Pasangan kekasih masih bersekolah kena cekup di hotel
Kereta yang dilarikan suspek.
LUNAS – Hasrat sepasang kekasih berusia 16 tahun dan masih bersekolah
untuk melarikan diri dari keluarga masing-masing tidak kesampaian
apabila ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sebuah hotel murah di sini kira-kira
jam 10.30, malam kelmarin.
Suspek seorang remaja lelaki sebelum ini pernah bersikap agresif
dengan memecahkan cermin kereta jenis Honda bapanya, kerana tidak
berpuas hati dengan keluarga.
Bagaimanapun setelah dibaiki, suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan menggunakan kereta itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis
menerima maklumat dari orang awam setelah berjaya menemui kereta
digunakan suspek untuk melarikan diri. Ia disorok di bahagian belakang
hotel.
“Polis membuat semakan terhadap resit pembayaran dibuat oleh
pelanggan yang menginap di hotel itu dan mendapati, suspek mendaftarkan
diri kira-kira jam 9.15 malam.
“Polis kemudiannya membuat serbuan disalah sebuah bilik di tingkat
satu hotel itu dan mendapati suspek dan kekasihnya berada di dalam.
“Sebelum ini waris pelajar perempuan terlibat sudah membuat laporan
di Balai Polis Kulim apabila tidak pulang ke rumah dan dipercayai
melarikan diri bersama suspek.
“Pasangan itu kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sinar
‘Bom’ gegar sekolah
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar
nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota
dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun
bola dan lingkaran nyamuk, semalam.
Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan
tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga
letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus
menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.
Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar
bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak
mencetuskan kebakaran.
“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan
kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu
kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.
Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru
bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah
bergegas mencari lokasi kejadian.
“Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku
kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan
kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah
bilik darjah kosong di blok berlainan,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa
melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang
masih berasap di atas bangunan berkenaan.
Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah
menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di
lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.
“Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun
gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula
letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah
berkenaan,” katanya.
Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa
melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa
meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di
luar sekolah.
Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai
Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul,
Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima
laporan itu.
“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan
lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada
tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi
berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa
mengenai motif sebenar insiden berkenaan.
“Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.
Harian Metro
Bekas Sarjan rugi RM1.46 juta
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah seorang ahli perniagaan yang dipecah masuk di Kuching pada 1 Disember lalu.
KUCHING – Kegembiraan seorang lelaki bercuti di Jakarta, Indonesia
terbantut apabila dia mendapati wang sebanyak RM1.46 juta yang disimpan
di dalam almari rumah teresnya di Taman Malihah, Matang di sini lesap
semalam.
Ahli perniagaan merangkap kontraktor berusia 55 tahun tersebut
menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumahnya pada pukul 12.45 tengah
malam.
Difahamkan, mangsa merupakan bekas anggota polis bantuan berpangkat Sarjan di Malaysia Airports Berhad (MAB) di sini.
Mangsa mendakwa wang itu disimpan di dalam beg dan ia merupakan wang
yang dikumpul daripada keluarga besarnya sebelum berangkat ke Jakarta.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad
berkata, mangsa terus membuat laporan polis selepas mendapati pintu
bilik utamanya terdapat kesan pecah masuk dan wang yang disimpan di
dalam almari lesap.
Kosmo
Kisah tentera berjubah putih

KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November
lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah
negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata
kegembiraan. Laungan kalimah suci ‘Allahuakbar’ bukan sahaja bergema di
New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.
“Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar
nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami
dalam perjuangan menentang Israel,” kata seorang rakyat Palestin, Abu
Yazid, 29.
Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah
untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan
semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman
rejim Zionis.
“Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki
dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan
berterusan,” ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun
1956.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini
sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.
Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan
pewaris di bumi Palestin.
Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya
berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai
kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada ‘kekuatan
lain’ yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis
walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan ‘pasukan lain’ yang turut bertempur, jasad para
syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang
perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para
pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam
khutbah Jumaat mereka.
Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009
bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah
dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.
“Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang
palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu
menjawab, seragam berwarna hitam.
“Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu
berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul
hingga pengsan.
“Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam,” sergah tentera berkenaan.
Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan
sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok
Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, ‘saya bukan Hamas atau
Fatah. Saya hanya pemandu ambulans’.
BANYAK kisah pelik mengiringi perjuangan rakyat Palestin mendepani rejim Yahudi yang dilengkapi persenjataan canggih.
Seragam putih
Tentera tersebut bertanya lagi, ‘pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?’
Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, ‘saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari’.
Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui
tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah
jejaknya juga sukar dikesan.
Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen
televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas
berhadapan dengan tentera berbaju putih.
“Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.
“Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang
tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya.
Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta,” katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan
tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak,
tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana
menghilangnya.
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang
terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang
‘bantuan Allah’ kepada pejuang Palestin.
“Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.
“Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan
tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan
tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.
“Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana
mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera
yang ramai itu.
“Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya
yang bermaksud, ‘tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu’.
KEMUSNAHAN yang dicetuskan Israel tidak pernah mematahkan semangat pejuang Palestin.
Al-Quran penyelamat
“Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.
“Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.
“Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.
“Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula
ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan
selamat,” cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di
Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku
kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.
“Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom
dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka
tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.
“Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi
jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran
yang ada di dalam poket mangsa.
“Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak.
Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri
bentuknya sudah hampir hancur,” cerita Hisam.
Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan
Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut
meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi
berbanding wilayah lain di Palestin.
Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan
besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009,
seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak
terkorban.
“Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi
dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya
dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga
4,000 bayi.
“Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami
hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000
pejuang baharu,” ujar Nisman.
Kosmo
30 tahun berjihad akhirnya menemui syahid di Syria

Selepas menghabiskan tiga dekad dalam hidupnya terlibat dalam Jihad
di Afghanistan, Bosnia dan Hezergovina serta Kashmir, Abdul Aziz
Al-Jeghaiman,mujahid berasal dari Arab Saudi menemui syahid (insya
Allah) di Idlib, Syria, pada awal tahun Islam(Muharram)akibat pengeboman
besar-besaran oleh tentera rejim Syiah Bashar Assad.
Al-Jeghaiman, seorang pemuda bijak, pernah ditawarkan menjadi
pembantu pengajar di Universiti King Faisal pada tahun 1980-an, tetapi
dia lebih memilih untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad bersama para
pemuda Saudi dan Arab yang lain.
Sumber menceritakan kepada Al-Hayat bahawa Al-Jeghaiman bahkan
memimpin barisan hadapan pasukan Mujahidin ketika itu dalam waktu yang
lama dan meninggalkan negara itu ketika perang berakhir.
Kemudian, ketika perang meletus di Bosnia, pemuda gagah berani itu
bertolak ke sana untuk berjihad bersama-sama kaum Muslimin di sana.
Dia menetap di sana sehingga perang berakhir. Kerana tidak pernah
puas dengan Jihad, dia memutuskan pergi ke Kashmir dan bergabung dengan
barisan Mujahidin Kashmir. Konflik di Kashmir yang sangat rumit,
membuatnya memutuskan untuk meninggalkan Kashmir.
Setelah itu dia pergi ke Syria pada 2002, takdir mengharuskannya
ditangkap dan dipenjara selama dua tahun. Al-Jeghaiman dibebaskan pada
2004 melalui orang tengah dari Arab Saudi.
Selepas dibebaskan dia kembali ke Arab Saudi dan menetap di sana.
Ketika sebahagian pemuda pergi ke Iraq pada saat pencerobohan AS, namun
Al-Jeghaiman memilih tidak pergi.
Tetapi dia memilih untuk masuk ke Syria lagi pada 2011 dan bergabung
dengan para Mujahidin di sana untuk mengejar cita-citanya di jalan
Allah. Dia tidak akan kembali lagi hingga menemui syahid di negeri Syam
itu.
Mendengar kesyahidan Al-Jeghaiman, orang-orang di Al-Ahsa iaitu
tempat asalnya bergembira bahawa dia menemui syahid ketika sedang
berjihad dengan para Mujahidin Syria. Keluarganya hanya mengatakan
bahawa siapa sahaja yang ingin menyampaikan takziah, mereka harus pergi
ke rumah ibunya.
Menurut sumber yang terdekat dengan keluarganya, Al-Jeghaiman adalah seorang pemuda yang selalu menginginkan mati syahid.
Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya ke dalam Jannah-Nya.
Mujahiddin Jabhah Nushrah menentang rejim Syiah Assad dicop sebagai
pengganas oleh Amerika. Puak-puak syiah di Malayia begitu membela rejim
syiah Assad. Hujah paling popular mereka ialah mujahid-mujahid di Syria
ditaja oleh Amerika untuk menjatuhkan rejim Syiah Assad. Apa reaksi
puak-puak syiah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Syiah Melayu yang
menganuti agama tersebut berkenaan Mujahiddin Jabhah Nushrah yang telah
disenaraikaan oleh laknatullah Amerika sebagai pengganas?
Sumber:
Detik Islam
Lagi filem baru hina Rasulullah muncul “The Innocent Prophet”
Selepas filem laknat
Innocence of muslim
yang menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ditentang
hebat oleh umat Islam, kini filem ter baru yang menghina Nabi muncul
lagi. Pada 07 Disember 2012, Kementerian Dalam Negeri Belgium
meningkatkan status keselamatan menjadi tahap tiga, tahap kritikal
adalah empat akibat munculnya filem yang menghina Nabi.
Imran Firasat, orang Pakistan yang tinggal di Sepanyol, adalah orang
yang memfilimkan cerita tersebut. “Innocence of Muslims adalah filem
yang dihasilkan di Amerika Syarikat yang memberikan inspirasi umtuk
membuat filem ini” kata Verasat.
Imran Firasat seorang pemuda Pakistan yang melepaskan keislamannya
(Murtad) dan tinggal di Sepanyol diyakini menyokong permusuhan terhadap
Islam di Sepayol. Dia mempunyai laman di internet yang khusus untuk
menyerang Islam.
Cerita pemuda Pakistan ini bermula pada tahun 1998 kerana dia
mempunyai hubungan yang tidak sah dengan wanita Indonesia yang bukan
muslim dan dia ditangkap oleh pihak yang berwajib kerana negara asalnya
(Pakistan) tidak membenarkan dia mempunyai hubungan dengan wanita bukan
Islam.
Di penjara dia disiksa dan setelah dibebaskan dia berhijrah bersama
rakannya ke Sepanyol. Kemudian kerana selembar kertas yang menyerang
Islam, dia mendapat tempat dan perlindungan di Sepanyol oleh persatuan
hak asasi manusia.
Si murtad ini bersama kafirun Terry Jones akan buat sidang media
berkenaan filem laknat tersebut 14 Disember 2012. Ya Allah, laknatlah
mereka ini
Website kafir tersebut di sini:
MEDIA CONTACT: 352-371-2487 or 352-871-2680 (Stephanie Sapp) or info@standupamericanow.org
Terry Jones and Imran Firasat – Muhammad Movie Release and Press Conference
Madrid, Spain, December 14th, 2012
Stand Up America Now with Dr Terry Jones announces that Imran
Farisat, Pakistani ex-Muslim of Mundo sin Islam (www.mundosinislam.com),
is our representative in Spain. We continue our efforts to raise an
awareness of the dangers of Islam to Western Civilization, to send a
very clear message to Islam that we will not be intimidated and we will
not back down.
Stand Up America Now with Dr Terry Jones and Imran Farisat will hold a
press conference and promotional event for the release of a movie about
the life of the Prophet Muhammad. The event will be held in Madrid,
Spain on Friday December 14th.
Thank you,
Dr. Terry Jones
Stand Up America Now
Sumber:
Detik Islam
Rezeki berniaga di tepi jalan

SHAIPUR AZWAN ABDUL HAMID, 31, pernah berkecil hati apabila cuba
mempertahankan keputusannya untuk berdikari dengan membuka gerai menjual
burger dan roti john.
Masih segar dalam ingatan, dia pernah ditegur jiran, kenalan dan ahli
keluarganya sendiri yang skeptikal dengan masa depan kerja tersebut.
Begitupun, dia tidak pernah berjauh hati atau kecewa dengan pilihannya,
lebih-lebih lagi dia kini sudah melihat pulangan hasil titik peluhnya
itu.
Biarpun ‘pejabatnya’ hanyalah di tepi jalan, lelaki berkelulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mesra disapa sebagai Wan itu
mengakui bersyukur dapat menjana pendapatan demi menyara keluarganya.
Bapa kepada seorang anak itu percaya, pengusaha gerai yang rajin
berusaha dengan jualan memberangsangkan mampu menjana pendapatan yang
setaraf dengan gaji purata pekerja pejabat.
Namun, untuk mencapai objektif tersebut, banyak yang perlu Wan lalui terutamanya tentang cabaran dan selok-belok berniaga.
“Perlu ada semangat untuk berjuang. Berniaga perlu ada niat yang
betul untuk berjaya dan jangan mudah berputus asa,” ujar Wan ketika
ditemui di gerainya di Taman Kenanga, Seksyen 17, Shah Alam.
Pada awalnya, Wan bermula sebagai pekerja di sebuah warung dengan
gaji RM10 sehari. Kesanggupan bekerja pada usia semuda 17 tahun dengan
gaji yang rendah bukan suatu untuk disesalkan.
Dia sebaliknya menganggap itu merupakan peluang terbaik untuk mempelajari asas perniagaan memandangkan dia sifar pengalaman.
“Ketika kawan-kawan menyambung pengajian dan mencari kerja yang lebih
‘selamat’, saya pula ketika itu berkawan dengan seorang abang bernama
Zulmahizam dan menjual burger bersamanya,” kata Wan mengimbas memori
tahun 1999 ketika berjualan di Seksyen 2, Shah Alam.
Selepas dua tahun berniaga, dia dan tuan gerainya didekati seorang
chef yang sedia berkongsi tip menjadikan burger lebih lazat iaitu sos
yang digunakan.
“Chef itu memberi kami tip bahawa keenakan burger terletak pada
kombinasi sos cili dan mayonis yang terbaik. Jadi, kami pun mencuba
kombinasi pelbagai jenis sos cili dan mayonis sehingga mendapat rasa
terbaik.
“Pada masa yang sama, tuan gerai menghantar saya belajar buat roti
john secara sambilan selama dua minggu di sebuah gerai lain,” katanya.
Kumpul semangat
Namun, adat dalam perniagaan, Wan tidak terlepas daripada jatuh dan
bangun dalam resam berniaga. Kerugian dan menanggung hutang itu lumrah.
Semua itu berlaku ketika dia berhasrat membuka perniagaan sendiri.
“Saya pernah membuka restoran makanan Thai namun, ia terpaksa ditutup
berikutan menanggung kerugian yang teruk,” luahnya yang pernah menjual
segala barangan peribadi seperti seluar jean dan kasut Timberland
kesayangannya untuk memulakan perniagaan itu.
Wan tidak pernah putus asa. Berkat usaha dan kecekalan, wang RM50
pemberian abangnya dijadikan modal azimat. Dia membaiki sebuah gerai
sorong yang dijumpai di tempat pembuangan barang seterusnya membeli
sedikit barang mentah untuk memulakan semula perniagaan menjual burger.
“Hanya dengan empat beg roti dan dalam masa dua jam, saya berjaya
mengembalikan wang RM50 kepada abang saya,” ujarnya lalu meneruskan
perniagaan pada hari-hari berikutnya dan menambah kuantiti jualan
berikutan sambutan yang semakin bagus.
Sambil sibuk melayan pelanggan yang sudah beratur panjang menempah
burger ayam, daging dan roti john, Wan memberitahu, dia sudah terbiasa
dengan suasana tersebut. Jika ada tempahan secara pukal, Wan akan
menggandakan operasinya.
“Kebiasaannya saya akan menjual kira-kira 150 biji burger dan 60
hingga 80 roti john. Ada hari-hari yang lebih tinggi jualan. Semuanya,
memberi pulangan yang lumayan iaitu dengan untung bersih kira-kira RM200
hingga RM250 sehari,” katanya yang menjalankan perniagaan dari pukul 5
petang hingga 11.30 malam.
Wan bagaimanapun taat dengan permintaan ibunya yang mengharapkan dia
bekerja secara tetap. Tiga tahun lalu, dia memulakan tugas di Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala perniagaan gerainya diteruskan oleh
isterinya, Yiska Maida Anggrani, 26.
Jika berkelapangan, Wan tetap akan menemani isterinya di gerai untuk
membantu apa yang patut. Kini, mereka memiliki dua buah kereta dan dua
buah motosikal hasil rezeki berniaga di tepi jalan itu.
“Persepsi orang bahawa menjual burger tepi jalan tidak akan membawa
saya ke mana-mana adalah sama sekali tidak benar. Jika seseorang itu
rajin, mempunyai semangat berniaga dan mahu terus maju, rezeki boleh
diraih di mana-manapun,” katanya yang tidak pernah lupa jasa gerai itu
dalam hidupnya.
Warga emas gigih
PEKERJA di gerai milik Linggem di Brickfields sedang menggoreng sajian popular.
Kosmo! turut menemui sepasang warga emas di kawasan Brickfields yang
terkenal dengan gerai jualan mereka. Keenakan dan kesegaran produk
jualan mereka memang didambakan ramai orang yang ingin mengisi perut dan
melegakan kerongkong yang dahaga.
“Saya buka gerai setiap hari. Ramai orang datang, mungkin kerana
banyak promosi di internet, laman sosial, akhbar dan sebagainya,” kata
Chan Wai Keong, 59, sambil tersenyum.
Ditemani isterinya, Choi Sai Yen, 59, Wai Keong berkata bahawa dia
tidak mahu mengecewakan pelanggan yang datang untuk merasai secawan air
kelapa atau semangkuk cendol mahupun ais batu campur (ABC).
“Saya mesti berikan yang terbaik. Mereka mungkin datang dari jauh,
datang semata-mata untuk minum, terutama sekali pada hari-hari panas,”
katanya lagi yang sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus sejak
gerainya dibuka pada pukul 10 pagi.
Gerai tersebut mempunyai keistimewaan kerana ia sudah berusia lebih
40 tahun. Namun, Wai Keong mengambil alih operasinya sejak 10 tahun lalu
daripada pemilik asal yang juga saudaranya.
Ditanya mengenai keistimewaan gerai minuman itu, Wai Keong hanya
menggeleng kepala sambil tersenyum. Sambil menghulurkan semangkuk
cendol, ABC dan segelas air kelapa, dia berkata: “Kamu rasa sendiri.”
Gula melaka yang terpilih dan santan segar, kata Wai Keong, antara
resipi yang digunakan untuk membuat cendol yang lazat itu. Bagi ABC
pula, dia mendakwa sekadar menggunakan bahan-bahan biasa.
“Paling penting, semuanya disediakan segar dan dengan niat untuk
memberikan yang terbaik selain memastikan layanan yang cemerlang buat
pelanggan,” katanya.
Dalam bersyukur dengan kelarisan jualannya, Wai Keong masih menyimpan
seedikit keluhan. Menurutnya, harga barangan semakin mahal. Jika
dahulu, katanya, 20 sen boleh menjana RM1, tapi kini RM1 hanya menjana
keuntungan 20 sen.
“Tetapi saya berpuas hati. Gerai tepi jalan seperti ini tetap memberi
pendapatan memadai buat saya dan isteri. Saya amat bersyukur,” katanya.
Wai Keong mengakui bahawa selama ini beliau tidak pernah berhadapan
dengan sebarang masalah dalam berniaga, cuma satu-satunya cabaran di
luar kawalan ialah musim hujan.
“Memandangkan saya menjual minuman sejuk, maka setiap kali hujan saya hanya berserah kepada takdir,” ujarnya lagi.
Menjual sekitar 200 mangkuk cendol dan ABC sehari, Wai Keong
memberitahu, komitmen dan disiplin yang tinggi amat diperlukan jika mahu
kekal lama dalam perniagaan seperti itu.
Ujar beliau, jika benar-benar komited dan hanya bermodalkan RM2,000, seseorang itu boleh membuka gerai ABC, cendol atau minuman.
Siew Yap, 59, dari Taman Maluri Cheras, ialah antara pelanggan tetap
Wai Keong sejak dua tahun lalu. Menurutnya, tidak lengkap perjalanannya
dari stesen monorel Tun Sambanthan ke KL Sentral tanpa singgah di gerai
Wai Keong.
“Dia sangat rajin. Setiap hari mesti buka gerainya. Minuman di sini
sangat popular dan power,” katanya yang bersama-sama pelanggan lain yang
berasa puas membayar RM1.70 bagi menikmati segelas air kelapa Wai
Keong.
Kosmo
Kesatuan Eropah Kenakan Sekatan Ke Atas Produk Israel

NAZARETH,
(PIC)– Kesatuan Eropah telah mengancam untuk mengenakan sekatan ekonomi
terhadap Israil termasuk sekatan ke atas produk-produk dari penempatan
Yahudi yang dibangunkan secara haram di atas tanah penduduk Palestin
sebagai tindak balas terhadap pembangunan projek berterusan dan
perluasan penempatan di wilayah jajahan.
Akhbar Ibrani Maˈariv menyiarkan pada hari Khamis bahawa terdapat
usaha Eropah untuk menggubal undang-undang bagi menghalang produk
penempatan melalui pelabelan untuk membezakan mereka daripada
produk-produk lain di pasaran Eropah, protes terhadap keputusan Israil
untuk membangunkan tiga ribu unit rumah baru di Tebing Barat dan bandar
jajahan Jerusalem.
Akhbar memaklumkan bahawa Kesatuan Eropah akan membentangkan draf
undang-undang kepada Jawatankuasa Menteri Luar Kesatuan Eropah untuk
meluluskan undang-undang tersebut.
Sumber: Palestine News Network | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)
TERKINI ! AHLI PARLIMEN BN PAHANG KELUAR UMNO !!!
Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!

Ahli parlimen
Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan
di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad
Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar
Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik
melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan
adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan
bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi
parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama
sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Peliknya, tiada satu
pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno
menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.
Tengku Azlan
merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak
keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan
kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal
memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya
sendiri.
Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter
milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.

Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam
pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh
nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.
Namun,
nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut
bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam
pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang
terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di
bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.
Dia
juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan
kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi
calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.
Selain Ahmad Shukri,
seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul
Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal
berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan
dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya
tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.
Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis
1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi
berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.
Pada pilihanraya
umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi
menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.
Sehari
sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah
mendap berlaku dan Tengku Azlan telah mengumumkan tidak mahu bertanding
lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu
majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian.
Bagaimanapun
setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga
menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.
Namun kali ini
Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan
apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno
semalam.
Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa
Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang
beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak
berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya
sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009.
Sumber Berita
SINI
Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia Milik Alwaleed Bin Talal
Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Dia merupakan CEO yang memegang 95% share di dalam syarikat beliau
iaitu Kingdom Holding Company. Pada bulan Mac 2012, Alwaleed telah
dinamakan sebagai orang yang ke 16 terkaya di dunia dengan aset yang
bernilai US $23.9 billion.
Pada tahun 2007, Alwaleed telah
memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi
terbesar dan termahal di dunia mencecah US$500 Juta. Jet peribadi beliau
ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royces, kandang
kuda dan unta dan ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain
daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi skrin
holographic dan juga dewan konsert.
Jet peribadi ini juga
dilengkapi dengan 5 buah suites peribadi yang memuatkan katil bersaiz
King, sistem multimedia untuk hiburan dan juga bilik solat yang
mempunyai sejadah yang dikawal oleh komputer yang sentiasa menunjukkan
arah Kiblat.
Hebat-hebat.. Semoga tak lupa saudara-saudara yang dizalimi di Palestin dan yang seangkatan dengannya..
- awan -
PENDUDUK KAMPUNG GOMBAK UTARA SAHKAN KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK SAMSENG DAN PENIPU...
Itu bukan gua yang cakap beb tapi KETUA KAMPUNG GOMBAK UTARA yang memberit
ahu
KHABAR tersebut... sebab kalau gua yang cakap bahawa KETUA PEMUDA UMNO
GOMBAK adalah KEPALA SAMSENG mesti lu orang TAK PERCAYA punya... ialah
sebab gua ni kan ke BARUA PAKATAN RAKYAT (PR) yang cuba membantu
MALAIKAT MAUT untuk MENCABUT NYAWA UMNO... jadi sudah tentu apa yang gua
tulis semestinya MENYEBELAHI PR atau bak kata PENCHACAI UMNO dan yang
sewaktu dengan nya bahawa gua BERAT SEBELAH atau pun TAK ADIL macam
LIDAH-LIDAH SYAITAN YANG DIKENALI UMNO seperti Utusex Meloya... Berita
Hairan mahu pun TV3/4... kah kah kah !.
Tapi bila ada
sekumpulan penduduk kawasan GOMBAK UTARA yang tampil dalam satu SIDANG
AKHBAR bagi memberikan CERITA SEBENAR tentang kejadian yang berlaku pada
CERAMAH PR pada malam tersebut... SAH dan SAHIH lah DAKWAAN gua bahawa
Ketua Pemuda Umno GOMBAK yang BERSTATUS DATUK adalah seorang yang datang
dengan PAKEJ iaitu SAMSENG... PENIPU... dan BAKAL PENYAMUN... kah kah
kah... lu orang tak percaya lu orang boleh baca kat MI... dan kalau lu
orang nak SAMAN lu orang boleh suruh DATUK KEPALA SAMSENG tu saman dulu
The Malaysia Insider... sebab kalau saman gua pun TAK GUNA beb... sebab
gua apa pun tak ada... yang ada cuma TELOR aje... itu pun gua tengah
CADANG-CADANG nak buat ROTI NAJIB... kah kah kah !.
Kalau
mengikut CERITA Ketua Kampung Gombak Utara Encik Said Zakaria...
mendakwa insiden tersebut DIDALANGI UMNO dan menyalahkan parti tersebut
kerana menyebabkan nama kampung Gombak Utara TERCEMAR... kata beliau
"Apa yang saya lihat malam kejadian... separuh dari sekumpulan 200 orang
Pemuda Umno MEMBUAT BISING... MEMBALING BATU dan MENYERANG PETUGAS
serta PENJAJA pada malam ceramah PR tersebut... rata-rata yang MEMBUAT
KECOH pada malam itu BUKAN PENDUDUK KAMPUNG tersebut... sebaliknya orang
luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain
Omardin"... kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di
Petaling Jaya.
Nanti lu orang Penchacai atau pun Barua Umno
akan cakap pulak yang beliau ni adalah Penyokong PR... tapi apa-apa pun
jelas PEMBOHONGAN yang dibuat oleh DATUK SAMSENG dengan mengatakan
penduduk Gombak Utara TIDAK SENANG dengan kehadiran Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada malam tersebut... yang sebenarnya Tak Senang adalah Datuk
dan Barua-Barua Umno tu beb... yang dah mula merasakan yang beliau TAK
ADA HARAPAN untuk MENANG kalau pun beliau TERCALON bagi mewakili Umno/Bn
dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti... sebab itu gua kata yang
Datuk ni datang dengan Pakej beb... jadi buat PERINGATAN kepada Penduduk
Gombak baik lu orang HATI-HATI dengan DATUK Samseng ni... kah kah kah
!.
http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/12/penduduk-kampung-gombak-utara-sahkan.html

Sultan selangor nafi SOKONG dan BERPIHAK kepada UMNO.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih apabila baginda telah menjadi sasaran kumpulan
dan individu yang sengaja memutar-belitkan kata-kata dan tindakan baginda dengan membayangkan sebahagiannya terarah kepada Umno.
"Mengapa beta? Beta tidak mendapat apa-apa manfaat dengan
menyebelahi Umno, PKR atau mana-mana parti," titah baginda. "Apa yang
telah Umno berikan kepada beta?
"Mereka meletakkan jenama
Umno kepada beta, buktikannya. Tunjukkan kepada beta bila beta cenderung
untuk bersama dengan Umno. Jangan membuta tuli menuduh beta perkara
yang beta tidak salah. Beta tidak mempunyai agenda politik.
Read more:
http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/hot-luahan-sultan-selangor-yang-sedih.html#ixzz2ETTJKO9t
Rakyat kalau bijak pandai Umno/Bn susah sebab tulah Umno/Bn nak rakyat terus bodoh...
"Orang ramai pegang nadir bumi bukti Lynas selamat" - u
tusan.
Pegang nadir bumi bukti Lynas selamat..Cakap bengong kang marah tapi
kalau suka dibengongkan nak buat macam manakan.... Pegang nadir bumi
dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yg jd x selamatnya
ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada
dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya
ketika berada dalam keadaan x stabil. Memandangkan nadir bumi ini
beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suruh belajo kimia, xnak.
cuba pulak pegang sisa nadir bumi ni lepas diproses nak tengok jadi
zombie ke idak...
Ibarat pegang bom la. Meletup x kalau setakat
pegang ? Mana meletup sebab dia ada pin keselamatan. Sebab bom tu x
berbahaya ketika stabil. Cuba tarik pin dia tgk. Masa tu cepat2 la
taubat. Sebab bila tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak
lagi stabil. Maka berkecailah...
P/S : Cuba la bagi berita yang buat rakyat malaysia ni jadi cerdik. Janganlah asyik dok perbodohkan org jer.