Monday, August 27, 2012

BILA HUKUMAN MINUM ARAK TAK IKUT HUKUM ALLAH...MAKA KESANNYA ADA ORANG ISLAM MINUM TANPA SEGAN SILU

Tangki air runtuh
TUAN NUR SUHAILA RAJA MUHAMMAD
27 Ogos 2012
Keadaan tangki air yang runtuh di tangga rumah sewa Jamaluddin.
Keadaan tangki air yang runtuh di tangga rumah sewa Jamaluddin.
Sing Hu (kanan) menunjukkan kayu yang digunakan bagi menampung tangki air di kediamannya kepada Dr C
Sing Hu (kanan) menunjukkan kayu yang digunakan bagi menampung tangki air di kediamannya kepada Dr Che Rosli.
KAJANG – Penyewa rumah di Jalan Pahlawan, Seksyen 3, Bandar Mahkota Cheras terkejut apabila kediaman yang disewa sejak empat tahun lalu banjir apabila tangki air di bahagian bumbung rumah jatuh dan membanjiri keseluruhan ruang aras bawah rumahnya.

Mangsa, Jamaluddin berkata, dia menerima panggilan tiga hari sebelum menyambut Aidilfitri daripada jiran mengatakan terdengar bunyi kuat dari dalam rumahnya seperti bunyi letupan sebelum melihat air mengalir tanpa henti dari pintu rumahnya.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di kampung kerana cuti bagi menyambut Aidilfitri namun bergegas pulang ke rumah sewanya setelah mendapat panggilan.

“Ketika tiba di rumah, saya melihat tangki air tersebut jatuh di tangga yang menghubungkan aras bawah dan aras atas kediaman dua tingkat ini manakala siling bahagian bumbung berlubang.

“Air tangki tersebut membanjiri keseluruhan bahagian bawah rumah dan merosakkan perabot rumah serta beberapa barangan elektrik turut basah,” katanya yang menganggarkan kerugian RM5,000 jika semua barang elektriknya rosak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat ketika melawat kediaman tersebut berkata, pihaknya menasihatkan agar pemilik kediaman dan penyewa membuat laporan polis dan membuat surat rasmi bagi menuntut pemaju membaik pulih kerosakan.

“Pemilik kediaman yang lain juga dinasihatkan agar memeriksa struktur kedudukan tangki air kediaman masing-masing kerana bimbang tidak kukuh dan boleh mengundang kejadian seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik rumah, Neo Sing Hu berkata, dia telah enam tahun membeli rumah teres dua tingkat di kawasan tersebut malah pemaju memberikan jaminan enam bulan sekiranya berlaku kerosakan.

“Kayu yang digunakan untuk menyokong tangki air patah berkemungkinan disebabkan kayu yang berkualiti rendah.

“Saya akan buat laporan polis dan seperti disarankan Dr Che Rosli bagi menghantar surat rasmi kepada pemaju,” katanya.
Syurga gelandangan, Jalan Tun Perak jadi ‘hotel’
Wartawan Sinar Harian
27 Ogos 2012
Syurga gelandangan, Jalan Tun Perak jadi ‘hotel’
Kumpulan gelandangan ini sedang nyenyak tidur di kawasan kaki lima di Dataran Menara Maybank, Jalan Tun Perak, kelmarin.
KUALA LUMPUR – Dataran Menara Maybank, Jalan Tun Perak dekat sini terus menjadi rumah sementara bagi golongan pengemis dan gelandangan berehat tidak kira siang ataupun malam meskipun pelbagai operasi dijalankan pihak berkuasa sejak Ramadan lalu.

Apa yang pasti, kewujudan golongan ini bagi sesetengah orang amat merimaskan berikutan jumlah kehadiran mereka semakin bertambah terutama pada Ramadan dan Syawal.
Pekerja Maybank, Mohd Amirul Aziz, 40, berkata, kebanyakan golongan yang tidur di kaki lima dan tembok sekitar menara bank itu adalah orang yang sama.

“Banyak dalam kalangan mereka adalah warga asing terutama dari Myanmar dan Vietnam manakala selebihnya adalah terdiri daripada rakyat tempatan,” katanya.

Menurutnya, keadaan yang berlaku bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah turut menjadi kawasan itu tidak terurus berikutan sampah seperti botol plastik minuman dan  bekas makanan polistirena bersepah.

Bagi pemandu teksi, Mohd Hussin Abu Bakar, 44, berkata, kewujudan kutu rayau di situ bukan perkara baru.

“Mereka ini semua memang tiada rumah jadi lokasi di sini strategik untuk mereka berehat tambahan siar kaki yang ada boleh menjadi tempat berteduh sama ada siang ataupun malam,” katanya.

Sinar Harian yang membuat tinjaun di sekitar kawasan itu jam 2 pagi kelmarin berkesempatan berbual dengan seorang daripada kutu rayau yang hanya mahu dikenali sebagai Ali, 35.

Ali berkata, sebelum ini dia pernah dua tahun menjalani sesi pemulihan di sebuah pusat pemulihan dadah terkenal namun nasibnya terus dirundung malang selepas keluarga tidak menerimanya kembali.

“Hendak buat macam mana kalau sudah nasib begini, terpaksalah tinggal di mana-mana  asalkan selesa dan boleh tidur itu sudah memadai,” katanya yang enggan gambarnya dirakamkan.
Tragedi pulang menyaksikan perlawanan T-Team
RUBIAH OMAR & ZUBIR SULAIMAN
27 Ogos 2012
Tragedi pulang menyaksikan perlawanan T-Team
Kereta yang menyeret mangsa kira-kira 100 meter. Gambar kecil: Mangsa, Mat Rani
KUALA TERENGGANU - “Arwah ayah ada menyatakan hasrat mahu berpuasa sunat esok (semalam), tetapi saya tidak menyangka niatnya itu tidak kesampaian,” demikian kata Nurul Faraheim Mat Rani, 22.

Nurul Faraheim adalah anak sulung kepada Mat Rani Jusoh, 50, yang maut selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta, sebelum diseret kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian dalam kemalangan di Jalan Hiliran, Chabang Tiga, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Kaya, di sini, selepas menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan T-Team menentang Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di pusat bandar raya.

Namun, ketika tiba dilokasi kejadian, mangsa, bapa kepada tiga anak itu dirempuh sebuah Toyota Corola yang dipandu laju dari arah sama, sehingga tercampak dan pemandu berusia 39 tahun dari Kampung Padang Hiliran, dikatakan cuba melarikan diri sebaik melihat mangsa dalam keadaan parah dan nyawa-nyawa ikan.

Bagaimanapun, cubaannya untuk melarikan diri tidak berhasil apabila beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu cuba mengejarnya, sebelum terbabas di atas pembahagi jalan di lampu isyarat berhampiran Balai Polis Chabang Tiga.

Menurutnya, arwah bapanya yang amat meminati bola sepak telah keluar rumah kira-kira jam 8.45 malam untuk menyaksikan perlawanan bola sebelum mereka sekeluarga dikejutkan dengan panggilan kecemasan memberitahu arwah ditimpa kemalangan.

“Saya menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam memaklumkan ayah terlibat kemalangan. Saya ingat ayah terlibat kemalangan kecil sahaja dan sebab itu, hanya adik lelaki serta ayah saudara ke lokasi kejadian.

“Tetapi beberapa minit kemudian saya diberitahu ayah meninggal dunia sebelum adik lelaki berusia 19 tahun mengambil saya di rumah untuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HSNZ.


Saksi nampak kereta dipandu laju

Menurut saksi kejadian, Fatimah Mohd, 60, sebelum kejadian, dia nampak sebuah kereta dipandu laju dari arah Pulau Kambing menghala ke Chabang Tiga, di sini, dan tidak sampai beberapa minit, dia dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

“Saya memang nampak kereta itu dipandu laju dan ketika terdengar dentuman kuat itu, saya sudah mengagak kereta terbabit pasti melanggar sesuatu, sebelum ternampak ia menyeret sebuah motosikal bersama penunggangnya sekali.

“Selepas 100 meter dari lokasi kejadian, mangsa yang cedera parah itu tercampak ke bahu jalan, sebelum kereta itu terbabas di atas pembahagi jalan di lampu isyarat berhampiran Balai Polis Chabang Tiga,” katanya yang ketika kejadian, berada di kedai makan yang dibukanya berhampiran lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut ini tampil ke mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.


Bola sepak Terengganu hilang peminat setia

“SAYA amat terkejut menerima berita ini (kematian), kerana arwah (Mat Rani) sememang seorang yang sangat cintakan sukan khususnya bola sepak.

“Bayangkan, dia sanggup ikut dan membantu saya setiap kali saya mengendalikan sesi latihan bersama T-Team secara sukarela serta tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton aksi pasukan T-Team dan Terengganu di stadium.”

Itu luahan penolong jurulatih T-Team, Yusoff Ali, 47, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HSNZ selepas mendapat tahu berita pemergian rakannya, Mat Rani Jusoh, 50, yang maut akibat dirempuh sebuah kereta kira-kira jam 10.45 malam tadi (semalam).

Yusoff berkata, selain terlibat secara tidak langsung dalam pengurusan T-Team, Mat Rani juga masih aktif dalam aktiviti sukan, termasuk pernah mewakili kelab bola sepak pejabat Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) bagi kategori veteran.

“Saya sudah lama bersahabat dengan arwah sejak zaman sekolah lagi dan dia senior saya. Kehilangannya secara mengejut malam ini (semalam) juga merupakan satu kehilangan buat pasukan T-Team dan Terengganu,” katanya.

Turut meluangkan masa menziarahi jenazah ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah. Dalam pada itu, Nurul Faraheim, memberitahu, bapanya merupakan peminat setia pasukan bola sepak Terengganu dan T-Team sejak dulu lagi.
Geng curi bateri pencawang komunikasi di Marang tumpas

26 Ogos 2012
MARANG - Polis Terengganu percaya dapat menumpaskan kumpulan pencuri bateri pencawang komunikasi sekitar daerah ini yang berselindung di sebalik kenderaan mewah berikutan tertangkapnya tiga anggota kumpulan itu, baru-baru ini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kegiatan itu terbongkar setelah polis menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang lelaki berumur 36 tahun di Taman Tapai Indah, di sini pada 14 Ogos lalu kira-kira pukul 1.30 pagi.
 
Katanya hasil siasatan, suspek yang pernah bekerja sebagai pekerja servis pencawang telekomunikasi di Pahang itu membawa polis kepada sebuah rumah yang diubah suai sebagai tempat menjual barang lusuh tidak berlesen di Kampung Tanjung Kedai Buluh, kira-kira 4.45 petang pada hari yang sama.
 
"Hasil serbuan ke atas premis tidak berlesen itu polis menahan dua lagi lelaki yang berumur 40 dan 42 tahun.
 
"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan, polis menemui sebuah lori bersama 75 bateri pencawang telekomunikasi yang bernilai kira-kira RM190,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Manoharan berkata modus operandi kumpulan ini ialah dengan menggunakan kenderaan mewah ke lokasi pencawang berkenaan diiringi sebuah lori.
 
Kumpulan yang dianggotai enam lelaki tempatan dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak setahun lalu dengan beroperasi pada waktu malam.
 
"Kumpulan ini akan datang seperti untuk membuat servis sebelum memecah pintu stor dan mencuri bateri yang digunakan sebagai bekalan kuasa sokongan di dalam stor berkenaan," katanya.
 
Katanya kumpulan ini kemudiannya akan menjual bateri tersebut di kedai menjual barangan lusuh yang berlesen di Chendering, di sini.
 
Beliau berkata dengan tertangkap tiga suspek ini pihaknya dapat menyelesaikan 12 kes berhubung kecurian alat komunikasi ini dan bateri yang di curi adalah milik syarikat komunikasi Celcom, Maxis dan Digi.
 
Polis turut merampas sebuah kenderaan mewah dan sebuah lori yang digunakan dalam kegiatan itu.
 
Dalam pada itu, polis masih memburu tiga lagi anggota kumpulan yang berumur 28 hingga 41 tahun yang juga warga tempatan sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama
Tandas awam: 'Port' berkumpul, minum arak
Wartawan Sinar Harian
27 Ogos 2012
Tandas awam: 'Port' berkumpul, minum arak
Tandas perempuan yang dipenuhi dengan pelbagai sampah.
TAMPIN – Rata-rata pengunjung dan peniaga di Pasar Besar Tampin kecewa apabila kewujudan tandas awam yang seharusnya memudahkan orang awam dijadikan sebagai 'port' minum arak oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, tandas awam yang sebelum ini sudah dinaik taraf itu kini tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang awam apabila tandas perempuannya bersepah dengan botol arak dan puntung rokok.

Seorang peniaga yang dikenali Amir berkata, rata-rata pengunjung berasa tidak selesa untuk menggunakan kemudahan berkenaan lebih-lebih lagi pada sebelah petang. “Malah, tandas perempuan sering digunakan sebagai tempat berkumpul beberapa lelaki untuk meminum arak terutamanya sekitar jam 5 petang dan ke atas sehingga menimbulkan rasa kurang selesa orang awam.

“Manakala, tandas lelaki pula sangat kotor dan tersumbat. Lebih teruk lagi terdapat botol arak yang dibuang ke dalam tandas berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang pengunjung, Hanis, 20-an berkata, dia yang pertama kali masuk ke lokasi berkenaan berasa sangat terperanjat susulan terdapat banyak botol arak dan puting rokok.

“Malah, saya rasa gerun juga untuk masuk ke tandas perempuan ini berseorangan. Oleh itu, saya harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, beliau berasa sangat kecewa dengan sikap individu tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya, tandas berkenaan sudah dibaik pulih dan dinaik taraf dengan kos RM20,000 sebelum digunakan semula sejak pertengahan tahun lalu. Malah, kerosakan tandas berkenaan juga dalam pengetahuan MDT dan kini sudah mengeluarkan tender bagi baik pulih tandas.

“Kita harap agar orang ramai dapat bekerjasama dalam menjaga kemudahan yang disediakan dan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab hanya akan menyebabkan kerugian kepada semua pihak.

“Malah sikap pengotor dan tidak bertimbang rasa orang awam yang menggunakan tandas awam juga menyebabkan sasaran kita untuk mengekalkan kebersihan tandas di peringkat yang lebih tinggi lagi tersasar," katanya.

Tandas Awam di Gemas mendapat Anugerah Gangsa bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Pertandingan Anugerah Tandas Bersih peringkat Kebangsaan tahun lepas.
Penganggur maut dikelar
Wartawan Sinar Harian
27 Ogos 2012
Penganggur maut dikelar
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
BALIK PULAU – Seorang penganggur maut dipercayai dikelar dengan senjata tajam dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Pinang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asistan Komisioner Mazlan Kesa berkata, mangsa, Ghadzali Ahmad, 53, yang tinggal bersendirian ditemui mati dengan kesan kelar di leher, manakalanya tangannya diikat di depan menggunakan kain pelikat yang dikoyak.

“Mangsa ditemui rakannya yang datang ke rumah kira-kira jam 10 pagi, untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan penyakit asma yang dihidapinya.

“Rakannya bertindak memecahkan pintu selepas panggilannya tidak berjawab sebelum menemui mangsa yang hanya berkain pelikat dalam keadaan terlentang dan seterusnya membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui sebilah pisau di atas katil yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa meninggal dunia kirakira 12 jam lalu dan terdapat kesan pergelutan di dalam bilik.

“Motif pembunuhan masih belum diketahui memandangkan dompet mangsa berisi wang tidak terusik.

“Berdasarkan maklumat, kali terakhir mangsa dilihat pada jam 8 malam selepas membelikan bunga api untuk saudara-maranya yang tinggal bersebelahan rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua lelaki tempatan yang dipercayai dapat membantu siasatan. “Kami berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian dapat tampil bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya.
Lelaki maut rempuh bas
Wartawan Sinar Harian
27 Ogos 2012
Lelaki maut rempuh bas
Remuk... Anggota bomba sedang melakukan pemeriksaan pada kenderaan mangsa.
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah bas dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Yong Kean Aik, 34 dikatakan memandu laju sebelum kenderaannya terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh bas.

Akibat rempuhan itu, kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk di bahagian depan dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asissten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Kong Meng berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan patah kedua-dua kakinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Paya Terubong mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. “Kita percaya kejadian berpunca apabila kereta yang dipandu laju mangsa  terbabas sebelum merempuh bas terbabit.

“Pemandu bas berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya.

Nama Anak Que Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun

Que Haidar
PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.
Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.
"Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.
"Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya kepada mStar Online.
Que diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.
Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.
Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.
Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak.
"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya.
Sementara itu, Que memberitahu mereka belum bersedia untuk memperkenalkan anaknya itu kepada umum dan hanya akan berbuat demikian semasa majlis cukur jambul selepas Hari Raya Aidilfitri ini nanti.
Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra dengan sapaan Cleo dilahirkan pada 26 April lalu secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Selain Cleo, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 selain Qalif Khan, 12, iaitu anak pertama Linda bersama bekas suami.
Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.

 
Posted by herma on Aug 15, '07 10:30 PM for everyone
Penasaran dengan kecantikan Ratu Mesir Cleopatra yang begitu tersohor, yang mampu membuat dua penguasa Romawi Julius Caesar dan Marc Antony jatuh cinta dan bertekuk lutut, membuat saya iseng coba-coba searching di internet, siapa tahu dapat gambaran wajah aslinya. Eh...malah ketemu artikel ini di www.kompas.com
Hmm...ternyata...
Cleopatra Tak Secantik yang Dikira

LONDON, KAMIS - Ratu Mesir Cleopatra yang tersohor dengan kecantikannya sepertinya tak secantik yang dikira. Ini terlihat dari sebuah koin berumur 2.000 tahun yang bergambar Cleopatra di salah satu sisinya dan Mark Antony di sisi lainnya.
Di koin tersebut digambarkan bahwa Ratu Mesir di zaman Romawi itu memiliki hidung lancip, dahi mendatar, dan dagu tirus. Sedangkan penguasa Romawi Mark Antony digambarkan dengan mata besar, hidung bengkok, dan leher besar. Padahal, di berbagai literatur sejarah maupun film, Cleopatra dan Mark Antony sealu digambarkan sebagai sosok yang sangat rupawan. Bahkan karena kecantikannya itulah, Cleopatra dikabarkan juga berhasil merayu Kaisar Romawi Julius Caesar.
"Para penulis Romawi memberitahukan kepada kita bahwa Cleopatra cerdas dan karismatik dengan suara yang menggairahkan tapi mereka tidak menekankan pada kecantikannya," kata Lindsay Allason-Jones, direktur museum arkeologi dari Universitas Newcastle. Menurutnya, apa yang digambarkan di film-film Holywood mengenai Cleopatra terlalu berlebihan. "Sosok Cleopatra sebagai wanita penggoda yang cerdas lebih cocok."
Koin yang dibuat pada 32 sebelum Masehi itu mungkin dibuat atas permintaan Mark Antony. Rival Julius Caesar dalam hal percintaan itu digambarkan di salah satu sisi koin beserta tulisan Antoni Armenia devicta yang berarti untuk Antony, Armenia telah ditaklukkan. Sedangkan sisi lainnya yang bergambar Cleopatra bertuliskan Cleopatra Reginae regum filiorumque regum yang berarti untuk Cleopatra, ratunya raja dan anak-anaknya raja.
Para pakar menyatakan, koin yang dipamerkan di Museum Shefton, Newcastle, Inggris itu bukan barang yang sangat langka namun cukup bernilai. Koleksi tersebut telah dimiliki Society of Antiquities of Newcastle di Tyne  sejak tahun 1920-an namun tersimpan di bank dan baru dipamerkan sejak kemarin. 


Sumber: AP
Penulis: Wah

ORANG NAK KAYA SECARA MUDAH ATAU MATLAMAT NAK KAYA BERKOBAR2...TAMBAH KURANG CERDIK..MEREKA NILAH MUDAH TERTIPU

Ahli perniagaan rugi RM1 juta akibat ditipu

Posted on the August 27th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Pegawai penyiasat Insp. Zaharah Jaafar menunjukkan sekeping wang palsu matawang India (India rupee). Sebanyak 402 keping wang kertas 1000 India rupee berjaya dirampas.
IPOH – Seorang ahli perniagaan berusia 53 tahun kerugian hampir RM1 juta apabila ditipu oleh sekumpulan warga Indonesia dalam urusan jual beli 100,000 tan metrik diesel.
Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahlan berkata ahli perniagaan berkenaan membuat laporan polis pada 23 Ogos lepas setelah sebuah bank di sini mengesahkan bahawa draf bank bernilai RM925,000 yang diterimanya adalah palsu.


“Bertindak atas laporan mangsa dan risikan, kita membuat serbuan pada awal pagi tadi dan menahan lima lelaki warga Indonesia di sebuah hotel di sini yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 45 tahun serta memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan, katanya.
Dalam kes lain, Shukri berkata anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menahan dua lelaki warga Pakistan masing-masing berusia 22 dan 42 tahun serta seorang warga Lubnan berumur 31 tahun, antara 23 dan 25 Ogos lepas yang dipercayai terlibat dalam wang palsu matawang India (Rupee).
“Suspek datang ke Ipoh dan pergi ke sebuah premis pengurup wang berlesen untuk menukar wang palsu itu kepada Ringgit Malaysia. Apabila pengurup wang berkenaan mengesan wang yang dibawa suspek adalah wang palsu, beliau terus menghubungi polis,” katanya.
Dua daripada suspek ditangkap semasa cuba menukar wang palsu di premis berkenaan dan selepas disoal siasat, tangkapan susulan dibuat terhadap seorang lagi suspek di Kuala Lumpur, katanya.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas semua suspek, polis menemui 402 keping wang kertas 1000 Rupee, tiga buah telefon bimbit, sebuah beg berwarna hitam dan dua pasport Pakistan.
“Modus operandi yang digunakan adalah mereka akan ke premis pengurup wang berlesen dan menukar wang palsu matawang India kepada Ringgit Malaysia. Wang palsu yang digunakan suspek berkualiti tinggi dan mangsa sukar mengecam wang kertas palsu itu,” katanya.
Katanya kesemua mereka ditahan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 489 C Kanun Keseksaan iaitu memiliki matawang kertas yang dibuat secara palsu atau pelancungan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
Shukri menasihati orang ramai terutama pengurup wang berlesen supaya berhati-hati semasa berurusan dengan pelanggan yang ingin menukar wang asing dan segera menghubungi polis sekiranya ada sebarang maklumat. – Bernama

Wanita kongsi kisah silam dirogol bomoh

Posted on the August 27th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Rosilawati memberi kata-kata semangat kepada Nur Izah
“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.
Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.


“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.
Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.
Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.
“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.
Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.
Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.
“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya.
Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.
“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.
Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.
“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.
Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.
Peluang kedua
Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.
“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.
“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.
Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.
“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.
“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.
Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.
“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.
Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.
“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.
Rumah Insani
Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.
“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.
Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.
“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.
Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka.
Sinar Harian

Ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya

Posted on the August 27th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.
Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada’ yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.
Gambar kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.


Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.

Lihatlah betapa mulianya akhlak seorang pejuang kebanggaan Rasulullah ini. Video ini menunjukkan seorang mujahidin Syria berusaha menyelamatkan seorang sahabatnya yang terkena tembakan ke tempat yang lebih selamat.

Dan dalam masa yang sama sahabatnya yang lain cuba menembak tentera rejim dari sudut yang lain.
Sehinggakan beliau sanggup menanggalkan baju kalis pelurunya untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Sehingga akhirnya, beliau juga ditembak oleh tentera rejim la’natullah.
Ya Allah, sesungguhnya video ini sudah cukup untuk kami mengatakan bahawa merekalah pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah.

Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.
Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Nora Danish & Bekas Suami Baik Kerana Anak

Posted on the August 27th, 2012 under Artis by admin

  • Share

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menjelaskan hubungannya dengan bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli masih baik demi anak lelaki tunggal mereka.
Nora berkata, sebagai seorang bapa, Rizal atau Jejai telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap Putra Rayqal Ramli.
“Tiada apa-apa masalah antara kami kerana apa yang penting Rayqal mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua ibu-bapanya,” ujarnya kepada mStar Online.


Malah Nora berkata, Jejai sangat bertoleransi dengannya jika ada apa-apa perkara mengenai anak mereka itu.
Dalam pada itu, Nora memberitahu dia menyambut Hari Raya pertama di rumah bekas keluarga mertuanya seperti kebiasaan kerana telah menjadi amalan mereka untuk berkumpul.
Katanya, walaupun bukan lagi menjadi ahli keluarga Jejai, tetapi kehadirannya itu adalah untuk mengeratkan lagi hubungan anaknya dengan datuk dan neneknya.
“Bekas ibu dan bapa mertua tidak pernah berkira untuk menjaga Rayqal ketika ketiadaan saya dan sebab itu saya juga tidak kisah jika mereka mahu Rayqal berhari raya di rumah mereka.
“Malah Rayqal sangat rapat dan manja dengan datuknya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib,” ujarnya.
Bakal muncul dengan filem Mencari Cinta bersama Rusdi Ramli, Nora memberitahu dia akan kembali sibuk dengan tawaran berlakon selepas Hari Raya nanti.
mStar

Sembur racun ke mulut isteri

Posted on the August 27th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: Disebabkan kerap dipukul, seorang wanita cuba mengubah pendekatan dengan lebih banyak membisu apabila suaminya marah, namun tindakan itu menyebabkan dia menerima deraan lebih teruk apabila mulutnya disembur dengan racun serangga.
Kejadian berlaku jam 10.30 malam kelmarin, di rumah mereka di Taman Bukit Segar, Cheras, di sini, dan mangsa yang berusia 26 tahun turut ditendang sebelum melarikan diri apabila suaminya cuba mencelup tangannya ke dalam kuali mengandungi minyak panas.
Menurut sumber, mangsa mendakwa sebelum kejadian, dia dijemput suaminya selepas habis waktu bekerja, namun sebaik saja masuk ke dalam kereta suaminya yang mabuk terus memukul kepalanya.


“Suami mangsa kemudian memarahi mangsa kerana tidak mahu berbual dengannya.
Mangsa yang ketakutan terus mendiamkan diri sebelum dibawa pulang ke rumah.
“Sumber berkata, sebaik tiba di rumah, mangsa bergegas ke dapur menyiapkan masakan untuk suaminya sebelum dia dipanggil ke ruang tamu dan suaminya bertanya kenapa dia seperti sudah berubah sikap.
Harian Metro

Wanita melecur dibakar teman lelaki meninggal

Posted on the June 27th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
KUALA LUMPUR: Wanita yang dibakar teman lelakinya hingga menyebabkan 90 peratus tubuhnya melecur disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 12.50 tengah hari semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Sebelum ini, siasatan polis mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Bagaimanapun, kematian mangsa menyebabkan kes itu ditukar kepada Seksyen 302.


“Berdasarkan siasatan awal polis, suspek yang juga teman lelaki mangsa mempunyai niat dan sengaja bertindak demikian (membakar) dan ia bukannya berlaku disebabkan kecuaian,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 23 tahun yang dikatakan tinggal bersama teman lelakinya cedera parah dan melecur akibat dibakar lelaki berusia 35 tahun itu selepas menyimbah petrol di ruang tamu rumah flat mereka di Taman Segar, Cheras.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa ditemui cedera bersama lelaki terbabit di dalam rumah itu. Mangsa melecur teruk hampir 90 peratus manakala teman lelakinya hanya melecur sedikit namun tidak sedarkan diri.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan itu sebelum lelaki terbabit menyimbah cecair dipercayai petrol ke tubuh kekasihnya dan membakar wanita itu hingga menyebabkan sebahagian rumah turut terbakar.
Harian Metro

Sharbinee rebah atas padang, gatal terlampau

Posted on the August 27th, 2012 under Sukan by admin

  • Share

KUALA TERENGGANU: “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.


Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.
“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.
Harian Metro

Pelesit rempit maut ketika berlumba di Klang

Posted on the August 27th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
MAYAT Sattindran terbaring di tengah jalan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa, Klang semalam.
KLANG – Seorang pemuda dipercayai pelesit rempit terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi, mangsa, S. Sattindran, 20, maut di tempat kejadian selepas motosikal Yamaha RXZ yang ditungganginya tercampak sejauh kira-kira 60 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.


Difahamkan, sebelum tragedi itu, Sattindran dan seorang rakannya yang menaiki motosikal lain sedang berlumba apabila mereka dilihat beberapa kali melalui jalan tersebut.
Bagaimanapun, selepas motosikal ditunggangi Sattindran merempuh belakang lori, rakan mangsa terus melarikan diri.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd. Rahman berkata, mangsa mati di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.
Kosmo

Pengusaha bas tamak

Posted on the August 27th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
SEORANG penumpang bas ekspres menunjukkan harga tiket bas yang dibeli pada harga RM55.35 untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – Situasi terdesak orang ramai yang ingin pulang ke ibu kota pada saat-saat akhir semalam mendorong kebanyakan pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin di sini mengambil kesempatan menjual tiket pada harga yang jauh lebih mahal.
Selepas menerima aduan daripada pengguna, Kosmo! yang membuat tinjauan mendapati ada pengusaha sanggup menjual tiket ke Kuala Lumpur pada harga RM55.


Tidak kurang pula yang menawarkan harga antara RM40 hingga RM35.
Harga asal tiket bas ke ibu kota sebenarnya cuma RM31.20.
“Harga yang saya bagi merupakan harga standard pada musim perayaan, lagi pun hari ini (semalam) adalah hari terakhir orang ramai pulang ke kampung,” kata seorang penjual tiket yang memberi alasan punca harga tiket dinaikkan.
Buktinya, wartawan Kosmo! yang cuba membeli tiket semalam terpaksa membayar tiket pada harga RM40 yang asalnya ditawarkan pada harga RM55.
Kosmo

Sunday, August 26, 2012

AGAK2LAH...KALAU IBADAH BEGITU LAMA...ALANGKAH BAIKNYA...AURAT PATUT JUGA JAGA...JANGAN HANYA KUIH ELOK BERBUNGKUS...NAMPAK BAIK MACAM BERBAKTI TAPI MUNGKIN ADA MUSLIHAT TERSIRAT...TAK ELOK MACAM NI

Tunjuk baju glamor masa berbuka

KETIKA semakin banyak artis yang sudah kembali kepada fitrah, masih ada lagi penganjur yang kurang peka dengan keperluan tetamu majlis yang rata-rata beragama Islam dan berpuasa pada bulan Ramadan.
Memanglah niat si penganjur mahu memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pertunjukan fesyen baju raya yang glamor-glamor.
Tapi kalau azan Maghrib sudah berkumandang dan orang bersiap sedia untuk berbuka puasa, eloklah acara menonton 'model baju raya' itu ditangguhkan dulu.
Kalau tak mahu majlis itu berlarutan hingga ke malam, ia sepatutnya dimulakan selepas subuh atau tunggu sahaja selepas waktu berbuka.
Semua artis dan petugas media pasti maklum kelebihan menyegerakan berbuka puasa sebaik tiba masanya.
Ini tidak, masa orang tengah azan itulah para artis masih tergedik-gedik menggayakan baju pereka-pereka yang terlibat. Mahu tak mahu, jurufoto akhbar dan majalah pun terpaksalah tangkap gambar.
Untuk penganjur terbabit, Diva hendak ingatkan bahawa waktu berbuka adalah masa yang paling gembira bagi orang yang berpuasa. Tak manislah rosakkan kegembiraan mereka. Yang peliknya, perkara yang sama berulang setiap tahun.

Apek terlibat kemalangan di Bachok


KERETA Audi yang dipandu Apek rosak akibat kemalangan di Kampung Badak, Bachok malam kelmarin.



KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.
Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.
"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

Wanita Malaysia paling ramai curang



WANITA Malaysia dikatakan yang ketiga paling curang di dunia. - Gambar hiasan



ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Rumah penghulu jadi tumpuan



PENDUDUK menunggu giliran mengambil air bersih daripada paip air yang dipasang di rumah Penghulu Kampung Belukar, Kubang Bemban, Pasir Mas semalam.



PASIR MAS – Jika sambutan Aidilfitri sebelum ini, rumah Penghulu Kampung Belukar, Kubang Bemban di sini, Omar Daud, meriah dengan kunjungan tetamu yang datang beraya tetapi tahun ini, sambutan lebih meriah apabila penduduk memenuhi halaman ruma untuk mendapatkan bekalan air paip bersih secara percuma.
Setelah bertahun-tahun mengharungi derita masalah air kotor dan sering terputus, kewujudan penapis air yang dipasang Kerajaan Pusat di belakang rumah Omar dan disalurkan melalui empat batang paip telah menceriakan 100 keluarga di situ.
Akhbar baru-baru ini melaporkan Kerajaan Pusat mengambil tindakan segera mengatasi masalah bekalan air yang kritikal di dua kawasan iaitu Kubang Bemban, Pasir Mas dan Kampung Derdap, Tumpat dengan memasang alat penapis yang setiap unit berharga RM95,000 bagi memproses air telaga.
Omar, 59, berkata, walaupun penapis air tersebut belum lagi dirasmikan namun ia telah dimanfaatkan penduduk.
“Penduduk tidak putus-putus datang ambil air. Hari Raya pertama dan kedua, sebanyak 50 orang beratur ambil air. Semalam (kelmarin), satu keluarga hendak buat kenduri datang ambil air.
“Dengan adanya penapis air ini, ia amat membantu dan Aidilfitri kali ini lebih bermakna,” katanya.

Budak hilang dua jari

MOH ROSYAM di samping anaknya, Wan Muhammad Anas yang sedang dirawat akibat cedera bermain mercun bola di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Keinginan seorang budak lelaki untuk bermain mercun membawa padah apabila dua jari kirinya terpaksa dipotong akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini Rabu lalu.
Kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku ketika Wan Muhammad Anas Amar Rosyam, 10, menyalakan api pada sumbu sebiji mercun bola yang ditemui tidak jauh dari rumah sebelum ia meletup di tangan.
Menurut Moh Rosyam Hanafiah, 39, ketika kejadian, dia menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah jiran dan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk perumahan terbabit.
"Saya terus bergegas pulang ke rumah dan melihat muka anak sulung saya berlumuran darah manakala beberapa jari tangan kiri hancur," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

Tonto lindungi jual rokok haram

KOTA KINABALU - Penjualan rokok haram di sekitar bandar raya ini agak sukar dibendung oleh pihak berkuasa berikutan aktiviti tonto yang aktif melindungi kegiatan tersebut.
Pengarah Kastam Sabah, Dr. Janathan Kandok berkata, tindakan tonto itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi membanteras penjualan rokok haram kerana dipantau dan diketahui golongan terbabit yang mengekori pergerakan anggota kastam.
"Kami tidak menolak kemungkinan tonto ini diupah oleh individu-individu tertentu dalam memastikan kelancaran 'perniagaan' haram mereka.
"Memang ada tonto bukan sahaja pada kegiatan penyeludupan rokok malah sehingga kepada penjualan di kaki lima tetapi kita sedang menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Rendang kepala lembu



PERMINTAAN daging lembu meningkat lebih 30 peratus menjelang Aidilfitri.



SELALUNYA hidangan ketupat dan lemang dinikmati bersama rendang daging atau ayam namun kini, kepala lembu mula digemari sebagai juadah Hari Raya Aidilfitri.
Ia kedengaran agak pelik tetapi itulah cerita seorang penjual daging Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan.
Menurut pemilik Wahidannie Livestock (M) Sdn. Bhd., Abdul Wahid Ramlan, sebelum ini orang ramai gemar membeli gear box iaitu tulang lutut lembu untuk dimasak sup tetapi selera itu nampaknya beralih kepada kepala lembu yang dikatakan enak dimasak rendang, kari atau lemak.
Abdul Wahid yang berumur 38 tahun telah lebih 20 tahun menguruskan perniagaan keluarganya menternak dan menjual lembu.
“Sebenarnya, hampir kesemua bahagian lembu boleh dimakan termasuk kepala dan lemaknya.
“Kepala lembu itu akan dilapah terlebih dahulu dengan mengasingkan daging dan otak manakala tulangnya dipotong kecil-kecil. Daging kepala lembu lebih lembut teksturnya dan manis.
“Bagi satu kepala, kira-kira 2 kilogram daging boleh didapati, bergantung pada saiz kepala lembu berkenaan,” katanya kepada Jurnal.
Kebanyakan pembeli kepala lembu Abdul Wahid berasal dari Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
“Sebaik sahaja lembu disembelih, kepala lembu itu sudah ada pembelinya. Harganya antara RM80 hingga RM200,” ujarnya.
Bakar kulit
Tutur Abdul Wahid, dia dapat menjual lebih 100 kepala lembu setiap kali menjelang Aidilfitri. Kebanyakan pelanggan meminta Abdul Wahid membuang kulit, gigi serta bahagian mulut lembu itu terlebih dahulu.
“Ada juga pelanggan yang membelinya terus tanpa perlu dibuang bahagian tertentu. Kebanyakan mereka berasal dari benua Afrika.
“Khabarnya, mereka akan terus membakar kepala lembu itu sebelum memakan semua isinya termasuk biji mata. Saya tidak tahu pula apa rasanya,” katanya.
Bercerita mengenai bekalan, Abdul Wahid memberitahu, kebanyakan stok haiwan itu diperoleh daripada tiga buah ladang lembu di Negeri Sembilan dan Selangor.
“Kedua-dua ladang itu mampu menampung permintaan semasa perayaan kerana mereka memiliki bilangan ternakan matang yang melebihi 1,000 ekor,” ujarnya sambil memberitahu, permintaan menjelang Aidilfitri biasanya bertambah sekitar 35 peratus.
Secara perbandingan, sekiranya bekalan pada bulan biasa sekitar 300 ekor lembu, menjelang Aidilfitri jumlahnya meningkat kepada 400 ekor.
“Daging lembu merupakan hidangan utama rakyat negara ini khususnya kaum Melayu,” katanya.
Dia menambah, ramai pelanggan yang membeli pada saat akhir terutamanya pada malam raya menyebabkan dia tidak menang tangan untuk melayan mereka.
“Kadangkala sampai pukul 3 pagi pun masih ada pelanggan yang datang untuk membeli daging. Sebagai peniaga, kami harus memastikan stok sentiasa ada,” jelasnya.
Lemak
Seorang pekerja Wahidannie Livestock, Azman Mohammad Adman, 23, yang berasal dari Yangoon, Myanmar, berkata, dia telah tiga tahun beraya di negara ini. Menurutnya, daging lembu dimasak dengan cara yang agak berbeza di negaranya.
“Di Myanmar, semua bahagian lembu termasuk lemak dan kulit akan dimasak bersama. Kebanyakan dimasak kari.
“Semasa Hari Raya Aidilfitri, ia akan dimakan bersama nasi sama seperti hari biasa,” katanya.
Rakannya, Saad Nurullah pula mengatakan rakyat negara ini perlu bersyukur kerana dapat menikmati makanan lazat setiap hari.
“Saya sendiri berasa tenang dan hidup agak selesa di sini berbanding negara asal. Segala keperluan boleh diperoleh dengan mudah,” katanya.

Masak juadah lapan jam





MALAYSIA memang kaya dengan kepelbagaian budaya masyarakatnya yang berbilang kaum. Lantaran itu, tidak hairanlah, ramai pelancong malah rakyat tempatan sendiri yang menyifatkan negara kita ini sebagai syurga makan.
Jika ada yang berhajat menikmati keunikan masakan tradisi, Barat, oriental atau Mediterranean, baik yang masih mengekalkan cita rasa asli mahupun telah diubah mengikut rencah rasa tempatan, semuanya boleh didapati di Malaysia.
Antara yang menjadi kegemaran ramai dan dikenali umum ialah roti canai, nasi lemak, nasi kandar, nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional.
Namun, jika disebut beberapa nama hidangan warisan etnik Bugis seperti burasak, lepat lueh, nasu metti dan bejabok, pastinya ramai yang terpinga-terpinga, malahan ada tidak pernah mendengar dan menikmatinya.
Lain pula keadaannya di pekan Benut yang terletak di daerah Pontian, Johor. Di sini, majoriti masyarakatnya berketurunan Bugis yang berasal daripada Kepulauan Sulawesi, Indonesia.
"Burasak bukanlah makanan yang pelik di sini malah ia boleh dibeli di pasar minggu.
Bagi seorang peniaga burasak yang mahu dikenali sebagai Remeng, 50-an, setiap kali minggu akhir Ramadan, dia dan keluarganya tidak menang tangan menerima tempahan daripada penduduk tempatan, malah ada yang juga peminat burasak yang sanggup datang dari Johor Bahru dan Singapura menempah burasak dengannya.
"Setiap minggu saya menjual burasak di pekan Tampok. Pada bulan puasa pula, saya menjualnya pada setiap petang.
"Seminggu sebelum raya, perniagaan menjadi semakin sibuk kerana ramai pelanggan yang menempah burasak untuk dijadikan hidangan di pagi Syawal," katanya yang mengusahakan perniagaan tersebut sambil dibantu isteri dan anak-anaknya.
Sementara itu, seorang lagi pengusaha burasak di Benut, Bachok Ambok Lelang, 63, memberitahu, rupa burasak seakan-akan ketupat nasi yang dicampur dengan sedikit santan. Bentuknya pula leper seakan lepat pisang namun lebih tebal dan saiznya sedikit besar dan lebar.
"Kalau ramuannya seperti memasak nasi lemak, cuma tidak perlu ditambah bawang, halia ataupun serai hanya beras wangi, santan dan sedikit garam.
"Memasak burasak tidaklah rumit tetapi mengambil masa yang cukup lama. Mana tidaknya, ia perlu direbus antara tujuh hingga lapan jam untuk menghasilkan burasak yang teksturnya lembut dan tahan lebih lama," ujar Bachok ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini.
Burasak yang rasanya sedikit lemak enak dimakan panas-panas bersama nasu metti atau asam pedas ikan parang.


SEBONGKAH burasak biasanya mempunyai lima atau 10 keping burasak yang dibungkus secara berasingan.



"Tradisinya, orang Bugis akan makan burasak dengan ikan parang, sama ada yang dimasak asam pedas ataupun masak kicap," katanya.
Selain burasak, satu lagi makanan tradisional masyarakat Bugis yang biasa dihidang ketika musim perayaan ialah lepat lueh.
Seperkara yang unik tentang makanan ini, ia sejenis hidangan berasaskan pulut yang berbentuk tiga segi seperti atap rumah.
"Memasak pulut lueh sama seperti burasak. Pulut perlu ditanak separuh masak dan kemudiannya disejukkan sebelum dibungkus menggunakan acuan berbentuk tiga segi. Ia juga perlu direbus selama lapan jam.
"Jika burasak enak dimakan dengan asam pedas ikan parang, lepat lueh pula sedap dijamah dengan nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas.
"Bagi yang tidak biasa memasak, tempoh merebus yang cukup lama memang jadi satu cabaran kerana api dan air perlu sentiasa dipantau, apatah lagi jika memasak menggunakan dapur kayu.
"Namun, hasilnya memang memuaskan. Burasak dan lepat lueh boleh bertahan sehingga seminggu tanpa perlu disimpan di dalam peti ais.
"Begitupun, ada petuanya. Pulut atau nasi yang telah ditanak perlu disejukkan kira-kira sejam atau dua jam sebelum dibungkus bagi mengelakkan ia daripada cepat basi," ujar Bachok.
Jelasnya lagi, memandangkan kedua-dua juadah ini boleh bertahan lama, ia biasanya dimasak dua hari sebelum raya bagi mengelakkan kesibukan di dapur menjelang malam raya.
Daun pisang nipah
Jangan tidak tahu, bukan sebarang daun pisang boleh digunakan untuk membungkus burasak dan lepat lueh.
"Hanya daun pisang nipah sahaja yang boleh digunakan untuk membungkus burasak dan lepat lueh. Bukan tidak boleh guna daun pisang lain tetapi dikhuatiri pulut atau nasi akan menjadi pahit.
"Daun pisang pula harus dipilih di bahagian pucuknya atau paling muda. Daun pisang yang tua tidak boleh digunakan kerana keras dan mudah koyak," ujarnya.
Menurut sejarahnya, makanan tahan lama yang berasal dari Kepulauan Sulawesi ini sering menjadi pilihan pedagang Bugis sebagai bekalan pelayaran.
Meninjau cara memasak hidangan wajib bagi masyarakat Bugis ini, apa yang boleh disimpulkan, hampir ke semua juadah utamanya mengambil masa yang lama untuk dimasak!

BURASAK yang direbus lapan jam boleh bertahan sehingga seminggu.



Menurut pakar masakan warisan daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, juadah raya masyarakat Bugis memang unik berbanding masakan masyrakat lain.
"Jika masyarakat Melayu, Minang mahupun Jawa banyak menggunakan ayam, daging lembu ataupun daging kerbau dalam masakan, lain pula halnya dengan masyarakat Bugis.
"Selain ayam, mereka turut menggunakan hasil laut dalam menu lebaran. Contoh paling mudah, masak asam pedas ikan parang dan bejabok atau serunding udang kering," katanya.
Jurnal yang diberi kesempatan melihat proses penyediaan burasak, nasu metti atau asam pedas ikan parang, nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas dan bejabok atau serunding udang kering.
Sebagai pelengkap juadah manisan berasaskan telur dan pisang seperti baulu pecak yang rupanya seakan nekbak di Kelantan dan lepat pisang tanpa tepung atau barongko turut disediakan.
"Burasak perlu disediakan terlebih dahulu kerana ia memerlukan masa yang lama untuk direbus. Cara membuatnya mudah sahaja.
"Dengan menggunakan beras wangi yang ditanak separuh masak dengan santan dan sedikit garam untuk penambah lemak.
"Setelah nasi masak, ketepikan dan sejukkan lebih kurang dua jam. Selepas itu, ambil tiga sudu beras dan letakkan di atas pucuk daun pisang nipah yang telah dibersihkan. Ratakan nasi dalam bentuk empat segi tepat.
"Selepas siap lima bungkus, satukan burasak dan balut dengan daun pisang nipah tua yang telah dilayurkan.
"Bungkus sebanyak dua kali dan ikat kemas bongkah burasak dengan tali rafia. Sekarang, burasak siap untuk direbus," ujar Shahrim.
Belajar dua minggu
Menyediakan nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas pula tidak banyak bezanya dengan rendang biasa cuma masakan ini menggunakan jumlah lengkuas yang banyak.
"Untuk seekor ayam yang beratnya 1.5 kilogram (kg), setengah kg lengkuas diperlukan.
"Selain lengkuas, bawang putih, bawang merah dan serai, masakan ini juga menggunakan cili api dan rempah-rempah seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis.


JUADAH nasu likkuk dimasak seperti rendang tetapi menggunakan lengkuas dalam jumlah yang banyak.



"Semua bahan perlu dikisar halus sebelum dimasak dengan sempurna kira-kira 45 minit.
"Selepas itu, barulah ayam dimasukkan. Apabila daging sudah kecut, masukkan pula santan pekat. Masak sehingga ayam lembut dan kuah mengering," jelas Shahrim.
Tambahnya, masakan nasu likkuk ini amat digemari oleh masyarakat Bugis mahupun masyarakat di Nusantara.
"Bagi yang pertama kali menikmatinya, jangan risau, saya jamin anda pasti akan menyukainya," ujarnya.
Biarpun bukan daripada keturunan Bugis, lelaki ini mengambil inisiatif menulis sebuah buku masakan bertajuk Sajian Eksotik Warisan Bugis bagi memastikan keunikan kulinari Bugis terus terpelihara.
"Masakan Bugis mempunyai keunikan yang tersendiri namun ia jarang ditemui di restoran dan kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini.
"Bagi saya, keistimewaan masakannya terletak pada bahan-bahan yang digunakan, cara penyediaan dan namanya yang unik.
"Rasanya juga enak dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat," katanya.

'Laut' terbesar dunia lenyap

LAUT Aral yang semakin mengencil dan dijangka lenyap sepenuhnya pada tahun 2020.


MUNGKIN tiada siapa yang percaya jika dikatakan perairan terbesar dunia iaitu Lautan Pasifik akan kering. Ini kerana pemanasan global akan menyebabkan paras air laut semakin meningkat berikutan pencairan ais di Kutub Utara dan Selatan, bukannya sebaliknya.
Bagaimanapun, Laut Aral yang bersempadan dengan Kazakhstan di utara dan Karakalpakstan, sebuah wilayah autonomi Uzbekistan di selatan, bakal lenyap daripada peta dunia.
Obsesi Kesatuan Soviet (kini Rusia) untuk menjadi pengeluar kapas terbesar dunia di samping meningkatkan pengeluaran padi pada tahun 1960-an telah membawa malapetaka kepada Laut Aral iaitu salah sebuah tasik terbesar dunia dengan keluasan 68,000 kilometer persegi iaitu hampir sebesar negeri Sabah di Malaysia.
Aral dalam bahasa Turki bermaksud pulau-pulau dan Laut Aral sendiri memiliki lebih 1,500 buah pulau kecil di perairannya. Kawasan paling dalam di tasik ini pada masa itu mencecah 42 meter.
Sukar bernafas
Semuanya bermula apabila Kesatuan Soviet mengubah laluan Sungai Amu dan Sungai Syr yang merupakan sumber air Laut Aral untuk industri kapas dan beras.
Ini menyebabkan pulau itu terbahagi dua pada tahun 1990 berikutan paras air tasik itu terus menyusut. Beberapa pakar meramalkan tasik itu lenyap sepenuhnya pada tahun 2020.
Malah, pihak UNESCO mendakwa sebanyak 70 peratus daripada 1.1 juta penduduk Karakalpakstan mengalami kesukaran bernafas ekoran fenomena itu.
“Setiap hari kami berdepan dengan ribut pasir yang membawa bersama racun berbahaya,” kata seorang penduduk wilayah itu.
Semasa melawat Uzbekistan pada April 2010, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa semua pemimpin dunia supaya bersatu untuk mengatasi masalah itu.
Ban Ki-moon malah menyifatkan kejadian di Laut Aral sebagai satu bencana yang sangat mengejutkan.
Kazakhstan telah memulakan langkah bagi mengatasi perkara itu dengan membina Empangan Kok-Aral di Sungai Syr di bahagian negara itu untuk disalurkan ke tasik berkenaan sejak tahun 2005.
Projek itu berjaya meningkatkan paras air tasik secara perlahan-lahan sekali gus mengembalikan kehidupan di sekelilingnya.
Bagaimanapun, seorang anggota pertubuhan hak asasi manusia yang berpusat di Tashkent, Uzbekistan, Elena Urlaeva yang melawat Nukus, bandar terbesar berhampiran tasik itu pada tahun lalu melaporkan, penduduk sekitar masih menghadapi masalah kesihatan yang serius.
Suhu berubah
Menurut laman web Weird Science, Laut Aral yang suatu ketika merupakan salah satu kawasan paling subur di dunia telah kering. Akibatnya, suhu di rantau tersebut menjadi lebih panas pada musim panas dan semakin sejuk semasa musim sejuk manakala hujan jarang turun.
Kawasan berhampiran padang pasir bertoksik itu pula mencatat kadar kematian bayi antara yang tertinggi di dunia.
Penyakit anemia serta barah yang disebabkan oleh kimia yang ditiup daripada dasar tasik yang kering itu juga merupakan senario yang biasa dilihat.
Malah, tasik yang mengandungi lebih 20 spesies ikan bermutu tinggi seperti ikan merah, keli dan todak itu sudah tiada lagi.
Daerah Muynak di Uzbekistan sekarang menjadi padang pasir yang jaraknya menjangkau beratus-ratus kilometer. Di situ, pemandangan kapal-kapal nelayan yang terbiar sudah cukup untuk memberi gambaran betapa buruknya bencana itu.

Cerita tauke kereta beraya



NAMA Aminar pernah silap ditulis dengan nama Aminah.



SEGAK berbaju Melayu berwarna merah serta kain samping yang berwarna-warni membuatkan Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh, 52, tampil berbeza.
Selain itu, perbualan selama lebih sejam bersama lelaki yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini cukup menyenangkan.
“Minta maaf agak terlewat, banyak urusan yang perlu dibereskan sebelum bercuti,” tutur Aminar Rashid.
Walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan awam daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), dunia pekerjaannya lebih terarah dalam dunia automotif.
Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Kumpulan Pemasaran Strategik di UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
Namun, ada cerita menarik tentang anak bekas seorang guru agama dan bahasa Inggeris ini.
“Sebenarnya saya pernah mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang yang sama di sebuah universiti tempatan.
“Tetapi, nama saya silap ditulis Aminah bukan Aminar. Walaupun hati teruja untuk memasuki universiti tersebut saya batalkan kerana agak terkilan dengan kesilapan tersebut,” katanya.
Aminar mempunyai tiga orang anak perempuan pernah bekerja dengan Utusan Melayu (M) Bhd. sebagai seorang pegawai kewangan.
Dialek berbeza
Pengalaman ternyata mendewasakan lelaki yang menetap di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor ini.
Perpindahan keluarganya dari Kedah ke Besut, Terengganu sedikit sebanyak memberikan impak kepadanya.
“Saya agak terkejut apabila makan roti canai bersama seorang rakan sekolah di sebuah kedai makan. Biasanya makanan itu kita cicah dengan kuah kari sahaja.
“Tetapi, bagi kebanyakan penduduk Pantai Timur mereka mencampurkan dengan gula. Itu antara kejutan budaya terawal yang saya alami,” ujarnya.
Katanya, kejutan kedua yang dialami dari sudut pertuturan.
“Kita sudah biasa berbicara menggunakan loghat Utara tetapi perlu bertukar Pantai Timur. Syukur lama kelamaan saya dapat mengadaptasi semuanya dengan sebaiknya,” jelasnya.
Soal bahasa daerah tidak lari semasa perbualan kami.
Beliau juga mengalami kesukaran untuk berbual dengan bapa mertua dan keluarga iparnya yang agak pekat dengan dialek Negeri Sembilan walaupun mereka menetap di Alor Gajah, Melaka.
“Mereka ketawa saya pun ketawa walaupun tidak tahu akan maksud tetapi saya beruntung kerana menguasai loghat negeri Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Tidak lengkap berbicara dengannya jika tidak berbicara mengenai peningkatan jualan produk kereta Perodua terutama menjelang Aidilfitri.
Suami kepada Junrayati Johari ini memberitahu, kebiasaan peningkatan melebihi 20 peratus.
“Tetapi, bukan sekadar Aidilfitri sahaja tetapi pada perayaan lain.
“Malah, kini terdapat kecenderungan pembeli membeli kenderaan jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) tidak mengira mereka yang telah berkeluarga atau bujang,” katanya.
Dia juga sempat berkongsi momen menarik semasa menyambut Aidilfitri terutama semasa masih kecil.
“Ibu sering memasak kuih tradisional seperti baulu, putu kacang serta tart nanas. Saya juga membantu tetapi sebaik giliran memasukkannya ke dalam balang ia akan terus dimakan.
“Sedap, panas-panas lagi. Mungkin ibu saya, Asmah Ibrahim menyedarinya tetapi kerana saya masih kecil dan tidak diwajibkan berpuasa perbuatan itu dibiarkan begitu sahaja,” jelas Aminar.
Malah, beliau beberapa kali terlepas menunaikan solat sunat Aidlfitri di masjid kerana rancak berbual-bual dengan jiran-jirannya.
“Sedar-sedar solat telah tamat jadi saya pun terus pulang bersama jemaah lain,” ujarnya ketawa.
Perantauan
Pada tahun lepas beliau berkesempatan menyambut Aidilfitri di Adeline, Australia kerana anak bongsunya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di sebuah kolej di negara itu.
“Kerana beberapa tahun sebelum itu tidak berkesempatan beraya bersamanya, kami sekeluarga mengambil keputusan beraya di negara itu.
“Tetapi, suasana tidak banyak berbeza kerana ramai rakyat negara Malaysia menetap di negara itu termasuk pelajar, kakitangan kerajaan serta usahawan,” ujarnya.
Jelasnya, soal makanan tidak menjadi satu isu kerana makanan tradisional seperti ketupat, nasi himpit serta rendang menjadi juadah wajib.
“Cuma lemang sahaja tiada kerana kesukaran mencari buluh untuk dibuat lemang.
“Solat sunat Aidilfitri pula diadakan di padang taman permainan. Suasana cukup meriah kerana ribuan umat Islam dari pelbagai negara seperti Pakistan, Bangladesh dan Indonesia menunaikan solat.
“Ada juga yang bersolat di masjid-masjid tetapi bilangannya agak kecil,” katanya.

BUATLAH KERJA2 YANG ADA KEBAIKAN BUKAN PERKARA2 YANG MENJIJIKAN..ALLAH TELAH BERI AKAL MAKA GUNAKANLAH DENGAN BETUL LAGI TEPAT

60 peniaga tidak ikut harga raya


SEBANYAK 58 peruncit dan dua pemborong didapati melakukan kesalahan sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. - Gambar hiasan



BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan sebanyak 60 peniaga dan pemborong melakukan kesalahan sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula 12 Ogos lepas sehingga tamat semalam.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 58 daripadanya membabitkan peruncit (pekedai) manakala dua lagi merupakan pemborong.
"Sepanjang tempoh dua minggu berkenaan, sebanyak 59,985 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh negara dan mereka yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan sewajarnya," kata beliau.
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dataran Kerayong Bera di sini semalam.
Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah gagal mempamerkan tanda harga merah jambu pada barang kawalan dan tidak mempamerkan sebarang tanda harga dan menjual barang lebih daripada harga yang ditetapkan.
Menurutnya, kerjasama dan aduan orang ramai berkaitan pekedai melakukan kesalahan seperti menaikkan harga barang jualan, tanpa tanda harga dan kesalahan lain membantu pihaknya bertindak tegas ke atas peniaga terbabit.

Lelaki mati leher dikelar



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah Ghadzali yang ditemui mati dibunuh di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.



GEORGE TOWN – Seorang lelaki tergamam apabila kedatangan ke rumah sahabat baiknya dikejutkan dengan penemuan mayat rakannya itu yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau di sini semalam.
Mayat Ghadzali Ahamad, 53, ditemui kira-kira pukul 10 pagi semalam dalam keadaan kedua-dua belah tangan terikat serta kesan kelar di leher bersama tompokan darah.
Difahamkan, sebelum ditemui, rakan mangsa berasa curiga apabila mangsa tidak keluar selepas dipanggil berkali-kali.
Dia datang ke rumah mangsa untuk membawa lelaki itu ke Hospital Balik Pulau bagi mendapatkan rawatan susulan berhubung penyakit asma yang dihidapinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, rakan mangsa yang menyangka dia masih tidur menunggu hampir 10 minit sebelum dia mendapati pintu dan tingkap tertutup selepas membuat pemeriksaan di sekeliling rumah.

Dua maut diserang ala mafia



ANGGOTA polis menyiasat tempat dua pengawal mati ditembak oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Sekumpulan enam ahli kongsi gelap yang berang selepas dihalang daripada memasuki sebuah pusat hiburan bertindak ala mafia apabila menembak mati dua pengawal disko itu dalam kejadian di Jalan Doraisamy di sini semalam.
Kejadian pukul 4.30 pagi itu mengakibatkan Mohd. Akmal Jemain dan Muhammad Noor Rashid, masing-masing berusia 21 tahun, maut akibat cedera parah di kepala dan dada.
Mohd. Akmal maut di tempat kejadian pada pukul 5 pagi manakala Muhammad Noor pula disahkan meninggal dunia kira-kira lima jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Muhammad Noor merupakan peniaga pasar malam namun kerja separuh masa sebagai pengawal pusat hiburan tersebut.
Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bertegas enggan membenarkan samseng-samseng berkenaan masuk kerana waktu operasi premis berkenaan telah tamat.

Pelesit rempit maut ketika berlumba di Klang



MAYAT Sattindran terbaring di tengah jalan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa, Klang semalam.



KLANG – Seorang pemuda dipercayai pelesit rempit terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi, mangsa, S. Sattindran, 20, maut di tempat kejadian selepas motosikal Yamaha RXZ yang ditungganginya tercampak sejauh kira-kira 60 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.
Difahamkan, sebelum tragedi itu, Sattindran dan seorang rakannya yang menaiki motosikal lain sedang berlumba apabila mereka dilihat beberapa kali melalui jalan tersebut.
Bagaimanapun, selepas motosikal ditunggangi Sattindran merempuh belakang lori, rakan mangsa terus melarikan diri.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd. Rahman berkata, mangsa mati di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Murid darjah enam mati terapung

KUALA KRAI - Seorang murid berusia 12 tahun yang terjatuh dari rakit di Sungai Lebir dekat sini kelmarin ditemui terapung kira-kira 20 meter dari tempat dia terjatuh dari rakit bersama seorang lagi rakannya.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa, Mohd. Ikram Hazim Zainuddin, 12, bersama rakannya, Saiful Bazri, 10, menaiki rakit yang dibuat sendiri manakala dua rakannya, Mohd. Aizad, 13, dan Khairul Anas Suhaimi, 11, menunggu di tebing sungai.
Cerita Mohd. Aizad, dia bersama Khairul Anas berada di tebing sungai sambil makan mee segera manakala Mohd. Ikram dan Saiful pula bermain rakit yang dibuat menggunakan dua batang buluh.
"Baru beberapa minit berada di atas rakit tersebut, Mohd. Ikram tiba-tiba terjun ke dalam sungai manakala Saiful terjatuh dari rakit kerana air di kawasan tersebut tiba-tiba berpusar.
"Saya terus terjun ke dalam sungai dan sempat menarik Saiful naik ke tebing sungai namun gagal menyelamatkan Mohd. Ikram kerana mangsa hilang dibawa arus," kata remaja itu ketika ditemui.

Bangunan terbengkalai jejas imej Johor Bahru



BANGUNAN usang Pacific Mall di Jalan Storey yang telah lama terbengkalai menjejaskan imej bandar raya Johor Bahru.



JOHOR BAHRU - Selaku pintu masuk utama pelancong dari selatan tanah air, kepesatan pembangunan di bandar raya Johor Bahru sememangnya mengagumkan.
Bagaimanapun, di sebalik kepesatan pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan menara dan bangunan tinggi, timbul kecacatan apabila terdapat banyak bangunan komersial yang terbengkalai.
Selain mencemarkan pemandangan, kebanyakan bangunan yang hampir siap tetapi dibiarkan kosong selama bertahun-tahun itu turut mengundang pelbagai masalah sosial serta kesihatan kepada penduduk setempat.
Sebanyak 13 projek bangunan komersial di Johor Bahru dilaporkan terbengkalai, namun terdapat tiga bangunan utama yang cukup ketara kelihatan pada pandangan orang ramai kerana terletak di lokasi strategik di pusat bandar raya ini.
Ketiga-tiga bangunan tersebut ialah Kemayan City di Jalan Skudai, Pacific Mall di Jalan Storey dan JB Waterfront City di pesisir pantai Lido yang sepatutnya mampu menambah tarikan kepada aktiviti pelancongan dan membeli-belah di Johor.
Tinjauan Kosmo! di Kemayan City mendapati, bangunan yang mengandungi sembilan tingkat ruang perdagangan, tiga blok pejabat dan satu blok hotel itu sudah rosak teruk akibat perbuatan vandalisme dengan cermin yang sudah pecah, dinding diconteng serta kawasan sekitar yang ditumbuhi semak-samun.

Pengusaha bas tamak



SEORANG penumpang bas ekspres menunjukkan harga tiket bas yang dibeli pada harga RM55.35 untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Situasi terdesak orang ramai yang ingin pulang ke ibu kota pada saat-saat akhir semalam mendorong kebanyakan pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin di sini mengambil kesempatan menjual tiket pada harga yang jauh lebih mahal.
Selepas menerima aduan daripada pengguna, Kosmo! yang membuat tinjauan mendapati ada pengusaha sanggup menjual tiket ke Kuala Lumpur pada harga RM55.
Tidak kurang pula yang menawarkan harga antara RM40 hingga RM35.
Harga asal tiket bas ke ibu kota sebenarnya cuma RM31.20.
"Harga yang saya bagi merupakan harga standard pada musim perayaan, lagi pun hari ini (semalam) adalah hari terakhir orang ramai pulang ke kampung," kata seorang penjual tiket yang memberi alasan punca harga tiket dinaikkan.
Buktinya, wartawan Kosmo! yang cuba membeli tiket semalam terpaksa membayar tiket pada harga RM40 yang asalnya ditawarkan pada harga RM55.

Pertandingan makan embrio itik di New York



SEBAHAGIAN peserta pada pertandingan makan embrio itik pertama di New York kelmarin.



NEW YORK - Satu pertandingan memakan telur mengandungi embrio anak itik yang sempurna kali pertama diadakan di Amerika Syarikat (AS) kelmarin
Dikenali sebagai balut, telur berkenaan merupakan antara makanan menjijikkan di dunia.
Acara ekstrem tersebut dianjurkan oleh restoran Maharlika yang menjual masakan Filipina di sini.
"Telur ini direbus dan dihidangkan bersama secubit garam dan cuka tebu,
"Apabila kulit telur dipecahkan, anda mula dengan meminum cairan di dalamnya sebelum memakan janin anak itik. Jika anda bertuah, anda akan menemui embrio itik yang mempunyai sedikit bulu dan paruh kecil," kata pemilik bersama restoran berkenaan, Miguel Trinidad.
"Telur ini merupakan sumber protein yang hebat dan dapat menguatkan tenaga batin anda," tambahya.
Menampilkan 10 peserta, pertandingan sulung itu dimenangi oleh seorang lelaki, Wayne Algenio.
Dia memakan sebanyak 18 telur embrio dalam tempoh lima minit.
Algenio yang memenangi tali pinggang hitam bersadur emas berjanji akan mempertahankan kejuaraannya pada tahun depan. - Agensi

36 maut bas langgar lori tangki



KEADAAN sebuah bas dan lori selepas kemalangan di sebuah lebuh raya di Yan'an, Beijing semalam.



BEIJING - Seramai 36 orang terbunuh apabila sebuah bas dua tingkat melanggar belakang sebuah lori tangki di sebatang lebuh raya di utara China semalam, lapor media negara berkenaan.
Agensi berita rasmi Xinhua menyatakan, rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.
Menurut Xinhua, ketika kejadian sekitar pukul 2 pagi semalam (waktu tempatan), lori tangki tersebut sedang membawa bahan kimia metanol di sebatang lebuh raya dekat bandar Yan'an dalam wilayah Shaanxi.
Agensi berita tersebut memberitahu, seramai 39 orang berada di dalam kedua-kedua kenderaan itu semasa kejadian dengan hanya tiga orang yang terselamat.
Mangsa-mangsa yang terselamat kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.
Keselamatan jalan raya merupakan masalah serius di China.
Menurut Xinhua, kelemahan penyelenggaraan jalan raya dan sikap pemandu yang lalai menyebabkan 70,000 kematian dan 300,000 kecederaan dilaporkan berlaku di China itu pada setiap tahun. - Agensi