Sunday, September 2, 2012

HUDUD DINAFI...ZINA MEMBIAK SERTA MACAM TAK DAPAT DIBENDUNG...HUKUMANNYA RINGAN HINGGA MEREKA AHLI2 ZINA TAK GENTAR DENGAN HUKUM ZINA YANG SEDIA ADA

Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh sungai

Posted on the September 2nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KERIAN – Seorang bapa tidak menyangka keputusannya meninggalkan anak perempuannya berusia tiga tahun berseorangan sebentar di luar rumah berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Kuala Kurau di sini, dalam kejadian petang kelmarin.
Bapa mangsa, Ong Keng Yaw, 35, berkata, ketika kejadian jam 6 petang, mangsa, Ong Xin Tong yang berusia tiga tahun ditinggalkan sebentar di pekarangan kawasan rumahnya untuk mandi sebentar.
Bagaimanapun, selepas selesai siapkan diri, dia tidak nampak kelibat anak perempuannya itu malah ahli keluarga lain yang berada di dalam rumah juga tidak menyedari kehilangan mangsa.


“Sedang kami berusaha mencari di seluruh kawasan rumah, tiba-tiba salah seorang anak jiran yang berusia enam tahun memberitahu kami yang dia ada ternampak mangsa terjatuh ke dalam sungai di hadapan rumah kami kira-kira 15 minit sebelum itu.
“Saya bergegas terjun ke dalam Sungai Kuala Kurau dan berjaya menemui anak saya dalam keadaan lemas.
“Bagaimanapun, saya kecewa kerana usaha menyelamatkan nyawanya gagal dan dia meninggal ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini, semalam.
Keng Yaw berkata, mangsa sebelum ini tidak pernah merayau-rayau keluar dari kawasan rumah secara bersendirian dan terkilan tindakan mangsa pertama kali keluar bersendirian berakhir dengan tragedi menyayat hati.
“Kami sekeluarga berasa amat sedih dengan pemergian mendiang anak perempuan saya. Bagaimanapun, saya menganggap apa yang berlaku adalah suratan takdir yang perlu kami hadapi dengan tabah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.
Sinar

Siswi seronok diratah 6 lelaki

Posted on the September 2nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk.
Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah.


Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan alat perlindungan kehamilan.
Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelaki keenam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi.
Harian Metro

Bas PKR diserang ‘samseng’ di Kota Bharu

Posted on the September 2nd, 2012 under Politik by admin

  • Share

Salah sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR dikesan disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian di Kota Bharu.
Naib presiden parti itu, Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah di bandar tersebut.
“Petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah.


“Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah. Tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.
“Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.
“Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin berkata, bas berkenaan ditahan di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan selepas satu laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi ini di balai berkenaan.
Katanya lagi, serangan berkenaan bagaimanapun tidak akan menggugat kempen berkenaan yang akan diteruskan dengan jelajah ke Perak.
“Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara,” katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa serangan berkenaan bukanlah insiden pertama yang melibatkan keselamatan Anwar mahupun pemimpin kanan lain parti itu.
‘Seolah-olah galakan dari PM’
Katanya, Anwar sebelum ini juga diserang di Sembrong, manakala ceramah yang disertai MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga dicemari dengan insiden membaling batu.
Seterusnya, perkara tersebut sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai laporan polis dibuat.
“Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat.
“Ia seolah-olah satu galakan terus dari Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama PKR dan Pakatan Rakyat,” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata, serangan berkenaan bagaimanapun tidak mengganggu acara yang disusun dalam program berkenaan.
Beliau antara lainnya hari ini mengikuti satu program solat dan zikir di Salor, dan seterusnya ke kediaman menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk minum pagi.
“Serangan samseng tidak harus ganggu acara,” katanya.
Kelantan merupakan lokasi kedua dalam program tiga hari yang menumpukan kawasan pengundi Melayu itu.
Sebelum itu, Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR mengunjungi Bentong, Pahang dalam program yang disertai 300 orang.
Turut hadir dalam acara tersebut ialah pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengarah strategi, Rafizi Ramli.
Program bersama bas berkenaan semalam juga meliputi kawasan Kuala Lipis, Gua Musang dan Tanah Merah.
Program berkenaan dirancang untuk meliputi lima negeri – Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan 20 acara rasmi di pelbagai lokasi.

Lelaki maut, rakan cedera dirempuh seladang

Posted on the September 2nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

IPOH — Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat dirempuh seladang di Hulu Air Pasir, Banding dekat Gerik semalam.
Musa Ismail, 56, maut akibat cedera parah di perut manakala Isa Abdullah, 24, patah kaki dan tangan kiri dan dirawat sebagai pesakit luar.
Kedua-dua mereka bersama seorang lagi rakan mereka, Abdul Mohd. Sharifudin A. Manas, 35, diserang haiwan itu ketika dalam perjalanan untuk memasuki Hutan Simpan Royal Belum secara haram antara pukul 3 dan 6 petang.


Abdul Mohd. Sharifudin tidak cedera, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Abdul Manab Baharum ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka cuba memasuki hutan simpan itu melalui lorong tikus di Km 68.4 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) untuk memancing dan memukat ikan.— BERNAMA

Subhanallah! Kucing 2 wajah

Posted on the September 1st, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
LUAR BIASA…Venus
RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.
Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.
Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.


Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah – perubahan genetik.
“Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya.”
“Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: ‘Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,’” kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.
“Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: ‘Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.
“Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: ‘Kita perlu memiliki kucing ini!’
“Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!,” tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.
Seorang lagi menulis: “Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang.”
Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga. – DM
Eksekutif pelantar minyak dicekup
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Eksekutif pelantar minyak dicekup
Lima penagih termasuk seorang eksekutif di pelantar minyak ditahan dalam serbuan di port penagih dekat Alor Mak Bah.
DUNGUN – Tindakan licik sekumpulan penagih menjadikan bangsal memotong kayu di satu kawasan terpencil dalam semak di Kampung Alor Mak Bah, dekat sini sebagai port untuk melepaskan gian akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa.

Hasil risikan, port yang dijadikan tumpuan penagih di kawasan sekitar itu diserbu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan berjaya menahan lima suspek.

Dalam serbuan diketuai Inspektor Wahid Sujani itu, salah seorang suspek ditahan dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, merupakan seorang eksekutif di pelantar minyak.

Suspek terbabit dikatakan mengambil kesempatan sempena cuti dua minggu untuk menemui rakannya sebelum berkongsi dadah di dalam port yang letaknya agak terpencil dari rumah penduduk itu.

Suspek, 30an dari Pulau Serai Dungun difahamkan berpendapatan RM11,000 sebulan itu dikatakan sudah dua tahun terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan perbuatannya itu tidak diketahui isterinya yang dinikahi sejak lebih dua tahun lalu yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Ujian saringan air kencing mendapati lima suspek termasuk kakitangan di pelantar minyak itu didapati positif dadah methampethamine.

Dalam serbuan berasingan di sebuah rumah berdekatan, polis terpaksa berhempas pulas apabila dua suspek yang terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa bertindak meloloskan diri dengan memanjat pagar selain meredah semak sebelum berjaya ditahan.

Dua daripadanya dikatakan rakan kepada lima suspek yang ditahan dalam serbuan di bangsal memotong kayu turut disahkan positif dadah.


Dapat ribuan ringgit jual dadah kepada pelajar

Sementara itu, usaha polis untuk menjejaki saki baki penagih serta dalang yang membekal bahan terlarang itu terus membuahkan hasil, apabila 10 lagi ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Taman Bukit Bauk, Batu Tujuh, Dungun.

Hasil siasatan, seorang daripada suspek berusia 21 itu dikatakan sudah dua tahun terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah dan meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan dengan menjual dadah kepada pelajar kolej.

Pelajar semester akhir jurusan kejuruteraan itu turut mengakui terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah kerana menghadapi masalah kewangan dan ia merupakan satu cara untuk mendapatkan wang cara mudah.

Pelajar yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu ditahan reman kerana disyaki memiliki dadah apabila polis berjaya menemui kira-kira 90 biji pil kuda dipercayai dalam kawalannya ketika serbuan di rumah sewa diduduki bersama sahabatnya yang belajar di kolej sama itu.

Sembilan lagi yang lain berusia 19 hingga 22 tahun, masing-masing berasal dari Kota Bharu, Kelantan; Jertih, Besut; Manir, Marang dan Permaisuri kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

Enam daripadanya selepas menjalani ujian saringan air kencing disahkan positif dadah jenis methampethamine dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dua daripada enam pelajar direman itu turut disiasat mengikut Seksyen 12( 2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan yang dilarang itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan tersebut menasihatkan remaja agar tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat segelintir individu yang menjanjikan pendapatan lumayan melalui pekerjaan yang tidak diketahui menyalahi undang-undang.

“Sesiapa yang terbabit dalam aktiviti seperti ini bakal menerima natijahnya apabila mereka dihadapkan ke mahkamah nanti,” katanya.
Lembu 'lepak' di jalan, penunggang motosikal cedera
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Lembu 'lepak' di jalan, penunggang motosikal cedera
Sukarelawan JPAM memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang, kelmarin.
RANTAU PANJANG – Dua penunggang motosikal cedera setelah merempuh seekor lembu yang berkeliaran di jalan dalam satu kejadian berhampiran Simpang Empat Salam di sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian, seorang mangsa, Razahan Hamid, 23, yang menunggang sendirian, dalam perjalanan dari Taman Bakti ke rumahnya di Gual Periok.

Setibanya di tempat kejadian, mangsa tidak dapat mengelak haiwan berkenaan dan merempuhnya hingga terjatuh.

Berikutan kejadian, tangan serta siku mangsa cedera dan dihantar sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk mendapatkan rawatan.

Manakala mangsa kedua, mengalami cedera ringan.

Adik Razahan, Safuan, 20, berkata, abangnya dalam perjalanan pulang menghantar motosikal ke rumahnya.

Menurutnya, keadaan di tempat kejadian gelap menyebabkan abangnya tidak dapat mengelak haiwan ternakan di laluan itu.

"Pihak terbabit patut menyediakan kemudahan lampu di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian berulang.

“Pemilik lembu pula tidak seharusnya membiarkan ternakan berada atas jalan terutama pada waktu malam kerana bakal mengundang musibah kepada pengguna jalan.

“Manakala, pihak berkuasa juga patut memantau haiwan yang tidak dikurung,” katanya.
Pesara miliki keris Tok Janggut
Wartawan Sinar Harian
1 September 2012
Pesara miliki keris Tok Janggut
Kamal menunjukkan keris yang didakwanya milik Tok Janggut, pejuang terbilang yang bangkit menentang penjajah di daerah ini.
GONG KEMUNTUNG - Pesara kerajaan di sini mendakwa memiliki salah satu daripada tiga keris kesayangan Tok Janggut, pejuang kelahiran Kampung Jeram yang bangkit menentang penjajah di daerah ini.

Kamal Che Timon, 62, berkata, keris itu digunakan Tok Janggut untuk membunuh tiga askar Banggali yang berada di pihak British.

“Tok Janggut kemudiannya ke rumah moyang saya yang dikenali sebagai Tok Jobe di Kampung Pemanak, Kemuning, Macang untuk mengumpul kekuatan.

“Akhirnya keris itu ditinggalkan kepada Tok Jobe yang kemudiannya mewariskannya kepada ayah saya, Che Timon Yaacob dan saya menerima keris itu daripada ayah saya pada tahun 1969,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kamal berkata, dia pada awalnya tidak berminat menyimpannya tetapi terpaksa berbuat demikian kerana dia merupakan satu-satunya lelaki dalam kalangan keluarga yang berhak mewarisinya.

Walaupun ramai yang menawarkan keris itu dengan harga agak lumayan, Kamal tidak bersetuju menjualnya kerana dia berhasrat untuk menyerahkan senjata tradisi Melayu itu kepada sesiapa sahaja yang dikira layak mewarisinya pada suatu masa nanti.

Kamal mendakwa keris tersebut mempunyai kelebihan tersendiri kepada orang yang tahu menilai kesaktian senjata Melayu kerana hanya pemegangnya yang dapat merasainya.

Ketika bercerita mengenai Tok Janggut, Kamal menyifatkan keberanian tokoh itu tiada tolok bandingnya dan perlu dianggap ikon dalam usaha melakar kejayaan demi kejayaan.

Katanya, Tok Janggut atau nama sebenar Mat Hassan Munas itu berjaya dibunuh pihak British hanya selepas penduduk tempatan yang menjadi tali barut British mendedahkan petua untuk menamatkan riwayat pejuang itu.

“Penembak menggunakan peluru ‘ulit’ bersalut emas yang mana peluru itu ‘mencari’ jasad sasaran walaupun penembak tidak dapat melihat dengan jelas kedudukan Tok Janggut.

“Pembunuhan Tok Janggut dianggap sebagai kejayaan besar British kerana ia melemahkan semangat penduduk untuk terus menentang penjajah ketika itu,” katanya.
Rumah pusaka kian usang
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Rumah pusaka kian usang
Norydal (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Masnita sambil diperhatikan Asmah.
KUANTAN – Sebuah keluarga di Kampung Batu 6, Sungai Lembing, di sini, berharap dapat memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau mesra rakyat berikutan rumah papan diduduki mereka sekarang kian usang.

Masnita Abdul Kadir, 35, berkata, ibu mentuanya, Asmah, 60-an, sudah beberapa kali membuat permohonan untuk memiliki rumah PPRT ataupun mesra rakyat.

Menurutnya, ia berikutan rumah didiami dia bersama mentua dan lapan ahli keluarga lain itu kian rosak serta mereput menyebabkan mereka amat berharap dapat mendiami rumah baru supaya keselamatan keluarga lebih terjamin.

“Ibu mentua selalu menggelar rumah pusaka ini sebagai rumah purba kerana strukturnya rosak berikutan berusia terlalu lama.

“Kami juga perlu berhati-hati ketika berjalan kerana bimbang akan jatuh sekiranya terpijak lantai reput. Jika mampu, kami boleh baiki sendiri. Tetapi keadaan ekonomi kami tidak kukuh menyebabkan kami hanya mampu bertahan,” katanya.

Sementara itu, Asmah berharap dia berkesempatan untuk tinggal di rumah lebih selesa bagi menghabiskan sisa hidupnya.

Menurutnya, keadaan kesihatan tidak menentu menyebabkan dia hanya mampu terlantar di dalam rumah.

“Keadaan rumah begini menyebabkan saya tidak tahu apa perlu dilakukan supaya lebih selesa. Selagi rumah tidak dibaiki, hati saya tidak pernah tenang.

“Namun saya beruntung kerana walaupun begitu, anak, menantu dan cucu masih mahu tinggal bersama saya di sini. Oleh itu, saya berharap permohonan untuk mendapat bantuan rumah diluluskan sebelum saya menghembus nafas terakhir,” katanya.

Dalam perkembangan sama, nasib Masnita dan Asmah turut mendapat perhatian Pergerakan Puteri Umno Bahagian Paya Besar.

Ketua Puteri, Norydal Othman berkata, dia berharap impian keluarga itu akan tercapai untuk membantu meringankan beban dihadapi mereka.
Keluarga nafi dakwaan ibu tunggal
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Keluarga nafi dakwaan ibu tunggal
Robiah dan Mohd Fairus tampil untuk memberi penjelasan sebenar.
MARAN - “Kami tidak meminggirkannya, sebaliknya dialah yang melarikan diri daripada kami,” kata ibu kepada seorang ibu tunggal yang mendakwa dirinya dipinggirkan keluarga sejak kematian suami, tiga tahun lalu.

Robiah Yaccob, 47, tampil membuat kenyataan setelah terbaca kenyataan anaknya, Norhamiza Abdul Rani, 27, dalam akbar ini kelmarin yang mengatakan dirinya dipinggirkan keluarga kandung sendiri.

Menurutnya, dia terkilan dengan sikap anaknya yang sanggup memburukkan keluarga demi mendapatkan simpati orang ramai untuk mendapatkan bantuan membina rumah.

“Sebaik suaminya meninggal, kami pernah beberapa kali datang untuk memujuknya tinggal bersama kami,” katanya.

Dia berkata, pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk menerima kepulangan anaknya ke pangkuan keluarga.

“Namun sejak beberapa kejadian melukakan hati, kini saya tawar hati mengajaknya pulang dan tinggal bersama kami.

“Biarlah dia tinggal bersama ibu mentuanya. Namun jika mahu memohon bantuan, jangan sampai dia memalukan darah dagingnya sendiri,” katanya.

Abang kepada ibu tunggal terbabit, Mohd Fairus Abdul Rani, 28, pula berkata, sebelum ini, mereka tidak pernah menghadapi masalah dengan keluarga mentua kakaknya itu.

“Beberapa kali kami memujuknya pulang ke rumah, tetapi dia memberikan pelbagai alasan sehingga sanggup menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan kami.

“Kali terakhir kami datang ke rumahnya dua tahun lalu. Kemudian, kami hanya menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas kerana tidak tahan diherdik setiap kali datang ke rumah dan mengajaknya pulang,” katanya.

Mohd Fairus berkata, ayahnya masih mempunyai tanah sekiranya Norhamiza mahu membuat rumah untuk dia dan anak-anak berteduh.

“Namun kejadian itu menyebabkan kami tawar hati untuk mengajaknya pulang ke pangkuan kami semula.

“Biarlah dia memohon bantuan rumah, namun jangan babitkan kami dalam masalahnya. Kami tidak mahu memburukkannya. Cuma hari ini (semalam), kami tampil untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak benar dinyatakannya kepada akhbar,” katanya.
Wanita, lima anak ketakutan diancam pemuda
Wartawan Sinar Harian
1 September 2012
Wanita, lima anak ketakutan diancam pemuda
Norzaili (kanan) bersama ahli keluarganya berharap agar kejadian sama tidak lagi berulang.
SUNGAI BILUT – Seorang wanita bersama lima anaknya berada dalam ketakutan apabila terdengar teriakan seorang pemuda 20-an menyuruhnya keluar dari rumah pada jam lebih kurang 11.40 malam semalam iaitu 20 minit sebelum sambutan merdeka.

Norzaili Khalil, 35, berkata, ketika kejadian dia bersama anak-anaknya berusia antara 5 hingga 12 tahun berada dalam rumah.

Menurutnya, pada ketika itu datang lelaki yang dikenali terjerit-jerit menyuruhnya keluar dan mengarahkannya supaya menurunkan beberapa bendera politik yang dikibarkan di hadapan rumah.

“Semasa kejadian suami saya, Mohd Khir Zainudin, 41, tidak ada di rumah, saya dan anak-anak berasa takut sehingga seorang daripada anak saya menangis.

“Tidak beberapa lama selepas itu kelihatan pemuda itu bertindak mencantas tiang bendera di hadapan rumah saya menggunakan parang,” katanya.

Norzaili berkata, laporan polis dibuat beberapa jam selepas insiden itu setelah memastikan keadaan tidak lagi kecoh dan beberapa pegawai polis terus tampil melakukan siasatan.

Katanya, dia dan anak-anaknya kini trauma dengan kejadian itu berikutan kedudukan lokasi rumahnya bersama beberapa penghuni lain berada agak jauh di pinggir penempatan.

“Saya harap sangat agar pihak keselamatan dapat memantau keadaan kawasan di sini secara berkala supaya individu yang berniat jahat tidak berpeluang melakukan sebarang jenayah.

“Saya lebih risaukan keselamatan anak-anak yang kadang kala terpaksa sendirian pulang dari sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih dijalankan.
Perigi lama simpan sejarah, jadi sumber air utama tentera Belanda
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Perigi lama simpan sejarah, jadi sumber air utama tentera Belanda
Perigi Belanda yang terletak di dalam kawasan kampung di Jalan Hashim, Alai, kurang diketahui orang ramai.
MELAKA - Sama ada disedari atau tidak, masih ramai penduduk sekitar negeri ini tidak tahu kewujudan sebuah perigi lama peninggalan sejarah semasa zaman penjajahan kerajaan Belanda yang terletak di Jalan Hashim, Kampung Alai, di sini.

Perigi berkenaan pernah berfungsi sebagai sumber air utama tentera Belanda yang bertugas di situ, di samping sebagai keperluan minuman serta memandikan kuda milik mereka ketika era penjaja-hannya di Tanah Melayu.

Lokasinya perigi berkenaan terletak kira-kira 400 meter dari laluan masuk kampung terbabit, berhampiran simpang lampu isyarat Alai.

Namun, sebahagian besar mereka kurang menyedari mengenai kewujudan perigi yang menyimpan seribu satu kisah sejarah itu. Penduduk berhampiran, Hasnoryanti Hashim, 29, berkata, biarpun ada sebilangan pengunjung yang melawat perigi berkenaan, namun jumlahnya amat kecil.

“Pada pandangan saya mereka yang berkunjung ke perigi itu barangkali ingin melihat keadaan atau bentuk perigi berkenaan selepas mengetahui mengenainya menerusi maklumat di muzium atau Internet.

“Mungkin juga ada yang perasan atau terlihat papan tanda Perigi Belanda yang dipasang di tepi jalan depan kampung ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.

Pengunjung tempatan, Zikri Abdullah, 46, dari Jasin berkata, dia juga tidak mengetahui adanya perigi lama tinggalan sejarah di lokasi terbabit.

“Walaupun pada zahirnya perigi lama itu nampak seperti biasa sahaja, tetapi ia tetap mempunyai nilai sejarah berdasarkan pada maklumat mengenai sejarah kewujudannya yang dipaparkan pada papan kenyataan di situ," katanya.

Berdasarkan maklumat dipaparkan pada papan kenyataan, perigi berkenaan dipercayai dibina tentera Belanda yang berkawal di situ semasa menentang orang Bugis.

Maklumat juga mencatitkan bahawa perigi berkenaan dibina menggunakan batu bata Belanda yang biasanya terdapat pada bangunan milik mereka.

Menurut cerita penduduk kampung juga, air perigi itu tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau dan ia seringkali digunakan penduduk berhampiran untuk kegunaan harian dan masih kekal hingga kini.
'Janji hanya tinggal janji', warga emas menanti
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
'Janji hanya tinggal janji', warga emas menanti
Napsiah menunjukkan dinding rumahnya yang kian reput dimakan anai-anai.
KUALA PILAH – Sepasang suami isteri warga emas dari Kampung Melekai, di sini, kesal apabila pihak berkaitan yang berjanji untuk membantu mereka membaiki rumah kini sepi walaupun tindakan susulan telah dilakukan.

Napsiah Abas, 65, berkata, mereka pernah dikunjungi pihak berkenaan yang turun padang untuk melihat keadaan rumah tetapi masih tiada tindakan diambil.

Menurutnya, rumah yang dibina sejak lebih 10 tahun lalu itu pernah berlaku kebakaran pada 2007 di bahagian dapur dan hingga kini masih tidak dibaiki susulan kekangan kewangan.

“Meskipun rumah ini usang, dindingnya sudah dimakan anai-anai, makcik tetap tinggal di sini kerana ini rumah pusaka dan satu-satunya harta makcik.

“Apabila sudah usang, banyaklah dinding reput dimakan anai-anai. Bumbung pula bocor sana sini hingga kadang kala perlu menyediakan baldi untuk menadah air yang menitis setiap kali hujan,” katanya tinggal bersama suami dan anak.

Katanya, permohonan berkenaan dibuat sejak lapan tahun lalu.

“Makcik pergi sendiri berjumpa pihak berkenaan semasa membuat permohonan itu. Ada juga mereka turun padang melihat keadaan rumah ini, serta mengambil gambar, namun terhenti setakat itu sahaja.

“Mereka maklumkan, rumah ini besar dan jika mahu baik pulih memerlukan kos yang tinggi. Menurut mereka peruntukan hanya ada RM11,000 sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu menurutnya, dia amat berharap rumah berkenaan dapat dibaik pulih memandangkan mereka tidak mampu ditambah pula suaminya, Zahari Acin, 69, mengidap kencing manis kronik sejak 20 tahun lalu dan darah tinggi.

Bagaimanapun katanya, dalam kesempitan hidup, dia tetap bersyukur kerana Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek menyumbangkan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan suaminya.

“Sememangnya, makcik tiada punca pendapatan dan hanya bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Itu pun memang tidak cukup kerana pakcik memakai lampin pakai buang,” katanya.
Mayat reput ditemui tersangkut
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Mayat reput ditemui tersangkut
Polis dan Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri melakukan siasatan berhubung penemuan mayat berkenaan.
PORT DICKSON – Niat orang awam untuk berekreasi di pantai Port Dickson, di sini, membawa kepada penemuan satu mayat dewasa yang masih belum dikenal pasti identitinya yang ditemui tersangkut pada batu di Pantai 3 ½ Bagan Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pada jam 4.20 petang.

“Keadaan mayat ketika dijumpai tidak berpakaian dan beberapa anggota badan telah rosak sehingga menyukarkan polis untuk mengenal pasti identiti mangsa.

“Mayat terbabit tersangkut pada batu susulan air pantai surut dan polis percaya mangsa meninggal lebih dari tiga hari. Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson kemudiannya membantu membawa mayat berkenaan ke darat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati anggota badan mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka ataupun tikaman.

“Mayat berkenaan dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian,” katanya.

Sementara itu, Abd Wahab berkata, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau sanak saudara diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Port Dickson di talian 06-6472222 bagi membantu siasatan.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Pemandu lori di tetak
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Pemandu lori di tetak
Kesan darah mangsa berada di merata tempat di ruang tamu rumahnya.
KULIM - Seorang lelaki berusia 50an yang tinggal bersama keluarganya di Taman Lembah Impiana cedera parah di bahagian kepala apabila di serang lima tidak dikenali dengan bersenjatakan parang di rumahnya kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Waris mangsa berkata, mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan sedang baring di sofa ruang tamu rumahnya.

Ketika kejadian, mangsa hanya tinggal bersendirian kerana ke semua ahli keluarganya keluar bersiar sempena cuti Hari Merdeka.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata mangsa yang cedera kemudiannya di hantar ke hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan oleh waris yang datang ke rumahnya.

“Dari laporan di terima, suspek merampas dompet mangsa dan mengambil komputer riba milik anaknya sebelum ditetak. Jumlah kerugian dianggarkan RM1,500. Kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta.

"Polis masih menyiasat dan memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan. Saya percaya suspek akan ditahan dalam masa terdekat. Sehingga kini keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya.

Sementara itu, menurut jiran mangsa ketika ditemui berkata, mereka terdengar berlaku pertengkaran di rumah mangsa kira-kira jam 5.30 petang bagaimanapun tidak mengendahkannya.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.
Kereta terjunam dalam sungai
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Kereta terjunam dalam sungai
Kereta Ahmad yang remuk dikeluarkan dari sungai menggunakan trak penunda.
PARIT BUNTAR - Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di pekan lama Parit Buntar, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta yang dipandu oleh remaja yang hanya dikenali sebagai Ahmad, 25, remuk teruk selepas terlanggar benteng di sisi jalan sebelum terjunam ke dalam sungai.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan ke Bagan Serai selepas makan di kedai  berdekatan, terpaksa membrek secara mengejut apabila sebuah kereta Toyota Vios memotong dari arah bertentangan dan masuk ke laluannya.

Tindakan Ahmad membrek secara mengejut menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terpelanting ke laluan bersebelahan sebelum merempuh penghadang jalan  lalu terjunam ke dalam sungai.

Ahmad bagaimanapun berjaya merangkak keluar dari keretanya yang remuk dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan tangan kiri.

“Ketika kereta saya terbabas dan terjunam ke dalam sungai, saya sangkakan saya akan mengalami kecederaan  parah dan akan menemui maut.

"Tetapi nasib saya baik kerana pada masa itu momentum pelanggaran tidak begitu kuat dan saya dapat merangkak keluar dari kereta lalu menghubungi rakan,’’ katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Salah seorang saksi kejadian, Ang Lee, 22, berkata, beliau yang tergamam melihat kemalangan itu rasa tidak percaya apabila mendapati mangsa terselamat tanpa mengalami kecederaan serius memandangkan keadaan kereta mangsa yang begitu teruk.

“Ketika sampai di tempat kejadian, saya terlihat mangsa sedang merangkak keluar dari kenderaan. Bagaimanapun,  saya terkejut apabila dia masih mampu berjalan dan kemudiannya, saya  menghantar mangsa ke hospital,’’ katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan masih dijalankan.
Jenayah geng wanita 40-an
Wartawan Sinar Harian
1 September 2012
Jenayah geng wanita 40-an
Kanan: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasar raya Taiping menunjukkan dua daripada ahli kumpulan berkenaan membuat urusan untuk pembelian telefon bimbit.
IPOH – Menyamar sebagai saudara pengantin merupakan taktik sekumpulan wanita berusia 40-an, di sini, yang menjadikan kediaman pengantin sebagai sasaran untuk mencuri barangan berharga.

Kegiatan empat wanita berkenaan telah dikesan sejak seminggu lalu setelah dua kediaman di Batu Kurau dan Manjoi menjadi mangsa perbuatan jenayah mereka dalam tempoh dua hari.

Sabtu lalu, kumpulan wanita itu dikatakan berjaya melarikan empat beg tangan milik ahli keluarga pengantin semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Sungai Ara dan menurut saksi, Salina Shamsudin, 21, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, empat wanita berkenaan lengkap berpakaian baju kurung telah menyusup masuk ke dalam rumah sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22 selepas memperkenalkan diri sebagai saudara pengantin lelaki.

"Mereka bersikap pelik apabila tidak bercakap dan hanya memerhati keadaan sekeliling dengan penuh kecurigaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin sepanjang majlis.

"Dua daripada wanita itu dilihat masuk ke bilik pengantin ketika ahli keluarga lain sibuk memindahkan hantaran perkahwinan dan memasukkan semua beg besar yang diambilnya ke dalam sebuah beg besar," katanya.

Katanya, keadaan menjadi kecoh seketika apabila empat beg tangan mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai hampir RM30,000 hilang dan kejadian ini sama seperti kes yang berlaku di Manjoi dalam laporan akhbar Sinar Harian, semalam.

Salina menjelaskan, kejadian berkenaan disedari apabila salah seorang mangsa dihubungi pihak bank untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit menggunakan kad kredit di sebuah pasar raya di Taiping.

"Urusan pembelian itu tidak berjaya kerana diragui oleh pihak bank. Kami geram dan terkilan dengan insiden ini kerana mereka turut mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM6,000 milik salah seorang ahli keluarga kami.

"Kami telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Batu Kurau mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa dan siasatan sedang dijalankan serta polis sedang giat memburu suspek terbabit.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kes kecurian yang mana seorang wanita mengaku sebagai ahli keluarga dan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin, melibatkan kehilangan barangan bernilai hampir RM20,000 di Kampung Sungai Tapah Manjoi.

Kejadian itu berlaku sehari selepas kejadian menggunakan modus operandi yang hampir sama di Batu Kurau.

Ayah, kenapa hidung saya lain?'
Wartawan Sinar Harian
1 September 2012
'Ayah, kenapa hidung saya lain?'
Misrawi menunjukkan keadaan lebihan ketulan daging di hidung Nor Maja.
JOHOR BAHRU – “Ayah... kenapa dengan hidung saya, ya? Kenapa hidung abang dan kawan-kawan tak macam saya,” sayu hati seorang bapa, Misrawi Ali, 50, setiap kali diajukan soalan sedemikian oleh anak bongsunya.

Misrawi berkata, untuk menggembirakan hati anaknya, Nor Maja Misrawi, 5, dia terpaksa memberitahu lebihan ketulan daging di hidungnya itu akan dibedah tidak lama lagi.

Menurutnya, hakikat yang sebenar dia sendiri tidak mahu lagi berharap selepas pihak sebuah hospital kerajaan, di sini menyuruhnya menunggu daripada Nor Maja bayi sehinggalah kini berusia lima tahun.

“Selama lebih empat tahun saya berulang-alik ke hospital membuat pemeriksaan kerana doktor beritahu anak saya boleh dibedah, tapi selepas itu saya diberitahu pihak hospital tidak dapat buat pembedahan pula.

“Mungkin masa tu anak saya belum lagi mendapat sijil pengesahan taraf kewarganegaraan sehingga doktor beritahu kena berurusan dengan hospital di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Misrawi berkata, walaupun dia bersama isterinya, Piatun Tamat, 37, berasal dari Indonesia, tetapi dia sudah memiliki status penduduk tetap termasuk anak lelakinya yang turut memperoleh MyKad selepas hampir 30 tahun memasuki negara ini.

Menurutnya, keadaan fizikal anaknya yang tidak sempurna itu dibimbangi bakal menakutkan kanak-kanak lain sehingga pendaftaran sekolah untuk Tahun Satu belum lagi diuruskan.

“Kalau boleh saya mahu anak saya dibedah terlebih dahulu sebelum dia memasuki sekolah kerana bimbang keadaan fizikalnya boleh mengganggu kanak-kanak lain.

“Bagaimanapun saya bingung hendak merujuk kepada siapa kerana jika pembedahan dibuat di hospital swasta memang saya tak mampu dengan pendapatan sebagai pekerja kontrak,” katanya.

Sinar Harian turut dimaklumkan, lebihan ketulan daging di bahagian hidung Nor Maja sejak dari lahir itu tidak mendatangkan kesakitan, tetapi akan membesar mengikut perkembangan badan kanak-kanak berkenaan.
Bapa sanggup lacurkan anak kerana rokok
Wartawan Sinar Harian
1 September 2012
Bapa sanggup lacurkan anak kerana rokok
Salah seorang anak perempuan suspek (kanan) yang menjadi mangsa lacur oleh bapa sendiri.
BATU PAHAT – Akibat ketagihan merokok, seorang bapa tergamak melacurkan anak sendiri semata-mata untuk mendapatkan bekalan rokok.

Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat menyerbu rumah suspek di Kampung Parit Gantung, dekat sini, sempena Ops Ambang Merdeka, malam semalam.

Timbalan Penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang memaklumkan mengenai kegiatan tidak bermoral yang sudah lama dilakukan di rumah tersebut oleh si bapa untuk mendapatkan bekalan rokoknya.

“Susulan maklumat yang diterima itu, kami lakukan serbuan ke rumah berkenaan.

“Keadaan pintu yang tidak berkunci dipercayai bagi memudahkan aktiviti keluar masuk ke rumah itu menyenangkan serbuan dibuat.

“Apabila masuk ke rumah itu, kami dapati anak bongsu suspek yang masih bersekolah di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah dekat sini, sedang tidur bersama lelaki di ruang tamu rumah,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit adalah kenalan suspek.

Saiful Ariffin berkata, suspek dipercayai menggunakan empat anaknya yang berusia 17 hingga 25 tahun untuk memperoleh bekalan rokok.

“Berdasarkan aduan dan siasatan, kebanyakan lelaki yang mengunjungi rumahnya itu adalah pekerja ladang dan warga Indonesia.

“Semasa serbuan dilakukan, tiga lagi anaknya bersama isteri keluar menyambut Hari Kemerdekaan di sekitar bandar ini,” katanya.

Katanya, pasangan itu akan didakwa di bawah seksyen 27(1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bapa remaja berkenaan turut didakwa dan akan diberi sesi kaunseling,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Ariffin berkata, dalam ops sama, seorang wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini.

Katanya, wanita berusia 49 tahun yang juga ibu kepada tiga anak itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati terdapat dadah jenis syabu di dalam biliknya menginap.

Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila menemui 'dapur' dan syabu di atas meja ketika melakukan pemeriksaan di dalam bilik wanita terbabit.

Menurutnya, ketika siasatan dilakukan, wanita terbabit memberi alasan baru pulang dari Melaka atas urusan kerja dan terpaksa menginap di rumah tumpangan tersebut kerana sudah lewat untuk pulang ke rumahnya di Senggarang.

“Pada mulanya dia tidak mengaku dadah itu kepunyaannya, namun segalanya terbongkar selepas pasukan polis narkotik menjalankan pemeriksaan ke atasnya dan mendapati dia positif dadah,” katanya.

Ops bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu turut disertai pegawai polis dari Narkotik Batu Pahat yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Superintendan Zainal Murad.
Tak mampu lupa bayangan Angah
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Tak mampu lupa bayangan Angah
Rosmah bersama Abdul Ghani dan tiga anaknya sayu melihat baju kurung peninggalan Angah.
PASIR GUDANG – Kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri buat keluarga yang telah kehilangan anak kesayangan, Siti Nur Syafiqah Abdul Ghani, 19, sejak Mac lepas sudah tidak bermakna lagi.

Ibunya, Rosmah Abdul Kadir, 49, berkata, hanya rendang dan sambal goreng yang menjadi kenangan sambutan hari raya pada tahun ini walaupun tanpa Siti Nur Syafiqah atau lebih dikenali sebagai Angah di sisi.

Menurutnya, suasana riuh-rendah pada malam raya seperti tahun-tahun sebelum ini tidak lagi kedengaran kerana suaminya, Abdul Ghani Md Yassin dan tiga anak lelakinya seolah-olah mengerti kesedihan yang dialaminya.

“Masih terngiang-ngiang di telinga saya suara Angah yang akan meminta saya tidak lupa masakkan sambal goreng ketika kami sedang sibuk memasak ketupat dan rendang.

“Saya juga tak mampu nak lupakan bayangan Angah melayang kerenah adik-adiknya pada malam raya tahun lepas ketika sama-sama sedang sibuk memasang langsir dan mengemas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, Angah sentiasa hadir dalam mimpinya seolah-olah memberitahu tentang keinginannya untuk pulang ke pangkuan keluarga tapi terhalang.

Menurutnya, pelbagai usaha dibuat termasuk mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yassin, selain melalui perubatan tradisional, tetapi masih belum membuahkan hasil.

“Kami sentiasa berharap dalam masa terdekat Angah akan hubungi keluarga agar penantian kami ini akan berakhir.

“Kalau Angah ingin pulang, tapi tak ada wang kami akan bantu datang mengambilnya walau di mana saja dia berada.

“Walaupun hampir putus asa, kami tidak pernah lupa untuk berdoa agar Allah SWT bukakan pintu hatinya supaya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya.

Sinar Harian 25 Mei lepas menyiarkan hasrat seorang ibu yang mengharapkan anak perempuan tunggalnya yang dipercayai mengikut teman lelakinya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Anak perempuannya itu kali terakhir ditemui pada 19 Mac ketika ingin keluar ke tempat kerja di Taman Ungku Mohsin berpakaian baju kebaya hijau.
Dua pasangan pelajar IPTA ditangkap khalwat
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Dua pasangan pelajar IPTA ditangkap khalwat
Pegawai Penguatkuasa JAJ sedang menyoal siasat pelajar IPTA yang ditangkap berkhalwat.
KLUANG - Dua pasangan kekasih yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet, awal pagi kelmarin.

Kedua-dua pasangan itu ditahan bersama pasangan masing-masing pada jam 4.10 pagi hasil daripada operasi yang dijalankan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan lapan kakitangan JAJ bersama-sama dengan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang bermula jam 1 hingga 6 pagi.

“Pasangan tersebut antara tujuh pasangan yang ditahan ketika serbuan dilakukan di hotel bajet dan bilik sewa di sekitar bandar Kluang.

“Ketika soal siat dilakukan, kedua-dua pasangan tersebut berusia antara 20 hingga 21 tahun itu memberi alasan ketiadaan bas untuk pulang ke rumah kakak salah seorang daripada penuntut IPTA tersebut yang terletak di Pekan Paloh.

“Kesemua yang ditahan ditangkap dalam bilik berasingan tetapi hotel bajet yang sama. Hasil pemeriksaan lanjut, mereka berempat mempunyai sebuah kereta yang digunakan untuk balik daripada Melaka ke Kluang sempena cuti Hari Kemerdekaan kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, tindakan yang dilakukan oleh mereka itu membuatkannya rasa kesal kerana mereka merupakan pelajar IPTA dan sanggup melakukan perbuatan sedemikian hingga tidak tahu bezakan antara perbuatan itu buruk ataupun sebaliknya.

“Sepatutnya sebagai pelajar IPTA, mereka menjadi contoh terbaik masyarakat," katanya.

Katanya, kesemua pasangan itu akan dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan di dakwa di bawah seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman Denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Hadang pintu bilik, taktik bersama kekasih hamil 7 bulan
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Hadang pintu bilik, taktik bersama kekasih hamil 7 bulan
Pegawai Penguatkuasa JAJ menenangkan bekas tentera itu ketika pemeriksaan dilakukan.
KLUANG - Panik apabila pintu bilik hotel yang ditumpangi diketuk penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang, seorang lelaki sanggup mengadang pintu biliknya dengan sebuah meja bagi menyelamatkan diri bersama pasangan kekasihnya daripada ditahan dalam Ops Maksiat, awal pagi kelmarin.

Selepas hampir 10 minit mendiamkan diri tanpa memberi tindak balas, pintu bilik berkenaan dipecahkan pihak penguatkuasa.

Menurut Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, pemeriksaan penguatkuasa mendapati, seorang lelaki berusia 33 tahun bersama pasangannya berusia 19 tahun yang sedang mengandung tujuh bulan berada di dalam bilik hotel itu.

“Pihak kita juga menghadapi sedikit masalah apabila lelaki itu yang juga bekas tentera tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pegawai penguatkuasa JAJ kepadanya,” katanya.

Mohd Khalil berkata, hasil soal siasat, lelaki tersebut telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera kerana kesalahan tatatertib dan sudah mempunyai isteri serta empat anak yang tinggal di Taman Sri Impian.

“Manakala pasangannya itu tidak bekerja setelah menamatkan persekolahan sehingga tingkatan lima,” katanya.

Beliau berkata, lelaki tersebut memberitahu yang dia mahu bernikah apabila mengetahui kekasihnya mengandung, tetapi hasratnya terbantut apabila mendapat tentangan daripada isteri.

“Bagaimanapun, pasangan tersebut dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

“Pasangan  itu adalah antara tujuh pasangan yang telah berjaya ditahan dalam Ops Maksiat sempena Hari Merdeka awal pagi kelmarin,” katanya.

Operasi yang dijalankan itu juga telah diketuai oleh Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin dan melibatkan lapan anggota Penguatkuasa JAJ daerah Kluang serta empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

BILA ALLAH NAK MENGHUKUM TIADA SAPE YANG BOLEH MEMBANTAH DAN MENGHALANGNYA

Demam Gangnam di seluruh dunia

LAGU rap Gangnam Style yang diperkenal Psy memukau peminat di seluruh dunia.


SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.
Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.
Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.
Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World! pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.
Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.
Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.
Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.

Taliban pamer klip video kepala manusia

DUA anggota Taliban berkawal di kubu kuat kumpulan berkenaan di Shawal, dalam wilayah Waziristan Selatan di Pakistan pada 5 Ogos lalu.


KHAR - Kumpulan Taliban menghantar satu klip video menunjukkan 12 kepala askar kelmarin selepas beberapa pegawai menyatakan, seramai 15 anggota tentera Pakistan hilang dalam pertempuran menentang militan berkenaan.
Rakaman itu yang dihantar kepada agensi berita AFP, menunjukkan beberapa militan Taliban berdiri di belakang 12 kepala manusia, dipercayai askar Pakistan.
Jurucakap kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan(TTP) yang mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu, Sirajud Din menyatakan, mereka dibunuh bagi membalas dendam kekejaman tentera terhadap militan Taliban.
Perkembangan itu berlaku selepas tentera Pakistan mengadakan satu operasi untuk menghapuskan militan-militan Taliban yang menawan daerah Bajaur pada Selasa lalu.
Kumpulan berkenaan dipercayai memasuki Pakistan dari wilayah Kunar di Afghanistan pada Jumaat lepas. - AFP

Ogos bulan dua kali mengambang penuh


FENOMENA bulan biru dilihat di langit semasa upacara penghormatan terakhir untuk angkasawan Neil Armstrong berlangsung di bandar raya Cincinnati, Amerika Syarikat kelmarin.


LONDON - Fenomena bulan purnama menyinari langit lebih daripada sekali dalam sebulan dapat dilihat di serata dunia kelmarin.
Menurut akhbar MailOnline, bulan mengambang penuh pada 2 dan 31 haribulan sepanjang Ogos lalu.
Dikenali sebagai bulan biru, fenomena yang berlaku sekali setiap 2.7 tahun itu telah menarik perhatian ahli astronomi dan orang ramai di seluruh dunia.
Kejadian luar biasa itu diramalkan berlaku sekali lagi pada Mei 2015.
Menurut akhbar berkenaan, nama bulan biru tiada kaitan dengan keadaan fizikal bulan dengan maksud istilah tersebut hilang ditelan zaman.
Warna biasa bulan semasa bersinar di langit adalah putih.
Namun, bulan pernah berwarna biru selama dua tahun apabila Gunung Berapi Krakatoa meletus di Indonesia pada 1883.
Warna biru tersebut ekoran abu mikroskopik gunung berapi yang melitupi angkasa dan hanya membenarkan sebahagian gelombang cahaya menembusi atmosfera bumi. - Agensi

Dua suspek pengganas ditembak mati di Solo

SOLO - Skuad antipengganas Indonesia membunuh dua suspek militan berusia 19 tahun dalam satu serbuan yang turut meragut nyawa seorang anggota unit berkenaan, kata pihak berkuasa semalam.
"Dua suspek pengganas dibunuh malam kelmarin di sini, Jawa Tengah, oleh unit polis Densus 88. Seorang lagi telah ditangkap," kata jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli.
"Mereka bersenjata dan seorang anggota polis berkenaan turut maut akibat ditembak suspek," tambah jurucakap berkenaan.
Ketua Polis Indonesia, Timur Pradopo pula memberitahu, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat bahawa mereka merancang lebih banyak serangan selepas terlibat dalam kejadian menembak mati seorang anggota polis pada Khamis lalu.
Menurutnya, sebutir bom tangan turut dilontar ke arah sebuah pos kawalan polis di sini dua minggu lalu.
"Ketiga-tiga lelaki ini terlibat dalam tiga kejadian tembakan dan mereka merupakan anggota sebuah kumpulan baharu yang mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas lama di kawasan ini," kata Pradopo.
"Kedua-dua lelaki yang mati berusia 19 tahun," katanya kepada sekumpulan pemberita di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua agensi antikeganasan Indonesia, Ansyaahd Mbai memberitahu bahawa ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan anggota kumpulan Jemaah Anshorut Tauhid (JATI) yang diasaskan oleh ulama Abu Bakar Bashir pada 2008. - AFP

Pemuda hampa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang


MOHAMED MAHMED menaiki sebuah pesawat buatan sendiri kelmarin di Berrechid dekat Casablanca, Maghribi.


BERRECHID - Seorang pemuda di Maghribi hampa kerana sebuah pesawat kecil yang dibinanya di sini tidak mendapat kelulusan terbang oleh pihak berkuasa negara itu.
Pemuda berkenaan, Mahmed Mohamed memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa dia mengambil masa tiga bulan untuk membina pesawat ringan itu.
Berusia 22 tahun, Mahmed berkata, pesawat satu enjin berkenaan memiliki panjang empat meter dan berat sekitar 55 kilogram.
Menurutnya, kapal terbang tersebut boleh mencapai kelajuan 200 kilometer/ sejam dan terbang sejauh 120 km pada ketinggian 33 meter.
"Mereka (pihak berkuasa penerbangan) menyatakan, pesawat ini tidak layak untuk terbang dan boleh jatuh menimpa orang," keluh pencipta muda tersebut.
"Saya sepatutnya diberikan peluang untuk menguji rekaan ini. Saya yakin dengan keupayaan pesawat ini," tambahnya. - AFP

Lelaki maut dirempuh seladang

POPULASI seladang di Semenanjung termasuk di Hutan Belum, Perak berjumlah 330 ekor. - Gambar hiasan.


IPOH - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat dirempuh seladang di Hulu Air Pasir, Banding dekat Gerik semalam.
Musa Ismail, 56, maut akibat cedera parah di perut manakala Isa Abdullah, 24, patah kaki dan tangan kiri dan dirawat sebagai pesakit luar.
Kedua-duanya bersama seorang lagi rakan mereka, Abdul Mohd. Sharifudin A. Manas, 35, diserang haiwan itu ketika dalam perjalanan untuk memasuki Hutan Simpan Royal Belum antara pukul 3 dan 6 petang.

26 khemah program Felda musnah akibat ribut


SEBAHAGIAN khemah yang rosak dalam kejadian ribut di Dataran Seri Jempol, Felda Jaya Selatan, Jempol semalam.


JEMPOL - Sebanyak 26 buah khemah yang dipasang untuk program Lebaran Kasih Yayasan Felda mengalami rosak teruk dalam kejadian ribut di Dataran Seri Jempol, Felda Jaya Selatan di sini kelmarin.
Khemah yang dipasang sejak minggu lalu merupakan persediaan menjayakan program tersebut yang akan berlangsung pada malam ini.
Sebanyak 24 buah khemah yang musnah itu adalah khemah kecil manakala dua lagi adalah khemah pentas utama.
Seorang saksi kejadian, Mohd. Husin Abdullah, 30, berkata, ketika kejadian, dia bersama sembilan rakannya sedang menyiapkan khemah tersebut.
"Pada kira-kira pukul 4 petang, hujan disusuli dengan ribut dalam masa kira-kira 10 minit menyebabkan khemah berkenaan berterbangan.
"Kami semua lari ke kawasan lapang dan bimbang melihat keadaan ribut tersebut," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Bukit Marak digondolkan


SEBAHAGIAN daripada lori yang digunakan untuk mengangkut tanah di Bukit Marak, Bachok semalam. Gambar kecil, lakaran wajah Puteri Saadong.


BACHOK – Peninggalan sejarah Puteri Saadong yang terletak di Bukit Marak di sini bakal hilang ditelan zaman ekoran kegagalan kerajaan negeri memantau kegiatan menggondol bukit tersebut sejak dua tahun lalu.
Kegiatan tersebut dipercayai dilakukan oleh pemilik tanah di kawasan bukit berkenaan bagi tujuan menjual tanah bukit.
Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati sebahagian bukit tersebut telah digondolkan dan kira-kira lapan buah lori masuk dan keluar dengan membawa muatan tanah bukit dari kawasan tersebut.
Pengerusi Dewan Kebudayaan, Kesenian, Adat dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, kawasan sekitar bukit tersebut sepatutnya dipulihara kerana merupakan tapak asal usul pemerintah raja di negeri ini.
Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya mengekal dan menghargai peninggalan sejarah di bukit berkenaan sebagai produk warisan bangsa yang tinggi nilainya.
“Saya difahamkan kerja-kerja mengangkut tanah bukit itu telah menyebabkan beberapa monumen semula jadi sudah tidak ditemui lagi.
“Kesan sejarah itu boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan dan diwartakan sebagai tapak warisan sejarah,” katanya.

Hijab itu indah - Aida Khalida


TERUS dihujani tawaran berlakon, Aida Khalida muncul lagi dalam sambungan drama fenomena, Trilogi Cinta 2 yang akan disiarkan mulai 6 September ini.


BANYAK mengawasi diri dan sentiasa bersyukur, wajah Aida Khalida jelas mempamerkan amalannya itu. Merendah diri dalam berbicara, pembawa watak ibu Razif (Rosyam Nor) dalam siri drama Trilogi Cinta 2 ini banyak menyebut perkataan syukur dalam bait ayatnya. Sebagai informasi, drama Trilogi Cinta 2 akan ditayangkan bermula 6 September ini di saluran TV1 pukul 10 malam.
"Saya sukakan tudung labuh dan berfesyen mengikut syariah. Dahulu, mula-mula berhijrah agak teruja mencuba pelbagai gaya fesyen tetapi kini mahu kelihatan santai dan bertutup," ujarnya yang tampak tenang dan banyak tersenyum cantik.
Tawaran kerja terus menghujani dirinya, sama seperti dahulu. Ujar Aida yang penting dalam kerjaya adalah sentiasa perlu jujur dan tidak mendambakan balasan dalam setiap perbuatan.
"Setiap tawaran adalah rezeki Allah dan kita harus jujur dengan segala perlaksanaan kita," ujarnya yang bari selesai penggambaran drama Julia, lakonan bersama Nabila Huda untuk slot Akasia.
Diminta memberi komentar tentang penghijrahan dan impak tawaran selepas berhijab, Aida senyum dan menjawab:
"Kita perlu kenal Allah, percayakan dia dan rezeki-Nya. Perlu kenal diri juga, jadi baru faham erti rezeki dan semuanya. Yang penting juga perlu faham dengan niat dan makna berhijrah. Semua ini hidayah Allah dan kena buat betul-betul. Hijrah itu perlu suci."
Tidak menolak bahawa berhadapan dengan ujian serta dugaan hidup selepas bertukar gaya, Aida menambah bahawa semua yang dilaluinya adalah kuasa Yang Maha Mencipta. Yakin diberikan ujian kerana disayangi Allah, ulas Aida lagi itu semua ialah ujian kepada ketebalan iman seseorang.
"Kalau saya tahu indahnya memakai hijab ini, dari dahulu saya laksanakan. Tetapi ini semua adalah perjalanan hidup saya dan saya belajar tentang kehidupan. Sekarang saya sangat tenang," tambahnya yang mengaku tidak pernah merancang untuk bertudung dan niat itu muncul pada bulan Rejab tahun 2008.
"Saya tidak rindukan Aida yang dahulu. Saya lebih tenang begini. Bagi saya dengan berhijab, saya cantik di mata Allah," ujarnya.
Ditanya tentang ketenangan yang diperolehinya kini, Aida yang terkenal dengan kepelbagaian dan kepandaian berfesyen ini mengaku mendapat titik itu dua tahun lalu.
"Awal-awal saya banyak diuji, melalui banyak perkara namun dua tahun kebelakangan ini, saya tenang," luahnya yang kini banyak mengikuti kelas dan ceramah agama untuk pengisian dirinya.
Menyentuh tentang jodoh setelah sekian lama menyendiri, Aida senyum lagi dan menjawab bahawa dirinya tidak menolak jika ditakdirkan berkahwin lagi. Namun sambungnya, dia mengaku belum membuka jalan ke arah itu.
Sebelum usai perbualan yang menyenangkan dengan wanita yang dikagumi ramai kerana fesyennya ini, Aida diminta memberi pendapat perihal fesyen dan artis sekarang.
"Perlu ingat kepada yang beragama Islam, boleh berfesyen tetapi jangan terlalu mendedahkan aurat. Harus menjurus kepada agama. Jaga akhlak, itu penting," nasihatnya lembut.

DENGAN BANYAKNYA KES ZINA...ADAKAH KES ZINA YANG BANYAK NI MASIH TAK KE PERINGKAT TEGAR...ADAKAH HUDUD ALLAH TAK BOLEH MENGATASI...SIBUK BINCANG2...BUAT DAK JUGAK

Umpan pakej 2 dalam 1

Oleh WARTAWAN METRO AHAD
metahad@hmetro.com.my

INSAF...  Rusli mengenangkan nasib isteri dan anak jika tertangkap.
INSAF... Rusli mengenangkan nasib isteri dan anak jika tertangkap.
KUALA LUMPUR: Kewujudan sebahagian besar pistol haram di negara ini dipercayai didalangi sindiket pengedaran dadah tempatan yang memperoleh senjata itu dari negara jiran secara percuma selepas membeli dadah dalam jumlah besar.
Di kalangan sindiket dadah tempatan, kegiatan di pasaran gelap itu dikenali dengan istilah beli ‘barang’, dapat ‘besi’ iaitu barang merujuk kepada dadah manakala besi adalah pistol.
Selain modus operandi itu, pistol boleh diperoleh dengan harga RM900 hingga RM1,500 daripada golongan penyeludup yang kebanyakannya anggota kongsi gelap untuk pelbagai kegiatan jenayah.

Penemuan mengejutkan itu diperoleh wartawan Metro Ahad berdasarkan siasatan dan pengakuan bekas pengedar dadah dan penyeludup senjata yang insaf dan berharap kegiatan itu dibendung pihak berkuasa sebelum berleluasa.

Ini berikutan tiga kes kematian membabitkan tembakan berlaku dalam tempoh seminggu. Kes terbaru dilaporkan di Selayang Baru pada Rabu lalu membabitkan K Archuthan, 41, yang ditembak di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, selain kes di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, Terengganu yang mengorbankan Mat Keya Jusof, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Bulan dalam kejadian jam 11.30 malam, Ahad lalu.

Nikah November?

Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my

SIBUK... Rozita terbabit dalam beberapa drama dan filem hingga Oktober.
SIBUK... Rozita terbabit dalam beberapa drama dan filem hingga Oktober.
DRAMATIS jelita yang sering dikaitkan dengan jejaka kacak, muda dan popular, Rozita Che Wan dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya apabila membuat keputusan untuk bernikah dengan jejaka pilihan hati, ahli perniagaan berasal dari selatan tanah air.
Sebelum ini, beberapa pelakon lelaki muda dan kacak sering dikaitkan dengannya, termasuk juara Akademi Fantasia musim kelapan Shahir, Zain Saidin dan terbaru, Beego. Pelakon asal Alor Setar, Kedah itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan intim dengan ahli perniagaan berasal dari Singapura.

Menurut sumber yang memberitahu berita gembira ini kepada Selebriti, lelaki yang mahu menikahi Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Cik Ta itu bukan ahli perniagaan berasal dari Singapura, sebaliknya menetap dan mempunyai empayar perniagaan di Johor Bahru, Johor.
Mereka berdua dikatakan sudah lama berkenalan dan ternyata apa ditegaskan Cik Ta sebelum ini bahawa dia dan semua pelakon muda dan kacak itu hanya kawan rapat adalah benar.
Jejaka yang dipanggil dengan panggilan Bob itu dikatakan sudah lama melamar Rozita, namun baru sekarang pelakon yang popular dengan siri drama Kiah Pekasam itu bersetuju.

Seronok ‘hanyut’ dengan 6 jantan

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD dan ANIZA ZAINUDIN
metahad@hmetro.com.my

FIFI... buat seks dengan enam lelaki.
FIFI... buat seks dengan enam lelaki.
KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk.
Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah.

Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan alat perlindungan kehamilan.

Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelaki keenam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi.

Korban selamat rakan

Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR dan DJ DOLASOH
am@hmetro.com.my

SAKIT... Mohd Saripudin (kanan) menunjukkan kecederaan dialami adiknya, Isa akibat dipijak seladang di Hutan Royal Belum, Banding, Gerik semalam.
SAKIT... Mohd Saripudin (kanan) menunjukkan kecederaan dialami adiknya, Isa akibat dipijak seladang di Hutan Royal Belum, Banding, Gerik semalam.
GERIK: “Kami sempat melihat seladang itu menanduk rusuk kiri Musa, menyebabkan dia melambung lima meter ke udara sebelum tersangkut pada pohon buluh,” kata Isa Abdul Manas, 24, rakan kepada Musa Ismail, 55, yang maut diserang seekor seladang di Hulu Air Pasir, Banding, berdekatan Hutan Simpan Royal Belum, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, Musa bersama Isa serta abangnya, Mohd Saripudin Abdul Manas, 34, berkunjung ke kawasan itu untuk memancing sebelum berdepan saat mencemaskan diserang haiwan liar berkenaan.

Musa yang juga penebang balak berasal dari Felda Bersia, di sini, menderita kesakitan hampir dua jam akibat cedera parah di rusuk kiri akibat rodokan binatang itu sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 8.45 malam.
Isa yang ditemui di rumahnya di Kampung Kenayat, di sini, semalam berkata, mereka memasuki hutan untuk memancing ikan dengan berjalan kaki hampir tiga jam menerusi ‘lorong tikus’ di Kilometer 68.4 di Jalan Raya Timur Barat berdekatan Banding, di sini.

Beliau berkata, pada mulanya, seladang itu menyerang dia dan abangnya, manakala arwah berada lima meter dari situ.

“Panik melihat kami berdua diserang seladang, arwah menuju ke arah haiwan itu untuk mengacah selain menjerkah supaya ia beredar.
“Bagaimanapun, haiwan itu bertindak agresif sebelum meluru ke arah arwah dan menanduknya, menyebabkan arwah melambung dan tersangkut pada pohon buluh,” katanya.

Katanya, abangnya turut cedera dipijak seladang itu dan terpaksa meriba Musa sebelum menghubungi isteri arwah untuk memaklumkan kejadian.
Isa berkata, arwah menghembuskan nafas terakhir dua jam kemudian akibat pendarahan teruk di rusuk kiri sebelum pasukan penyelamat tiba awal pagi semalam bagi mengeluarkan mereka bertiga.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana hanya cedera ringan di betis, paha dan tengkuk ketika bergelut dengan seladang berkenaan, manakala abangnya cedera ringan di kaki.

“Ketika pergelutan, saya hampir dipijak binatang itu selain nyaris ditanduk di perut. Malah, beg galas yang dipakai juga terkoyak akibat dirodok binatang itu.

“Saya tidak menduga kejadian itu boleh berlaku dan serik ke sana lagi,” katanya.

Sementara itu, isteri arwah, Siti Ghatna Che Ahmad, 61, berkata, suaminya tidak banyak bercakap sebelum bertolak ke Hutan Belum, petang kelmarin.

“Arwah memang suka mencari ikan sungai dan akan ke hutan berkenaan, terutama pada hari cuti. Bagaimanapun, saya dan tiga anak menganggap kejadian ini sebagai takdir,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik, Hospital Gerik (HG), di sini, semalam.

Jenazah Musa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bersia selepas solat Zuhur semalam.

Penyelamat redah hutan 10 jam



GERIK: Seramai 38 anggota penyelamat membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta anggota bomba dan penyelamat mengharungi perjalanan sukar hampir 10 jam bagi meredah kawasan Puncak Titiwangsa untuk mengeluarkan tiga mangsa serangan seladang di Hulu Air Pasir, Banding, dekat Hutan Simpan Royal Belum, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan jam 8.45 malam, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang maut dan cedera.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa meredah keadaan bentuk muka bumi berbukit-bukau dan hutan tebal sebelum tiba di lokasi kejadian, jam 1 pagi semalam.
“Semua mangsa diusung keluar dari hutan sebelum tiba di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), jam 7.30 pagi tadi (semalam) sebelum dibawa ke Hospital Gerik.

“Mangsa, Musa Ismail, 55, maut akibat serangan seladang, manakala Mohd Saripuddin Abdul Manas, 34, dan adiknya, Isa, 24, hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, orang ramai dinasihat tidak menceroboh hutan simpan berkenaan sewenang-wenangnya meskipun untuk memancing ikan atau mencari herba hutan kerana ia kawasan larangan serta berisiko tinggi.
“Mereka yang mahu masuk ke hutan itu perlu mendapatkan permit daripada Taman Negeri Royal Belum,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi berkata, dalam keadaan normal, seladang akan melarikan diri sebaik terserempak dengan manusia di hutan.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman pihaknya, haiwan liar itu akan bertindak ganas dan agresif dalam dua keadaan iaitu ketika melindungi anaknya atau ia berasa terancam serta tercedera.

“Kami akan menyiasat lebih lanjut kejadian itu, termasuk menyoal siasat dua mangsa yang terselamat dalam serangan itu. “Kami juga ingin mendapatkan kepastian daripada mangsa kenapa serangan berlaku dan apa dilakukan mangsa di dalam hutan.

“Seladang antara spesies haiwan dilindungi sepenuhnya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Gerik ketika dihubungi berkata, insiden serangan seladang itu adalah kejadian kedua direkodkan di daerah ini sejak 10 tahun lalu.

“Dalam kejadian sama beberapa tahun lalu, seorang lelaki maut selepas diserang haiwan liar itu,” katanya.

Mudah diperoleh di negara jiran



“HADIAH pistol perkara biasa di negara jiran, malah ketika bergiat di dalam kerjaya berbahaya seperti menyeludup dadah, pistol sentiasa menjadi pendamping orang seperti saya.
Sewaktu masih aktif menjadi orang tengah bagi menyeludup ganja menggunakan jalan laut ke negara ini, saya dibekalkan dengan pistol.

Saya dibekalkan revolver .38 bagi menjaga dadah yang diseludup, selain keselamatan diri daripada ancaman sindiket dadah lain.
Ia satu kemestian apabila terpaksa membawa berpuluh-puluh kilogram ganja di dalam bot serta meredah lautan sebelum sampai ke negara ini.

Kerjaya seperti ini sungguh bahaya bukan saja daripada hukuman, malah ancaman saudagar ganja lain. Pistol memang terlalu mudah diperoleh di negara jiran, malah dengan bayaran RM300, seseorang itu boleh mendapatkannya dan jika bekerja sebagai saudagar ganja, pistol boleh diperoleh dengan percuma.

Saya pernah menerima pistol daripada bos saya di Thailand dan ia bukan dipinjamkan, malah diberi terus kepada saya. Namun itu cerita dulu. Selepas berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai anak, saya membuang pistol itu ke laut.
Ketika masih aktif mengedar ‘barang’, saya menggunakan bot bagi mendapatkan bekalan dadah dan jika membawa bot besar, jumlah ganja diperoleh juga besar, dan begitulah sebaliknya.

Ketika membawa bahan terlarang seperti pistol yang dibekalkan, ia disembunyikan di dalam kotak ikan atau dibalut dulu sebelum dicampak ke dalam kotak ais yang digunakan bagi menyejukkan ikan.
Untuk lebih selamat, pistol itu juga disembunyikan di dalam perut ikan yang besar dan tidak akan disedari sesiapapun.

Bekalan ganja diperoleh dari sebuah kepulauan di barat Thailand. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih dua jam dari sempadan laut negara ini melalui Kuala Perlis dan di situlah syurga ganja.

Kawasan berkenaan ditanam dengan ganja macam padi huma. Bayangkan, ia ditanam di kawasan bukit-bukau dengan tiga kawasan, tidak ubah seperti tanaman padi di negara ini.

Musim pertama menuai tanaman ganja ialah dari November sehingga Februari dan ada tiga musim menanam ganja di pulau berkenaan bagi membolehkan ia diperoleh setiap masa.

Kawasan tanaman ganja diusahakan golongan pribumi laut Thailand yang tinggal di pulau itu, malah bahasa digunakan mereka juga tidak difahami sesiapa.

Bagi mengelak operasi ladang ganja di sana dihidu pihak berkuasa, mereka hanya melayan beberapa orang yang dikenali mereka, termasuk saya.

Sebenarnya, bukan hanya saudagar ganja dari Malaysia mendapatkan bekalan di sana, malah mereka yang datang dari negara lain juga mendapatkannya di situ.

Apapun, kini saya insaf mengenangkan nasib isteri dan anak saya jika dipenjarakan dan biarlah apa yang saya lakukan itu dijadikan pengalaman hidup.”

Untung jual senjata 5 kali ganda



“SAYA terbabit dalam kegiatan menyeludup senjata pada 2009 kerana terpengaruh dengan rakan selepas menganggotai satu kumpulan kongsi gelap. Lagipun, upah diterima memang lumayan, malah keuntungan yang kumpulan kami peroleh hampir tiga hingga lima kali ganda berbanding harga belian di negara jiran.
Sebagai contoh, pistol buatan sendiri boleh dibeli dengan harga RM300 di negara jiran dan dijual di Malaysia antara RM900 hingga RM1,500 bergantung kepada kualiti, manakala harga senjata tulen seperti dari Itali atau Jerman jauh lebih mahal dan mencecah ribuan ringgit.

Sebab itu mereka yang melakukan kerja ini boleh hidup mewah. Bayangkan jika sepucuk pistol berharga RM900, keuntungan sekurang-kurangnya tiga kali ganda.
Saya mula terjebak dalam kegiatan itu selepas mengenali beberapa orang yang menjadi ‘kepala’ dalam urusan berkenaan sebelum mengikut mereka melakukan perkara sama.

Berdasarkan pengalaman saya, senjata api perlu disorokkan di bahagian rahsia dalam kenderaan sebelum melalui pemeriksaan di sempadan dan kemudian berlagak seperti pelancong tanpa perlu risau. Jadi, pihak berkuasa tidak akan mengesyaki apa-apa.

Biasanya, jika jumlahnya sedikit dan mudah disembunyikan, kami membawa masuk pistol itu melalui jalan sah iaitu melalui pemeriksaan polis.
Bagaimanapun, kalau permintaannya banyak, kami membawa masuk mengikut ‘lorong tikus’ atau ‘jalan haram’ sekitar Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Jika tahu caranya, kerja haram ini senang dilakukan. Lagipun, disebabkan permintaannya tinggi dan memberi pulangan lumayan, ramai sanggup melakukannya.
Bagaimanapun, risiko menjual barang haram ini sangat tinggi. Ketika melakukan kerja ini, selain pihak berkuasa, kami juga berdepan risiko dicari anggota kongsi gelap lain. Jadi, jangan sesekali cuba melakukan kerja ini.

Malah, saya dan rakan juga menerima pengajarannya apabila ditangkap kerana menjual pistol di Lembah Klang. Kini, saya tidak lagi melakukan kerja haram terbabit. Cukuplah dengan pengalaman yang ada. Tidak mungkin saya akan melakukannya lagi memandangkan hukuman diterima sungguh berat.”

Didalangi kongsi gelap



KUALA LUMPUR: Penggunaan senjata api secara tidak sah di negara ini masih didominasi sindiket atau kongsi gelap tertentu bagi melindungi kegiatan haram mereka seperti pengedaran dadah, perjudian, pemerasan atau pusat hiburan yang dijalankan secara haram.
Ia biasanya digunakan untuk memastikan aktiviti golongan itu tidak diganggu pihak berkuasa atau dicabar pihak lain, sekali gus mendedahkan setiap anggota penguat kuasa, khususnya polis, dengan pelbagai ancaman ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya sentiasa mengawasi perkembangan itu dan menyifatkan ia masih terkawal dengan adanya pencegahan dan penguatkuasaan berterusan.
“Kita sentiasa pantau dan peka dengan perkara berkenaan, namun kita juga harus sedar kawasan sempadan kita sangat luas dan sukar mengintip setiap inci ruang yang ada.

“Yang boleh saya katakan, kegiatan jenayah membabitkan senjata api di negara ini tidak membimbangkan dan orang ramai tidak perlu risau,” katanya ketika ditanya mengenai tiga kes kematian membabitkan senjata api dilaporkan dalam masa seminggu.

Beliau berkata, tidak adil jika menyatakan kes membabitkan senjata api menjadi-jadi kerana beberapa kes yang dilaporkan hanya membabitkan di kawasan tertentu, malah ia pasti mempunyai motif yang kini masih dalam siasatan.
“Seperti saya katakan, senjata api biasanya digunakan kongsi gelap atau sindiket tertentu untuk melindungi kepentingan atau aktiviti sulit mereka dan kita sentiasa berusaha mengesan kewujudannya serta mengalu-alukan maklumat orang ramai,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sejak 2009 polis merampas pelbagai senjata api daripada pengedar yang ditahan dalam beberapa siri serbuan di seluruh negara.
Menurutnya, senjata itu biasanya digunakan untuk melindungi kegiatan mereka daripada diganggu, namun pihaknya ada pendekatan sendiri untuk melumpuhkan aktiviti itu.

Setakat ini, katanya, pihaknya belum menerima maklumat mengenai tawaran atau pakej yang menawarkan senjata api secara percuma kepada pengedar tempatan oleh pembekal dadah dari negara jiran.

“Walaupun ada tangkapan membabitkan rampasan senjata api, saya tidak menerima maklumat mengenai perkara itu, tetapi yang pasti kebanyakan dadah berkenaan sememangnya masuk melalui pintu sempadan negara.

“Walaupun mustahil mengawasi segenap ruang sempadan, kita tidak pernah membuka peluang kepada penyeludup, terutama pengedar dadah, membolosi sempadan negara dengan mudah,” katanya.

‘Memang sah jenazah ibu’

Oleh HAIDHAR HILMI
metahad@hmetro.com.my

BATU PAHAT: “Berdasarkan kain batik ditemui pada rangka berkenaan, memang sah ia jenazah ibu mentua yang menghilangkan diri sejak 17 hari lalu,” kata Ramnah Masran, 49, selepas penemuan rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Sri Gading, di sini, semalam.
Rangka itu ditemui jam 11.30 pagi oleh penduduk kampung sebelum disahkan milik warga emas berusia 99 tahun, Fatimah Omar.

Ramnah berkata, keluarganya berusaha mengesan Fatimah sejak menghilangkan diri dengan bertanyakan saudara serta kenalan selain mencarinya di beberapa lokasi.

“Kehilangannya kini terjawab. Sebak apabila mengenangkan penantian kami sejak kehilangannya berakhir dengan tragedi. Bagaimanapun, kami reda,” katanya.

Menurut Ramnah, pada mulanya mereka sekeluarga tidak yakin rangka berkenaan adalah jenazah Fatimah.

‘Abby tak faham’

Oleh ELRAFAEI SAPI
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.
Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain.

“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan.
“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.

Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?” Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.” Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.” Sementara itu, Abby ketika dihubungi Metro Ahad semalam berkata, komennya dalam laman sosial itu adalah pandangan peribadinya yang tidak berniat menghentam atau memaki penceramah itu.

“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia.
“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya.

“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,” katanya.
Menurut Abby, ada segelintir pihak menyebelahinya kerana mereka faham, namun dia tetap menghormati setiap pandangan orang lain.

Katanya, dia mahu berbaik dengan ramai pihak, termasuk individu bergelar ustaz. Selepas berhijrah dengan imej bertudung sejak pulang umrah pertengahan Mac lalu, dia mengakui menerima banyak jemputan menghadiri majlis keagamaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Memang tak menang tangan dan saya pun tidak sangka atas jemputan diterima. Apapun, saya tahu kemampuan sendiri walaupun ada yang mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya.

“Sebagai sahabat, saya bukan mahu mengajar tetapi berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya akui memang dilahirkan Islam tetapi apabila tidak faham dan mengikut perintah Tuhan, orang panggil jahil,” katanya.

‘Abby tak faham’

Oleh ELRAFAEI SAPI
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.
Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain.

“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan.
“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.

Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?” Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.” Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.” Sementara itu, Abby ketika dihubungi Metro Ahad semalam berkata, komennya dalam laman sosial itu adalah pandangan peribadinya yang tidak berniat menghentam atau memaki penceramah itu.

“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia.
“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya.

“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,” katanya.
Menurut Abby, ada segelintir pihak menyebelahinya kerana mereka faham, namun dia tetap menghormati setiap pandangan orang lain.

Katanya, dia mahu berbaik dengan ramai pihak, termasuk individu bergelar ustaz. Selepas berhijrah dengan imej bertudung sejak pulang umrah pertengahan Mac lalu, dia mengakui menerima banyak jemputan menghadiri majlis keagamaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Memang tak menang tangan dan saya pun tidak sangka atas jemputan diterima. Apapun, saya tahu kemampuan sendiri walaupun ada yang mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya.

“Sebagai sahabat, saya bukan mahu mengajar tetapi berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya akui memang dilahirkan Islam tetapi apabila tidak faham dan mengikut perintah Tuhan, orang panggil jahil,” katanya.

Cerai selepas dua bulan nikah

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya serik nak kahwin lagi. Namun kalau masih ada jodoh, saya terima dengan hati terbuka. Begitupun, biar kali ini bakal isteri mempunyai asas didikan agama, pandai menjaga keluarga dan diri saya,” kata Zamatul Amri Zakaria, 36, atau lebih dikenali sebagai Tauke Raja Lawak.
Menurut Tauke, dia menceraikan isteri ketiganya, Amira, 24, seminggu sebelum Aidilfitri lalu kerana perkahwinan yang dibina selama dua bulan itu tidak dapat diselamatkan lagi.

“Macam-macam masalah. Mungkin dia tak dapat menerima saya atau kerja saya. Lagipun, dia terlalu sibuk dengan hidupnya dan saya pulala sukar mengawalnya.
“Jadi, biar perkahwinan ini menjadi pengajaran dan pengalaman buat saya. Mungkin pada dua perkahwinan lalu menjadi punca perceraian tapi kali ini, seboleh- bolehnya saya cuba menyelamatkan hubungan kami.

“Namun jika jodoh sudah tiada, apa boleh saya buat. Buat masa ini, saya tidak mahu fikirkan soal kahwin. Jika ada jodoh lain sekalipun, saya akan sedikit memilih dan mencari yang benar-benar dirasakan sesuai.

“Soal kahwin bukan hal main-main. Wanita yang beragama, matang dan bijak mengendalikan masalah akan jadi pilihan saya,” katanya.
Tauke berkata, mungkin faktor umur menjadikan perkahwinannya gagal.

“Saya tahu gadis sekarang berbeza jika dibandingkan dengan zaman mak ayah kita. Mungkin dia belum bersedia untuk berumah tangga dan memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Dengan itu, saya menceraikannya dengan talak satu.
“Begitupun, saya terkilan kerana pada awalnya dia yang mengajak saya berkahwin. Namun akhirnya, ini pula yang terjadi,” katanya.

Terjun tingkat satu

Laporan dan foto ADNAN IBRAHIM
metahad@hmetro.com.my

KLUANG: Bimbang diketahui keluarga, seorang lelaki berusia 20 tahun nekad merempuh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) sebelum terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di sini, untuk mengelak ditahan, pagi semalam.
Lelaki terbabit kemudian melarikan diri sejauh 300 meter dari hotel terbabit sebelum berjaya ditahan selepas kepenatan.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pegawai Tadbir Agama Islam JAJ Daerah Kluang, Khalil Mohd Noor berkata, serbuan dijalankan jam 5 pagi.
“Kami mengetuk pintu bilik sebuah hotel bajet sebelum ia dibuka. Kami kemudian mendapati penyewa bilik yang juga seorang lelaki serta remaja perempuan berusia 18 tahun tidak mempunyai hubungan mahram.

“Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit tiba-tiba merempuh beberapa penguat kuasa sebelum nekad terjun dari tingkat satu hotel berkenaan,” katanya di lokasi kejadian.

Menurut Khalil, ketika kejadian, beberapa penguat kuasa menunggu di bawah hotel itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Penguat kuasa bagaimanapun gagal menahan lelaki terbabit yang terus melarikan diri sejurus terjun.

“Kami mengejarnya yang melarikan diri di jalan raya. Ketika itu, keadaan sekitar sunyi dan dia berjaya ditahan 300 meter dari hotel.
“Lelaki terbabit tidak cedera akibat terjun, malah berpakaian lengkap ketika melarikan diri,” katanya.

Menurut Khalil, pemeriksaan mendapati pasangan terbabit belum bekerja, malah remaja perempuan itu tinggal dua kilometer dari hotel berkenaan.

“Pasangan terbabit mendakwa tidak melakukan apa-apa di bilik itu, malah hanya berada di situ semata-mata untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan.

“Kedua-duanya kemudian dibebaskan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui, semalam.

Teruk daripada haiwan

Oleh MOHD HELMI IRWADI MOHD NOR
mohdhelmi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab bapa ialah melindungi anaknya daripada anasir jahat kerana ia amanah Allah, namun tindakan melacurkan anak hanya untuk mencukupkan bekalan rokok dianggap tidak masuk akal sehingga boleh meletakkan kedudukan si bapa lebih teruk daripada haiwan.
Itu penegasan pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berhubung laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang bapa di Batu Pahat melacurkan empat anaknya berusia 17 hingga 25 tahun kepada lelaki asing semata-mata mahu mencukupkan bekalan rokok.

Laporan berkata, kejadian yang berlarutan sejak dua bulan lalu di sebuah rumah di daerah itu menyaksikan bapa terbabit bersama rakan serta empat anaknya dicekup Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat dalam Ops Ambang Merdeka selepas didapati terbabit dengan aktiviti berkenaan.
Dr Fadzilah berkata, lelaki terbabit tidak layak digelar bapa kerana tindakannya sangat memalukan, tambahan pula sanggup menggadaikan maruah anak kandungnya.

“Manusia seperti ini sangat jahat dan sakit rohani. Sepatutnya seorang bapa mendidik anaknya ke arah kebaikan, bukan memilih jalan sebegitu,” katanya.

Menurut Dr Fadzilah, bagi keempat-empat anak terbabit, sebelum kejadian berlaku, sewajarnya mereka melarikan diri atau menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan penindasan itu.
“Ini kerana keempat-empat mereka berusia antara 17 hingga 25 tahun dan boleh berfikir secara waras. Secara logik akal, kemungkinan mereka dipaksa atau terpukau dengan perbuatan bapa,” katanya.

Katanya, perbuatan memalukan itu perlu dijadikan pengajaran kepada masyarakat lain betapa rapuhnya sistem kekeluargaan.
Tegasnya, merokok haram di sisi agama, apa lagi melacurkan anak semata-mata untuk rokok tentunya lebuh buruk perbuatannya.

“Itu bermakna dua kali dosa diterima bagi seorang bapa yang berperangai sedemikian,” katanya yang meminta pihak bertanggungjawab membantu keluarga terbabit, terutama keempat-empat anak perempuan lelaki itu.

Terlanjur pada malam raya di ruang tamu



BAGI mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia tewas kepada hasutan syaitan.
Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.

“Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di akhbar dan majalah.
“Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah IPTA di Melaka.

Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21, bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.

Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan.
Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka tewas dengan gelora nafsu.

“Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga teman lelaki.
“Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain,” katanya.

Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi. Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

“Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah secara tiba-tiba.

“Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada golongan bermasalah.

“Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi perkara yang dilarang agama,” katanya.

Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka. Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli keluarga.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak,” katanya yang melahirkan bayi perempuan pada bulan lalu.

Rumah sewa ‘port’ maksiat



KEBEBASAN menginap di rumah sewa rumah berbanding menetap di asrama membuka peluang lebih luas kepada pelajar perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dengan gejala sosial, termasuk seks sebelum nikah hingga mengandung dan si lelaki pula menghilangkan diri.
Menyedihkan apabila siswi terbabit bukan hanya terlanjur sekali, sebaliknya melakukannya berulang kali dengan teman lelaki berbeza.

Biarpun pada kali pertama tercetus perasaan takut dan dibelenggu dosa, perasaan itu hanya bersifat sementara sebelum mengulangi maksiat acap kali bertemu sama ada di rumah sewa sendiri mahupun pasangan.
Penghuni Kem Modal Insan Kewaja (Kewaja) di Gombak dikenali sebagai Irah, 23, mengakui kehidupannya selepas tamat persekolahan agak sosial.

Apabila tinggal bersama kakak di Shah Alam selepas mendapat tempat di sebuah IPT di Selangor, perangai liarnya makin menjadi-jadi kerana ibu bapa yang selama ini memantau kegiatannya sudah jauh di mata.

Acap kali menjejakkan kaki ke kelab malam setiap hujung minggu dengan air kencing setan menjadi penghilang dahaga bersama teman, kehidupannya makin liar tanpa pengawasan ibu bapa.
Mahu mengharapkan kakak untuk memberi nasihat, perangai saudaranya itu pula jauh lebih liar, malah enggan mengendahkan hal peribadi Irah.

Tinggal di rumah sewa bersama kakak dianggap peluang keemasan kepadanya kerana tidak terikat dengan peraturan asrama universiti.
“Sebelum ini, saya hanya bersosial dengan minum arak dan kelab malam, tak terfikir pun bakal terjerumus dengan seks luar nikah. Mungkin faktor ingin mencuba, pujukan pasangan dan pengaruh kakak membuatkan saya lalai menjaga maruah diri.

“Rumah sewa bukan hanya dikongsi kami dua beradik, sebaliknya bersama teman lelaki kawan kakak serta pasangan masing-masing. Kakak sendiri melakukan maksiat, jadi dia tiada ‘suara’ untuk menasihati saya.

“Sebelum ini, saya kerap mengajak bekas teman lelaki ke rumah sewa untuk lepak dan bersembang, tapi bukan hanya kami berdua tetapi turut disertai teman lain. Malah, kami pernah ditangkap berkhalwat oleh jabatan agama negeri dan naik turun mahkamah, dua tahun lalu.

“Walaupun dikenakan denda mencecah RM3,000, ia gagal menghentikan aktiviti maksiat. Ibu bapa yang kecewa memberi amaran supaya kami dua beradik berpindah sebelum menetap di ibu kota.

“Sebenarnya pada usia 18 tahun, saya berzina dengan teman lelaki pertama tetapi tidak pernah mengandung. “Memegang konsep, ‘pandai makan, pandai simpan’, kami tidak pernah mengambil tahu hal masing-masing jika mengandung, melainkan mencari klinik menjalankan pengguguran haram.

“Apabila kes (mengandung luar nikah) berlaku, saya antara individu dijadikan rujukan untuk mengenal pasti klinik yang mengenakan kadar bayaran antara RM2,000,” katanya.

Cuma kesal selepas hamil



KUALA LUMPUR: Sudah terhantuk baru terngadah. Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan kes maksiat di kalangan mahasiswi hingga mengandung anak luar nikah hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Penceramah bebas, Zawiyah Hassan berkata, kegiatan zina yang dilakukan berulang kali dengan lelaki berbeza tidak sesuai dikatakan terlanjur, sebaliknya pelaku bersifat sombong kepada Allah dan hanya menyesal apabila menerima balasan di dunia seperti mengandung.

“Bergelar mahasiswi bukan tiket menyatakan mereka bijak dalam segala aspek kehidupan. Tanpa iman dan amal, pasti menjerumuskan anak muda terbabit dalam kegiatan tidak sihat. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berzina seseorang penzina selagi mana dia dalam keadaan beriman.” Ini bermaksud iman itu penting dan ia mampu mengawal seseorang daripada melakukan perkara dilarang.
“Gara-gara tipis iman, pelaku sanggup melakukan zina berulang kali, selain menganggap diri terselamat daripada risiko mengandung. Sedangkan dia tidak mengetahui diri terdedah dengan risiko jangkitan HIV apabila berzina dengan beberapa lelaki berbeza iaitu balasan Allah di dunia, belum lagi di akhirat,” katanya.

Katanya, jauh daripada keluarga ataupun menyewa kediaman di luar kawasan institusi pengajian tinggi (IPT) dianggap memberi peluang kepada anak muda untuk belajar berdikari tetapi sayangnya, kesempatan berkenaan disalahgunakan.