANGKUT..NAK UNTUNG LEBIH...NAK JIMAT OPERASI...AKHIRAT KAUORANG JAWAB JE LAH...

Apple miliki wang RM1.26 trilion



SEBUAH telefon bimbit iPhone (kiri), komputer MacBook Air dan iPad dipamerkan di sebuah kedai Apple pada Selasa lalu.



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Apple sekali lagi memintas Exxon sebagai syarikat AS paling berharga selepas ia mencatat suku kewangan yang mengagumkan.
Harga saham Apple Inc. meningkat enam peratus dalam dagangan tengah hari kelmarin untuk diniagakan pada harga AS$445.29 (RM1,354.35) sesaham dengan modal pengilang gajet iPhone dan iPad itu kini mencecah AS$415 bilion (RM1.26 trilion).
Ia jauh lebih besar daripada Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia yang berjumlah RM429.7 bilion setakat 15 November tahun lalu.
Sementara itu, saham Exxon Mobil Corp. turun satu peratus kelmarin kepada AS$86.52 (RM263) sesaham manakala modal syarikat pula berjumlah AS$414 bilion (RM1.21 trilion).
Apple pertama kali mengatasi ExxonMobil sebagai syarikat paling bernilai pada Ogos tahun lalu dengan kedua-duanya bersaing sengit sejak itu.
Dalam satu kenyataan pada Selasa lepas, Apple memberitahu, pendapatan bersihnya untuk suku kewangan terbaharu yang berakhir pada Disember tahun lalu meningkat lebih dua kali ganda manakala perolehan syarikat pula melonjak 73 peratus.
Apple mengetepikan syarikat perisian komputer, Microsoft Corp yang kini berada di tempat ketiga dengan modal AS$247 bilion (RM751.25 bilion) untuk menjadi syarikat terbesar AS pada 2010.
Apple menyatakan ia menjual 37.04 juta iPhone pada suku kewangan tersebut, meningkat 128 peratus berbanding setahun lalu manakala jualan komputer iPad pula meningkat 111 peratus kepada 15.43 juta unit.
Pada suku kewangan sama, Apple turut menjual 5.2 juta komputer meja Macintosh, meningkat 26 peratus.
Namun, jualan pemain muziknya, iPod menurun 21 peratus kepada 5.4 juta berbanding setahun lalu.
Sebelum ini, kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs selepas dia menghidap kanser pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun menimbulkan spekulasi bahawa jurutera-jurutera Apple gagal meneruskan legasi kejayaannya.
Tim Cook, 51, yang mengambil alih tugas Ketua Eksekutif Apple pada Ogos 2011 dalam satu kenyataan pada Selasa lepas bagaimanapun percaya kesinambungan tersebut akan dapat diteruskan. - Agensi

Paku bertaburan di jalan raya Jakarta


SEORANG anggota sukarelawan menunjukkan paku-paku yang ditemui di sebatang jalan raya yang melekat pada peralatan magnetnya
di Jakarta pada 19 januari lalu.



JAKARTA, Indonesia - Taktik kotor sebahagian mekanik motosikal dan penukar tayar di sini yang menabur paku di atas jalan raya untuk mencari pelanggan menyebabkan orang ramai hilang sabar.
"Kalau si penjahat ini dapat saya tangkap, saya akan pastikan seluruh tubuhnya ditusuk paku," kata seorang pemilik teksi motosikal, Talib.
"Biar mereka telan paku-paku itu," kata seorang rakannya yang berusia 50 tahun, Sulaiman Daud.
Seorang jurucakap polis di sini, Rikwanto memberitahu, perbuatan sabotaj itu sudah berlaku selama bertahun-tahun.
"Mereka dicaj dua kali ganda lebih tinggi daripada harga biasa," tambah Rikwanto.
Menurutnya lagi, mekanik dan penukar tayar terbabit memperoleh pendapatan harian sekitar AS$22 (RM66.90), amat lumayan di Indonesia kerana hampir separuh daripada 240 juta rakyatnya bergaji kurang AS$2 (RM6) sehari.
Seorang pemilik bengkel, Darmito, 57, memulakan perniagaan menukar tayar di tepi sebatang jalan raya di sini dua bulan lalu untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan.
Namun, katanya, dia tidak tahu tentang sindiket atau pihak yang melakukan kegiatan tersebut.
Pada bulan lalu, polis menangkap lapan orang yang disyaki melakukan jenayah berkenaan. - AFP

Tiga bangunan runtuh di Rio


LOKASI salah sebuah bangunan yang runtuh di Rio de Janeiro, Brazil semalam.


RIO DE JANEIRO - Pasukan penyelamat Brazil menggali timbunan runtuhan awal semalam selepas tiga bangunan termasuk sebuah bangunan setinggi 20 tingkat runtuh di pusat bandar raya di sini.
Sekurang-kurangnya lima orang cedera manakala sejumlah mangsa dipercayai tertimbus dalam tragedi berkenaan.
Kejadian itu yang berpunca daripada masalah struktur, berlaku ketika Brazil bertungkus-lumus menyiapkan prasarana sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014 dan temasya Sukan Olimpik 2016.
"Tiga buah bangunan runtuh, sebuah bangunan 20 tingkat, sebuah bangunan 10 tingkat dan sebuah bangunan kecil setinggi tiga atau empat tingkat," kata Datuk Bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes lewat kelmarin.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kesihatan, Sousa Aguiar berkata, lima orang cedera ringan dalam kejadian itu dengan mereka kini dirawat di sebuah hospital di sini.
Menurutnya, ketiga-tiga bangunan pejabat itu runtuh pada waktu malam ketika kebanyakan pekerja pulang ke rumah manakala kerja-kerja menyelamat mangsa dan mencari mayat diteruskan semalam. - Agensi

Berdosa percaya ramalan kiamat


ENTRI blog johneox.wordpress.com mengaitkan kemungkinan berlaku kejadian huru-hara pada tahun 2012. Gambar kecil mohamad shukri.



KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.
Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.
"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.
"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

Tiada puntianak di Menara Condong


INILAH imej puntianak yang didakwa dirakam di Menara Condong Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.
Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.
Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.

Kena cekup sebelum 'terbang'



NOOR RASHID (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Hasrat dua lelaki Nigeria yang mempergunakan dua gadis tempatan sebagai keldai dadah untuk membawa 1.2 kilogram kokain melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkubur apabila tindakan mereka itu dapat dihidu polis minggu lalu.
Kesemua suspek tersebut ditahan di KL Sentral pada 20 Januari lalu selepas pemeriksaan di dalam kenderaan yang dinaiki mereka menemui dadah berkenaan disembunyikan di dalam besi troli beg pakaian beroda.
"Siasatan lanjut mendapati, salah seorang wanita yang ditahan itu pernah beberapa kali menjadi keldai dadah dan dia turut ditugaskan untuk merekrut ahli baharu," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim.
Difahamkan, kokain itu hendak dibawa ke luar negara melalui KLIA dan wanita berkenaan sempat merekrut beberapa gadis tempatan untuk dijadikan keldai dadah sebelum dia ditahan.
Menurut Noor Rashid, dua hari kemudian, pihaknya menahan tiga lelaki Pakistan dan merampas 40.2 kilogram heroin yang disorokkan di dalam beberapa kotak set pinggan mangkuk dan sebuah beg sandang di sebuah rumah kedai di Puchong, Selangor.

Rogol, cabul murid dalam makmal



MAHKAMAH Sesyen di Kota Bharu, Kelantan di dalam bangunan ini semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Hock Soon (gambar kecil) selepas didapati bersalah merogol dan mencabul seorang murid berusia 12 tahun tiga tahun lalu.



KOTA BHARU – Perbuatan jahat seorang guru sains dan bahasa Cina yang sanggup memperkosa serta mencabul seorang murid darjah enam berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Tertuduh, Yek Hock Soon, 29, dari Sitiawan, Perak, didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu.
Hock Soon yang telah berkahwin dan baru mendapat seorang cahaya mata dua bulan lalu dituduh merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang awal bulan Ogos 2009.
Dakwaan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara lebih 30 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, denda atau sebat.
Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan, dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman.
“Hubungan itu sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Jenayah seperti ini penting untuk dibendung oleh perundangan.
“Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul. Hukuman itu hendaklah dijalankan secara berasingan,” kata Rofiah.


Hukuman berat jual ubat haram




KUANTAN - Hukuman lebih tegas termasuk penjara terhadap pihak yang menjual ubat tidak berdaftar dan berisiko kepada orang ramai sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, kementeriannya sedang meminda beberapa peraturan berhubung akta berkaitan ubat-ubatan bagi melindungi pengguna.
Antara akta tersebut termasuk Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun dan Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956.
Tambah beliau, pindaan terhadap undang-undang berkaitan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini.
"Kita sedang pertimbang untuk mengenakan hukuman penjara sebab apabila dikenakan penalti dan kompaun, didapati mereka ini tidak serik-serik.
"Ia amaran kepada orang ramai supaya tidak sesuka hati menjual ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian. Ini kerana ubat-ubat tersebut boleh menyebabkan implikasi kepada orang ramai," katanya di sini semalam.

Penduduk rimas Pekan Bahau kotor



BEGINILAH keadaan sampah-sarap yang berlonggok serta berbau busuk sehingga mencemarkan pemandangan berhampiran Perhentian bas Bahau, baru-baru ini.



JEMPOL – Penduduk dan pengunjung Pekan Bahau dekat sini melahirkan rasa kecewa dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan yang gagal menguruskan timbunan sampah-sarap di tepi-tepi jalan di sekitar pekan itu.
Seorang penduduk, Lim Boon Hiong, 25, berkata, masalah itu telah berlarutan sejak setahun lalu namun sehingga hari ini tiada tindakan berkesan diambil.
Menurut beliau, lebih memburukkan keadaan apabila terdapat segelintir pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sesuka hati di tempat yang tidak sepatutnya.
“Sudahlah busuk, sampah pula bersepah di tepi jalan. Bayangkan bau busuk itu juga dapat dihidu walaupun berada di dalam kenderaan.
“Masalah ini mencemarkan imej pekan ini apatah lagi ramai orang luar datang ke Bahau dengan menggunakan perkhidmatan bas. Turun sahaja di perhentian bas, mereka disajikan dengan pemandangan kotor,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Phung Er Cheng, 54, pula mempersoalkan sikap segelintir peniaga yang gemar mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di tepi-tepi jalan.
“Apa yang saya dapat lihat, mereka membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya asalkan dekat dengan premis mereka.
“Saya sudah menetap di sini sejak sekian lama, dahulu tempat ini cantik dan banyak kemudahan yang disediakan. Namun sekarang dengan keadaan seperti ini sudah tentu memalukan warga pekan ini,” katanya.
Er Cheng meminta pihak berkuasa tempatan meningkatkan kempen kesedaran tentang kebersihan selain menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka yang degil.
“Pihak bertanggungjawab juga perlu menyediakan lebih banyak tong sampah berskala besar bagi membolehkan para peniaga membuang sampah di tempat yang disediakan,” katanya.