Tarik, jual, tarik
Oleh Asmah Rusman, Gaddafi Musli dan Shahrul Redzuan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BUKTI...gambar orang yang dicederakan.
Mangsa terlebih dulu dibawa melihat barisan kereta mewah berkenaan tanpa mengetahui ia kenderaan yang ditarik daripada pemilik asal selepas gagal menjelaskan bayaran ansuran dan nombor pendaftaran serta dokumennya sudah dipalsukan.
Kebiasaannya, mangsa termasuk pembeli kereta terpakai membuat bayaran secara tunai, namun selang seminggu kemudian, muncul pula individu lain daripada sindiket sama yang memaksa mangsa memulangkan semula kenderaan berkenaan dengan alasan ada masalah dokumentasi.
Sekiranya mangsa enggan bekerjasama anggota sindiket terbabit menggunakan kekerasan termasuk mengurung dan memukul mangsa sehingga ada yang parah.
Kegiatan itu didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan isu pengguna, Mukmin Reach Out Management (MROM) yang berpejabat di Langkawi.
Keldai akaun terjerat
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
BUKTI...Izany (dua dari kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas.
Sindiket terbabit dipercayai mendalangi kes penipuan melalui laman sosial yang menyasarkan lelaki dan wanita dengan menggunakan gambar individu kacak dan cantik sebagai umpan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, sindiket terbabit yang didalangi lelaki Nigeria dengan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar sudah mengaut keuntungan hampir RM400,000 melalui penipuan terbabit.
“Dalam empat operasi berbeza pada 4 dan 5 Disember lalu, seramai 19 individu berusia 22 hingga 44 tahun masing-masing seorang wanita tempatan, wanita Thailand dan 17 lelaki Nigeria ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
“Kami menahan seorang wanita di sebuah bank di Taman Maluri ketika mahu mengeluarkan baki wang sebanyak RM30,000 daripada akaun syarikat miliknya,” katanya ketika sidang media di IPD Cheras, semalam.
Rentung hidup-hidup
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
TRAGIS...mangsa kemalangan maut ketika balik berniaga. Gambar kecil, anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, difahamkan, ada penduduk yang menetap di kawasan berdekatan terdengar jeritan mangsa, Kamal Abd Kadir, 43, meminta pertolongan, namun gagal menyelamatkannya selepas van Nissan Vanette dipandunya terbakar.
Ketika kejadian, Kamal dikatakan baru berniaga di Klebang, dekat sini, dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Muhibah, Muar, Johor.
Bapa kepada empat anak itu memandu van Nissan Vanette bersendirian dan turut membawa muatan buah-buahan termasuk beberapa peralatan perniagaannya.
Sejurus tiba di selekoh berhampiran tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di kawasan berkenaan hingga menyebabkan kakinya tersepit.
Bomba padam guna air longkang
MARAK...anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran kilang di Batu 5, Jalan Kapar, semalam.
Dalam kejadian jam 1.48 tengah hari itu, kilang berkeluasan 2,000 meter persegi hampir musnah selepas api marak dan membakar sebahagian bangunan kilang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, tiga jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Kota Raja dan Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Katanya, pihaknya mengalami kesukaran memadam kebakaran itu kerana kawasan terbabit tiada sumber air dan menggunakan air dari longkang berhampiran.
“Kami menggunakan air longkang kerana kawasan itu tiada pili bomba dan tekanan air yang rendah menyebabkan operasi mengambil masa tiga jam bagi memadam keseluruhan kebakaran.
“Api dapat dikawal sepenuhnya jam 5.05 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Katanya, punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.
Bola gergasi bahtera ‘kiamat’
BOLA GERGASI...Liu membina ‘Bahtera Noh’ dilengkapi pelbagai keperluan.
Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh ‘bola gergasi’ yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar ‘Bahtera Noh’ menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.
Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi.
“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya.
Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.
Kata Liu, Kapal Noh itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air. “Saya harap ciptaan ini dipelajari pihak yang berkenaan, termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa supaya boleh digunakan ketika sesuatu tempat dilanda tsunami atau gempa bumi,” katanya. Walaupun boleh terapung, ciptaan Liu itu agak berat dan empat lelaki dewasa diperlukan untuk menggerakkannya.
Menurut Yang, alat bulat berwarna oren itu mempunyai ‘simpanan dan penyambung hidup’ mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan. - DM
Lelaki kalah judi kena tikam
Dalam kejadian jam 9.50 malam, lelaki berusia 30-an itu kalah berjudi di sebuah pusat judi Internet berhampiran sebanyak RM3,000 sebelum cuba melarikan diri ke sebuah restoran berdekatan.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40-an berkata, ketika dia makan bersama rakan sekerja, dia nampak pemandu teksi itu berjalan dari pusat judi Internet ke arah teksinya.
Menurutnya, pemandu teksi itu diikuti pekerja premis pusat judi itu dari belakang dan selepas lelaki itu masuk dalam teksinya, pekerja premis itu menariknya keluar sebelum membawanya ke restoran tempat kejadian untuk berbincang.
Katanya, pemandu teksi berkenaan mengambil pisau pemotong daging untuk keselamatan diri dan lari ke teksinya semula untuk melarikan diri.
“Namun dia terlambat apabila suspek menahannya sebelum menikam mangsa beberapa kali di perut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut dijalankan.
Sapu duit derma surau
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
rabiatul@hmetro.com.my
Menurut sumber, petugas berusia 45 tahun itu terkejut apabila mendapati pintu bilik pengurusan terbuka manakala almari cermin di tepi dinding pula pecah.
Hasil pemeriksaan, dia kemudian mendapati sebuah laci meja di bilik berkenaan terbuka dan wang sumbangan jemaah berjumlah RM1,500 ketika menunaikan solat Jumaat minggu lalu, turut lesap.
“Petugas terbabit yang juga seorang ustaz memeriksa bilik imam dan mendapati ada lubang di siling dipercayai angkara pencuri yang menceroboh bilik berkenaan.
“Penjenayah dipercayai naik ke atas siling bagi memasuki bilik pengurusan tanpa menyedari pintu bilik imam dan bahagian pengurusan tidak berkunci,” katanya.
Hadiah elaun seumur hidup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hadiah itu atas penajaan Tabung Haji dalam menghargai sumbangan individu yang menjadi johan peringkat kebangsaan.
“Bagi peserta tempatan yang menjadi johan peringkat antarabangsa pula, elaun RM2,000 sebulan diberikan seumur hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Konvensyen Profesionalisme Pengurusan dan Pelancaran Garis Panduan Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan serta album Simfoni IMQ di sini, semalam
635 koperasi tiada tauliah
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Presidennya, Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, hanya 15 daripada 650 koperasi kredit di negara ini mempunyai tauliah untuk menjalankan sistem kewangan Islam, manakala selebihnya masih belum mendapat pentauliahan, tetapi menjalankan sistem berkenaan.
“Angkasa meminta semua koperasi yang menjalankan sistem kewangan Islam menepati Syariah, memohon pentauliahan daripada Angkasa.
“Sehingga kini hanya 50 koperasi memohon untuk mendapatkan sijil kewangan Islam dan 15 daripadanya sudah diluluskan termasuk dua koperasi di negeri ini iaitu Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) serta Koperasi Permodalan Guru-Guru dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Melayu Terengganu Berhad (Komodal),” katanya ketika ditemui pada Program Transformasi Kewangan Islam Dalam Gerakan Koperasi, semalam.
Menurutnya, koperasi yang memperoleh sijil pentauliahan akan dipantau Angkasa dan tauliah itu perlu diperbaharui setiap dua tahun bagi memastikan koperasi yang menjalankan sistem kewangan Islam menepati garis panduan ditetapkan.
“Permohonan percuma boleh dibuat kepada Angkasa melalui dalam talian atau bertulis. Jika ia menepati peraturan ditetapkan Angkasa akan meluluskannya dalam tempoh tiga bulan sebelum menganugerahkan sijil pentauliahan kepada koperasi berkenaan,” katanya.
“Angkasa akan memberi penerangan kepada koperasi bagi memastikan mereka memahami konsep sebenar sistem kewangan Islam seterusnya memohon untuk menjalankan sistem berkenaan,” katanya.
Gading RM60j bawah kayu
Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sejumlah 1,500 gading gajah seberat 24,000 kilogram (kg) ditemui disorok di ruangan rahsia yang terdapat di bongkah kayu yang disusun di dalam kontena berkenaan. Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, rampasan itu membabitkan dua kontena yang diisytihar sebagai bongkah kayu dan berlabuh di Pelabuhan Barat, di sini, pada 7 Disember lalu sebelum kontena berkenaan dibawa ke Pelabuhan Utara pada jam 10 malam, kelmarin untuk disiasat.
Menurutnya, curiga dengan dokumen pengisytiharan kastam membuka kontena berkenaan dan menemui gading gajah yang disorok di bahagian khas yang ditutupi bongkah kayu.
Katanya, hasil siasatan Unit Pemantauan Kontena Bahagian Penguatkuasaan mendapati syarikat tempatan yang diberi tanggungjawab mengurus kontena berkenaan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengisytihar kontena itu mengandungi bongkah kayu.
“Mengikut harga pasaran semasa, gading gajah dari negara Afrika itu boleh dijual hingga mencecah harga RM2,500 sekilogram.
“Berdasarkan dokumen perkapalan, pelabuhan terakhir kedua-dua kontena itu di Pelabuhan Klang, hasil risikan kastam mendapati kontena berkenaan akan dipindahkan ke kapal lain sebelum dibawa ke China.
Azis berkata, siasatan awal mendapati semua gading yang dibawa masuk itu akan dijual di China sebagai barang perhiasan berikutan permintaan yang tinggi.
Noda wanita Vietnam
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my
izlaily@hmetro.com.my
Mohamad Fadzlie M Rosdi, 20, turut dihadapkan ke mahkamah sama bersama buruh kasar, Mohd Khairiell Idzham Hashimi, 21, atas dua tuduhan merompak pusat urut di Setapak itu dengan menggunakan parang sehingga menyebabkan penjaga premis terbabit serta seorang lagi rakannya cedera.
Kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Bagaimanapun, Emelia Kaswati menetapkan 18 Disember depan untuk tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan cap jari kedua-dua tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Fadzlie didakwa merogol wanita berkenaan sehingga menakutkan mangsa dengan ancaman bunuh atau kecederaan, pada jam 1 pagi, di sebuah premis urut di Setapak, 25 November lalu.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didakwa melakukan perbuatan sama sehingga menyebabkan rakan penjaga premis berkenaan, seorang lelaki 44 tahun cedera.
Prosiding pendakwaan semalam dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zulkifli Osman.
Berdasarkan fakta kes, premis urut itu didatangi tiga lelaki untuk tujuan merompak yang mana dalam kejadian itu suspek menggunakan parang dengan mencederakan penjaga premis di telinga sehingga lelaki itu menerima 120 jahitan, manakala, rakan penjaga premis berkenaan ditetak di tapak tangan.
Namun, selepas mendapati ada dua wanita Vietnam yang juga pekerja di situ bersembunyi di dalam bilik, suspek menarik mereka sebelum merogol mangsa.
Mohamad Fadzlie dipercayai merogol seorang daripada wanita itu dan ketika kawad cam dibuat, mangsa mengecam tertuduh menerusi satu objek keras di kemaluannya dipercayai kerana dipasang ‘ball bearing’.
Kejadian samun dan rogol itu dirakam kamera CCTV dan wajah suspek dipaparkan media untuk diburu sebelum Mohamad Fadzlie menyerah diri pada 30 November lalu dan seterusnya penangkapan terhadap Mohd Khairiell dibuat pada 4 Disember lalu.
Pokai judi sepak isteri
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, wanita berusia 19 tahun yang sedang tidur mengerang kesakitan selepas ditendang suaminya berusia 20-an yang baru pulang ke rumah.
Menurut sumber, mangsa yang kesakitan mempersoalkan tindakan suaminya itu yang tiba-tiba mengamuk dan memukulnya sebelum lelaki terbabit meminta mangsa menyerahkan wang kepadanya.
“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak mempunyai wang pada masa sekarang menyebabkan suaminya itu terus mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.
“Suami mangsa juga turut memukul dan memaksa mangsa menyerahkan wang selepas duit yang diberikan sebelum ini habis digunakan di meja judi,” katanya.
Suami lewat balik naik hantu
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa dipukul suaminya berusia 29 tahun selepas menegur lelaki terbabit yang sering pulang lewat ke rumah.
Menurut sumber, mangsa yang menunggu kepulangan suaminya sejak jam 8 malam berang selepas lelaki terbabit tidak pulang ke rumah.
“Sebaik suaminya tiba di rumah jam 11 malam, mangsa menegur suaminya yang sering pulang lewat malam dan mula mempersoalkan aktiviti luar lelaki terbabit.
“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.
Katanya, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahan mula bertindak agresif dengan memukul mangsa. “Lebih malang, suami mangsa yang bagaikan dirasuk terus menyepak terajang mangsa hampir 10 minit,” katanya.
“Suami mangsa hanya berhenti memukul mangsa selepas mendengar tangisan anak lelaki mereka berusia dua tahun sebelum lelaki terbabit keluar daripada rumah,” katanya.
Pijak anak sampai mati
Abang mangsa yang berusia lapan tahun berkata, dia ternampak bapa tiri mereka, Parinya Thonkaew sedang mengikat tangan adiknya dan memukulnya beberapa kali tanpa belas kasihan menggunakan kaki meja.
Lelaki itu juga didapati menampar dan memijak badan mangsa.
Abang mangsa berkata, bapa tiri mereka mengugut untuk melakukan perkara yang sama terhadapnya sekiranya dia cuba memberitahu perkara dilakukannya itu kepada orang lain.
Ibu kanak-kanak lelaki itu, Panawadee Thongkaew berkata, dia membawa kedua-dua anaknya tinggal dengan suami barunya, Parinya, selepas dia dan bekas suaminya, Nattapong bercerai April lalu.
Ibu itu berkata, dia biasanya meninggalkan dua beradik itu bersama bapa tiri mereka setiap kali keluar rumah.
Namun begitu, beberapa hari lalu, dia pulang dan ternampak kesan lebam di badan anak lelaki bongsunya. Suaminya berkata, kanak-kanak itu terjatuh daripada tangga.
Keesokan harinya, suaminya menelefon memintanya pulang untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital kerana dia mengalami kekejangan. Mangsa kemudian meninggal dunia di hospital.
Ibu bapa kanak-kanak itu kemudian melaporkan kematian anak mereka kepada polis melalui Yayasan Kanak-Kanak dan Wanita Paveena.
Polis berkata, mereka akan mendapatkan waran tangkap untuk menahan lelaki itu kerana menyerang sehingga menyebabkan kematian. - BP
Umur wanita AS lebih panjang
Kajian terbaru menunjukkan hanya dua daripada 10 warga Amerika Syarikat (AS) yang hidup lebih 100 tahun adalah lelaki.
Biro Bancian AS menyatakan, daripada 53,364 penduduk negara itu yang mencapai usia sekurang-kurangnya seabad, lebih 80 peratus adalah wanita. Data itu yang diperoleh daripada bancian pada 2010 - juga menunjukkan individu berusia lebih 100 tahun kemungkinan besar penduduk bandar berkulit putih di Timur Laut dan Barat Tengah. “Ekoran perbezaan jantina dalam jangka hayat, jumlah wanita dalam populasi itu meningkat bersama usia. “Keadaan ini sangat benar dalam isu usia paling tua apabila peratusan wanita meningkat ketara,” kata laporan itu. Pengkaji juga mendapati bagi setiap 100 wanita berusia sekurang-kurangnya 100 tahun, hanya ada 20.7 lelaki.
Walaupun keinginan mencapai usia 100 tahun tidak menarik perhatian seperti beberapa dekad lalu, pengkaji berkata, orang awam masih takjub melihat individu yang hidup mencapai tahap itu.
Buku Rekod Guiness yang mengiktiraf manusia paling tua di dunia berkata, status itu kini dimiliki wanita AS yang meninggal dunia minggu lalu ketika berusia 116 tahun, Besse Cooper. - Reuters
No comments:
Post a Comment