DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria@hmetro.com.my
KASIHAN...Salmah menyusukan Muhammad Zafran yang cedera parah.
PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan
dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan
Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit
Dahlia di sini, Jumaat lalu.
Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau
Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya
keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah
hari.
Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang
guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak
berhenti menangis selama hampir sejam.
‘Untung’ RM1.17j dalam sejam
Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Na’imah Mohamed am@hmetro.com.my
PERIKSA...pengawal keselamatan memeriksa mesin ATM yang dipecahkan.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan lapan lelaki dipercayai Geng Oxy kerana
menggunakan modus operandi alat pemotong logam oxyacetylene ketika
merompak mengambil masa kurang sejam untuk memotong pintu empat mesin
juruwang automatik (ATM) sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1.17
juta dalam kejadian di sebuah pasar raya besar di Wangsa Maju, di sini,
awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.06 pagi itu, empat daripada enam mesin ATM
ditempatkan di kawasan khas untuk ATM dipecahkan dengan menggunakan alat
pemotong logam itu manakala dua lagi tidak sempat dipecahkan.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Suresh, 20-an
berkata, ketika kejadian, terdapat dua pengawal keselamatan bertugas
iaitu seorang meronda kawasan manakala seorang lagi mengawasi rakaman
kamera litar tertutup (CCTV) di bilik pengawal.
Katanya,
melalui CCTV itu, kelihatan ada pergerakan lapan lelaki memakai penutup
muka dan berbaju gelap memasuki kawasan pasar raya itu kira-kira jam 3
pagi.
3 bekas pelajar ditahan
Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my
BERKAS...polis menahan dua suspek wanita yang jual ijazah palsu USM di laman web.
GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan
menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan
sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin.
Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8
malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita
dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains
Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini.
Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan
menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga
RM5,000.
Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu
bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang
mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau
mengikuti kelas.
Malang pencuri buta IT
Oleh Safuri Kamarudin am@hmetro.com.my
MALANG...anggota polis menahan dua lelaki terbabit.
BALING: Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua
lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat
sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di
persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux
yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak,
dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis
untuk tindakan.
Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai
Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor
Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun
berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.
Sumber berkata,
sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan
terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke
Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.
Lelaki bogel menjerit ditemui mati terbaring
MIRI: Seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bogel di tempat
letak kereta di rumahnya di Jalan Aru, Holiday Park, di sini, turut
mempunyai kesan luka pada siku kiri, semalam.
Mayat lelaki dikenali sebagai Lee, berusia 40-an itu ditemui di
belakang kenderaannya oleh beberapa remaja lelaki berusia awal 20-an
yang kebetulan melalui kawasan rumah terbabit, kira-kira jam 4 pagi,
sebelum menghubungi polis.
Jiran mangsa yang enggan dikenali
berkata, lelaki terbabit secara tiba-tiba menjerit jam 7 malam
kelmarin, menyebabkan beberapa jiran lain di kawasan sekitar terkejut.
Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil keputusan tidak
mempedulikan jeritan itu, berikutan mangsa pernah memberi amaran supaya
tidak mencampuri urusan keluarganya.
“Saya terkejut apabila
melihat mangsa dalam keadaan bogel sambil menjerit ketika melalui
rumahnya. Ketika itu, saya sedang memandu kereta untuk mengambil suami
di Lapangan Terbang Miri, jam 8 malam.
“Bagaimanapun,
sekembali mengambil suami setengah jam kemudian, saya melihat mangsa
terbaring di belakang keretanya dan menyangka tidur.
“Malah, petang kelmarin, saya ternampak anak perempuannya
dipercayai masih bersekolah berbual menerusi telefon bimbit di luar
rumahnya,” kata ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.
Menurutnya, selain jarang melihat serta tidak pernah bertegur dengan
mangsa, lelaki terbabit juga dipercayai sering bergaduh serta memukul
isteri yang juga warga Indonesia.
“Isteri mangsa mungkin tiada di rumah ketika kejadian. Saya cuma
melihat tiga anaknya masing-masing dua perempuan dan seorang lelaki yang
masih bersekolah rendah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan
Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika dihubungi
mengesahkan mengenai kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital
Miri untuk bedah siasat.
Pengarah ‘minta habuan’ tak akan tahan lama
KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir penerbit dan pengarah filem atau
drama mengambil kesempatan termasuk meminta habuan seks daripada pelakon
wanita baru sebelum memberi peluang bekerja dengan produksi boleh
menyebabkan mereka (penerbit atau pengarah) tidak akan bertahan lama
dalam industri.
Ini kerana perbuatan tidak profesional itu pasti terdedah suatu hari
nanti sekali gus bukan saja mencemarkan imej penerbit atau pengarah
filem terbabit, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie
Fernandez berkata, buat masa sekarang, pihaknya belum menerima sebarang
aduan tetapi menganggap ia sesuatu yang serius dan perlu dihentikan
segera.
“Gangguan seksual adalah satu isu besar, saya harap produser atau
pengarah tidak mengambil kesempatan melakukan perbuatan sebegini kerana
tindakan tidak profesional itu tidak akan membuatkan mereka kekal lama
dalam industri ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan
Metro Ahad semalam mengenai tabiat buruk segelintir penerbit dan
pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks
daripada pelakon wanita baru sebelum diberi peluang memperaga bakat
dalam produksi mereka. Ia bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam
industri hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon
terbabit.
Kereta OCPD Sentul kena curi
KUALA KANGSAR: Satu sindiket curi kereta mewah tidak mengenal mangsa
apabila bertindak nekad melarikan kereta milik Ketua Polis Daerah
Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, awal pagi kelmarin.
Kereta Toyota Estima dianggarkan bernilai RM200,000 itu dikatakan
lesap dari rumah mangsa di Taman Chandan Puteri, di sini, jam 3 pagi
sebelum ditemui semula di kawasan deretan kedai di pekan Pasir Puteh,
Ipoh, 12 jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar,
Superintendan Abdul Gaffaar Muhammad, berkata, Zakaria yang juga bekas
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar tiba di rumah keluarganya di sini, jam
2 pagi kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, mangsa menyedari kehilangan keretanya jam 8 pagi ketika ingin keluar membeli sarapan.
“Mangsa mendakwa meletakkan kereta di halaman rumah dalam keadaan
berkunci. Kami percaya kejadian itu berlaku ketika mangsa dan
keluarganya tidur.
“Sejurus menerima laporan polis dibuat
mangsa, saya mengarahkan anggota menjalankan sekatan jalan raya di
sekitar daerah sebelum menemui kereta berkenaan di Ipoh,” katanya
ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, ketika ditemui, kereta berkenaan berada dalam keadaan baik
dan tiada barangan bernilai yang hilang sebaliknya nombor plat kereta
ditanggalkan pencuri berkenaan.
Abdul Gaffar berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang melakukan jenayah berkenaan.
“Kami tidak menolak kemungkinan ia dilakukan kumpulan sindiket mencuri kereta mewah,” katanya.
Bekas penjenayah mati jatuh bangunan
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kecederaan
pada kepala dipercayai terjatuh dari tingkat 13 kediamannya di Blok B,
Pelangi Damansara, di sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 32 tahun
ditemui ibunya dalam keadaan terlentang di kaki lima pangsapuri itu.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan
tetap serta mempunyai rekod jenayah lampau berada di rumah bersama
ibunya dan secara kebetulan terdapat tiga anggota polis berpakaian
preman menjalankan siasatan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi
Mohamed, berkata setakat ini punca sebenar bagaimana mangsa boleh
terjatuh masih tidak diketahui, namun terdapat spekulasi dan khabar
angin mengatakan ia ada kaitan dengan anggota polis yang berada di
lokasi ketika kejadian.
“Menurut ibu mangsa, dia mengatakan
ada ternampak tiga anggota polis berada di kawasan rumahnya ketika
kejadian dan mengenali polis berkenaan kerana mereka adalah anggota sama
yang pernah datang ke rumah untuk menahan anaknya sebelum ini.
“Apa yang saya ingin tegaskan di sini, hasil siasatan awal mendapati
semua anggota polis yang berpakaian preman itu sedang menjalankan
siasatan berhubung kes lain di kawasan berkenaan yang tiada kena mengena
dengan mangsa. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk
bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut
(SDR),” katanya di sini, semalam.
MOHD. KHAIRUN memeluk Nurmasyita Amiera (kiri) dan Nurul Safiza sambil diperhatikan oleh Nordi dan Muhammad Nurhan (kanan) di KLIA, Sepang semalam.
SEPANG - "Kami hanya diberi makanan dua senduk nasi sehari,
dipaksa masuk ke hutan dari pagi hingga ke petang dan mencari hasil
hutan untuk dijual sebelum duit jualan dibahagikan kepada ibu tiri kami.
"Kalau kami buat salah walaupun kecil, kami akan dipukul," kata
seorang daripada tiga kanak-kanak rakyat Malaysia yang 'diselamatkan'
Pemuda UMNO selepas hidup bersama ibu tiri mereka di Lampung, Sumatera
untuk dijadikan tebusan bagi memeras ugut bapa kandung tiga beradik itu.
Nurul Safiza Fitri, 11, anak kedua daripada empat adik-beradik itu
mengadu, sejak tinggal dengan ibu tiri, Kasini Kaslam, 25, mereka
dipaksa bekerja dan selalu dipukul walaupun atas kesalahan kecil, selain
tidak dibenarkan bersekolah.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh
berkata, kejayaan misi membawa pulang Nurul Safiza serta dua adiknya,
Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyita Amiera, 8, adalah berkat kerja keras
kakitangan biro itu yang bertolak ke Lampung pada 26 Jun lalu.
Bagaimanapun, kakak mereka, Siti Norzana, 12, gagal dibawa pulang kerana tinggal dengan saudara Kasini di Temusuci, Jawa Timur.
"Walaupun pelbagai halangan yang perlu ditempuhi pegawai kami dalam
misi membawa pulang tiga beradik itu di sana, termasuk memandu hampir
tujuh jam, namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mengeluarkan
adik-beradik itu daripada kehidupan yang daif di sana.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kedutaan kita di Indonesia
dan pihak berkuasa republik itu kerana telah membantu dalam proses
membawa pulang kanak-kanak itu," katanya kepada pemberita selepas
menyambut ketibaan tiga beradik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Mohd. Khairun berkata, rentetan masalah itu bermula apabila ibu
kandung kanak-kanak terbabit, Mohaina Asmad, 34, yang berasal dari
Sabah, meninggalkan mereka dan suaminya, Nordi Adi, 57, pada 2005.
Nordi kemudian berkahwin dengan Kasini yang kerap membantunya dalam
menguruskan perniagaan baja pertanian semasa di Pontian, Johor pada
tahun 2007.
Dia kemudian membawa keempat-empat anaknya itu berhijrah ke Lampung,
Sumatera untuk memulakan hidup baharu bersama keluarga Kasini di
Lampung.
Namun setahun kemudian, Nordi pulang ke Malaysia seorang diri untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
"Dia (Nordi) pernah berhasrat membawa pulang anak-anak tetapi isterinya menghalang.
"Kasini juga mengugut supaya diberikan wang sebagai syarat untuk
Nordi membawa pulang keempat-empat anaknya," kata Mohd. Khairun.
Kosmo! pada 26 Jun lalu melaporkan dakwaan Nordi bahawa dia telah
mengeluarkan RM27,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan wang itu kemudian diberikan kepada Kasini.
Namun tindakan itu nyata sia-sia kerana wanita tersebut didakwa tetap
berkeras untuk tidak membenarkan empat beradik terbabit dibawa pulang.
"Nordi kemudian meminta bantuan kami dan syukurlah usaha kita berjaya," katanya.
Menceritakan pengalamannya dalam misi itu, Penolong Pegawai Biro
Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Zuhairi Selamat, 39, berkata, pelbagai
halangan terpaksa ditempuhi beliau dan rakannya, termasuk berdepan
masyarakat kampung yang tidak memahami situasi sebenar semasa proses
rundingan dilakukan.
"Kita terpaksa berdepan masalah dengan pihak Imigresen kerana
kanak-kanak tersebut memasuki Indonesia secara tidak sah. Mereka tidak
mempunyai dokumen ketika memasuki republik itu. Namun hasil perbincangan
kedua-dua pihak, akhirnya mereka dibenarkan berlepas ke negara ini,"
katanya.
Sementara itu, Nordi tidak dapat membayangkan keadaan anak-anaknya jika tidak dibawa pulang ke Malaysia.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi membawa
pulang anak-anak saya. Tanpa bantuan mereka, mungkin saya tidak dapat
lagi bertemu dengan mereka," katanya sambil menambah isteri keduanya itu
telah diceraikan kelmarin dengan talak satu.
Jumpa anak selepas tujuh tahun dilarikan isteri
Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL faiz.abu@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Seorang bapa, Hanafi Salleh, 36, tidak mampu menahan
air mata kegembiraan setelah dipertemukan semula dengan dua anak
lelakinya yang didakwa dilarikan ke New Zealand oleh isterinya tujuh
tahun lalu.
Dia yang ditemani Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M),
Abdul Khalid Chairul sempat beramah mesra dengan dua anaknya, Muhammad
Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, di sebuah taman
permainan di Nelson City, New Zealand semalam.
Menurut Abdul Khalid, pertemuan yang turut dipantau wakil Kementerian
Pembangunan Masyarakat New Zealand iaitu Nelson Site Child Youth and
Family (CYF) bakal menentukan keputusan permohonan membawa pulang dua
kanak-kanak itu ke Malaysia.
"Dua kanak-kanak tersebut gembira berjumpa Hanafi dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan di Malaysia.
"CYF amat mementingkan kebajikan kanak-kanak tersebut. Jika respon
positif, mereka akan dibawa pulang hujung minggu ini," ujarnya ketika
dihubungi.
Kosmo! pada 15 Jun lalu memaparkan kesedihan yang terpaksa ditanggung
Hanafi apabila dua anaknya itu dilarikan isterinya ke New Zealand sejak
tujuh tahun lalu.
108,650 pelajar terlibat salah laku
KUALA LUMPUR - Sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan salah laku
disiplin di sekolah tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, daripada jumlah tersebut, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin iaitu 18,550 pelajar.
Katanya, kes-kes disiplin lain yang dicatatkan oleh kementerian ialah memukul, bergaduh dan kekemasan diri.
"Walaupun jumlah pelajar yang melakukan kesalahan disiplin hanyalah
sedikit, sekiranya tidak diberi perhatian serius, ia boleh menjadi
masalah yang parah," katanya pada majlis perasmian Program Pemantapan
dan Jati Diri Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi
masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah, kementerian telah melakukan
pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian terperinci
mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini.
Tiga anak kahwin serentak
MOHD. IRFAN (dua dari kiri), Mohd.
Hafiz (empat dari kiri) dan Mohd. Fariz (tiga dari kanan) bersama
pasangan masing-masing memotong pulut sambil disaksikan Che Aziz (kanan)
dan Zaleha (kiri) pada majlis persandingan di Balai Polis Batu
Melintang, Jeli semalam.
JELI - Tiada apa yang lebih menggembirakan kepada sepasang suami
isteri apabila melihat tiga anak mereka bersanding serentak pada satu
majlis perkahwinan.
Itulah yang berlaku di pekarangan Balai Polis Batu Melintang di sini
semalam apabila tiga anak lelaki Che Aziz Hassan, 54, yang merupakan
Ketua Balai Polis berkenaan dan isterinya, Zaleha Johari disandingkan
serentak dengan program Community Policing.
Mohd. Hafiz, 29; Mohd. Fariz, 24; dan Mohd. Irfan, 22, melangsungkan
perkahwinan dengan pilihan masing-masing iaitu Nor Zalila Ayoe, 24; Wan
Norhayati Wan Abd. Aziz, 24, dan Nor Hakiah Mohd. Razi, 20.
Che Aziz berkata, anak sulung, kedua dan keempatnya sebelum ini
memilih tarikh berlainan tetapi selepas berbincang, semua sepakat
mengadakannya serentak.
Tiga beradik Arab, pemandu teksi maut nahas
LANGKAWI - Tiga beradik dari Arab maut bersama pemandu teksi selepas
kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori simen di Jalan Ayer
Hangat berhampiran tempat membakar sampah di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah
berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang ketika teksi jenis Cherry
Alado yang dipandu Zubir Ibrahim, 42, dalam perjalanan dari Kilim ke
Kuah.
Katanya, akibat kemalangan itu, Zubir dan tiga pelancong terdiri
daripada dua beradik perempuan berusia 19 dan 26 tahun serta adik lelaki
mereka berusia 18 tahun maut di tempat kejadian.
Difahamkan, ketiga-tiga pelancong tersebut baru selesai menyertai
aktiviti 'mangrove tour' iaitu aktiviti melawat pelantar pemeliharaan
ikan dan memberi makan burung helang di sini.
"Dua beradik perempuan ini sedang mengikuti pengajian di sebuah
institusi pengajian tinggi swasta di Cyberjaya dan mereka bersama adik
lelaki datang ke sini untuk bercuti," katanya.
Tolak belajar ke Jerman berbaloi
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS norlida.idros@kosmo.com.my
TUANKU ABDUL HALIM (dua dari
kanan) berkenan menyampaikan anugerah kepada Mohammad Syaaban di KTU
Kepala Batas, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR - Demi menunaikan impian ibu bapa untuk melihatnya menjadi
seorang juruterbang, anak kepada seorang pemandu lori sanggup menolak
tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mengikuti kursus
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) di Kolej Tentera Udara (KTU)
di sini.
Leftenan Muda Mohammad Syaaban Zainal Abidin, 22, berkata, walaupun
berat hati untuk menolak tawaran belajar di Jerman dalam jurusan
kejuruteraan automotif tajaan Majlis Amanah Rakyat tersebut, dia rela
berbuat demikian demi kedua ibu bapanya.
"Pengorbanan saya untuk menunaikan impian kedua ibu bapa akhirnya
berbalas apabila hari ini (semalam) saya diumumkan sebagai Pemenang
Terbaik Keseluruhan dengan menerima Piala Pusingan Sultan Haji Ahmad
Shah dan Pedang Kehormatan," katanya di sini semalam.
Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah
tersebut pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah
Pegawai Kadet Siswa Diploma Kelas 2012 kepada 34 pegawai kadet di KTU,
Kepala Batas di sini semalam.
Mereka merupakan pengambilan terakhir bagi Skim Pegawai Kadet Siswa
KTU usahasama antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) kerana bermula tahun hadapan, TUDM hanya akan
mengambil bakal pegawai daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM).
Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Mohammad Syaaban yang berasal dari Petaling Jaya memberitahu, dia
kini telah jatuh cinta dengan bidang aeronautik dan bercita-cita untuk
menjadi seorang juruterbang orang kenamaan.
Presiden baharu Mesir ikrar sokong Palestin
MOHAMMED MORSI mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir di Mahkamah Agung Perlembagaan di Kaherah semalam.
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengumumkan sokongannya
kepada Palestin sehingga penduduk wilayah berkenaan "mendapat semula,
semua hak mereka".
Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden Mesir di Universiti Kaherah
di sini semalam, beliau turut meminta supaya pertumpahan darah di Syria
ditamatkan.
"Saya mengumumkan dari sini bahawa Mesir, rakyatnya dan institusi
Presiden berdiri teguh bersama bangsa Palestin sehingga mereka mendapat
semula semua hak mereka," kata Morsi.
"Kami juga menyokong rakyat Syria. Kami mahu pertumpahan darah di negara berkenaan dihentikan," tambahnya.
Beliau mengulangi bahawa Mesir akan menghormati semua perjanjian antarabangsa yang pernah ditandatanganinya.
Negara Arab berkenaan memeterai satu perjanjian damai dengan Israel pada 1979.
"Kami membawa mesej keamanan kepada dunia, diiringi oleh perutusan mengenai hak dan keadilan," ujarnya."
Morsi, 60, yang meletak jawatan daripada pegerakan Islam, Ikhwanul
Muslimin selepas memenangi pilihan raya Presiden bulan ini, berucap
dengan nada tegas berhubung sokongannya kepada Palestin semasa
berkempen.
Ikhwanul Muslimin turut menentang Bashar Al-Assad dan menyokong kebangkitan rakyat menentang Presiden Syria berkenaan.
Namun, sebagai Presiden, Morsi dijangka tidak melakukan perubahan besar ke atas dasar luar Mesir terutamanya berhubung Israel.
Terdahulu, beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir dalam satu upacara ringkas di Mahkamah Agung Perlembagaan di sini.
"Saya bersumpah dengan nama Tuhan yang Maha Besar akan mengekalkan
pemerintahan republikan dan menjunjung perlembagaan dan undang-undang
negara serta menjaga kepentingan rakyat," katanya dalam upacara di
mahkamah berkenaan.
Morsi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih menerusi proses
pilihan raya sejak Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan rakyat
awal tahun lalu. - Agensi
Adele hamil
NEW YORK - Penyanyi lagu Set Fire To The Rain, Adele (gambar) kini berbadan dua.
Seorang jurucakap penyanyi popular berkenaan mengesahkan di sini,
Amerika Syarikat kelmarin bahawa Adele, 24, mengandungkan anak teman
lelakinya, Simon Konecki.
Berita mengenainya disiarkan di laman web rasmi penyanyi berkenaan.
"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya dan Konecki bersama-sama
menanti kelahiran anak pertama kami," kata penyanyi Britain itu.
Adele memenangi enam anugerah Grammy awal tahun ini untuk album telarisnya, 21. - AP
Lelaki yang mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang ini cedera dibelasah penduduk kampung.
BESUT – Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera
dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia
melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu
cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang
kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.
Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer
dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami
wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.
Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya
pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani
memenuhi permintaan tersebut.
Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi
mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung
beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.
Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami
wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki
sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk
tetapi tiada jawapan.
Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui
celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur
bersama isterinya.
Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu
dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.
Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun
berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum
diserahkan kepada pihak polis.
Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan
sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian
lama terpisah.
Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama
dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.
Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.
Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.
Sinar
Jumpa anak selepas tujuh tahun dilarikan isteri
Posted on the July 1st, 2012 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR – Seorang bapa, Hanafi Salleh, 36, tidak mampu menahan
air mata kegembiraan setelah dipertemukan semula dengan dua anak
lelakinya yang didakwa dilarikan ke New Zealand oleh isterinya tujuh
tahun lalu.
Dia yang ditemani Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M),
Abdul Khalid Chairul sempat beramah mesra dengan dua anaknya, Muhammad
Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, di sebuah taman
permainan di Nelson City, New Zealand semalam.
Menurut Abdul Khalid, pertemuan yang turut dipantau wakil Kementerian
Pembangunan Masyarakat New Zealand iaitu Nelson Site Child Youth and
Family (CYF) bakal menentukan keputusan permohonan membawa pulang dua
kanak-kanak itu ke Malaysia.
“Dua kanak-kanak tersebut gembira berjumpa Hanafi dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan di Malaysia.
“CYF amat mementingkan kebajikan kanak-kanak tersebut. Jika respon
positif, mereka akan dibawa pulang hujung minggu ini,” ujarnya ketika
dihubungi.
Kosmo! pada 15 Jun lalu memaparkan kesedihan yang terpaksa ditanggung
Hanafi apabila dua anaknya itu dilarikan isterinya ke New Zealand sejak
tujuh tahun lalu.
Kosmo
Ayah lari, perbuatannya rogol anak sendiri diketahui isteri
Posted on the July 1st, 2012 under Tempatan by admin
AYER KEROH – Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut
apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan dua
hasil hubungan dengan suaminya sendiri.
Wanita berusia 35 tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya
mengetahui mengenai bayi dikandung anak keduanya apabila membuat
pemeriksaan di sebuah klinik
kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu.
Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat kemerosotan tahap kesihatan anaknya, selain anaknya mengadu lemah badan.
Menurut sumber, kandungan yang sudah mencecah usia lima bulan itu
diketahui adalah hasil hubungan mangsa dan bapanya sendiri selepas
diminta memberitahu perkara sebenar.
“Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak klinik memaklumkan mangsa
mengandung lima bulan, lalu ibu mangsa memaksa mangsa menceritakannya.
“Mangsa kemudian memberitahu telah beberapa kali dirogol bapanya
iaitu suami kepada ibunya yang telah dua bulan tidak pulang ke rumah,”
katanya kepada Sinar Harian
di sini, semalam.
Berikutan itu, katanya, mangsa dan ibunya mambuat laporan di Balai Polis Tebong, Alor Gajah pada hari sama.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten
Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan
kejadian tersebut.
“Mangsa dirogol bapanya yang berusia 40 tahun dan sehingga kini polis
masih cuba mengesan suspek yang dipercayai telah lari ke dalam hutan.
“Setakat ini polis telah meminta bantuan golongan Orang Asli, selain Tok Batin untuk mengesan suspek,” katanya.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan
sebatan jika sabit kesalahan.
Sinar
Bapa rogol anak ditahan
Posted on the March 30th, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin
REMBAU – Haruan makan anak. Itulah yang sesuai untuk seorang bapa
kandung yang sanggup merogol anak sendiri sejak umurnya 10 tahun.
Sumber yang enggan dikenali berkata, perangai buruk lelaki terbabit
hanya terbongkar selepas anaknya yang kini berusia 14 tahun, ditemani
gurunya membuat laporan polis pada 22 Mac lalu.
Menurutnya, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak berumur 10 tahun dan kali terakhir pada 21 Mac lalu.
“Susulan insiden malang itu, guru yang menyedari perubahan remaja
terbabit mendesak mangsa menceritakan masalahnya dan memujuknya membuat
laporan polis.
“Suspek yang juga kakitangan kerajaan berusia 48 tahun ditahan pada
hari sama mangsa membuat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian,
semalam.
Sumber berkata, suspek ditahan reman selama seminggu sehingga 30 Mac ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan doktor.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan dan jika
sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan
sebatan,” katanya.
Sinar
Askar jadi bomoh dijel rogol gadis
Posted on the June 15th, 2012 under Jenayah by admin
KOTA BHARU – Seorang bomoh muda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan
10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati
bersalah merogol gadis yang dirawat di rumah mangsa pada Mac tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh,
Norazanni Nordin, 31, yang semasa kejadian merupakan seorang askar
selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa
keraguan munasabah.
Norazanni didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik di
sebuah rumah di hadapan sebuah sekolah di Machang pada pukul 9.30 malam,
18 Mac tahun lalu.
Tertuduh dari Sungai Petani, Kedah didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan
sebat jika disabitkan kesalahan.
Semasa kejadian, Norazanni dijemput keluarga mangsa ke rumah mereka
bagi merawat mangsa yang mengalami kemurungan dan meracau-racau.
Kosmo
Rogol gadis bawah umur, pemuda dipenjara 25 tahun
Posted on the April 27th, 2012 under Tempatan by admin
AMPANG – Seorang pemuda dihukum penjara 25 tahun dan tujuh sebatan
oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan merogol seorang gadis bawah
umur tahun lalu.
Hakim Roszianayati Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Khairul
Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23, selepas meneliti dan mempertimbang
keterangan saksi pendakwa, tertuduh dan mangsa, yang berjaya membuktikan
kes itu di luar keraguan munasabah.
Pada 11 Mei lalu, dia telah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun
dalam sebuah van di tepi Jalan Kosas 3/9 sekitar jam 11 pagi.
Kesalahan yang dilakukan itu didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun atau sebatan
atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sinar
Perogol bersiri didakwa lagi
Posted on the May 22nd, 2012 under Tempatan by admin
KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang sedang menjalani hukuman
penjara 16 tahun dan lapan sebatan kerana satu kesalahan rogol, sekali
lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi empat lagi tuduhan
rogol.
Amran Che Jaafar, 30, yang disabitkan bersalah oleh mahkamah sama
pada 13 Mac lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap
keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah di sini.
Tertuduh yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita
di negeri ini membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Irwan Suainbon
dan Hakim Azman Mustapha.
Bagi tuduhan pertama dan kedua, Amran didakwa merogol dua gadis
masing-masing berusia 19 tahun pada pukul 6.45 pagi, 17 September 2010
di sebuah asrama pekerja di Jalan Sultan Yahya Petra dan pada 21
September, pukul 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Dusun Muda.
Kosmo
Rogol Dan Rompak: Lapan Remaja Dihukum Penjara
Posted on the June 12th, 2011 under Luar Negara by admin
HANOI:
Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun
terhadap lapan orang remaja yang didapati bersalah memperdaya beberapa
wanita masuk ke hotel kemudian merogol secara beramai-ramai dan merompak
mangsa.
Akhbar tempatan, Tuoi Tre berkata dalam laporannya pada Sabtu bahawa
ketua kumpulan tersebut, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun
dihukum penjara selama 12 tahun sementara teman lelakinya,19 dikenakan
hukuman 30 tahun penjara di akhir perbicaraan yang berjalan selama dua
hari pada berakhir Jumaat.
Enam remaja lelaki yang lain dijatuhkan hukuman antara empat hingga 30 tahun penjara di atas kesalahan yang sama.
Mereka dijatuhkan hukuman di atas kesalahan merogol tiga mangsa
perempuan dalam kejadian berlainan yang dilakukan selama lima hari pada
Julai tahun lalu selepas memperdaya mangsa di internet lalu membawa
mereka ke bilik hotel.
Remaja-remaja itu juga dihukum di atas kesalahan jenayah lain seperti mencuri motosikal, telefon bimbit dan wang mangsa. -AP
‘Pak Guard’ rogol pelajar dalam kelas kosong
Posted on the April 20th, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin
REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya
melakukan kegiatan tidak bermoral bersama seorang pelajar asrama di
sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.
Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek
berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda
kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak
balik ke pos kawalan.
Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di
kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam
kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan
tingkatan lima.
“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal
di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas
kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi
polis bagi tindakan selanjutnya.
“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan itu
kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari
sama kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom
mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman dari 16 hingga
23 April ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
Sinar
Abang angkat durjana rogol remaja bawah umur
Posted on the June 6th, 2012 under Jenayah by admin
KUANTAN – Seorang remaja perempuan bawah umur menjadi mangsa serakah
seorang abang angkat dan rakannya apabila dirogol serta dipaksa
melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pantai rekreasi di sini pada
28 Mei lalu.
Kedua-dua tertuduh ditangkap sehari selepas kejadian.
Pelajar Tingkatan Tiga itu menjadi mangsa abang angkatnya yang hanya
berusia 16 tahun 8 bulan, dari Jalan Gambang di sini manakala rakannya
seorang penganggur, Akmal Hakim Abdul Rashid, 22, dari Permatang Badak
Jaya telah dihadapkan di Mahkamah Trafik di sini, hari ini.
Akmal dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan
niat untuk mencabul kehormatannya di kawasan pantai berhampiran pantai
Zoo Teruntuum, Jalan Tembeling Resort di sini kira-kira jam 9 hingga 10
malam.
Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau
mana-mana dua daripda seksaan tersebut jika sabit kesalahan.
Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah mengenakan ikat jamin RM2,500 dan menetapkan 3 Julai ini untuk melantik peguam.
Sinar
Rogol remaja: Bekas imam dipenjara 15 tahun, 12 sebatan
JOHOR BAHRU – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari
ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati
bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu
selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah
terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes
pembelaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali
melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam
jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang
dilakukan.
“Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya
kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik
kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya,” katanya.
Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13
tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang,
21 Februari 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh
membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan
tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik
sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila
dipeluk ahli keluarga yang lain.
Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak
guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain
tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki
seorang anak berusia empat tahun.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali.
Sinar
Pekerja Bangladesh perkosa remaja dijel 10 tahun, 3 sebatan
Posted on the May 25th, 2012 under Jenayah by admin
SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang warga Bangladesh dijatuhi hukuman
penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas
didapati bersalah merogol remaja tempatan berusia 16 tahun, di stor
sebuah kedai borong di Batang Kali, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Jasim Kuddus, 26
selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan
munasabah terhadap kes pendakwaan.
Slamat dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak dapat menerima
keterangan tertuduh bahawa dia tidak melakukan perbuatan rogol itu.
Katanya, pihak pembelaan juga tidak dapat mengemukakan alibi untuk menyokong penafiannya.
Sepanjang perbicaraan, sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Jasim didakwa merogol mangsa yang juga pembantu kedai di Bandar
Utama, Batang Kali, Hulu Selangor kira-kira 1.30 tengah hari, pada 19
November 2010.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan
sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Gurmit Singh Hullon yang mewakili tertuduh memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya ditahan
reman sejak ditangkap pada 25 November 2010.
Beliau berkata, tertuduh sedar, insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.
Katanya, anak guamnya memohon peluang untuk menerima hukuman ringan
supaya dapat menjalani hidup baru bersama keluarga di negara asalnya.
“Tertuduh juga sudah memohon maaf terhadap mangsa dan keluarganya atas perbuatannya,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim bagaimanapun memohon
hukuman berat dengan mengambil kira kekerasan dialami mangsa pada masa
kejadian.
Selain itu katanya, ia bagi melindungi kepentingan awam terutama
dengan peningkatan kes rogol yang kerap dilaporkan menerusi media.
“Sebagai warga Bangladesh, tertuduh datang ke negara ini untuk
mencari rezeki, sebaliknya mencabuli undang-undang dengan merogol
mangsa,” katanya.
Harian Metro
Ibu rakam anak dirogol teman lelaki
Posted on the March 7th, 2012 under Tempatan by admin
SHAH ALAM – Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan
anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam
aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.
Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap
wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga
tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.
Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan
merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam,
pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac
2010.
Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh
dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah
menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak
guamnya yang telah insaf dan menyesal.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang
bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.
“Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini,” katanya.
Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi
berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma
sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.
“Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak
menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu
kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya.
Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi,” katanya.
Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.
Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari
lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk
lelaki itu.
Sinar
Didakwa rogol adik ipar
Posted on the October 30th, 2011 under Tempatan by admin
KUANTAN-
Seorang pemuda berdepan hukuman penjara sehingga 60 tahun dan 20
sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas dua
tuduhan merogol adik iparnya yang masih di bawah umur dalam dua kejadian
berasingan pada pertengahan April 2009 dan 10 Oktober lalu.
Tertuduh berusia 25 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan
minta dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan
Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mokhtar di hadapan Hakim Fathiyah
Idris, semalam.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dibenarkan diikat jamin RM8,000
manakala 17 November depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan untuk
tertuduh melantik peguam.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan
terkutuk itu buat pertama kali pada pertengahan April 2009 kira-kira jam
3 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Inderapura dekat sini.
Ketika itu, mangsanya baru berusia 14 tahun 7 bulan dan dikategorikan sebagai gadis bawah umur.
Manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan itu
pada gadis yang sama ketika itu sudah berusia 16 tahun 11 bulan di
sebuah rumah dipercayai kediaman mereka di Taman Seri Inderapura.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 9.30 pagi 10 Oktober lalu sebelum dia ditahan polis hari berikutnya.
Perbuatan yang dilakukan lelaki itu, bukan sahaja menyalahi
undang-undang dan hukum agama malah menyimpang dari adat dan kebiasaan
dimana tertuduh dan mangsa tidak dibolehkan untuk berkahwin.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen
376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan
tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika
disabitkan kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapinya.
Sinar
Culik, perkosa, paksa kawin
Posted on the June 26th, 2012 under Tempatan by admin
IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman
menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke
Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh
perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan
di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu,
pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di
kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki
tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton
Wira.
Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata
mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah
keluarganya di Grik.
“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan
dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih
ketika ditemui di sini, semalam.
Harian Metro
Diperkosa rakan sekolah di rumah sendiri
Posted on the November 15th, 2011 under Jenayah by admin
KUALA
LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya
menjadi mangsa rogol di dalam rumahnya sendiri ketika dia dan isteri
sedang nyenyak tidur, kelmarin.
Dia tidak menyangka remaja lelaki terbabit yang berusia 16 tahun yang
juga rakan sekolah anaknya berusia 15 tahun sanggup menceroboh
kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia sebelum
memperkosa anaknya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bapa mangsa berusia 50-an
terjaga daripada tidur sebelum keluar dari bilik untuk membuang air
kecil.
Menurut sumber, bagaimanapun niatnya itu terbantut apabila mendapati
pintu dan jeriji rumah terbuka menyebabkan dia mengesyaki ada pencuri
menceroboh masuk.
“Risaukan keselamatan keluarga, dia bertindak berani memasang lampu
untuk mencari pencuri terbabit dan ketika itulah dia melihat seorang
remaja lelaki tiba-tiba melintas di depannya dan terus melarikan diri.
“Terkejut dengan tindakan pantas suspek yang datang dari arah bilik tidur anaknya, dia cuba tahan suspek namun gagal,” katanya.
Sumber berkata, dia berpatah balik dan terus ke bilik anaknya,
terkejut apabila mendapati keadaannya tidak terurus dan sedang menangis.
Menurutnya, geram sebaik mendengar pengakuan mangsa dirogol rakan
sekolah sendiri, dia ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan
Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Harian Metro
Dirogol dua kali dalam tempoh 11 jam
Posted on the April 24th, 2012 under Tempatan by admin
BESUT – Akibat terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki menyebabkan
seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini
menjadi mangsa rogol sebanyak dua kali dalam tempoh kira-kira 11 jam
dalam sebuah kereta.
Sebelum kejadian pada jam 8.30 malam, Selasa lalu, ketika pelajar
berumur 16 tahun itu berada di rumah dia diajak keluar oleh seorang
lelaki yang dikenali dengan panggilan Mat Sebu.
Difahamkan, mangsa bersiar-siar di sekitar daerah ini dengan menaiki
sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam namun dia tidak mengingati
nombor pendaftaran kereta tersebut.
Setiba di suatu kawasan di Kuala Besut, suspek memberhentikan kereta dan mereka berbual di dalam kereta tersebut.
Peluang itu dikatakan diambil oleh suspek untuk merogol mangsa di
dalam motokar dan selepas merogol mangsa, suspek membawa mangsa ke rumah
kawannya di Rantau Panjang, Kelantan.
Keesokannya, pada jam 7 pagi (Rabu), suspek telah membawa pelajar
berkenaan ke sebuah rumah yang didakwa suspek rumah kakaknya di Kuala
Besut.
Namun, dia sekali lagi dirogol oleh suspek di dalam kereta yang sama
di kawasan itu sebelum suspek bertindak menghantar pulang ke rumah
kakaknya di sebuah taman di Kuala Besut.
Keluarga mangsa yang mendapati mangsa tidak pulang pada hari tersebut
mendesak dia menceritakan apa yang berlaku dan kemudian mendesaknya
membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang
dijalankan.
Menurutnya, kejadian rogol akibat pergau-lan bebas di daerah ini
meningkat di daerah ini dan perkara ini perlu diatasi dengan sikap
kecaknaan semua pihak termasuk mangsa.
“Remaja pada hari ini dinasihatkan jangan terlalu percaya pujukan
lelaki walau dalam apa bentuk sekali pun dan ibu bapa berperanan
mencegah kejadian ini berlaku dengan kawa-lan ketat,” katanya.
Sinar
Murid 12 tahun dirogol teman lelaki
Posted on the June 3rd, 2012 under Tempatan by admin
RANAU: Rahsia seorang murid perempuan berusia 12 tahun pulang ke
rumah dalam keadaan resah dan tidak terurus pada jam 3 pagi membongkar
perbuatan teman lelaki yang merogolnya tiga kali di Kampung Kauluan
Kundasang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, murid berkenaan dikatakan bertemu teman lelakinya yang berusia 22 tahun di pekan.
Namun, selepas termakan pujukan, lelaki terbabit membawa mangsa
pulang ke rumah sebelum merogolnya tiga kali. Selepas melampias
nafsunya, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, jam 3 pagi.
Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke rumah, mangsa disergah
bapanya yang hairan melihat keadaan anak gadisnya yang tidak terurus
selain pulang awal pagi.
Bapa gadis berkenaan mendesaknya menceritakan apa berlaku tetapi mangsa memberi alasan hanya bertemu rakannya di pekan.
Lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus
mendesak sebelum anaknya mengaku melakukan hubungan seks bersama teman
lelaki.
Tersentak dengan jawapan itu, bapa mangsa membawa anaknya ke Balai Polis Kundasang untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim,
mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan
lanjut.
“Berdasarkan laporan ahli keluarga mangsa, suspek berjaya ditahan di rumahnya.
“Siasatan mendapati suspek merogol gadis ini di rumah dan perbuatan
itu terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian terbabit kepada
bapanya,” katanya.
Abdul Rahman berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual sayur kini direman tujuh hari untuk siasatan.
“Mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.
Harian Metro
Ibu terkejut anak 14 tahun hamil
Posted on the August 14th, 2011 under Tempatan by admin
KENINGAU:
Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar
memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila
dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di
klinik kesihatan, di sini, kelmarin.
Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.
Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit
setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku
berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin
membesar, selain gemar memakan asam.
Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani
pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan
dua.
Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan
apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua
kali pada Jun dan Julai lalu.
Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.
Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed
berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan
Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.
“Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.
“Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Harian Metro
Terkejut lihat aksi seks adik
Posted on the May 20th, 2012 under Tempatan by admin
KAMPUNG
RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik
lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran
rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata,
kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang
asyik berasmara di atas buaian.
Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang
dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan
remaja perempuan terbabit.
“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar
dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah
keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman
lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.
Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman
lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan
itu di atas buaian di halaman rumah.
Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai
Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa
anaknya.
“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan
suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.
Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.
Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang
sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.
Lelaki ‘bersahur’ dengan anak gadis
Posted on the August 5th, 2011 under Jenayah by admin
KAJANG:
Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam
sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya
dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab,
berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke
dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.
“Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur
bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai
teman lelakinya.
“Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas
bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan
apa-apa bersama mangsa,” katanya.
Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah
melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang
tidur. “Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.
“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang
melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat,”
katanya.
Harian Metro
Jumpa lelaki dalam almari anak
Posted on the May 22nd, 2012 under Tempatan by admin
KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui
anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik
dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi,
di sini.
Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.
Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas
ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan
mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.
Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.
Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk
pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak
memecahkan pintu.
Harian Metro
Mangsa keluarga angkat durjana
Posted on the January 21st, 2012 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari
dengan menumpang di rumah bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham
dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba seks pasangan
terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih
faham dengan abang kandungnya pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke
rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang Utamauntuk
menumpang sementara.
Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan ibu angkatnya itu.
“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke
dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian
menyebabkan dia dipukul.
“Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa
angkatnya yang menunggu di dalam bilik menayangkan filem lucah,”
katanya.
Harian Metro
Tuduh remaja perkosa adik sebelum samun
Posted on the May 29th, 2012 under Jenayah by admin
GOMBAK:
Dua beradik lelaki menuduh seorang remaja lelaki merogol adik mereka
sebelum mengumpan untuk berjumpa bagi berbincang sebelum disamun dan
ditinggalkan di tepi jalan membabitkan kerugian hampir RM8,000,
kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, remaja terbabit berusia 17
tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Caves dengan
menunggang motosikal terkejut apabila didatangi dua lelaki bermotosikal
memintas dan mengarahkannya berhenti.
Menurut sumber, mangsa yang ketakutan pada mulanya enggan berhenti
namun selepas diacu pistol dan diarahkan berhenti menyebabkan dia yang
ketakutan akur arahan mereka.
“Kedua-dua lelaki terbabit menyerang mangsa dan mendakwa kononnya
merogol adik mereka menyebabkan mangsa terkejut dan menafikan kejadian
itu.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan mempercayainya sebelum seorang
daripada mereka merampas beg duitnya dan menyuruh mangsa bersemuka
dengan gadis yang didakwa dirogolnya,” katanya.
Sumber berkata, pada mulanya mangsa enggan namun beralah kerana
diacukan pisau ke pinggang dan mendesak mengikut mereka jika tidak mahu
dicederakan.
“Lelaki itu menunggang motosikal sambil dibonceng mangsa kononnya untuk berjumpa adik mereka yang didakwa dirogolnya.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Damai, Kepong, mangsa terkejut
apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dan menyuruhnya turun.
Lelaki terbabit memecut motosikal mangsa dan meninggalkannya
keseorangan,” katanya.
Mangsa menyedari terpedaya dan diumpan mengekori mereka sebelum disamun kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul
Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut
dijalankan.
Harian Metro
Paksa anak lapor berzina
Posted on the July 5th, 2011 under Tempatan by Ahmad Albab
HULU
SELANGOR: Berang selepas mendapat tahu anak gadis melakukan hubungan
seks dengan teman lelaki, seorang ibu memaksa anaknya membuat laporan
polis, kelmarin.
Sebelum itu, si ibu terdengar perbualan telefon antara anak gadisnya berusia 16 tahun dengan rakannya.
Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu terkejut apabila mendengar
pengakuan anaknya mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.
“Si ibu memarahi anak gadisnya itu dan memaksanya menceritakan apa yang berlaku.
“Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu akur dan
menceritakan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang juga
pelajar sekolah sama,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa yang marah dengan perbuatan lelaki
terbabit menceritakan kejadian itu kepada jiran sebelum mereka
mencarinya.
“Lelaki itu ditemui di rumah keluarganya, namun keluarga remaja
terbabit menghalang mereka untuk membawa remaja lelaki itu ke balai
polis.
“Bagaimanapun, selepas penjelasan diberikan remaja lelaki itu dibawa
ke Balai Polis Bukit Sentosa dan mangsa dibawa ke hospital untuk
pemeriksaan lanjut.
“Bertindak atas laporan suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya
Affendi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan
dilakukan.
Source: Harian Metro
Dirogol depan adik, sepupu
Posted on the April 13th, 2012 under Tempatan by admin
PETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang
lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis
bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam
kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.
Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil
barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan
nafsunya ke atas salah seorang mangsa.
Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.
“Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol
mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan
20 tahun di dalam bilik,” katanya.
Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang
melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.
Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.
Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.
“Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka
tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain,” katanya.
Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner
Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah
dikenal pasti.
“Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata.